Search This Blog

Saturday, August 8, 2015

1 maut, 5 cedera nahas dekat Jambatan Desaru

SABTU, 8 OGOS 2015 @ 1:21 PM




Oleh Mohd Fahmi Mohd Yusof mohdfahmi@bh.com.my

KOTA TINGGI: Seorang lelaki maut, manakala lima yang lain cedera dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Lebuhraya Senai-Desaru (SDE), berhampiran Jambatan Desaru di sini, malam tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, mangsa, Mohamad Norazman Abu Bakar, 25, maut di lokasi kejadian, manakala lima yang lain membabitkan masing-masing dua lelaki dan perempuan termasuk seorang kanak-kanak berusia 11 tahun mengalami kecederaan. Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Gudang, Shahrul Suboh, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 9.08 malam sebelum sebuah jentera dengan kekuatan lima anggota dikerah ke lokasi kejadian.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/73271

Polis tahan 14 orang disyaki terbabit kegiatan penipuan

SABTU, 8 OGOS 2015 @ 2:55 PM



Oleh Meor Ahmad Nasriin Rizal meor.ahmad@bh.com.my

KUALA LUMPUR: Polis menahan 11 lelaki dan tiga wanita selepas disyaki terbabit dalam kegiatan Love Scam dan Parcel Scam dalam serbuan di tiga rumah di sekitar Puchong, di sini, malam tadi. Serbuan pada jam 12.30 tengah malam itu dijalankan oleh sepasukan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, berdasarkan risikan dan aduan awam. Sumber ketika dihubungi BH, berkata semua suspek adalah warga Nigeria termasuk seorang wanita warga tempatan yang berusia lingkungan 25 hingga 35 tahun. "Mereka dikatakan menyasarkan wanita tempatan bagi memperdaya mereka untuk mendapatkan wang. Suspek juga menjadikan tiga rumah terbabit sebagai lokasi bagi menjalankan kegiatan mereka ," katanya. Turut dirampas, komputer riba dan beberapa peralatan yang digunakan untuk menjalankan kegiatan mereka.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/73281

Anak tikam ibu bapa selepas ditegah masuk rumah

SABTU, 8 OGOS 2015 @ 3:12 PM



 JITRA: Pasangan suami isteri berusia 60-an cedera parah selepas ditikam anak lelakinya dengan pisau di rumah mereka di Taman Sentosa 2, di sini, akibat perselisihan faham pagi tadi. Dalam kejadian itu kira-kira jam 9.30 pagi, difahamkan suspek bertindak sedemikian selepas dia tidak dibenarkan masuk ke rumah selepas berlaku pertengkaran dengan ibu bapanya kira-kira jam 10 malam tadi. Mengikut sumber, bagaimanapun sebaik mangsa membuka pintu rumah pagi tadi, suspek terus masuk dan berlaku pertengkaran sebelum dia menikam perut ibunya sementara bapanya ditikam di kiri pinggang. "Mangsa yang cedera kemudian berlari minta pertolongan daripada jiran. "Bapa mangsa yang cedera turut dihentak dengan topi keledar sebanyak dua kali ketika berada di luar rumah," katanya. Orang ramai yang menyaksikan kejadian itu kemudian menghubungi ambulans dan polis yang datang dan menahan suspek. Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Abd Rahim Abdullah, mengesahkan kejadian itu dan mangsa kini sedang dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar. Senjata yang dipercayai digunakan suspek untuk menikam ibu bapanya turut ditemui di rumah itu.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/73282

Perompak larikan 10 dulang emas bernilai RM500,000

SABTU, 8 OGOS 2015 @ 4:01 PM



Oleh Nur Izzati Mohamad

KEADAAN kedai emas di Pekan Sungai Bakap dirompak oleh suspek yang mengunakan senjata api jenis pum gun. - Foto Ihsan Pembaca

NIBONG TEBAL: Seorang pemilik kedai emas dekat Sungai Bakap, di sini, kerugian lebih RM500,000 apabila hampir 90 peratus barang kemas yang dipamerkan di premis berkenaan dilarikan dalam rompakan kira-kira jam 12.45 tengah hari tadi. Mengikut saksi, tiga lelaki bertopeng yang menaiki sebuah kereta memberhentikan kenderaan terbabit berhampiran premis berkenaan. Ketua Polis Daerah Seberang Prai Selatan (SPS), Superintendan Wan Hassan Wan Ahmad, berkata seorang daripada mereka menunggu di luar premis sementara seorang memecahkan premis menggunakan tukul besi manakala seorang lagi menunggu di dalam kenderaan terbabit. "Ketika kejadian ada dua pekerja di mana seorang berada di luar kaunter manakala seorang lagi di dalam kaunter. "Selepas terdengar bunyi tembakan yang dilepaskan penjenayah, kedua-dua mereka yang terkejut terus menyelamatkan diri dengan berlari ke pintu belakang kedai," katanya ketika ditemui, di lokasi kejadian, sebentar tadi. Kira-kira 10 dulang berisi emas dilarikan penjenayah terbabit.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/73292

Peniaga makanan ditemui mati dalam rumah

SABTU, 8 OGOS 2015 @ 4:34 PM



MANGSA, Amnah Omar. - Foto

Shahrizal Md Noor ALOR SETAR: Seorang peniaga makanan ditemui mati dengan kesan kecederaan di rumahnya di Taman Sentosa di sini awal pagi tadi. Amnah Omar, 49, ditemui anak lelakinya kira-kira jam 4 pagi ketika dia pulang ke rumah. Anak kedua mangsa, Wan Haryati Wan Mohd Radzi, 30, berkata adik bongsunya itu menghubunginya di Sungai Petani untuk memaklumkan perkara itu. Beg duit ibunya hilang dan percaya ibunya telah dirompak. Ibunya turut ditoreh dengan benda tajam, katanya. - BERNAMA

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/73295

3 pekerja binaan maut dihempap tiang konkrit

SABTU, 8 OGOS 2015 @ 7:13 PM



Oleh Nur Izzati Mohamad

SEBAHAGIAN bangunan kilang dalam pembinaan telah runtuh dan melibatkan beberapa perkerja pembinaan telah tertimbus di Jalan Perusahaan Bukit Minyak, Pulau Pinang. - Foto Ihsan Bomba dan Penyelamat Malaysia

BUKIT MERTAJAM: Tiga pekerja binaan maut dihempap tiang konkrit ketika sedang berlari menyelamatkan diri daripada angin kencang di Jalan Perusahaan Bukit Minyak 11, di sini, jam 4.30 petang tadi. Nahas berlaku ketika tiga mangsa warga Bangladesh dan Indonesia itu sedang bekerja di bangunan itu yang sedang dalam pembinaan. Bagaimanapun, angin kencang serta hujan lebat yang melanda kawasan itu menyebabkan mereka menghentikan kerja dan mencari tempat berlindung. Namun, satu daripada tiang konkrit dekat bangunan kilang yang masih dalam pembinaan itu tiba-tiba runtuh dan menghempap ketiga-tiga mangsa berkenaan. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 4.55 petang dan tiba di tempat kejadian empat minit kemudian untuk mencari dan menyelamat mangsa yang tertimbus. "Hingga kini tiga mangsa yang tertimbus sudah dikeluarkan dan usaha untuk mengesan mangsa lain sedang giat dijalankan," katanya. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Bukit Mertajam (HBM) untuk bedah siasat.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/73329

Pesara cemas jumpa bom mortar di bumbung rumah

SABTU, 8 OGOS 2015 @ 8:29 PM



Oleh Mohd Alif Alias bhnews@bh.com.my

 BUKIT MERTAJAM: Seorang pesara yang sedang membaiki bumbung rumahnya di Kampung Permatang Ara, Permatang Pasir, di sini, terkejut apabila menemui sebutir bom mortar di bumbung rumahnya, petang tadi. Mengikut jirannya, mangsa yang cemas dengan penemuan itu kira-kira jam 6 petang, segera menghubungi pihak berkuasa untuk melaporkan kejadian berkenaan. Jurucakap polis di tempat kejadian berkata, polis sudah menutup kawasan kejiranan itu bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku. "Kita masih menunggu Unit pemusnah bom dari Ibu Pejabat Daerah (IPD) Timur Laut untuk tindakan lanjut," katanya.


SEORANG pesara yang cuba membaiki bumbung rumah yang ditiup angin kencang menemui sebutir bom motar terletak di atas hadapan bumbung rumahnya Kampung Permatang Ara, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. - Foto Ihsan Pembaca
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/73342

2 beranak ditahan kes bayi lapan bulan maut

SABTU, 8 OGOS 2015 @ 8:33 PM



 Oleh Nik Sukry Ramli niksukry@bh.com.my

 IBU mangsa , Noraih Ramli, 39, memangku jenazah anaknya, Mohamad Haziq Izzudin Mohd Safari, 8 bulan, selepas keluar dari bilik mayat Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan semalam. - Foto Luqman Hakim Zubir

KUANTAN: Polis menahan dua beranak berhubung kes bayi lelaki berusia lapan bulan yang meninggal dunia selepas mengalami kecederaan parah di kepala akibat kecuaian pengasuhnya petang semalam. Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh, berkata dua beranak yang ditahan adalah pengasuh bayi berkenaan serta ibunya masing-masing berusia 20-an dan 50-an bagi membantu siasatan kes berkenaan. "Kita menahan kedua-dua wanita itu lewat petang semalam di rumahnya untuk disiasat di bawah Seksyen 3 (1) (5) Akta Kanak-kanak 2001. "Setakat ini, kita hanya menerima laporan daripada bapa mangsa dan tiada ibu bapa lain membuat laporan berhubung anak mereka yang turut dijaga oleh pengasuh berkenaan," katanya ketika dihubungi, di sini. Bayi malang berkenaan, Mohamad Haziq Izzuddin Mohd Safari disahkan meninggal dunia ketika menjalani pembedahan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini kira-kira jam 11.50 kelmarin. Bedah siasat mendapati terdapat kesan bengkak di belakang kepala mangsa akibat hentakan dari tempat tinggi dan punca kematian adalah disebabkan pendarahan dalam kepala.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/73344

7 maut, beratus cedera bom kereta meletup di Kabul

JUMAAT, 7 OGOS 2015 @ 8:57 AM


ANGGOTA polis Afghan berkawal di lokasi nahas selepas bom kereta meletup di Kabul, hari ini. - Foto Reuters


KABUL: Tujuh orang terkorban dan beratus yang lain cedera apabila bom kereta meletup awal pagi ini di sini, kata pegawai. Serangan itu adalah yang pertama terhadap ibu negara Afghan sejak pengumuman kematian ketua Taliban, Mullah Omar. Tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab atas serangan berkenaan pada ketika Taliban mula merangka serangan biarpun selepas berlaku pergelutan dalam peralihan kuasa di kalangan pergerakan militan itu. Bom berkenaan yang tidak dapat dipastikan sasaran sebenar, berlaku sehari selepas Taliban membunuh sembilan orang dalam serangan terhadap polis di selatan dan timur Afghanistan.


 ANGGOTA polis Afghan berkawal di lokasi nahas selepas bom kereta meletup di Kabul, hari ini. - Foto Reuters "Tujuh orang terkorban dan 198 orang yang cedera dibawa ke hospital," kata jurucakap Kementerian Kesihatan, Wahidullah Mayar. "Mereka yang cedera termasuk kanak-kanak dikejarkan ke hospital di bandar...angka kematian dijangka meningkat." Ketua Polis Kabul, Jeneral Abdul Rahman Rahimi pula berkata, lapan orang dilaporkan terbunuh dan 128 lagi cedera. "Sebuah kereta yang sarat dengan bahan letupan meletup di tengah kawasan kediaman yang padat dengan penduduk di Shah Shaheed (timur Kabul). Beberapa rumah dalam kawasan ini juga rosak. "Mereka yang terkorban dan cedera termasuk wanita dan kanak-kanak. Serangan itu bertujuan untuk menyebabkan kematian yang ramai," katanya. - AFP

MANGSA yang cedera di bawa ke hospital selepas bom kereta meletup di Kabul, hari ini. - Foto AFP ANGGOTA keselamatan memeriksa bangunan yang musnah selepas bom kereta meletup di Kabul, hari ini. - Foto AFP
ANGGOTA keselamatan memeriksa bangunan yang musnah selepas bom kereta meletup di Kabul, hari ini. - Foto AFP



Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/72929

Gempa 5.6 magnitud gegar Republik Demokratik Congo

JUMAAT, 7 OGOS 2015 @ 11:26 AM



GEMPA bumi berukuran 5.6 magnitud menggegarkan bahagian timur Republik Demokratik Congo awal pagi tadi. - Foto UGSS

WASHINGTON: Gempa bumi berukuran 5.6 magnitud menggegarkan bahagian timur Republik Demokratik Congo awal pagi tadi pada kedalaman 10 kilometer (km), lapor Agensi Penyelidikan Geologikal Amerika Syarikat (USGS). Gempa itu berlaku kira-kira 39km di utara Bukavu, Congo, tidak jauh dari sempadan Rwanda pada jam 3.25 pagi waktu tempatan. USGS pada mulanya melaporkan gempa itu berukuran 5.8 magnitud. - REUTERS

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/72948

Tiga maut kereta api rempuh kereta di lintasan

SABTU, 8 OGOS 2015 @ 9:17 AM






 RENNES, Perancis: Tiga orang maut apabila kereta api merempuh sebuah kereta di lintasan kereta api di Normandy, barat daya negara ini, kata pegawai hari ini. Tiga mangsa berkenaan berada dalam kereta 'yang berhenti di tengah landasan' di Conde-sur-Huisne, wilayah Orne sebelum dirempuh kereta api yang menuju ke Paris pada kira-kira jam 8.22 malam waktu tempatan. Sementara itu, seorang wanita berjaya menyelamatkan diri dari kenderaan sebelum ia dirempuh dan "diheret sejauh beberapa ratus meter" di atas landasan akibat rempuhan berkenaan. Kesemua 34 penumpang kereta api terbabit yang berlepas dari Le Mans ke Paris tidak mengalami kecederaan. - AFP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/73213

Enam maut nahas kereta api di India

JUMAAT, 7 OGOS 2015 @ 5:18 PM



NEW DELHI: Sekurang-kurangnya enam orang terbunuh termasuk tiga kanak-kanak apabila sebuah kereta api penumpang tergelincir sebelum melanggar pejalan kaki. Ini adalah kejadian kedua minggu ini di India membabitkan kereta api tergelincir dan mengorbankan banyak nyawa. Pegawai polis, Prasun Bandopadhyay, berkata ketika kejadian kereta api terbabit tergelincir dan memasuki laluan pejalan kaki ketika melintasi sebuah perkampungan di barat Bengal, 350 kilometer dari Kolkata. "Enam orang yang terkorban adalah pejalan kaki yang tidak sempat mengelak sebelum dirempuh dan digilis kereta api itu," katanya. - AFP

KEMALANGAN keretapi di barat Bengal. - - Foto ihsan http://zeenews.india.com/


Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/73040

Remaja maut bom mainan meletup

JUMAAT, 7 OGOS 2015 @ 4:59 PM



 MUZAFFARABAD (Pakistan): Letupan akibat bom mainan meragut nyawa seorang remaja dan mencederakan seorang lagi di ibu negara Kashmir, berhampiran sempadan India, kata polis hari ini. Mangsa adalah pengembala lembu di Neelum Valley, berhampiran garisan kawalan sempadan di kawasan yang menjadi pertikaian di Kashmir apabila mereka diserang bom mainan itu, kata polis. "Seorang budak lelaki berusia 13 tahun terbunuh dan seorang lagi cedera apabila mereka diserang dengan bom mainan di kawasan padang ragut oleh individu tidak dikenali," kata ketua balai polis tempatan, Manzoor Hussain. Pegawai kerajaan tempatan, Abdul Hameed Kayani mengesahkan kejadian. Pada Februari lalu, dua kanak-kanak terbunuh selepas mengutip bahan letupan selepas menyangka objek itu adalah alat mainan. - AFP

PENGUTIP sampah di Pakistan. - Gambar hiasan
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/73033

Taufan Saudelor: Tentera Dikerah Selamatkan Penduduk Taiwan


Diterbitkan: Sabtu, 8 Ogos 2015 2:47 PM

TAIPEI: Lebih 35,000 anggota tentera dikerah untuk membantu memindahkan penduduk ke tempat lebih selamat susulan Taufan Saudelor yang melanda Taiwan sejak Jumaat.
Angin kencang dan hujan lebat menimbulkan keresahan di kalangan penduduk terutama apabila seorang budak perempuan di wilayah Yilan dihanyutkan ke laut, manakala seorang lagi hilang.
Setakat ini lebih 2,000 penduduk di pulau peranginan popular itu dipindahkan ke pusat perlindungan.
Soudelor dikategorikan taufan sederhana oleh Biro Pusat Cuaca Taiwan dan mungkin dinaikkan ke kategori tertinggi iaitu bahaya sekiranya kelajuan angin mencapai 184 kilometer sejam.
“Kami tidak menolak kemungkinan kekuatan Soudelor meningkat,” kata biro berkenaan.
Dalam tempoh 24 jam, sejumlah 82,000 kediaman terputus bekalan elektrik, manakala sekolah dan pejabat kerajaan turut ditutup.
Selain itu, lapangan terbang Taiwan juga membatalkan beberapa penerbangan domestik dan antarabangsa pada Sabtu, manakala laluan kereta api juga ditangguhkan.

Kapal Selam Tenggelam Bersama Lebih 1,000 Kg Kokain


Diterbitkan: Sabtu, 8 Ogos 2015 12:16 PM
Pasukan pengawal pantai AS menahan bot yang diubah suai menjadi kapal selam di perairan di selatan Mexico yang membawa muatan lebih 7,000 kg kokain.

LOS ANGELES: Sebuah bot yang direka umpama kapal selam dikesan membawa muatan dadah bernilai AS$181 juta (RM709 juta) di timur Lautan Pasifik.
Bertindak atas maklumat, pasukan pengawal pantai Amerika Syarikat bergegas ke lokasi kira-kira 320 kilometer ke selatan Mexico.
Susulan itu, kokain seberat 5,400 kilogram (kg) dirampas daripada empat penyeludup dadah yang berada di atas bot berkenaan.
Bagaimanapun, lebih 1,000 kg kokain lagi tidak sempat dikeluarkan daripada bot berkenaan apabila ia tenggelam semasa ditunda.
“Kejayaan ini menjejaskan rangkaian jenayah antarabangsa dan membantu meningkatkan keselamatan dan kestabilan di Hemisfera Barat,” kata Timbalan Laksamana Pengawal Pantai kawasan Pasifik, Komander Charles W.Ray dalam satu kenyataan.
Rampasan dadah yang dilakukan pada 18 Julai itu merupakan yang terbesar pernah direkodkan dalam sejarah pasukan pengawal pantai.
Pengawal pantai berkata, terdapat kira-kira 25 bot seperti kapal selam berjaya dihalang di timur Lautan Pasifik sejak November 2006.
Bot sepanjang 12 meter itu direka khas seperti sebuah kapal selam mini dengan hanya batang paip ekzos dan kokpit yang berada di atas permukaan air menyebabkannya sukar dikesan pihak berkuasa. – AFP

Blogger Keempat Bangladesh Mati Dibunuh


Diterbitkan: Sabtu, 8 Ogos 2015 12:38 PM
Niloy Neel ditemui berlumuran darah dengan kesan tetakan di kediamannya.

DHAKA: Niloy Neel menjadi blogger sekular keempat di Bangladesh yang ditemui maut tahun ini, dipercayai berkaitan artikel yang disiarkan menerusi laman blognya.
CNN melaporkan, Niloy Neel adalah nama pena bloggers berkenaan yang ditemui dengan kesan tetakan di rumahnya.
Nama sebenarnya adalah Niloy Chakrabarti.
Polis dan ketua Kumpulan Blogger serta aktivis alam maya, Imran Saker mengesahkan kejadian tersebut.
Difahamkan, perkongsian terbaru Neel adalah mengenai pembunuhan tiga orang blogger sebelum ini dan artikel mengenai wanita dan hak minoriti.
Jurucakap polis, Muntashirul Islam berkata, Neel pernah bekerja kepada organisasi bukan kerajaan tapi tidak tahu mengenai pembabitannya dalam dunia penulisan alam maya.
Menurutnya, siasatan awal mendapati bloggers berusia lewat 20-an itu dipercayai dibunuh kumpulan yang melibatkan lima atau enam orang.
Sebelum ini, Neel pernah diugut golongan ekstremis.
Neel juga menyumbang bahan untuk Mukto-Mona, sebuah blog kemanusiaan yang dicipta oleh Avijit Roy yang mati dibunuh Februari lalu.

Trak Meletup, 15 Maut Di Kabul


Diterbitkan: Sabtu, 8 Ogos 2015 12:55 PM
Bangunan dan kediaman musnah teruk dalam kejadian letupan trak di Shah Shaheed, lewat malam Khamis.

KABUL: Sebuah trak yang sarat muatan bom meletup berhampiran pangkalan tentera di Shah Shaheed di sini mengakibakkan 15 nyawa terkorban, manakala lebih 200 lagi cedera.
Kejadian selepas tengah malam itu menggegarkan bandar ini dan memusnahkan beberapa kediaman serta bangunan.
Malahan, letupan itu juga membentuk kawah sedalam 10 meter dan memusnahkan penghadang pangkalan tentera berkenaan.
Jurucakap polis, Ebadullah Karimi mengesahkan angka kematian akibat serangan itu mencecah 15 orang.
Kementerian Kesihatan memberitahu, sebahagian mangsa cedera kerana terkena serpihan kaca yang berterbangan.
Ketua Polis Kabul, Abdul Rahman Rahimi pula memaklumkan, pasukan penyelamat berusaha mencari kemungkinan ada mangsa yang terperangkap dalam runtuhan bangunan.
“Semua yang terbunuh dan cedera adalah orang awam, termasuk wanita serta kanak-kanak dan pekerja kilang berhampiran," katanya.

Dua beradik gaduh sampai mati


Halaman rumah ibu mangsa yang menjadi lokasi dua beradik bertengkar hingga abangnya maut dalam kejadian di Bukit Lada, kelmarin.


ALOR SETAR – Pertengkaran antara dua beradik berakhir selepas si abang meninggal dunia kerana cedera di kepala selepas terkena objek keras yang dibaling oleh adik lelakinya dalam satu kejadian di Kampung Lada, Pokok Sena di sini kelmarin.
Dalam kejadian pukul 4 petang itu, mangsa Mohd. Yusoff Gozali, 35, yang merupakan anak sulung daripada 13 beradik disahkan meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) ketika menerima rawatan.
Salah seorang adik perempuan mangsa, Syafinar Gozali, 27, berkata, ketika mangsa dan adik lelakinya bertengkar, dia sedang berniaga di pekan Pendang sebelum dihubungi ibunya yang memaklumkan abang sulungnya cedera parah selepas bertengkar dengan adik lelakinya.
“Ibu beritahu dia cuba meleraikan pergaduhan itu namun tidak diendahkan. Selepas lima minit ibu terkejut apabila mendapati abang telah terbaring berlumuran darah sebelum mengarahkan adik membawanya ke HSB. Ketika itu, adik beritahu dia tidak sengaja mencederakan abang malah dia turut minta maaf berkali-kali kepada ibu,” katanya.
Tambah Syafinar, dia tidak menyangka pertengkaran itu berakhir dengan tragedi kerana kedua-dua mereka sangat rapat dan selalu bersama ke hutan bagi mencari akar kayu atau madu lebah.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0808&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm#ixzz3iB8D9OtF 
Hakcipta terpelihara 

Bas ekspres dua tingkat terbabas



Orang ramai melihat bas ekspres dua tingkat yang terjunam ke dalam gaung di Guchil Batu Balai, Kuala Krai semalam.


KUALA KRAI – Seramai 45 penumpang sebuah bas ekspres dua tingkat termasuk 16 warga asing berdepan detik cemas selepas bas yang mereka naiki terbabas sebelum terjunam ke dalam longkang besar di Kampung Guchil Jalan Kuala Krai - Kota Bharu semalam.
Dalam kejadian pada pukul 4.30 pagi itu, bas berkenaan bertolak dari Terminal Bersepadu Selatan, Kuala Lumpur kira-kira pukul 10 malam menuju ke Kota Bharu.
Seorang mangsa kejadian, Ainur Zahra Ahmad Razei, 17, berkata, dia dalam keadaan sedar sebelum merasa bas bergegar dan melanggar pembahagi jalan lalu terjunam ke dalam longkang besar berkenaan.
Katanya, dia enam sekeluarga dari Kajang ke Kelantan untuk melawat kakak yang menuntut di Universiti Teknologi Mara, Machang.
“Kami duduk di tingkat atas bas. Keadaan di dalam bas bertukar menjadi kelam-kabut dengan jeritan orang meminta tolong.
“Ibu, ayah serta kakak sudah tercampak dan terperosok ke bahagian hadapan bas. Akibat hentakan itu, kaki ibu tersepit dan ditindih dengan penumpang lain,” katanya ketika ditemui di Wad Cenderawasih di Hospital Kuala Krai di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0808&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz3iB796OKM 
Hakcipta terpelihara 

Muntah darah di rumah pengasuh

Oleh IKHWAN IDERIS


IBU Mohamad Haziq, Noriah Ramli, memangku jenazah anaknya itu selepas keluar dari bilik mayat Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan semalam.


KUANTAN – Seorang bayi lelaki berusia lapan bulan maut malam kelmarin setelah mengalami kecederaan parah di kepala dipercayai akibat kecuaian pengasuh­nya.
Mohamad Haziq Izzudin Mohd. Safari disahkan meninggal dunia sewaktu menjalani pembedahan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini kira-kira pukul 11.50 malam.
Bapa mangsa, Mohd. Safari Ibrahim (gambar kecil), 36, berkata, isterinya menerima panggilan daripada pengasuh anak Moha­mad Haziq pada pukul 10.30 pagi Rabu lalu yang mengatakan anak bongsunya itu tersedak susu.
“Saya bergegas ke rumah pe­ngasuh di Sungai Isap di sini dan mendapati anak saya berada dalam keadaan separuh sedar. Terdapat kesan muntah dan darah pada bajunya selain bengkak pada bahagian kepala.
“Saya bertanya kepada pe­ngasuh mengenai apa yang terjadi, namun dia berdolak-dalik dan mendakwa kesan bengkak dan lebam pada kepala Mohamad Haziq merupakan tanda lahir.
“Melihatkan keadaannya, saya terus menghantar anak bongsu saya itu ke sebuah hospital swasta. Bagaimanapun, keadaannya semakin teruk sehingga dia terpaksa dirujuk ke HTAA pada petang Khamis.
“Saya sedih apabila doktor yang mengetuai pasukan pembedahan di HTAA memberitahu peluang untuk anak saya hidup cuma 50:50.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0808&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm#ixzz3iB6FxjPJ 
Hakcipta terpelihara 

AS sekat ‘kapal selam’ bawa dadah RM709 juta



PENGAWAL pantai menunda sebuah bot membawa dadah yang direka seperti sebuah kapal selam di timur Lautan Pasifik kelmarin.


LOS ANGELES – Pasukan pengawal pantai Amerika Syarikat berjaya merampas kokain bernilai AS$181 juta (RM709 juta) dari sebuah bot yang direka seperti sebuah kapal selam di timur Lautan Pasifik.
Pasukan berkenaan merampas dadah seberat 5,400 kilogram (kg) daripada empat penyeludup dadah di atas bot berkenaan yang kemudian tenggelam semasa ditunda.
Bot itu ditemui kira-kira 320 kilometer ke selatan Mexico dipercayai membawa sejumlah dadah seberat 7,257kg tetapi semasa ditunda, bot itu tenggelam bersama-sama sebahagian dadah yang dibawa.
“Kejayaan ini menjejaskan rangkaian jenayah antarabangsa dan membantu meningkatkan keselamatan dan kestabilan di Hemisfera Barat,” kata Timbalan Laksamana Pengawal Pantai kawasan Pasifik, Komander Charles W.Ray dalam satu kenyataan.
Rampasan dadah yang dilakukan pada 18 Julai itu merupakan yang terbesar pernah direkodkan dalam sejarah pasukan pengawal pantai.
Pengawal pantai berkata, terdapat kira-kira 25 buah bot seperti kapal selam berjaya dihalang di timur Lautan Pasifik sejak November 2006.
Bot sepanjang 12 meter itu direka khas seperti sebuah kapal selam mini dengan hanya batang paip ekzos dan kokpit yang berada di atas permukaan air menyebabkannya sukar dikesan pihak berkuasa. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0808&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz3iB4elBtf 
Hakcipta terpelihara 

Mangsa banjir Myanmar cecah 330,000 orang



AP - SEORANG lelaki mendayung sampannya dekat sebuah kejiranan yang ditenggelami air banjir di Nyaung Tone, Delta Ayeyarwaddy, barat daya Yangon kelmarin.


HINTHADA – Presiden Myanmar, Thein Sein meminta penduduk di kawasan rendah supaya berpindah semalam selepas air Sungai Irrawaddy melimpah dan membanjiri kawasan sekitarnya.
Banjir akibat hujan monsun yang melanda banyak kawasan di Asia Selatan dan Asia Tenggara sejak beberapa minggu lalu telah meragut beratus-ratus nyawa, manakala berjuta-juta penduduk hilang tempat tinggal.
Sebanyak 12 daripada 14 rantau di Myanmar masih digenangi air banjir, kata beberapa pegawai sambil menambah, sejumlah 74 mangsa terkorban dan lebih 330,000 orang terjejas.
Menurut beberapa agensi bantuan, banjir di sebahagian kawasan di utara dan barat Myanmar didapati sudah surut.
Keadaan itu membolehkan penghantaran bantuan makanan dan air bersih walaupun tanah runtuh masih menjadi ancaman.
Terkini, bahagian tengah dan selatan Myanmar pula bersiap-sedia menghadapi banjir selepas air bah mulai melimpah ke Delta Irrawaddy.
Dalam satu ucapan radio yang di­siarkan semalam, Thein Sein berkata, kawasan berdekatan Irrawaddy be­risiko ditenggelami air selepas paras air sungai melepasi paras bahaya.
“Oleh kerana kita tidak dapat menghalang bencana alam, saya menggesa orang ramai berpindah ke tempat lebih selamat. Ia adalah cara yang terbaik ,” katanya.
“Kawasan bandar Hinthada dan Nyaung Don di sepanjang Sungai Irrawaddy kini dalam bahaya,” tambahnya. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0807&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz3iB4KZcJY 
Hakcipta terpelihara 

Penganggur ditahan bersama pistol tiruan


08 Ogos 2015 12:09 AM

PULAU PINANG 7 Ogos – Tindakan seorang penganggur meninggalkan motosikal di tepi tebing berhampiran sebuah pangsapuri di Paya Terubong, Air Hitam, di sini untuk meloloskan diri daripada ditahan anggota polis petang semalam, hanya sia-sia apabila dia akhirnya diberkas.
Difahamkan, dalam kejadian pukul 5 petang itu, lelaki terbabit pada mulanya cuba ditahan anggota polis ketika berada di tempat letak motosikal pangsapuri tersebut tetapi dia dapat melarikan diri dengan memecut motosikalnya.
Lelaki berusia 33 tahun itu kemudian meninggalkan motosikalnya di tepi tebing berkenaan sebelum berjaya ditahan anggota polis yang mengejarnya.
Penahanan lelaki yang berasal dari Air Hitam itu berjaya membongkar kegiatan jenayah yang dilakukannya selama ini melibatkan kes dadah dan samun.
Pemeriksaan lanjut ke atas badan lelaki terbabit juga membawa kepada penemuan beberapa senjata termasuk sepucuk pistol tiruan bersama kelopak peluru, sebilah pisau panjang, sebilah pisau pemotong kertas dan batang besi.
Selain itu, polis juga menemukan empat peket plastik lutsinar kecil mengandungi ketulan kecil berwarna putih, satu paket plastik lutsinar kecil mengandungi 10 biji pil berwarna putih dan satu plastik lutsinar kecil berisi 10 biji pil berwarna biru yang kesemuanya disyaki dadah.
Ekoran penahanan itu, polis turut merampas motosikal Honda Ex5 yang dinaiki lelaki terbabit selepas didapati mempunyai padanan dengan sebuah motosikal yang dilaporkan hilang di Sungai Dua, Glugor, di sini baru-baru ini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalatrash Wahid yang dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memberitahu siasatan lanjut sedang dijalankan.
“Kita akan dapatkan reman terhadap lelaki yang tingkap itu bagi membantu siasatan.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 36 (1), Akta Senjata 1960, Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 erta Seksyen 39A(2) dan Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya 1954,” ujarnya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/penganggur-ditahan-bersama-pistol-tiruan-1.121663#sthash.EHXHeXGM.dpuf

Dua pelajar ditipu agensi pelancongan di Turki


Amir Hamzah Ab Aziz mendengar aduan Ilya dan Tihani yang ditipu
AMIR HAMZAH AB AZIZ mendengar aduan Ilya dan Tihani yang ditipu agensi pelancongan Turki di Pembela BN, Ayer Keroh, Melaka, semalam.
MELAKA 7 OGOS – Dua pelajar rak–yat tempatan yang mahu pulang ke Istanbul, Turki bagi menyambung pengajian di universiti negara itu selepas cuti Hari Raya Aidilfitri terpaksa menangguhkan perjalanan selama 24 jam apabila tiket penerbangan yang dibeli tidak wujud.
Mereka yang dikenali sebagai Ilya dan Tihani masing-masing berusia 20 tahun mendakwa membeli tiket penerbangan dua hala pada 14 April lalu menerusi sebuah agensi pelancongan di Turki dengan harga RM2,100.
Bagaimanapun, kedua-dua pelajar itu yang sepatutnya berlepas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 11.30 malam terkejut apabila tempahan yang didakwa dilakukan agensi berkenaan tidak wujud di dalam talian ketika dia mahu mendaftar masuk ke kaunter pendaftaran berlepas.
Mereka terpaksa mengeluarkan belanja RM2,500 untuk membeli tiket penerbangan baharu.
Menurut Ilya, dia pulang ke tanah air pada 2 Julai lalu bersama empat lagi rakannya, bagaimanapun hanya dia dan Tihani membeli tiket dua hala kerana agensi berkenaan menawarkan harga yang dianggap berpatutan.
Ujarnya, dia tidak menyangka tertipu, kerana ketika pulang ke negara ini bersama rakannya mereka tidak menghadapi sebarang masalah ketika berurusan di lapangan terbang.
Ilya berkata demikian kepada pemberita selepas membuat aduan kepada Pusat Perkhidmatan Barisan Nasional (Pembela BN) di Ayer Keroh, di sini, hari ini.
Hadir sama Pengarah Pembela BN negeri Amir Hamzah Ab Aziz.
Tambah Ilya, dia yang terkejut dengan apa yang berlaku terus menghubungi wakil agensi pelancongan berkenaan menerusi aplikasi WhatsApp, namun mendakwa tidak mendapat maklum balas.
Katanya, keluarganya dan Tihani yang terkejut terus mendapatkan harga tiket penerbangan untuk pulang pada malam itu, bagaimanapun harga ditawarkan terlalu tinggi sehingga mencecah lebih RM4,000.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/dua-pelajar-ditipu-agensi-pelancongan-di-turki-1.121813#sthash.oAmhWkTk.dpuf

Samun ATM: Dua suspek bertubuh gempal gagal lagi


pegawai polis memeriksa tempat mesin ATM yang dilarikan suspek
PEGAWAI polis memeriksa tempat mesin ATM yang dilarikan suspek di Taman Putra, Ampang, semalam.
KUALA LUMPUR 7 Ogos – Setelah gagal memecahkan mesin pengeluaran automatik (ATM) milik Ambank di Dataran Mentari, Petaling Jaya semalam, dua lelaki berbadan gempal ternyata tidak serik apabila dipercayai melakukan jenayah serupa di Jalan Bunga Tanjung 6A, Taman Putra dekat Ampang, hari ini.
Dua suspek itu cuba memecahkan sebuah ATM yang dipasang pada premis Easy milik RHB bank kira-kira pukul 4.43 pagi.
Mereka juga dikesan menggunakan modus operandi sama iaitu menarik ATM itu menggunakan kabel yang dipasang pada sebuah kereta pacuan empat roda berwarna pe­rak, selain memakai topi keledar berpenutup muka dan topeng.
Seorang kakitangan Easy yang enggan dikenali memberitahu, ke­dua-dua suspek berbadan gempal itu masuk ke dalam premis yang menempatkan tiga buah ATM kira-kira pukul 4.43 pagi sebelum mencangkukkan kabel pada sebuah mesin di situ.
“Kabel itu dipasang pada kenderaan pacuan empat roda yang diletakkan menyerong di hadapan kedai. Kenderaan itu kemudian menarik mesin ATM ke luar tetapi tersangkut kepada sebuah van sekolah.
“Mereka cuba untuk memecahkan mesin terbabit meskipun penggera keselamatan berbunyi. Bagaimanapun kira-kira dua minit kemudian mereka melarikan diri apabila perasaan kehadiran ken­deraan polis peronda yang menghala ke situ,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
Ditanya tentang jumlah kerugian akibat kejadian itu, katanya, tiada wang dalam mesin terbabit sempat dilarikan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairuddin Saad berkata, rakaman kamera litar tertutup mendapati salah seorang suspek memasuki premis dengan meme­gang besi kuku kambing manakala seorang lagi memegang tukul besi.
“Mereka cuba memecahkan mesin itu dengan peralatan terbabit tetapi tidak berjaya. Kemudian mereka dilihat menyangkut wayar kabel dan menarik menggunakan sebuah kenderaan bagi mencabut pintu mesin itu namun tidak berjaya kerana keseluruhan mesin itu turut tertarik keluar.
“Ketika itu anggota peronda datang ke lokasi kejadian menyebabkan suspek melarikan diri tanpa sempat mengambil apa-apa,” ujarnya.
Khairuddin berkata, siasatan awal polis percaya kejadian terbabit melibatkan individu sama yang cuba memecah mesin ATM di Petaling Jaya semalam berdasarkan rakaman CCTV.
Dalam satu kejadian samun ATM di Jalan PJS 8/17 Dataran Mentari, semalam dua lelaki bertubuh gempal gagal mencecahkan mesin ATM untuk mendapatkan sejumlah wang.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/samun-atm-dua-suspek-bertubuh-gempal-gagal-lagi-1.121843#sthash.7NPdK56q.dpuf

Bayi cedera parah di kepala meninggal dunia


08 Ogos 2015 12:19 AM


MOHD. SAFARI IBRAHIM mententeramkan isterinya setelah anaknya,Mohamad Haziq Izzudin disahkan meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan, malam semalam.

KUANTAN 7 Ogos – Seorang bayi lelaki berusia lapan bulan meninggal dunia selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dipercayai akibat kecuaian pengasuhnya semalam.
Mohamad Haziq Izzudin Mohd. Safari disahkan meninggal dunia ketika menjalani pembedahan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini kira-kira pukul 11.50 malam.
Bapa mangsa, Mohd. Safari Ibrahim, 36, berkata, isterinya menerima panggilan daripada pengasuh Mohamad Haziq pada pukul 10.30 pagi kelmarin dan memberitahu anak bongsunya itu tersedak susu.
“Apabila saya bergegas ke rumah pengasuh di Sungai Isap, di sini anak saya berada dalam keadaan ‘nyawa-nyawa ikan’ dan terdapat kesan muntah serta darah pada bajunya selain bengkak di bahagian belakang kepala.
“Saya tanya pengasuh yang saya panggil Kak Zie mengenai kejadian sebenar namun dia berdolak-dalik dan mendakwa kesan lebam tersebut adalah tanda lahir. Saya tidak menunggu lama dan terus menghantar anak saya itu ke sebuah hospital swasta dan dia dimasukkan ke dalam wad kecemasan.
“Setelah menjalani pelbagai ujian, tahap kesihatannya sema­kin merosot dan anak saya dirujuk ke HTAA pada petang semalam,” katanya kepada pemberita di pekarangan Unit Forensik HTAA di sini hari ini.
Mohd. Safari yang bekerja sebagai juruteknik Tenaga Nasional Berhad (TNB) berkata, pasukan perubatan HTAA segera menyiapkan anaknya untuk menjalani pembedahan kecemasan dan doktor memaklumkan peluang agak tipis iaitu 50:50.
“Sewaktu menatap wajahnya sebelum pembedahan dilakukan hati saya terdetik mengatakan anak saya akan ‘pergi’. Perasaan tersebut sukar untuk digambarkan, mungkin orang yang pernah mengalaminya sahaja akan faham.
“Ketika pembedahan berlangsung, saya membuat keputusan melaporkan perkara itu di Balai Polis Kuantan sebelum mendapat berita anak saya telah meninggal dunia,” ujarnya.
Tambah Mohd. Safari, dia segera menyampaikan berita kematian tersebut kepada pengasuh termasuk tindakannya membuat laporan polis.
Ujarnya, pengasuh anaknya itu bagaimanapun datang ke rumah­nya pada pukul 5 pagi ini untuk memohon maaf dan merayu agar tindakan undang-undang tidak diambil terhadapnya.
“Bagi saya kejadian yang me­nimpa ini adalah kes serius dan biar­lah polis yang menyiasat.
“Walaupun sebelum ini Mohamad Haziq pernah mengalami kecederaan kecil di bawah jagaan pengasuh, saya hanya mendiamkan diri demi menjaga hati pengasuh. Saya sama sekali tidak menyangka begini akhirnya,” katanya.
Jenazah Mohamad Ha­ziq dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Rangin di sini selepas solat Asar.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan tersebut dan memberitahu kes disiasat mengikut Seksyen 3 (1) (5) Akta Kanak-Kanak.
“Hasil bedah siasat mendapati kematian mangsa adalah akibat hentakan objek keras di kepala,” katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/bayi-cedera-parah-di-kepala-meninggal-dunia-1.121858#sthash.z4JVspRT.dpuf

Suspek curi lori maut terjun lombong


penjenayah tegar maut selepas terjun ke dalam lombong berhampiran
PENJENAYAH tegar maut selepas terjun ke dalam lombong berhampiran Plaza Tol Bukit Beruntung, Hulu Selangor,semalam. EHSAn bomba selangor
KUALA LUMPUR 7 Ogos – Takut ditangkap selepas merompak sebuah kepala lori, seorang penjenayah tegar nekad terjun ke dalam sebuah lombong berhampiran Plaza Tol Bukit Beruntung dekat Hulu Selangor, hari ini.
Bagaimanapun, nasib lelaki yang mempunyai enam rekod lampau itu ternyata kurang baik apabila dia akhirnya mati lemas dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 pagi itu.
Sebelum terjun, suspek yang berusia 37 tahun bersama seorang lagi lelaki telah melarikan sebuah lori yang diletakkan di kawasan berhampiran Pasar Borong Selayang.
Bagaimanapun, lori tersebut dipasang Sistem Pengesanan Global (GPS) dan apabila disemak pemilik, kenderaan itu dikesan dalam keadaan bergerak dan telah melepasi Plaza Tol Bukit Beruntung.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden R. Supramaniam berkata, seorang pengadu yang menyemak GPS itu kemudiannya menghubungi polis untuk meminta bantuan dan sepasukan polis dikerahkan ke satu lokasi untuk mengesan suspek dan kenderaan tersebut.
“Apabila sampai, polis mendapat terdapat dua suspek berada di tepi jalan dan apabila melihat polis, salah seorang suspek terus melarikan diri ke arah lombong.
“Dia kemudiannya terjun ke dalam lombong terbabit manakala seorang lagi suspek yang mempunyai tiga rekod lampau termasuk kes samun dan dadah telah ditahan,” katanya di sini hari ini.
Mengulas lanjut Supramaniam memberitahu, suspek yang terjun ke dalam lombong berkenaan dipercayai lemas dan memaksa polis mendapatkan bantuan daripada pihak bomba.
“Bantuan bomba dari Balai Kuala Kubu Baru telah diminta dan pada kira-kira pukul 8 pagi, mayat lelaki berjaya dibawa naik. Si mati berusia 37 tahun, berasal dari Kapar, Klang dan mempunyai enam rekod lampau,” katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/suspek-curi-lori-maut-terjun-lombong-1.121852#sthash.NqiI3eQT.dpuf

Abang mati dibaling adik


ALOR SETAR 7 Ogos – Hanya kerana satu pertengkaran kecil dengan adik lelakinya, seorang peniaga akar kayu di Kampung Bukit Lada, Pokok Sena dekat sini maut akibat kecederaan parah di kepala dipercayai dibaling dengan objek keras.
Pertengkaran antara mangsa, Mohd. Yusoff Gozali, 35, yang merupakan anak sulung dan adiknya yang berusia 24 tahun (anak ketujuh) berlaku di halaman rumah ibu bapa mereka kira-kira pukul 4 petang semalam.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd. Jan berkata, Mohd. Yusoff telah dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini sebelum disahkan meninggal dunia kira-kira sejam kemudian.
“Siasatan awal mendapati mangsa dan suspek bertengkar akibat satu salah faham. Suspek dipercayai telah mengambil satu objek sebelum membaling ke arah mangsa.
“Mangsa yang mengalami kecederaan parah di kepala kemudiannya telah dibawa oleh suspek dan seorang ahli keluarganya ke HSB,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Dalam pada itu, Adzaman berkata, suspek bagaimanapun berjaya melarikan diri selepas pertengkaran.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/abang-mati-dibaling-adik-1.121867#sthash.xr0LEbHZ.dpuf