Search This Blog

Thursday, August 6, 2015

Polis Geledah Pejabat Bahagian Operasi Khas SPRM


Diterbitkan: Rabu, 5 Ogos 2015 11:16 PM
Pasukan polis menggeledah pejabat Bahagian Operasi Khas SPRM di Menara Prisma, Putrajaya pada Rabu.

PUTRAJAYA: Polis menggeledah pejabat Bahagian Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini pada Rabu.
Tindakan itu bermula pada pukul 6.45 petang di pejabat bahagian itu di Menara Prisma di sini selepas polis selesai menyoal siasat Timbalan Pengarah bahagian itu, Datuk Tan Kang Sai.
Kang Sai dipanggil memberi keterangan bagi membantu siasatan berkaitan dakwaan berlaku kebocoran maklumat siasatan kes 1MDB.
Kang Sai adalah pegawai SPRM ketujuh yang dipanggil untuk  keterangannya direkod di Ibu Pejabat Polis Daerah di sini.
Pada Selasa, dua pegawai SPRM juga dari bahagian sama telah memberi keterangan mereka sebaik tiba di IPD berkenaan pada pukul 5 petang.
Sementara itu, pada Isnin malam pula, keterangan Tuan Roslan Tuan Mat yang juga pegawai bahagian Operasi Khas direkod.

Pelajar Maut Terjatuh Dari Bangunan Tujuh Tingkat


Diterbitkan: Rabu, 5 Ogos 2015 8:13 PM

SUBANG JAYA: Seorang pelajar berusia 21 tahun maut selepas terjatuh dari bangunan setinggi tujuh tingkat di sebuah universiti swasta di sini.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya yang baru, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata pihaknya dimaklumkan mengenai insiden itu kira-kira pukul 12.45 tengah hari Rabu.
"Pasukan polis bantuan di kampus tersebut berkata mayat pelajar itu ditemui di bahagian bawah salah sebuah blok di perkarangan universiti terbabit.
"Siasatan awal mendapati tiada sebarang unsur jenayah," katanya.
Yahaya berkata mangsa yang maut dikenal pasti sebagai warga Malaysia.
Mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat.

Warga Emas Maut Langgar Lori Sedang Bayar Tol


Diterbitkan: Khamis, 6 Ogos 2015 12:05 PM

SEREMBAN: Seorang warga emas maut selepas kereta yang dipandunya melanggar belakang sebuah lori tangki yang pemandunya sedang membayar  tol di plaza tol Mambau Lebuhraya Seremban-Port Dickson awal pagi Khamis.
Dalam kejadian 2.58 pagi itu, Sa Song Loi, 60, dari Taman Seri Pagi, Senawang maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
Pegawai Bomba Kanan II dari balai Seremban Dua, Badrotamam Abd Rahim berkata anggota bomba terpaksa mengeluarkan mangsa yang tersepit di tempat duduk pemandu.

Enam Anggota Polis Pahang Hadapi Tuduhan Rasuah


Diterbitkan: Khamis, 6 Ogos 2015 1:40 PM

KUANTAN: Enam anggota polis dari Balai Polis Muadzam Shah, Rompin pada Khamis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas tuduhan berkaitan rasuah bernilai RM8,000 semasa mereka terlibat dalam operasi menahan lori tahun lalu.
Koperal Mazlan Muhd Nor, 34; Konstabel Mohamad Firdaus Abdullah, 24; Koperal Mohd Juhairy Jamaludin, 31; Lans Koperal Mohd Azmie Majid@Majied, 29; Lans Koperal Mohd Hazly Tomiran, 29; dan Konstabel Mohd Hafizi Abdullah, 28 menghadapi dua pertuduhan setiap seorang.
Mazlan didakwa menerima rasuah wang tunai RM7,000 dari peniaga Abdul Wahab Makhtar antara pukul 2 hingga 4 pagi, 18 Dis 2014 di Kedai Makan Sri Muadzam Ikan Bakar, Rompin.
Bagi tuduhan kedua, tertuduh didakwa menerima suapan RM1,000 bagi dirinya dari orang yang sama pada pukul 7.55 malam, 22 Dis di Restoran Anjung D'cafe, Rompin.
Suapan itu didakwa sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan ke atas lori yang dipandu anak mangsa, Mohd Shafiq Abdul Wahab yang dikatakan tidak mempunyai permit dan lesen untuk membawa kayu getah.
Mohd Azmie, Mohamad Firdaus, Mohd Juhairy, Mohd Hazly dan Mohd Hafizi pula didakwa bersubahat dengan Mazlan menerima suapan RM7,000 di tempat dan masa yang sama.
Bagi pertuduhan kedua Mohd Azmie, Mohamad Firdaus dan Mohd Juhairy pula didakwa menerima suapan RM1,000 bagi diri sendiri di restoran D'cafe pada masa dan sama seperti Mazlan.
Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM10,000 atau lima kali nilai suapan, yang mana lebih tinggi dan penjara maksimum 20 tahun, jika sabit kesalahan.
Mohd Hazly dan Mohd Hafizi pula menghadapi tuduhan kedua kerana didakwa gagal melaporkan kesalahan rasuah kepada SPRM atau pihak polis, yang didakwa berlaku di restoran Sri Muadzam Ikan Bakar pada masa dan hari yang sama Mazlan dituduh menerima suapan itu.
Bagi kesalahan itu, mereka didakwa di bawah Seksyen 25 (3) Akta SPRM 2009 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 25 (4) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Syafinas Shabudin manakala semua tertuduh yang ditahan 25 Dis tahun lalu tidak diwakili peguam.
Hakim Habibah Mohamed Yusof menetapkan jaminan sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin untuk setiap tertuduh, selepas mengambil kira jumlah itu adalah wajar untuk dua pertuduhan.
Beliau juga membenarkan permohonan Syafinas supaya semua tertuduh tidak mengganggu saksi pendakwaan, khususnya mangsa dan menetapkan sebutan semula kes pada 3 Sept depan.

Gagal Kawal Kereta, Pemandu Maut Kemalangan


Diterbitkan: Khamis, 6 Ogos 2015 4:45 PM

JOHOR BAHARU: Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera parah apabila dalam kemalangan membabitkan dua buah kenderaan di Km45 Jalan Batu Pahat-Mersing, dekat Kluang, Rabu malam.
Ketua Polis Daerah Kluang ACP Mohamad Laham berkata kejadian 8.20 malam itu menyebabkan mangsa, Md Azlan Panjol, 40, yang memandu kereta Proton Iswara meninggal dunia akibat kecederaan parah di dada serta kaki.
"Dipercayai Md Azlan yang datang dari arah Kluang menuju Batu Pahat gagal  mengawal keretanya lalu memasuki laluan bertentangan dan melanggar kereta jenis Mitsubishi Triton dari arah Batu Pahat ke Kluang," katanya menerusi kenyataan.
Mohamad berkata kejadian turut menyebabkan pemandu Mitsubishi Triton itu, Mohd Johan Md Jurimi, 38, cedera parah.

Tukang Rumah Lemas Terjatuh Ke Dalam Parit Di Alor Setar


Diterbitkan: Khamis, 6 Ogos 2015 7:18 PM

ALOR SETAR: Seorang tukang rumah ditemui lemas di dalam parit di Jalan Kilang Tebu, dekat sini dipercayai tergelincir semasa sedang mengail ikan.
Mangsa, Charon A/L Chai, 52, sebelum itu dikatakan sedang mengail ikan di belakang rumah anggota keluarganya sebelum tergelincir akibat serangan sawan dan mayatnya ditemui orang awam pukul 1.15 tengah hari, Khamis.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam pada pukul 1.22 tengah hari memaklumkan tentang penemuan mayat tersebut.
"Sampai di tempat kejadian kita dapati seorang lelaki berada dalam keadaan tertiarap di dalam parit yang cetek dan apabila diperiksa mangsa sudah meninggal dunia," katanya dalan kenyataan, Khamis.
Anggota keluarga mangsa memaklumkan beliau menghidap penyakit sawan dan penyakit itu sering berulang," katanya dan menambah mayat telah dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk bedah siasat.-- Bernama

Keluarga jadi mangsa pemujaan

Florida: Polis menyiasat kemungkinan pembunuhan seorang wanita warga emas dan dua anak lelakinya ada kaitan dengan amalan pemujaan ketika fenomena bulan biru, minggu lalu.
Mayat Voncile Smith, 77, dan dua anaknya Richard, 49, serta John, 47, ditemui Jumaat lalu di kediaman mereka di Pensacola, kata Syerif Daerah Escambia David Morgan.
Menurutnya, penyiasat percaya keluarga itu dibunuh sekitar jam 7 malam pada Selasa minggu lalu.
“Berdasarkan siasatan awal, pembunuhan itu membabitkan amalan pemujaan.
“Cara pembunuhan dilakukan - pukul mangsa dengan objek tumpul, mengelar leher dan cara mayat itu disusun - meyakinkan kami mengenai perkara itu. Tambahan pula orang yang disiasat mempunyai hubungan dengan amalan atau agama yang menunjukkan kemungkinan itu.
“Waktu kematian pada Selasa minggu lalu juga serentak dengan fenomena bulan biru yang berlaku setiap tiga tahun,” katanya.
Bulan biru merujuk kepada bulan penuh kedua dalam bulan kalendar. Bulan lalu, bulan penuh berlaku pada 2 dan 31 Julai.
Akhbar Pensacola News Journal melaporkan keluarga Smith mengenali orang yang kini disiasat polis berhubung kejadian itu.
Penyiasat menolak kemungkinan suspek memasuki rumah mangsa untuk merompak kerana sejumlah besar wang masih berada di dalam kediaman itu. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 Ogos 2015 @ 9:17 AM

DISYORKAN
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/68593#sthash.AJKi43QA.dpuf

Cuba halang penduduk solat

Jazan: Seorang lelaki ditangkap selepas merempuh sebuah masjid di sini dengan keretanya untuk menghalang orang ramai menunaikan solat.
Jurucakap polis Jazan, Leftenan Jeneral Mohammad Al-Harby berkata, lelaki berusia 23 tahun itu pernah ditahan beberapa kali dan dihantar menjalani pemeriksaan psikologi.
Ibu bapa lelaki itu mengesahkan anak mereka mengalami masalah mental dan melaporkan kejadian terbaru itu kepada polis apabila dia sengaja merempuh masjid dengan keretanya selepas jemaah enggan mendengar cakapnya.
Lelaki itu mendakwa solat yang mereka dirikan tidak betul. Katanya, umat Islam perlu solat empat kali sehari, bukan lima.
Menurut laporan, lelaki itu sebelum ini mengaku dirinya anggota kumpulan Negara Islam (IS). - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 Ogos 2015 @ 9:17 AM


KEADAAN kereta lelaki terbabit.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/68595#sthash.JjuPja1j.dpuf

17 korban helikopter jatuh

Kabul: Seramai 17 tentera Afghanistan termasuk lima anak kapal terbunuh apabila helikopter tentera negara itu terhempas di di kawasan terpencil di wilayah Zabul, hari ini.
Afzal Aman, Ketua Operasi Kementerian Pertahanan, Afzal Aman, berkata kemalangan itu dipercayai berpunca daripada masalah teknikal dan beliau mengesahkan mereka yang terbunuh ialah seorang komander unit dan 11 askar serta anak kapal.
Aman berkata helikopter buatan Russia M-17 itu terbang dari Zabul ke Shinkay sejauh kira-kira 20 kilometer.
Sementara itu, Taliban mengeluarkan kenyataan melalui laman sesawangnya mendakwa mereka bertanggungjawab menembak jatuh helikopter itu.
Namun, Taliban sering mengambil kesempatan membesarkan sesuatu kejadian. - AP
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 Ogos 2015 @ 6:48 PM


Gambar fail helikopter tentera yang berada di pangkalan udara Kunar, Afghanistan. - Foto AFP
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/68693#sthash.vDGLdPxW.dpuf

Gempa Bumi Gegar Timur Jepun, Tiada Amaran Tsunami


Diterbitkan: Khamis, 6 Ogos 2015 7:48 PM
Gempa bumi melanda timur Jepun pada Khamis.

TOKYO: Gempa bumi dengan bacaan 5.2 skala Richter melanda timur Jepun pada Khamis, bagaimanapun tiada amaran tsunami dikeluarkan, lapor badan penyiaran rasmi negara itu.
Kejadian yang berpusat di wilayah Ibaraki itu menyebabkan bangunan di sekitar bandaraya ini bergegar, menurut NHK.
Bagaimanapun, setakat ini tiada laporan kerosakan diterima.

Lapangan Terbang Bali Ditutup Sementara Akibat Debu Gunung Berapi Raung


Diterbitkan: Khamis, 6 Ogos 2015 6:01 PM
Sebahagian penumpang yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Bali akibat debu ledakan gunung berapi Raung, Khamis.

JAKARTA: Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai di Denpasar, Bali ditutup sementara berikutan debu gunung berapi Raung di Jawa Timur menjejaskan jarak penglihatan.
Laporan CNN Indonesia di sini memetik Ketua Pusat Data Informasi dan Humas Badan Nasional Pencegahan Bencana, Sutopo Purwo Nugroho sebagai berkata, penutupan lapangan terbang itu berkuatkuasa dari pukul 11 pagi hingga 5 petang, Khamis.
Debu itu bergerak sehingga ke Selatan-Tenggara. Jarak terdekat debu itu dengan Bandara (Lapangan Terbang) Ngurai Rai hanya sekitar 18km. Keadaan itu menyebabkan bandara itu ditutup sementara, katanya.
Sutopo berkata, aktiviti Gunung Raung terus meningkat sejak lima hari lepas dan debu dari letusan gunung itu masih tebal.
Gegaran masih berlaku di gunung itu. Pihak berkuasa mengklasifikasikan status gunung itu sebagai berwaspada tahap 3 dan sudah memindahkan penduduk dalam lingkungan 3km dari kawasan gunung itu, katanya.
Pada 10 Julai lepas, ratusan penerbangan di lapangan terbang Ngurah Rai terganggu ekoran letusan Gunung Raung itu yang mengakibatkan ribuan penumpang terpaksa menukar jadual penerbangan masing-masing.
Terdapat lebih 350 penerbangan antarabangsa dan domestik yang mendarat di lapangan terbang antarabangsa Ngurai Rai itu pada setiap hari. --Bernama

200 pelarian lemas

Rome: Lebih 200 pelarian dikhuatiri lemas selepas bot nelayan yang membawa 600 pelarian dengan sebahagian besar dari Syria, karam di Laut Mediterranean dalam perairan Libya, awal pagi tadi.
Menurut pasukan pengawal pantai Itali, kapal penyelamat termasuk tentera laut Itali dan Ireland berjaya menyelamatkan lebih 370 pelarian. Setakat ini 25 mayat sudah ditemui.
Bot berkenaan terbalik ketika kapal penyelamat menghampiri mereka dan penumpang bot berkenaan dipercaya berasak-asak ke bahagian sisi bot untuk menaiki kapal penyelamat berkenaan menyebabkan ia terbalik.
Pasukan penyelamat tidak pasti jumlah mangsa yang terperangkap dalam bot yang terbalik itu dan menemui ramai pelarian yang berpaut pada rakit penyelamat.
Laut Mediterranean kini menjadi medan maut kepada pelarian dan tahun ini, lebih 2,000 pelarian mati dalam usaha mereka ke Eropah melalui jalan laut. - Reuters
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 Ogos 2015 @ 7:22 PM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/68695#sthash.vCWMQ8U2.dpuf

13 korban bom dalam masjid polis

Riyadh: Serangan bom nekad terhadap sebuah masjid ibu pejabat pasukan khas Arab Saudi di bandar Abha, selatan negara itu menyebabkan sekurang-kurangnya 13 orang terbunuh, hari ini.
Menurut AFP yang memetik laporan stesen televisyen El-Ikhbariya, letupan berlaku ketika jemaah sedang solat dalam masjid yang digunakan pasukan khas Arab Saudi.
Jurucakap Kementerian Dalam Negeri mengesahkan serangan itu yang menyebabkan lebih 13 orang maut dan antara mangsa ialah anggota polis Pasukan Khas Kecemasan.
Menurut jurucakap itu, siasatan awal mendapati serangan dilakukan penyerang nekad yang memakai jaket berisi bahan letupan.
Laporan El-Ikhbariya sebelum itu menyatakan 17 terbunuh dan menurut Reuters, antara yang terbunuh ialah 10 anggota pasukan khas berkenaan serta tiga pekerja manakala sembilan mangsa lagi cedera.
Belum ada pihak yang mengaku bertanggungjawab terhadap serangan itu yang berlaku selepas Arab Saudi menahan kira-kira 400 penyokong kumpulan Negara Islam . - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 Ogos 2015 @ 8:58 PM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/68710#sthash.3ivZ16Vy.dpuf

15 Anggota Polis Maut Helikopter Terhempas


Diterbitkan: Rabu, 5 Ogos 2015 8:01 AM
Asap kebakaran di lokasi nahas helikopter terhempas di timur laut Colombia yang mengakibatkan 15 anggota polis maut.

BOGOTA: Lima belas anggota polis maut dalam nahas helikopter yang terhempas sebelum terbakar di kawasan hutan di barat laut Colombia pada Selasa.
Polis berkata, helikopter jenis UH-60 Black Hawk dikatakan mengalami masalah mekanikal semasa menyertai operasi membanteras narkotik di Antioquia, kira-kira 450 kilometer timur laut ibu negara, Bogota.
"Nahas itu mengakibatkan 15 anggota polis terbunuh dan dua lagi cedera," kata polis dalam satu kenyataan.
Nahas helikopter itu berlaku empat hari selepas seramai 11 anggota tentera maut terbabit dalam nahas pesawat jenis CASA C-235 yang terhempas di timur laut negara itu. - 

Maut kereta terbabas


 
Mangsa, Mohd Yahya Abu Osman, 22, dipercayai ingin pulang ke kampungnya di Kampung Air Putih di sini, dengan menaiki kereta Perodua Kancil namun tidak kesampaian apabila terlibat dalam kemalangan kira-kira jam 4 petang.
 
Bagaimanapun seorang lagi mangsa, berusia 30 tahun dipercayai dari Sungai Ular untuk ke Junjung masih diberi rawatan di hospital akibat cedera parah.
 
Menurut sumber, mangsa yang memandu Perodua Kancil terbabas akibat hujan lebat dan masuk ke laluan bertentangan sebelum dirempuh  kereta Proton Saga.
 
“Mangsa dipercayai baru saja melangsungkan pertunangan pada Ahad lalu dan merancang untuk melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi,” katanya.
 
Dalam pada itu, Pegawai Bomba Kanan II, Krishnan Naidu berkata, pihaknya menerima panggilan orang awam kira-kira jam 4.10 petang dan tiba di lokasi kejadian kurang daripada 10 minit.
 
“Ketika di lokasi kejadian anggota bomba mendapati seorang mangsa iaitu pemandu Perodua Kancil berada di tempat duduk sebelum dikeluarkan begitu juga pemandu  Proton Saga.
 
“Bagaimanapun, pemandu Perodua Kancil didapati meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu Proton Saga cedera parah, dan kedua-dua mangsa dibawa ke hospital untuk tindakan lanjut. Ketika itu hujan baru berhenti,” katanya

Tergamam lihat rumah terbakar

Tergamam lihat rumah terbakar
Rumah mangsa terbakar di Permatang Keriang hari ini.

 
Dalam kejadian kira-kira 3 petang itu, Saad Shaari bersama isterinya Fauziah Hassan, berada di bawah rumah dua tingkat itu.
 
"Isteri naik ke atas rumah untuk mengambil dokumen, masa itu dia ternampak satu suis yang berada di atas rumah meletup secara tiba-tiba.
 
"Masa itu, saya tidak berfikir panjang dan terus menyelamatkan ibu yang dalam keadaan uzur serta meminta anak dan isteri keluar dari rumah menyelamatkan diri," katanya.
 
Sementara itu, Pegawai Operasi Pegawai Bomba II Rejab Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 3.18 dan bergerak ke lokasi dibantu bersama Balai Bomba Kepala Batas serta Bomba Sukarela Masjid Jamiul Badawi.
 
"Hasil maklumat orang awam menyebut kebakaran berpunca dari percikan dipercayai akibat litar pintas. Namun siasatan lanjut masih dilakukan bagi mengenal pasti punca sebenar.
 
"Mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan. Kerugian akibat kejadian itu masih dalam siasatan," katanya.

Kanak-kanak 11 tahun lahir bayi di klinik swasta



Kanak-kanak itu dibawa ibunya ke salah sebuah klinik swasta di sini kira-kira jam 9 pagi dan melahirkan anak di klinik berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Hamzah Alias berkata, mangsa mengadu sakit perut kepada ibunya lalu dibawa ke klinik berkenaan sekitar jam 9 pagi.

“Bagaimanapun, mangsa disahkan hampir bersalin. Namun mangsa tidak mengetahui dirinya mengandung.

“Doktor di klinik berkenaan segera memaklumkan perkara itu kepada Hospital Jempol, tetapi kanak-kanak itu tidak sempat ke hospital kerana sudah melahirkan bayi di klinik itu," katanya.

Bagaimanapun, dia selamat melahirkan bayi lelaki secara normal dan kini sedang mendapat rawatan di Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah (HTAN).

Hamzah berkata, waris kanak-kanak ini juga membuat laporan di Balai Polis Bahau kira-kira jam 11 pagi berhubung insiden ini.

Kes ini bagaimanapun masih dalam siasatan polis di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Difahamkan, mangsa dipercayai tinggal bersama ibu bapanya di Bahau dan masih bersekolah.

Sementara itu, di KUALA PILAH, kes ini mendapat perhatian Exco Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga, Datuk Norhayati Omar.

Beliau sempat menziarah kanak-kanak itu di HTAN semalam.

Kata Norhayati, kanak-kanak itu berada dalam keadaan stabil begitu juga dengan bayi lelakinya.

“Saya beri kata-kata sokongan dan semangat kepada kanak-kanak itu bagi mengelakkan dirinya tertekan dan trauma.
“Saya turut menasihatkan kepada ibu kanak-kanak itu supaya tabah dan menjaga anak serta cucunya dengan baik,” katanya.

Menurutnya, buat masa ini, hak penjagaan terhadap bayi itu masih dalam perbincangan antara Jabatan Kebajikan Masyarakat dan keluarga tersebut.

“Perbincangan masih dilakukan, lagipun kes ini masih dalam siasatan polis.

“Kita perlu memberi laluan kepada siasatan polis untuk mencari individu yang perlu bertanggungjawab,” katanya.

Beliau juga menasihatkan kepada ibu bapa supaya memantau pergerakan anak-anak termasuk mengehadkan penggunaan telefon pintar.

“Saya bimbang, zaman serba canggih, semua maklumat ada di hujung jari. Kanak-kanak mudah terpengaruh.

“Kalau sudah berlaku perkara tidak diingini seperti ini, ia memberi kesan berpanjangan.

“Saya berharap supaya ibu bapa lebih peka perkembangan anak-anak mereka sama ada di dalam rumah mahupun di luar rumah,” katanya.

Rugi RM8,000 ditipu empat wanita



MUAR - Seorang warga emas rugi RM8,000 selepas barang kemas miliknya dilarikan empat wanita yang menyamar sebagai penjual peralatan penjagaan kesihatan di rumahnya di Kampung Parit Arab, Ayer Hitam, dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 petang itu, Siti Aminah (bukan nama sebenar) 80, kehilangan tiga gelang tangan, dua rantai leher, dua cincin dan sepasang subang telinga.

Menceritakan kejadian tersebut, Siti Aminah berkata, dia didatangi dua wanita tidak dikenali menaiki sebuah kereta Toyota Avanza berwarna kelabu, ketika sedang berehat di bahagian hadapan rumah.

Katanya, dia mengajak mereka masuk ke dalam rumah kerana menyangka kedatangan itu untuk berhari raya.

“Seorang daripada mereka tanya siapa ada di rumah, makcik jawab ada suami yang tengah mandi.

“Dia beritahu mereka datang dari Kuala Lumpur dan mahu buat pemeriksaan kesihatan,” katanya.

Siti Aminah berkata, dua wanita terbabit kemudiannya keluar ke kereta dan masuk semula ke rumah bersama dua lagi wanita serta membawa sebuah mesin pemeriksaan kaki elektrik.

Menurutnya, dua daripada mereka menyusun dua kerusi menghadap dinding dan menyuruh dia serta suami duduk di kerusi tersebut.

Sebelum memulakan pemeriksaan, mereka turut memintanya menanggalkan kesemua barang kemas yang didakwa untuk mengelak daripada terkena renjatan elektrik.

“Makcik letak semua barang kemas di sebelah, tapi mereka kata mahu tolong pegangkan, makcik beri saja tanpa rasa curiga.

“Sementara tunggu pemeriksaan guna mesin itu, seorang dari mereka minta nak ke tandas dan yang lain pula makan kuih raya yang kedudukan meja di belakang makcik,” katanya.

Katanya lagi, selepas 30 minit, dia tersedar dirinya ditipu namun kesemua suspek telah melarikan diri bersama barang kemas miliknya dan hanya meninggalkan mesin tersebut.

“Makcik terus pergi rumah anak yang terletak di belakang rumah untuk beritahu barang kemas dicuri empat wanita yang datang ke rumah.

“Makcik macam dipukau, sebab itu menurut saja arahan mereka tanpa sebarang bantahan,” katanya.

Jelas Siti Aminah, dia difahamkan tiga kejadian sama pernah berlaku di Ayer Hitam sejak Ramadan lalu dan menggunakan modus operandi sama untuk memperdayakan mangsa.

Katanya, dia ditemani anaknya membuat laporan di Balai Polis Bukit Naning, kira-kira jam 3.30 petang dan berharap suspek segera diberkas.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisoner Azman Ayob ketika dihubungiberkata, siasatan lanjut sedang dilakukan untuk menjejaki suspek.