Search This Blog

Wednesday, August 5, 2015

5 ditahan seludup wanita Thailand jadi hamba seks

Bangkok: Polis Thailand semalam menahan lima orang yang disyaki menyeludup wanita negara itu untuk dijadikan hamba seks di China.
Kelima-lima suspek itu juga dipercayai anggota sindiket yang terbabit dalam penyeludupan wanita ke Malaysia dan Singapura.
Penangkapan itu dibuat seminggu selepas Amerika Syarikat mengekalkan Thailand dalam senarai pusat penyeludupan manusia terburuk dunia.
Pihak berkuasa China dan Thailand bekerjsama dalam kes terbaru itu selepas seorang wanita berjaya melarikan diri dari pusat pelacuran di Chongqing di China, kata Ketua Polis Thai, Somyot Pumpanmuang.
Dalam keterangannya kepada polis di China, wanita itu berkata, dia dan tiga yang lain dipaksa menjual tubuh mereka.
Mereka dibawa ke China selepas menerima tawaran untuk bekerja sebagai pelayan restoran.
Menurut Somyot, pihaknya menangkap empat wanita dan seorang lelaki serta mengeluarkan waran tangkap ke atas empat suspek lain.
Pihak berkuasa China menahan pula dua warganya yang disyaki terbabit dalam sindiket itu.
Polis Thailand mengesyaki lebih 20 wanita diseludup sindiket berkenaan.
Bulan lalu, pihak berkuasa negara itu mendakwa 72 orang, termasuk 15 kakitangan kerajaan kerana disyaki terbabit dalam penyeludupan manusia selepas polis melancarkan siasatan besar-besaran terhadap jenayah berkenaan. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 5 Ogos 2015 @ 9:50 AM


TIGA daripada lima suspek yang ditunjukkan kepada wartawan pada sidang akhbar di Bangkok, semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/68361#sthash.YrUhKz0o.dpuf

150 pendatang Bangladesh dihantar pulang


Lhokseumawe: Pejabat imigresen di sini akan menghantar pulang 150 pendatang Bangladesh kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan sah.

Ketua Bahagian Pengawasan Dan Tindakan pejabat berkenaan, Albert Djalius berkata, proses penghantaran pulang itu akan siap menjelang esok.

Setakat ini, 19 warga Bangladesh dihantar pulang dari Lapangan Terbang Kuala Namu di Medan, Sumatera Utara.

“Semua dokumen daripada kedutaan Bangladesh sudah lengkap. Kami akan menghantar pulang 150 orang itu secepat mungkin,” kata Albert.

Kira-kira 240 pendatang Bangladesh terkandas di Aceh bersama-sama ratusan pendatang Rohingya dua bulan lalu.

Indonesia membenarkan pendatang Rohingya tinggal sementara di negara itu selama setahun sementara rakyat Bangladesh dihantar pulang.

Sepanjang berada di Aceh, pendatang berkenaan ditempatkan di pusat perlindungan sementara di bangunan lama Pejabat Imigresen Lhokseumawe. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 5 Ogos 2015 @ 9:52 AM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/68365#sthash.0fvSTWWU.dpuf

Mangsa kemalangan meninggal dunia

Sandakan: Pesakit jantung yang terbabit dalam kemalangan di Batu Sepuluh, Jalan Labuk, pagi tadi, meninggal dunia, 2.30 petang tadi.
Mangsa, Awang Ali Amat, 65, meninggal dunia di wad kecemasan, Hospital Duchess of Kent (HDOK), Sandakan kerana kecederaan di kepala.
Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Zabidi Md Zain ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.
Doktor wanita berusia 30 tahun patah kaki kanan manakala dua lagi mangsa iaitu jururawat dan isteri pesakit hanya mengalami cedera ringan akibat kemalangan membabitkan ambulans dan kereta, 10.20 pagi tadi.
Pemandu ambulans tidak mengalami kecederaan.
Berita berkaitan:
Dua parah ambulans terbalik: http://hmtro.com/1ILIx5B
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 5 Ogos 2015 @ 3:42 PM


KEADAAN ambulans yang terbabit
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/68450#sthash.o3jovryk.dpuf

Pesawat mendarat cemas selepas kehabisan minyak

Pesawat mendarat cemas selepas kehabisan minyak

 
Penerbangan CZ303 milik China Southern Airways diarahkan untuk menukar laluan bagi mengelakkan latihan ketenteraan China selepas berlepas pada jam 9.30 pagi waktu tempatan dari Gangzhou, selatan China.
 
Difahamkan, akibat dari lencongan laluan itu, pesawat tersebut tidak mempunyai bahan bakar yang cukup untuk membuat pendaratan ke Heathrow dan menyebabkan pesawat tersebut terpaksa mendarat di Lapangan Terbang Schiphol Amsterdam.
 
Memetik laporan Mirror.uk, jumlah penumpang yang berada dalam penerbangan itu bagaimanapun tidak dapat dipastikan.

Gempa: 20 lagi mayat dijumpai bawah runtuhan


Pekerja penyelamat berusaha untuk mencari orang-orang yang terperangkap keluar dari runtuhan rumah-rumah runtuh. - Foto Bernama
KATHMANDU - NEPAL. Selepas lebih tiga bulan gempa bumi teruk melanda Nepal, 20 mayat lagi dijumpai pada Selasa di bawah runtuhan kediaman yang musnah  di Lamtang, Rasuwa, kira-kira 85 kilometer di utara Kathmandu.
 
Ketua Pentadbir Rasuwa, Shiva Ram Gelal berkata, pegawai keselamatan terlibat dalam operasi mencari menemukan 20 mayat di bawah runtuhan berkenaan tetapi identiti mereka tidak dapat dikenal pasti berikutan keadaan mayat sudah reput.

"Mayat-mayat itu dihantar ke Tribbuvan University Teaching Hospital untuk ujian forensik kerana identiti mereka tidak dapat dikenal pasti," kata Gelal.

Berikutan penemuan mayat berkenaan, angka kematian akibat gempa bumi pada 25 April itu meningkat kepada 9,012 orang.

Gempa bumi berukuran 7.9 pada skala Richter itu telah memusnahkan hartanah bernilai berbilion dolar.

Jurucakap Kementerian Luar Laxmi Prasad Dhakal berkata, mayat akan diserahkan kepada anggota keluarga selepas identiti dikenal pasti melalui ujian DNA.

Anggota penyelamat menghentikan kerja mencari selepas tidak menemukan sebarang tanda terdapat mangsa yang terselamat atau mayat di Lamtang tetapi  penduduk setempat bertegas bahawa terdapat anggota keluarga dan sahabat-handai mereka yang masih hilang dan mungkin tertimbus di bawah runtuhan.
 
Lebih 400 orang dilaporkan masih hilang di Lamtang termasuk beberapa warga  asing.
 
"Kami menyambung usaha mencari atas gesaan penduduk setempat yang membawa kepada penemuan lebih banyak mayat.
 
"Kami meneruskan operasi mencari dan berharap dapat menemukan lebih banyak mayat kerana ada penduduk mendakwa terdapat anggota keluarga mereka masih hilang," kata  pegawai polis Rasuwa, DSP Prabin Pokhrel kepada Bernama.

Katanya lebih 100 penduduk dilaporkan hilang didaftarkan di Rasuwa selepas gempa bumi, iaitu  82 warga Nepal dan 22 rakyat asing.

Lamtang merupakan destinasi kembara dan banyak warga asing berada di kawasan ini semasa gempa bumi melanda. - Bernama

Dua kereta api tergelincir, 20 penumpang maut



Angka kematian dijangka meningkat sehingga 7 pagi (Malaysia 9.30 pagi) dengan 15 mayat daripada Kamayani dan Janata Express berada dalam Sungai Machak.

Menurut kenyataan media daripada pegawai kanan West Central Railway, Piyush Mathur, sekurang-kurangnya 100 penumpang mengalami kecederaan serius.

Kamayani Express yang dalam perjalanan ke Varanasi dari Mumbai, tergelincir sekitar pukul 11.45 malam manakala Janata Express turut tergelincir pada waktu yang sama.

Seorang pegawai kereta api berkata bahan asas trek landasan dihanyutkan hujan lebat yang melanda negeri itu sejak dua minggu lepas menyebabkan air sungai melimpah.

Pegawai polis di tempat kejadian dipetik Times of India berkata sekurang-kurangnya dua penumpang mengalami kejutan elektrik.

Sementara itu, Menteri Kereta Api Suresh Prabhu berkata kakitangan perubatan kecemasan dan bantuan dikejarkan ke tempat kejadian tetapi kegelapan dan cuaca menghalang usaha kerja-kerja menyelamat. - Bernama

Murid tahun satu mati dipercayai didera


Mohamad Adam Haikal Dasril Abdullah
Mohamad Adam Haikal Dasril Abdullah

KUALA LUMPUR 4 Ogos - Seorang murid tahun satu sebuah sekolah di Taman Kosas dekat sini meninggal dunia dipercayai didera dalam kejadian di sebuah rumah flat di Ampang Jaya, semalam.
Kanak-kanak malang itu, Mohamad Adam Haikal Dasril Abdullah, 7, maut akibat kecederaan pada bahagian abdomen setelah terkena objek tumpul.
Kejadian disedari oleh seorang doktor di Hospital Ampang sebelum membuat laporan polis apabila mendapati kesan-kesan kecederaan pada badan mangsa.
Doktor terbabit sebelum itu cuba memberikan rawatan kecemasan kepada mangsa termasuk bantuan pernafasan semasa dihantar ke hospital berkenaan pada pukul 8.55 pagi.
Bagaimanapun, mangsa gagal memberikan respon dan disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 9.30 pagi.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khai­ruldin Saad berkata, pemeriksaan mendapati badan mangsa mempunyai kesan-kesan merah pada bahagian kemaluan selain kesan luka lama di bahagian kiri pinggang.
“Hasil bedah siasat mangsa yang dijalankan di Hospital Kuala Lumpur hari ini mendapati kematian itu berpunca akibat trauma atau kecederaan pada abdomen (perut) disebabkan oleh objek yang tumpul atau keras.
“Susulan daripada laporan oleh pengadu (doktor), pihak polis telah membuat siasatan lanjut dan menahan seorang kedi kelab golf yang berusia 41 tahun dan ibu mangsa yang berusia 35 tahun di rumah flat di Taman Kosas,” katanya di sini hari ini.
Sementara itu. Utusan Malaysia difahamkan, ibu mangsa yang be­kerja sebagai pengasuh kanak-kanak mempunyai seorang lagi anak perempuan berusia 15 tahun.
Ibu mangsa yang bercerai de­ngan suaminya kira-kira dua tahun lalu baru sahaja mengenali teman lelakinya beberapa bulan yang lalu.
Mahkamah Majistret Ampang mengeluarkan perintah tahanan reman selama tujuh hari bermula hari ini ke atas kedua-dua suspek.
Majistret Noor Farah Hazwani Osman membenarkan pengasuh kanak-kanak dan kedi golf itu direman mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah bagi membolehkan mereka disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Sabit kesalahan, mereka boleh dihukum gantung sehingga mati.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/murid-tahun-satu-mati-dipercayai-didera-1.120742#sthash.R3uQzJzQ.dpuf

Pesta wang di lebuh raya


Video dimuatnaik di YouTube, menunjukkan beberapa orang pengguna
Video dimuatnaik di YouTube, menunjukkan beberapa orang pengguna jalan raya mengutip wang kertas yang bertaburan di Lebuh Raya Bukit Timah, Singapura, kelmarin. AGENSI
SINGAPURA 4 Ogos – Pengguna Lebuh Raya Bukit Timah (BKE) semalam ‘dihidangkan’ dengan pemandangan luar biasa apabila ada antara pemandu memberhentikan kereta bagi mengutip duit kertas bernilai S$50 (RM139.73) yang bertaburan di atas jalan raya.
Malah, insiden yang berlaku kira-kira pukul 6.20 petang semalam berhampiran Lebuh Raya Seletar (SLE) ke BKE, sempat dirakamkan dalam satu video yang dimuatnaik ke YouTube.
The Straits Times yang memetik video itu melaporkan, rakaman berkenaan dimuatnaik Komuniti Pemandu Tidak Berhemah Singapura yang menunjukkan kepingan kertas bertaburan di jalan raya sambil beberapa orang dilihat mengutipnya.
Kenderaan yang lalu-lalang dilihat terpaksa memperlahankan kereta bagi mengelak terlanggar pengguna jalan raya yang berhenti.
Seorang pembantu pentadbir bernama Annie memberitahu akhbar berbahasa Cina Singapura, Lianhe Wanbao, bas dua tingkat dinaikinya turut diminta berhenti supaya orang ramai boleh mengutip wang berkenaan.
Annie menjangkakan, duit kertas yang bertaburan mungkin bernilai sekurang-kurangnya RM10,000.
Seorang ahli perniagaan, Liu pula berkata, dia menyangka orang ramai hanya mengutip kertas biasa sehinggalah dia ternampak kertas itu sebenarnya wang S$50.
Bagaimanapun, masih tiada penjelasan bagaimanap wang tersebut boleh berteburan di atas jalan raya.
Mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan, individu yang mengutip wang itu boleh dikenakan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atas kesalahan penyalahgunaan harta benda.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/pesta-wang-di-lebuh-raya-1.120573#sthash.ZAHSKAfj.dpuf

Bayi dibuang dalam mangkuk tandas


Seorang bayi perempuan berjaya diselamatkan selepas dibuang ibunya
Seorang bayi perempuan berjaya diselamatkan selepas dibuang ibunya di dalam sebuah tandas awam di Beijing, China, baru-baru ini. Agensi
BEIJING 4 Ogos – Seorang bayi yang baru dilahirkan, dipercayai dibuang oleh ibunya, dijumpai hidup di dalam sebuah mangkuk tandas dengan kepalanya tersangkut pada saluran najis di sebuah tandas awam di sini, baru-baru ini.
Lebih menyedihkan, gambar bayi perempuan itu yang berjaya diselamatkan sempat dirakam, memaparkan seorang anggota polis memegangnya yang masih diselaputi lapisan putih sama seperti bayi baru dilahirkan.
Menurut Daily Mail, kejadian itu disedari orang ramai yang kemudian menghubungi polis sejurus mendengar tangisan bayi di dalam tandas berkenaan.
Polis percaya ibu bayi tersebut baru sahaja bersalin sebelum meninggalkan anaknya di situ kerana terdapat banyak darah di sekeliling mangkuk tandas.
Bayi tersebut dibawa ke sebuah hospital di Beijing dan pemeriksaan menunjukkan dia tidak mengalami sebarang kecederaan.
Polis kini memburu ibu dan bapa bayi tersebut.
Sebelum ini, kebanyakan bayi di China yang dilahirkan luar nikah dibuang kerana tekanan sosial dan kewangan.
Dasar membenarkan seorang anak sahaja di negara ini memberi satu tekanan berat untuk pasangan yang mempunyai lebih dari satu anak.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/bayi-dibuang-dalam-mangkuk-tandas-1.120556#sthash.Ke8Qisds.dpuf

Sanggup gigit, kunyah jari supaya tidak ditangkap


Kenzo Roberts sanggup bertindak luar batasan dengan menggigit,
Kenzo Roberts sanggup bertindak luar batasan dengan menggigit, mengunyah dan makan hujung beberapa jarinya bagi menyelamatkan diri. AGENSI
FLORIDA 4 Ogos – Seorang remaja yang disyaki terlibat dengan rompakan kereta mewah, sanggup bertindak luar batasan dengan ‘menggigit, mengunyah, dan makan’ hujung beberapa jarinya bagi menyelamatkan diri.
Kenzo Roberts, 20, bertindak sedemikian bagi mengelakkan dirinya dikenal pasti melalui kaedah pengecaman cap jari kerana sebelum ini pernah melakukan beberapa kesalahan jenayah lain.
Menurut Huffington Post, Roberts melakukan perbuatan tersebut sejurus ditangkap dengan sebuah kereta Mercedes Benz yang dilaporkan dicuri oleh polis.
Polis kemudian menyedari Roberts menggunakan pengenalan palsu dan memiliki senjata api tidak berlesen.
Apabila disemak, suspek juga didapati mempunyai tiga kes penipuan kad kredit sebelum ini.
Dia kemudian ditangkap dan diletakkan di dalam kereta peronda polis, bagaimanapun Roberts yang bimbang kemudian mula menggigit dan mengunyah hujung jarinya.
Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di dalam kereta peronda itu menunjukkan bagaimana Roberts menggigit hujung jari beliau, menelan daging jari dan kemudian menggosok tangannya pada besi kereta itu.
Bagaimanapun, tindakan lelaki itu untuk mengelak daripada undang-undang tidak berjaya apabila polis mengesan dia mempunyai dua kesalahan serta waran tangkap.
Selain daripada itu, dia juga akan didakwa atas kesalahan memiliki senjata api secara haram dan merompak.
Roberts ditahan di penjara Lee County dengan bon sebanyak RM850,000.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/sanggup-gigit-kunyah-jari-supaya-tidak-ditangkap-1.120560#sthash.xLtyU094.dpuf

Banjir: Rohingya dihalau dari pusat pemindahan


Sebahagian etnik Rohingya berteduh di kediaman mereka yang dilanda
Sebahagian etnik Rohingya berteduh di kediaman mereka yang dilanda banjir baru-baru ini. AGENSI
SITTWE 4 Ogos – Etnik Rohingya Islam di sini terutama di bandar Akyab dan Kyauktaw berdepan dengan pelbagai kesukaran selepas mereka diusir memasuki pusat pemindahan walaupun banjir teruk melanda negara ini sejak beberapa hari lalu.
Menurut laman web burmatimes.net, etnik itu terpaksa meninggalkan kawasan penempatan mereka dan menyeberangi ‘wilayah larangan’ ke kawasan bukit untuk menyelamatkan diri kerana bimbang diserang oleh penganut Buddha Rakhine dan pasukan keselamatan.
Di Kyauktaw, penduduk Islam Rohingya diusir dari sekolah dan pusat komuniti yang dijadikan penempatan sementara untuk berlindung selepas banjir teruk melanda.
Sementara itu di Akyab, terdapat laporan menyatakan etnik Rohingya diancam oleh penduduk tempatan Rakhine supaya kembali ke kem pelarian atau mereka akan berdepan masalah.
Bagaimanapun, pelarian memberitahu terlalu sukar untuk kembali ke kem selepas semua penempatan itu ditenggelami banjir.
Negeri Rakhine merupakan penempatan kepada kira-kira 140,000 pelarian terutamanya etnik Rohingya yang tinggal di kem yang kecil dan kotor.
Beberapa tahun lalu, organisasi kemanusiaan antarabangsa telah mengemukakan petisyen kepada kerajaan untuk memindahkan pelarian ke lokasi yang lebih selamat.
Sementara itu, kerajaan Myanmar merayu kepada bantuan kemanusiaan antarabangsa supaya menyalurkan bantuan, penempatan sementara, dan pakaian kepada lebih 210,000 penduduk yang teruk terjejas akibat banjir.
Sehingga hari ini, seramai 47 orang terkorban akibat banjir dan musim tengkujuh di negara ini.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/banjir-rohingya-dihalau-dari-pusat-pemindahan-1.120568#sthash.lqroEH60.dpuf