Search This Blog

Wednesday, July 29, 2015

Kerana tisu

Izmir, Turki: Gambar seorang budak lelaki pelarian Syria yang dipukul beberapa pekerja restoran di bandar ini kerana menjual tisu mencetuskan kemarahan dan simpati penduduk di Turki.
Ahmed Hamdo Abeyd yang menjual tisu sebagai sumber pendapatan dipukul pekerja restoran berkenaan kerana dikatakan mengganggu pelanggan.
“Saya hanya menjual tisu. Ketika mahu menjual tisu kepada seorang wanita tiba-tiba sekumpulan lelaki menarik saya dan terus memukul saya.
“Mereka memijak saya sehingga pengsan,” katanya kepada akhbar Hurriyet Daily .
Menurut akhbar itu, beberapa penduduk kemudian menyiram air pada Ahmed untuk menyedarkannya.
Gambar Ahmed yang menangis dengan hidung berdarah mendapat simpati Perdana Menteri Turki, Ahmet Davutoglu.
Beliau mengarahkan pemimpin tempatan untuk mencari kanak-kanak itu dan memberikannya tempat tinggal.
Seorang pengguna Twitter pula mendesak pihak berkuasa menyiasat kejadian itu dan menghukum pepekerja restoran berkenaan.
“Air mata saya mengalir melihat kejadian itu dan berharap pekerja restoran berkenaan dikenakan tindakan,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 Julai 2015 @ 7:48 AM


GAMBAR Ahmed yang menangis meraih simpati penduduk di Turki.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/66789#sthash.XmFjkeKN.dpuf

Otak ‘kecut’

Kuala Lumpur: “Otak saya jadi ‘kecut’ dan tidak waras sepenuhnya kesan heroin serta pelbagai pil sakit jiwa seperti Dormicum dan Suboxone yang pernah saya telan sejak sembilan tahun lalu,” kata seorang bekas penagih yang hanya mahu dikenali sebagai Boy Sentul, 28.
Dia yang pernah dimasukkan ke beberapa pusat pemulihan kini hidup merempat sekitar Jalan Raja Laut di sini, selepas sukar mendapatkan pekerjaan selain menghadapi masalah mental kronik.
Menurutnya, saraf otaknya mengalami kerosakan teruk kesan tindakannya kerap mengambil dadah berlebihan selain gemar mencampurkannya dengan pil psikotropik.
“Pil tidur dan pil sakit jiwa Dormicum itu dicampur dengan serbuk Suboxone untuk mendapatkan kesan khayal. Namun tindakan gila itu menyebabkan saraf otak saya rosak teruk.
“Saya mudah hilang ingatan, kerap jatuh pengsan mendadak selain mengalami halusinasi melampau. Dalam erti kata lain saya sudah jadi gila akibat rosak otak,” katanya yang mula menagih dadah sejak berusia 19 tahun.
Dia yang fasih berbahasa Inggeris dan pernah menuntut di sebuah kolej swasta di Petaling Jaya mendakwa hidupnya musnah selepas terjebak dengan penyalahgunaan ganja dan heroin ketika remaja.
“Akibatnya saya pernah ditahan dan dimasukkan ke pusat pemulihan dadah di Rawang, Selangor.
“Namun saya akhirnya merempat selepas ibu meninggal dunia pada tahun 2010 menyebabkan saya hilang tempat bergantung hidup dan wang,” katanya.
Menurutnya, dia pernah bekerja sebagai pembantu di restoran sekitar Sentul dan Kepong di sini, namun dibuang kerja kerana masalah mental dialami.
“Ada masanya saya jadi manusia waras dan boleh berfikir normal. Namun kerap kali saya hilang ingatan dan tidak tahu apa yang dilakukan. Ada kalanya saya tersedar sedang berbogel atau tidur di dalam longkang,” katanya.
Dia menasihati golongan belia supaya menjauhi dadah dan tidak menyalahgunakan pil psikotropik untuk mendapatkan kesan khayal.
Sementara itu Timbalan Pengarah Penguatkuasaan Farmasi Mazlan Ismail berkata, ramai penagih dadah sebelum ini menjadi gila atau mati mengejut akibat tindakan mereka mencampur adukkan dadah bersama pil psikotropik.
Menurutnya, tindakan berbahaya merumuskan dadah dicampur serbuk Suboxone dan serbuk dormicum boleh merosakkan tubuh dan saraf otak secara kekal.
“Pil Dormicum kerap dicampur penagih dadah bersama pil lain sebagai alternatif sekiranya mereka terputus bekalan dadah.
“Bagaimanapun pihak Bahagian Penguatkuasa Farmasi (BPF) kementerian Kesihatan Malaysia berjaya menangani masalah ini dengan mengambil tindakan terhadap pihak klinik atau individu yang menjual pil psikotropik itu secara haram,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 Julai 2015 @ 8:18 AM


BOY Sentul menceritakan pengalamannya terjebak dalam penyalahgunaan dadah.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/66822#sthash.ObQdovZc.dpuf

Bunuh kerana tidak tahan diejek

Pekanbaru: Akibat tidak tahan diejek, seorang buruh menetak leher rakannya hingga mati dalam satu kejadian di sebuah asrama pekerja di sini semalam.
Jurucakap polis, M Bahari Abdi berkata, kejadian berlaku pada jam 4 pagi (waktu tempatan) apabila suspek, Najaludin, 50, menetak belakang leher rakannya, Agustian Hutasohit, 24, yang sedang tidur.
Katanya, selepas membunuh mangsa suspek terus melarikan diri.
“Mayat mangsa yang berlumuran darah dijumpai seorang pekerja pada jam 7.30 pagi (waktu tempatan) sebelum membuat laporan polis,” katanya.
Menurutnya, selepas beberapa jam melarikan diri polis mengesan Najaludin bersembunyi di sebuah rumah rakannya di sini.
“Suspek cuba melarikan diri ketika kediaman berkenaan diserbu menyebabkan polis terpaksa menembak di bahagian kakinya.
“Lelaki itu dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut dan keadaannya dilaporkan stabil,” jelasnya.
Menurutnya, ketika soal siasat, suspek mengaku membunuh Agustian kerana tidak tahan sering diejek dengan kata-kata kesat oleh mangsa.
“Suspek mengaku motif pembunuhan kerana sakit hati akibat sering diejek mangsa,” katanya. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 Julai 2015 @ 7:45 AM


NAJALUDIN dirawat di sebuah hospital selepas ditembak ketika cuba melarikan diri daripada polis.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/66784#sthash.Ag00nxfw.dpuf

Reman ibu dilanjut 7 hari

Alor Gajah: Polis mendapatkan kebenaran Mahkamah Majistret Alor Gajah, di sini, semalam bagi melanjutkan tahanan reman selama tujuh hari lagi bermula semalam terhadap ibu kepada bayi perempuan berusia 22 bulan yang meninggal dunia disyaki akibat didera.
Ketua Polis Daerah Superintendan Muhammad Ismail Muhammad Yusuf berkata, pihaknya memohon lanjutan tahanan reman itu selepas tempoh reman terhadap suri rumah berkenaan tamat semalam.
“Sebelum ini wanita berusia 26 tahun dan suami, 33 tahun ditahan reman bagi membantu siasat berhubung kematian bayi perempuan mereka di kediaman mereka pada 20 Julai lalu.
“Kami membebaskan suami wanita itu selepas tempoh tahanan reman tamat semalam dan berpuas hati dengan kerjasama diberikan sepanjang siasatan berjalan, namun lelaki itu akan dipanggil semula jika diperlukan.” katanya.
Muhammad Ismail berkata, ibu bayi berkenaan akan dirujuk ke Jabatan Psikiatri Hospital Melaka, untuk tujuan pengawasan dalam tempoh tertentu sehingga doktor menyiapkan laporan kesihatan wanita berkenaan.
Terdahulu, Majistret Nor Azizah Yusof, membenarkan permohonan lanjutan tahanan reman bagi membantu pihak polis melengkapkan siasatan kes itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Harian Metro pada 23 Julai lalu melaporkan, tempurung kepala mayat seorang bayi perempuan berusia 22 bulan disahkan retak selain dahi serta beberapa bahagian badan mangsa dikesan mempunyai kesan lebam baru dan lama dipercayai akibat didera.
Susulan hasil bedah siasat dijalankan di Hospital Tampin, Negeri Sembilan polis menahan ibu dan bapa kepada bayi malang berkenaan ketika pasangan itu sedang menunggu untuk menuntut mayat bayi mereka di hospital sama 21 Julai lalu.
Dalam kejadian di kediaman keluarga mangsa di Taman Padi Indah, Pulau Sebang, di sini, 5.30 petang, 20 Julai itu, ibu mangsa berusia 26 tahun menemui bayi malang itu dalam keadaan telentang tidak sedarkan diri di ruang tamu.
Dia kemudian menghubungi suami bagi memaklumkan kejadian itu sebelum pasangan berkenaan membawa mangsa untuk mendapatkan rawatan di Hospital Tampin, untuk mendapatkan rawatan namun pemeriksaan oleh pegawai perubatan mengesahkan bayi malang itu sudah meninggal dunia.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 Julai 2015 @ 8:32 AM


PASANGAN suami isteri yang ditahan reman bagi membantu siasatan di Mahkamah Majistret Alor Gajah, Melaka.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/66835#sthash.Ll8fD1mC.dpuf

35 wanita ‘mangsa Cosby’ tayang muka hiasi kulit majalah

New York: Seramai 35 wanita termasuk supermodel Janice Dickinson dan Beverley Johnson, yang mendakwa menjadi mangsa seksual pelawak Bill Cosby dipaparkan pada muka depan majalah New York terbaru.
Bintang The Cosby Show itu berdepan kritikan sejak beberapa bulan ini selepas puluhan wanita menceritakan pengalaman gangguan seksual dan rogol didakwa dilakukan Cosby beberapa dekad lalu.
Terbaru, gambar hitam putih dipaparkan muka depan majalah itu yang bertajuk ‘Cosby: The Women, An Unwelcome Sisterhood’ - menunjukkan mereka duduk memandang tepat pada kamera.
Setiap wanita mempunyai potret tambahan dan artikel menceritakan kisah mereka serta pandangan mengenai skandal itu.
Beberapa jam selepas muka depan itu dipaparkan di laman webnya, portal itu tidak dapat diakses yang pada mulanya disangkakan kerana jumlah orang yang mahu melihatnya.
Namun, seorang penggodam menggunakan gelaran ThreatHack kemudian mengaku bertanggungjawab bukan kerana menyokong Cosby sebaliknya disebabkan bencikan New York. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 Julai 2015 @ 7:37 AM


- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/66770#sthash.YoIe6ibG.dpuf

Dua beradik maut rumah terbakar

Klang: Dua remaja perempuan dipercayai adik-beradik rentung dalam kebakaran rumah di Jalan Dato Dagang Kampung Jawa dekat sini, 11.50 malam tadi.
Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul  berkata, kejadian itu mengakibatkan mangsa berusia 12 dan 15 tahun itu maut.
"Kebakaran memusnahkan tiga pintu rumah kelas C dan turut musnah sebuah kereta.
"Bapa mangsa yang berusia 53 tahun serta nenek mangsa, 79, terselamat dalam kejadian itu," katanya.
Beliau berkata, api dikawal pada 12.10 tengah malam.
Mohd Sani berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk bedah siasat.
Katanya, punca kebakaran serta nilai kerugian masih disiasat.
FOTO ihsan Bomba
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 Julai 2015 @ 9:06 AM

ANGGOTA bomba berusaha memadamkan kebakaran. FOTO ihsan Bomba
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/66845#sthash.OYXbCwvu.dpuf

Pemberontak komunis bunuh tiga askar Filipina


Manila: Pemberontak komunis membunuh tiga askar Filipina dan mencederakan 13 yang lain dalam satu serangan hendap di wilayah utara Filipina lewat kelmarin.

Komander tentera Filipina, Jeneral Paul Atal berkata, pemberontak menggunakan periuk api dalam serangan terhadap 30 askar yang menaiki tiga trak di Pinukpuk, wilayah Kalinga.

“Pemberontak memasang periuk api untuk menghentikan trak sebelum melepaskan tembakan ke arah anggota tentera.

“Anggota tentera berkenaan membalas serangan menyebabkan beberapa pemberontak cedera dan berundur ke dalam hutan,” katanya.

Serangan hendap taktik biasa digunakan kumpulan pemberontak komunis yang berlanjutan selama 46 tahun di wilayah berkenaan.

Atal menyifatkan serangan menggunakan periuk api itu sebagai satu tindakan pengecut.

Pada minggu lalu pemberontak berkenaan menyerang 12 pusat pemeriksaan tentera di wilayah itu.

Serangan itu menyebabkan seorang pemberontak maut manakala dua anggota polis dan enam penduduk kampung cedera.

Komander tentera Filipina yang baru, Jeneral Eduardo Ano berjanji mengurangkan kekuatan pemberontak berkenaan daripada 4,200 kepada 1,000 anggota menjelang tahun depan.

Pada kemuncak pemberontakan pada 1980-an, kumpulan komunis itu mempunyai 25,000 anggota. - AP

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 Julai 2015 @ 7:44 AM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/66782#sthash.kJOJjL5A.dpuf

Dokumen pindaan diserah kepada Sirul


Shah Alam: Mahkamah Tinggi di sini, semalam memerintahkan dokumen pindaan tuntutan saman RM100 juta yang difailkan keluarga Altantuya Shaariibuu berhubung kematian wanita itu diserahkan kepada defendan, Sirul Azhar Umar.

Peguam keluarga itu, Ram Karpal Singh berkata, perintah berkenaan dikeluarkan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Soraya Othman di dalam kamarnya.

Ram berkata, dokumen itu akan dihantar kepada Kementerian Luar hari ini atau selewat-lewatnya esok untuk diserahkan kepada wakil konsulat di Sydney, Australia bagi disampaikan kepada Sirul Azhar.

“Ia mungkin mengambil masa sehingga tiga minggu sebelum tarikh pengurusan kes,” katanya ketika ditemui di luar mahkamah, di sini.

Pindaan itu membabitkan beberapa penambahan keterangan berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 13 Januari lalu menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap Sirul Azhar dan bekas anggota Unit Tindakan Khas Cif Inspektor Azilah Hadri.

Bagaimanapun, pada hari keputusan mahkamah diumumkan, Sirul Azhar melarikan diri ke Australia, namun ditahan pada 20 Januari oleh pegawai imigresen Australia selepas Interpol mengeluarkan notis merah dan ditahan di Pusat Tahanan Imigresen Villawood di Sydney. - BERNAMA

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 Julai 2015 @ 8:23 AM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/66827#sthash.V2o7VTLg.dpuf

Dua dipanggil sekali lagi beri keterangan 1MDB


Pengerusi Kumpulan Media The Edge, Tong Kooi Ong dan penerbitnya, Ho Kay Tat akan dipanggil sekali lagi untuk memberi keterangan berhubung siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, kedua-dua individu terbabit sepatutnya hadir di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman semalam, namun terpaksa dibatalkan berikutan kematian ibu Kooi Ong.

“Kooi Ong menghubungi kami dan memaklumkan kematian ibunya, semalam (kelmarin) kerana beliau perlu menghadiri upacara pengebumian.

“Oleh itu, kami tunda untuk memanggil kedua-duanya dan polis belum tetapkan tarikh baru,” katanya di Bukit Aman, semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 Julai 2015 @ 8:22 AM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/66826#sthash.fPAEVLLU.dpuf

Bayi dalam beg

Beijing: Seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan ditemui disorok di celah pakaian dan disumbat dalam beg bagasi, hujung minggu lalu selepas pekerja sebuah hotel mendengar tangisannya.
Seorang lelaki yang dilihat berlegar di lobi hotel berkenaan di Henan bersama seorang wanita pada mulanya disyaki terbabit sindiket pemerdagangan kanak-kanak.
Siasatan bagaimanapun mendedahkan lelaki berkenaan ayah bayi terbabit dan cuba menyusup masuk ke hotel itu untuk menyerahkan bayi berusia dua hari itu kepada wanita berkenaan yang mahu mengambilnya sebagai anak angkat.
Kedua-duanya ditahan polis manakala bayi terbabit dibawa ke hospital.
Menurut pihak berkuasa, ibu bapa bayi berkenaan sangat miskin dan tidak mampu membesarkannya. Ibunya juga mengalami masalah mental.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 Julai 2015 @ 7:40 AM


BAYI perempuan yang ditemui.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/66777#sthash.KzByOdJN.dpuf

Tiga pelajar tahfiz melecur

Gurun: Tiga pelajar lelaki berusia 10 hingga 15 tahun dari maahad tahfiz di Jalan Gunung Jerai, di sini, melecur di kepala, badan dan kaki akibat kebakaran, awal pagi tadi.
Kejadian berlaku kira-kira 3 pagi selepas asrama lelaki didiami mereka dijilat api.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Guar Chempedak, Penolong Penguasa Bomba Safuwan berkata, pihaknya menerima panggilan pada 3.06 pagi dan 15 orang anggota daripada BBP Guar Chempedak dikejarkan ke lokasi kejadian.
Katanya, sebaik tiba pada 3.20 pagi, anggota mendapatikebakaran berkenaan membabitkan asrama pelajar lelaki, malah khemah bersebelahan asrama yang diperbuat daripada kanvas, kayu dan zink dan digunakan sebagai tempat belajar turut terbakar.
"Usaha memadamkan api dilakukan dan ketiga-tigs mangsa yang cedera dibawa ke Unit Kecemasan Hospital Yan untuk diberi rawatan," katanya.
Difahamkan, ketiga-tiga mereka dirujuk ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar untuk rawatan lanjut.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 Julai 2015 @ 9:43 AM

KEADAAN mangsa yang cedera akibat kebakaran. FOTO ihsan Bomba
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/66862#sthash.JHmU3THC.dpuf

Polis tahan dua suspek curi kereta mewah

Kuantan: Dua lelaki yang mencuri dan melarikan kereta mewah bernilai lebih RM1 juta ditahan polis di Gambang, di sini, awal pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira 4 pagi itu polis yang melakukan rondaan cegah jenayah terserempak dengan kereta Ferrari berwarna kuning yang disyaki hilang di Bandar Sunway, Selangor.
Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, polis terus bertindak menahan kereta berkenaan yang dinaiki dua suspek berusia 28 dan 30 tahun itu.
"Sebelum itu polis Pahang menerima maklumat bahawa terdapat kereta mewah dilarikan suspek menuju ke pantai timur dan meminta kerjasama untuk mengesannya.
"Polis yang melakukan pemantauan dan pemeriksaan di kawasan Gambang terserempak kereta berkenaan dan mengekorinya sebelum bertindak menahan kedua-dua suspek," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 Julai 2015 @ 11:59 AM


KERETA mewah dinaiki dua suspek disyaki hilang di Selangor. FOTO ihsan polis
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/66875#sthash.7NHvslYQ.dpuf

Lelaki rentung, lima cedera

Selayang: Lelaki rentung manakala lima lagi cedera dalam kebakaran di Taman Bidara, Batu Caves, pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira 6.45 pagi itu, rumah teres dua tingkat di kawasan perumahan terbabit dilaporkan hangus terbakar.
Jurucakap Bomba dan Penyelamat Selangor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sejurus kejadian dan 17 anggota dan pegawai dari Balai Bomba Selayang dan Rawang dikejarkan ke lokasi kejadian.
"Kebakaran berjaya dikawal kira-kira sejam kemudian daripada terus merebak ke kawasan perumahan berhampiran.
"Empat orang mangsa adalah perempuan dan dua orang lelaki termasuk seorang ditemui rentung dan sudah meninggal dunia," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 Julai 2015 @ 12:21 PM

ANGGOTA bomba mengusung mayat mangsa. FOTO ihsan Bomba

Putus kaki motosikal langgar treler

Melaka: Penunggang motosikal parah apabila putus kaki kiri selepas terbabit dalam kemalangan dengan treler di Kilometer 32 Jalan Merlimau-Jasin, semalam.
Dalam kejadian kira-kira 3.30 petang itu, mangsa Fatehuddin Raban, 21, dikatakan dalam perjalanan dari Merlimau ke Jasin.
Jurucakap polis berkata, akibat kemalangan itu mangsa yang menunggang seorang diri putus kaki kiri.
"Siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku apabila mangsa dipercayai gagal mengawal motosikalnya sebelum memasuki laluan bertentangan dan berlanggar dengan treler yang kebetulan melalui laluan itu.
"Mangsa yang cedera kemudian diberi rawatan kecemasan sebelum di hantar ke Hospital Melaka untuk rawatan lanjut," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 Julai 2015 @ 12:51 PM
MANGSA yang putus kaki diberi rawatan kecemasan . FOTO ihsan pembaca
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/66890#sthash.XE97lPHX.dpuf

Nafi perdaya lapan individu


Oleh Sarah Zulkifli

sarah@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Seorang lelaki bergelar Datuk Seri bersama seorang ibu tunggal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas lapan pertuduhan menipu lapan individu berhubung anugerah darjah kebesaran negeri Kelantan yang membawa gelaran Datuk membabitkan kerugian RM705, 000, tahun lalu.

Kedua-dua tertuduh, Saharuddin Awang Yahya, 60, dan Norzihan Zainal Abidin, 53, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Mat Ghani Abdullah.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama menipu semua mangsa yang kebanyakannya ahli perniagaan dengan memperdayakan mereka untuk mempercayai boleh mendapatkan anugerah Datuk Kerabat Diraja Kelantan, namun ia tidak sah mengikut Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Negeri Kelantan.

Perbuatan mereka itu mendorong semua mangsa menyerahkan wang tunai terbabit keseluruhannya berjumlah RM705,000 yang mana mereka tidak akan menyerahkan jika tidak diperdayakan.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah pejabat di Jalan Wawasan 2/1, Bandar Baru Ampang, di sini dan di sebuah pejabat di Jalan Rimbunan Raya 2, Laman Rimbunan, Kepong, antara Mac 2014 hingga Januari lalu.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 420 kanun keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Allan Suman Pillai menawarkan jaminan RM300,000 bagi setiap tertuduh bagi semua pertuduhan kerana ramai mangsa yang terbabit.

Bagaimanapun, peguam Zamri Ibrahim yang mewakili Saharuddin memohon mahkamah mengurangkan wang jaminan berikutan anak guamnya banyak terbabit dengan khidmat masyarakat dan menghidapi pelbagai penyakit kerana faktor usia.

Selain itu, peguam Fahmi Abd Moin yang mewakili Norzihan pula memohon jumlah jaminan yang munasabah atas alasan anak guamnya menanggung ibu bapa selain anaknya masih belajar di kolej selain menghadapi masalah kesihatan seperti tiroid dan asma.

Mat Ghani membenarkan tertuduh masing-masing diikat jamin RM80,000 dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan serta menetapkan 26 Ogos untuk pengurusan kes.

Sementara itu, di Mahkamah Sesyen Ampang, seorang lagi tertuduh, Mohd Azmi Ahmad Zahari, 51, mengaku tidak bersalah atas kesalahan sama membabitkan wang RM60,000.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa memperdaya seorang mangsa jam 11 pagi 29 April 2013, berhadapan Bank HSBC, Jalan Mamanda, Taman Datuk Razali, di sini dan didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Hakim Suraiya Mustafa Kamal membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin serta lelaki itu melaporkan diri di balai berhampiran pada setiap 1 haribulan.

Mahkamah juga membenarkan permohonan pendakwaan untuk memindahkan kes ke Mahkamah Sesyen.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 Julai 2015 @ 8:39 AM

Ajal ketika meludah

 Oleh Rosliza Mohamed

am@hmetro.com.my
Kota Bharu: Gara-gara meludah, seorang pensyarah berusia 34 tahun maut selepas dia terjatuh daripada kereta Proton Saga dinaiki dipercayai akibat pintu yang tidak ditutup rapat, kelmarin.

Kejadian berlaku jam 10.30 malam di atas Jambatan Sultan Ismail Petra (Jambatan Tendong), di sini, ketika mangsa bersama isteri yang memandu kereta itu dalam perjalanan dari Tumpat menghala ke Machang.

Difahamkan, ketika tiba di persimpangan lampu isyarat Tendong, di sini, mangsa sebelum itu membuka pintu untuk meludah dan menutupnya kembali sambil memberitahu mahu tidur kepada isterinya.

Bagaimanapun, isteri mangsa yang berusia 34 tahun juga pensyarah di institusi pengajian tinggi awam terkejut apabila mangsa terjatuh selepas pintu tempat duduk penumpang hadapan terbuka.

Wanita itu segera memberhentikan kenderaan untuk melihat suaminya dan meminta penunggang motosikal untuk menghubungi ambulans.

Mangsa dihantar ke Hospital Lati, Pasir Mas sebelum dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, di sini, namun disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital.

Pemeriksaan lanjut mendapati mangsa mengalami kecederaan di kepala selepas terjatuh di atas jalan raya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa mengesahkan kejadian.

“Kes diklasifikasikan mati mengejut dan tiada unsur jenayah,” katanya.

Laman sosial heboh mengatakan kejadian berlaku disebabkan pertengkaran suami isteri, sebelum seorang daripada mereka terjun keluar kereta.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 Julai 2015 @ 8:41 AM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/66837#sthash.g0g1TLl8.dpuf

Bot hilang ditemui karam

Chukai: Selepas sebulan dilaporkan hilang, sebuah bot nelayan ditemui karam kira-kira 10 batu nautika dari muara Kuala Kemaman, di sini, tengah hari semalam.
Bagaimanapun, tekong bot bersama dua yang lain tidak ditemui.
Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 3 Asisten Komisioner Azmi Ibrahim berkata, tiga anggota penyelam pasukannya tidak menemui mangsa dalam bot berkenaan.
Menurutnya, bot berkenaan ditemui di dasar laut pada kedalaman 37 meter kira-kira jam 12 tengah hari.
"Pintu dan tingkap bot pula dalam keadaan terbuka dan kita percaya kesemua mangsa dapat keluar ketika bot itu karam," katanya.
Ketika ini, nasib tekong bot nelayan kelas B itu, Ab Wahab Tekak, 57; anaknya, Mohd Nasri, 30, dan Azuari Muda, 41, tidak diketahui.
Pada 4 Julai lalu, mayat awak-awak bot berkenaan dijumpai terapung di perairan Pulau Kapas.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 Julai 2015 @ 1:12 PM

BOT nelayan yang ditemui karam. FOTO ihsan polis marin

Tanah runtuh jejas penduduk Kampung Tambatuon

tanah runtuh
Keadaan jalan raya Kampung Tambatuon yang sering runtuh dan membahayakan nyawa pengguna terutama selepas hujan kira-kira 35 kilometer dari Kota Belud. - Foto Bernama

KOTA KINABALU - Rutin harian penduduk Kampung Tambatuon di Kota Belud terjejas ekoran kejadian tanah runtuh yang kerap berlaku hingga menghalang perjalanan keluar dan masuk ke kampung itu.

Penduduk kampung itu Jentany Rongod berkata, kira-kira 30 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Narinang sukar menghadiri sesi persekolahan kerana kenderaan yang dinaiki mereka tidak dapat melalui jalan itu jika berlakunya runtuhan.

"Saya menjadi risau dengan pelajaran anak kerana sudah banyak kali tidak dapat datang ke sekolah akibat jalan runtuh, berlumpur dan licin bila hujan," katanya kepada Bernama hari ini.

Kekerapan tanah runtuh itu juga mengakibatkan pelajar Sekolah Kebangsaan Tambatuon turut terjejas.

"Rata-rata guru-guru yang mengajar di sekolah rendah itu tinggal di luar kampung. Jika hujan berlaku, tanah runtuh juga berlaku dan jalan menjadi berlumpur dan licin," katanya.

Jentany berkata, ekonomi penduduk kampung juga turut terjejas kerana sukar  memasarkan hasil pertanian mereka di pekan.

Sementara itu, Pegawai Daerah Kota Belud Abdul Gari Itam berkata pihaknya akan membincangkan perkara itu dengan Jabatan Kerja Raya Kota Belud sama ada menaik taraf jalan sedia ada atau mencari jalan alternatif untuk ke kampung berkenaan. - Bernama

Trauma 2 kali rumah dimasuki pencuri

Trauma 2 kali rumah dimasuki pencuri
Keadaan bilik berselerak digeledah pencuri.

SKUDAI – Sepasang suami isteri berasa trauma apabila kediaman mereka di Taman Skudai Baru, di sini dipecah masuk dua kali dalam tempoh kurang tiga bulan.

Anak sulung pasangan warga emas itu, Pang, Chin Yian, 41, bagaimanapun menyatakan rasa syukur ibu bapanya selamat meskipun menanggung kerugian puluhan ribu ringgit.

“Kejadian pertama berlaku 22 Mei lalu, ketika ibu bapa saya keluar bersenam di kawasan sekitar rumah dan pulang kira-kira jam 8 pagi. Akibat kejadian itu barangan dan wang kira-kira RM10,000 lesap.

“Susulan kejadian itu, ibu bapa saya tidak lagi berasa selamat dan berulang alik Johor Bahru- Kuala Lumpur sambil menghilangkan rasa ketakutan,” katanya.

Chin Yian berkata, ibu bapanya telah bertolak ke Kuala Lumpur, malam Khamis lalu dan kejadian pecah rumah itu hanya disedari adik perempuannya, awal pagi semalam ketika singgah ke rumah.

“Mak saya berpesan kepada kami adik beradik, jika dia tiada di rumah, tolong tengokkan rumah dan siram pokok bunga, namun adik saya terkejut apabila mendapati rumah telah dimasuki pencuri kira-kira 8 pagi tadi (semalam).

“Sejak kejadian pertama, ibu bapa saya tidak menyimpan wang atau barangan berharga di rumah, setakat ini kita tidak tahu barangan yang dicuri dan menunggu mereka sampai dari Kuala Lumpur,” katanya.

Chin Yian berkata ibu bapanya telah menetap di situ sejak 1991 dan beberapa kes pecah rumah telah dilaporkan di kawasan tersebut.

“Pencuri dipercayai pecah masuk melalui tingkap, kerana kedudukan rumah saya ‘end lot’ sebelum ini pencuri masuk melalui pintu yang kini dimangga,” katanya.

Tergelincir dari ketinggian 100 meter

Tergelincir dari ketinggian 100 meter, nasib ada p
Ridzuan dibawa ke HTF sebaik sahaja berjaya diselamatkan oleh anggota bomba.

PADANG BESAR - Seorang pemanjat bukit cedera selepas terjatuh dari ketinggian kira-kira 100 meter ketika melakukan aktiviti itu bersama dua lagi rakannya di Bukit Keteri, Chuping di sini, petang tadi.

Difahamkan mangsa Ridzuan Ali, 29, dipercayai cedera di bahagian pinggang dan pinggul selepas tergelincir pada ketinggian tersebut bagaimanapun bernasib baik apabila tersangkut di bahagian pokok sebelum berjaya diselamatkan oleh anggota bomba.

Ketua Balai Bomba Padang Besar Mohd Zamri Abdul Ghani mangsa merupakan seorang pemanjat profesional dari Kuala Lumpur bersama dua lagi rakannya mula memanjat bukit tersebut kira-kira jam 1.30 petang.

“Apabila sampai pada ketinggian 100 meter tiba-tiba mangsa tergelincir dan terjatuh lalu tersangkut di sebatang pokok, mujurlah mangsa memakai semua peralatan keselamatan yang dapat meminimumkan kecederaannya.

“Pihak bomba menerima panggilan kira-kira jam 5.57 petang dan mangsa berjaya dibawa turun kira-kira sejam kemudian dan terus dihantar ke Hospital Tuanku Fauziah untuk rawatan lanjut,” katanya.

Sementara itu, seorang penduduk tempatan yang juga pemanjat bukit mahu dikenali sebagai Faizal 40-an berkata Ridzuan bersama dua rakannya sudah beberapa kali memanjat bukit tersebut.

“Melalui perbualan saya bersama rakan mangsa, Ridzuan dipercayai gagal menyangkut tali di penyangkut lalu tergelincir sehingga 75 meter sebelum tersangkut di bahagian pokok tersebut.

“Mereka sebelum itu membuat ‘kaedah’ memanjat dengan peralatan sendiri namun nasibnya kurang baik tergelincir di paras ketinggian tersebut,” katanya.

Dua jam jari tersekat engsel pintu

Dua jam jari tersekat engsel pintu
Abdul Halim (kiri) dan anggota bomba JBPM Parit Buntar berusaha memotong engsel pintu yang terlekat pada jari telunjuk Muhammad Iman. Gambar kiri: Abdul Halim menunjukkan keadaan jari telunjuk kanan mangsa yang tersepit pada engsel pintu.

PARIT BUNTAR - Seorang kanak-kanak lelaki terpaksa menahan kesakitan lebih dua jam apabila jari telunjuk kanannya tersekat pada engsel pintu rumah yang tercabut, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 petang itu, kanak-kanak, Muhammad Iman, 5, dikatakan bermain dengan engsel pintu itu di kediaman keluarganya di Kuala Kurau, di sini.

Bapa mangsa yang enggan dikenali berkata, dia hanya menyedari kejadian itu selepas pelik melihat kelakuan anaknya yang tiba-tiba 'senyap' sewaktu dia pulang dari bersiar-siar di tepi laut berdekatan rumah keluarganya.

Menurutnya, melihat perubahan anaknya itu, dia bertanya kepada Muhammad Iman apa yang terjadi selepas melihat perlakuan anaknya seolah-olah cuba menyembunyikan sesuatu.

“Ketika itulah, Muhammad Iman menunjukkan jari telunjuk kanannya melekat pada engsel pintu tercabut yang dijadikan alat mainan.

“Saya segera memanggil isteri yang membantu ahli keluarga memasak di dapur dan kami berdua berusaha mengeluarkan engsel yang tersepit pada jari Muhammad Iman,” katanya kepada media di sini.

Bapa mangsa berkata, pelbagai cara dilakukan untuk mengeluarkan jari anaknya termasuk menggunakan air, minyak gamat dan losyen namun gagal.

Menurutnya, selepas lebih 15 minit berusaha, dia dan isteri betindak menghantar Muhammad Iman ke Hospital Parit Buntar bagi membantu mengeluarkan jari anaknya yang tersepit.

“Setibanya di hospital, petugas kecemasan memaklumkan mereka perlu menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Parit Buntar untuk mendapatkan bantuan memotong engsel yang melekat pada jari anak saya.

"Anggota JBPM Parit Buntar mengambil masa setengah jam untuk memotong engsel pintu yang melekat pada jari Muhammad Iman,” katanya.

Sementara itu, Ketua Operasi JBPM Parit Buntar, PBK II Abdul Halim Mansor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada pihak hospital pada jam 4.35 petang dan tiba di hospital lima minit kemudian.

Katanya, dia bersama seorang lagi anggota bomba menggunakan peralatan fire rescue ring cutter untuk mengeluarkan jari mangsa yang tersekat pada engsel pintu berkenaan.

“Operasi itu berjalan lancar kerana mangsa memberikan kerjasama dan kami mengambil masa setengah jam untuk mengeluarkan jari telunjuk mangsa yang tersepit,” katanya.

Kekasih maya rembat RM60,000

Kekasih maya rembat RM60,000
Haslinda merujuk masalahnya dengan Pengarah Pembela BN, Amir Hamzah Aziz semalam.

AYER KEROH - Gara-gara terpedaya dengan mulut manis seorang lelaki dari negara jiran yang dikenalinya menerusi laman cinta tempatan, seorang wanita kerugian lebih RM60,000 apabila keseluruhan wang simpanannya dirembat lelaki terbabit.

Dikenali sebagai Haslinda, 35, mendakwa, segalanya bermula pada awal tahun ini apabila dia ‘termakan’ dengan cerita sedih kononnya kenalan mayanya yang berusia 40-an itu, disamun di Kuala Lumpur ketika menjalankan urusan perniagaan.

Menurutnya, awal Februari lalu lelaki itu mahu meminjamkan wang sebanyak RM300, dengan alasan wang dan dokumen perjalanannya serta anak lelaki berusia lima tahun, hilang sewaktu disamun.

“Walaupun hanya mengenalinya menerusi telefon, oleh kerana simpati dengan nasib anaknya yang masih kecil, saya meminjamkan wang yang diminta dan bertemu dengannya serta menjaga anaknya itu.

“Selang sehari selepas itu, saya dihubungi sekali lagi dan lelaki terbabit meminta saya meminjamkannya wang tunai sebanyak RM5,000 sebagai modal perniagaannya dan berjanji akan memulangkannya dengan lebihan sebanyak RM2,000 sebagai upah menjaga anaknya selepas dia pulang dari Pulau Pinang,” katanya.

Dia berkata demikian pada sidang akhbar yang diadakan di Pusat Khidmat Barisan Nasional (Pembela BN) negeri di sini, semalam. Hadir sama Pengarah Pembela BN negeri, Amir Hamzah Abd Aziz.

Haslinda berkata, dia dihubungi sekali lagi dan mendakwa lelaki itu minta meminjamkannya RM10,000 bagi modal membekalkan kuih-muih.

“Saya terus meminjamkan wang untuk kali keempat tanpa ragu dengan jumlah RM10,000, kerana dia memberi janji selain meletakkan anak lelakinya di bawah jagaan saya,” katanya.

Tambahnya, bermula 13 Februari hinggalah Mac lalu, wang yang dipinjamkan kepada lelaki berkenaan  berjumlah lebih RM60,000.

“Semua wang dipinjamkan kepadanya dijanjikan dengan bayaran balik tempoh singkat serta jumlah keuntungan,” katanya.

Haslinda mendakwa turut menyewakan kereta Chevrolet Optra miliknya dan lelaki itu berjanji akan memulangkan kenderaan tersebut dalam tempoh segera selepas diambil pada pertengahan Februari lalu.

“Saya nyaris kehilangan kereta itu, selepas dia minta saya menjualkannya untuk dijadikan modal perniagaan yang saya sendiri tidak mengetahuinya.

“Namun dengan beberapa alasan kenderaan berkenaan tidak berjaya dijual dan saya rasa lega kerana tidak ditimpa dengan bebanan berikutnya,” katanya.

Lelaki terbabit turut membuat surat perjanjian jumlah pinjaman yang dibuat pada awal Mei lalu dengan janji wang berkenaan, termasuk keuntungan serta upah penjagaan anaknya akan dipulangkan kira-kira tiga minggu selepas dokumen itu ditandatangani.

“Namun sehingga kini surat itu hanya tinggal kenangan dan dia hanya memulangkan wang saya sebanyak RM5,000 pada awal bulan ini dan berjanji akan membayar semula secara berperingkat, namun tidak melakukannya.

“Beberapa hari sebelum Aidilfitri lalu dia menghubungi saya untuk mengambil anaknya semula dan meminta maaf tidak dapat menjelaskan baki hutangnya,” katanya.

Menurut Haslinda dia juga ada membuat carian Google dan mendapati nama lelaki terbabit terkenal dengan pelbagai kes penipuan yang turut membabitkan mangsa di peringkat antarabangsa.

Haslinda membuat laporan pada 17 Julai lalu di Balai Polis Tanjung Minyak mengenai penipuan yang dilakukan lelaki terbabit serta turut menafikan dia menculik anak lelaki itu.

Sementara itu, Amir Hamzah berkata beliau akan mendapatkan bantuan menerusi Wisma Putra berkaitan kes ini, berikutan ia dilakukan oleh warga asing dari negara jiran.

“Kes ini dianggap serius kerana membabitkan penipuan wang tunai berjumlah tinggi dan kita akan membantu pengadu untuk menyelesaikannya,” katanya.