Search This Blog

Monday, July 27, 2015

2 anggota polis maut serangan pengganas di Punjab

ISNIN, 27 JULAI 2015 @ 1:25 PM

 DUA anggota polis dan seorang penumpang bas terbunuh apabila beberapa lelaki bersenjata melepaskan tembakan secara rambang ke atas sebuah balai polis dan stesen bas di Gurdaspur, Punjab. - Foto AP

NEW DELHI: Dua anggota polis dan seorang penumpang bas terbunuh apabila beberapa lelaki bersenjata melepaskan tembakan secara rambang ke atas sebuah balai polis dan stesen bas di Gurdaspur, Punjab awal hari ini. Media tempatan melaporkan sekurang-kurangnya 12 orang cedera parah dalam kejadian itu. Polis juga menemukan lima butir bom hidup di atas landasan keretapi bagi laluan Pathankot-Amritsar, tidak jauh dari balai polis Dinanagar di mana serangan pertama berlaku. Dilaporkan bahawa penyerang yang terdiri daripada lima hingga enam orang berpakaian tentera, melepaskan tembakan ke atas sebuah bas bagi perjalanan ke Jammu pada 5.45 pagi, membunuh seorang penumpang dan mencederakan beberapa yang lain. Beberapa lelaki bersenjata kemudian merampas sebuah kereta sebelum menyerang balai polis berdekatan, membunuh dua anggota polis yang bertugas. Pihak polis dan tentera menjalankan operasi pembersihan turut menyatakan jumlah mangsa mungkin meningkat. Sementara itu, anggota polis dan tentera ditempatkan di sana, terutama berhampiran Mahkamah Agung yang ditetapkan untuk mendengar permohonan Yakub Memon bagi menggantung pelaksanaan hukuman gantung ke atasnya pada 30 Julai berhubung kejadian letupan bom di Mumbai pada 1993 yang meragut 257 nyawa dengan 1,400 orang lagi mengalami kecederaan kritikal. BERNAMA

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/70355

20 terbunuh tembak menembak di majlis kahwin

KUNDUZ: Sekurang-kurangnya 20 orang terbunuh apabila berlaku tembak menembak dalam satu majlis perkahwinan di utara Afghanistan, menurut pihak berkuasa tempatan.
"Pertempuran meletus pada semalam antara lelaki bersenjata di satu majlis perkahwinan di daerah Deh Salah wilayah Baghlan.
"Ia menyebabkan 20 orang terbunuh, sementara 10 yang lain cedera," kata jurucakap polis wilayah Jawed Basharat kepada AFP.

9 maut, trak pengebom nekad rempuh hotel di Mogadishu

ISNIN, 27 JULAI 2015 @ 10:09 AM

MOGADISHU: Seorang pengebom nekad yang menaiki sebuah trak yang sarat bahan letupan, merempuh sebuah tembok hotel menyebabkan kerosakan teruk beberapa bangunan di tengah Mogadishu dengan enam terbunuh termasuk seorang diplomat China. Menteri Luar Somalia, Abdisalam Omer memberitahu Associated Press (AP) menerusi telefon dari Djibouti, dalam serangan itu seorang diplomat Kenya dilapor turut cedera. Kumpulan rangkaian al-Qaeda, Al-Shabab kemudian mengakui bertanggungjawab dalam serangan itu yang turut mencederakan 20 yang lain. Hotel Jazeera yang dianggap paling selamat di ibu negara Somalia, sering menjadi tempat kunjungan dan penginapan diplomat, rakyat asing dan ketua negara. "Ia kejadian yang amat menakutkan, meletupkan Hotel Jazeera membuatkan setiap orang kini berasa tidak lagi selamat di sini," kata seorang pekerja hotel, Yusuf Mohammed. Letupan itu menyebabkan sekurang-kurangnya lapan bilik hotel musnah dan saksi memberitahu sekiranya tiada tembok penghalang, kemusnahan hotel dan bangunan bersebelahan akan lebih teruk. - AP

PIHAK berkuasa mengawasi lokasi kejadian pengebom nekad. di Mogadishu. - Foto AP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/70327

Dua Maut, 6 Cedera Serangan Puak Pemisah Di Saiburi


Diterbitkan: Sabtu, 25 Julai 2015 11:11 PM

PATTANI: Dua orang terkorban dan enam lagi cedera dalam satu letupan bom di pekan Taluban, Saiburi, dalam wilayah Pattani awal pagi tadi.
Menurut sumber polis di Saiburi, serangan bom yang disyaki didalangi puak pemisah yang bergiat di Saiburi itu berlaku pada 6.30 pagi waktu tempatan, ketika tiga orang anggota tentera sedang mengawal keselamatan sami Buddha.
Ketika kejadian itu, tiga orang anggota tentera tersebut bersama dua orang sami Buddha sedang menerima makanan yang didermakan oleh masyarakat Buddha.

Menurut pihak polis lagi, bom buatan sendiri seberat 10 kilogram itu dipasang dalam kotak besi dan diletak di tepi jalan.

Ia diletupkan sebaik saja anggota tentera dan sami tersebut lalu dan kekuatan bom telah mencederakan lapan orang.

Dua orang daripada mereka meninggal dunia di Hospital Somdej Prayuparaj Saiburi, manakala enam lagi di pindah ke hospital Pattani.

Tiga Maut Pesawat Terhempas Atas Rumah


Diterbitkan: Ahad, 26 Julai 2015 2:43 PM
Lima kediaman terbakar dalam kejadian pesawat ringan terhempas di kawasan kediaman di Tokyo, pagi Ahad.

TOKYO: Tiga maut apabila pesawat ringan terhempas di kawasan perumahan di tengah bandaraya ini pada Ahad menyebabkan beberapa kediaman dan kereta terbakar, lapor stesen penyiaran NHK.
Rakaman televisyen menunjukkan pesawat itu terhempas pada kedudukan terbalik atas kediaman yang hangus akibat kejadian itu.
NHK berkata, dua lelaki dalam pesawat yang membawa lima orang terbunuh, manakala seorang wanita di rumah terbabit juga maut , manakala lima lagi cedera.
"Saya terdengar bunyi kuat seperti trak merempuh rumah dan apabila menjenguk ke luar tingkap, kelihatan api sedang marak," kata seorang saksi wanita kepada stesen televisyen itu.
Jabatan Bomba Tokyo berkata, lima rumah dan sekurang-kurangnya dua kereta terbakar dalam kejadian itu.

Pelanggan Cemas Pokok, Kabana Hotel Terbakar


Diterbitkan: Ahad, 26 Julai 2015 3:11 PM

LAS VEGAS: Pasukan bomba bertungkus lumus memadamkan kebakaran di kawasan kolam renang sebuah hotel di tengah bandar ini, Sabtu.
Asap tebal menyebabkan pelanggan The Cosmopolitan merangkumi hotel kasino yang juga mercu tanda Las Vegas terpaksa dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut, menurut Jabatan Bomba Daerah Clark.
Gambar yang tersebar menerusi laman sosial menunjukkan asap tebal kelihatan dari bangunan yang terletak bertentangan Planet Hollywood itu, menyebabkan pelanggan hotel diarahkan meninggalkan premis secepat mungkin untuk menjamin keselamatan mereka.
Menurut jabatan bomba berkenaan, pokok palma dan kabana sekitar kolam renang hotel itu di tingkat 14 terbakar, bagaimanapun ia tidak mereka ke bahagian lain.
"Api dapat dipadamkan dalam masa sejam," kata pasukan bomba mengenai kejadian yang bermula pukul 12.40 tengah hari itu.

Lebih 30 Maut, 250,000 Penduduk Terjejas Akibat Banjir Kilat Di Pakistan


Diterbitkan: Ahad, 26 Julai 2015 11:30 AM

ISLAMABAD: Lebih 30 maut, manakala kira-kira 250,000 lagi penduduk terjejas akibat banjir kilat yang melandar sekitar Pakistan susulan hujan lebat berterusan sejak minggu lalu.
Cuaca buruk yang dialami menyebabkan air sungai dan terusan melimpah merosakkan beratus-ratus kampung termasuk menenggelamkan perkampungan di selatan Punjab, malahan ia turut mengakibatkan jalan raya dan jambatan di daerah Chitral yang terletak di wilayah Khyber Pakhtunkhwa rosak.
Pejabat hal ehwal kemanusiaan memaklumkan daerah Chitral dan Baluchistan di barat negara itu antara paling teruk terjejas.
"Beberapa kampung kini terputus hubungan selepas kebanyakan jalan utama dan jambatan runtuh. Bagi menjamin keselamatan, penduduk dipindahkan ke kawasan lebih tinggi," katanya.
Keadaan itu turut menimbulkan huru-hara di kalangan penduduk apabila sejumlah haiwan ternakan dihanyutkan air banjir di wilayah Baluchistan dan Khasmir.
“Menurut laporan yang kami terima setakat ini (semalam), sejumlah 26 orang terbunuh di Chitral, tiga di Punjab dan tujuh di Baluchistan,” kata jurucakap Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana (NDMA), Ahmed Kamal.
“Sekitar 350 kampung mengalami kerosakan di wilayah Khyber Pakhtunkhwa dan 422 di Punjab. Secara keseluruhan, seramai 250,000 penduduk terjejas akibat banjir kali ini,” katanya.
Pihak NDMA turut meramalkan hujan lebat akan berterusan selama beberapa hari lagi. – AFP

Tiga Maut Serangan Pengganas Punjab


Diterbitkan: Isnin, 27 Julai 2015 1:30 PM

NEW DELHI: Dua anggota polis dan seorang penumpang bas terbunuh apabila beberapa lelaki bersenjata melepaskan tembakan secara rambang ke atas sebuah balai polis dan stesen bas di Gurdaspur, Punjab, kira-kira 400km dari sini awal Isnin, demikian menurut laporan media tempatan.
Sekurang-kurangnya 12 orang cedera parah dalam kejadian itu, kata mereka.
Dengan keadaan yang masih berlaku pada pukul 9.30 pagi (tengah hari di Malaysia), polis juga menemukan lima butir bom hidup di atas landasan keretapi bagi laluan Pathankot-Amritsar, tidak jauh dari balai polis Dinanagar di mana serangan pertama berlaku.
Dilaporkan bahawa penyerang yang terdiri daripada lima hingga enam orang berpakaian tentera, melepaskan tembakan ke atas sebuah bas bagi perjalanan ke Jammu pada 5.45 pagi, membunuh seorang penumpang dan mencederakan beberapa yang lain.
Beberapa lelaki bersenjata kemudian merampas sebuah kereta sebelum menyerang balai polis berdekatan, membunuh dua anggota polis yang bertugas, kata laporan media.
Dengan pihak polis dan tentera menjalankan operasi "pembersihan", pihak media melaporkan bahawa jumlah mangsa mungkin meningkat.
Sementara itu, anggota polis dan anggota para militari ditempatkan di ibu kota ini, terutama berhampiran Mahkamah Agung yang ditetapkan untuk mendengar permohonan Yakub Memon bagi menggantung pelaksanaan hukuman gantung ke atasnya pada 30 Julai berhubung kejadian letupan bom di Mumbai pada 1993 yang meragut 257 nyawa dengan 1,400 orang lagi mengalami kecederaan kritikal.

LPT sesak 30 pokok tumbang

Kuantan: Lebuhraya Pantai Timur (LPT) menghala ke ibu kota sesak sepanjang hampir 10 kilometer selepas 30 pokok tumbang berikutan hujan lebat dan ribut di Kilometer 85 berhampiran Lanchang, petang semalam.
Kejadian jam 3 petang itu menyebabkan lima kenderaan rosak teruk akibat ditimpa pokok berkenaan, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Pengarah Anih Berhad Nik Fauzi Nik Hussein berkata, ribut berkenaan berlaku 10 minit dan pengguna LPT terpaksa memperlahankan kenderaan masing-masing selepas jarak penglihatan menjadi terhad.
“Pihak kami mengambil tindakan segera membersihkan laluan berkenaan dan ia boleh digunakan sepenuhnya jam 4.15 petang,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.
Katanya, kejadian itu kali pertama berlaku di lebuh raya berkenaan dan pihaknya akan terus melakukan pemantauan bagi memastikan kejadian seperti ini tidak berulang lagi.
Sementara itu, Pemangku Pegawai Turus Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang Asisten Superintendan Zainalabidin Othman menasihatkan orang ramai berhati-hati ketika memandu dalam keadaan cuaca yang tidak menentu.
“Pengguna lebuh raya dinasihatkan tidak memandu laju dan mematuhi had laju yang dibenarkan bagi memastikan mereka tidak terbabit dalam kemalangan yang boleh meragut nyawa.
“Tambahan dalam keadaan cuaca yang tidak menentu sejak kebelakangan ini boleh menyumbangkan kepada kemalangan, justeru pengguna lebuh raya perlu meletakkan aspek keselamatan pada tahap tertinggi,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 Julai 2015 @ 5:06 AM


KEADAAN Lebuhraya LPT sesak selepas kejadian pokok tumbang akibat ribut, semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/66402#sthash.jJOhhGZo.dpuf

Maut langgar kereta keluar simpang


Bukit Beruntung: Seorang penunggang motosikal maut merempuh sebuah Proton Exora di persimpangan empat Jalan Semarak, di sini, pagi semalam.

Kejadian berlaku jam 10 pagi ketika mangsa, Salbiah Abu Hasan, 26, dalam perjalanan dari Bukit Sentosa menghala Bukit Beruntung.

Sumber polis berkata, Proton Exora yang dipandu seorang lelaki berusia 50-an terbabit dipercayai bergerak keluar dari persimpangan jalan untuk memasuki laluan utama Jalan Rasa-Bukit Beruntung.

“Ketika pemandu keluar dari simpang Bukit Sentosa, bahagian kanan kenderaan dilanggar penunggang motosikal,” katanya.

Menurutnya, mangsa dibawa ke Hospital Sungai Buloh, namun disahkan meninggal dunia di hospital pada jam 12.30 tengah hari akibat kecederaan di kepala.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Penduduk Jalan Ros 2, Ahmad Daud Alwi berkata, jenazah dibawa pulang ke kampung halamannya di Kampung Alah Batu, Hulu Bernam untuk dikebumikan.

“Saya dimaklumkan jiran arwah di Pangsapuri Seri Ros, jenazahnya terus dibawa pulang ke kampung dan suaminya turut berada di sana.

“Arwah pekerja di sebuah kilang di Bukit Beruntung dan suaminya juga bekerja di sebuah kilang dekat kawasan perumahan di sini,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 Julai 2015 @ 5:06 AM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/66404#sthash.VK8LqHMn.dpuf

Teman kekasih bermalam di hotel

Kuala Terengganu: Tindakan seorang lelaki bersama teman wanitanya menginap di hotel sebelum menghantar kekasihnya pulang ke rumah sewa sebaik tiba di negeri ini pada Jumaat lalu membawa padah apabila mereka dicekup awal pagi kelmarin.
Dalam kejadian jam 12.30 tengah malam, anggota penguat kuasa syariah Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) mengambil masa 10 minit sebelum pintu bilik dibuka pasangan terbabit yang dipercayai tidur dalam bilik di tingkat satu hotel berkenaan.
Sebelum kejadian, lelaki terbabit berusia 23 tahun dari Kubang Kerian, Kelantan dikatakan menemani teman wanitanya berusia 18 tahun yang belajar di kolej di negeri itu menaiki bas dari Kota Bharu sebelum tiba pada jam 7 malam.
Sumber berkata, lelaki yang bekerja di restoran di Kota Bharu bersama teman wanitanya yang berasal dari Kubang Kerian memilih untuk menginap di hotel bajet berkenaan dan akan menghantarnya ke rumah sewa di Kampung Kubang Jela, Manir, di sini, pada keesokan hari.
Menurutnya, pasangan terbabit memberi alasan tidak ada teksi untuk menghantar mereka ke kampung berkenaan sebelum mendaftar masuk hotel itu yang terletak di Jalan Sultan Zainal Abidin, di sini, pada jam 8.30 malam.
Katanya, sebaik menerima maklumat sepasukan anggota penguat kuasa segera ke hotel bajet terbabit bagi melakukan serbuan.
“Sebaik pintu bilik dibuka, pihaknya mendapati ada seorang lelaki dan wanita berada dalam bilik berkenaan dan soal siasat mendapati pasangan terbabit tiada ikatan sah dan bukan mahram.
“Ketika ditanya lelaki terbabit memberitahu dia datang ke negeri ini kerana menghantar teman wanitanya yang belajar di kolej di bandar.
“Dia (teman wanita) tinggal di rumah sewa, tetapi kerana pasangan berkenaan memilih untuk menginap di hotel kerana hari sudah malam sementara menunggu siang,” katanya yang mendapati lelaki terbabit hanya memakai seluar pendek ketika dicekup.
Sementara itu, dalam satu lagi serbuan di bilik bersebelahan, dua lelaki masing-masing berusia 16 dan 18 tahun ditahan kerana bersekedudukan dengan remaja perempuan berusia 19 tahun.
Menurutnya, siasatan mendapati remaja perempuan terbabit mendakwa tinggal di Kuala Berang, Hulu Terengganu dan singgah di bilik berkenaan untuk menemui seorang daripada dua lelaki terbabit yang juga teman lelakinya.
Katanya, mereka ditahan mengikut Seksyen 31(a)(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Terengganu 2001.
“Mereka dibebaskan dengan jamin mulut oleh penjamin masing-masing sementara menunggu pertuduhan di Mahkamah Rendah Syariah,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 Julai 2015 @ 5:04 AM


PASANGAN yang ditahan dalam serbuan, kelmarin.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/66382#sthash.xFZr9LND.dpuf

Remaja bunuh keluarga dibicara sebagai orang dewasa

Tulsa, Oklahoma: Remaja berusia 16 tahun yang bersama abangnya menikam hingga mati ibu bapa serta tiga adik beradik mereka, akan didakwa membunuh sebagai orang dewasa yang membawa hukuman penjara seumur hidup jika didapati bersalah.
Remaja itu akan menghadapi tuduhan yang sama seperti abangnya, Robert Bever, 18, iaitu lima tuduhan membunuh serta satu serangan ganas dalam kejadoan Khamis lalu.
Peguam Daerah Tulsa, Steve Kunzweiler, berkata perbicaraan sebagai orang dewasa bermakna hukuman maksimum untuk remaja 16 tahun itu ialah penjara seumur hidup tanpa parol jika didapati bersalah.
Oklahoma tidak mengamalkan hukuman mati dan pada 2005, Mahkamah Agung Amerika Syarikat tidak membenarkan hukuman mati terhadap mereka yang berusia bawah 18 tahun ketika melakukan jenayah.
Dua beradik itu didakwa menikam hingga mati bapa, David Bever, 52, dan ibn, April Bever, 44, dua adik lelaki, Daniel Bever, 12, Christopher Bever, 7, serta
adik perempuan, Victoria Bever, 5.
Seorang lagi adik perempuan mereka yang berusia 13 tahun juga ditikam dan kini dirawat di hospital manakala seorang lagi adik perempuan berusia dua tahun terselamat.
Polis masih berusaha mengenal pasti motif dua beradik itu melakukan serangan berkenaan termasuk menyelongkar lama sosial milik Robert Bever bagi mencari petunjuk. - AP
]
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 Julai 2015 @ 12:03 PM


Robert Bever, 18, (gambar) dan adik lelakinya berusia 16 tahun akan dibicara sebagai orang dewasa membawa hukuman maksimum penjara seumur hidup tanpa parol jika didapati bersalah. - Foto AP
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/66301#sthash.EUUBsana.dpuf

Pesawat hentam rumah: 3 maut

Tokyo: Sebuah pesawat ringan terhempas ke kawasan penempatan di Tokyo pagi ini, menyebabkan tiga terbunuh serta beberapa rumah terbakar.
Menurut laporan NHK, pesawat lima tempat duduk itu terhempas kira-kira jam 11 pagi waktu tempatan tidak lama selepas berlepas dari Lapangan Terbang Chofu, di Tokyo.
“Emoatr orang terbabit dalam nahas itu dan tiga daripada mereka berjaya diselamatkan,” kata jurucakap bomba.
NHK yang memetik polis melaporkan dua mangsa dalam pesawat dan seorang penduduk wanita terbunuh dalam kejadian itu.
Sekurang-kurangnya tiga rumah dan dua kereta terbakar di kawasan penempatan dalam daerah Chofu yang berdekatan lapangan terbang. - AFP
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 Julai 2015 @ 12:23 PM


Anggota bomba berusaha memadam kebakaran selepas pesawat ringan terhempas ke kawasan penempatan di daerah Chofu, Tokyo, berdekatan lapangan terbang, menyebabkan tiga terbunuh. - Foto REUTERS/Kyodo
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/66305#sthash.1H1azDJz.dpuf

Lelaki mahu bakar pesawat

Beijing: Seorang lelaki yang cuba memulakan kebakaran di atas sebuah pesawat penerbangan China menggunakan minyak tanah dan pemetik api, berjaya dihalang penumpang lain serta anak kapal.
Stesen televisyen CCTV melaporkan kejadian berlaku kira-kira jam 1 pagi tadi di atas pesawat Shenzhen Airlines dari Taizhou ke Guangzhou membawa 85 penumpang.
Kejadian itu menyebabkan juruterbang membuat panggilan kecemasan dan pesawat berkenaan diarah ke lapangan terbang di Guangzhou. Sebaik mendarat semua penumpang serta sembilan anak kapal keluar dari pesawat menggunakan tangga lungsur.
Laporan itu menyatakan dua cedera manakala lelaki berkenaan diserahkan kepada pihak berkuasa. - AP
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 Julai 2015 @ 12:09 PM

21 korban tembak menembak di majlis kahwin

Kabul: Perbalahan antara dua kumpulan pada satu majlis perkahwinan yang bermula dengan pertengkaran serta tuduh menuduh membawa kepada pertempuran senjata api menyebabkan 21 orang terbunuh manakala 10 lagi cedera,
Menurut gabenor wilayah Baghlan di utara Aghanistan, Jaweed Basharat, tembak menembak berlaku antara dua kumpulan yang menghadiri majlis perkahwinan anak seorang mullah di daerah Andarab, Ahad lalu.
Beliau berkata, sebahagian besar yang mati ialah tetamu berusia antara 14 hingga 60 tahun.
Ketua Polis Andarab, Kolonel Gulistan Qassani, berkata kedua-dua kumpulan itu sudah berbalah sejak beberapa tahun lalu.
“Pertempuran bermula selepas seorang anggota polis melepaskan tembakan ke udara bagi meredakan keadaan tetapi dia ditembak mati,” katanya.
Menurutnya, kira-kira 400 orang menghadiri majlis perkahwinan anak lelaki seorang mullah itu. - AP
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 Julai 2015 @ 4:55 PM


Membawa senjata api ketika menghadiri majlis keramaian, termasuk perkahwinan perkara biasa di Afghanistan. - Foto AFP (fail)
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/66528#sthash.2Wa5uneA.dpuf

Lelaki penggal isteri, potong tangan sendiri

Phoenix, Arizona: Seorang lelaki terperanjat besar selepas jirannya membuka pintu kerana mendapati satu tangan lelaki berkenaan dipotong pada paras siku manakala satu biji matanya tiada.
Keadaan mengerikan itu diketahui malam Ahad lalu, apabila George Loney pergi menjenguk jiran lelakinya berusia 43 tahun yang diketahuinya miskin serta mengalami masalah mental selepas pasangan suami isteri itu tidak kelihatan beberapa hari.
Lebih mengejutkan polis yang sampai tidak lama kemudian menemui satu mayat wanita dengan kepalanya dipenggal bersama dua anjing yang turut dipenggal.
Menurut polis, apabila jirannya membuka pintu, lelaki itu mendapati dia dalam keadaan bogel, tangan kirinya terpotong dari paras siku, biji mata kanannya hilang serta lantai rumah dipenuhi darah.
Lelaki itu menghubungi polis yang kemudian menemui mayat Trina Heisch, 49, tanpa kepala dalam almari bilik tidur bersama dua anjing. Mereka mendapati darah ada di merata-rata dalam rumah itu, termasuk di atas lantai, pada kabinet serta dinding.
Trina berkahwin dengan lelaki itu selepas mereka bertemu ketika mendapat rawatan du sebuah klinik mental.
Menurut polis, lelaki itu yang kini dirawat di hospital, mengaku membunuh ‘tiga orang dalam keluarganya’ dan polis percaya dua anjing itu turut dianggap anggota keluarga.
Polis mengesahkan Trisha dan suaminya mempunyai masalah mental, menggunakan dadah dan sering bergaduh. Suaminya pernah ditahan pada 2003 kerana cuba membunuh seorang anggota keluarganya manakala isterinya ditahan Mac lalu, kerana cuba menikam suaminya. - Reuters
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 Julai 2015 @ 4:28 PM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/66523#sthash.6hlWGj40.dpuf

Pelacur guna darah belut tipu pelanggan

Beijing: Polis Xuzhou di wilayah Jiangsu membongkar kegiatan pelacur yang mengguna darah belut untuk membuktikan keperawanan mereka bagi memperdaya pelanggan.
Menurut laporan China News, sindiket pelacuran itu menarik pelanggan menerusi aplikasi pesanan ringkas seperti WeChat, membabitkan wanita yang menawar keperawanannya untuk wang, kononnya bagi membolehkan mereka membayar perbelanjaan perubatan anggota keluarga.
Kegiatan itu terbongkar selepas seorang anggota polis menyamar sebagai pelanggan.
Jurucakap polis Hao
Pengfei memberitahu wartawan, sindiket berkenaan beroperasi di bandar besar lain di seluruh China, termasuk Chongqing, Zhengzhou, Hangzhou, Lianyungan dan Shanghai.
“Pelacur terbabit menipu pelanggan dengan mendakwa mereka masih perawan. Mereka menggunakan sepan yang direndam dengan darah belut. Pelanggan dikenakan bayaran antara 2,000 dan 10,000 yuan untuk mendapatkan khidmat mereka,” katanya. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 Julai 2015 @ 7:38 AM


SEORANG pelacur menunjukkan sepan yang digunakan untuk menipu pelanggan.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/66446#sthash.tZ8lJw6l.dpuf

Nak bunuh diri kali pertama lihat kekasih


Beijing: Seorang wanita berusia 23 tahun cuba membunuh diri beberapa kali sepanjang malam di sebuah hotel di wilayah Heilongjiang selepas kecewa apabila kali pertama menemui kekasihnya yang dikenali di Internet.

Kejadian berlaku di tingkat tujuh sebuah hotel di bandar Mudanjiang.

Sebaik polis tiba, wanita yang berang dan kecewa itu cuba memanjat balkoni bilik hotelnya sambil menjerit ‘Kamu tipu saya!’ kepada bekas kekasihnya itu.

Selepas berjaya memujuk wanita itu turun, polis mengasingkan kedua-duanya dan cuba mententeramkan mereka.

Tiba-tiba wanita itu menelan segenggam pil tidur serta cuba menggunakan serpihan kaca untuk mengelar lengannya.

Polis bertindak pantas dan berjaya menghalangnya sebelum menelefon ambulans untuk menghantarnya ke hospital.

Ibu wanita berkenaan berkata, anaknya yang berasal dari Jilin pergi ke Heilongjiang untuk menemui lelaki yang dikenalinya di Internet.

Katanya, keluarganya bagaimanapun tidak merestui hubungan itu kerana lelaki terbabit 10 tahun lebih tua daripada anaknya.

Bagaimanapun, anaknya tetap berdegil mahu menemui kekasihnya dan akhirnya kecewa selepas melihat lelaki berkenaan buat kali pertama.

Keadaan wanita itu stabil tetapi dia dilaporkan tertelan serpihan kaca menyebabkan dia masih dipantau doktor.

Kisah itu menimbulkan kekeliruan pengguna Internet dengan seorang daripanya berkata: “Kenapa sanggup bunuh diri hanya kerana kekasihnya tidak sekacak dalam gambar?

“Tidakkah dia terfikir kesan perbuatannya terhadap ibu bapa?”

Seorang lagi berkata: “Buruk sangatkah rupa lelaki itu sehingga menyebabkan dia mahu membunuh diri?” - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 Julai 2015 @ 7:33 AM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/66438#sthash.jNgluYsC.dpuf

250,000 terjejas akibat banjir



SEKUMPULAN penduduk kampung meredah air banjir di daerah Layyah di wilayah Punjab, Pakistan pada Khamis lalu. - AFP


ISLAMABAD – Hujan lebat dan banjir di Pakistan telah menyebabkan 36 orang terbunuh dan menjejaskan lebih 250,000 orang, kata pegawai pengurusan bencana kelmarin selepas sungai dan saliran yang melimpah menenggelamkan beratus-ratus perkampungan.
Cuaca buruk telah menyebabkan huru-hara di utara dan selatan negara ini, memusnahkan berpuluh-puluh jalan raya serta jambatan di daerah Chitral di wilayah Khyber Pakhtunkhwa.
Ternakan dan juga penduduk telah dihanyutkan di wilayah Baluchistan di selatan dan wilayah Kashmir di utara negara ini, kata seorang pegawai kerajaan.
“Mengikut laporan yang kami terima setakat ini, 26 orang terbunuh di Chitral, tiga di Punjab dan tujuh lagi di Baluchistan.
“Sehingga kini, sebanyak 350 kampung di Khyber Pakhtunkhwa dan 422 kampung di Punjab rosak dengan ke­seluruhan 250,000 penduduk terjejas akibat banjir ini,” kata jurucakap Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Kebangsaan (NDMA), Ahmed Kamal kepada agensi berita AFP.
Sekurang-kurangnya lapan sekeluarga terbunuh pada malam Jumaat lalu di Chitral selepas rumah mereka dihanyut­kan arus deras, kata seorang pegawai di Khyber Pakhtunkhwa.
Empat sekeluarga yang lain terbunuh selepas kereta mereka dihanyutkan ke dalam saliran air di daerah Khuzdar di Baluchistan, kata anggota NDMA di sana. NDMA meramalkan lebih banyak hujan di seluruh Pakistan dalam beberapa hari akan datang.
Satu amaran telah diletakkan di laman web NDMA mengenai cuaca buruk yang dijangka berlanjutan di Chitral dan Gilgit Baltistan dalam tempoh empat ke lima hari akan datang dengan potensi menyebabkan banjir berterusan. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0727&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz3h4FIWt58 
Hakcipta terpelihara 

Punca ribut landa Malaysia



Kedudukan kutub bumi yang kini menyongsang.


KUALA LUMPUR – Fenomena medan kutub bumi menyongsang dari paksi asal merupakan antara punca bencana alam seperti ribut melanda beberapa negeri pada kebelakangan ini.
Pakar Geografi Fizikal, Iklim, Iklim Bandar dan Geografi Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Datuk Dr. Shaharuddin Ahmad berkata, medan kutub bumi itu menyongsang disebabkan berlakunya peralihan me­dan magnet pada kerak bumi sehingga menyebabkan Kutub Utara dan Kutub Selatan bergerak daripada kedudukan asal.
Beliau berkata, keadaan itu merupakan proses semula jadi yang menyebabkan berlaku perubahan iklim dunia kerana kawasan di Kutub Utara dan Selatan telah bertukar menjadi kurang sejuk selepas glasier menjadi cair.
“Kini negara beriklim Khatulistiwa mungkin boleh menjadi semakin panas atau sebaliknya.
“Fenomena itu juga mungkin menjadi faktor penyebab bencana alam seperti ribut di tempat yang tidak pernah berlaku sebelum ini,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0727&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz3h4F6JhJd 
Hakcipta terpelihara 

250,000 orang terjejas banjir di Pakistan



PENDUDUK kampung mengharungi air banjir di Rajanpur, Pakistan pada Khamis lalu. - AGENSI


ISLAMABAD – Hujan lebat dan banjir di Pakistan mengorbankan 36 mangsa dan menjejaskan lebih 250,000 orang, kata beberapa pegawai pengurusan bencana semalam selepas air sungai dan terusan yang melimpah merosakkan beratus-ratus buah kampung.
Cuaca buruk mencetuskan huru-hara di utara dan selatan Pakistan dengan berpuluh-puluh jalan raya serta jambatan di da­erah Chitral, dalam wilayah Khyber Pakhtunkhwa rosak. Banjir turut menenggelamkan banyak perkampungan di selatan Punjab, demikian menurut pihak berkuasa.
Sejumlah haiwan ternakan dan manusia turut dihanyutkan air banjir di wilayah Baluchistan dan Khasmir, kata beberapa pegawai berkenaan.
“Menurut laporan yang kami terima setakat ini (semalam), sejumlah 26 orang terbunuh di Chitral, tiga di Punjab dan tujuh di Baluchistan,” kata jurucakap Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana (NDMA), Ahmed Kamal.
“Sekitar 350 buah kampung mengalami kerosakan di wilayah Khyber Pakhtunkhwa dan 422 di Punjab. Secara keseluruhan, seramai 250,000 penduduk terjejas akibat banjir kali ini,” tambahnya.
Dalam pada itu, pihak NDMA meramalkan hujan lebat akan berterusan selama beberapa hari lagi. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0726&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz3h4EqenSC 
Hakcipta terpelihara 

Taman Negara bakal lenyap



Presiden Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (Peka), Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil menunjukkan air Sungai Lau yang tercemar dan berlumpur akibat pembalakan.


JERANTUT – Aktiviti pe­nerokaan hutan yang semakin rakus di kawasan hulu Sungai Pahang menjadi punca utama beberapa kawasan di sungai tersebut hampir kering dan kini paras airnya tinggal setakat buku lali.
Tinjauan Kosmo! di Taman Negara Kuala Tahan dan Ulu Tembeling de­ngan jelas dapat melihat aktiviti pembalakan yang semakin drastik berlaku di sekitar kawasan Hutan Simpan Tekai dan Hutan Simpan Tembeling.
Tindakan itu mengakibatkan Sungai Tembe­ling menjadi cetek kerana berlaku mendapan serta ha­kisan pasir yang berpunca daripada penebangan ba­lak.
Beberapa batang anak sungai seperti Sungai Tekai, Sungai Tabung, Sungai Bubut dan Sungai Pengau yang mengalir ke Sungai Tembeling turut terjejas dengan semakin cetek, keruh dan penuh dengan mendapan pasir.
Anak-anak sungai itu dipercayai mengalami ke­­musnahan kerana kawasan tadahan air turut rosak akibat kegiatan pembalakan.
Turut menyumbang kepada kemusnahan sungai-sungai itu ialah apabila beberapa laluan balak dibina bagi mengeluarkan hasil hutan.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0727&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm#ixzz3h4EH6UF1 
Hakcipta terpelihara 

Penjenayah larikan budak, Myvi


QASEH ditemui ditinggalkan di dalam kereta sorong malam kelmarin.


SUBANG JAYA – Seorang kanak-kanak perempuan berusia 14 bulan yang dilarikan bersama sebuah kereta jenis Perodua Myvi ditemui dalam keadaan selamat di sebuah stesen minyak di Glenmarie di sini kelmarin.
Jarak antara lokasi bayi itu dilaporkan hilang dan ditemui semula ialah sejauh tiga kilometer.
Dalam kejadian pada pukul 10.30 malam itu, mangsa ditinggalkan di dalam kereta yang di­letakkan berhadapan Su­bang Parade di sini dengan enjin dihidupkan kerana bapanya yang berusia 25 tahun mahu memanggil ibu mangsa yang bekerja di kawasan berhampiran.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahya Ramli berkata, mangsa berjaya ditemui semula pada pukul 1 pagi selepas dia dilaporkan hilang bersama kereta milik bapanya.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0727&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz3h4E5yEuS 
Hakcipta terpelihara