Search This Blog

Sunday, July 26, 2015

Wanita maut langgar tiang lampu

Wanita maut langgar tiang lampu
Mitsubishi Triton yang dinaiki mangsa terbalik sejurus melanggar tiang lampu dalam kemalangan berdekatan Kilang Dialog Kerteh, semalam.

KERTEH - Seorang wanita maut manakala tiga rakannya cedera apabila pacuan empat roda yang dinaiki mereka terbabas sebelum melanggar tiang lampu dalam kemalangan di Kilometer 108.2 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berdekatan Kilang Dialog Kerteh di Kampung Labohan, di sini, awal pagi semalam.

Mangsa yang maut adalah warga Laos dikenal sebagai Bouakhasith, 33, menaiki kenderaan itu bersama empat rakan wanitanya yang kesemua warga Thailand.

Bagaimanapun, hanya seorang rakannya yang merupakan pemandu pikap tersebut tidak mengalami kecederaan.

Dalam kejadian lebih kurang jam 3.45 pagi itu, mangsa bersama rakannya dipercayai dalam perjalanan dari arah Kuala Terengganu menghala ke Kuantan.

Bagaimanapun sebaik tiba di lokasi kejadian Mitsubishi Triton itu secara tiba-tiba hilang kawalan lalu meluru ke kiri jalan dan melanggar tiang lampu.

Akibat rempuhan itu, mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan badan serta meninggal dunia serta-merta di lokasi kejadian.

Tiga lagi rakannya dikenal sebagai Sumalee, 23; Buntuan, 52 dan Namathip, 47, mengalami kecederaan ringan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kemaman, Deputi Superintendan Normansah Din ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan memberitahu mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Kemaman untuk bedah siasat selain mangsa yang tercedera turut diberikan rawatan di hospital sama.

Katanya, bedah siasat secara luaran selesai dilakukan jam 11.05 pagi dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

36 korban akibat banjir di Pakistan

 SABTU, 25 JULAI 2015 @ 7:56 PM

PENDUDUK kampung mengharungi banjir di daerah Layyah, wilayah Punjab. - Foto AFP ISLAMABAD: Hujan lebat dan banjir melanda Pakistan menyebabkan 36 kematian setakat ini dan menjejaskan lebih 250,000 mangsa, menurut pegawai pengurusan banjir negara itu hari ini. Bencana itu turut mengakibatkan kapasiti air sungai meningkat dan merosakkan terusan air di ratusan buah kampung. Cuaca buruk juga membadai kawasan utara dan selatan negara itu, merosakkan jalan raya dan jambatan di daerah Chitral di utara wilayah Khyber Pakhtunkhwa, sementara banjir menjejaskan kampung di selatan Punjab. Terdapat ternakan dan penduduk yang dihanyutkan di barat daya wilayah Baluchistan dan di timur laut Kashmir. Jurucakap Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Kebangsaan (NDMA), Ahmed Kamal, berkata laporan diterima pihaknya setakat ini merekodkan 26 orang terbunuh di Chitral, tiga di Punjab dan tujuh di Baluchistan. "Lebih 350 kampung terjejas di wilayah Khyber Pakhtunkhwa dan 422 kampung di Punjab. Dianggarkan keseluruhan 250,000 penduduk terjejas ekoran banjir itu," katanya. Lapan sekeluarga juga dilapor terbunuh semalam di Chitral selepas rumah mereka dihanyutkan air, menurut seorang pegawai NDMA di Khyber Pakhtunkhwa. Sementara itu, di daerah Khuzdar di wilayah Baluchistan, pihak NDMA melaporkan empat sekeluarga terbunuh apabila kereta dinaiki mereka dibawa arus. NDMA turut meramalkan hujan lebat akan berlarutan di seluruh negara itu pada hari mendatang. Laman web NDMA turut mengeluarkan amaran bahawa cuaca buruk akan melanda utara Gilgit Baltistan dan Chitral untuk tempoh empat hingga lima hari akan datang, dan berpotensi menyebabkan lebih banyak banjir berlaku. Hampir setiap tahun sejak 2010, menyaksikan bah buruk di Pakistan yang menyebabkan ratusan penduduk maut dan memusnahkan berjuta-juta ekar tanah ladang, sekali gus menjejaskan ekonomi negara itu yang banyak bergantung kepada sektor pertanian. -AFP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/70073

Kejar dan tendang motosikal

Dungun: “Dia melayang dan tercampak kira-kira 20 meter sebaik melanggar pembahagi jalan dan saya sendiri hampir melanggarnya tetapi berjaya mengelak,” kata Mohd Amirul Hafeez Atan, 29, rakan kepada Md Razi Ab Hamid, 39, yang maut dalam kemalangan di Kilometer 355.2, Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), dekat Ladang Limau Mudu, di sini, pagi semalam.
Mohd Amirul berkata, dalam kejadian jam 9.15 pagi, dia terkejut sebaik menyaksikan mangsa tercampak ke atas jalan dan motosikal Kawasaki ZX10 yang ditunggangnya terus bergerak laju sebelum dia serta beberapa rakan lain mengejar motosikal berkenaan sejauh beberapa ratus meter.
“Saya terpaksa mengejar motosikal itu dan menendangnya. Kalau saya tidak berbuat demikian, saya bimbang motosikal itu tercampak ke laluan bersebelahan dan boleh menyebabkan kemalangan lain,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Dalam kejadian itu, Md Razi dari Felda Neram 1, yang parah di kepala dan muka meninggal dunia di tempat kejadian.
Mohd Amirul berkata, sebelum kejadian, dia bersama mangsa dan 50 penunggang motosikal berkuasa tinggi bertolak dari Kemaman untuk ke Kuala Terengganu bagi menghadiri majlis perkahwinan seorang ahli kelab motosikal mereka.
Katanya, ketika kejadian dia berada di barisan tengah, manakala sekumpulan lagi rakan mereka berada di depan.
“Beberapa minit sebelum tiba di tempat kejadian, saya memperlahankan motosikal sebelum mangsa memotong motosikal saya dan tidak sampai dua minit saya lihat dia tercampak dari motosikalnya.
“Berikutan kejadian kemalangan ini, kami terpaksa membatalkan semua acara itu sebaliknya berkumpul di Unit Forensik Hospital Dungun untuk menguruskan jenazah arwah sejurus proses bedah siasat terhadapnya selesai,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun Ahmad Zailani Yaacub ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan mengenai kejadian itu.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 Julai 2015 @ 5:06 AM


JENAZAH Md Razi diangkat anggota polis.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/66271#sthash.EHnKjL0B.dpuf

Seminit samun RM280,000

Oleh Hafidzul Hilmi Mohd Noor

hafidzul@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Empat penjenayah yang berpakaian sama hanya mengambil masa seminit untuk melarikan pelbagai barangan kemas bernilai RM280,000 dalam kejadian samun di sebuah kedai emas di Jalan Lebuh Ampang, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 2.42 petang itu, tiga daripada suspek yang memakai topi keledar masuk ke dalam kedai terbabit.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Zainuddin Ahmad berkata, dua daripadanya kemudian memecahkan cermin sebelum mengambil pelbagai barang kemas di dalam dulang.

Menurutnya, seorang lagi suspek menunggu di bahagian luar premis terbabit sebelum semua mereka melarikan diri.

“Ketika kejadian terdapat lima pekerja yang berada di premis terbabit namun tidak sempat untuk menghalang suspek.

“Suspek kemudian melarikan diri dengan menaiki dua buah motosikal yang diletakkan di hadapan premis berkenaan,” katanya.

Zainuddin berkata, semua suspek memakai topi keledar berpenutup penuh dan bersarung tangan.

“Mereka mengambil dua dulang berisi cincin emas dan rantai yang dianggarkan berjumlah RM280,000.

“Pihak kami kini meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengenal pasti suspek,” katanya.

Menurut Zainuddin, kejadian ini adalah kali kedua di premis sama selepas kejadian cubaan menyamun pada 2013.

“Pihak kami kini giat mengesan suspek dan orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian boleh menyalurkan maklumat kepada kami,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 Julai 2015 @ 5:06 AM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/66273#sthash.P6WHB6FE.dpuf

Suspek ke-4 direman

Putrajaya: Seorang pengarah urusan syarikat bergelar Datuk ditahan reman empat hari mulai semalam bagi membantu siasatan berhubung kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Suspek berusia 48 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, jam 7 malam kelmarin menjadikan beliau individu keempat yang ditahan pihak berkuasa bagi membantu siasatan kes berkenaan.
Suspek yang memakai baju-T lokap SPRM berwarna jingga tiba di mahkamah, kira-kira jam 8.30 pagi sebelum perintah reman terhadapnya dikeluarkan kira-kira jam 10.30 pagi oleh Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Abd Rahman.
Jurucakap SPRM berkata, mahkamah membenarkan suspek ditahan reman empat hari hingga Selasa mengikut Seksyen 17(a), Akta SPRM 2009.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 Julai 2015 @ 5:06 AM


pengarah urusan syarikat yang direman Rabu lalu dibebaskan semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/66275#sthash.XNSEeeh6.dpuf

Nikah tapi tak daftar

Kuala Terengganu: Rahsia sepasang suami isteri yang tidak mendaftarkan perkahwinan mereka selepas bernikah di Thailand setahun lalu terbongkar apabila pasangan terbabit ditahan dalam sekatan jalan raya Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), di sini, malam kelmarin.
Pasangan yang berasal dari daerah ini dan Kelantan berusia lingkungan 30-an ditahan anggota Penguat kuasa Syariah Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM) Terengganu yang turut menyertai operasi bermula dari jam 9.30 malam hingga jam 12 tengah malam itu.
Ketika ditahan anggota terbabit bagi memastikan status hubungan kerana masing-masing menunggang dan membonceng motosikal bersama, pasangan berkenaan mengaku sudah berkahwin tetapi tidak mendaftarkan perkahwinan mereka di negeri ini.
Berikutan itu, pasangan terbabit diberi notis hadir ke Pejabat MAIDAM untuk siasatan lanjut mengenai status perkahwinan mereka.
Pasangan terbabit juga dikenakan saman oleh JPJ apabila mendapati lelaki terbabit menunggang motosikal tanpa lesen.
Sementara itu, Pengarah JPJ Terengganu Abd Rahman Emang Anyie berkata, pihaknya mengeluarkan 946 saman atas pelbagai kesalahan terhadap pengguna jalan raya sepanjang tempoh Ops Hari Raya Aidilfitri 2015 yang berakhir malam kelmarin.
Menurutnya, daripada jumlah itu, 348 saman dikeluar kepada penunggang motosikal dan selebihnya pengguna kenderaan lain.
“Sepanjang tempoh operasi bermula pada 10 Julai lalu, kami memeriksa sebanyak 6,717 buah kenderaan membabitkan 1,961 motosikal dan 4,756 kenderaan lain.
“Sebanyak 12 kenderaan membabitkan tujuh motosikal dan lima kereta turut disita dalam operasi berkenaan kerana cukai jalan tamat tempoh,” katanya.
Menurutnya, sepanjang operasi diadakan, pihaknya mendapat kerjasama beberapa agensi penguatkuasaan lain termasuk Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) yang menahan empat lelaki kerana terbabit dalam kegiatan penagihan dadah jenis ganja, morfin dan pil kuda.
Katanya, kesalahan paling ketara dilakukan pengguna jalan raya adalah cukai jalan dan lesen memandu tamat tempoh dan tidak memiliki lesen memandu selain kesalahan teknikal lain seperti cermin gelap serta tidak mematuhi had laju.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 Julai 2015 @ 5:07 AM


ANGGOTA JPJ memeriksa motosikal pada Ops Khas Motosikal di Jalan Sultan Mohamad.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/66281#sthash.ZIzvw5jL.dpuf

Cabut lari lepas isi minyak

Port Dickson: Seorang lelaki melarikan diri selepas mengisi petrol tanpa membuat bayaran di sebuah stesen minyak di Lukut, dekat sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 4.20 petang itu, lelaki terbabit yang memandu kereta Honda Civic berhenti di stesen minyak berkenaan dan ke kaunter meminta mengisi petrol RON97.
Sumber berkata, suspek enggan membuat bayaran kerana mendakwa mahu membuat isian penuh dan akan membuat bayaran sebaik selesai.
Malangnya, suspek melarikan diri sebaik selesai mengisi petrol berjumlah RM78.93.
“Pekerja pam yang terkejut melihat tindakan suspek cuba mengejarnya dengan menunggang motosikal melalui Jalan Lukut menghala ke Seremban.
“Suspek yang menyedari diekori memecut laju menyebabkan pekerja terbabit gagal mengekori sebaik memasuki Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH).

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 Julai 2015 @ 5:07 AM


KERETA dipandu suspek berjaya dirakam pekerja stesen minyak ketika cuba mengejarnya.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/66283#sthash.8lA3kGG4.dpuf

Dua penunggang motosikal maut di LPT 2



Rakan-rakan Md. Razi mengawal lalu lintas berhampiran jenazahnya selepas terbabas di KM 355.3 LPT 2, sebelum susur keluar Plaza Tol Bukit Besi pagi semalam.


DUNGUN – Dua penunggang motosikal maut dalam dua kemalangan berasingan dalam tempoh sejam di Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT 2) sebelum susur keluar Plaza Tol Bukit Besi pagi semalam.
Kejadian pertama berlaku, kira-kira pukul 8 pagi membabitkan seorang pelajar kolej, Wan Faqih Wazien Wan Azeman, 22, yang meninggal dunia apabila motosikal yang ditunggangnya terbabas di Kilometer 371.8 LPT 2.
Mangsa yang juga pelajar tahun tiga German Malaysia Institute (GMI) menunggang motosikal jenis Yamaha 125Z melanggar pembahagi jalan dan tercampak kira-kira 25 meter ke dalam sebuah longkang di tempat kejadian.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0726&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz3gwloOBAZ 
Hakcipta terpelihara 

Seorang lagi Datuk kena reman



Seorang lelaki bergelar Datuk, pengarah urusan sebuah syarikat pembinaan, yang direman bagi membantu siasatan kes 1MDB dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Putrajaya semalam.


PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang lagi pengarah urusan sebuah syarikat pembangunan hartanah kelmarin bagi membantu siasatan kes kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Pengarah Urusan bergelar Datuk berusia 48 tahun tersebut ditahan pada pukul 7 malam ketika datang untuk memberi keterangan di ibu pejabat SPRM di sini sebelum dibawa ke Mahkamah Majistret di sini untuk mendapatkan perintah reman.
Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab. Rahman memerintahkan suspek ditahan reman selama empat hari bermula semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0726&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm#ixzz3gwlVocGX 
Hakcipta terpelihara 

Tiga negeri dibadai ribut kencang



SEORANg penduduk, Alim Chin melihat rumahnya yang senget dan dinding serta bumbung yang runtuh akibat dihempap pokok tumbang di Kampung Padang Meha, Kulim kelmarin.


PADANG SERAI – Ribut kencang dan hujan lebat membadai tiga buah negeri meliputi Kedah, Perlis dan Johor menyebabkan 60 buah rumah rosak teruk selepas bumbung serta dinding kediaman diterbangkan angin kelmarin.
Daerah Kulim dekat sini paling teruk terjejas apabila sebanyak 45 buah rumah di beberapa buah kampung rosak.
Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu, hujan lebat diikuti ribut kencang menerbangkan bumbung sebahagian besar rumah, selain ada kediaman yang rosak ditimpa pokok.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0726&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz3gwl1eX1K 
Hakcipta terpelihara 

Gajah ganggu hari raya penduduk


Penduduk Kampung Lepang Rambai, Pasir Puteh bimbang terhadap kehadiran gajah liar yang merosakkan kebun pisang mereka semalam.


PASIR PUTEH – Kira-kira 1,000 penduduk di tiga buah kampung di Gaal dekat sini menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan penuh kebimbangan gara-gara sekumpulan lima ekor gajah liar ditemui berkeliaran di sekitar kebun dan rumah mereka sejak seminggu lalu.
Penduduk Kampung Bukit, Kampung Lepang Rambai dan Kampung Jeram Li­nang mendakwa, kawanan gajah itu yang dipercayai keluar dari Hutan Simpan Jeram Linang untuk mencari makanan boleh mengancam keselamatan mereka.
Kawasan hutan simpan tersebut terletak kira-kira lapan kilometer dari perkampu­ngan tersebut.
Dalam kejadian terbaharu, kebun tebu yang hanya lima meter dari rumah penduduk diceroboh kumpulan gajah ber­kenaan yang pada awalnya disangka kerbau liar.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0726&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz3gwkcqvtv 
Hakcipta terpelihara 

250,000 orang terjejas banjir di Pakistan



PENDUDUK kampung mengharungi air banjir di Rajanpur, Pakistan pada Khamis lalu. - AGENSI


ISLAMABAD – Hujan lebat dan banjir di Pakistan mengorbankan 36 mangsa dan menjejaskan lebih 250,000 orang, kata beberapa pegawai pengurusan bencana semalam selepas air sungai dan terusan yang melimpah merosakkan beratus-ratus buah kampung.
Cuaca buruk mencetuskan huru-hara di utara dan selatan Pakistan dengan berpuluh-puluh jalan raya serta jambatan di da­erah Chitral, dalam wilayah Khyber Pakhtunkhwa rosak. Banjir turut menenggelamkan banyak perkampungan di selatan Punjab, demikian menurut pihak berkuasa.
Sejumlah haiwan ternakan dan manusia turut dihanyutkan air banjir di wilayah Baluchistan dan Khasmir, kata beberapa pegawai berkenaan.
“Menurut laporan yang kami terima setakat ini (semalam), sejumlah 26 orang terbunuh di Chitral, tiga di Punjab dan tujuh di Baluchistan,” kata jurucakap Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana (NDMA), Ahmed Kamal.
“Sekitar 350 buah kampung mengalami kerosakan di wilayah Khyber Pakhtunkhwa dan 422 di Punjab. Secara keseluruhan, seramai 250,000 penduduk terjejas akibat banjir kali ini,” tambahnya.
Dalam pada itu, pihak NDMA meramalkan hujan lebat akan berterusan selama beberapa hari lagi. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0726&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz3gwkAZWDQ 
Hakcipta terpelihara 

14 PATI Vietnam ditahan


PATI warga Vietnam yang ditahan Maritim Malaysia di perairan barat
PATI warga Vietnam yang ditahan Maritim Malaysia di perairan barat Pulau Balambangan, Kudat, Sabah, kelmarin.
KUDAT 25 Julai – Cubaan sekumpulan pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Vietnam menceroboh perairan negeri ini untuk mengaut hasil laut dipatahkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) selepas mereka ditahan di perairan barat Pulau Balambangan, di sini semalam.
Kesemua 14 PATI berusia 21 hingga 54 tahun itu ditahan pasukan Maritim Malaysia kira-kira pukul 11.10 pagi.
Pegawai Operasi Maritim Kudat, Leftenan Maritim Rody Bejie berkata, penahanan itu dilakukan hasil rondaan rutin pihaknya yang menemukan bot nelayan di perairan tersebut selepas menerima maklumat daripada pusat kawalan.
“Hasil pemeriksaan mendapati kesemua nelayan tersebut tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah selain menangkap ikan secara menyelam,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Dalam pada itu, tambah beliau, siasatan terperinci pihaknya mendapati bot yang digunakan nelayan PATI itu telah diklon dengan menggunakan nombor pendaftaran bot tempatan serta dokumen sokongan palsu.
Katanya, pemalsuan itu dikesan berikutan semakan pada bot pendaftaran yang asal dilaporkan berada di perairan Kota Kinabalu pada hari kejadian oleh pemilik bot tersebut.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/14-pati-vietnam-ditahan-1.116861#sthash.l8dWuXpc.dpuf

Peniaga sayur 
maut ditembak


KUALA LUMPUR 25 Julai - Seorang peniaga sayur maut selepas terkena dua das tembakan di bahagian dada ketika sedang memunggah barang turun dari lori ke kedainya di Pasar Borong Pusat Bandar Utara di sini tengah malam tadi.
R. MUNUSAMY
Dalam kejadian kira-kira pukul 12.10 tengah malam itu, mangsa, A. Belavandran, 57, dikejarkan ke Hospital Selayang oleh isterinya dan disahkan mati sejurus tiba di hospital.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R. Munusamy berkata, semasa kejadian, mangsa bersama isteri sedang memunggah barang untuk melakukan perniagaan.
“Tiba-tiba, dua lelaki yang menaiki motosikal datang dari arah belakang mangsa dan melepaskan tembakan sebelum melarikan diri.
“Siasatan awal mendapati dua kesan tembakan mengenai bahagian sebelah kiri, satu di bawah ketiak dan satu di bahagian perut mangsa,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Menurut Munusamy, saksi kejadian memberitahu bahawa kedua-dua suspek memakai jaket berwarna hitam dan berbadan sederhana.
Katanya, pasukan forensik turut menemukan dua kelongsong peluru di tempat kejadian.
Tambah beliau, mayat kemudian dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/peniaga-sayur-8232-maut-ditembak-1.116959#sthash.MLi5TpOb.dpuf

Lelaki ditahan selepas melakukan gangguan seksual


KUALA LUMPUR 25 Julai – Pasukan Keselamatan Prasarana Malaysia Bhd. (Prasarana) berjaya menahan seorang lelaki yang dipercayai melakukan gangguan seksual di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Masjid Jamek di sini, minggu lalu.
Prasarana dalam satu kenyataan memberitahu, suspek yang berumur pertengahan 20-an itu dikenal pasti melalui pantauan pada skrin televisyen, kamera litar tertutup (CCTV) di stesen-stesen LRT dan Pusat Kawalan Operasi di Subang, Selangor.
“Suspek telah ditahan 22 Julai lalu ketika cuba memasuki Stesen KL Sentral kira-kira pukul 9 pagi sebelum diserahkan kepada anggota polis di Balai Polis Travers untuk tindakan selanjutnya.
“Tindakan mencari dimulakan sejurus selepas mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Tun HS Lee pada 15 Julai lalu,” kata kenyataan itu di sini hari ini.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/lelaki-ditahan-selepas-melakukan-gangguan-seksual-1.116961#sthash.jMRIUjGI.dpuf

Diberkas ketika main futsal


ANTARA kenderaan milik pekerja syarikat pemaju  yang dipecahkan,
ANTARA kenderaan milik pekerja syarikat pemaju yang dipecahkan, dipercayai dilakukan oleh pihak yang menentang pemberian tanah di Kampung Gatco, Jempol, baru-baru ini.
JEMPOL 25 Julai – Polis menahan tiga lelaki dipercayai terbabit dalam kejadian rusuhan sehingga menyebabkan beberapa buah kenderaan rosak di Kampung Serampang Indah (Gatco), Serting Ilir di sini, Rabu lalu.
Ketiga-tiga suspek yang berusia 18 hingga 51 tahun ditahan secara berasingan di sekitar kampung berkenaan sejak pukul 6.30 petang semalam.
Ketua Polis Daerah, Superintenden Hamzah Alias menjelaskan, dua lelaki yang berusia 18 dan 24 tahun ditahan ketika bermain futsal manakala seorang lagi diberkas di rumahnya.
“Ketiga-tiga lelaki tersebut kini direman selama empat hari hingga Selasa depan bagi membantu siasatan. Kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana kesalahan me­rusuh menggunakan senjata,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Utusan Malaysia Khamis lalu melaporkan, empat buah kenderaan masing-masing sebuah lori, dua buah kereta dan sebuah motosikal dibakar oleh sekumpulan penyerang bertopeng yang dipercayai tidak berpuas hati dengan tawaran pemberian tanah di kawasan berkenaan.
Dalam kejadian pukul 12.05 tengah malam itu, tujuh suspek terlibat turut memecah cermin tiga buah lori lain dipercayai milik pemaju dan merosakkan sebuah motosikal.
Sebuah pejabat sementara pemaju yang didirikan di kawasan sama turut menjadi sasaran mereka.
Mengulas lanjut, Hamzah memberitahu, usaha mengesan individu lain yang terlibat sedang dilakukan.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/diberkas-ketika-main-futsal-1.116963#sthash.jAGin3Qh.dpuf