Search This Blog

Friday, July 24, 2015

Pemandu lori maut, kelindan cedera

kemalangan


KOTA TINGGI - Seorang pemandu lori maut manakala kelindannya cedera ringan selepas kenderaan yang dinaiki mereka terbabas di Kilometer 18, Jalan Sungai Rengit-Kota Tinggi, berhampiran simpang masuk ke Gugusan Felda Adela di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi,  Superitendan Rahmat Othman berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 petang itu, Go Cheng Soon, 42, dari Jalan Ros Merah, Taman Johor Jaya itu, maut di tempat kejadian.   

Sementara, kelindan lori tersebut yang merupakan warga Pakistan, Aamir, 29, mengalami cedera ringan dan dirawat di Hospital Kota Tinggi.   

Rahmat berkata kemalangan dipercayai berlaku apabila lori dari arah Sungai Rengit menghala ke Kota tinggi terbabas ke bahu jalan arah yang sama akibat tayar belakang sebelah kanannya pecah.   

"Berikutan itu, lori tersebut telah terbalik dan pemandunya tercampak keluar dan meninggal dunia di tempat kejadian.   

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, katanya. - Bernam
a

Lelaki Bangladesh bunuh rakan ditahan

 Oleh Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor
Seremban: Polis sudah menahan seorang lelaki Bangladesh berusia 37 tahun yang disyaki membunuh rakan senegara berusia 30-an dalam kejadian di sebuah kontena di Senawang Light Industries di sini, pada Isnin lalu.

Sumber polis berkata, suspek, Mohammed Billall Kabiraj ditahan di Batu Pahat, Johor semalam ketika mahu meloloskan diri.

Katanya, dalam kejadian pada Isnin lalu, mangsa ditemui dibunuh dengan kaki, tangan serta mulutnya diikat sebelum ditemui seorang lagi rakan senegara.

Katanya, mayat mangsa juga ditemui dalam keadaan berdarah dengan kesan percikan dalam kontena terbabit.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Superintendan Abdul Rahim Daud dihubungi mengesahkan penahanan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Katanya, suspek dibawa ke mahkamah pagi ini untuk direman.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 Julai 2015 @ 12:43 PM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/65882#sthash.ClW7us7s.dpuf

Kereta remuk dihempap pokok

Petaling Jaya: Kereta yang diletakkan di hadapan Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Sri Damansara 2, Persiaran Meranti, di sini, remuk apabila dihempap pokok, petang tadi.
Dalam kejadian kira-kira 6.30 petang itu, tiada mangsa dilaporkan berada di dalam kereta itu.
Jurucakap Bomba dan Penyelamat Selangor berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam pada 6.58 petang sebelum sepasukan lima anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh dikejarkan ke lokasi kejadian.
Menurutnya, pihaknya mengambil masa kira-kira sejam bagi memotong dahan pokok dan membersihkan lokasi kejadian.
"Kejadian dipercayai berpunca daripada angin ribut ketika hujan lebat yang berlaku petang tadi.
"Tiada mangsa yang tercedera dan anggota meneruskan kerja pembersihan sehingga selesai," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 Julai 2015 @ 8:43 PM

KERETA remuk dihempap pokok yang tumbang. FOTO ihsan bomba
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/65754#sthash.fwPwyp7h.dpuf

Lori terbalik, kereta remuk

Gombak: Pemandu lori berdepan detik mencemaskan apabila kenderaan yang sarat dengan muatan batu-bata dipandunya terbalik di Jalan Batu Caves, Gombak berhampiran Taman Bolton, di sini, 4 petang tadi.
Jurucakap Bomba dan Penyelamat Selangor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sejurus kejadian dan sepasukan tujuh anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Selayang dikejarkan ke lokasi kejadian.
Katanya, sebuah lagi kereta dipandu empat sekeluarga turut remuk di bahagian belakang akibat insiden terbabit.
Menurutnya, pemandu lori terbabit diselamatkan orang awam yang berada di lokasi kejadian dan dihantar ke Hospital Selayang untuk menerima rawatan.
"Punca kejadian tidak diketahui dan pemandu lori berjaya dikeluarkan oleh orang awam yang melalui jalan terbabit.
"Empat sekeluarga di dalam kereta Proton Perdana juga dilaporkan tidak mengalami kecederaan serius," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 Julai 2015 @ 9:20 PM


LORI sarat dengan muatan batu-bata terbalik. FOTO ihsan Bomba
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/65760#sthash.gIWwsUU4.dpuf

Maut kena renjatan bawah rumah

Tawau: Lelaki kurang siuman maut selepas terkena renjatan elektrik di bawah rumahnya di Kampung Hidayat, Batu 4, Jalan Apas, petang tadi.
Dalam kejadian kira-kira 6 petang itu, mangsa Mohd Aris Deleon, 34, maut serta merta di tempat kejadian akibat renjatan elektrik ketika memungut tin di bawah rumahnya.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Tawau, Mohd Razali Awang Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan pada 6.26 petang dan sepasukan anggota bomba dikejar ke lokasi kejadian.
"Pihak bomba menerima laporan bahawa terdapat mangsa terbaring di bawah rumah dipercayai terkena renjatan elektrik.
"Tindakan segera diambil bagi memastikan tiada arus elektrik sebelum mengeluarkan mangsa bagaimanapun mangsa meninggal dunia di tempat kejadian," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Mohd Razali berkata, menurut ahli keluarga, mangsa kurang siuman dan menjadi kebiasaannya memungut tin di bawah rumah mereka.
Katanya lagi, mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 Julai 2015 @ 11:32 PM


MANGSA maut terkena renjatan elektrik di Kampung Hidayat Batu 4 Jalan Apas, Tawau. FOTO ihsan bomba
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/65770#sthash.AsqzHyTO.dpuf

Suri rumah maut bertembung

Teluk Intan: Seorang suri rumah maut selepas kereta jenis Proton Waja dipandu suaminya terbabit dalam kemalangan dengan dua kenderaan di Kilometer 9.5 Jalan Teluk Intan-Hutan Melintang, di sini.
Dalam kejadian kira-kira 5.45 petang semalam itu, mangsa, Siti Jemaah Samirin, 42, maut ditempat kejadian selepas parah dibahagian kepala manakala suaminya Abd Mutalib Aziz, 49, dan anaknya, Siti Fatimah Azzahrah, 19, parah.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, siasatan awal mendapati kemalangan membabitkan tiga kenderaan itu berpunca daripada kereta jenis Proton Saga yang dipercayai memotong Proton Saga BLM sebelum bertembung dengan kereta mangsa dari arah bertentangan dan terbabas melanggar Proton Saga BLM.
Menurutnya, pemandu Proton Saga, S Devenranraj, 21, turut parah manakala pemandu Proton Saga BLM tidak mengalami kecederaan.
"Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Teluk Intan (HTI) untuk bedah siasat manakala mangsa yang parah dibawa ke hospital sama untuk menerima rawatan dan kes disiasat mengikut seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 Julai 2015 @ 9:14 AM


PROTON WAJA dinaiki mangsa terbabit dalam kemalangan dengan dua kereta. FOTO ihsan PDRM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/65827#sthash.PHCv66d7.dpuf

Enam pintu rumah kedai hangus

Sungai Buloh: Sebanyak enam pintu rumah kedai di Taman Industri Sungai Buloh, dekat sini, musnah terbakar dipercayai akibat litar pintas, pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira 9.45 pagi itu, tindakan pantas anggota bomba berjaya menyelamatkan tiga lagi rumah kedai berhampiran selepas api dapat dikawal daripada merebak.
Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat Sungai Buloh, Mohamed Sabri A.Shamsudeen berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.03 pagi dan mengerahkan tiga jentera dan 18 anggota ke lokasi kejadian.
Menurutnya, setibanya dilokasi kejadian, api sudah memusnahkan hampir 80 peratus keseluruhan rumah kedai yang dibina menggunakan struktur kayu sebelum api berjaya dikawal pada 10.35 pagi..
"Hasil siasatan awal, rumah kedai berkenaan dipercayai didirikan secara haram dan salah satu premis berkenaan juga dijadikan sebagai kediaman warga asing," katanya ketika dihubungi, sebentar tadi.
Katanya, punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan lanjut.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 Julai 2015 @ 12:26 PM


BOMBA bertungkus-lumus memadam kebakaran. FOTO ihsan bomba
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/65872#sthash.fHSX6yd9.dpuf

25 pemandu bas ekspres dikenakan tindakan

Sungai Buloh : Dua puluh lima pemandu bas ekspres ditahan dan dikenakan tindakan atas pelbagai kesalahan dalam operasi mengejut yang dilakukan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor, di Hentian Sungai Buloh di sini, malam tadi.
Pengarah JPJ Selangor, Datuk V.Valluvan Veloo berkata, antara kesalahan yang dilakukan adalah seperti menggunakan telefon bimbit ketika memandu, merokok, tiada lesen memandu, tiada pemandu kedua serta memandu di lorong paling kanan.
Menurutnya, pihaknya melakukan rondaan secara berterusan di lebuh raya sejak 3 petang sehingga ke 10 malam semalam, bagi mengesan pemandu bas ekspres yang melanggar peraturan.
"Sejumlah 84 buah bas ekspres diperiksa dan 25 daripadanya dikenakan tindakan atas pelbagai kesalahan manakala 28 notis dikeluarkan.
"Pemeriksaan ujian air kencing yang dijalankan dengan kerjasama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) juga mendapati tiada pemandu yang positif dadah," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 Julai 2015 @ 12:35 PM

FOTO Mior Azlan Mior Kamarulbaid
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/65877#sthash.6855tOHi.dpuf

14 penghuni sehelai sepinggang

Tawau: Seramai 14 penghuni tinggal sehelai sepinggang selepas dua rumah yang mereka diami musnah dijilat api dalam kejadian kebakaran di Kampung Iban Batu 18, dekat sini, tengah hari tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Tawau, Mohd Razali Awang Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 12.30 tengahari dan sepasukan anggota bersama sebuah jentera dikejar ke lokasi kejadian.
"Anggota bomba tiba pada 1.08 petang dan mendapati kedua-dua rumah berkenaan musnah sepenuhnya.
"Operasi memadamkan api segera dilakukan dan api berjaya dikawal beberapa minit kemudian," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Menurut Mohd Razali, akibat kejadian itu seramai 14 penghuni tinggal sehelai sepinggang selepas rumah mereka musnah.
"Bagaimanapun tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kebakaran masih dalam siasatan," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 Julai 2015 @ 3:28 PM


RUMAH yang didiami 14 penghuni musnah sepenuhnya dalam kejadian kebakaran di Kampung Iban Batu 18. FOTO ihsan bomba
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/65903#sthash.Hw49chtO.dpuf

Dua mati dalam tembakan rambang dalam pawagam


24/07/2015 11:12am

LOUISIANA - Seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan rambang di sebuah pawagam di Lafayette, Louisiana, Amerika Syarikat hari ini.
Kejadian itu menyebabkan sekurang-kurangnya dua mati dan mencederakan sembilan yang lain sebelum suspek turut membunuh diri, menurut sebuah syarikat ambulans tempatan.
Kejadian itu berlaku ketika tayangan filem Train Wreck. - Reuters


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0724&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_06.htm#ixzz3gmuawply 
Hakcipta terpelihara 

Lelaki maut kena renjatan elektrik di Tawau


24/07/2015 2:00pm

TAWAU - Seorang lelaki maut akibat terkena renjatan elektrik di rumahnya di perkampungan atas air Hidayat, Batu 4 di sini, semalam.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau, Mohd. Razali Awang Ahmad berkata, pihaknya mendapat panggilan kecemasan pada 6.26 petang dan tujuh anggota bersama satu jentera bergegas ke lokasi kejadian.
"Apabila tiba di lolasi kejadian mangsa berada dalam keadaan terbaring di bawah rumahnya dan dipercayai telah meninggal dunia akibat terkena renjatan elektrik," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, mangsa yang dikenali sebagai Mohd. Aris Deleon, 34, dikatakan sedang mengumpul tin di bawah kolong rumah berkenaan sebelum terkena wayar elektrik yang dipasangkan di bawah rumah berkenaan.
"Mengikut ahli keluarga, mangsa kurang siuman dan sudah menjadi kebiasaan memungut tin di bawah kolong rumah mereka," katanya. - Bernama


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0724&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_10.htm#ixzz3gmuO2PWR 
Hakcipta terpelihara 

Tertuduh pertama didenda RM50,000


Petani ceroboh Cameron Highlands mengaku salah

Keratan Utusan Malaysia
KERATAN Utusan Malaysia
RAUB 23 Julai - Seorang petani yang menjadi tertuduh pertama dihadapkan ke muka pengadilan dalam kes pencerobohan tanah haram di Came­ron Highlands, didenda RM50,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana menjalankan aktiviti pertanian di tanah kerajaan tanpa kebenaran, hujung tahun lalu.
Pang Lian Por, 47, dijatuhkan hukuman itu setelah dia menukar pengakuan kepada bersalah terhadap kesemua lima pertuduhan yang dihadapinya. Dia sebelum ini mengaku tidak bersalah ketika pertama kali dihadapkan ke mahkamah pada 15 Jun lalu.
Hakim Shahrizat Ismail menjatuhkan hukuman denda maksimum RM10,000 atau penjara enam bulan jika gagal membayar denda, bagi setiap pertuduhan. Lelaki ter­babit membayar denda berkenaan.
Dalam keputusannya, Shahrizat berkata, hukuman denda maksimum itu dijatuhkan selepas mahkamah meneliti fakta kes dan membuat pertimbangan sewajarnya terhadap kesan tindakan tertuduh kepada masyarakat dan alam sekitar.
Bagaimanapun, katanya, mah­kamah tidak mengenakan hukuman penjara selepas mengambil kira pengakuan bersalah tertuduh dan kekesalan serta kerugian yang dialami lelaki terbabit.
“Setelah membuat pertimbangan, mahkamah menetapkan hukuman denda maksimum sebagai pengajaran kepada tertuduh dan juga mereka yang masih melakukan aktiviti yang sama,” tegas beliau.
Berdasarkan kelima-lima pertuduhan itu, Lian Por didakwa melakukan perbuatan menduduki, memotong, menanam, membina dan membersihkan tanah kerajaan tanpa kebenaran yang sah.
Kesalahan itu didakwa dilakukan tertuduh di hadapan insinerator di Kampung Raja Sungai Ikan, Mukim Telom, Cameron Highlands kira-kira pukul 10.30 pagi, 11 Di­sember tahun lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 425(1)(a) dan 425(1) Kanun Tanah Negara 1965 yang membawa hukuman denda tidak lebih RM10,000 atau penjara sehingga setahun bagi setiap pertuduhan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Ellyna Othman yang mengendalikan pendakwaan memohon mahkamah menjatuhkan hukuman yang berat ke atas Lian Por selepas mengambil kira kesan tindakan pencerobohan haram yang dilakukan tertuduh terhadap kepentingan awam dan alam sekitar.
Malah kata beliau, pe­­­­­­ne­rokaan haram yang berlaku juga menyebabkan pelbagai implikasi negatif kepada masyarakat dan negara termasuklah kebanjiran pendatang asing tanpa izin (PATI).
“Jadi saya memohon hukuman sedemikian sebagai pengajaran kepada tertuduh dan juga orang awam,” katanya.
Peguam Choy Kam Yee yang mewakili tertuduh pula memohon agar hukuman ringan dijatuhkan memandangkan tertuduh yang mempunyai tiga orang anak telah mengaku bersalah dan mengalami kerugian yang besar.
Menurutnya, anak guamnya yang telah lebih 10 tahun menjalankan aktiviti pertanian telah memohon Lesen Pendudukan Sementara (TOL) di kawasan berkenaan yang terletak bersebelahan kawasan yang telah mendapat kelulusan TOL.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/mahkamah/tertuduh-pertama-didenda-rm50-000-1.116295#sthash.b5iM4GsS.dpuf

Ibu didakwa bunuh anak berusia 3 tahun selepas menendangnya


KUALA LUMPUR 24 Julai - Seorang ibu berusia 26 tahun yang dipercayai menendang anak kandungnya yang berusia tiga tahun sehingga menyebabkan kematian kanak-kanak itu pada Aidilfitri lalu dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kajang dekat sini hari ini.
Nor Nazierah Rahmat didakwa membunuh anak sulungnya, Nur Umairah Zainol Abdullah di rumah mereka di B3-414, Flat Sri Inang, Jalan Sri Inang, Balakong, Kajang dekat sini antara pukul 11 pagi, 17 Julai dan 5 pagi, keesokan harinya.
Timbalan Pendakwa Raya, S. Abirami mengemukakan pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.
Tertuduh hanya mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan kepadanya. Tiada pengakuan direkodkan daripada wanita itu.
Mahkamah kemudian menetapkan sebutan semula kes pada 23 September ini untuk mendapatkan laporan bedah siasat. - UTUSAN ONLINE
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/mahkamah/ibu-didakwa-bunuh-anak-berusia-3-tahun-selepas-menendangnya-1.116323#sthash.lUNr0WvR.dpuf

Najib harus saman WSJ seperti Harakahdaily

Tuan Ibrahim Tuan Man
Tuan Ibrahim

SHAH ALAM – Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini mempersoal Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang bertindak mendiamkan diri dari menangkis serangan dari portal antarabangsa, Wall Street Journal.

Katanya,Najib harus melakukan tindakan yang sama terhadap  portal antarabangsa tersebut sebagaimana yang diperlakukan kepada portal media Harakahdaily.

Jelasnya lagi, tindakan undang-undang terhadap portal tersebut wajar diambil memandangkan Wall Street Journal telah mencemarkan nama baik negara.

“Mengapa Najib masih berdolak-dalih dalam mengemukakan saman malu terhadap Wall Street Journal sebagaimana yang dilakukannya kepada Harakahdaily?

“Walhal, impak yang dikemukakan WSJ di dalam Bahasa Inggeris dibaca di seluruh dunia dibandingkan impak artikel di Harakahdaily dalam Bahasa Malaysia yang hanya dibaca rata-rata rakyat negara ini. Malah, artikel di Wall Street Journal bukan sahaja mencemar imej Najib, malah negara kerana kedudukannya sebagai Perdana Menteri,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Katanya lagi, Najib tidak boleh berdalih dalam isu Wall Street Journal kerana kontroversi yang dibawakan oleh portal tersebut memberi impak kepada nilai Ringgit Malaysia.

“Najib tidak boleh berdalih lagi. Jika melibatkan beliau sahaja, tak apa. Tapi kesan kontroversi ini kini dirasai seluruh rakyat jelata dengan impaknya terhadap keyakinan negara dan juga nilai Ringgit.

Portal The Wall Street Journal pada awal bulan ini melaporkan pasukan penyiasat yang melakukan siasatan terhadap dana dan urusniaga 1MDB percaya bahawa pengaliran dana 1MDB berakhir ke dalam akaun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Terbaharu, portal antarabangsa itu dikatakan telah memuat naik dokumen berupa perincian bagaimana hampir AS$700 juta (RM2.6 bilion) disalurkan ke dalam akaun peribadi Najib, sekaligus mengaitkan pemimpin negara ini dengan dana badan pelaburan tersebut.

Pegawai Kanan Kementerian Kesihatan Didakwa Rasuah


Diterbitkan: Jumaat, 24 Julai 2015 12:13 PM

KUALA LUMPUR: Seorang pegawai kanan Kementerian Kesihatan didakwa berhubung kes rasuah selepas meluluskan dua projek kerajaan kepada syarikat milik anak lelakinya.
S Tselvin mohon dibicarakan atas dua pertuduhan rasuah di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat.
Wanita berusia 58 tahun ini didakwa melakukan kesalahan pertama antara 13 Oktober dan 15 Oktober di Jabatan Kejururawatan Kementerian Kesihatan di Putrajaya.
Mengikut kertas pertuduhan, dia menyalahgunakan kedudukannya apabila memilih Fort Mark Sdn Bhd untuk mengendalikan kerja-kerja menaiktaraf portal kejururawatan kementerian itu bernilai RM12,300.
Syarikat itu didakwa tidak wujud semasa kontrak berkenaan diluluskan.
Mengikut dokumen itu, pengarah syarikat itu adalah anak lelaki Tselvin.
Tselvin dituduh melakukan kesalahan kedua pada 7 Mei tahun ini di tempat sama apabila memilih syarikat terbabit untuk mengendalikan kontrak bernilai RM2,000 sebagai persiapan untuk montaj video bagi sambutan Hari Jururawat Antarabangsa.
Jika didapati bersalah, Tselvin boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda maksimum lima kali ganda jumlah habuan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi.
Timbalan Pendakwaraya Lokman Kassim mengendalikan kes berkenaan.
Hakim Mohd Nasir Nordin menetapkan jaminan RM10,000 dan 28 Ogos untuk prosiding kes itu.

11 Murid Cedera, Van Sekolah Bertembung Kereta


Diterbitkan: Khamis, 23 Julai 2015 7:21 PM
Kemalangan yang mencederakan 11 cedera murid SK Mount Austin, Johor Baru, Khamis.

JOHOR BARU: Seramai 11 orang murid Sekolah Kebangsaan Mount Austin di sini dilapor cedera apabila van sekolah yang mereka naiki terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta di simpang tiga Jalan Persiaran Jaya Putra Satu dekat Taman JP Perdana di sini.
Kejadian pada 12.45 tengah hari tadi itu menyebabkan seorang murid perempuan berumur 10 tahun cedera di kepala, seorang murid lelaki berumur 11 tahun cedera di dahi, telinga serta tengkuk manakala sembilan murid lain dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Sultan Ismail.
Pemandu van berkenaan dilapor tidak cedera.
Menurut Ketua Polis Daerah Johor Baru Selatan, ACP Sulaiman Salleh, van tersebut yang dipandu seorang wanita baru sahaja mengambil murid-murid untuk pulang dan sedang menghala dari arah Taman Mount Austin menuju Seri Austin.
"Dipercayai van sekolah itu tidak berhenti sejurus tiba di simpang tiga berkenaan. Dalam masa yang sama, sebuah kereta Perodua Alza yang datang dari arah bertentangan cuba mengelak van tersebut namun terlanggar kenderaan terbabit," katanya.
Beliau berkata kemalangan itu turut menyebabkan pemandu kereta itu iaitu seorang anggota Polis Marin berumur 47 tahun bersama empat anggota keluarganya cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar.-- Bernama

Jari Kanak-Kanak Tersepit Di Eskalator


Diterbitkan: Khamis, 23 Julai 2015 8:37 AM
Wei Kang (baju belang) cuba mengeluarkan jari anaknya, Ng Juen Shen yang tersangkut di eskalator, Rabu.

GEORGE TOWN: Aktiviti santai sebuah keluarga di pusat beli-belah di sini bertukar panik apabila jari seorang kanak-kanak tersepit di eskalator.

Ng Juen Shen, tiga tahun, sedang menaiki eskalator untuk turun ke tingkat bawah dengan ibu bapanya dan duduk di eskalator itu sambil tangannya diletakkan di bahagian tepi sebelum jarinya tersangkut.

Seorang pengawal keselamatan yang bertugas segera menekan butang kecemasan untuk menghentikan pergerakan eskalator apabila mendengar bapa kanak-kanak itu, Wei Kang, 30, menjerit meminta pertolongan.

Pengalaman pahit kanak-kanak itu, bagaimanapun, tidak berpanjangan apabila tangannya hanya tersepit kira-kira 10 minit sebelum anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat dan kakitangan pusat beli-belah berjaya mengeluarkannya.

Kulit tangannya koyak sehingga ke pergelangan tangan, bagaimanapun, imbasan sinar-X menunjukkan tiada keretakan atau tulang yang patah.

Wei Kang, seorang juruteknik yang tinggal di Permatang Pauh, berkata beliau merancang membawa keluarganya ke pusat beli-belah sebelum menuju ke Esplanade untuk melihat pameran.

Ketika di eskalator, beliau menjaga anak bongsunya Juen Xuan, dua tahun dan isterinya menjaga Juen Shen.

Bayi Maut, Ibu Parah Dalam Nahas Di Dungun


Diterbitkan: Khamis, 23 Julai 2015 8:06 PM
Keadaan kereta mangsa yang terlibat kemalangan. Foto Karangkraf.com

DUNGUN: Seorang bayi lelaki berusia lima bulan maut, manakala ibunya parah selepas kereta yang dinaiki mereka terbabit dalam nahas  di Kilometer 357.6 Lebuh Raya Pantai Timur 2 dekat Bukit Besi di sini petang Khamis.
Bayi itu Adam Rizqi Zul Azlan cedera parah di kepala dan meninggal di tempat kemalangan dalam kejadian pukul 2.30 petang itu sementara ibunya Siti Hajar Md Aziz, 28, cedera parah di kepala dan muka.
Beliau pada mulanya dikejarkan ke Hospital Dungun sebelum dipindahkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.
Anak perempuannya Nurhadamia, 2 tahun dan suaminya Zul Azlan Yaakub, 30, turut cedera dan sedang menerima rawatan di Hospital Dungun.
Jurucakap polis berkata kemalangan itu dipercayai berlaku apabila kereta keluarga berkenaan yang datang dari arah Kuantan menuju Kuala Terengganu dilapor terbabas sebelum merempuh pembahagi jalan.
Mereka berasal dari Taman Medan Jaya, Petaling Jaya, Selangor.-- Bernama

Jabatan Perhutanan Sarawak laksana 240 serbuan, kemuka 122 kertas siasatan tahun ini

KHAMIS, 23 JULAI 2015 @ 3:18 PM

 KUCHING: Jabatan Perhutanan Sarawak melakukan 240 serbuan di kawasan hutan dan syarikat pembalakan yang dipercayai terbabit dengan aktiviti haram sehingga Julai tahun ini. Bagi tempoh sama, jabatan itu juga sudah mengemukakan 122 kertas siasatan kepada pejabat Peguam Negeri untuk tindakan undang-undang. Pengarahnya, Sapuan Ahmad, berkata usaha jabatan membanteras aktiviti pembalakan haram menjadi lebih mudah berikutan pengenalan undang-undang baharu oleh kerajaan negeri. Katanya, mengikut pindaan ordinan diluluskan Dewan Undangan Negeri beberapa bulan lalu, ia kini menjadi tanggungjawab pembalak untuk membuktikan balak yang dimiliki mereka diperolehi secara sah. "Sebelum ini, jabatan perlu melakukan semua seperti menjejak tempat asal balak itu dan sebagainya, dan akhirnya kami yang akan kalah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan bengkel mengenai kayu balak Sarawak di sini, hari ini. Bengkel dua hari anjuran jabatan itu bersama Tabung Hidupan Liar Sedunia-Malaysia (WWF-Malaysia), Ecology and People Consult (NEPCon) adalah untuk memberi gambaran mengenai trend global produk balak dan pensijilan pengurusan hutan. Terdahulu dalam ucapannya, Sapuan meminta semua Unit Pengurusan Hutan (FMUS) untuk tidak hanya menumpukan kepada usaha kelestarian hutan tetapi turut menyediakan suasana hutan yang sihat untuk orang ramai. "Kami mahu semua FMUS memastikan amalan pembalakan dilakukan secara bertanggungjawab, menghentikan amalan pembalakan yang salah dan kami juga tidak mahu balak atau produk balak yang diperoleh dengan cara tidak bertanggungjawab memasuki pasaran domestik dan antarabangsa," katanya. Menurutnya, bengkel itu tepat pada masanya dalam usaha Sarawak memperbaiki industri perhutanannya, dengan satu daripada sasarannya untuk semua FMUS dan syarikat pembalakan yang besar untuk komited dalam pengurusan hutan dan mendapat pensijilan menjelang 2017. Katanya, pada 2013, 6.8 juta meter padu balak dan produk balak dari Sarawak dieksport, membabitkan pendapatan kira-kira RM7.2 bilion, manakala tahun lalu 6.6 juta meter padu dieksport dengan pendapatan sebanyak RM7.3 bilion. - BERNAMA

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/69619

Bayi 5 bulan maut dalam nahas kereta

KHAMIS, 23 JULAI 2015 @ 6:08 PM

Oleh Rosli Ilham bhkt@bh.com.my dungun: seorang bayi lelaki berusia lima bulan maut manakala ibunya parah selepas kereta yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan di kilometer 357.6 lebuh raya pantai timur fasa 2 (lptii), dekat bukit besi, di sini, petang tadi. bhkt@bh.com.my DUNGUN: Seorang bayi lelaki berusia lima bulan maut manakala ibunya parah selepas kereta yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan di Kilometer 357.6 Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 2 (LPTII), dekat Bukit Besi, di sini, petang tadi. Dalam kemalangan itu kira-kira jam 2.30 petang, Adam Rizqi Zul Azlan yang cedera parah di kepala, meninggal dunia di tempat kejadian. Ibunya, Siti Hajar Md Aziz, 28, dari Taman Medan Jaya, Petaling Jaya, cedera parah di kepala dan muka dikejarkan ke Hospital Dungun sebelum dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu untuk rawatan lanjut. Suami Siti Hajar, Zul Azlan Yaakub 30, yang memandu kereta dan seorang lagi anak perempuan mereka, Nurhadamia, 2, cedera dan dirawat di Hospital Dungun. Nahas dipercayai berlaku apabila kereta Perodua Alza yang mereka naiki dari arah Kuantan ke Kuala Terengganu terbabas dan merempuh pembahagi jalan. Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Ahmad Zailani Yaacub ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.


KEADAAN kereta Produa Alza yang terbabit dalam kemalangan di Kilometer 357.6 Lebuh Raya Pantai Tumur 2, dekat Bukit Besi. - Foto Rosli Ilham

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/69663

Remaja perempuan cedera tersepit pintu pagar

KHAMIS, 23 JULAI 2015 @ 7:59 PM

SEREMBAN: Seorang remaja perempuan cedera apabila tangannya tersepit di pintu pagar automatik rumahnya di Taman Bukit Kepayang di sini, petang tadi. Dalam kejadian jam 4.50 petang itu, mangsa berusia 19 tahun itu memasukkan tangan kiri melalui celah pintu pagar itu untuk menekan satu suis di luar. Mangsa dipercayai tidak sempat menarik tangannya apabila pintu itu tiba-tiba terbuka dengan cepat menyebabkan tangannya tersepit. Pegawai Bomba Kanan II Faizal Abd Rahman, berkata kegagalan melepaskan tangannya yang tersepit menyebabkan keluarga mangsa segera menelefon bomba. Katanya, sebuah jentera bersama tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2 tiba di tempat kejadian pada 5.09 petang. "Melihat tangan mangsa yang kebiruan kerana dipercayai darah tidak mengalir dan keadaannya yang terlalu sakit, anggota bomba menggunakan sejenis alat untuk merenggangkan pintu pagar itu. "Tangan mangsa berjaya dilepaskan dari pintu itu dalam tempoh tidak sampai dua minit. Bapa mangsa kemudian menghantarnya ke Hospital Tuanku Ja'afar di sini, untuk rawatan," katanya.

SEORANG remaja perempuan berusia 19 tahun cedera tangan kiri akibat tersepit di pintu pagar automatik rumahnya di Taman Bukit Kepayang. DISYORKAN

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/69670

15 maut dalam nahas feri di Sungai Nil

KHAMIS, 23 JULAI 2015 @ 12:24 PM

ORANG ramai berdiri di tepi Sungai Nil sambil melihat pasukan penyelamat berusaha mencari mangsa akibat kemalangan membabitkan kapal kargo berlanggar dengan sebuah feri, semalam. - Foto AFP

KAHERAH: Sekurang-kurangnya 15 orang termasuk dua kanak-kanak terbunuh apabila sebuah kapal kargo berlanggar dengan sebuah feri di Sungai Nil semalam, menurut sumber hospital dan keselamatan. Polis Mesir sudah menahan kapten kapal kargo itu selepas perlanggaran di utara Kaherah. Menurut kenyataan Kementerian Dalam Negeri di Facebook, enam dari 25 penumpang feri berkenaan diselamatkan manakala usaha mencari empat lagi penumpang yang hilang masih berjalan. Menurut sumber keselamatan dan hospital, terdapat ramai kanak-kanak di atas kapal berkenaan tetapi tidak menyatakan usia dua mereka yang terbunuh.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/69594

4 maut, 5 hilang dalam banjir di Fujian

KHAMIS, 23 JULAI 2015 @ 4:04 PM
 Banjir kilat yang melanda seluruh daerah Liancheng di timur wilayah Fujian, China.
 BEIJING: Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan lima lagi hilang dalam kejadian banjir kilat yang melanda seluruh daerah Liancheng di timur wilayah Fujian, China. Agensi berita Xinhua melaporkan banjir akibat hujan lebat tanpa henti itu menyebabkan 132,000 penduduk terpaksa dipindahkan. Banjir itu turut mengganggu bekalan air dan elektrik dan menjejaskan 243,000 penduduk di daerah itu. Laporan media tempatan menyatakan lebih 8,000 hektar tanaman rosak dan 40 syarikat terpaksa menghentikan operasi. Sementara itu, sekurang-kurangnya 128,00 penduduk di daerah Longyan turut terjejas menyebabkan anggaran kerugian sekitar 764,000,000 yuan (RM469 juta). - BERNAMA

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/69631

Lima Gunung Berapi Indonesia 'Mengamuk'


Diterbitkan: Khamis, 23 Julai 2015 10:54 AM
Gunung berapi Raung memuntahkan debu dan batuan setinggi dua kilometer pada Rabu.

JAKARTA: Jika sebelum ini hanya gunung berapi Raung dan Sinabung meletus, terkini tiga lagi gunung di Indonesia, masing-masing Gamalama, Dukono dan Karangetang pula memuntahkan debu dan batuan hingga menimbulkan kebimbangan penduduk sekitarnya.
Situasi terkini yang melanda Indonesia ini menyebabkan beberapa bahagian negara itu dilitupi awan debu tebal dan tiga lapangan terbang terpaksa ditutup.
Pakar gunung berapi Indonesia, Surono berkata, gunung Raung di Pulau Jawa mula memuntahkan debu dan batuan ke udara setinggi dua kilometer sejak beberapa minggu lalu, begitu juga gunung Gamalama dan Dukono yang terletak di kepulauan Moluccas.
Bagaimanapun, keadaan diburukkan lagi selepas gunung Sinabung di Sumatera dan gunung Karangetang di pulau Siau juga meletus, pada Rabu.
Sejak bulan lalu, lebih 13,000 penduduk yang majoritinya tinggal di kaki gunung Sinabung telah dipindahkan akibat aktiviti gunung berapi berkenaan.
Kata Surono, letusan lima gunung berapi secara serentak itu bukan kejadian luar biasa.
“Penilaian kami menunjukkan tiada fenomena luar biasa yang menyebabkan letusan lima gunung berapi secara serentak ini,” jelasnya.
Menurutnya, semua letusan berkenaan berlaku secara semula jadi dan ia normal bagi negara yang mempunyai kira-kira 130 gunung berapi aktif.
Sementara itu, jurucakap Kementerian Pengangkutan, Julius Adravida Barata berkata, lapangan terbang Jember dan Banyuwangi ditutup lewat Selasa, manakala lapangan terbang Bali ditutup selama beberapa jam pada Rabu.
Selain itu, media tempatan turut melaporkan, 37 penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai di Bali terpaksa dibatalkan.