Search This Blog

Wednesday, July 22, 2015

Bayi maut nahas babitkan 3 kenderaan

Bayi maut nahas babitkan 3 kenderaan
Keadaan kenderaan yang remuk akibat terlibat dalam nahas tiga kenderaan di Balok Baru, pagi semalam.

KUANTAN - Seorang bayi lelaki berusia  tujuh bulan meninggal dunia selepas kenderaan pacuan empat roda dipandu bapa terbabit kemalangan melibatkan tiga kenderaan di  Jalan Pintasan Kuantan berhampiran Balok Baru dekat sini, pagi semalam.

Bayi terbabit, Muhammad Fateh Mohamad Afendy disahkan meninggal dunia kira-kira jam 11.30 pagi ketika menerima rawatan di Hospital tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan manakala ibunya, Che Nor Hasanah Che Kamaruddin, 28 yang parah dilaporkan berada dalam keadaan kritikal dan turut menerima rawatan di hospital sama.

Dalam kemalangan kira-kira jam 10 pagi itu, pemandu, Mohamad Afendy Abdul Aziz, 31 dan seorang lagi anaknya, Afifah Huraiyah, 2 turut mengalami kecederaan (spara kritikal) dan dihantar menerima rawatan di HTAA.

Pemangku Pegawai Turus Trafik IPK Pahang, Asisten Superintendan Zainalabidin Othman berkata, mangsa bersama ahli keluarganya  yang yang turut tersepit dalam kenderaan pacuan empat roda jenis Ford Ranger itu dikeluarkan dengan bantuan orang ramai.

Menurutnya, seorang wanita yang memandu kereta jenis Toyota Vios, Cheng Shuh Yien, 27, dari Kampung Padang Jalan Sungai Lembing  yang terbabit dalam kemalangan itu dilaporkan parah selepas tersepit dalam keretanya yang remuk.

“Mangsa yang  berjaya dikeluarkan dengan bantuan anggota bomba dari Balai Bomba Gebeng kini dilaporkan berada dalam keadaan kritikal manakala  pemandu kereta jenis Honda Accord, Rakidin Mohd Dom, 36, dari Chukai, Terengganu difahamkan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Zainalabidin berkata, Difahamkan, empat sekeluarga itu dipercayai dalam perjalanan dari arah pelabuhan menghala ke Kuantan manakala pemandu wanita kereta jenis Toyota Vios memandu bersendirian dari arah bertentangan.

“Ketika tiba di lokasi kejadian, kenderaan dipandu Mohamad Afendy dipercayai hilang kawalan dan membrek secara mengejut menyebabkan kereta jenis Honda Accord yang mengekori di belakang gagal mengelak lalu terlanggar bahagian kiri kenderaan di hadapannya.

“Pelanggaran tersebut menyebabkan Ford Ranger itu terbabas melanggar pembahagi jalan sebelum bertembung dengan Toyota Vios yang berada di laluan bertentangan.

“Dalam kejadian itu, kenderaan pacuan empat roda dipandu Mohd Afendy tercampak ke dalam semak di tepi jalan,” Katanya.

Menurutnya, kes kemalangan meragut nyawa  bayi itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta pengangkutan jalan 1987.

Sementara itu, bapa kepada Mohamad Afendy, Abdul Aziz, 50-an berkata, anak, menantu dan cucu-cucunya bertolak dari rumahnya di Felda Cherul kira-kira jam 9.30 pagi selepas pulang bercuti untuk menyambut Aidilfitri bersama keluarga.

Menurutnya, anaknya yang bekerja sebagai kontraktor mengambil keputusan pulang semalam selepas isterinya yang bertugas guru di salah sebuah sekolah di sini akan mula mengajar hari ini.

“Kira-kira setengah jam selepas turun dari rumah, saya mendapat panggilan memberitahu mereka terlibat kemalangan.

“Saya terkejut dan hampir rebah melihat keadaan kenderaan yang remuk teruk bagaimanapun perasaan itu agak reda apabila dimaklumkan kesemua mereka sudah dibawa ke hospital walaupun keadaan masing-masing dilaporkan cedera,” katanya ketika ditemui di lokasi kemalangan sebelum cucu kesayangan dilaporkan meninggal dunia.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Anuar Hassan berkata, pihaknya dari Balai Bomba Gebeng menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan itu kira-kira jam 10.07 pagi sebelum jentera tiba ke lokasi 20 minit kemudian.

Menurutnya, sejurus tiba di lokasi mendapati seorang pemandu wanita tersepit dalam kenderaannya manakala mangsa yang lain berjaya dikeluarkan  dengan bantuan orang ramai.

Ibu meninggal dunia selepas tiga hari kemalangan

Bayi maut nahas babitkan 3 kenderaan
Keadaan kenderaan yang remuk akibat terlibat dalam nahas tiga kenderaan di Balok Baru, pagi semalam.

KUANTAN - Ibu kepada bayi tujuh bulan yang maut akibat kemalangan libatkan tiga kenderaan di Jalan Pintasan Kuantan pagi kelmarin meninggal dunia ketika menerima rawatan awal pagi tadi.

Che Nor Hasanah Che Kamaruddin, 28, yang sebelum ini dilaporkan kritikal menghembuskan nafas terakhir jam 12.21 pagi di Wad Tanjung 4C HTAA.

Punca kematian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Jenazah mangsa dituntut keluarga untuk dikebumikan di kampung halamannya di Felda Cherul, Kemaman.

 [ARTIKEL BERKAITAN: Bayi maut nahas babitkan 3 kenderaan]

Polis tahan Papagomo Original di Perak

papagomo
Salinan perbualan kononnya melibatkan Khalid.

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Polis menahan individu yang menamakan dirinya di laman Facebook sebagai Papagomo Original di Perak hari ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid ‎Abu Bakar memaklumkan perkara itu menerusi Twitternya.

“Syabas JSJ D5 @PDRMsia berjaya tangkap Papagomo Original di Perak,” tulisnya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Senior Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata, suspek berusia 26 tahun itu ditahan di hadapan rumahnya oleh anggota dan pegawai D5 Bukit Aman kira-kira jam 11.20 pagi.

“Sebuah telefon bimbit turut dirampas dan suspek dikehendaki berkait rapat dengan kes hasutan bersangkut laporan Balai Polis Dang Wangi.

“Suspek ditahan di lokap Balai Polis perak Tengah dan akan diserahkan kepada pegawai Bukit Aman untuk siasatan lanjut,” katanya.

Menurutnya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1969.

Sebelum ini, tersebar paparan skrin didakwa perbualan antara pengendali Facebook itu dengan Khalid yang menunjukkan beliau meminta rasuah sebanyak RM20,000 bagi menyelesaikan kesnya selepas ditahan Selasa lalu kerana didakwa terlibat dalam insiden pergaduhan di Plaza Low Yat.

Namun perkara itu dinafikan Khalid dan siasatan dimulakan terhadap akaun Facebook 'Papagomo Original' yang didakwa memuat naik 'paparan skrin' yang didakwa sebagai perbualan antara beliau bersama pengendali.

Sebelum ini, seorang individu dikenali Papagomo atau nama sebenarnya, Wan Muhammad Azri Wan Deris dibebaskan dari tahanan polis pada Jumaat lalu.

Papagomo sebelum ini ditahan kerana didakwa memuat naik gambar seorang mangsa rompakan warga Melayu yang cedera, di media sosial dengan mendakwa bahawa ia sebagai mangsa pergaduhan di Plaza Low Yat.

Polis menahannya kerana didakwa tindakannya itu membangkitkan ketegangan kaum.

Juruteknik Telekom maut dalam kemalangan

Juruteknik Telekom maut dalam kemalangan
Penunggang motosikal maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabit dalam kemalangan di KM245.2 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) arah utara berhampiran kawasan rehat Seremban awal pagi tadi. - Foto Bernama

SEREMBAN - Seorang juruteknik Telekom maut selepas motosikal berkuasa tinggi yang ditunggangnya terbabas di KM245.2, Lebuh raya Utara-Selatan (Plus) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat Seremban, di sini, awal pagi tadi.
 
Jurucakap polis berkata dalam kejadian pada kira-kira 5.30 pagi itu, Muhammad Aidil Azri Talib, 34, beralamat dari Felda Redong, Segamat, Johor, meningggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala.
 
Katanya, siasatan awal mendapati mangsa yang menunggang motosikal Honda CB500X dipercayai dalam perjalanan dari Johor menuju ke tempat kerja di Cyberjaya.  Mayat mangsa dijumpai terbaring di lorong kecemasan oleh pengguna lebuh raya yang kemudiannya menghubungi pihak polis.
 
Menurut jurucakap itu, berdasarkan kerosakan pada motosikal, mangsa dipercayai melanggar sesuatu objek keras di atas lebuh raya itu, sebelum terjatuh.
 
Mayat dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) di sini untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarga.  
 
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Superintendan Abdul Rahim Daud ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu dan berkata, punca kejadian masih disiasat. - Bernama

Polis wanita cantik tewaskan peragut

Bandung: Dua polis wanita menerima pujian orang ramai selepas berjaya menangkap seorang lelaki yang meragut beg tangan seorang wanita di sini semalam.
Kejadian itu berlaku ketika dua anggota polis berkenaan, Ayu dan Dety meronda di satu kawasan perniagaan popular di bandar ini.
Ketua polis daerah Cimahi, Dedy Kusuma Bakti berkata, ketika meronda dua anggota polis itu ternampak seorang lelaki meragut beg tangan seorang wanita.
Katanya, Ayu dan Dety mengejar suspek sebelum menangkapnya.
“Ketika ditangkap suspek cuba melawan dan memukul anggota kami.
“Bagaimanapun, dua anggota kami yang mahir dengan seni bela diri Judo itu berjaya menumpaskan suspek,” katanya.
Menurutnya, beg tangan yang berisi komputer tablet turut ditemui dan dipulangkan semula kepada mangsa.
“Suspek ditahan dan akan didakwa di mahkamah kerana mencuri,” katanya.
Dua anggota polis berkenaan menerima pujian pengguna laman sosial di Indonesia selepas berita kejayaan mereka menangkap peragut itu disiarkan di internet.
Ramai pengguna laman sosial bukan sahaja memuji keberanian dua anggota polis berkenaan tetapi turut memuji wajah mereka yang cantik. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 Julai 2015 @ 8:48 AM


DETY (kiri) dan Ayu bersama peragut yang berjaya ditahan mereka.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/65204#sthash.TtK5BX23.dpuf

Doktor raba payudara pesakit kekal dipenjara

Singapura: Seorang doktor berusia 71 tahun kekal dihukum penjara 10 bulan atas kesalahan mencabul pesakitnya selepas Mahkamah Tinggi di sini semalam menolak rayuan lelaki itu.
Hukuman penjara terhadap Dr Winston Lee Siew Boon dikekalkan selepas hakim Mahkamah Tinggi, Chan Seng Onn mendapati keterangan mangsa konsisten dan wanita itu tiada motif untuk menipu.
Wanita itu menuduh Siew Boon meraba payudaranya dalam dua kejadian berasingan ketika mendapat rawatan kerana sakit perut dan dada pada 2011.
Mangsa membuat laporan polis selepas merujuk tindakan Siew Boon dengan seorang doktor wanita.
Seng Onn berkata, Siew Boon sangat licik kerana menggunakan profesion sebagai doktor untuk mencabul mangsa.
“Kamu mencabul kehormatan pesakit sebanyak dua kali ketika menjalankan tugas profesional dan mulia ini.
“Kamu jelas menyalahi kepercayaan yang diletakkan oleh pesakit terhadap kamu sebagai doktor,” katanya.
Bagaimanapun, mahkamah membenarkan hukuman penjara terhadap Siew Boon ditangguhkan sehingga 17 Ogos ini.
Siew Boon memohon penangguhan dengan alasan mahu memindahkan pesakitnya kepada doktor lain dan menguruskan kewangan untuk isterinya serta membuat pemeriksaan kesihatan. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 Julai 2015 @ 8:49 AM


SIEW Boon
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/65206#sthash.QaaulZQS.dpuf

Dua beradik mati ‘pertahankan’ yogurt

Colombo: Dua beradik mati selepas berlaku pergelutan dengan pekerja di sebuah hotel kerana secawan yogurt.
Dua lelaki berusia 26 dan 21 tahun itu dikatakan menikmati secawan yogurt selepas makan malam di sebuah hotel minggu lalu.
Pertengkaran tercetus selepas pekerja di hotel berkenaan meminta mereka membayar harga yogurt terbabit.
Mereka kemudian meninggalkan hotel terbabit, tetapi kembali dengan membawa parang dan menyerang pekerja hotel itu.
Malangnya, mereka diserang pula menggunakan senjata yang dibawa. Seorang daripada mereka mati di tempat kejadian, manakala seorang lagi di hospital.
Lima orang ditahan bagi membantu siasatan.
Sementara itu, pemilik hotel berkenaan memfailkan aduan terhadap dua beradik itu kerana menyerang pekerjanya. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 22 Julai 2015 @ 5:04 AM


- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/65325#sthash.oioLHrzl.dpuf

Wanita dirogol, dibunuh, dibakar

Agra: Seorang wanita kasta Dalit bukan sahaja dirogol beramai-ramai, malah dibunuh dan mayatnya dicincang serta dibakar sebelum ditemui suaminya.
Kejadian itu dipercayai dilakukan samseng yang mempunyai hubungan dengan ketua kampung berhampiran di tempat tinggal mangsa yang terletak 200 meter dari pondok polis.
Timbalan Ketua Polis Agra Lakshmi Singh berkata, kondom dan bahagian badan mangsa yang separa terbakar ditemui di tempat kejadian selepas dipercayai dituang minyak tanah.
Wanita malang dikenal pasti sebagai Hema berusia 40-an tinggal di kampung itu bersama suami dan anak perempuan mereka berusia 12 tahun selepas diupah menjadi penjaga bangunan yang turut dijadikan kediaman mereka sejak empat tahun lalu.
Mangsa sekeluarga pulang ke kampungnya di Jhansi hujung minggu lalu sebelum Hema kembali berseorangan diikuti suaminya, Sabtu lalu.
Suaminya Hemraj menemui mayatnya selepas terpaksa memanjat bumbung berikutan pintu rumah dikunci.
Dia yang terkejut berlari untuk membuat laporan polis, tetapi dihalang ketua kampung dan konconya yang terus menghimpunkan anggota badan Hema dan membakarnya sebelum mengusir Hemraj dan anaknya.
Sementara itu, Lakshmi berkata, kesan darah dapat dilihat bersepah menandakan mangsa bergelut dengan penyerangnya.
“Penemuan kondom juga menimbulkan syak mangsa dirogol sebelum dibunuh kejam,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 22 Julai 2015 @ 5:04 AM


- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/65326#sthash.armMMUC2.dpuf

Kritikan bawa maut

Bangkok: Seorang pemandu bas mengaku menembak mati penumpangnya selepas berang kerana lelaki itu sering mengkritik cara pemanduannya.
Sathit Jumthong, 40, menembak mati Sophon Jiarapakanont, 55, di dalam bas yang dipandunya pada 17 Julai lalu sebelum melarikan diri.
Lelaki itu akhirnya menyerah diri kepada polis semalam dan mengaku menembak mati Sophon kerana mangsa selalu mengkritik cara pemanduannya.
Saksi memberitahu polis, Sathit berjalan ke arah Sophon yang sedang tidur di tempat duduknya sebelum menembak mangsa dari jarak dekat.
Sathit kemudiannya meminta maaf kepada penumpang lain dan memberitahu tindakan itu bersifat peribadi sebelum dia melarikan diri dengan sebuah teksi.
Sophon mati di tempat kejadian akibat cedera parah selepas terkena tembakan di dada dan lehernya.
Sathit memberitahu polis, dia menembak Sophon kerana lelaki itu sering mengkritik cara pemanduannya setiap kali menaiki bas berkenaan.
“Sophon pernah menegur saya kerana membunyikan hon dengan kuat ketika bas melintasi seorang wanita.
“Dia juga menegur saya kerana membawa isteri dan anak saya di dalam bas,” katanya.
Katanya, lelaki itu turut menghinanya dan ibu bapanya menyebabkan dia hilang sabar.
Menurutnya, dia melarikan diri dengan bersembunyi di rumah saudaranya tetapi akhirnya menyerah diri kerana tertekan dan kehabisan wang.
Sathit ditahan untuk siasatan lanjut dan didakwa di mahkamah kerana membunuh.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 22 Julai 2015 @ 5:05 AM


SATHIT (duduk) ditenangkan polis dalam satu sidang akhbar semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/65332#sthash.o2akqP2d.dpuf

Juara dunia selamat serangan jerung



IMEJ menunjukkan Fanning diserang seekor jerung ketika saringan akhir acara Luncur Terbuka JBay di Teluk Jeffreys kelmarin. - AFP


SYDNEY – Juara luncur air dari Australia, Mick Fanning semalam menyifatkan kejayaannya menyelamatkan diri daripada serangan jerung sebagai satu keajaiban dan berikrar untuk kembali beraksi sambil memberi penghormatan kepada rakannya, Julian Wilson kerana segera menghulurkan bantuan.
Juara dunia berusia 34 tahun itu berjaya melawan seekor jerung besar ketika saringan akhir kejuaraan dunia di Teluk Jeffreys, dalam wilayah Cape Timur, Afrika Selatan pada Ahad lalu dalam siaran langsung yang ditayang di seluruh dunia.
Dia terselamat tanpa sebarang kecederaan selepas Wilson yang merupakan pesaing dan juga sahabat karibnya dari Australia pantas mendayung ke arah Fanning untuk membantu walaupun berdepan ancaman pemangsa daripada spesies jerung putih.
“Saya rasa ada seseorang sedang melindungi saya. Terselamat daripada serangan jerung tanpa sebarang kecederaan adalah benar-benar suatu keajaiban,” kata Fanning kepada sekumpulan pemberita selepas kembali ke Sydney bersama Wilson.
Ketika Fanning terjatuh daripada papan luncur dan terpaksa menumbuk jerung itu untuk menghalaunya, Wilson mendayung ke arahnya dalam tindakan berani yang mendorong negeri asalnya, Queensland mencalonkannya untuk anugerah keberanian.
“Lelaki ini datang membantu saya seperti seorang pahlawan,” kata Fanning mengenai Wilson dalam paparan di Instagram semalam selepas media-media sosial gempar dengan kejadian yang hampir menjadi tragedi itu.
Satu klip video kejadian itu yang dimuat naik di laman video Youtube mencatatkan 13.5 juta tontonan termasuk oleh bintang Hollywood seperti Charlize Theron dan Russell Crowe.
Spekulasi persaraan Fanning menular selepas dia menggambarkan tidak akan bertanding lagi sebaik sahaja kembali ke pantai pada Ahad lalu. Fanning mengakui sedang berdepan trauma dan mungkin mengambil masa berminggu atau beberapa bulan untuk pulih tetapi berjanji tetap akan kembali ber­aksi. ­ AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0722&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz3gZYyyuG9 
Hakcipta terpelihara 

Suami cemburu bunuh isteri



Di rumah inilah Suraiza (gambar kecil) ditemui mati dibunuh dipercayai oleh suaminya sendiri di Lorong Aminuddin Baki 2, Taman Tun Dr. Ismail malam kelmarin.


KUALA LUMPUR – Seorang juruaudit syarikat penerbangan tempatan­ ditemui mati akibat dipukul suaminya di rumah teres setingkat yang mereka sewa di Lorong Aminuddin Baki 2, Taman Tun Dr. Ismail di sini kelmarin.
Kejadian pukul 8 malam itu disedari oleh anak mangsa berusia 17 tahun sebaik pulang dari kampung.
Sebelum kejadian, suspek hanya berdua sahaja di rumah berkenaan manakala dua lagi anak mereka yang berusia belasan tahun pulang ke kampung untuk menyambut hari raya bersama ibu saudara mereka yang tidak dapat dipastikan lokasinya.
Ketua Polis Daerah Brickfeilds, Asisten Komisioner Sharul Othman Mansor berkata, susulan itu remaja berkenaan memaklumkan kepada ibu saudaranya sebelum wanita tersebut menghubungi polis.
Katanya, maklumat awal yang diperoleh mang­sa, Suraiza Hamzah, 46, dikatakan bergaduh dengan suaminya pada awal pagi sebelum berlaku pergelutan sehingga suspek bertindak memukul mang­sa menggunakan objek tumpul hingga mati.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0722&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz3gZVrR4E1 
Hakcipta terpelihara 

STING bongkar makmal dadah, rampas heroin 25kg


GEORGE TOWN 21 Julai - Dua lelaki ditahan manakala 25 kilogram dadah jenis heroin bernilai lebih RM500,000 dirampas dalam operasi Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) di dua buah rumah di Bayan Lepas, dekat sini hari ini.
Pasukan berkenaan berjaya membongkar sebuah makmal memproses heroin di sebuah rumah di Bayan Lepas kira-kira pukul 9 pagi sebelum menyerbu sebuah lagi rumah terletak di kawasan berhampiran.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam akaun twitternya mengucapkan tahniah kepada pasukan STING atas kejayaan itu.
Menurut sumber polis, kejayaan itu hasil risikan pasukan STING.
Dipercayai rumah kedua itu dijadikan stor menyimpan dadah sebelum ia diedarkan kepada rangkaian sindiket berkenaan, kata sumber itu.
Katanya, dua lelaki berusia 30-an yang bekerja sendiri itu kini ditahan bagi membantu siasatan menurut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. - BERNAMA
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/sting-bongkar-makmal-dadah-rampas-heroin-25kg-1.115446#sthash.0yQMXGsn.dpuf

Insiden Wangsa Walk: 10 lagi suspek ditahan reman


Keratan Utusan Malaysia semalam.
Keratan Utusan Malaysia semalam.
KUALA LUMPUR 21 Julai – Polis hari ini menahan 10 lagi suspek bagi membantu siasatan berhubung kes pergaduhan di pusat beli belah Wangsa Walk, Wangsa Maju di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintenden Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, pe­nangkapan terbaharu itu menjadikan jumlah yang ditahan setakat ini ialah 21 orang termasuk 11 orang yang ditahan semalam.
Katanya, semua suspek ber­umur antara 15 hingga 29 tahun itu direman sehingga Jumaat ini manakala beberapa suspek lagi sedang dikesan.
“Lima yang cedera dalam insiden itu dilaporkan dalam ke­adaan stabil dan hanya seorang masih dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana cedera parah akibat patah leher,” katanya di sini hari ini.
Menurut Mohamad Roy, pergaduhan di pusat beli-belah tersebut dipercayai berpunca daripada tindakan seorang individu yang cuba menghalang perhubungan adik perempuannya dengan seorang lelaki.
Semalam, polis menafikan pergaduhan antara dua kumpulan yang melibatkan seramai 40 lelaki di pusat beli-belah tersebut adalah pergaduhan kaum.
Kejadian kira-kira pukul 6.30 petang itu telah menjadi viral di laman sosial setelah dikongsi orang awam.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/insiden-wangsa-walk-10-lagi-suspek-ditahan-reman-1.115664#sthash.9urVXiY6.dpuf

Juruaudit mati dipercayai dipukul suami


KUALA LUMPUR 21 Julai - Seorang juruaudit syarikat penerbangan ditemukan maut di rumahnya selepas dipercayai dipukul oleh suaminya yang mengalami masalah mental di Taman Tun Dr. Ismail di sini kelmarin.
ARIFF HUZAYR MOHAMED NOR ARIF, 17, kelihatan sebak sewaktu menunggu di pekarangan rumah mayat PPUM bagi menuntut jenazah ibunya, Suraiza Hamzah yang mati dibunuh di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur, semalam. BERNAMA
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Shahrul Othman Mansor berkata, mangsa, Suraiza Hamzah, 46, dijumpai terbaring di ruang tamu oleh anak mangsa berusia 17 tahun semasa pulang ke rumah.
“Mangsa bekerja sebagai juruaudit sebuah syarikat penerbangan dikatakan bergaduh dengan suaminya sebelum kejadian.
“Motif pergaduhan disyaki akibat rasa cemburu suami mangsa yang mengesyaki wanita itu menjalinkan hubungan dengan lelaki lain.
“Laporan awal mendapati punca kematian disebabkan oleh kecederaan di bahagian kepala akibat hentakan objek tumpul,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Menurut Shahrul Othman, suspek juga dipercayai mempunyai masalah mental dan tidak mempunyai sebarang pekerjaan,
“Suspek telah ditahan oleh anggota peronda dari Balai Taman Tun Dr. Ismail selepas beberapa jam kejadian berlaku,” katanya.
Sementara itu, jiran mangsa, Ramli Ismail, 63, yang menetap di kawasan itu lebih lima tahun berkata, keluarga Allahyarham Suraiza, 46, jarang bergaul dengan masyarakat sekeliling.
“Kalau mereka ada di rumah pun cuma duduk di dalam rumah dan tidak keluar dan kalau keluar untuk kerja dan membeli-belah.
“Sejak kebelakangan ini, saya melihat hanya mangsa yang keluar untuk bekerja dan apabila bertanya mengenai suaminya dia berkata suaminya ada di dalam rumah,” katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/juruaudit-mati-dipercayai-dipukul-suami-1.115689#sthash.Wntbwb2k.dpuf

Pengarah syarikat direman 4 hari


KUALA LUMPUR, 21 Julai 2015 - Pengarah sebuah syarikat swasta
Pengarah sebuah syarikat swasta direman selama empat hari bermula semalam bagi membantu siasatan berhubung kes berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), di Istana Kehakiman Putrajaya, semalam. – UTUSAN/SHIDDIEQIINZON
PUTRAJAYA 21 Julai – Pengarah sebuah syarikat pembangunan hartanah direman selama empat hari bermula hari ini untuk membantu siasatan berhubung kes berkaitan 1Malaysia Development Bhd. (1MDB).
Lelaki tersebut adalah individu pertama yang diberkas pasukan petugas khas yang ditubuhkan untuk menyiasat pelbagai tuduhan melibatkan 1MDB.
Perintah reman ke atas lelaki berumur 39 tahun itu dikeluarkan Majistret Lau Eric di Mahkamah Majistret di sini hari ini.
Suspek ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, semalam sejurus melakukan urusan daftar masuk sebelum berlepas ke Taiwan atas urusan peribadi.
Suspek dipercayai diberkas selepas pihak berkuasa mendapati syarikat pembinaan yang disertainya mempunyai kaitan dengan SRC International Sdn. Bhd. yang sedang disiasat bersama dua syarikat lain iaitu Gandi­ngan Mentari Sdn. Bhd. dan Ihsan Perdana Sdn. Bhd. berhubung isu 1MDB.
Penahanan dilakukan berikutan siasatan ke atas dokumen-dokumen yang dirampas daripada SRC International Sdn. Bhd. dan suspek diyakini dapat membantu siasatan yang dijalankan.
Pasukan Petugas Khas yang ditubuhkan untuk menyiasat isu 1MDB dianggotai Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail; Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz; Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed.
Suspek direman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.
Di bawah seksyen tersebut, jika disabit kesalahan, pesalah boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 20 tahun dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi.
Dalam pada itu, peguam, Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili suspek menyuarakan rasa tidak puas hati kerana tidak diberitahu maklumat lanjut mengenai penahanan tersebut.
“Saya cuma diberitahu bahawa tahanan disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM tetapi tiada maklumat lanjut mengenai tempat dan masa dakwaan rasuah mengambil tempat.
“SPRM telah meminta tempoh reman selama tujuh hari untuk membolehkan siasatan dilakukan, tetapi majistret hanya bersetuju memberi empat hari,” katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/pengarah-syarikat-direman-4-hari-1.115701#sthash.mU11XpRP.dpuf

Rusia tentang tribunal nahas MH17


Penduduk Ukraine meletakkan kalungan bunga dan menyalakan lilin
Penduduk Ukraine meletakkan kalungan bunga dan menyalakan lilin di pekarangan Kedutaan Belanda di Kiev pada 17 Julai lalu bagi memperingati genap setahun nahas pesawat Mh17 di timur Ukraine. AFP
GENEVA 21 Julai – Rusia cuba mendesak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memainkan peranan dalam siasatan ke atas punca pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 ditembak jatuh di timur Ukraine pada tahun lepas, selepas menolak cadangan Malaysia, Australia, Belanda, Belgium dan Ukraine untuk menubuhkan satu tribunal tajaan PBB.
Negara-negara terbabit diketuai Belanda, menjalankan siasatan jenayah ke atas tragedi berkenaan dan mengedarkan draf resolusi kepada Majlis Keselamatan PBB pada awal bulan ini berhubung penubuhan tribunal untuk mendakwa dalang kes tersebut.
Bagaimanapun, Presiden Rusia, Vladimir Putin menyifatkan tindakan itu sebagai tidak berfaedah dan belum sampai waktunya.
Rusia kemudian mengedarkan draf resolusi PBB yang mendesak dalang tragedi itu dibawa ke muka pengadilan.
Draf resolusi Rusia itu meminta Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon melaporkan kepada Majlis Keselamatan PBB dalam tempoh dua minggu berhubung langkah yang akan meningkatkan peranan badan dunia itu dalam siasatan ke atas kes MH17 dan melantik utusan khas PBB berhubung tragedi berkenaan.
Draf itu juga melahirkan kebimbangan siasatan keselamatan yang dijalankan telah tertangguh dan tidak telus dalam pertubuhan itu dan pendekatan yang diambil, yang boleh memberi kesan negatif ke atas hasil siasatan.
Anggota Majlis Keselamatan PBB membincangkan kedua-dua draf resolusi itu, semalam.
Duta New Zealand ke PBB, Gerard van Bohemen yang mempengerusikan badan keselamatan itu pada bulan ini berkata, perbincangan yang diadakan bersifat positif tetapi menyatakan cabaran utama merupakan isu penubuhan tribunal tersebut.
“Terdapat sokongan kuat untuk menubuhkan satu tribunal. Sudah tentunya, Rusia mempunyai perspektif berbeza,’’ katanya kepada wartawan.
Duta Rusia ke PBB, Vitaly Churkin sebelum ini berkata, Moscow menentang penubuhan tribunal antarabangsa itu kerana ia tidak termaktub dalam Piagam PBB.
“Majlis Keselamatan PBB tidak sepatutnya menangani situasi seperti ini,’’ katanya.
Sementara itu, Duta Britain ke PBB, Matthew Rycroft berkata, pihaknya tidak menyokong draf Rusia.
Pesawat MH17 ditembak jatuh pada 17 Julai tahun lepas yang menyaksikan kesemua 298 penumpang dan anak kapalnya terbunuh. – Reuters
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/rusia-tentang-tribunal-nahas-mh17-1.115595#sthash.61hssqMf.dpuf