Search This Blog

Friday, July 17, 2015

Bas terbabas laluan bertentangan

Kuala Lumpur: Seorang lelaki parah manakala seorang lagi wanita cedera ringan selepas kenderaan yang dinaiki mereka dirempuh bas ekspress dalam kejadian berhampiran Plaza Tol Sungai Besi menghala ke Seremban, sebentar tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 4.20 petang itu, mangsa seorang lelaki berusia 20-an bersama beberapa ahli keluarganya menaiki kenderaan serbaguna (MPV) Toyota Estima sedang menuju ke arah Seremban.
Bagaimanapun, sebaik tiba dilokasi kejadian, sebuah bas ekspress yang sedang dalam perjalanan dari arah bertentangan menuju ke Kuala Lumpur tiba-tiba hilang kawalan dan melanggar sebuah lori dihadapannya.
Akibat daripada perlanggaran itu, bas terbabit kemudiannya terbabas dan memasuki jalan bertentangan sebelum merempuh kereta yang dinaiki mangsa.
Dua lagi kenderaan jenis BMW dan Perodua Kancil yang berada di lorong yang sama turut berlanggar dengan bas berkenaan tetapi pemandu dan penumpang kedua kenderaan itu tidak mengalami sebarang kecederaan.
Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Serdang Najilan Che Pa berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.33 petang dan mengerahkan dua jentera 12 anggota ke lokasi kejadian.
Menurutnya, sebaik tiba di tempat kejadian, mangsa tersepit di bahagian penumpang hadapan keretanya manakala seorang lagi wanita yang duduk di bahagian belakang turut mengalami kecederaan ringan.
"Mangsa berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba sebelum diserahkan kepada pasukan paramedik yang tiba dilokasi kejadian untuk rawatan awal.
"Mangsa dihantar ke Hospital Serdang menggunakan ambulan untuk mendapatan rawatan lanjut,"katanya ketika dihubungi, sebentar tadi.
Menurutnya, pemandu dan penumpang di dalam bas ekspress tidak mengalami sebarang kecederaan dan kemalangan menyebabkan kesesakan terus di jalan berkenaan.
Katanya, kenderaan yang terbabit berjaya dialihkan untuk melancarkan kesesakan dan operasi tamat pada jam 5.41 petang tadi.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 Julai 2015 @ 7:28 PM


FOTO ihsan Bomba
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/64586#sthash.wpGiBF0U.dpuf

Kedai emas rugi RM400,000

Kuala Lumpur: Sebuah kedai emas kerugian RM400,000 selepas disamun empat lelaki bersenjatakan pistol dan tukul besi dalam kejadian di Pasaraya Giant, Kelana Jaya, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 1 petang itu, dua pekerja yang berada dipremis berkenaan terkejut selepas didatangi oleh empat lelaki memakai helmet dan baju lengan panjang.
Salah seorang pekerja premis berkenaan yang enggan dikenali berkata, keempat-empat suspek tiba-tiba masuk ke kedai terbabit dan memecahkan cermin pameran emas.
Katanya, mereka tidak mampu melakukan apa-apa disebabkan takut dicederakan empat suspek terbabit yang turut membawa sepucuk pistol.
"Empat suspek yang bersenjatakan penukul besi dan sepucuk pistol bertindak memecahkan kaca tempat pameran barang kemas.
"Sebaik berjaya mengambil barangan kemas itu, mereka terus melarikan diri," katanya ketika ditemui, semalam.
Difahamkan, sebuah lagi cawangan kedai emas ini di Econsave, Cheras, pernah cuba dirompak kira-kira dua bulan lalu tetapi gagal selepas penggera keselamatan berbunyi.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 17 Julai 2015 @ 4:48 PM


KEDAI emas yang dirompak.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/64620#sthash.wr0TueXf.dpuf

Rakam seks dalam bilik salin pakaian

SATU video seks menunjukkan seorang lelaki berkaca mata dan seorang wanita melakukan seks di sebuah cawangan butik pakaian UNIQLO di Beijing yang menjadi viral, memberi tamparan hebat kepada usaha kerajaan China untuk menerapkan 'nilai penting sosialis'.
Filem satu minit yang bocor ke media sosial pada malam Selasa lalu, merebak pantas melalui WeChat dan Weibo (Twitter versi China).
Populariti video itu yang menarik sudah dilihat berjuta-juta orang serta rasa tidak senang Beijing menyebabkan syarikat Jepun yang memiliki UNIQLO terpaksa memberi tindak balas.
"Kami ingin mengingatkan orang ramai untuk mengutamakan akhlak sosial dan menggunakan bilik persalinan di premis dengan cara yang betul," kata kenyataan UNIQLO yang turut menafikan khabar angin bahawa ia menjadi dalangi video itu sebagai taktik pemasaran.
Beberapa pegawai kanan dua syarikat internet China daripada dipecat selain syarikat itu diberi amaran keras kerana membiarkan rakaman itu terlepas di internet.
"Video tidak senonoh ini merebak seperti virus dan bertentangan dengan nilai teras sosialis," kata Xu Feng, Pengarah Pentadbiran Siber China (CAC).
Polis kini sedang menyiasat siapa menghasilkan rakaman itu dan bagaimana ia muncul di internet. - The Guardian
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 Julai 2015 @ 4:41 PM


ORANG ramai bergambar di depan butik UNIQLO di Sanlitun, Beijing, selepas rakaman seks yang berlaku dalam butik itu menjadi viral di internet. FOTO ChinaFotoPress/Getty Images
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/64577#sthash.ZVODV2Le.dpuf

Ketua gerila disaman tembak jatuh MH17

PEMIMPIN gerila pemisah di timur Ukraine, Igor Girkin, secara rasmi dituduh semalam, mendalangi menembak jatuh pesawat Penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH17, pada Julai tahun lalu.
Satu writ difailkan di Chicago, Amerika Syarikat, mendakwa Girkin bertindak dengan restu Russia ketika anggotanya menembak jatuh pesawat Boeing 777 yang dalam perjalanan dari Amsterdotam ke Kuala Lumpur.
Kes ini dikemukakan bagi pihak keluarga 18 penumpang pesawat itu, termasuk enam rakyat Britain. Mereka menuntut AS$900 juta (R3.4 bilion).
Semua 298 orang termasuk anak kapal dalam pesawat itu terbunuh selepas ia terhempas dan berkecai akibat tembakan peluru berpandu di timur Ukraine.
Pada hari Boeing 777 itu ditembak, satu kenyataan menggunakan nama Igor Girkin mendakwa anggotanya menembak jatuh pesawat pengangkut tentera Ukraine di kawasan itu.
Dalam kenyataan di rangkaian sosial Russia, VKontakte, dia dilaporkan mendakwa pesawat itu ialah Antonov-26.
Namun kenyataan itu dipadam segera diganti dengan video menunjukkan kepulan asap bersama kata-kata: "Kami sudah memberi amaran kepada mereka supaya tidak terbang di langit kami."
The Telegraph melaporkan dalam writ saman itu yang difailkan di Chicago, mendakwa Girkin mendapat restu kerajaan Russia untuk menembak MH17 dan "mengarah, dibantu dan / atau bersubahat dengan tindakan ini dan / atau bersekongkol dengan orang-orang yang melepaskan tembakan peluru berpandu".
Peguam yang mengendalikan kes itu, Floyd Wisner, berkata ia "bukan mengenai wang" tetapi berusaha mendapatkan jawapan daripada Girkin dan memberi tekanan kepada Rusia bekerjasama dengan siasatan antarabangsa.
Dikenali dengan nama gerila sebagai Strelkov yang bermaksud "penembak", Girkin adalah warganegara Russia dengan latar belakang ketenteraan termasuk pernah berkhidmat di Chechnya dan Serbia. - The Independent
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 Julai 2015 @ 5:18 PM


KETUA gerila pemisah, Igor Girkin. FOTO The Telegraph
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/64581#sthash.Xt8HJ9Ff.dpuf

Telefon mangsa rakam muka pencuri

Los Angeles: Polis Los Angeles sedang mengesan pencuri yang sengaja merakam selfie dirinya menggunakan iPhone mangsa ketika memecah masuk sebuah rumah, Sabtu lau.
Polis percaya lelaki itu mengambil telefon berkenaan selepas memasuki rumah melalui pintu tidak berkunci tetapi tidak menyedari dia mengaktifkan telefon itu yang merakam gambar mukanya.
Seorang wanita dan dua budak perempuan berusia 15 tahun berada dalam rumah berrkenaan ketika kejadian.
Pemilik telefon berkenaan kemudian mengakses telefonnya melalui internet dan berjaya memperolehi video yang merakam lelaki berkenaan. - AP
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 17 Julai 2015 @ 4:58 PM


Wajah lelaki yang memecah masuk sebuah rumah dan wajahnya terakam dalam aplikasi telefon. - Foto Polis Los Angeles/AP
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/64624#sthash.pUVovYaT.dpuf