Search This Blog

Wednesday, July 15, 2015

30 wanita Indonesia dan Kemboja diselamatkan

Melaka: Jabatan Imigresen Melaka menyelamatkan 30 wanita warga Indonesia dan Kemboja yang dipercayai mangsa pemerdagangan manusia di dua rumah teres dua tingkat, di Taman Merbok, Bukit Katil, di sini, malam tadi.
Timbalan Pengarah Jabatan Imigresen Melaka Abu Bakar Sidek Hasan berkata, semua wanita terbabit diselamatkan pada 10 malam, susulan laporan polis yang dibuat seorang mangsa yang berjaya melarikan diri.
“Semua wanita yang diselamatkan terdiri daripada 27 warga Indonesia dan tiga Kemboja.
"Kita dimaklumkan oleh pihak polis dari Balai Ayer Keroh pada jam 8.30 malam selepas seorang wanita warga Indonesia tampil membuat laporan dan segera ke tempat semua wanita itu dikurung," katanya.
Beliau berkata, ketika operasi menyelamat dilakukan, kedua-dua rumah teres terbabit berkunci dan tiada ruang untuk mangsa pemerdagangan melarikan diri.
Dalam operasi itu juga, dua wanita berusia 20-an yang menjadi penjaga setiap rumah terbabit ditahan dan kedua-duanya akan disiasat mengikut peruntukan undang-undang di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 Julai 2015 @ 2:33 PM


Sebahagian wanita yang diselamatkan. FOTO ihsan Jabatan Imigresen Melaka
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/64413#sthash.sECUqtbD.dpuf

Khalid bidas Mohd Khairul Azam

 Fardy Bungga

am@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar membidas kenyataan Mohd Khairul Azam Abdul Aziz, peguam kepada Shahrul Anwar Abd Azizi, 22, yang mendakwa beliau berbohong dan tidak menceritakan kejadian sebenar kepada media.

Katanya, itu adalah tindakan kurang bijak daripada peguam berkenaan dan mungkin juga mempunyai niat tidak baik dengan mengambarkan semua polis sebagai salah.

"Orang yang kena tangkap, memang selalu bercakap apa saja untuk melepaskan diri mereka.

"Tambahan lagi kenapa perlu percaya orang yang dituduh, lebih-lebih lagi dia turut didapati positif dadah,"katanya.

Sebelum ini, peguam berkenaan mendakwa, Khalid membuat kenyataan mengelirukan orang awam dan mengeluarkan kenyataan yang tidak benar.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 Julai 2015 @ 12:40 PM
DISYORKAN
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/64410#sthash.p2fMFjds.dpuf

Kereta rosak, beruang mati

Dungun: Perodua Myvi rosak teruk selepas melanggar beruang matahari yang melintas di Kilometer 362.5 Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2), di sini, 8.15 malam tadi.
Bagaimanapun, pemandunya, Mohammad Izuan Ismail, 23, tidak cedera, namun beruang terbabit mati.
Mohammad Izuan dalam perjalanan dari Kuantan, Pahang untuk pulang ke kampungnya di Kota Bharu, Kelantan.
Dia kemudiannya membuat laporan polis mengenai kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun.
Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Terengganu Yusoff Syariff berkata, ia kemalangan kedua membabitkan haiwan itu dilaporkan berlaku selepas kejadian pertama pada Mei lalu di kawasan sama.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 Julai 2015 @ 2:51 PM


Kereta yang rosak dan beruang yang mati. FOTO ihsan pembaca
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/64419#sthash.l9ykEAvv.dpuf

Pelatih IKBN maut motosikal bergesel lori

Bidor: Seorang pelatih Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) maut manakala rakannya cedera parah selepas motosikal yang mereka naiki bergesel dengan sebuah lori tiga tan di Kilometer 3, Jalan Bidor-Teluk Intan di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 9.30 malam, mangsa, Mohamad Samsuri Japri, 22, yang juga penunggang bersama rakannya, S Moorthy, 27, dalam perjalanan menuju ke Teluk Intan dipercayai terjatuh sebelum terseret atas jalan.
Ketua Polis Daerah Tapah Superintendan Som Sak Din Keliaw berkata, siasatan awal mendapati sebuah lori jenis Daihatsu membawa muatan kelapa sawit dalam perjalanan dari Teluk Intan menuju sebuah kilang di Tapah gagal mengelak lalu bergesel dengan motosikal mangsa dari arah bertentangan.
“Akibat pergeselan itu, penunggang dan pembonceng motosikal terjatuh dan mengalami cedera parah.
“Pemandu lori cuba memberhentikan lori di tepi jalan untuk memberi bantuan, namun melarikan diri selepas diancam orang awam sehingga lorinya dibakar oleh orang awam yang berhenti di tempat kejadian,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 Julai 2015 @ 5:06 AM


KEADAAN lori yang dibakar orang ramai.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/64368#sthash.GpSwKLa3.dpuf

Berhenti mengejut

Juru: Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya terbabit dalam nahas tiga kenderaan di Kilometer 148.2, Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Juru di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 10 pagi itu, mangsa, Mohd Redzuan Ab Rahim, 33, yang memandu Perodua Viva maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di muka dan dada manakala pemandu lori dan sebuah lagi kereta tidak mengalami sebarang kecederaan.
Menurut saksi yang enggan dikenali kemalangan berlaku di lorong kanan dan semua kenderaan dari arah sama iaitu dari selatan menuju utara.
“Kemalangan berpunca akibat lori dipandu lelaki berusia 42 tahun berhenti secara mengejut menyebabkan wanita yang memandu Toyota Camry yang berada di belakangnya turut berhenti mengejut.
“Pemandu Perodua Viva itu yang dalam keadaan laju gagal mengelak lalu melanggar belakang Toyota Camry itu,” katanya.
Mayat mangsa dikeluarkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang tiba di tempat kejadian sebelum diserahkan kepada polis dan dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk bedah siasat.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisioner Rusli Mohd Noor mengesahkan menerima laporan kemalangan berkenaan.
Beliau berkata, pemandu Perodua Viva yang berasal dari Kampung Pantai Cicar, Kuala Ketil, Kedah gagal mengelak kenderaan di hadapannya yang berhenti mengejut menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah di muka serta dada dan meninggal dunia di tempat kejadian.
Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil bagi membantu siasatan.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 Julai 2015 @ 5:03 AM


KEADAAN Perodua Viva yang dipandu mangsa.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/64339#sthash.3ddUZ7mf.dpuf

Chef Eramin 5

Kuala Lumpur: Lima ‘tukang masak’ Taiwan didatangkan khas ke negara ini oleh sindiket dadah tempatan khusus untuk mengadun dan memasak dadah Eramin 5.
Difahamkan lima chef dadah itu menjadikan sebuah rumah kedai di Pandan Indah, Ampang, sebagai makmal untuk memasak dadah berkenaan sejak sebulan lalu.
Kegiatan jenayah itu bagaimanapun berjaya dilumpuhkan selepas sepasukan anggota Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) Bukit Aman menyerbu premis itu, jam 6 petang kelmarin.
Sumber polis berkata, lapan suspek termasuk lima lelaki warga Taiwan itu berjaya ditahan ketika sedang memproses dadah Eramin 5.
“Polis turut merampas semua dadah dianggarkan seberat 137 kilogram.
“Difahamkan semua suspek berusia 20 hingga 30-an pakar dalam ‘memasak’ dadah dan semua dadah itu dijual untuk pasaran tempatan,” katanya.
Sumber itu memberitahu, susulan penahanan lapan suspek terbabit, STING kemudian menahan seorang lagi lelaki warga tempatan di pintu masuk kondominium mewah di Kampung Baru, di sini.
“Suspek berusia 32 tahun ditahan ketika sedang memandu kenderaan model Toyota Alphard. Hasil pemeriksaan dilakukan di belakang keretanya menemui 10 kotak mengandungi pil Eramin 5.
“Polis kemudian memeriksa kediaman suspek sebelum menemui 16 bungkusan yang mengandungi serbuk kuning dipercayai dadah,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi akaun Twitternya berkata, pihaknya berjaya merampas lebih 207,000 pil Eramin 5 di Kampung Baru.
“Syabas lagi STING @PDRMsia dalam tindakan susulan, rampas lebih 207,000 pil Eramin 5 lagi di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Go PDRM Go,” katanya.
Difahamkan, sidang media akan dilakukan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff berhubung kejayaan itu, hari ini.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 Julai 2015 @ 5:07 AM


RUMAH kedai yang dijadikan makmal memasak dadah.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/64372#sthash.Awz3eiH5.dpuf

Suspek kes ragut diburu


Ampang: Polis giat mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung kejadian ragut sehingga menyebabkan kematian pengusaha restoran kelmarin.

Menurut kenyataan dikeluarkan dalam laman Facebook (FB) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, lelaki berusia lingkungan 20-an itu disyaki suspek kejadian ragut yang berlaku di hadapan stesen minyak di Hulu Kelang, Ampang Jaya.

Sehubungan itu, polis meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengetahui lokasi suspek supaya menghubung Pegawai Penyiasat Jenayah IPD Ampang Jaya Asisten Superintendan P Jaswant Singh di talian 03-42897222.

Orang ramai boleh menghubungi Pusat Kawalan atau Hotline di talian 03-42524866 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Dalam kejadian jam 5 petang kelmarin, Salimah Salim, 47 dan anaknya, Ihamavantisa Solihin, 27, yang menunggang skuter diragut dua lelaki bermotosikal berhampiran stesen minyak di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) dari Taman Melawati ke Ampang, di sini.

Salimah dilaporkan maut di lokasi kejadian manakala Ihamavantisa parah selepas motosikal dinaiki mereka terbabas dan terjatuh ke dalam longkang.

Penjenayah bagaimanapun sempat melarikan diri selepas gagal meragut barang kemas milik mangsa.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 Julai 2015 @ 5:07 AM
DISYORKAN
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/64374#sthash.88CStYJ6.dpuf

Suara halus atas kerusi

Marang: Tangisan seorang bayi menyelamatkannya daripada terus terbiar apabila dia ditemui seorang pelajar lelaki di atas sebuah kerusi rehat di Taman Alur Pak Bang, di sini, semalam.
Bayi perempuan terbabit ditemui pada jam 1.30 petang oleh pelajar lelaki berusia 16 tahun itu selepas mendengar tangisannya.
Pemangku Ketua Polis Daerah Marang Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, ketika kejadian pelajar berkenaan bersama rakannya berusia 15 tahun sedang duduk di sebuah wakaf berhampiran sebelum terdengar bunyi tangisan.
“Pelajar terbabit yang curiga mendengar tangisan itu segera membuat pemeriksaan dan menemui bayi perempuan terbabit di atas sebuah kerusi dengan dibaluti tuala,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Mohd Adli berkata, pelajar berkenaan kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marang sementara rakannya pula menunggu bayi terbabit.
Katanya, bayi perempuan itu kini berada di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu untuk tindakan lanjut.
“Siasatan sedang dijalankan termasuk mengesan ibu mangsa. Kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-kanak 2001 dan Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.
“Polis turut memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian terbabit untuk menghubungi balai polis berhampiran bagi mengesan ibu bayi berkenaan,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 Julai 2015 @ 5:16 AM


BAYI perempuan yang ditemui di Taman Alur Pak Bang.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/64392#sthash.xvB2c0vI.dpuf

Rebecca ‘naik hantu’

Ampang: Seorang wanita membuat laporan polis mendakwa dipukul bekas majikannya yang juga seorang pelakon wanita, Rebecca Nur Al-Islam selepas menyerahkan surat berhenti kerja di syarikat miliknya.
Dalam kejadian pada jam 2.15 petang, Khamis lalu, wanita berumur 25 tahun itu dikatakan pergi ke rumah pelakon terbabit di Ukay Perdana, di sini, untuk menyerahkan surat berhenti kerja dan memulangkan barang syarikat.
Sumber memberitahu Harian Metro, pekerja itu mendakwa pelakon itu tiba-tiba ‘naik angin’ dan bercakap kasar dengannya.
Menurutnya, tindakan itu juga dibalas dengan bahasa kasar oleh wanita terbabit sebelum dia mendakwa dipukul dengan menggunakan tangan.
“Bekas majikannya didakwa memukul menggunakan tangan di bahagian muka dan bahu wanita itu sehingga mengakibatkan bengkak di muka dan bibir. Pekerja itu kemudian bertindak membuat laporan polis.
“Anggota polis kemudiannya pergi ke lokasi kejadian namun pelakon terbabit tiada di rumah semasa siasatan dilakukan,” katanya.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Ampang Asisten Komisioner Khairuldin Saad berkata, pihaknya sudah menerima laporan polis daripada kedua-dua pihak.
“Kita sudah menerima laporan mengenai insiden itu daripada wanita yang juga bekas pekerja dan artis terbabit.
“Bagaimanapun polis sedang menjalankan siasatan lanjut terhadap kes berkenaan. Polis akan panggil kedua-dua pihak untuk diambil keterangan sebelum tindakan lanjut diambil,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, di sini, semalam.
Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan memperuntukkan penjara sehingga setahun atau denda tidak sampai RM2,000 atau kedua-dua sekali dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan iaitu penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-dua sekali.
Dalam pada itu, usaha wartawan untuk mendapatkan maklum balas Rebecca Nur Al-Islam menerusi panggilan telefon dan aplikasi Whatsapp sejak semalam gagal.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 Julai 2015 @ 5:12 AM


REBECCA
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/64389#sthash.L0rUpBPw.dpuf

24 terkorban saban hari

Kuala Lumpur: Purata 24 kematian setiap hari dicatatkan sejak Op Selamat 7/2015 dilancarkan Jumaat lalu, sekali gus merekodkan peningkatan berbanding tahun lalu.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, angka itu menunjukkan peningkatan sebanyak 37.7 peratus berbanding tempoh sama pada 2014.
“Ini adalah berita dukacita, sehingga hari ini (semalam) iaitu hari keempat Op Selamat dijalankan, sebanyak 95 kematian dicatatkan.
“Pada tempoh sama tahun lalu, sebanyak 69 kematian akibat kemalangan jalan raya direkodkan,” katanya pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan Polis di Mes Pegawai di Bukit Aman, di sini, semalam.
Pada majlis berkenaan, seramai 23 pegawai kanan menerima pemakaian pangkat masing-masing membabitkan lima pegawai dinaikkan pangkat kepada senior asisten komisioner (SAC), 17 pegawai ke asisten komisioner (ACP) dan seorang ke Superintendan.
Khalid berkata, pihaknya mempertingkatkan penguatkuasaan di lokasi yang sering berlaku kemalangan maut.
“Kita menempatkan pegawai dan anggota di kawasan yang sering berlaku kemalangan jalan raya bagi mengurangkan kadar kemalangan.
“Saya ingin mengingatkan orang ramai supaya sentiasa peka dan berhati-hati di jalan raya bagi mengelakkan angka kemalangan terus meningkat,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 Julai 2015 @ 5:08 AM


Khalid (dua kanan) dan timbalannya, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim (kanan) beramah mesra bersama pegawai yang menerima kenaikan pangkat.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/64383#sthash.gl1j2jHf.dpuf

Sondol tak henti

Pasir Mas: Seorang warga emas maut manakala sembilan lagi cedera termasuk seorang ibu yang mengandung dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di hadapan Masjid Kampung Kasa, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 1.50 petang, mangsa, Ramli Salleh, 66, meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah.
Sembilan lagi mangsa berusia antara lima dan 27 tahun hanya cedera ringan dan menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Pasir Mas, di sini.
Kemalangan membabitkan lima kenderaan iaitu kereta jenis Proton Saga, Perodua Kenari, Mitsubishi Pajero dan Perodua Viva serta sebuah motosikal jenis Honda EX5.
Pemangku Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Mas El Taraff Mohd Zachariah berkata, kejadian dipercayai berlaku selepas Ramli yang menaiki kenderaan jenis Proton Saga dari arah Tendong, di sini, terbabas sebelum melanggar Perodua Kenari dari arah bertentangan.
Katanya, akibat pertembungan itu, kenderaan lain yang berada di belakang Proton Saga tidak sempat mengelak sebelum masing-masing turut terbabit dalam kemalangan berkenaan.
“Sejurus mendapat panggilan, lima anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati pemandu Proton Saga maut dipercayai akibat patah tulang rusuk.
“Keadaan agak sesak apabila kemalangan itu membabitkan 10 mangsa menyebabkan bomba memerlukan lebih masa untuk mengenal pasti mangsa terbabit,” katanya.
Menurutnya, mangsa yang maut dibawa ke Hospital Pasir Mas untuk dibedah siasat manakala sembilan mangsa yang cedera dihantar ke hospital sama.
“Disebabkan mangsa terlalu ramai, tiga ambulans terpaksa digunakan untuk mengangkut mangsa ke hospital.
“Semua mangsa yang cedera dilaporkan stabil,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 Julai 2015 @ 5:17 AM


KEADAAN kenderaan remuk di lokasi kejadian. Ramli (gambar kecil).
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/64394#sthash.TJ4tvuHL.dpuf

Bayar ganti rugi kepada pencuri

Beijing: Bakal pencuri tidak dihukum sebaliknya mangsa diarah membayar ganti rugi kepada lelaki itu kerana memukul bakal pencuri terbabit.
Mahkamah China semalam, mengarahkan seorang lelaki membayar 70,000 yuan (RM40,000) kepada lelaki yang mahu merompaknya serta memukul perompak itu.
Menurut akhbar Global Times, selain denda itu, mahkamah turut menjatuhkan hukuman dalam pemerhatian selama tiga bulan kepada mangsa yang dikenalio sebagai Yuan.
Dalam kejadian dia Dongguan Februari lalu, bakal perompak itu, Zeng, cuba mencuri telefon bimbit Yuan tetapi gagal dan mangsa serta dua lagi lelaki mengejarnya. Mereka menangkap Zhen dan membelasahnya
Zeng kemudian membuat laporan kepada polis seharian kemudian dan Yuan serta dua lagi lelaki menyerah diri.
Yuan serta dua lelaki itu dianggap melakukan jenayah menyerang kerana tidak melaporkan cubaan merompak terhadapnya sebelum bertindak sendiri membelasah perompak itu. - AFP
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 Julai 2015 @ 5:36 PM


Kerajaan China kini menekankan usaha memperbaiki undang-undang. - Foto AFP (fail).
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/64438#sthash.LAAFVtO9.dpuf

Bunuh enam sekeluarga dituduh sihir

Bhubaneswar, India: Polis menahan sembilan orang di timur India kerana membelasah hingga mati enam orang dari satu keluarga yang dituduh mengamalkan sihir serta menjadi punca kanak-kanak di kampung itu sakit.
Menurut polis, pasangan suami isteri dan anak mereka sedang tidur dalam rumah lumpur di daerah Keonjhar Orissa apabila perusuh bersenjatakan kapak dan menyerang mereka awal pagi Isnin lalu. Dua kanak-kanak terselamat dan kini sedang dirawat di hospital.
Ketua Polis Orissa, Sanjeev Marik, berkata dua daripada sembilan orang yang ditahan itu adalah saudara-mara mangsa yang menuduh pasangan suami isteri itu menjadi punca kekerapan penyakit dalam kalangan bayi di kampung itu.
"Ia perbuatan kejam akibat tidak memahami kepercayaan orang lain.” katanya.
Marik berkata sembilan orang didakwa atas tuduhan membunuh serta kesalahan lain.
Dalam kejadian berasingan, seorang lelaki dipukul hingga mati dan mayatnya dibakar perusuh minggu lalu, juga kerana didakwa mengamalkan sihir di daerah itu dan polis menahan 10 orang. - Thomson Reuters Foundation
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 Julai 2015 @ 9:25 PM


Rumah pasangan suami isteri dan empat anak mereka yang masih kecil dibunuh perusuh kerana mendakwa keluarga itu mengamalkan sihir. Foto indianexpress.com
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/64444#sthash.KfwsUKp7.dpuf

Tikus cetus panik dalam masjid

Rabat: Seekor tikus mencetuskan panik dan huru-hara dalam sebuah masjid di Casablanca menyebabkan lebih 80 orang, kebanyakannya wanita, cedera.
Agensi berita Maghribi, MAP, melaporkan kejadian itu berlaku di Masjid Hassan II di sini, yang sesak ketika solat Tarawih semalam.
Seramai 81 orang, kebanyakannya wanita, cedera ringan, termasuk patah tulang atau pengsan.
Panik tercetus selepas seorang wanita yang terkejut dengan kehadiran tikus menyebabkan ramai jemaah wanita lain turut terkejut dan menjerit.
Antara yang cedera ialah seorang wanita hamil yang patah kaki. - AFP
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 Julai 2015 @ 9:26 PM


Anggota paramedik berusaha merawat mereka yang cedera. Foto Morocco World News
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/64446#sthash.3CE4qtT8.dpuf

Polis Marin Rampas 10 Ekor Lembu Bernilai RM100,000


Diterbitkan: Rabu, 15 Julai 2015 6:34 PM
- Gambar hiasan

TUMPAT: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga Pengkalan Kubor merampas 10 ekor lembu jantan jenis 'Limousin' bernilai kira-kira RM100,000 yang cuba diseludup masuk ke negara ini dalam serbuan di Kampung Atas Kok, Simpangan di sini, awal pagi Rabu.

Pegawai Pemerintahnya ASP Mohd Nawi Yunus berkata serbuan itu dilakukan selepas menjalankan intipan lebih dua jam hasil maklumat yang disalurkan Unit Risikan Marin.

"Beberapa anggota yang menjalankan intipan telah ternampak beberapa lelaki sedang menarik sebelum menambat beberapa ekor lembu di sebelah jalan raya Kampung Simpangan ke kawasan bendang di kawasan berkenaan.

"Bagaimanapun, lelaki berkenaan berjaya melarikan diri sejurus menyedari kehadiran anggota polis," katanya dalam sidang akhbar di Pangkalan PPM Wilayah Tiga Pengkalan Kubor di sini, Rabu.

Mohd Nawi berkata beliau percaya lembu berkenaan dibawa masuk dari negara jiran bagi memenuhi permintaan ketika musim perayaan Aidilfitri ini.

"Kes akan dirujuk ke Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Wang Kelian Hampir Lumpuh, Peniaga Rayu 'Kebebasan' Dikembalikan


Diterbitkan: Rabu, 15 Julai 2015 12:34 PM

SATUN (Selatan Thailand): Wang Kelian yang dikejutkan dengan penemuan 106 rangka manusia mangsa sindiket pemerdagangan manusia baru-baru ini, hampir lumpuh sejak kemudahan pergerakan bebas ke pasar sempadan itu dibatalkan 1 April lepas.
Sebelum kemudahan bergerak sehingga satu kilometer ke Wang Prachan di selatan Thailand dan Wang Kelian (Perlis, Malaysia) tanpa dokumen ditarik balik atas alasan keselamatan pada Jumaat, Sabtu dan Ahad, kedua-dua pekan itu sangat makmur.
Ribuan orang dari Malaysia dan Thailand datang membeli-belah di Wang Kelian dan Wang Prachan pada hari-hari tersebut namun suasana sekarang suram sekali.
Tinjauan Bernama mendapati lebih satu pertiga daripada kira-kira 200 peniaga di Wang Kelian telah menutup perniagaan dan terbaru bekalan air dan elektrik di Arked Jabatan Hutan Wang Kelian dipotong kerana tiada penyewa.
Pegawai Daerah Khuan Don (merangkumi Wang Prachan) dalam Wilayah Satun, Pisan Aweve berpendapat tindakan kerajaan Malaysia membatalkan kelonggaran itu menjejaskan perniagaan dan ekonomi rakyat khususnya penduduk di sempadan.
"Rekod kita menunjukkan kemudahan ini tidak menjejaskan keselamatan atau diambil kesempatan oleh penjenayah sebagai laluan mudah untuk keluar masuk bagi tujuan penyeludupan.
"Pihak berkuasa kedua-dua negara membuat pengawasan yang baik. Lagi pula di sebelah Malaysia ada sekatan Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) 1.5 kilometer dari pintu sempadan," kata Pisan kepada Bernama semasa ditemui baru-baru ini.
Beliau menjelaskan pihak berkuasa Thailand sentiasa memberi kerjasama dengan Malaysia dalam usaha membanteras jenayah terutama penyeludupan dadah, senjata api atau pemerdagangan manusia melalui sempadan Malaysia/Thailand.
Ketua Kastam Wang Prachan, K. Satrawaha berkata kehadiran rakyat Malaysia mahupun Thailand untuk berbelanja pada tiga hari tersebut sebelum 1 April lepas merosot mendadak.
"Saya simpati nasib peniaga di sini (Wang Prachan) dan juga peniaga di Wang Kelian. Pendapatan mereka terjejas teruk," katanya yang turut berharap kerajaan Malaysia mengubah pendirian bagi memulihkan ekonomi rakyat.
Komander Infantri Kelima Pasukan Khas Thailand, Kolonel Paisan Nhusang yang ditemui berkata pasukan itu yang menjaga keselamatan sempadan dari Wang Kelian ke Padang Besar berpendapat kelonggaran pergerakan bebas pada Jumaat, Sabtu dan Ahad tidak menyebabkan aktiviti jenayah meningkat atau dijadikan laluan oleh penjenayah.
Katanya beberapa tangkapan membabitkan penyeludupan senjata api dan dadah yang dibuat setakat tahun ini adalah melalui jalan haram atau lebih dikenali lorong tikus.
Seorang peniaga buah di Wang Prachan yang hanya mahu dipanggil Kak Ani, 54,  berkata jualannya merosot hampir 80 peratus sejak pergerakan bebas dibatalkan.
"Biasanya pada Sabtu dan Ahad paling ramai dikunjungi. Jualan sangat memuaskan namun saya terpaksa meneruskan perniagaan di sini kerana tiada tempat lagi untuk berniaga," katanya yang kelihatan kurang ceria.
Seorang pengusaha kedai runcit tempatan di Wang Kelian yang mahu dikenali  Don, 35, berkata biasanya jualan pada setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad mencecah RM3,000 tetapi selepas 1 April lepas purata jualan RM300 sahaja.
"Keuntungan yang diperolehi kadang-kadang tidak cukup untuk membayar gaji empat pembantu saya. Ramai perniaga di sini sudah gulung tikar," katanya sambil merayu kerajaan membenarkan semula pergerakan bebas tersebut.
Pengerusi Jawankuasa Pertanian Perlis yang turut bertanggungjawab mengenai keselamatan sempadan dan hubungan dua hala dengan Thailand, Ahmad Bakri Ali berkata kemasukan rakyat Thailand yang berbelanja di Wang Kelian tidak sampai 2,000 orang sebulan selepas 1 April lepas berbanding lebih 50,000 sebelum itu.
"Perkembangan ini dirasai oleh peniaga selain merugikan negara dari segi tukaran mata wang kerana rakyat Thai paling ramai berbelanja di Wang Kelian berbanding rakyat Malaysia yang membeli-belah di Wang Prachan," katanya.
Menurut Ahmad Bakri, pihak kerajaan negeri telah menulis surat dengan memberikan alasan munasabah kepada Kementerian Dalam Negeri memohon supaya mempertimbang semula keputusan pembatalan kemudahan pergerakan bebas itu.
"Inilah satu-satunya kemudahan yang diberikan kepada rakyat kedua-dua negara kerana di Padang Besar kemudahan seumpama ini tidak diberikan," tambahnya.
Jabatan Imigresen menarik balik kemudahan itu pada 1 April lalu menyebabkan para penduduk kedua-kedua negara tidak lagi bebas untuk bergerak melepasi sempadan antarabangsa itu untuk membeli-belah sama ada di Wang Kelian (Perlis) atau Wang Prachan yang terletak di sebelah Thailand.
Sempadan itu menikmati kemudahan berkenaan sejak 1993 dan kemudian ditarik balik pada 1 Feb 2008 atas faktor keselamatan sebelum kelonggaran itu diberikan semula mulai 4 Dis tahun yang sama.

Wanita Halang Bomba Selamatkan Anak Kerana Sayangkan Kereta


Diterbitkan: Rabu, 15 Julai 2015 2:59 PM

SINGAPURA: Seorang wanita di China mendapat kecaman di media sosial selepas dia menghalang usaha pasukan bomba untuk memecahkan tingkap kereta mewahnya bagi menyelamatkan anaknya berusia tiga tahun yang terperangkap di dalamnya.
Media dari China, CCTV melaporkan insiden itu berlaku di bandar Yiwu di wilayah Zhejiang pada Sabtu lalu sehingga mencetuskan kemarahan orang ramai di media sosial.
Orang ramai berkumpul di tempat kejadian selepas mendengar tangisan kanak-kanak itu yang berada di dalam BMW bagi meminta pertolongan, tetapi tindakan ibunya yang tidak mempedulikan keadaan anaknya itu sambil berdiri di luar kereta mengejutkan banyak pihak.
Keadaan kanak-kanak itu yang cuba membuka tingkap kereta gagal menyebabkan pasukan bomba bertindak untuk memecahkan tingkap tersebut.
Bagaimanapun, tindakan itu dihalang oleh ibu kanak-kanak itu.
Seorang saksi berkata, ibu kanak-kanak tersebut berkeras supaya menunggu tukang kunci untuk datang membuka pintu kereta itu kerana tidak mahu kereta berkenaan dirosakkan.
Bagaimanapun, arahan wanita itu tidak dipedulikan dan pasukan bomba bertindak memecahkan tingkap kereta untuk menyelamatkan anaknya.
"Adalah berbahaya meninggalkan kanak-kanak di dalam kereta terutama ketika cuaca panas," kata seorang anggota bomba yang dipetik sebagai berkata.
"Suhu di dalam kereta boleh meningkat dalam masa yang singkat sehingga mengancam nyawa kanak-kanak."
Tindakan wanita itu mengejutkan pengguna Internet malah ada yang menyindirnya dengan berkata: "Nampaknya, tingkap kereta itu adalah anak lelakinya yang sebenar." The Straits Times/Asia News Network

Imigresen kutip kompaun lebih RM31 juta

Imigresen Malaysia
15 Julai 2015
TANAH MERAH - Jabatan Imigresen mengutip kompaun sebanyak RM31 juta di bawah Program 3+1, iaitu program serah diri dan hantar pulang warga asing yang melakukan kesalahan mengikut Akta Imigresen, bagi tempoh 1 Januari hingga 13 Julai lepas. 
 
Ketua Pengarahnya, Datuk Mustafa Ibrahim berkata, jumlah pembayaran kompaun berkenaan melibatkan 78,752 Pendatang Asing Tanpa Izin (Pati) dari pelbagai negara termasuk Nepal, Kemboja, Filipina dan Indonesia.
 
"Pati yang melakukan kesalahan tinggal melebihi tempoh dan tanpa permit yang sah tidak akan dikenakan tindakan (mahkamah) sekiranya mereka menyerah diri, mereka hanya perlu membayar RM100 untuk pas khas dan RM300 untuk kompaun," katanya kepada pemberita di Majlis Iftar Jabatan Imigresen Malaysia di depot Imigresen di sini, malam tadi.
 
Mustafa berkata, Pati dari Indonesia mencatat bilangan yang paling tinggi iaitu sebanyak 39,827 orang bagi kedua-dua kesalahan iaitu tinggal melebihi tempoh dan tanpa permit sah.
 
"Ini diikuti Nepal (9,148), India (6,468), Bangladesh (6,034), Myanmar (5,043), Pakistan (4,135), Vietnam (3,083), Sri Lanka (1,621), Filipina (1,084), Kemboja (913) dan lain-lain warga (1,396)," katanya.
 
Dalam perkembangan lain, Mustafa berkata 11 warga asing ditahan dalam Op Bersepadu yang diadakan selama lima hari bermula 9 Julai lalu di Kelantan.
 
Beliau berkata, sembilan daripadanya merupakan warga Thailand dan selebihnya masing-masing warga Kemboja dan Indonesia yang ditahan pada Isnin lalu ketika sekatan jalan raya di Jeram Perdah, Rantau Panjang.
 
"Lapan warga Thailand dan seorang warga Kemboja ditahan mengikut kesalahan 15(1)(C) Akta Imigresen 1959/63 manakala selebihnya ditahan menurut kesalahan 6(1)(C) Akta Imigresen 1959/63," katanya.
 
Kesemua yang ditahan dihantar ke Depot Tahanan di sini bagi siasatan lanjut. - Bernama

Lori rempuh treler, kelindan maut tersepit

Lori rempuh treler, kelindan maut tersepit
Bomba sedang mengeluarkan kelindan yang maut tersepit dalam kejadian kemalangan, semalam.
WARTAWAN SINAR HARIAN
AYER KEROH - Seorang kelindan maut akibat tersepit selepas lori dinaikinya melanggar sebuah treler penuh muatan besi di Kilometer 195.6 Lebuh Raya Utara - Selatan, berhampiran susur keluar Plaza Tol Ayer Keroh, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 7.50 pagi itu, Mohd Khairol Ehsan Hamdan, 24, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Bagaimanapun, pemandu lori, Nadjirun Jukiman, 31, yang turut tersepit hanya cedera di kepala.

Menurut Nazirun, kejadian berlaku terlalu pantas.

“Saya tidak nampak treler di hadapan dan terus melanggar,” katanya yang dikejarkan ke Hospital Melaka.

Sementara itu, rakan mangsa, Mohd Khairul Nizam Jamaluddin, 28, berkata, mereka memandu lori secara berkonvoi dari Balakong, Selangor kira-kira  6.30 pagi untuk menghantar barang di Segamat, Johor.

“Kami bertolak dari Balakong lebih kurang jam 6 lebih pagi tadi (semalam). Tapi saya isi minyak di Ayer Keroh dan teruskan perjalanan sebelum saya nampak dia sudah melanggar treler,” katanya.

Ketua Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Shahrul Nizam Sidek berkata, sepasukan 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Keroh dan Jasin Bistari bergegas ke tempat kejadian.

“Mangsa pertama dikeluarkan 10 minit. Manakala kelindan dikeluarkan dalam masa 25 minit menggunakan peralatan hidraulik,” katanya.

Penuntut IKBN maut nahas

kemalangan


TAPAH - Seorang penuntut Institut Kemahiran Belia dan Negara (IKBN) Semenyih maut manakala rakannya parah dalam kemalangan melibatkan sebuah motosikal dan lori di Kilometer (KM) 3, Jalan Bidor –Teluk Intan, malam kelmarin.
 
Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Som Sak Din Keliaw berkata, mangsa, Mohd Samsuri Japri, 22, dari Kampung Bertuah, Bidor, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Tapah untuk mendapatkan rawatan.
 
"Pembonceng motosikal dikenali sebagai S Moorthy, 27, dari Kampung Baru Bidor patah paha kanan dan masih dirawat.
 
“Kejadian berlaku apabila lori yang membawa muatan kelapa sawit dalam perjalanan dari Teluk Intan ke Bidor bergesel denganmotosikal dinaiki mangsa  dan rakannya  yang datang dari arah bertentangan,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.
 
Menurutnya, akibat pergeseran itu, penunggang dan pembonceng terjatuh di laluan menghala ke Teluk Intan dan mengalami kecederaan parah di beberapa anggota badan.
 
"Pemandu lori terbabit kemudian pergi ke balai polis berhampiran untuk membuat laporan.
 
"Bagaimanapun, lori yang terlibat dalam kemalangan itu telah dibakar individu tidak dikenali," katanya.
 
Difahamkan, jenazah mangsa dihantar ke Hospital Tapah untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarganya untuk urusan pengebumian.
 
Kes masih disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987
.

Van terbakar, pemandu sempat lari

Van terbakar, pemandu sempat lari
Anggota bomba sedang melakukan kerja-kerja pemadaman.
WARTAWAN SINAR HARIAN
SEREMBAN - Seorang pemandu van kilang terselamat daripada rentung selepas van dipandunya terbakar di Jalan Kuala Sawah, Rantau, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 9 pagi itu mengakibatkan van kilang jenis Kia Pregio tanpa penumpang itu musnah seratus peratus.

Pemandu van, Zakaria Jamaluddin 33, dikatakan secara sendirian dalam perjalanan ke sebuah bengkel di Mambau dari arah Rantau.

Bagaimanapun, dia menyedari kepulan asap keluar dari bahagian enjin van sebelum memberhentikan kenderaannya itu.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2, Pegawai Bomba Kanan II Badrol Tamam Abdul Rahim berkata, sebuah jentera membabitkan lima anggota bomba dikejarkan ke lokasi kejadian untuk memadamkan api.

“Sejurus tiba, api sedang marak dan van berkenaan telah seratus peratus hangus. Bagaimanapun, mangsa sempat menyelamatkan diri dengan memberhentikan van di tepi jalan selepas melihat kepulan asap keluar dari bahagian enjin di bawah tempat duduk,” katanya di sini, semalam.

Badrol Tamam berkata, pasukan bomba terus melakukan kerja-kerja memadamkan kebakaran dengan ditumpukan di bahagian enjin kenderaan.

“Kita mengambil masa lima minit untuk mengawal kebakaran dan dapat memadam sepenuhnya 15 minit kemudian.

“Mangsa terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Beliau berkaya, punca kebakaran dan kerugian masih dalam siasatan.