Search This Blog

Tuesday, July 14, 2015

Mexico sedia ganjaran AS$3.8j tangkap semula El Chapo

SELASA, 14 JULAI 2015 @ 10:09 AM

 PEGUAM Negara Mexico, Arely Gomez menunjukkan gambar raja dadah Mexico, Asyraf Joaquin "El Chapo" Guzman semasa sidang akhbar yang diadakan di SECRETARIA de Gobernacion di Bandar Raya Mexico. - Foto AFP

 MEXICO CITY: Kerajaan Mexico hari ini menawarkan ganjaran AS$3.8 juta atau 60 juta peso kepada mereka yang membawa kepada penahanan semula raja dadah Joaquin "El Chapo" Guzman yang meloloskan diri dari penjara negara itu, Sabtu lalu. "Tiada hari rehat dalam memburu penjenayah ini," kata Menteri Dalam Negeri, Miguel Angel Osorio Chong memberitahu satu sidang media. Beliau juga berkata, kerajaan tidak akan berhenti daripada memburu sehingga tertangkapnya semula ElChapo. - AFP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/67927

Ajal balik sekolah

Sungai Petani: Seorang pelajar tingkatan satu maut, rakannya parah selepas motosikal ditunggang mereka dirempuh van dalam kemalangan di Jalan Pantai Prai berhampiran Loji Air SADA, di sini, petang tadi.
Kemalangan berlaku kira-kira 2 petang ketika dua sahabat itu dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Kampung Pantai Prai selepas tamat sesi persekolahan.
Mangsa, Muhamad Amirul Ahmad, 13, meninggal dunia di tempat kejadian , manakala Muhammad Amjad Yusuf, 13, yang membonceng motosikal dan parah dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk rawatan.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Khalil Arifin berkata, kemalangan berlaku apabila van berkenaan dipercayai hilang kawalan lalu terbabas dan masuk ke laluan bertentangan dan merempuh dua motosikal yang ditunggang tiga pelajar.
Katanya, seorang mangsa mati di tempat kejadian, manakala rakannya parah dan seorang lagi pelajar berusia 15 tahun cedera ringan.
"Polis menahan pemandu van berusia 40-an untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 Julai 2015 @ 6:09 PM


Mangsa yang maut. FOTO Omar Osman
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/64271#sthash.ocEAEDZU.dpuf

Anggota tubuh bersepai

Kluang: Anggota bomba dan penyelamat terpaksa mengutip beberapa bahagian badan dua pekerja sebuah syarikat penyelenggaraan yang maut selepas dirempuh sebuah kereta ketika menampal pelekat keselamatan di Kilometer 64.8, Lebuhraya Utara-Selatan arah utara di Simpang Renggam di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 1.30 petang itu, dua lelaki warga Bangladesh, Md Rashadul dan Muhammad Ridoy, masing-masing berusia 30 tahun dikatakan baru sebulan bekerja di syarikat penyelenggaraan berkenaan maut di tempat kejadian akibat cedera parah seluruh anggota badan.
Difahamkan, ketika kejadian mangsa bersama seorang rakannya yang terselamat berada di tepi besi penghadang tengah lebuh raya berkenaan sebelum sebuah kereta Proton Wira dipandu lelaki awal 30-an hilang kawalan dan merempuh mereka.
Akibat kejadian itu, mangsa maut dalam keadaan mengerikan apabila tangan, kaki dan sebahagian organ dalamannya berkecai, manakala pemandu kereta terbabit cedera di kepala.
Rakan mangsa, Agong Sulistia, 24, berkata, ketika itu dia berada di bahagian dalam besi penghadang tengah manakala dua rakannya yang maut berada di bahagian luar menghala ke arah utara sedang menampal pelekat lut sinar.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 Julai 2015 @ 5:20 AM


ANGGOTA polis memeriksa mayat mangsa kemalangan di lokasi kejadian.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/64225#sthash.eHiPk11I.dpuf

Kelindan lori maut tersepit

BOMBA berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit. FOTO ihsan Skuad Penyelamat Integrasi
Alor Gajah: Kelindan lori maut manakala pemandunya cedera ringan selepas lori tiga tan dinaiki merempuh belakang treler dari arah sama di Kilometer 195.6 lebuh raya PLUS menghala selatan, berdekatan laluan keluar tol Ayer Keroh, Melaka kira-kira 8 pagi tadi.
Difahamkan lori tiga tan membawa muatan perkakas bertukang sendiri (DIY) itu dalam perjalanan dari Balakong, Selangor ke Segamat, Johor, hilang kawalan lalu merempuh belakang treler di lorong kiri lebuh raya sebelum terbabas ke penghadang di lorong kanan jalan.
Sumber berkata, kelindan, Khairul Ehsan Hamdan, 24, meninggal di tempat kejadian manakala pemandu Nasjirun Jukiman, 31, cedera di dagu.
Pemandu treler Mohd Zabidi Suntau Pawira, 28, tidak mengalami kecederaan.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 Julai 2015 @ 2:41 PM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/64252#sthash.gEPoOGgG.dpuf

Seorang maut, nahas tiga kenderaan

Juru: Seorang lelaki maut selepas kereta yang dipandu terbabit dalam nahas tiga kenderaan di Kilometer 148.2 Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran Juru, di sini, pagi tadi.
Kejadian pada jam 10 pagi itu mengorbankan Mohd Redzuan Ab Rahim, 33, yang memandu Perodua Viva.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 10.12 pagi sebelum ke lokasi.
Katanya, anggota bomba mengeluarkan mangsa yang meninggal dunia di dalam kereta dipandunya sebelum dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ).
Pemandu kereta Toyota Camry dan pemandu lori yang turut terbabit kemalangan tidak cedera.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 Julai 2015 @ 3:35 PM


Kemalangan tiga kenderaan mengorbankan seorang lelaki. FOTO ihsan bomba
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/64254#sthash.SxDAbLKy.dpuf

Warga emas maut, sembilan cedera

Pasir Mas: Warga emas berusia 66 tahun maut, sembilan lagi cedera dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Kampung Kasa, dekat sini, petang tadi.
Dalam kejadian 1.50 petang itu, Ramli Salleh meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala dan badan.
Sembilan lagi mangsa yang berusia antara lima hingga 27 tahun hanya cedera dan dibawa ke Hospital Pasir Mas untuk dirawat sebagai pesakit luar.
Kemalangan dipercayai berpunca daripada kereta Proton Saga dipandu arwah dari arah Tendong terbabas dan melanggar kereta jenis Perodua Kenari yang datang dari arah bertentangan.
Kenderaan di belakang Proton Saga itu, iaitu Mitsubishi Pajero, Perodua Viva dan motosikal Honda Ex5 dipercayai tidak sempat membrek dan terbabit dalam kemalangan itu.
Pemangku Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Mas El Taraff Mohd Zachariah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 1.50 petang dan ke tempat kejadian dengan sebuah jentera dan lima anggota bomba.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 Julai 2015 @ 6:47 PM


Seorang warga emas terkorban dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/64280#sthash.PjjXnQLu.dpuf

Dibuang atas bangku

Marang: Bayi yang masih bertali pusat ditemui di atas bangku simen di Taman Alur Pak Bang, di sini, 1.30 petang tadi.
Bayi perempuan itu ditemui seorang remaja lelaki berusia 16 tahun selepas mendengar tangisannya.
Pemangku Ketua Polis Daerah Marang Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, ketika kejadian, pelajar terbabit bersama rakan lelakinya berusia 15 tahun duduk di sebuah wakaf di tempat kejadian sebelum terdengar bunyi tangisan.
"Pemeriksaan kemudian menemui bayi perempuan terbabit sebelum remaja membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Marang sementara rakannya pula menunggu bayi terbabit.
"Bayi perempuan itu kemudian dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 Julai 2015 @ 9:53 PM


Bayi yang masih hidup ditemui di Taman Alur Pak Bang 1.30 petang tadi. FOTO ihsan pembaca
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/64285#sthash.zzUFFRSl.dpuf

Remaja perempuan redah hutan dua hari

Seattle: Remaja perempuan berusia 16 tahun yang terselamat selepas pesawat ringan dinaiki bersama datuk dan neneknya terhempas dalam hutan di pergunungan, terpaksa berjalan mengharungi hutan menuruni bukit selama dua hari sebelum sampai ke jalan raya dan menumpang kenderaan ke tempat selamat, pagi tadi.
Seorang pemandu menumpangkan remaja itu, Autumn Veatch, dan membawanya ke sebuah kedai paling hampir sejauh 50 kilometer di Mazama sebelum mereka menghubungi talian kecemasan 911.
Pasukan Penyelamat Aero Methow menghantar paramedik untuk memeriksanya sebelum dia dibawa ke hospital di Brewster untuk rawatan dan remaja itu didapati hanya cedera ringan.
CEO Three Rivers Hospital, Scott Graham, berkata remaja itu tidak mengalami kecederaan yang membahayakan selain kekurangan air.
Anggota keluarga mereka menghubungi pihak berkuasa selepas pesawat Beech A-35 yang berlepas dari Kalispell, Montanagagal, gagal sampai ke Lynden, Washington, Sabtu lalu.
Pasukan penyelamat mencari berdasarkan panggilan telefon terakhir dan data penerbangan tetapi gagal menemui pesawat itu sehingga Autumn ditemui berhampiran Taman Negara Cascades Utara.
Sherif Daerah Okanogan, Frank Rogers, berkata remaja itu berjalan selama dua hari tetapi enggan mengulas mengenai nasib datuk dan nenek remaja berkenaan, Leland dan Sharon Bowman yang belum diketahui sama ada masih hidup atau tidak.
Leftenan Kolonel Jeffrey Lustick dari Peronda Udara Awam berkata, menurut bapa remaja itu, anaknya memberitahu pesawat mereka terhempas selepas merempuh awan dan terbakar dan Autumn berada di tempat nahas selama sehari sebelum memutuskan berjalan turun dan bernasib baik kerana menemui laluan pejalan kaki hingga ke jalan raya.
Lima pesawat serta dua helikopter tentera laut digunakan dalam misi mencari pesawat yang terhempas itu selain pasukan pencari di darat. - AP
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 Julai 2015 @ 5:14 PM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/64261#sthash.QCPdL6Vo.dpuf

Pembunuh Rajon lari ke Jeddah

Dhaka: Polis Bangladesh sudah menahan lima orang dengan seorang daripadanya sudah mengaku terbabit dalam kejadian sekumpulan lelaki membelasah seorang budak berusia 13 tahun hingga menyebabkan kematiannya serta merakam perbuatan kejam mereka di Sylhet, utara negara itu.
Lelaki yang mengaku itu melarikan diri ke Arab Saudi dan ditahan di sana.
Ketua Polis Sylhet, Akhter Hossain, berkata pihaknya sudah menahan tiga orang, termasuk isteri seorang suspek serta dua lelaki yang berada di tempat kejadian dan sedang memburu dua lagi yang terbabit secara langsung membelasah budak malang itu.
“Ia amat kejam dan pembunuhan tragis. Kami tidak akan membiarkan sesiapa yang terbabit bebas,” katanya.
Antara yang ditahan ialah ketua kumpulan, Muhit Alam yang direman lima hari mulai semalam. Dia ditahan ketika mahu membuang mayat mangsa di satu kawasan terpencil.
Menurut Kementerian Luar Bangladesh, rakannya, Kamrul Islam, ditahan di Arabi Saudi selepas lelaki itu melarikan diri ke Jeddah tetapi dia berjaya dikesan selepas masyarakat Bangladesh di sana mengenalinya.
Dalam video sepanjang 28 minit itu, budak malang berusia 13 tahun itu merayu meminta air ketika dia terbaring tidak bermaya. Video berkenaan yang menjadi viral di internet, mencetuskan bantahan besar-besaran,
Menurut polis, bedah siasat mendapati ada 64 kesan luka termasuk di kepala mangsa yang diberi nama Samiul Alam Rajon serta seluruh tubuhnya dan dia mati akibat pendarahan dalaman.
Dalam rakaman video yang disiarkan televisyen, Kamrul ketika di bawa masuk ke dalam kereta polis berkata dia ‘melakukan kesilapan, tolong maafkan saya’ sebelum menangis.
Orang ramai berkumpul di Sylhet sejak semalam, mengadakan bantahan dan tunjuk perasaan. Perhimpunan yang sama juga diadakan di bandar utama Bangladesh lain, termasuk ibu negara Dhaka.
Rajon berkerja menjual sayur selepas berhenti sekolah bagi membantu keluarganya yang miskin dan menurut polis, kumpulan itu mengikatnya pada tiang selepas menuduhnya mencuri - dakwaan yang dinafikan keluarga budak itu.
Dalam video itu, budak berkenaan yang ketakutan menjerit kesakitan dan berkata berulang kali:’ Tolong jangan pukul macam ini, saya mati nanti.”
Penyerangnya pula kedengaran cuba memaksanya mengaku terbabit dalam kecurian.
Pada satu ketika dia disuruh pergi tetapi ketika dia cuba bangun, seorang penyerang berkata: “Tulangnya masih elok, pukul dia lagi.”
Mereka juga kedengaran berbincang untuk menyiarkan video itu di Facebook supaya ‘semua orang boleh menyaksikan apa yang berlaku kepada pencuri’.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 Julai 2015 @ 6:06 PM


Orang ramai yang menunjuk perasaan di Sylhet, Bangladesh, hari ini. Ada pihak melancarkan petisyen menuntut mereka yang terbabit dikenakan hukuman mati. - Foto AFP
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/64269#sthash.PtRLRqyd.dpuf

Pencuri Kes Plaza Low Yat Dijangka Didakwa Hari Ini


Diterbitkan: Selasa, 14 Julai 2015 1:12 PM
Wakil media yang menunggu di luar Mahkamah Majistret pada Selasa.

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki berusia 22 tahun yang didakwa terlibat dalam insiden kecurian telefon pintar yang akhirnya membawa kepada pergaduhan di Low Yat Plaza dijangka akan didakwa ke mahkamah pada pagi Selasa.

Suspek yang ditahan reman sejak malam Sabtu lalu dijangka dihadapkan ke Mahkamah Majistret bagi menghadapi tuduhan mencuri.

Dia adalah antara 19 orang ditahan.

Dakwaan dijangka akan dibuat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri.

Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, dua orang telah ditahan di Plaza Low Yat Plaza pada Sabtu lepas namun seorang daripadanya dibebaskan oleh seorang pegawai penyiasat.

Sabtu lepas, berlaku satu insiden pergaduhan di Plaza Low Yat yang didakwa berpunca daripada perasaan tidak puas hati seorang lelaki yang dituduh mencuri sebuah telefon bimbit.

Pengawal keselamatan bertindak menyerahkan lelaki itu kepada pihak polis, lanjutan daripada itu, lelaki terbabit menghubungi rakan-rakannya lalu bertindak memukul pekerja di situ dan memecah barang-barang di dalam kedai terbabit yang menyebabkan kerugian dianggarkan bernilai RM70,000.

Papagomo, Ahli Politik Akan Ditangkap Hari Ini


Diterbitkan: Selasa, 14 Julai 2015 1:46 PM

KUALA LUMPUR: Bukit Aman akan menahan dua individu yang didakwa menyebabkan ketegangan kaum berkaitan pergaduhan di Plaza Low Yat pada Ahad lalu.

Seorang daripadanya ialah pemimpin cawangan sebuah parti politik - yang dilihat di dalam sebuah video membuat kenyataan berunsur perkauman.

Video itu menjadi viral dan dimuat naik di Facebook ahli politik berkenaan.

Sementara itu seorang lagi yang akan didakwa ialah blogger Papagomo kerana memuat naik gambar kononnya terdapat seorang 'mangsa' berada dalam keadaan parah akibat insiden itu.

"Mereka telah diminta menyerah diri namun masih belum berbuat demikian.

"Hari ini kami akan pergi kepada mereka dan membuat tangkapan, " kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar pada Selasa merujuk kepada kedua-dua individu berkenaan.

Selain itu kata Khalid, sesiapa yang membuat ucapan berhampiran Plaza Low Yat yang meminta orang ramai terlibat dalam rusuhan perlu bersedia untuk berhadapan akibatnya.

"Kami telah memberikan peluang untuk menyerah diri tetapi mereka telah mensia-siakannya.

"Sekarang, tunngu kami pergi kepada mereka," katanya.

Khalid berkata polis juga akan mengenal pasti beberapa lagi pihak lain yang bertanggungjawab menyebarkan berita palsu di media sosial.

Tiga Lagi Dalang Pemerdagangan Manusia Wang Kelian Diberkas


Diterbitkan: Selasa, 14 Julai 2015 4:24 PM

KUALA LUMPUR: Polis menahan tiga lagi dalang yang disyaki terlibat dalam sindiket pemerdagangan manusia yang dikaitkan dengan penemuan kubur di sempadan Malaysia-Thailand, Wang Kelian, Perlis pada Mei lepas.
Perkara itu disahkan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar yang bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai tangkapan berkenaan dan juga jumlah mereka yang ditahan setakat ini.
Katanya operasi terhadap mereka yang terlibat masih giat dilaksanakan terutama untuk mengesan dalang utama kes iaitu individu yang dikenali sebagai Yassin.
Siasatan polis bukan setakat mengebumikan mayat yang menjadi mangsa tetapi kami akan tetap meneruskan siasatan sehingga dapat kesan dalang sebenar sindiket berkenaan.
Polis masih lagi berkongsi maklumat dengan rakan kita (polis Thailand) dan kami akan menjejaki suspek utama kes ini, katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan Polis di Mes Pegawai Kanan di Bukit Aman, di sini, Selasa.
Khalid berkata selain menangkap suspek, polis turut merampas kesemua harta benda milik mereka.
Pada 25 Mei lepas, Khalid mengumumkan penemuan 139 kubur di 28 kem sementara sindiket pemerdagangan manusia di Bukit Wang Burma, Wang Kelian.
Sebanyak 106 rangka mayat dipercayai mangsa sindiket ditemui, dan operasi menggali dan mengeluarkan rangka mayat mangsa ditamatkan 8 Jun lepas.
Kumpulan pertama 21 jenazah mangsa sindiket itu dikebumikan pada 21 Jun lepas diikuti kumpulan kedua sebanyak 30 jenazah beberapa hari selepas itu.
Kumpulan ketiga dan keempat pula, masing-masing 24, dikebumikan pada 4 dan 6 Julai lepas.

Insiden Low Yat: Ali Tinju Ditahan


Diterbitkan: Selasa, 14 Julai 2015 5:08 PM
Mohd Ali Baharom.

PETALING JAYA: Presiden Persatuan Veteran Tenter, Mohd Ali Baharom ditahan berkaitan dengan dakwaan menghasut kekecohan di Low Yat.
Dikenali sebagai Ali Tinju, Mohd Ali dilihat dalam sebuah klip video berucap di luar perkarangan Low Yat Plaza pada malam Ahad sebelum keadaan menjadi lebih buruk.
Mohd Ali adalah seorang penganjur yang membuat bantahan di luar rumah bekas pengerusi Majlis Peguam Ambiga Sreenevasan selepas perhimpunan Bersih pada 2012.
Polis mengesahkan penangkapan itu dilakukan oleh Bukit Aman.

Insiden Low Yat: Empat Jurujual Telefon Bimbit Ditahan


Diterbitkan: Selasa, 14 Julai 2015 6:30 PM

PETALING JAYA: Empat jurujual telefon bimbit ditahan polis berkaitan insiden kekecohan di Plaza Low Yat dengan 30 yang lain turut dibawa ke balai polis untuk membantu siasatan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner, Datuk Zainuddin Ahmad berkata 30 individu turut disiasat untuk mengenal pasti beberapa penyerang dalam insiden kekecohan pada malam Ahad lalu.
"Empat lagi jurujual lain ditahan untuk membantu siasatan berkaitan insiden kekecohan itu," katanya.
Zainuddin berkata terdapat sejumlah 22 individu ditahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) manakala Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman menahan Mohd Ali Baharom yang juga dikenali sebagai Ali Tinju, awal pagi Selasa.
Kehadiran polis untuk membawa bersama 30 individu mencetuskan sedikit rasa panik di pusat membeli-belah itu.
Menurut saksi, polis mula membawa bersama pekerja dari pelbagai kedai, memaksa beberapa kedai ditutup.
Mereka yang dibawa bersama polis tadi kemudiannya dibebaskan dan kembali ke pusat membeli-belah itu.

Pasukan Khas Bawa Keluar Pekerja Dalam Insiden Serangan Di Gedung


Diterbitkan: Isnin, 13 Julai 2015 9:43 PM
Pasukan keselamatan Perancis mengadakan operasi terhadap insiden serangan kumpulan lelaki bersenjata terhadap premis Primark di Paris. Foto AFP

PARIS: Pasukan khas memindahkan 18 orang dari sebuah gedung dekat Paris pada Isnin selepas sekumpulan lelaki bersenjata mengadakan serangan sebagai cubaannya untuk merompak premis Primark di dalam bangunan itu.
"Kira-kira pukul 6.30 pagi (12.30 tengah hari waktu Malaysia), tiga anggota bersenjata masuk ke Primark untuk cuba merompak premis itu," menurut sumber polis yang enggan dikenali, mengenai insiden yang berlaku di Villeneuve-la-Garenne.
Menurut sumber lain, seorang pekerja yang pertama memaklumkan kepada teman lelakinya pada kira-kira pukul 7 pagi (1 petang waktu Malaysia) menerusi pesanan teks dengan mengatakan mereka telah menjadi tebusan oleh dua lelaki bersenjata.
Menurut polis, kira-kira 18 pekerja Primark meninggalkan premis itu dan ditempatkan di kantin di luar gedung Qwartz. Kesemua kedai lain di gedung itu tutup.
Polis berkata, mereka dibawa keluar pada kira-kira pukul 10.30 pagi (4.30 petang waktu Malaysia).
Tambahnya, salah seorang daripada mereka kurang sihat tetapi tiada yang mengalami kecederaan.
Pasukan keselamatan kini sedang memburu kesemua lelaki bersenjata itu. - AFP

Muka melecur terkena belerang mercun bola

Muka melecur terkena belerang mercun bola


MELAKA - Seorang pelajar tahun tiga melecur di bahagian muka selepas asap belerang mercun bola yang dibakar rakannya terkena dirinya dalam kejadian di Kampung Gelam di sini, semalam.
 
Sebelum kejadian, Muhammad Aiman Dzulkarnain, 9, dari Sekolah Kebangsaan Kampung Gelam di sini bermain mercun bola bersama dua anak jirannya berusia 10 dan 14 tahun sebelum seorang daripada mereka bertindak mengeluarkan belerang berkenaan kira-kira pukul 5.30 petang.
 
Muhammad Aiman berkata, anak jirannya itu kemudian membakar belerang tersebut sebelum asap bahan berkenaan terkena mukanya.
 
"Saya sempat menutup muka tetapi kemudian berasa sakit di bahagian muka dan kulit berasa tegang," kata anak kelima daripada enam beradik itu kepada pemberita di Hospital Melaka di sini hari ini.
 
Mangsa yang ditemani ibunya, Fazilah Hamdan, 42, di wad kanak-kanak hospital itu turut menerima kunjungan Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi Melaka Datuk Md Yunos Husin dan Timbalan Pengarah Hospital Melaka Dr Abdul Raof Jaafar.
 
Fazilah berkata, ketika kejadian dia berada di dapur untuk memasak juadah berbuka puasa manakala suaminya, Dzulkarnain Baba, 48, sedang berehat di ruang tamu kerana kurang sihat.
 
"Pada mulanya saya dan suami tidak mengetahui kejadian itu kerana dia tidak menjerit tetapi kakaknya datang beritahu selepas melihat mukanya (mangsa) putih selepas terkena asap belerang yang dibakar," katanya.
 
Beliau berkata dia kemudian membawa anaknya itu ke Klinik Kesihatan Tanjung Kling sebelum dibawa ke unit kecemasan Hospital Melaka dengan ambulans.
 
Sementara itu, Md Yunos berkata Muhammad Aiman bernasib baik kerana hanya melecur peringkat kedua dan perlu menjalani 'dressing' yang telah ditetapkan pihak hospital bagi mengurangkan kesan yang dialaminya.
 
"Saya dimaklumkan pihak hospital bahawa mangsa mungkin akan keluar dalamsehari dua ini dan boleh beraya di rumah kerana kecederaan yang dialami tidak serius," katanya.
 
Beliau berkata sehubungan itu, ibu bapa dinasihatkan untuk memantau anak-anak mereka yang bermain mercun bagi mengelak mereka melakukan perkara yang boleh mendatangkan kecederaan. - Bernama
 

Kelindan maut, lori langgar belakang treler

kemalangan


ALOR GAJAH - Seorang kelindan lori maut dalam kemalangan melibatkan lori dan treler di KM 195.7 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan berhampiran Plaza Tol Ayer Keroh di sini, pagi tadi.
 
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superitendan Muhammad Ismail Muhammad Yusuf berkata, mangsa Mohd Khairol Ehsan Hamdan, 24, yang tersepit di tempat duduknya, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah dalam kejadian kira- kira 8 pagi tadi.
 
Beliau berkata lori yang dinaiki Mohd Khairol dari arah Kuala Lumpur ke Johor dipercayai hilang kawalan lalu melanggar belakang sebuah treler sebelum terbabas ke kanan lebuh raya.
 
"Lori berkenaan kemudian melanggar pembahagi jalan dan menyebabkan mangsa tersepit di tempat duduknya," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
 
Beliau berkata, pemandu lori itu hanya mengalami kecederaan ringan di dagu serta tapak kaki dan dibawa ke Hospital Melaka untuk rawatan lanjut manakala pemandu treler tidak mengalami sebarang kecederaan.

Katanya, mayat Mohd Khairol  dibawa ke Hospital Alor Gajah untuk dibedah siasat. - Bernama
 

Beli pisau dan kelar leher rakan

Beli pisau dan kelar leher rakan
Lokasi kejadian.

DONGGUAN - CHINA. Seorang remaja berusia 17 tahun dilaporkan meninggal dunia selepas dikelar rakan di sebuah pusat siber, pada Sabtu.
 
Sebuah portal antarabangsa melaporkan mangsa, Guo Xianghu meninggal dunia di tempat kejadian akibat kehilangan terlalu banyak darah.
 
Suspek yang dinamakan sebagai Lei dikatakan bergaduh dengan mangsa di kafe tingkat bawah pusat siber sebelum itu.
 
Tidak puas hati dengan perbalahan  pada awalnya, suspek kemudiannya dilaporkan ke kedai sebelum membeli dua pisau; yang mana salah satunya digunakan untuk mengelar leher mangsa.
 
Rakaman CCTV menunjukkan suspek yang mengenakan baju putih dan berseluar hitam meluru ke belakang mangsa sebelum memegang tengkuk Xianghu dengan tangan kiri dan mengelar mangsa dengan tangan kanan.
 
Dia kemudiannya menolak mangsa jatuh ke lantai sebelum keluar dari pusat siber tersebut.
 
Rakan mangsa yang melihat kejadian meluru mengejar suspek sebelum polis tiba.
 
 Xianghu kemudiannya bangun dan berjalan keluar pusat siber dengan memegang lehernya yang berlumuran darah sebelum rebah di hadapan pusat siber tersebut.
 
 “Mangsa kehilangan terlalu banyak darah dan tidak dapat diselamatkan,” kata saksi kejadian yang tidak mahu dinamakan.

Polis Temui Pisau Digunakan Kerat Bayi di Jitra


Diterbitkan: Isnin, 13 Julai 2015 12:38 PM

ALOR SETAR: Polis telah menemukan senjata tajam yang digunakan oleh suspek wanita untuk memotong bayi perempuannya kepada lapan bahagian dalam kejadian yang berlaku di Kampung Manggol, Jitra.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Supt Abdul Rahim Abdullah berkata sebilah pisau pemotong sayur berukuran 20cm ditemui dalam bekas polisterin berwarna putih dalam bilik mandi rumah datuk suspek kira-kira 6.15 petang semalam.

Beliau berkata suspek yang dibenarkan keluar dari Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini telah membawa anggota polis ke tempat kejadian dengan menunjukkan senjata yang digunakannya itu.

"Polis telah merampas pisau itu untuk dijadikan barang kes," katanya menerusi kenyataan di sini, Isnin.
Katanya suspek yang belum berkahwin itu telah dibebaskan dengan jaminan polis pada petang semalam sementara menunggu laporan DNA bayi.

Abdul Rahim berkata laporan penyiasatan lengkap akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk dituduh di Mahkamah Jitra mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-dua sekali akan dikenakan.

Pada 7 Julai lepas, seorang wanita berusia 31 tahun ditahan berikutan penemuan beberapa bahagian bayi yang baru dilahirkan di dalam tangki tandas rumah datuknya. 

18 Ditahan Kerana Terlibat Rusuhan di Plaza Low Yat


Diterbitkan: Isnin, 13 Julai 2015 3:40 PM
Datuk Tajudin Md Isa

KUALA LUMPUR: Polis telah menahan seramai 18 individu bagi membantu siasatan berhubung insiden pergaduhan dan rusuhan di Plaza Low Yat dengan 14 daripadanya ditahan kerana melakukan rusuhan bersenjata yang berlarutan sejak petang Ahad hingga awal pagi Isnin. 
Terdahulu, polis menahan dua individu bagi membantu siasatan berhubung pergaduhan pertama antara tujuh lelaki dan pekerja kedai telefon bimbit serta seorang suspek yang didakwa mencuri telefon di pusat beli belah itu, petang Ahad.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajudin Md Isa, berkata polis kini sedang mendapatkan perintah tahanan reman untuk semua 15 tangkapan terbaru itu.

"Dalam kejadian rusuhan itu, seramai tujuh orang dilaporkan cedera dengan tiga daripadanya adalah pengamal media.

"Kita minta orang ramai supaya jangan mudah percaya dengan maklumat palsu yang tersebar di media sosial, kerana insiden pergaduhan dan rusuhan ini berpunca dari salah maklumat," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur pada Isnin. 
Beliau menegaskan, insiden pergaduhan yang berlaku di Plaza Low Yat sebelum ini antara tujuh lelaki dengan beberapa pekerja sebuah kedai telefon bimbit berpunca daripada kes curi dan tiada kaitan isu telefon tiruan atau perkauman. 
Sehubungan itu, beliau minta orang ramai agar mendapatkan maklumat tepat daripada pihak polis dan bertindak secara rasional dengan tidak mudah mempercayai sebarang perkara yang tersebar di media sosial.

Kes Curi Punca Insiden Pergaduhan Di Plaza Low Yat - KPN


Diterbitkan: Isnin, 13 Julai 2015 6:27 PM

KUALA LUMPUR: Insiden yang mengakibatkan pergaduhan di Plaza Low Yat pada Ahad bermula daripada kes kecurian, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Beliau berkata, dua lelaki ditahan pada pukul 7.50 malam Sabtu apabila seorang suspek disyaki mencuri sebuah telefon di sebuah kedai di dalam gedung itu dan seorang lagi merupakan rakannya.
Menurut Khalid, kedua-dua suspek ditahan oleh pekerja kedai telefon berkenaan, Oppo Malaysia dan menyerahkannya kepada pengawal keselamatan yang kemudiannya menghubungi pihak polis.
Katanya, suspek pencuri itu ditahan di dalam lokap manakala rakannya dibebaskan atas budi bicara tanpa merujuk kepada pegawai atasan.
"Suspek (rakan) kemudiannya mereka-reka cerita kepada rakan-rakannya dan mengatakan bahawa (pekerja) Oppo menipu mereka, tetapi sebenarnya mereka mencuri telefon itu dari kedai lain dan bukannya Oppo," kata Khalid kepada pemberita di Plaza Low Yat selepas membuat tinjauan di gedung itu pada Isnin.
Menurut rakannya, dia mempunyai resit pembelian tetapi ia tidak benar apabila kami membuat pemeriksaan.
"Dia juga mendakwa telah membuat laporan kepada kita tetapi tiada apabila kita membuat semakan dalam sistem. Dia menipu. Jadi hentikan menyebarkan berita tidak benar," kata Khalid.
Tambah Khalid, polis juga memangil pekerja Oppo untuk membantu siasatan.
Polis menahan 19 orang, berusia antara 19 dan 26 tahun dan direman selama empat hari bermula Isnin.
Khalid berkata, polis akan memantau kenyataan di media sosial yang boleh mencetuskan ketegangan antara kaum.
Pada Sabtu lalu, satu pergaduhan berlaku selepas sekumpulan remaja datang ke kedai di aras bawah Plaza Low Yat.
Insiden itu membawa kepada himpunan kira-kira 100 orang yang memulakan kekecohan di plaza itu pada pukul 6.30 petang Ahad.
Kumpulan itu berhimpun bagi membuat bantahan yang mendakwa polis menjalankan siasatan bersifat "berat sebelah".
Khalid berkata, pegawai penyiasat yang membebaskan rakan suspek akan disoal siasat.