KABUL - AFGHANISTAN . Sekurang-kurangnya tujuh orang maut dan 13 yang lain cedera dalam dua letupan bom berasingan di timur laut Afghanistan, semalam.
 
Menurut polis, insiden pertama berlaku di daerah Tagan menyaksikan empat penduduk awam terkorban dan tiga yang lain cedera apabila kenderaan dinaiki mereka melanggar bom yang ditanam di tepi jalan,
 
Kesemua mangsa dalam perjalanan ke kabul untuk membeli persiapan Aidilfitri.
 
Sementara itu, satu lagi insiden serupa meragut tiga nyawa di daerah Kunduz.
 
"Seramai 10 orang yang cedera dalam letupan itu telah dikejarkan ke hospital Kunduz.
 
"Letupan itu berlaku berhampiran dengan pusat latihan polis," kata jurucakap polis, Sayed Sarwar Hussaini.
 
Sehingga semalam, tiada pihak mengaku melancarkan serangan namun pihak berkuasa percaya ia adalah angkara pejuang Taliban. - Press TV