Search This Blog

Sunday, July 12, 2015

Tidak ada Khalifah dari Ahlul Bait sampai hari kiamat kecuali Imam Mahdi


Kamis, 12 Ramadhan 1435 H / 10 Juli 2014 06:07
Tidak ada Khalifah dari Ahlul Bait sampai hari kiamat kecuali Imam Mahdi
Ilustrasi - Tidak ada Khalifah dari Ahlul Bait sampai hari kiamat kecuali Imam Mahdi

(Arrahmah.com) – Ibnu Katsir rahimahullah dalam Al Bidayah Wan Nihayah juz 11/398 menyebutkan :
“Dan di antara yang menjadi dalil bahwa mereka (Khilafah Daulah Fathimiyyah) adalah orang-orang yang memberikan pengakuan dusta (bahwa mereka adalah Ahlul Bait), sebagaimana disebutkan oleh para ulama yang terhormat itu dan para imam yang utama, dan bahwasanya mereka (Daulah Fathimiyyah) tidak memiliki hubungan nasab sama sekali dengan Ali bin Abi Thalib juga kepada Fathimah binti Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam sebagaimana pengakuan mereka. Adalah ucapan sahabat Abdullah bin Umar bin Khattab radhiyallahu ‘anhuma kepada Al Husain bin Ali bin Abi Thalib ketika akan berangkat ke Iraq, yaitu saat para penduduk kota Kuffah mengirimkan utusan kepada beliau dan berjanji akan memberikan bai’at kepadanya.
Ibnu Umar berkata : “Janganlah engkau pergi ke sana karena sesungguhnya aku takut engkau akan terbunuh, dan sesungguhnya kakekmu (Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasallam) telah diminta oleh Allah untuk memilih dunia atau akhirat, dan beliau memilih akhirat dibandingkan dunia. Sedangkan engkau adalah bagian dari beliau dan sesungguhnya demi Allah, engkau tidak akan mendapatkannya (kekhalifahan), engkau maupun salah satu di antara orang setelahmu, juga Ahlul Bait mu”.
Ibnu Katsir kemudian menjelaskan : “Kalimat yang berkedudukan Hasan Shahih, yang tertuju pada kepada masalah ini dan sangat masuk akal, yang disampaikan oleh sahabat yang mulia ini menunjukkan bahwa : TIDAK AKAN ADA KHALIFAH DARI AHLUL BAIT KECUALI MUHAMMAD BIN ABDULLAH AL MAHDI (IMAM MAHDI) YANG AKAN DIANGKAT DI AKHIR ZAMAN BERSAMA DENGAN TURUNNYA NABI ISA IBNU MARYAM. HAL INI KARENA DEMI MENJAGA AGAR AHLUL BAIT TIDAK TERPEDAYA DENGAN DUNIA DAN AGAR TIDAK MENGOTORI KEMULIAAN MEREKA”.(Al Bidayah Wan Nihayah Juz 11/398)
Berdasarkan atsar hasan shahih ini dan berbagai komentar ahli nasab terhadap keluarga Al Badry, tidak sedikit yang mengatakan bahwa nasab Al Badry bukanlah Ahlul Bait. Namun demikian jika memang benar bahwa nasab Al Badry di mana Syaikh Abu Bakar Al Baghdady dilahirkan merupakan Ahlul Bait maka kemungkinannya adalah :
Pertama : Syaikh Abu Bakar Al Baghdady menjadi Khilafah bukan di atas Manhaj Nubuwwah karena masih belum memenuhi syarat-syarat wilayah, tamkin, ahlul halli wal aqdy dan sebagainya menurut jumhur ulama mutaqaddimin dan muta’akhkhir.
Dan juga karena khilafahnya didirikan dengan dasar ghalabah sebagaimana yang dilakukan oleh Abdul Malik bin Marwan (pendiri Daulah Umayyah) atau Abul Abbas Ash Shaffah (pendiri Daulah Abbasiyyah). Atsar Ibnu Umar di atas sangat jelas menyebutkan bahwa Khalifah dari Ahlul Bait setelah Khalifah Ali bin Abi Thalib dan Al Hasan bin Abi Thalib adalah Muhammad bin Abdullah Al Mahdi.SEBELUM AL MAHDI, MEMANG AKAN MUNCUL KHILAFAH TAPI KHALIFAHNYA BUKAN DARI AHLUL BAIT.
Adapun mengenai pentingnya syura yang melibatkan jumhur ulama’ berikut penjelasan Asy Syahid –kamaa nahsabuh- Sayyid Quthb tentang pentingnya Syura :
“Di sini, di ayat-ayat ini menggambarkan kekhasan jama’ah ini (jama’atul muslimin) yang mana sifat ini telah dilekatkan secara kuat dan menjadi sifat utamanya, padahal ayat-ayat ini sifatnya Makkiyah yang diturunkan sebelum berdirinya Daulah (Khilafah) Islam di Madinah. Sesungguhnya kami menemukan bahwa di antara sifat jama’ah ini adalah : “…dan urusan-urusan mereka itu diputuskan dengan syuro di antara mereka”. Dari ayat yang diwahyukan Allah di atas, maka sesungguhnya penempatan kedudukan syura pada kehidupan kaum muslimin lebih dalam dari sekedar sebagai aturan politik kenegaraan. Syura adalah tabi’at yang sangat mendasar bagi jama’atul muslimin secara keseluruhan di mana semua urusan mereka didasarkan atas syura tersebut, kemudian dari jama’atul muslimin itulah syura diaplikasikan pada Daulah (khilafah) dengan sifat asasnya sebagai sebuah proses alami pada Daulah Islamiyyah”. (Fie Zhilalil Qur’an 6/327)
Dari penjelasan Sayyid Quthb di atas bisa kita pahami bahwa Syura adalah asas utama umat ini dan dengan syura pula Khilafah Islamiyyah ‘Alaa Minhaajin Nubuwwah akan ditegakkan. Lalu bagaimana jika proses syura ini yang justru disepelekan oleh ISIS??
Dengan syura, semua pihak bisa saling memberi nasehat, saling menghargai perbedaan dan saling memberikan masukan. Semestinya ISIS memberikan penghargaan dan keutamaan kepada para masyayikh jihad untuk dilibatkan dalam syura Ahlul Halli Wal Aqdy, karena buah jihad ini adalah berasal dari benih yang ditanam, dirawat dan dijaga oleh para masyayikh pendahulu mereka itu.
Allah Azza Wa Jalla berfirman : “Dan Allah memberikan setiap mereka yang memiliki keutamaan (balasan) keutamaannya”. (Qs. Huud : 3)
AL QUR’AN MENGAJARKAN KEPADA KITA AGAR KITA MENGHARGAI KEUTAMAAN PARA PENDAHULU KITA DALAM ILMU DAN AMAL.
Diriwayatkan dari Ubadah bin Shamit, ia berkata : Rasulullah Shollallohu ‘alaihi wasallam bersabda :“Bukan dari kalangan kami orang yang tidak menghormati yang lebih tua dan menyayangi yang lebih muda di antara kami. Dan menghargai hak orang yang alim di antara kami.” (HR. Imam Ahmad dan Hakim)
Diriwayatkan dari Abdullah bin Amru bahwa Rasul Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda :“Bukan dari kalangan kami orang yang tidak mengasihi yang lebih muda di antara kami dan menghargai kemuliaan orang tua di antara kami”. (HR. Ahmad)
Sabda Nabi Shallallohu ‘alaihi wasallam, “bukan dari kalangan kami” adalah pelepasan diri yang berkonsekuensi bahwa pelakunya berhadapan dengan ancaman tersebut dan ia menyimpang dari manhaj yang benar, sesat dari jalan yang lurus, Minhaajun Nubuwwah.
Wallahu a’lam…
(muqawamah.com/arrahmah.com)

Gunung berapi Colima, Mexico semakin aktif, penduduk dipindahkan

AHAD, 12 JULAI 2015 @ 9:58 AM



GUNUNG berapi di Colima mula memuntahkan debu. - Foto AFP

COLIMA, Mexico: Penduduk beberapa perkampungan di barat negeri ini dipindahkan manakala sebuah lapangan terbang ditutup berikutan kebimbangan kemungkinan letusan terbesar abad ini selepas gunung berapi Colima semakin aktif. Lebih 200 penduduk sudah dipindahkan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini apabila gunung berapi itu memuntahkan semakin banyak debu dan lava. Lapangan terbang Colima juga ditutup kepada penerbangan komersial dan pesawat persendirian, kata Gabenor Mario Anguiano Moreno. Aktiviti gunung berapi itu meningkat sejak Khamis dan mula memuntahkan debu pada Jumaat menyebabkan beberapa perkampungan di kaki gunung itu diselimuti debu setebal lima sentimeter, kata pihak berkuasa. Jurucakap Kementerian Dalam Negeri berkata, aktiviti gunung berapi itu menyamai keadaannya pada tahun 1913 apabila berlaku letusan besar sehingga menyebabkan wilayah itu dilitupi debu tebal. Mengikut kementerian itu, ada tiga kemungkinan berhubung gunung berapi itu; keadaan kembali normal dalam beberapa minggu, letusan besar seperti tahun 1913 atau puncak gunung berapi runtuh. - AFP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/67426

Beraya dalam debu di Felda Bukit Goh


SEBATANG jalan raya utama dicemari dengan habuk berwarna merah akibat perlombongan bauksit di Felda Bukit Goh, Kuantan semalam.


KUANTAN – Penduduk sekitar Bukit Goh di sini bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri dalam persekitaran yang dicemari debu berwarna merah akibat kegiatan perlombongan bauksit.
Aktiviti perlombongan bauksit di Felda Bukit Goh itu yang masih berterusan menyebabkan habuk-habuk berterbangan semasa lori-lori pengangkut membawa mineral bijih aluminium oksida itu.
Pengetua Maahad Tahfiz Anwarul Al Othmaniah di Felda Bukit Goh, Syed Shahrin Nizam Syed Mohd. Sah, 32, berkata, pada setiap hari, para pelajar dan guru terpaksa mencuci sekolah dan surau sekurang-kurangnya empat jam sekali kerana lori-lori membawa bauksit itu menggunakan jalan di hadapan sekolah mereka.
Menurutnya, sejak kerja mengorek bauksit dijalankan di Rancangan Tanah Pemuda (RTP) Bukit Goh kira-kira setahun lalu, persekitaran di kawasan itu bertukar warna menjadi kemerah-merahan.
Beliau berkata, habuk-habuk bauksit mencemari jalan raya, rumah penduduk dan premis perniagaan pada setiap hari.
“Ada antara pelajar kami terdedah dengan pelbagai penyakit seperti batuk, selesema dan penyakit kulit,” katanya ketika ditemui di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0712&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz3ffkaakB0 
Hakcipta terpelihara 

Lapan Maut Dalam Kebakaran Di Rumah Jagaan Orang Tua


Diterbitkan: Ahad, 12 Julai 2015 4:42 PM
Keadaan pintu masuk rumah penjagaan orang tua Santa Fe yang terbabit dalam kejadian kebakaran. Foto EPA

MADRID: Lapan warga emas maut dalam satu kebakaran di rumah penjagaan orang tua dekat Zaragoza di timur laut Sepanyol pada Ahad.
Jurucakap bagi kerajaan serantau Aragon berkata, dua lagi mangsa cedera, termasuk dua orang yang mengalami kecederaan parah.
Kebakaran itu yang berlaku di pekan Cuarte de Huerva berlaku pada kira-kira 1 pagi (6 pagi waktu Malaysia) pada Ahad.
Polis sedang menyiasat mengenai punca kejadian. - REUTERS

Bas henti-henti rempuh rumah, 3 cedera



Sebuah bas henti-henti yang hilang kawalan di Jalan Masjid Kapitan Keling merempuh rumah kedai dua tingkat berhampiran Masjid Kapitan Keling, di Georgetown, malam tadi.
  
Dalam kejadian yang berlaku kira-kira 9.15 malam itu, bas terbabit dikatakan terbabas sebelum merempuh tiang hadapan rumah berkenaan.
  
Jurucakap polis berkata siasatan awal mendapati dua daripada empat penumpang bas yang cedera ringan, telah dihantar ke hospital.
  
"Pemandu bas itu juga mengalami kecederaan dan telah dikejarkan ke hospital," katanya.
  
Menurutnya, polis masih menjalankan siasatan di tempat kejadian untuk mengenal pasti punca kemalangan.
  
Tambahnya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat tentang kejadian diminta untuk membuat laporan di balai polis berhampiran.
  
-Bernama

Letupan bom gegar selatan Thailand

BANGKOK – Tujuh orang terbunuh, manakala berpuluh-puluh orang terce­dera dalam tiga letupan serangan bom berasingan dan kebakaran yang di­sengajakan di selatan Thailand, kata polis semalam.
AFP - ANGGOTA bomba berusaha memadamkan kebakaran di sebuah bangunan di pekan Sungai Golok, Narathiwat, Thailand semalam.
Dalam siri serangan menggunakan bom motosikal di sebuah pusat karaoke di Sadao, Songkhla kira-kira pukul 8.30 malam kelmarin, tiga orang termasuk seorang pemilik kedai terbunuh.
“Tiga orang terbunuh dalam serangan itu, manakala empat orang tercedera, kata Timbalan Ketua Polis wilayah selatan itu, Mejar Jeneral Puthichart Ekachant.
Dalam kejadian lain pada awal pagi ini, sebuah bangunan terbakar selepas dibom di pekan Sungai Golok menyebabkan tiga orang mati.
Tidak jauh dari situ, seorang lelaki beragama Islam yang berusia 35 tahun ditembak mati oleh seorang lelaki bersenjata yang kemudian melarikan diri dari tempat kejadian.

BERNAMA - Anggota polis memeriksa sebuah motosikal yang dipasang bom sebelum diletupkan di hadapan sebuah pusat karaoke di Sadao, Songkhla.
Bagaimanapun, tidak jelas sama ada serangan itu telah dirancang oleh pihak tertentu ketika umat Islam menjalani ibadah di bulan Ramadan kerana selatan Thailand sering berhadapan dengan keganasan.
Di pekan Sungai Golok, letupan pertama berlaku kira-kira pukul 7 malam memusnahkan kedai makan dan pusat karaoke menyebabkan lapan orang cedera.
Letupan kedua pula berlaku pada 12.10 malam menyebabkan empat rumah terbakar.
Junta tentera Thailand yang telah merampas kuasa pada 22 Mei 2014 berjanji akan memulakan proses perdamaian yang terhenti dengan beberapa kumpulan pemisah yang di pedalaman selatan negara itu, namun setakat ini, hanya menunjukkan sedikit kemajuan.
– Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0712&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz3ffdpasjV 

Hakcipta terpelihara 

Pekerja di Plaza Low Yat dipukul dalam pergelutan


Satu pergelutan berlaku di sebuah kedai telefon pintar di Plaza Low Yat selepas sekumpulan pemuda bergaduh dengan pekedai di situ petang semalam.

Gambar-gambar dan video pergelutan yang berlaku di tingkat bawah di kompleks yang menjual peralatan elektroteknik itu telah tersebar meluas di dalam media sosial.

Dalam laporan New Strait Times Online melaporkan seramai tujuh pemuda mengamuk selepas seorang rakan mereka ditahan kerana didakwa mencuri telefon bimbit.

Dalam kejadian 7.50 malam itu kelihatan beberapa pekerja kedai telefon telah dipukul oleh kumpulan pemuda itu. Turut dirosakkan banyak produk dan peralatan di kedai itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Zainuddin Ahmad berkata polis telah menahan seorang lelaki berusia 22 tahun kerana merusuh dan masih memburu yang lain.

“Siasatan awal dapati kejadian ini berpunca ekoran penahanan suspek pencuri oleh pengawal keselamatan Plaza Lowyat dan kemudiannya menyerakannya kepada pihak polis.

“Rakan suspek kecewa dengan penahanan itu dan memanggil kawan-kawannya untuk membalas dendan,"kata beliau seperti yang dilaporkan akhbar itu.

Zainuddin menganggarkan kerosakan sekitar RM70,000.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 147 dan 427 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan menyebabkan kerosakan.

Bagaimanapun cerita di Internet, insiden itu digambarkan dengan cara berbeza.

Beberapa blog menulis bahawa 'pencuri' sebenarnya ditipu oleh peruncit semasa membeli telefon dari sebuah kedai di sana.

Lelaki itu kemudiannya kembali dengan kawan-kawannya dan menuntut pampasan penuh sebelum menyerang premis itu.

Berang ditipu, tujuh lelaki serang kedai telefon


12/07/2015 1:58pm

KUALA LUMPUR - Sekumpulan lelaki bertindak menyerang dan merosakkan sebuah kedai telefon bimbit di tingkat bawah Plaza Low Yat di sini malam semalam dipercayai berpunca daripada perasaan tidak puas hati ditipu oleh penjual premis berkenaan.
Kejadian berlaku selepas, seorang lelaki berusia 20-an cuba menuntut semula telefon bimbit dibelinya, tetapi berlaku sedikit perbalahan.
Lelaki itu ditahan pengawal keselamatan dan didakwa mencuri telefon bimbit di premis terbabit sebelum diserahkan kepada polis.
Susulan itu, berang dengan tindakan penjual premis itu, lelaki berkenaan bersama enam lagi rakannya menyerang dan memecahkan peralatan di dalam kedai itu selain turut memukul pekerja premis tersebut.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad berkata, seorang suspek berusia 22 tahun berjaya ditahan.
Katanya, pihak polis sedang menyiasat dakwaan suspek yang berang selepas dia diberikan telefon bimbit klon.
“Tujuh suspek itu bertindak ganas dengan menyerang dan memukul pekerja premis berkenaan selain memecahkan peralatan di dalamnya menyebabkan kerugian RM70,000," katanya
Zainuddin menafikan insiden berkenaan ada kaitan dengan isu perkauman seperti mana menjadi viral di media sosial selepas video dan gambar kejadian tersebar.
Kes disiasat mengikut Seksyen 147/427 Kanun Keseksaan keran merusuh. - KOSMO!


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0712&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_05.htm#ixzz3ffdVNYji 
Hakcipta terpelihara 

Kedai nombor ekor disamun

samun
GOKINA MORGANAN
12 Julai 2015
GEORGETOWN - Sekumpulan lelaki berjaket gelap melarikan wang tunai RM400 dalam kejadian samun di sebuah kedai nombor ekor di Relau, di sini, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira 11.20 pagi, penyamun terbabit turut melepaskan satu das tembakan.
Ketika itu, hanya ada dua pembantu kedai berusia lingkungan 57 dan 62 tahun.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalatrash Wahid berkata, siasatan awal polis mendapati suspek mengeluarkan senjata api yang dipercayai pistol dan menghala ke arah mangsa pertama. 
Mangsa pertama didapati terus tunduk ke bawah kaunter dan ingin menekan penggera. 
"Kemudian suspek meluru ke kaunter dan meminta mangsa kedua menyerahkan wang sambil melepaskan satu das tembakan ke arah dinding.
"Bimbang keselamatannya, mangsa terus menyerahkan wang tunai RM400. Sejurus itu, suspek melarikan diri," katanya.
Beliau berkata  mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan namun terdapat kesan tembakan di dinding dalam premis dan menemui serpihan anak peluru.
Mior Faridalatrash berkata kes disiasat mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan atas kesalahan samun bersenjata yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.
"Selain itu, kes berkenaan akan disiasat mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 yang membawa hukuman mati mandatori," katanya.

Wanita maut, motosikal terbabas di plaza tol

kemalangan

KEMAMAN - Seorang jurujual wanita di sebuah syarikat perumahan di sini maut setelah motosikal Modenas Kriss yang ditungganginya terbabas di susur keluar Plaza Tol Cheneh, di sini petang semalam.
Dalam kejadian pada kira-kira 5.40 petang itu, Suriyana Abdullah, 24, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan setelah motosikal berkenaan melanggar pengadang kiri jalan.
Ketika kejadian mangsa yang berasal dari Kampung Anak Ikan Jerteh dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Bandar Cheneh Baru setelah selesai bertugas menjaga ruang pameran di sebuah pasar raya di bandar Chukai.
Suami mangsa Mohd Azwan Yusof, 25, berkata beliau bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan daripada rakannya mengenai kejadian yang menimpa isterinya itu pada 6.30 petang.
Menurutnya mangsa keluar ke tempat kerjanya pada 10 pagi dan memaklumkan akan berbuka puasa bersama-sama.
Katanya, impian mereka untuk menyambut hari raya buat kali pertama sebagai suami-isteri tahun ini berkecai dengan pemergian arwah buat selama-lamanya.
Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Kemaman DSP Normansah Din ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan mayat mangsa dibawa Ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk dibedah siasat. – Bernama

Dua sepupu maut, kereta terbabas sebelum terbalik

12 Julai 2015
KUALA LUMPUR - Dua orang sepupu maut setelah kereta yang mereka naiki terbabas di Jalan Syed Putra menghala ke Mid Valley awal pagi ini.

Ketua Pusat Gerakan Operasi Bomba Kuala Lumpur, Samsol Maarif Saibani berkata dalam kejadian kira-kira 3.30 pagi itu, Mohd Zulkarnain Nasir, 19, dan Nazrul Tanang, 39, yang dalam perjalanan pulang ke Klang, meninggal dunia setelah kereta yang dipandu Mohd Zulkarnian hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar pokok sebelum terbalik.

kemalangan
Gambar hiasan
"Kedua-duanya meninggal dunia di tempat kejadian setelah tersepit di tempat duduk," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata mayat kedua-dua lelaki itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

Menurutnya, bomba menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada 3.45 pagi, dan 18 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Hang Tuah serta Balai Bomba dan Penyelamat Pantai dikerah ke lokasi kejadian. - Bernama

Ibu tiri, bapa mengaku tidak bersalah dera Yaya

WARTAWAN SINAR HARIAN
12 Julai 2015
PASIR MAS - Ibu tiri dan bapa kepada Nur Zuliana Zaara Zulkifli, 5, atau Yaya, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mendera.
Kedua-dua tertuduh membuat pengakuan tersebut terhadap pertubuhan yang dibacakan di hadapan Hakim Dazuki Ali.
Hakim Dazuki Ali menetapkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM20,000 setiap kesalahan sementara menunggu kes berkenaan disebut semula pada 16 Ogos ini.
Yaya kini sudah mahu makan
Laporan Sinar Harian semalam.
Ibu tiri Yaya didakwa mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001 kerana mendera dan Seksyen 325 Kanun Keseksaan.
Manakala bapa Yaya‎ didakwa mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001 kerana mendera.
Jumlah keseluruhan ikat jamin adalah RM60,000.
Pasangan suami isteri itu perlu melaporkan diri di Balai Polis Rantau Panjang pada tarikh 1 hingga 5‎ setiap bulan sehingga kes selesai.

Lelaki maut dihempap forklift

WARTAWAN SINAR HARIAN
11 Julai 2015
TAIPING - Seorang pemandu forklift disahkan maut selepas dihempap jentera pengangkut itu ketika sedang melakukan kerja pemunggahan barang di sebuah syarikat pembinaan tempat mangsa bekerja di Air Kuning, di sini.
pdrm
Ketua Polis Daerah Taiping , Asisten Komisioner Harrith Kam Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian yang berlaku kira-kira jam 5 petang semalam.
Menurutnya, dalam kejadian itu, mangsa, Hazlan Mat Isa, 37, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan parah di beberapa bahagian badan.
"Mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan yang tiba di tempat kejadian sebelum di bawa ke Hospital Taiping untuk bedah siasat.
"Hasil siasatan awal mendapati kejadian itu tidak ada sebarang unsur khianat atau perbuatan jenayah.
" Kes tersebut telah diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya kepada Sinar Harian.

Warga emas maut nahas 3 kenderaan

WARTAWAN SINAR HARIAN
11 Julai 2015
RANTAU PANJANG - Seorang warga emas maut selepas terlibat dalam kemalangan di Jalan Kampung Lubok Stol membabitkan tiga kenderaan, pada jam 7.20 pagi semalam.

Ketua Polis Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliludin Rahim berkata, mangsa, Abdul Kader A Bakar, 66, meninggal dunia di Hospital Pasir Mas manakala isterinya, Senas Salleh, 62, mengalami kecederaan ringan.

Warga emas maut nahas 3 kenderaan
Pasukan Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang berusaha mengeluarkan Abdul Kader yang tersepit.
Berdasarkan maklumat awal katanya, mangsa yang beralamat di Kampung Kedap Rantau Panjang, memandu van dari arah Rantau Panjang ke Lubok Stol dan setibanya di tempat kejadian berlaku pertembungan dengan kereta Proton Saga dan Perodua  Alza dari arah bertentangan.

“Abdul Kader mengalami kecederaan parah di bahagian dalaman dan patah kedua-dua kaki.

“Sebahagian mangsa lain termasuk Senas mengalami kecederaan ringan dan dirawat di hospital yang sama,” katanya.

Beliau berkata, saksi yang melihat kejadian diminta tampil atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas untuk membantu siasatan dan kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, Pegawai Kanan Bomba I (PBK) Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang, Zaimi Samat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.21 pagi dan bergegas ke tempat kejadian dengan kekuatan enam anggota.

“Setibanya di tempat kejadian kami dapati pemandu van berkenaan tersepit dan mengambil masa selama lima minit untuk mengeluarkan mangsa dengan menggunakan pemotong ‘hydraulic’.

“Kami menasihati semua pengguna jalan raya agar berhati-hati ketika memandu berikutan pertambahan bilangan kenderaan menjelang Syawal tidak lama lagi,” katanya.

China pindahkan lebih 800,000 penduduk

12 Julai 2015
SHANGHAI - CHINA. Lebih daripada 865,000 orang penduduk Zhejiang dipindahkan sebagai langkah berjaga-jaga akibat kesan taufan Chan-hom yang bakal membadai kawasan timur China, hari ini.

China pindahkan lebih 800,000 penduduk
Orang ramai berkumpul di sebuah tebing dekat Wenling bagi melihat ombak besar yang disebabkan taufan Chan-hom.
Kelmarin, taufan yang membawa angin berkelajuan sehingga 187 kilometer sejam (kmsj) itu membadai pulau Okinawa di Jepun dan Taiwan menyebabkan sekurang-kurangnya 20 orang cedera.

Pusat Metereologi Kebangsaan China memberi amaran, Chan-Hom bakal menjadi taufan paling kuat pernah membadai wilayah Zhejiang sejak 1949.

Ia diramal melanda wilayah berkenaan terlebih dahulu sebelum bergerak ke Shanghai.

Difahamkan, 400 penerbangan sudah dibatalkan sejak Jumaat.

Taufan Chan-hom meragut lima nyawa semasa ia membadai Filipina awal minggu ini, lapor Reuters.

SKMM Akan Ambil Tindakan Terhadap Pemilik Parabola Haram


Diterbitkan: Sabtu, 11 Julai 2015 5:54 PM


CYBERJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan segera lakukan siasatan dan mengambil tindakan untuk kesalahan pemilikan dan penggunaan parabola haram yang dilaporkan berleluasa di Cameron Highlands.
MCMC telah dimaklumkan mengenai kewujudan dan penggunaan parabola secara berleluasa di kawasan Cameron Highlands oleh petugas khas Ops Gading yang diketuai oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Sehubungan itu, SKMM akan bekerjasama dengan MKN, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan beberapa penguatkuasa yang lain bagi proses penyiasatan.
Penggunaan parabola yang berleluasa itu terdapat di kawasan penempatan haram yang disyaki diduduki pendatang asing tanpa izin (Pati).
Penguatkuasaan sukar dilaksanakan sepenuhnya kerana kekangan seperti penempatan yang dikenal pasti dipasang di kawasan berbukit, cerun dan lereng-lereng yang menyukarkan pasukan operasi untuk memasuki kawasan tersebut dengan kenderaan biasa.
Selain itu, proses untuk mengenal pasti pemilik atau pengguna parabola tersebut juga sukar, kata Ketua Bahagian Pemantauan dan Penguatkuasaan SKMM, Zulkarnain Mohd Yasin.
Pemilikan dan penggunaan parabola merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 239 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia (AKM) 1998 dan di bawah Akta Kastam 1967.
Jika sabit kesalahan di bawah AKM 1998, hukuman denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya, manakala di bawah Peraturan 16, Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (Standard Teknik) 2000, hukuman denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi tempoh enam bulan jika sabit kesalahan.
Penggunaan parabola memberi impak kepada industri penyiaran negara kerana kandungan siaran yang diterima secara terus melalui parabola tidak ditapis.
Hal ini menyebabkan pendedahan kepada bahan-bahan lucah dan ideologi songsang mudah berlaku.
Kewujudan parabola yang banyak juga mencemarkan pemandangan di negara ini.
SKMM sebagai badan kawal selia industri komunikasi dan multimedia Malaysia mengambil berat setiap perlakuan kesalahan yang melanggar peruntukan AKM 1998 atau undang-undang subsidiarinya.
SKMM akan bekerjasama bersama dengan agensi penguatkuasaan lain untuk menyiasat dan mengenal pasti pemilik parabola selain daripada terus melakukan aktiviti pemantauan berkala di kawasan Cameron Highlands, tambah Zulkarnain Mohd Yasin.

Bas Rempuh Rumah Kedai


Diterbitkan: Ahad, 12 Julai 2015 8:40 AM


GEORGE TOWN: Sebuah bas henti-henti yang hilang kawalan di Jalan Masjid Kapitan Keling merempuh rumah kedai dua tingkat berhampiran Masjid Kapitan Keling, di sini, pada Sabtu malam.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira 9.15 malam itu, bas terbabit dikatakan terbabas sebelum merempuh tiang hadapan rumah berkenaan.

Jurucakap polis berkata siasatan awal mendapati dua daripada empat penumpang bas yang cedera ringan, telah dihantar ke hospital.


"Pemandu bas itu juga mengalami kecederaan dan telah dikejarkan ke hospital," katanya.

Menurutnya, polis masih menjalankan siasatan di tempat kejadian untuk mengenal pasti punca kemalangan.

Tambahnya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat tentang kejadian diminta untuk membuat laporan di balai polis berhampiran.

Wanita Diragut Patah Bahu Kiri Di Butterworth


Diterbitkan: Sabtu, 11 Julai 2015 6:32 PM


Gambar hiasan. Foto: The Star/ART CHEN

BUTTERWORTH: Seorang wanita patah bahu kiri selepas diragut seorang lelaki menaiki sebuah motosikal dalam kejadian di Taman Perkasa, di sini pagi Jumaat.

Jurucakap polis berkata dalam kejadian 7.20 pagi itu, mangsa yang berusia 46 tahun diragut dari arah belakang, sebelum terjatuh dan patah bahu kiri.

"Ketika kejadian wanita itu baru menghantar anaknya ke sekolah sebelum mangsa berjalan ke arah keretanya dan diragut lelaki yang menaiki motosikal jenis Honda Ex5.

"Terdapat wang tunai sebanyak RM2,000, telefon bimbit dan dokumen pengenalan diri dalam beg tangan berjenama milik mangsa itu," katanya di sini pada Sabtu.

Beliau berkata mangsa yang merupakan seorang peniaga, dihantar ke sebuah hospital swasta di George Town, dekat sini untuk rawatan lanjut.

Jurucakap itu berkata berdasarkan rakaman CCTV di kawasan kejadian, polis menahan tiga lelaki dipercayai geng samun dan ragut yang aktif di sekitar Butterworth bagi membantu siasatan.

"Tiga lelaki berusia 20-an itu ditahan di Bagan Ajam di sini kira-kira 1 pagi ini bagi membantu siasatan kes berkenaan," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara ACP Abdul RahmanIbrahim berkata dengan penahanan tiga lelaki yang tidak mempunyai pekerjaan tetap itu, polis percaya dapat menyelesaikan kes ragut berkenaan.

Katanya tiga lelaki itu kini direman dan kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Pemuda Maut, Abang Parah Kereta Dinaiki Terbabas


Diterbitkan: Sabtu, 11 Julai 2015 1:55 PM


Gambar hiasan.

JOHOR BARU: Seorang pemuda maut manakala abangnya cedera parah apabila kereta Perodua Kancil yang dinaiki mereka terbabas dan masuk ke dalam longkang di KM47.2 Jalan Batu Pahat-Mersing, dekat Kluang pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Kluang ACP Mohamad Laham berkata dalam kejadian 7.45 pagi itu, menyebabkan Muhammad Amer Fahiz Mohd Said, 19, meninggal dunia di tempat kejadian manakala Mohd Badiuz'zaman, 27, cedera parah.
"Kejadian dipercayai berlaku ketika kedua-dua mangsa dari arah Batu Pahat itu dalam perjalanan ke tempat kerja di sebuah stesen minyak di Taman Desa, Kluang," katanya ketika dihubungi pada Sabtu.
Mohamad berkata sebaik tiba di tempat kejadian, Muhammad Amer Fahiz yang memandu kereta itu dipercayai gagal mengawal kenderaannya lalu terbabas ke bahu jalan dan melanggar sebatang pokok.
"Kereta itu kemudiannya terbalik dan masuk ke dalam longkang," katanya.
Menurut Mohamad, bentuk jalan di tempat kejadian berselekoh dan sedikit menurun bukit, namun, keadaan cuaca ketika itu baik.
Mayat dan mangsa yang cedera parah dihantar ke Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom, Kluang, untuk bedah siasat dan rawatan, katanya.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Tiga Maut, Dua Parah Dalam Letupan Bom Di Selatan Thailand


Diterbitkan: Sabtu, 11 Julai 2015 3:04 PM


Gambar hiasan.

PADANG BESAR (Thailand): Tiga wanita terbunuh manakala dua lagi cedera parah dalam letupan bom di hadapan sebuah pusat karaoke di pekan Siam di sini malam Jumaat.
Mereka yang cedera sedang dirawat di Hospital Hatyai.
Menurut Ketua Polis Padang Besar Choketawee Janthongon, dua mangsa terbunuh di tempat kejadian termasuk pemilik karaoke itu yang berumur 43 tahun manakala seorang meninggal dunia di hospital Hatyai pagi Sabtu.
Beliau yang ditemui wartawan Malaysia di pekan Siam Padang Besar pada Sabtu hanya mengesahkan mangsa yang lain berumur 28 hingga 40 tahun dan kesemuanya adalah rakyat Thailand.
Katanya kejadian berlaku kira-kira pukul 8.30 malam (waktu tempatan).
Letupan itu merosakkan enam buah kereta, lima motosikal dan tujuh rumah kedai dua tingkat berdekatan karaoke tersebut.
Sumber memberitahu bom dipasang pada motosikal dan diletupkan dipercayai menggunakan telefon bimbit tidak sampai 10 minit selepas diletakkan di hadapan karaoke itu.
Letupan itu berlaku tidak lama selepas beberapa siri letupan di Golok malam Jumaat.
Semasa sekumpulan wartawan dan jurugambar Malaysia tiba, pasukan polis forensik Thailand sedang mengumpul bahan-bahan bukti di tempat kejadian.
Seorang pemilik rumah kedai dua tingkat yang berhadapan karaoke itu yang hanya mahu dikenali sebagai Tuan Jo, 48, berkata beliau baru melangkah keluar tidak sampai 100 meter dari premisnya apabila letupan itu berlaku.
"Saya berlari balik dan melihat beberapa wanita bergelimpangan dalam karaoke itu yang beroperasi tidak sampai tujuh bulan. Rumah kedai saya turut terkena serpihan bom akibat letupan itu," katanya.
Jiran beliau berselang dua pintu yang mengadap karaoke itu, Kanika Ruang Song, 65, berkata beliau terdengar letupan kuat semasa berada di satu lagi kedai miliknya di bahagian belakang.
"Saya takut untuk datang melihat.... letupan kuat itu mesti bom. Pagi ini saya lihat cermin belakang kereta Honda CRV anak saya pecah manakala serpihan bom mengenai bahagian hadapan rumah kedai," katanya dalam bahasa Melayu.
Penduduk tempatan Haji Hassan, 62, berkata dia sedang menunaikan solat tarawih di masjid pekan Siam kira-kira 800 meter dari tempat kejadian apabila terdengar satu bunyi letupan kuat kira-kira pukul 8.30 malam.

Polis Tahan Pelacur Di Sebuah Rumah Di Taman Lip Sin


Diterbitkan: Sabtu, 11 Julai 2015 12:13 PM


GEORGE TOWN: Taktik sindiket pelacuran yang menjadikan sebuah rumah sebagai tempat operasi mereka bagi mengelak dikesan pihak berkuasa tidak berjaya selepas kediaman di Taman Lip Sin, di sini diserbu polis pada Jumaat.
Ketua Polis daerah Timur Laut ACP Mior Faridalatrash Wahid berkata bertindak hasil maklumat dan risikan, sepasukan polis menyerbu rumah jenis pangsapuri berkenaan kira-kira 4 petang Jumaat.
"Semasa serbuan itu terdapat lima wanita warga Thailand berusia 29 tahun hingga 37 tahun yang dipercayai bekerja sebagai pelacur di rumah berkenaan.
"Polis turut menahan seorang lelaki berusia 34 tahun yang dipercayai pelanggan kepada pelacur warga asing itu," katanya kepada pemberita di sini Sabtu.
Beliau berkata dalam serbuan itu, polis turut merampas enam keping kondom, tilam dan pelbagai peralatan lain yang dipercayai digunakan untuk aktiviti pelacuran.
Mior Faridalatrash berkata sindiket berkenaan dipercayai menggunakan rumah berkenaan untuk aktiviti pelacuran sejak beberapa bulan lepas.
Katanya siasatan awal dipercayai sindiket itu didalangi warga tempatan dan usaha mengesan ketua sindiket itu giat dijalankan.
Jelas beliau, lima wanita berkenaan yang turut menyalah guna pas lawatan sosial kini direman mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan dan Seksyen 39(b) Peraturan Imigresen 1959/63.