Search This Blog

Monday, July 6, 2015

Bapa Saudara Kanak-Kanak Mangsa Dera Turut Ditahan


Diterbitkan: Isnin, 6 Julai 2015 12:14 PM
Bapa kandung dan ibu tiri Nur Zuliana Zaara Zulkifli 5, ditahan bagi membantu siasatan pada Khamis lalu.

KOTA BARU: Dua orang bapa saudara kepada kanak-kanak perempuan yang dipercayai didera oleh bapa kandung dan ibu tirinya di Rantau Panjang pada 24 Jun lalu turut ditahan.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata kedua-duanya ditahan di sekitar sini beberapa hari lepas untuk membantu siasatan kes berkenaan.
"Setakat ini kita telah menahan empat orang iaitu dua orang bapa saudara,  ibu tiri dan bapa kandung mangsa," katanya kepada pemberita di sini malam Ahad.
Beliau berkata 21 kenyataan turut diambil sementara kertas siasatan akan dirujuk kepada pendakwa raya untuk tindakan lanjut.
Kanak-kanak tersebut kini berada di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Nelayan Hilang Ditemui Mati Terapung


Diterbitkan: Ahad, 5 Julai 2015 4:23 PM
Gambar hiasan.

KEMAMAN: Seorang daripada empat nelayan yang dilapor  hilang sejak 14 hari lalu di perairan Kemaman ditemui mati terapung kira-kira 17 batu nautika dari perairan Pulau Kapas pada Sabtu.
Ketua Penguatkuasa Pangkalan Maritim Kemaman, Leftenan Komander Maritim Norhafizi Mohd Rafik berkata mayat Mohd Zawawi Seman, 36, ditemui sekumpulan nelayan tempatan kira-kira pukul 12 tengah hari.
Beliau berkata mayat dibawa ke pangkalan Pulau Kambing kira-kira pukul 4 petang Sabtu.
"Waris keluarga mangsa telah dipanggil untuk membuat pengecaman mayat yang  mengesahkan mayat tersebut adalah Zawawi. Kad pengenalan mangsa turut ditemui dalam poket seluar mangsa," katanya.
Norhafizi berkata mayat berkenaan dipercayai lebih tiga hari terapung di laut.
Mangsa bersama tiga yang lain dari Kemaman dilapor hilang setelah keluar ke laut pada 21 Jun lalu.
Beliau berkata pihaknya masih mengesan kedudukan tiga lagi rakan mangsa.
"Dengan penemuan mayat ini diharap ia dapat memberi petunjuk kedudukan nelayan yang lain," katanya.

Bapa Harap Anak Hilang Di Laut Pulang Selamat


Diterbitkan: Isnin, 6 Julai 2015 12:45 PM

KEMAMAN: Bapa kepada seorang daripada tiga nelayan yang hilang sejak 21 Jun lalu berharap anaknya dan rakan-rakannya dapat pulang dengan selamat.
Muda @ Abu Bakar Salleh iaitu bapa kepada Azuari, 41, berkata sekiranya gagal menemui ketiga-tiga mereka yang juga merupakan saudaranya, setidak-tidaknya dapat ditemui bot mereka sudah memadai.
"Saya sedar harapan untuk menemui mereka dalam keadaan selamat agak tipis.
Tambahan pula semalam ditemui mayat Mohd Zawawi Seman, 36, yang terapung di perairan Pulau Kapas.
"Kita mahu ketiga-tiganya ditemui semula. Namun kita masih tidak mengetahui sama ada bot mereka karam atau sebaliknya," katanya.
Empat nelayan itu dilapor hilang setelah keluar menangkap ikan di sekitar perairan Kemaman tanpa sehingga kini terdapat sebarang petunjuk tentang kehilangan mereka.
Muda berkata beliau bersama 21 nelayan lain turut keluar mencari sehingga ke Pulau Tenggol, Dungun.
"Saya sempat melakukan solat hajat di pesisir pantai pulau tersebut dan sebaik menerima panggilan (mengenai penemuan mayat Mohd Zawawai), kami segera bergegas balik ke Kemaman dan hampir dua jam kami dilanda ribut berserta angin kencang sepanjang perjalanan pulang," katanya.

Suri Rumah Jadi Penjamin Pinjaman Tanpa Disedari


Diterbitkan: Isnin, 6 Julai 2015 1:31 PM

JOHOR BARU: Seorang suri rumah terkejut apabila menerima surat perintah supaya hadir ke mahkamah selepas identitinya digunakan sebagai penjamin bagi skim pinjaman yang dibuat tanpa disedarinya.

Tan May Mai, 55, berkata beliau bertemu seorang wanita yang dikenali sebagai Ah Chen di sebuah pusat hiburan pada Oktober 2012 yang meyakinkannya supaya membuat pinjaman sebanyak RM10,000 dengan Persatuan Peniaga Wanita Cina Malaysia untuk membuka sebuah gerai makanan.
 
Tan bersetuju dan menyerahkan MyKad miliknya bersama beberapa gambar berukuran pasport kepada Ah Chen untuk meneruskan permohonan pinjaman itu.

"Apabila saya memberitahu suami mengenai permohonan pinjaman tersebut, dia tidak setuju kerana saya tidak pandai memasak dan ia akan menjadi beban untuk membayar pinjaman tersebut secara ansuran bulanan," katanya dalam sidang media anjuran MCA pada Isnin.

Menyedari dirinya tidak menandatangani sebarang borang atau dokumen, Tan menghubungi Ah Chen seminggu kemudian untuk membatalkan permohonan tersebut dan mengambil semula MyKadnya.

Namun, pada April lalu, ibu kepada tiga orang anak itu menerima surat daripada pesatuan memaklumkan dia perlu hadir ke mahkamah pada 10 Julai.

Wanita itu mendakwa identitinya telah disalah gunakan sebagai penjamin kepada pinjaman kakak Ah Chen sebanyak RM10,000 tanpa disedarinya.

1MDB: PDRM Tunggu Polis Thailand Selesai Siasat Justo


Diterbitkan: Isnin, 6 Julai 2015 1:44 PM

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu menunggu Polis Thailand selesai menjalankan siasatan terhadap bekas eksekutif PetroSaudi International Ltd (PSI), Xavier Justo sebelum boleh dipertimbangkan untuk menyoal siasat warga Switzerland itu.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihaknya sebelum ini telah menyuarakan hasrat kepada Polis Thailand bagi membincangkan permintaan Malaysia untuk menemui Justo yang sedang ditahan di Thailand.
"Tiada perkembangan terkini setakat ini. Kita tunggu dahulu pihak Thailand selesaikan kes berkenaan," katanya dalam sidang media selepas merasmikan majlis penyerahan 300 topi keledar kepada anggota polis trafik Kuala Lumpur, di sini, Isnin.
Pada 24 Jun lepas, Polis Thailand dilaporkan menahan Justo atas tuduhan cuba memeras ugut PSI, sebuah syarikat antarabangsa yang berpangkalan di Arab Saudi yang menjadi tumpuan di Malaysia berikutan kerjasama pernah dijalin dengan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Berikutan cubaan peras ugut itu, beberapa e-mel dan dokumen disiarkan oleh Sarawak Report, sebuah blog bermotifkan politik sehingga mencetuskan pelbagai tuduhan terhadap 1MDB.
Khamis lepas, Khalid telah mengadakan perjumpaan dengan Timbalan Ketua Polis Thailand, Chaktip Chaijinda bagi membincangkan kebenaran menyoal siasat Justo berhubung kes berkenaan.
Dalam perkembangan lain, Khalid memaklumkan pihaknya akan mengadakan perjumpaan secara tertutup dengan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Tan Sri Annuar Musa berhubung kontroversi pembelian aset Dudley International House di Melbourne, Australia.
Bagaimanapun Khalid enggan mengulas lanjut mengenai perjumpaan itu.
Baru-baru ini, akhbar Australia The Age melaporkan seorang pegawai tinggi Mara, seorang pegawai kanan dan seorang bekas ahli politik didakwa membelanjakan dana kerajaan secara berlebihan untuk membeli satu blok pangsapuri di Melbourne dalam penipuan hartanah.
Akhbar itu mendakwa 'sekumpulan pegawai Malaysia yang amat kaya' terlebih bayar sebanyak A$4.75 juta (RM13.8 juta) bagi blok pangsapuri di bandar raya itu pada 2013.
Ketiga-tiga pegawai itu didakwa 'membida lebih tinggi' bagi bangunan itu yang dikenali sebagai Dudley International House daripada A$17.8 juta kepada A$22.5 juta (RM65.3 juta).
Dudley International House merupakan asrama pelajar yang dibeli oleh Mara, yang menyediakan biasiswa kepada pelajar Malaysia yang melanjutkan pengajian di luar negara.
Terdahulu, Khalid bersama Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Berhad Datuk Seri Shazalli Ramly menyerahkan 300 topi keledar jenama Givi kepada anggota trafik Kuala Lumpur yang bertugas.
Shazalli berkata sumbangan itu merupakan tanda penghargaan kepada warga trafik Kuala Lumpur yang telah menjalankan penugasan dan kawalan lalu lintas di sekitar bandar raya ini.
"Dengan kehadiran polis-polis trafik di sekitar ibu kota memberikan rasa selamat dan aliran trafik lebih lancar," katanya.
Turut hadir Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri/Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Muhammad Fuad Abu Zarim dan Ketua Jabatan Ketenteraman Awam Kuala Lumpur, Datuk Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid.

Tragedi Kim Nirvana: Pemilik, Kru Antara 19 Didakwa


Diterbitkan: Ahad, 5 Julai 2015 2:38 PM
Seramai 19 orang didakwa susulan kejadian yang mengorbankan 51 nyawa itu.

MANILA: Pemilik dan anak kapal feri penumpang yang terbalik di selatan Filipina didakwa membunuh kerana menyebabkan 51 nyawa terkorban.
Semuanya 19 orang telah didakwa, termasuk pengendali feri, Joge Bong Zarco dan kapten, Warren Oliviero.
Ketua polis wilayah, Asyer Dolina berkata, pertuduhan itu difailkan lewat petang Jumaat di Bandar Ormoc.
Feri kayu Kim Nirvana yang membawa 173 penumpang karam Khamis lalu, akibat dihempas ombak kuat ketika sedang belayar dari Ormoc menuju ke selatan Pulau Camotes.
Insiden itu mengorbankan puluhan nyawa dan hanya 141 penumpang berjaya diselamatkan.
"Siasatan awal polis dan temu bual dengan mangsa menunjukkan feri itu tiba-tiba mengubah haluannya, menyebabkan ia terbalik.
"Mereka (krew kapal) tidak berhati-hati, menunjukkan terdapat niat untuk membunuh. Mereka cuai dan bertindak dengan melulu," kata Dolina.
Mengikut undang-undang negara itu, membunuh boleh dihukum penjara sehingga 40 tahun.
Jumlah kematian susulan tragedi Kim Nirvana meningkat kepada 51 orang selepas pasukan penyelamat membetulkan posisi feri yang terbalik, petang kelmarin. - AFP

Serangan Di Gereja, Lima Terbunuh


Diterbitkan: Isnin, 6 Julai 2015 10:29 AM

KANO, Nigeria: Lima orang terbunuh selepas seorang pengebom berani mati yang dipercayai ahli kumpulan Bokok Haram meletupkan dirinya di dalam sebuah gereja di kawasan bergolak di bandar Potiskum di sini.
Penyerang itu dilaporkan memasuki gereja dengan tujuan untuk melakukan penyembahan sebelum meletupkan dirinya.
Seramai empat mangsa disahkan mati di tempat kejadian manakala seorang meninggal dunia di hospital selepas mengalami kecederaan parah.
"Mangsa terdiri daripada seorang wanita dan dua anaknya, paderi dan individu lain," kata seorang pegawai.
Seorang saksi, Garba Manu berkata, pengebom berani mati berkenaan dilihat tiba di gereja menaiki motosikal sebelum memasuki bangunan tersebut.
Jelasnya, kedengaran bunyi letupan kuat tidak lama selepas penyerang memasuki bangunan gereja itu.

Maut terkena kayu palang lori

Maut terkena kayu palang lori
Keadaan mangsa selepas terlibat kemalangan di Kilometer 4.8 Jalan Teluk Ramunia- Tanjung Pengelih, pagi semalam.

KOTA TINGGI - Seorang penunggang motosikal maut selepas terkena kayu palang bumbung lori yang terjatuh secara tiba-tiba dalam kejadian di Kilometer 4.8 Jalan Teluk Ramunia-Tanjung Pengelih, semalam.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Rahmat Othman berkata, kemalangan maut itu berlaku kira-kira jam 10 pagi melibatkan sebuah motosikal jenis Yamaha dengan sebuah lori Treller jenis Hino.
Menurutnya, mangsa penunggang motosikal, Koo Ah Cheng, 62, beralamat di Nombor 3 Jalan Pantai, Sungai Rengit, maut di tempat kejadian kerana cedera di kepala.
“Kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal yang dalam perjalanan dari arah Tanjung Pengelih menghala ke Sungai Rengit terkena kayu palang bumbung lori yang jatuh tiba-tiba semasa lori itu dalam perjalanan ke arah Tanjung Pengelih.
“Siasatan awal mendapati kayu tersebut terkena kepala penunggang motosikal menyebabkan mangsa meninggal di tempat kejadian.
“Hasil siasatan mendapati tempat kejadian merupakan jalan lurus, jalan dua hala dan semasa kejadian keadaan cuaca baik dan terang,” katanya.
Tambahnya, mayat mangsa di bawah ke Hospital Kota Tinggi untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Pemandu bas menangis dibelasah nenek

Pemandu bas menangis dibelasah nenek
Rakaman CCTV menunjukkan warga emas itu berkeras mahu pemandu bas berkenaan memberhentikan kenderaan tersebut.

FUZHOU - CHINA. Seorang pemandu bas menangis teresak-esak selepas menerima asakan pukulan dari seorang warga emas, lapor portal berita Shanghaiist.

Kejadian berlaku di Fuzhou, China baru-baru ini apabila seorang warga emas dikatakan menaiki bas yang salah.

Wanita tersebut kemudiannya memaksa pemandu bas tersebut memberhentikan bas tersebut sebelum membenarkan dia turun untuk mengambil bas yang lain.

Menerusi sebuah rakaman rakaman litar tertutup (CCTV) yang tersebar, pemandu tersebut dikatakan enggan memberhentikan bas dan hanya akan berhenti di hentian bas seterusnya.

“Pemandu tersebut yang enggan memberhentikan kenderaan tersebut memberitahu warga emas itu bahawa dia tidak boleh memberi arahan sesuka hati tanpa mengambil kira keselamatan dan keselesaan penumpang yang lain.

“Wanita itu mula berang dan mengetuk pintu bas menggunakan tongkatnya sebelum menghalakan tongkat tersebut ke pemandu bas itu.

“Tanpa belas kasihan, wanita yang merupakan warga emas itu mula memukul lelaki itu tanpa henti selain memberi amaran kepada penumpang lain supaya tidak menghubungi pihak berkuasa," kata laporan tersebut.

Insiden berkenaan dilaporkan berlaku sehingga 10 minit sebelum wanita tersebut diturunkan di hentian bas seterusnya.

Sebagai penamat bagi keseluruhan drama, wanita tersebut menujah bakul sampah ke muka pemandu bas tersebut; menyebabkan lelaki itu akhirnya menangis teresak-esak di steringnya.

Kilang runtuh, 9 maut

Kilang runtuh, 9 maut
Pasukan penyelamat membawa seorang mangsa keluar dari timbunan sisa runtuhan kilang.

BEIJING - CHINA. Seramai sembilan pekerja kilang kasut di timur China terbunuh dan puluhan lagi kini di dirawat di hospital kerana bangunan tempat mereka bekerja runtuh.

Agensi berita Xinhua melaporkan, sekurang-kurangnya 51 pekerja sedang bekerja di kilang itu apabila bangunan kilang tiba-tiba runtuh dalam kejadian pukul 4 petang (waktu tempatan).
Kejadian berlaku kelmarin di Wenling, wilayah Zhejiang, menurut pegawai semalam.

Laporan itu menambah, runtuhan dipercayai disebabkan oleh binaan kolam renang besar di bumbung bangunan kilang. Punca bangunan berkenaan runtuh sedang disiasat.

Wenling, bandar pesisir laut di timur China sememangnya terkenal dengan industri kasut.

Pejabat pelancongan bandar itu mendakwa bahawa sepasang dari lima pasang kasut yang berada dalam pasaran dunia dikeluarkan dari bandar itu, lapor AFP.

Dakwa Pyongyang buat eksperimen manusia


Helsinki: Seorang saintis Korea Utara yang berpaling tadah dengan melarikan diri ke Finland mendakwa memiliki bukti bahawa negaranya itu menjalankan uji kaji membabitkan manusia dan senjata kimia, lapor agensi berita Yonhap.

Saintis berusia 47 yang dikenali dengan nama Lee bekerja di Ganggye berhampiran sempadan China. Dia dilaporkan berjaya melarikan diri melalui Filipina bulan lalu dengan membawa pemacu pena yang memuatkan maklumat mengenai uji kaji menggunakan manusia.

Lee dijangka memberi keterangan di hadapan parlimen Eropah bulan ini.

Menurut Yonhap, dia melarikan diri kerana ragu-ragu dengan kajian dijalankan.

Pengarah Jawatankuasa Hak Asasi Manusia Korea Utara Greg Scarlatoiun berkata dakwaan Lee itu tidak mustahil.

“Kami pernah diberitahu mengenai perkara yang sama sebelum ini bahawa uji kaji manusia dijalankan di dalam penjara,” katanya.

Seorang pegawai Korea Utara yang pernah berpaling tadah pada 1990-an menceritakan mengenai peperangan biologi dan kimia ke atas mangsa termasuk kanak-kanak yang kurang upaya dari segi mental serta fizikal.

“Saya melihat dengan mata saya sendiri, mereka menjalankan ujian ke atas manusia untuk menunjukkan bagaimana seseorang itu mati,” katanya dalam satu temu bual pada tahun lalu.

Bagaimanapun setakat ini tiada bukti kukuh ujian seumpama itu dijalankan. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 Julai 2015 @ 7:33 AM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/62299#sthash.FZdzGE27.dpuf

Lima mati tram bertembung

Bangkok: Lima mati manakala lebih 30 lagi cedera selepas dua tram yang digunakan bagi membawa pengunjung ke sekitar Zoo Kao Suan Kwang di wilayah Khon Kaen, timur Thailand, bertembung.
Jurucakap polis, Kolonel Pichit Deeya, berkata kejadian berlaku apabila pemandu satu tram gagal mengawal kenderaan itu kerana masalah brek lalu merempuh sebuah lagi tram.
Menurutnya, pertembungan itu menyebabkan kedua-dua tram terbalik dan menghempap seorang penumpang yang mati di tempat kejadian.
“Empat lagi, termasuk seorang budak perempuan berusia dua tahun, mati di hospital dan semua mangsa adalah rakyat Thailand,” katanya.
Selain itu, kira-kira 10 kanak-kanak berusia antara tiga hingga 12 tahun juga cedera. - AP
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 Julai 2015 @ 6:39 PM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/62260#sthash.jM995Pcc.dpuf

Ditahan sebar khabar angin bunuh diri


 0
  0  0 Google +0
Beijing: Pihak berkuasa menahan seorang lelaki kerana didakwa menyebarkan khabar angin bahawa segelintir orang di Beijing membunuh diri dengan terjun bangunan disebabkan pasaran saham merudum.

Lelaki dikenali sebagai Tian, 29, itu ditahan kerana ‘berkelakuan tidak senonoh’ lapor China Central Television.

Dia didakwa menyebarkan di media sosial pada 3 Julai lalu bahawa “ada segelintir orang yang terjun dari bangunan di Financial Street” - lokasi di ibu negara China yang menempatkan pelbagai institusi kewangan.

Kenyataannya itu bagaimanapun dipadamkan pihak berkuasa. - Reuters

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 Julai 2015 @ 7:32 AM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/62296#sthash.fBeRLWAh.dpuf

11 bandar dinaiki air lepas ribut

Manila: Bandar di utara Filipina dinaiki air selepas Ribut Tropika Linfa melanda kepulauan itu, semalam.
Anggota bantuan berada dalam keadaan bersiap sedia bagi menghadapi bencana.
Ketua pertahanan awam di wilayah itu, Chito Castro berkata, sekurang-kurangnya 11 bandar di pinggi pantai terjejas oleh banjir dan air sungai yang melimpah sebaik ribut Linfa melewati kawasan itu.
“Hujan dan angin kuat. Jalan-jalan utama dinaiki air. Beberapa rumah sudah mula dinaiki air, ada juga yang sudah tenggelam sepenuhnya,” katanya.
Sehingga kini tiada kecederaan mahupun kematian dilaporkan, namun dia mengakui ini mungkin kerana semua pihak masih memfokuskan terhadap usaha bantuan. Ribut kuat menjejaskan komunikasi.
Ribut berkenaan membawa angin maksimum 120 kilometer sejam dan bergerak ke arah barat laut sembilan kilometer sejam sebelum melencong ke utara dan bergerak ke Luzon, petang semalam.
Menurut ketua pertahanan awam negara Alexander Pama, mereka sudahpun membuat persediaan yang sewajarnya untuk berdepan kemungkinan jika terpaksa melakukan pemindahan besar-besaran. - AFP
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 Julai 2015 @ 7:33 AM


DUA wanita berpegang tangan meredah angin kencang akibat Ribut Tropika Linfa yang turut menyebabkan payung mereka terbalik.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/62298#sthash.YPXDIRIx.dpuf

Imam balik ceramah Nuzul Quran nahas


Sebelum ini, Mohd Nor Shauqi A Rahman, 29, adalah seorang imam dan banyak menerima jemputan berceramah di masjid dan jabatan kerajaan, namun semuanya tinggal kenangan selepas dia maut dalam kemalangan di Kilometer 352.3, Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT 2), dekat Bukit Besi, di sini, semalam.

Dalam kemalangan, kira-kira jam 10.30 pagi, mangsa dalam perjalanan pulang ke Kuala Terengganu selepas mengadakan ceramah sempena Nuzul Quran anjuran sebuah pertubuhan di Kuala Lumpur.

Kejadian itu dipercayai berlaku apabila kereta Honda City dipandunya terbabas sebelum merempuh penghadang jalan.

Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Dungun sebelum disahkan meninggal dunia jam 1 petang ketika diberi rawatan kecemasan manakala isterinya, Siti Maryuni Mansor, 27, dan anaknya, Safiyah Maisarah, 2, selamat dan tidak cedera.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 Julai 2015 @ 7:37 AM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/62300#sthash.72EX2YJO.dpuf

Dicekup tinggal bungkusan heroin


Taktik lelaki meninggalkan bungkusan heroin di kawasan Flat Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sungai Bunos, di sini, untuk diedarkan secara kecil-kecilan mengundang padah apabila perbuatannya dilihat anggota polis yang membuat pemeriksaan, kelmarin.

Dalam pemeriksaan jam 11.30 pagi itu, suspek berusia 30-an ditahan di Blok G perumahan itu selepas anggota polis menemui satu ikatan gelang getah mengandungi lima peket lut sinar berisi dadah seberat 19.64 gram.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Mohd Roy Suhaimi Sariff berkata, suspek mungkin ingin menghantar bekalan kepada penagih di kawasan itu.

“Hasil ujian air kencing mendapati suspek positif dadah dan ditahan mengikut Seksyen 39 (b) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.


Beliau berkata, 24 lelaki disyaki terbabit dalam kegiatan dadah ditahan polis dalam Op Sarang di enam kawasan termasuk Kampung Padang Balang, Flat PPR Desa Rejang, Rumah Panjang Setapak Jaya dan Seksyen 2 Wangsa Maju.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 Julai 2015 @ 8:09 AM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/62315#sthash.cUk2IJgi.dpuf

Mayat ditemui terapung

Kuala Terengganu: “Dia suruh saya jaga diri dan didik anak baik-baik sebelum dia ‘pergi’,” kata Salihana Zawawi, 29, isteri kepada Mohd Zawawi Seman, 36, yang ditemui terapung di perairan Pulau Kapas, Marang selepas hilang di laut bersama tiga saudara lain di Kuala Kemaman pada 21 Jun lalu.
Mayat Mohd Zawawi ditemui terapung oleh nelayan jam 5 petang kelmarin sebelum mayatnya dibawa Anggota Penguatkuasaan Maritim Malaysian (APMM) ke jeti Pulau Kambing dan diserahkan Ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).
Menurut Salihana, mayat suaminya itu dikenal pasti berdasarkan kad pengenalan, kad kahwin dan beberapa lagi dokumen lain dalam begnya.
Katanya, dia tidak menyangka pesanan terakhir supaya dia jaga diri dan anak adalah permintaan terakhir arwah.
“Arwah begitu gembira dapat anak dan disebabkan sibuk dengan kerja dia hanya berpeluang cium dua kali Mohd Aminuddin sejak dilahirkan hampir dua bulan lalu.
“Selepas berita kehilangannya tersebar, saya tidak putus-putus berdoa supaya suami ditemui semula. Saya reda dan berusaha memikul tanggungjawab sebagai ibu dan bapa sebaik mungkin kepada anak kami,” katanya yang bekerja sebagai pembantu klinik swasta.
Sementara itu, bapa saudaranya, Azri Jusof, 50-an berkata, selepas dua minggu mengadakan solat hajat, akhirnya berjaya menemui anak saudaranya.
Menurutnya, polis dan APMM sudah membuat pencarian sejak beberapa hari lalu dan bersyukur seorang daripada empat nelayan itu sudah ditemui.
“Tiga yang lain masih hilang dan saya berdoa supaya Allah permudahkan urusan mereka dan memberi petunjuk untuk menemui mereka,” katanya.
Mangsa yang belum ditemui ialah Azuari Muda @Abu Bakar, 41, Mohd Nasro Ab Wahab, 29, dan Abdul Wahab Tekak, 57, yang semuanya berasal dari Kemaman.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 Julai 2015 @ 8:06 AM


JENAZAH Mohd Zawawi selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kuala Kemaman.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/62314#sthash.KCi1GyZZ.dpuf

Amah disyaki didera diselamat


Seorang pembantu rumah warga Indonesia diselamatkan pasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi selepas disyaki didera majikan di sebuah kondominium di Jalan Tun Ismail, di sini, 1 Julai lalu.

Mangsa yang berusia lingkungan 30 tahun itu diselamatkan jam 8 malam selepas pihak berkuasa menerima laporan daripada Kedutaan Indonesia.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Zainuddin Ahmad berkata, Kedutaan Indonesia dilaporkan menerima panggilan telefon memaklumkan kes penderaan berkenaan.

“Kedutaan membuat laporan polis bagi memastikan kesahihan dakwaan itu.

“Pemeriksaan dilakukan pegawai penyiasat mendapati terdapat kesan calar dan lebam di badan mangsa,” katanya.

Menurutnya, pihaknya sudah merakamkan percakapan pembantu rumah itu dan merujuk mangsa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 Julai 2015 @ 8:09 AM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/62316#sthash.sED7HqGi.dpuf

Buka zip seluar atas motosikal

Kuala Lumpur: Polis memburu lelaki yang dipercayai gila seks selepas mengganggu dan menunjukkan kemaluan kepada seorang wanita di hentian bas di Jalan Air Panas, Setapak, Jumaat lalu.
Dalam kejadian jam 11.44 pagi itu, suspek yang menaiki motosikal duduk di sebelah mangsa sebelum membuka zip seluar sambil menunjukkan kemaluannya.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Mohd Roy Suhaimi Sariff berkata, wanita yang berusia 29 tahun itu cuba melarikan diri namun suspek terlebih dulu memegang payudara mangsa.
“Mangsa dikejar suspek menyebabkan dia menjerit meminta tolong daripada seorang rakan yang kebetulan berada di situ.
“Suspek bagaimanapun melarikan diri, namun terlanggar motosikal lain dan terjatuh. Dia melepaskan diri dengan meninggalkan motosikalnya di situ,” katanya.
Beliau berkata, ketika kejadian itu, ada dua lagi wanita yang terkejut dengan tindakan suspek dan melarikan diri.
“Susulan kejadian itu, mangsa mengambil kunci motosikal suspek dan membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju.
“Pemeriksaan lanjut mendapati motosikal itu dimiliki seorang wanita yang mendakwa kenderaan itu digunakan pekerjanya,” katanya.
Menurutnya, polis menjalankan siasatan kes kejadian mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan dan Seksyen 509 Kanun Keseksaan.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 Julai 2015 @ 8:09 AM


- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/62318#sthash.eDCRHtL7.dpuf

Tragedi selepas berbuka

Port Dickson: Kegembiraan suami isteri bersama rakan berbuka puasa berakhir tragedi apabila wanita berkenaan maut kepala terputus manakala suaminya hilang tangan kiri selepas motosikal dinaiki terbabas dan merempuh penghadang jalan di Kilometer 14.2, Lebuhraya Seremban–Port Dickson arah Seremban, di sini, semalam.
Kemalangan berlaku jam 4.45 pagi menyebabkan Nor Azina Mohd Ratki, 39, yang membonceng motosikal ditunggang suaminya, Shamasrol Abu Bakar, 36, maut di tempat kejadian.
Shamasrol pula cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban (HTJ) untuk rawatan lanjut.
Difahamkan, kemalangan berlaku ketika mangsa dan suami menaiki motosikal jenis Naza Blade 650R dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Petaling Jaya, Selangor.
Sebaik tiba di tempat kejadian, Nor Azina dipercayai tertidur di belakang menyebabkan suaminya hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan.
Ketika terbabas, leher Nor Azina terkena besi penghadang jalan sebelum terputus.
Sementara itu, sumber polis berkata, kemalangan itu mengakibatkan suami mangsa tercampak dan terkena besi penghadang jalan menyebabkannya putus tangan kiri dari paras siku.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 Julai 2015 @ 8:25 AM


SHAMASROL putus tangan kiri, isteri maut motosikal terbabas rempuh penghadang jalan.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/62323#sthash.32pQMsDB.dpuf

Ditangkap selepas 2 tahun

Johor Bahru: Seorang pengawal keselamatan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, semalam atas tuduhan memperdagangkan seorang kanak-kanak berusia 12 tahun pada 2011.
Bagaimanapun, Jasrin Yakin, 27, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Mohamad Haldar Abdul Aziz.
Mengikut kertas pertuduhan, Jasrin didakwa memperdagangkan kanak-kanak perempuan itu bagi maksud eksploitasi dengan cara melakukan aktiviti buruh paksa di No 15, Jalan Jayamas 9, Taman Jaya Mas di sini, antara 15 Januari 2011 hingga 17 Mei 2013.
Bagi pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 14, Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda sehingga RM500,000 jika disabitkan kesalahan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Norashikin Ibrahim tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh dan mahkamah bersetuju dengan cadangan itu.
Mohamad Haldar tidak membenarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh dan menetapkan 28 Julai ini untuk sebutan semula kes dan lantikan peguam.
Difahamkan, tertuduh ditahan Khamis lalu di Putrajaya selepas pasukan khas penguat kuasa Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Negeri Johor mula memburunya sejak 2013 apabila kanak-kanak yang juga jiran tertuduh itu diselamatkan jabatan berkenaan.
Jurucakap JTK Negeri Johor ketika di luar mahkamah memberitahu, seorang lagi suspek dipercayai teman wanita tertuduh dari Filipina masih bebas dan usaha mengesannya masih giat dijalankan.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 Julai 2015 @ 8:25 AM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/62325#sthash.yuEjoxYu.dpuf

Tergamam lihat anak disambar ribut

Tuaran: Seorang ibu muda tergamam apabila anak bongsunya berusia 18 bulan diterbangkan angin dalam kejadian ribut di Kampung Dungang, di sini.
Dalam kejadian 11.50 malam, Jumaat, 3 Julai, Nurhasyikin Jainudin, patah peha kanan selepas terhumban di sawah, kira-kira 150 meter dari rumahnya.
Nurhayba Nashid, 25, ibu bayi berkenaan berkata, dia tidak sempat menarik anak perempuannya yang ketika itu sedang tidur dalam buaian.
"Saya terjaga daripada tidur sebaik menyedari ribut melanda kawasan rumah kami.
“Ketika itu, saya lihat bumbung rumah bergoyang kuat sebelum 'terbang' bersama anak saya yang berada dalam buaian," katanya ketika dihubungi, di sini.
Nurhayba berkata, dia sempat mencapai buaian yang digantung pada alang bumbung namun angin terlalu kuat menyebabkan genggamannya terlepas.
"Kejadian berlaku terlalu pantas dan saya hanya mampu menjerit apabila melihat anak saya hilang diterbangkan ribut.
"Saya kemudian bergegas keluar memcari sebelum menemuinya di sawah berhampiran. Saya kemudian meminta bantuan jiran untuk menghantar kami ke Hospital Tuaran bagi mendapatkan rawatan," katanya.
Katanya, pemeriksaan doktor mengesahkan anak keduanya itu patah peha kanan selain calar pada tubuh dan dirujuk ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas, Kota Kinabalu untuk tindakan lanjut.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tuaran, Deputi Superintendan Abdul Fuad Abdul Malik, ketika dihubungi menjelaskan pihaknya tidak menerima laporan mengenai kejadian itu.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 Julai 2015 @ 11:53 AM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/62222#sthash.qbjY4PK0.dpuf

Tragedi jual akok

Pasir Puteh: Pemuda maut manakala ibunya parah selepas dipanah petir ketika sedang menjual kuih tradisional akok di Air Tawar, Semerak, di sini.
Kejadian berlaku kira-kira 6.30 petang ketika hujan lebat dan angin kencang.
Difahamkan ketika itu, kedua beranak berkenaan hanya berteduh di gerai mereka yang berada di tepi jalan sebelum tiba-tiba gerai mereka dipanah petir.
Muhammad Abdul Aziz Ibrahim, 26, meninggal dunia di tempat kejadian, manakala ibunya berusia 50-an dihantar ke Hospital Tengku Anis (HTA), di sini sebelum dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.
Mayat mangsa dihantar ke HTA untuk bedah siasat.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 Julai 2015 @ 11:28 PM


MANGSA maut dipanah petir, manakala ibunya parah. FOTO Azlan Hafeedz
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/62277#sthash.8PbriJ0j.dpuf

Kilang kasut runtuh

Beijing: Sembilan maut manakala 40 lagi dikejarkan ke hospital apabila sebuah kilang kasut di timur China tiba-tiba runtuh.
Kira-kira 51 orang pekerja dilaporkan berada dalam kilang berkenaan di bandar Wenling, wilayah Zhejiang apabila ia runtuh petang kelmarin, lapor agensi berita Xinhua.
Laporan itu turut menambah 42 pekerja dikeluarkan dari kilang dan dibawa ke hospital. Bagaimanapun, tiada butiran lanjut mengenai keadaan mereka.
Seramai 33 cedera termasuk empat daripadanya parah, manakala tiga lagi pekerja tidak diketahui nasib mereka.
Punca keruntuhan masih disiasat.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 Julai 2015 @ 7:30 AM


PEKERJA penyelamat mencari mangsa di celah runtuhan.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/62295#sthash.epGHcmR1.dpuf

Kereta putus dua

Kudat: Dua lelaki maut selepas tercampak keluar dari kereta Proton Wira dinaiki akibat bertembung dengan sebuah pacuan empat roda Toyota Hilux dalam nahas jalan raya di Kampung Tinotudon, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 11 pagi, Proton Wira terbabit terputus dua. Mangsa yang maut dikenali sebagai Albey Monolinsig, 16, dan Rimal Jayid, 18, kedua-duanya parah di kepala dan badan.
Pemandu Proton Wira serta seorang wanita yang duduk di tempat duduk penumpang depan pula cedera dan dihantar ke Hospital Kudat untuk rawatan.
Pada masa sama, pemandu dan penumpang Toyota Hilux, kedua-duanya wanita berusia 41 dan 52 tahun cedera ringan dan dirawat di hospital sama.
Difahamkan, empat sekawan itu dalam perjalanan dari Kota Kinabalu menuju ke daerah ini.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 Julai 2015 @ 7:43 AM


KEADAAN kereta yang terputus dua.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/62302#sthash.Ka6co5Ph.dpuf