Search This Blog

Thursday, July 2, 2015

Diselamatkan selepas 3 hari bersalin dalam hutan

KHAMIS, 2 JULAI 2015 @ 9:06 AM

 SACRAMENTO: Seorang wanita California dilaporkan melahirkan anak di sebuah kawasan hutan simpan akibat terkandas selama tiga hari berikutan keretanya kehabisan minyak. Amber Pangborn, 35, berkata dia sedang memandu ke rumah ibu bapanya Rabu lalu apabila tersesat ketika mengikuti jalan pintas. Mengikut laman web SFGate.com, wanita itu berhenti di Hutan Simpan Plumas di Sierra Nevada selepas rasa sakit hendak bersalin. Bersendirian, dia akhirnya melahirkan seorang bayi perempuan, Marissa, kira-kira jam 5 pagi Khamis lalu. Pangborn yang tidak memiliki telefon bimbit, mampu terus hidup dengan minum air, soda dan makan epal dalam keretanya, malah memulakan kebakaran kecil Sabtu lalu yang menarik perhatian penyelamat. Jabatan Perkhidmatan Pertanian Hutan Amerika Syarikat mengesahkan kru yang menaiki helikopter dan jabatan bomba 'mengenal pasti sebuah kenderaan dan dua individu di dalamnya, seorang ibu dan bayi baharu lahir.' Pangborn bagaimanapun gagal dihubungi untuk mengulas. Kru bomba menghubungi Perkhidmatan Kecemasan Butte County yang kemudian menghantar ambulans untuk membawa Pangborn dan bayinya ke Hospital Oroville. Ibu berkenaan dibenarkan keluar, bagaimanapun bayinya, Marissa dipindahkan ke Pusat Perubatan Davis Universiti California di sini. - Agensi

AMBER Pangborn bersama anak yang lahirkannya di sebuah kawasan hutan simpan di Sacramento.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/65084

Persiapan Aidilfitri 8 beranak musnah, rumah sewa hangus

KHAMIS, 2 JULAI 2015 @ 4:40 PM

ZULKIFLI di hadapan rumahnya yang musnah dalam kebakaran semalam. - Foto NSTP 

 Oleh Fairuz Zaidan fairuz@bh.com.my

MELAKA: Satu keluarga tinggal sehelai sepinggang termasuk persiapan Aidilfitri selepas rumah sewa mereka musnah dalam kebakaran di Kampung Krubong Tengah, di sini, petang semalam. Zulkifli Jaamat, 42, berkata ketika kejadian dia berada di Hospital Melaka untuk melawat isterinya, Siti Suziati Abas, 32, yang baharu selesai menjalani pembedahan membuang apendiks. Bagaimanapun, dia yang bekerja sebagai buruh am bersyukur kerana semua enam anaknya tiada di rumah ketika kejadian, termasuk sepasang anak kembarnya, Iza Nuralia dan Iza Nuralisha, 2, yang ditinggalkan di rumah pengasuh. "Hendak kata apa lagi. Semua barang pun tidak dapat diselamatkan. Baju yang saya pakai sekarang ini pun ihsan pemberian jiran-jiran. "Saya hanya dimaklumkan mengenai kebakaran rumah ketika di hospital dan terus terus bergegas pulang," katanya yang ditemui, di tempat kejadian, hari ini. Dalam kejadian itu kira-kira jam 2.30 petang, rumah sewa yang didiami Zulkifli sekeluarga hangus dijilat api dalam tempoh cuma kira-kira 10 minit. Setakat ini, Zulkifli bersyukur kerana tuan rumah membenarkan dia sekeluarga menumpang sementara rumah lain.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/65204

Indonesia bakal tamatkan operasi cari mangsa nahas pesawat

KHAMIS, 2 JULAI 2015 @ 3:15 PM

PASUKAN penyelamat Indonesia memeriksa serpihan bangkai pesawat Hercules C-130 ketika misi mencari mangsa di lokasi nahas dekat Medan, Indonesia. - Foto EPA


JAKARTA: Pihak berkuasa Indonesia akan menamatkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) terhadap mangsa yang terbabit dalam nahas pesawat tentera yang terhempas di Medan, Sumatera. Pesawat Hercules C-130B yang membawa 122 penumpang itu terhempas di kawasan perumahan sebaik berlepas sehingga mengorbankan semua penumpang dan kru pesawat, selain mereka di tempat kejadian. "Kami tidak lagi menemui mayat lagi sejak semalam. Kami berharap kerja mencari dan menyelamat dapat dihabiskan hari ini," kata jurucakap tentera, Fuad Basya. Basya berkata, 135 orang disahkan terbunuh walaupun media Indonesia melaporkan sekurang-kurangnya 141 mayat ditemui dari tempat kejadian. Nahas itu adalah bencana penerbangan yang terbaharu menimpa Indonesia sehingga memaksa Presiden Joko Widodo mengarahkan satu kajian semula diadakan terhadap semua pesawat lama dalam angkatan tentera udara. Jenis pesawat yang terhempas di Medan dilaporkan memasuki perkhidmatan tentera udara sejak setengah abad lalu. - Reuters

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/65186

Sekurang-kurangnya 33 maut feri karam di selatan Filipina

KHAMIS, 2 JULAI 2015 @ 3:31 PM

MANILA: Laporan terbaharu menyebut sekurang-kurangnya 33 orang maut apabila sebuah feri yang membawa 173 orang dilaporkan terbalik akibat dihempas ombak kuat di selatan perairan Filipina hari ini. Terdahulu, Pasukan Pengawal Pantai mengesahkan kapal Kim Nirvana karam ketika sedang belayar dari Bandar Ormoc menuju ke selatan Pulau Camotes. Operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan dan masih tidak jelas sama ada terdapat mereka yang terkorban atau yang diselamatkan. - Agensi

KAPAL Kim Nirvana karam ketika sedang belayar dari Bandar Ormoc menuju ke selatan Pulau Camotes. - Foto Google
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/65194

Juruterbang TransAsia Airways salah matikan enjin - Laporan nahas

KHAMIS, 2 JULAI 2015 @ 10:55 AM

 GAMBAR fail diambil daripada rakaman video menunjukkan pesawat TransAsia Airways merempuh jambatan sebelum terhempas di Sungai Keelung, Taipei, Taiwan pada Februari lalu. - Foto EPA


 TAIPEI: Kapten pesawat ATR TransAsia Airways yang terhempas di Taiwan pada Februari lalu dan membunuh 43 orang, mematikan enjin yang beroperasi apabila satu lagi enjin kehilangan kuasa, menurut Majlis Keselamatan Udara (ASC) dalam laporan terbaharu. Menurut laporan yang dikeluarkan hari ini, kira-kira tiga minit selepas berlepas, kapten berkenaan yang sedang mengawal pesawat itu kedengaran berkata: "Wow, dah tarik pendorong yang salah". Sumber yang mengetahui mengenai laporan itu memberi tahu Reuters semalam bahawa juruterbang menutup enjin yang berfungsi. Bacaan data pesawat ATR 72-600 itu menunjukkan ia pegun dan terhempas sejurus enjin itu dimatikan. Draf laporan akhir akan dikeluarkan pada November depan dengan laporan akhir dijangka siap pada April tahun depan. Punca pesawat berkenaan terhempas dan cadangan mengatasi nahas serupa akan dimasukkan dalam laporan akhir. Pesawat yang mampu terbang dengan hanya satu enjin itu sedang membawa 58 penumpang dan anak kapal apabila ia meluncur dalam keadaan mendongak di celah bangunan dan sayapnya terlanggar jejambat serta sebuah teksi sebelum terhempas dalam keadaan terbalik ke dalam sungai di Taipei. - Reuters

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/65112

Kanak-Kanak Mangsa Dera Hanya Makan Keropok Lekor


Diterbitkan: Khamis, 2 Julai 2015 7:35 AM
Rohaida Mohamad, 44, menunjukkan gambar Nur Zuliana Zaara Zulkifli, 5, selepas mangsa mengadu kepadanya sakit dada pada pertengahan Mac lalu.

PASIR MAS: Badannya dipenuhi dengan luka dan lebam. Ketika di rumah dia hanya diberi makan keropok lekor dan air kosong.

Bagaimanapun apabila berada di tabika, dia akan makan dengan banyak.

Seorang guru tabikanya berasa curiga apabila diminta tidak memberi makan kepada kanak-kanak itu dengan makanan yang mengandungi gula "kerana dia mempunyai masalah kulit".

Apabila guru tabika, Rohaida Mohammad, 44, bertanya kanak-kanak itu apa yang dimakannya di rumah, beliau memberitahu: "Dia kata dia hanya makan keropok lekor dan minum air kosong di rumah," kata Rohaida, yang bekerja di Tabika Ummi.

"Sebelum ini, ibu tiri yang saya fikir cuba menutup kesalahannya pernah memberitahu bahawa jangan berikan makanan bergula kepada kanak-kanak itu kerana menghadapi masalah kulit.

"Tetapi saya agak aneh apabila mendapati kanak-kanak itu makan dengan banyak setiap kali dia berada di tabika ini.

"Hanya selepas itu baru saya menyedari kanak-kanak itu tidak mempunyai masalah kulit, tetapi itu adalah helah ibu tiri untuk menutup penderaan yang dilakukannya," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kubang Rambutan, Rantau Panjang, di sini, Rabu.

Rohaida berkata beliau pernah bertanya kanak-kanak itu siapa yang memukulnya dan dia akhirnya memberitahu "mummy".
Nur Zuliana Zaara Zulkifli 5, berada dalam keadaan trauma dan seluruh anggota badannya dipenuhi parut dipercayai menjadi mangsa dera ibu tiri kini di dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II.

Kata Rohaida, sejak menjaga kanak-kanak itu daripada Januari hingga Mac, beliau pernah bertanya mengenai luka dan lebam namun dimarahi oleh ibu tiri terbabit malah turut menafikannya.

"Daripada melakukan sesuatu tentang hal itu, ibu tiri itu akhirnya memberhentikan persekolahan anaknya dari tabika pada Mac lalu."

Rohaida kemudiannya melaporkan perkara itu kepada pengerusi tabika dan merancang untuk bersemuka dengan bapa dan ibu tiri muda terbabit dan tidak bercadang untuk melaporkannya kepada pihak berkuasa.

"Kami tidak mahu terlibat dalam masalah pasangan itu. Walaupun saya menjaga kanak-kanak itu, tapi saya tidak dapat berbuat apa-apa untuk membantunya," katanya.

Selain itu jiran suspek, Sabariah Ahmad 51, berkata bapa kanak-kanak itu memperlihatkan dirinya seolah-olah seorang bapa yang yang baik dan suka bertegur sapa.

"Tanggapan pertama saya adalah bahawa dia adalah bapa yang baik dan saya mengenali dia selepas dia berpindah ke sini 12 bulan yang lalu. Tetapi isterinya jarang bercakap dengan saya.

"Amat mengejutkan apabila mengetahui tentang nasib gadis itu kerana saya tidak pernah mendengar apa-apa kekecohan dari rumah pasangan itu," katanya.

Kes penderaan itu terbongkar apabila kanak-kanak malang itu ditemui ibu kandungnya dalam keadaan wajahnya cengkung manakala seluruh badannya didapati lebam dan dipenuhi parut, sementara kepalanya pula didapati luka manakala belakangnya dalam keadaan membongkok dipercayai akibat patah tulang belakang, rusuk serta paha.

Kanak-kanak itu kini ditempatkan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) untuk rawatan dan berada di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Bapa kandung dan ibu tiri kanak-kanak berusia 39 dan 25 tahun yang menjaga kanak-kanak itu sebelum ini telah ditahan reman oleh polis selama empat hari bermula semalam untuk siasatan lanjut.

Ibu Empat Anak Diberkas Bersama Dadah RM27,800 Di Marang


Diterbitkan: Rabu, 1 Julai 2015 11:56 PM

MARANG: Seorang ibu kepada empat anak bersama teman lelakinya diberkas kerana memiliki pelbagai jenis dadah bernilai RM27,800 dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Al-Amin di sini, Isnin lalu.
Pemangku Ketua Polis Daerah Marang Deputi Superitendan Mohd Adli Mat Daud berkata, bertindak atas risikan pihaknya mengesan wanita berumur 38 tahun itu yang juga peniaga kedai makan bersama seorang pemuda berumur 24 tahun di sebuah rumah yang dipercayai disewa wanita terbabit.
"Kami menemui kedua-dua suspek ini di dalam sebuah bilik dan hasil pemeriksaan, polis menemui 1,020 pil dadah dipercayai pil kuda dan 50 gram syabu yang disembunyikan di atas almari pakaian dan almari solek di dalam bilik yang didiami mereka," katanya kepada pemberita di sini, Rabu.
Menurut Mohd Adli, pihaknya turut menyita sebuah kereta jenis Honda dan merampas wang tunai RM5,300 yang dipercayai hasil jualan dadah.
Beliau berkata ujian saringan air kencing ke atas wanita itu negatif manakala lelaki yang tidak mempunyai pekerjaan itu positif dadah jenis methamphetamine.
Katanya lelaki terbabit mempunyai rekod jenayah lampau kesalahan dadah manakala wanita berkenaan pernah ditahan kerana menjalankan perniagaan karaoke tanpa lesen.-- Bernama

Pencuri Pakaian Dalam Wanita Diberkas


Diterbitkan: Khamis, 2 Julai 2015 8:03 AM
Sebahagian daripada pakaian dalam wanita yang dipamerkan di luar pejabat pengurusan kondominium bagi memudahkan pemilik datang menuntut pakaian dalam yang sebelum ini dicuri.

GEORGE TOWN: Gara-gara sehelai bra merah, seorang lelaki akhirnya ditangkap kerana terlalu obses terhadap pakaian dalam wanita.

Lelaki yang didakwa mencuri lebih daripada 1,000 helai pakaian dalam wanita itu ditangkap oleh penduduk dan pihak pengurusan dua blok kondominium berhampiran Jalan Masjid Negeri.

Penangkapan itu juga menamatkan teka-teki mengenai insiden kehilangan pakaian dalam yang berpanjangan di kawasan itu.

Pencuri berusia 32 tahun itu tinggal bersendirian di sebuah bilik yang disewanya di salah satu unit kondominium terbabit.

Perbuatannya dikesan apabila dia bertindak mencuri sehelai bra berwana merah yang digantung oleh seorang anggota jawatankuasa kondominium itu berhampiran pagar dapur sebagai umpan.

Tindakannya disedari seorang pengawal keselamatan yang kemudiannya mengikut suspek ke unitnya.

"Kemudian kami panggil polis. Mereka masuk dan mendapati coli merah tersebut ada padanya," kata pegawai pengurusan kondominium, yang enggan namanya disiarkan.

Bagaimanapun serbuan mereka akhinya mengejutkan apabila melihat bilik lelaki itu dipenuhi dnegan bra, seluar dalam, kain dalam dan anak baju wanita.

Selain itu polis turut menemui pelbagai alatan yang mungkin digunakan untuk 'memancing' bagi mendapatkan pakaian dalam berkenaan seperti batang penyapu, tiang boleh laras dan penyangkut baju dawai.

"Barang-barang kepunyaannya sendiri diletakkan dalam kotak kertas namun almari pakaiannya dipenuhi dengan pakaian dalam dicuri.

"Pakaian dalam itu dilipat dengan begitu kemas. Malah cangkuk pada bra yang dicurinya semua dikemaskan," kata pengurus itu sambil memberitahu bahawa polis telah menahan lelaki itu.

Katanya, dia menghabiskan banyak termasuk berjaga lewat malam untuk mengesan pencuri itu melalui rakaman CCTV.

Namun menurutnya pencuri itu cukup bijak kerana dia mengelak melalui lif dan koridor yang dipasang dengan kamera.

Pihak pengurusan kini dibebani dengan masalah baru iaitu apa yang perlu dilakukan dengan pakaian dalam wanita termasuk kanak-kanak yang ditemui itu.

Barang 'rampasan' itu diletakkan di luar pejabat pengurusan kondominium bagi memudahkan pemilik datang menuntutnya.

Namun hanya beberapa orang tampil ke hadapan untuk membuat tuntutan.

"Bra paling mahal yang dilaporkan dicuri adalah berharga sekitar RM600," kata pengurus itu.

Polis Marin Rampas Minuman Keras Seludup


Diterbitkan: Khamis, 2 Julai 2015 12:59 PM

TAWAU: Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau merampas 650 kotak minuman keras pelbagai jenama bernilai kira-kira RM127,120 yang dipercayai cuba diseludup masuk ke daerah ini, awal pagi Rabu.
Komander PPM Wilayah Empat Sabah ACP Mohamad Madun berkata rampasan itu dilakukan tujuh kilometer dari bulatan Kalabakan, dekat sini, kira-kira 4.30 pagi.
"Pasukan peronda menahan sebuah lori yang dinaiki dua lelaki tempatan berusia 22 dan 26 tahun, yang sedang dalam perjalanan menuju ke bandar Tawau," katanya dalam kenyataan di sini, Khamis.
Menurut beliau, setelah melakukan pemeriksaan terhadap lori berkenaan, polis menemui 650 kotak pelbagai minuman keras yang dipercayai tidak membayar cukai kastam.
Kesemua barangan dan kedua-dua lelaki yang ditahan itu dibawa ke pangkalan PPM Tawau untuk tindakan lanjut, katanya.

Lapan Kes Culik Kanak-Kanak Sejak 2012 - KDN


Diterbitkan: Khamis, 2 Julai 2015 1:58 PM

KUALA LUMPUR: Hanya lapan kes penculikan kanak-kanak direkodkan di negara ini sejak 2012 sehingga Jun lepas, Dewan Negara diberitahu pada Khamis.
Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata daripada jumlah itu, tiga kes direkodkan pada 2012, masing-masing dua kes pada 2013 dan 2014 serta satu kes, pada tahun ini.
"Daripada lapan kes tersebut, enam mangsa telah berjaya diselamatkan, seorang dijumpai mati lemas dan seorang lagi mati dibunuh," katanya bagi menjawab pertanyaan Senator Noriah Mahat mengenai jumlah kes penculikan kanak-kanak di Malaysia dan faktor berlakunya kejadian itu.
Menurut Wan Junaidi antara faktor yang menyebabkan berlakunya kejadian tersebut adalah disebabkan kecuaian ibu bapa sendiri yang sering membiarkan anak mereka bersendirian tanpa pengawasan.
Bagaimanapun hasil siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati faktor utama kes penculikan kanak-kanak adalah untuk mendapatkan wang tebusan daripada keluarga yang kebiasaanya melibatkan mereka yang mengenali keluarga mangsa, katanya.
"Kes penculikan merupakan satu isu kompleks yang memerlukan penglibatan semua pihak untuk mengekang jenayah ini memandangkan faktor ia berlaku bukan sekadar menuntut wang tebusan tetapi mempunyai motif lain seperti balas dendam dan menuntut kembali hutang.
"Kejadian ini bukan sahaja menyebabkan trauma berpanjangan kepada mangsa dan keluarga malah menimbulkan kebimbangan masyarakat serta memberi kesan kepada maruah negara apabila melibatkan penculikan warga asing yang melancong atau menetap di negara ini," katanya.
Sehubungan itu Wan Junaidi berkata bagi mengekang kejadian penculikan terutama membabitkan kanak-kanak kementerian dengan kerjasama PDRM giat menjalankan risikan dan mengenal pasti individu atau sindiket yang dipercayai melakukan jenayah culik.
Kementerian juga telah meningkatkan kerjasama dengan Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat dengan mewujudkan talian Nur Kasih bagi memudahkan orang ramai membuat laporan jika terlihat kanak-kanak dalam keadaan mencurigakan, katanya.
Beliau berkata program panduan keselamatan kepada kanak-kanak melalui iklan di televisyen dalam bentuk animasi dan kartun turut dilaksanakan sebagai langkah pencegahan untuk mereka ketika berada di luar rumah.
Menjawab soalan tambahan mengenai dakwaan kes penculikan kanak-kanak di negara ini membabitkan penjualan organ manusia di dalam dan luar negara, beliau berkata ia merupakan khabar angin semata-mata.
"Dakwaan itu berleluasa dan disebar melalui media sosial oleh pihak tertentu yang mempuyai agenda tersendiri. Hasil risikan mengesahkan tiada satu pun kes berkaitan sindiket penjualan atau pembelian organ diperoleh, ia hanya disensasikan di media sosial," katanya.
Wan Junaidi berkata menurut Kementerian Kesihatan, proses perolehan organ melibatkan prosedur klinikal yang perlu dijalankan dengan penuh teliti mengikut garis panduan tertentu dan dilakukan penuh terhormat, tidak seperti yang disebar dan digambarkan di dalam media sosial.

Lelaki Maut Ditetak Depan Orang Ramai


Diterbitkan: Khamis, 2 Julai 2015 3:07 PM

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki maut ditetak tiga lelaki bersenjatakan parang dalam kejadian di Sri Kota, Brickfields di sini awal pagi Khamis.
Dalam kejadian 5.45 pagi itu, mangsa Loganeswaran Prancing, 25, ditetak bertubi-tubi oleh penyerangnya.
Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Sharul Othman Mansor berkata sebelum kejadian, mangsa dilaporkan terjatuh selepas motosikal yang dinaikinya terbabas lalu melanggar sebatang tiang lampu.
"Saksi yang melihat kejadian itu bergegas ke arah lelaki tersebut untuk membantu tetapi terkejut apabila mendapati sebilah parang terletak dalam raga motosikal mangsa.
"Tidak lama selepas itu, dua motosikal yang dinaiki tiga lelaki tiba di situ dan mengarahkan saksi untuk beredar lalu menyerang mangsa," katanya ketika dihubungi.
Sharul berkata mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Besar Kuala Lumpur untuk proses bedah siasat.
"Pemeriksaan awal mendapati mangsa mati akibat tetakan bertubi-tubi di kiri kepala, hidung, pipi kiri, tangan kanan dan tangan serta jari kiri," katanya.

Kemalangan Jalan Raya: Anak Meninggal Dunia Selepas Ibu


Diterbitkan: Khamis, 2 Julai 2015 3:26 PM

DUNGUN: Selepas empat hari dirawat di hospital akibat kemalangan, seorang kanak-kanak meninggal dunia pada Rabu.
Nur Effy Elysha Azmi Sham, 8, meninggal di Hospital Sultanah Nur Zahirah.
Kemalangan di Km 71.6, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan itu turut mengorbankan ibunya Juzalina Johari, 37, selepas motosikal yang dinaiki mereka bersama bapa mangsa dilapor dirempuh sebuah pacuan empat roda.
Bapanya Azmi Sham Mahmad berkata beliau reda dengan kejadian itu.
Memberitahu Bernama, beliau berkata anaknya itu berpuasa penuh sepanjang 10 hari berpuasa.
"Saya sempat memujinya kerana berjaya berpuasa penuh dan dia menjawab itu tanda Allah sayang kepadanya. Saya tidak sangka itu juga petanda dia akan meninggalkan kami buat selama-lamanya," katanya.
Ketika kejadian, beliau berkata beliau dalam perjalanan untuk menghantar anaknya ke sekolah.

'Aku sembelih mu, aku kambus dale kubur'

 'Aku sembelih mu, aku kambus dale kubur'
Tertuduh (tiga, kanan) keluar dari mahkamah selepas hukuman terhadapnya diputuskan.

KOTA BHARU - Balasan buat seorang anak yang berkata kasar dengan mengugut untuk menyembelih ibunya, dia dihukum penjara lapan bulan oleh mahkamah majistret, di sini, hari ini.
Hukuman diputuskan Majistret Mohamad Nasrudin Mohamed terhadap tertuduh, Mohd Fahmin Mohamad Anipa selepas dia mengaku bersalah.
Tertuduh mengaku atas tuduhan melakukan ugutan jenayah kepada Norfazilati Mat Zain, 46, dengan berkata, “nak sembelihmu” hingga menyebabkan pengadu ketakutan dalam kejadian di alamat Kampung Terusan Limbat, di sini, pada jam 3 petang, 14 April lalu.
Pada prosiding hari ini, tertuduh memohon hukumannya diringankan kerana insaf atas kesalahan itu, namun pihak Timbalan Pendakwa Raya negeri, Mohd Syahrun Nizam Mohd Misan memohon hukuman setimpal mengambil kira jenayah yang membabitkan ahli keluarga.
Mohamad Nasrudin kemudian mengarahkan tertuduh menjalani hukuman tersebut berkuat kuasa dari tarikh tertuduh ditahan, hari sama kejadian.
Dalam kejadian lalu, pengadu berada di rumah dan tiba-tiba anak pengadu mengamuk tanpa sebab serta mengugut dengan kata-kata, "aku sembelih mu, aku kambus mu dale (dalam) kubur, aku katok (pukul) kaki mu bagi mapuh.”
Tertuduh juga menghampiri pengadu dan mengangkat tangan mahu menampar pengadu, tetapi pengadu mengelak dan menepis tangan anaknya itu. Pengadu menjadi takut dan bimbang dibunuh kemudiannya bertindak melarikan diri. Kejadian turut disaksikan dua lagi anak pengadu.
Perlakuan tertuduh sedemikian dipercayai akibat dia berang kerana pengadu yang tidak memberi duit serta meleterinya.

Lelaki bergambar bogel di Gunung Irau

Lelaki bergambar bogel di Gunung Irau
Foto yang tersebar di laman sosial

SHAH ALAM - Sekeping foto yang menunjukkan seorang lelaki dipercayai berbogel di  Gunung Irau, Cameron Highland tersebar dan mengudang kecaman di laman sosial.

Foto tersebut memaparkan seorang lelaki berkaca mata bergambar dengan berlatarbelakang Jalur Gemilang dan papan tanda yang tertulis 'Welcome to Gunung Irau 2110 m.a.p.l dan Brinchang 2.35KM'.

Lelaki itu juga dilihat menutup bahagian sulitnya dengan papan tanda dengan tulisan Gunung Irau.

Bagaimanapun kewarganegaraan lelaki terbabit tidak dapat dipastikan.

Sebelum ini, media melaporkan beberapa pendaki pelancong warga asing berbogel di puncak Gunung Kinabalu sebaik berjaya tiba di puncak pada pagi 30 Mei lepas.

Insiden itu membangkitkan kemarahan dalam kalangan masyarakat di Sabah, khususnya penduduk tempatan Kundasang kerana pelancong itu tidak menghormati adat resam tempatan.

Pemandu parah terlanggar tiang jambatan

kemalangan


KUCHING - Seorang pemandu cedera parah setelah kereta yang dipandunya terlanggar tiang jambatan di hadapan Taman Duranda Emas, Batu 19 Jalan Kuching-Serian dekat sini.

Pasukan bomba dan penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat Siburan diketuai PBK II Valentine Sammy terpaksa menggunakan alat 'Rescue Kits' untuk mengeluarkan mangsa, Bong Kuan Chang, 25, yang tersepit di tempat duduk keretanya.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat, mangsa mengalami patah kaki sebelah kanan dan cedera di perut.

Mangsa dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan. - Bernam
a

Lelaki maut terhidu asap tebal

Lelaki maut terhidu asap tebal
Keadaan mangsa yang melecur dan kemudiannya disahkan meninggal ketika dalam perjalanan ke hospital.

BATU PAHAT – Seorang lelaki yang juga peniaga kasut maut ketika dalam perjalanan ke hospital setelah terperangkap di dalam rumahnya yang terbakar di Taman Banang Height, kira-kira jam 8.25 pagi.

Mangsa, Tan Hock Chai, 41, disahkan meninggal setelah terhidu asap tebal apabila kediaman rumah teres dua tingkat miliknya itu terlibat dalam satu kejadian kebakaran.

Isteri mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai, Yan, 40, berkata, ketika kejadian berkenaan dia dan tiga anaknya yang berusia 9 hingga 15 tahun hanya keluar rumah tidak sampai 15 minit ketika kejadian.

Katanya, dia yang keluar untuk membawa anak-anaknya ke klinik akibat demam dan tidak menyangka yang kediamannya terbakar sehingga mengorbankan suaminya.

“Kira-kira 15 minit keluar ke klinik saya menerima panggilan daripada jiran yang menyatakan kediaman kami terlibat dalam kebakaran dan saya terus bergegas pulang.

“Sebaik saya sampai orang ramai dan anggota bomba mengeluarkan suami daripada rumah. Ketika berjaya dikeluarkan, suami masih bernafas namun tidak sedarkan diri, namun disahkan meninggal ketika dalam perjalanan ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI),” katanya.

Sementara itu, jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Mohd Khalid berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang ramai dan terus bergegas ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi kami mengambil masa 30 minit untuk mengawal kebakaran daripada merebak, dan kemudiannya mendapati ada seorang mangsa terperangkap yang berada dalam keadaan lemah selain melecur di bahagia badan,” katanya.

Angka korban nahas Hercules meningkat 141 orang

Angka korban nahas Hercules meningkat 141 orang
141 mayat telah dijumpai di lokasi nahas.

MEDAN - INDONESIA. Angka kematian akibat nahas pesawat Hercules milik Tentera Nasional Indonesia Angkatan Udara (TNI AU) meningkat kepada 141 orang hari ini.

Ketua Polis Sumatera Utara, A Tarigan memberitahu TVOne, 141 mayat telah dijumpai di lokasi nahas.

Dalam perkembangan sama, ketua pusat maklumat Tentera Negara Indonesia Angkatan Udara (TNI AU) Brigadier Jeneral Dwi Badarmanto berkata, senarai terbaharu menunjukkan terdapat 121 penumpang dan kru di dalam pesawat malang itu.

Pesawat Hercules C-130 A1310 milik TNI AU terhempas di Jalan Letjen Jamin Ginting, Padang Bulan, Medan,  Sumatera Utara setelah dua minit berlepas dari Pangkalan Udara Soewondo, Kota Medan pada pukul 11.48 pagi waktu tempatan.

Pesawat yang sepatutnya menuju ke Pangkalan Udara Tanjung Pinang, Kepulauan Riau itu terhempas di atas rumah awam dan kedai termasuk sebuah pusat spa yang terkenal di kawasan itu.

Pelajar cemerlang jatuh tingkat 19

Pelajar cemerlang jatuh tingkat 19
Mayat mangsa ditemui penduduk di kawasan tempat letak kereta.

GEORGETOWN - Seorang pelajar lelaki ditemui mati selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 19 sebuah pangsapuri di Ayer Itam di sini pagi tadi.

Mayat Tew Zhe Ming,19, ditemui penduduk dalam keadaan terbaring di kawasan tempat letak kereta kira-kira jam 6.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalatrash Wahid berkata, sebaik menerima maklumat, anggota polis dihantar ke tempat kejadian untuk melakukan pemeriksaan.

Menurutnya, pemeriksaan mendapati mangsa cedera serius di bahagian badan, kaki dan kepala akibat terjatuh dari tempat tinggi.

"Tiada sebarang unsur jenayah yang dikesan.

"Dari temu bual dengan bapanya, mangsa adalah pelajar cemerlang di sekolah namun mengalami tekanan jiwa akibat prestasi pelajarannya menurun sejak kebelakangan ini," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Beliau berkata, sebelum ini mangsa pernah menerima rawatan psikiatri di sebuah hospital swasta di sini sejak dua bulan lalu.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

LPT2 ibarat lebuh raya maut

LPT2 ibarat lebuh raya maut
Kemalangan maut di Kilometer 356.7 yang meragut satu nyawa, manakala dua kritikal.
WARTAWAN SINAR HARIAN DUNGUN - Lebuhraya Pantai Timur  Fasa II (LPT 2) yang dibina sememangnya menjadi satu kemudahan kepada pengguna jalan raya tetapi kini lebuh raya itu digelar 'lebuh raya maut' berikutan banyak kes kemalangan dilaporkan sejak ianya dibuka.

Dalam sebulan pasti berlaku satu kemalangan bermula susur masuk Paka sehinggalah ke Kuala Dungun dan Bukit Besi serta seterusnya menuju Ajil,  sama ada meragut nyawa atau tidak.

Rata-rata penduduk sekitar mengakui LPT2 memudahkan perjalanan mereka, tetapi bimbang dengan statistik kemalangan yang tinggi walaupun baru tujuh bulan digunakan.

Seorang pengawal keselamatan, Awang Long Mohd Yusof, 40, berkata, sepanjang dia bekerja di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Bukit Besi, memang banyak kemalangan yang berlaku di lebuh raya itu.

Malah beliau mengakui pernah menyaksikan sendiri kemalangan yang berlaku di hadapan matanya.

Menurutnya, pelbagai sebab diandaikan menjadi punca kepada kemalangan itu termasuk sikap pemandu dan struktur jalan.

“Kalau diperhatikan, kita boleh nampak keadaan jalan raya di LPT 2 ni tak berapa elok dan tidak rata.

“Apabila hujan, air menyebabkan jalan licin dan air bertakung di beberapa lokasi," katanya.

Menurutnya, kadang-kadang haiwan ternakan seperti lembu sering berada di kawasan jalan dan dibiarkan berkeliaran.

“Apabila fikirkan banyak benar kemalangan di sini, saya nak pergi kerja pun takut guna LPT2 tapi terpaksa kerana saya cari rezeki di sini,” katanya.

Menurutnya, unsur mistik juga banyak diperkatakan penduduk yang mendakwa turut menjadi penyumbang kepada kemalangan maut.

“Memanglah ada dengar orang bercerita perkara mistik yang jadi punca kemalangan tetapi saya tak tahulah betul ke tidak.

“Ada pengguna sering pandu laju dan ia memanglah sangat berbahaya bukan saja kepada diri sendiri, malah juga orang lain," katanya.

Sehubungan itu, dia berharap pihak bertanggungjawab dapat mengkaji semula struktur jalan raya dan menambah baik supaya kejadian kemalangan dapat dikurangkan.

Penduduk, Aida Rudiana Ismail, 34, pula berkata, kebanyakan kemalangan maut yang berlaku adalah melibatkan orang luar dan mungkin mereka masih tidak mengetahui selok-belok keadaan jalan di situ.

“Boleh dikatakan saban minggu ada saja kemalangan. Ada yang maut dan ada juga yang hanya cedera ringan. Sedikit sebanyak masalah ini membuatkan kita yang tinggal di kawasan sekitar bimbang," katanya.

Yaya sudahmula tersenyum

Kota Bharu: “Alhamdulillah, Yaya sudah mula senyum dan hari ini (semalam) pun banyak berkomunikasi dengan kami,” kata Roslilawati Yusof, 32, ibu saudara kepada budak perempuan berusia lima tahun dipercayai didera ketika dalam jagaan bapa kandung dan ibu tirinya di Rantau Panjang.
Kelmarin, kanak-kanak itu menjalani pembedahan memperbetulkan usus yang berlipat kesan penderaan selama enam bulan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini.
Menurut Roslilawati, walaupun sudah mula berkomunikasi, Yaya dilihat masih trauma dan hanya mahu didekati ibu kandung Sana Abdul Malek, 28, ahli keluarga terdekat dan doktor merawatnya.
“Dia lebih rapat dengan Sana dalam tempoh ini walaupun nampak trauma. Sana juga banyak meluangkan masa dan bersembang dengan dia setiap hari sepanjang di hospital.
“Nampak perubahan dia sedikit demi sedikit. Dia semakin segar dan sihat, tapi disebabkan pembedahan semalam (kelmarin) dia masih belum dapat makan makanan pepejal.
“Tunggu sedikit masa lagi,” katanya.
Sana yang turut ditemui ketika menyambut kunjungan Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob enggan ditemu bual.
Terdahulu, Ahmad meluangkan masa melawat mangsa dan menyampaikan sumbangan peribadi.
Ahmad berkata, masyarakat perlu peka dengan keadaan sekeliling dan mengambil tahu perkembangan jiran tetangga bagi mengelak kejadian sama berulang.
Katanya, mangsa terlalu kecil untuk menanggung derita dan berharap kecederaan dialaminya pulih segera.
“Buat masa ini pasukan perubatan berusaha memastikan kanak-kanak ini pulih daripada keadaan dialaminya dan saya berharap dia dapat membesar seperti biasa dan menikmati kehidupan ini.
“Kerajaan negeri bersedia menghulur bantuan untuk menjaga kebajikan kanak-kanak ini,” katanya yang mahu pesalah dihukum seadilnya oleh pihak berkuasa.
Beliau berkata, tindakan mendera kanak-kanak di luar batas kemanusiaan dan pesalah perlu dibawa ke muka pengadilan.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 Julai 2015 @ 11:00 AM


ROSLILAWATI
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/61385#sthash.xmpGhFBA.dpuf

Serap racun pil kurus

Kuala Lumpur: Nyaris mati kejang akibat makan pil kurus beracun ketika berpuasa. Itu antara saat cemas dialami segelintir wanita yang dikesan cuba mengurangkan berat badan melalui kaedah ekstrem.
Timbalan Pengarah Bahagian Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan Mazlan Ismail berkata, pihaknya menerima aduan mangsa yang mendakwa diserang sakit jantung dan strok pada otak akibat pengambil pil kurus haram sambil berpuasa sepanjang Ramadan ini.
“Kebanyakan mangsa obses untuk cepat kurus dalam masa singkat. Mereka menyangka tindakan mengambil pil kurus sambil berpuasa akan mempercepatkan proses itu.
“Bagaimanapun, kekurangan air di dalam tubuh selain cuaca panas sejak kebelakangan ini menyebabkan wanita ini diserang strok selain mengalami serangan sakit jantung,” katanya.
Menurutnya, kesan negatif ini dikesan berpunca akibat pengambil pil kurus haram mengandungi kimia racun sibutramine di dalamnya.
“Kimia ini menyebabkan individu yang memakannya diserang sakit dada melampau, muntah, cirit-birit dan kesukaran tidur.
“Malah, cuaca panas serta kekurangan air turut menyebabkan individu terbabit mudah diserang strok haba dan sakit kepala melampau. Gabungan kekurangan meminum air, dehidrasi dalam badan dan tindak balas kimia sibutramine akan menyebabkan mangsa sakit kepala yang berdenyut, tubuh menjadi kejang muntah sebelum sawan serta pitam,” katanya.
Menurutnya, siasatan KMM mendapati produk menguruskan tubuh haram banyak dipromosikan dan dipasarkan melalui penjualan Internet Label produk juga mengelirukan pengguna dengan menyatakan ia hanya mengandungi ramuan semula jadi dan dihasilkan di kilang yang bertaraf Amalan Pengilangan Baik (APB).
“Paras sibutramine dalam kuantiti tinggi di dalam produk menguruskan tubuh boleh meningkatkan toksik,” katanya.
Sementara itu doktor Rohani Mohd Mustafa berkata, pil diet haram mengandungi kimia sibutramine memberi kesan buruk dengan mempercepatkan denyutan jantung.
“Ini sangat bahaya untuk pembuluh darah berikutan tekanan darah boleh naik mendadak. Akibatnya individu yang memakannya boleh diserang strok mengejut.
“Denyutan nadi dan jantung menjadi pantas dan tidak menentu. Kekurangan air di dalam tubuh turut menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan hati apatah lagi ketika berpuasa,” katanya.
Menurutnya, orang ramai yang masih mengambil produk pil kurus tidak berdaftar ketika berpuasa dinasihatkan supaya segera berhenti berikutan penggunaannya boleh memudaratkan kesihatan.
“Orang ramai yang mahu kurus atau menghadapi masalah obesiti boleh mendapatkan nasihat dan rawatan dari profesional kesihatan sekiranya perlu. Jangan mudah tertipu dengan produk kesihatan yang banyak dipromosikan melalui penjualan Internet,” katanya.
Dalam kes sebelum ini berapa mangsa tempatan termasuk dua remaja Singapura dimasukkan ke hospital kerana mengalami halusinasi dan kegagalan buah pinggang yang teruk selepas menggunakan pil kurus jenama ‘Nutri Drops Grapefruit Diet’.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 Julai 2015 @ 10:55 AM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/61376#sthash.w1Hps503.dpuf

Maut angkara skandal cinta

Batu Pahat: Dituduh menjalin hubungan sulit dengan isteri orang, seorang ahli perniagaan dibelasah dua lelaki sehingga mati di Taman Kota Aman, Yong Peng di sini, semalam.
Difahamkan, lelaki berusia 50-an dari Johor Bahru itu ditemui oleh orang ramai kira-kira jam 11 pagi dalam keadaan nazak di tepi jalan taman perumahan berkenaan sebelum mereka menghubungi talian kecemasan.
Sumber berkata, mangsa difahamkan memandu kereta Mercedes Benz berwarna cerah dari arah pekan Yong Peng masuk ke kawasan taman perumahan berkenaan sambil diekori sebuah kenderaan lain.
Katanya, kenderaan terbabit dinaiki dua lelaki berusia awal 50-an kemudian memintas kereta dipandu mangsa setibanya di tempat kejadian sebelum menghampiri dan menarik mangsa keluar dari keretanya.
“Difahamkan, mangsa cuba menjelaskan sesuatu kepada dua lelaki terbabit sebelum cuba melarikan diri, tetapi dihalang suspek yang membelasahnya sehingga rebah.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 Julai 2015 @ 8:35 AM


ANGGOTA polis melakukan pemeriksaan ke atas mayat lelaki yang dipercayai dibelasah sehingga mati di Taman Kota Aman, Yong Peng, pagi semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/61303#sthash.5RUj8LFi.dpuf

Janji ‘maut’ turun berat 10kg


Kuala Lumpur: Jaminan hilang berat badan 10 kilogram (kg) dalam tempoh masa seminggu. Itu antara janji ‘maut’ sebuah syarikat yang dikesan menjual pil kurus beracun kepada orang ramai.

Difahamkan syarikat terletak di Kepong, di sini, dikesan mengaut keuntungan besar dengan menjual pil kurus didakwa dihasilkan daripada herba dan tumbuhan semula jadi.

Bagaimanapun, siasatan dan ujian makmal dilakukan Bahagian Penguatkuasa Farmasi (BPF) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati kapsul kurus dijual itu mengandungi kimia berbahaya sibutramine.

Kimia itu diharamkan penggunaannya di negara ini selepas meragut nyawa beberapa pengguna yang memakannya sebelum ini.

Sumber berkata, hasil siasatan dilakukan BPF membawa kepada serbuan di premis milik seorang ahli perniagaan berusia 40-an di Kepong.

Menurutnya, siasatan mendapati butik pakaian milik ahli perniagaan itu dijadikan stor untuk penyimpanan pil kurus haram berkenaan.

Dalam serbuan jam 11 pagi semalam, BPF menyoal siasat dua kakitangan butik itu. Hasil pemeriksaan menemui lebih 500 botol pil kurus yang disimpan di dalam stor di premis itu.

“Bagaimanapun, pemilik premis itu gagal disoal siasat berikutan dia berada di Kelantan. Difahamkan setiap botol pil kurus itu dijual pada harga RM100.

“Berdasarkan maklumat, produk kurus ini turut dijual di negara jiran. Ini terbukti apabila Kementerian Kesihatan Brunei mengharamkan produk berbahaya itu yang dikesan dijual di negara itu pada 9 Mei lalu,” katanya.

Susulan itu BPF merampas semua botol pil kurus mengandungi kimia sibutramine.

“Pemilik premis boleh didakwa mengikut Akta Jualan Dadah 1952 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

“Individu yang melakukan kesalahan ini boleh dikenakan denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Menurutnya, produk mengandungi sibutramine ditarik balik pendaftarannya di Malaysia pada 23 Disember 2012 atas sebab peningkatan risiko serangan jantung dan strok.

“Antara kesan sampingan lain kimia sibutramine adalah peningkatan tekanan darah dan kadar denyutan jantung, kering mulut dan tekak, muntah, cirit-birit, pening, sakit kepala dan kesukaran tidur,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 Julai 2015 @ 10:54 AM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/61374#sthash.8lu534Ia.dpuf

Longgokan enjin berasap

Klang: Tindakan pantas dan kecekapan anggota bomba mengawal kebakaran menyelamatkan sebuah kilang alat ganti kereta terpakai di Kampung Batu Belah, di sini, daripada musnah dalam kejadian, malam kelmarin.
Kebakaran jam 9.30 malam itu, dipercayai bermula dari kawasan longgokan enjin yang mempunyai takungan minyak dan tayar.
Bagaimanapun, kedudukan kilang berkenaan yang agak jauh dari pili bomba dan sumber air menyukarkan bomba memadam api sehingga terpaksa menggunakan khidmat lori tangki air.
Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam jam 9.47 malam.
“Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Pinang, Kota Raja dan Pelabuhan Klang dengan 14 anggota dikerah ke lokasi kejadian untuk mengawal api.
“Kami terpaksa meminta pertolongan daripada jentera membawa tangki air daripada BBP Pelabuhan Klang berikutan sumber air yang jauh di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi.
Menurutnya, api dapat dikawal dalam masa 20 minit dan hanya 10 peratus kawasan kilang terbakar membabitkan 54 meter persegi selain tiada sebarang kemalangan jiwa dan kecederaan dilaporkan.
Mohd Sani berkata, punca kebakaran masih disiasat, namun tidak menolak kemungkinan ia berpunca daripada takungan minyak yang mudah terbakar di sekitar kawasan kilang berkenaan.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 Julai 2015 @ 11:02 AM

ANGGOTA bomba berusaha memadam kebakaran kilang alat ganti kereta terpakai, semalam.

Pengedar dicekup


Sungai Siput: Seorang lelaki disyaki pengedar dadah dicekup polis kerana memiliki dadah jenis heroin seberat 109.32 gram ketika berada di bawah sebuah jambatan kereta api berhampiran ladang di Salak Baru, di sini, kelmarin.

Menurut sumber, dalam kejadian jam 9 pagi, lelaki berusia 22 tahun itu dipercayai menjalankan proses jual beli dadah untuk pasaran di kawasan berkenaan sebelum ditahan polis.

“Suspek dipercayai dari Kampung Berala Kati, Kuala Kangsar sedang menjalankan kegiatan pengedaran dadah.

“Kegiatan suspek dikesan polis yang menerima aduan awam dan menjalankan siasatan di kawasan berkenaan,” katanya.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut menemui 110 peket plastik berisi dadah jenis heroin dengan anggaran berat 109.32 gram, satu penimbang digital, beg silang dan wang tunai RM50.

Katanya, ujian air kencing mendapati suspek positif morfin dan turut memiliki rekod jenayah lampau.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 Julai 2015 @ 10:53 AM