Search This Blog

Monday, June 29, 2015

Dituduh rompak rantai emas

Dituduh rompak rantai emas
Kedua -dua tertuduh (belakang) menutup muka selepas di bawa keluar dari kamar pendakwaan di Mahkamah Sesyen di sini, semalam.

JOHOR BAHRU – Seorang peniaga bersama rakannya dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, semalam atas pertuduhan merompak seutas rantai emas seorang milik wanita warga Singapura, Mei lalu.

Tertuduh, Mohamad Syaful Shah Mohd Shakib, 21, dan Mashah Ike@Zakaria, 25, bagaimanapun tidak mengaku bersalah dan minta dibicarakan ketika pendakwaan dibacakan ke atasnya di hadapan Hakim Mohamad Haldar Abd Aziz.

Kedua-dua tertuduh yang beralamat di Johor Bahru didakwa melakukan rompakan seutas rantai emas milik mangsa di sebuah stesen minyak di Jalan Tun Abdul Razak, kira-kira jam 4.40 pagi, 23 Mei lalu.

Mereka dituduh mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan kedua-dua tertuduh boleh dikenakan penjara hingga 14 tahun atau dengan denda atau sebat.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Khazrin Haffiz Khalil, manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili mana-mana peguam.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 1 Julai ini sebagai sebutan semula kes dengan jaminan RM20,000 setiap seorang.

Bahana penipuan siber

Bahana penipuan siber
Aida teruja dengan penerangan Rezal namun tidak selidi segala maklumat yang diberikan benar atau sebaliknya. - Gambar sekadar hiasan

SAHAM secara atas talian bukan semudah yang disangka. Aida (bukan nama sebenar) antara yang menjadi mangsa penipuan siber. Aida, gadis berusia 25 tahun, berkhidmat selama lebih lima tahun di sebuah syarikat swasta.

Seorang yang sentiasa berjimat cermat dengan jumlah pendapatan sebanyak RM1,500 sebulan, Aida mampu menghantar duit belanja kepada ibu bapanya.

Aida seorang periang dan mempunyai ramai kenalan termasuk mereka yang dikenalinya di alam siber. Dalam diam, Aida tertarik dengan penampilan dan pencapaian seorang kenalan mayanya  bernama Rezal.

Padanya, Rezal bukan sahaja berperawakan menarik malah mempunyai pencapaian perniagaan yang sangat baik. Rezal sentiasa memuat naik kejayaan-kejayaan dalam perniagaannya di laman sosial untuk tatapan umum.

Lumrah hidup manusia yang mengimpikan sebuah kehidupan lebih baik dan mewah, begitu juga impian Aida.

Pada suatu hari, Rezal mempelawa Aida untuk makan malam dengannya. Aida menerimanya. Dalam pertemuan itu, Aida tidak melepaskan peluang untuk mengetahui rahsia kejayaan Rezal. Tanpa disangka, Rezal juga tidak lokek untuk berkongsi rahsia kejayaannya.

Rezal memperkenalkan Aida dengan satu skim pelaburan matawang asing yang sangat menguntungkan melalui satu syarikat Forex di luar negara.

Menurut Rezal, pelaburan tersebut tidak mengambil masa lama untuk mendapat pulangannya dan boleh dimulakan melalui pinjaman peribadi dengan mana-mana bank.

Aida amat teruja dengan prospek keuntungan pelaburan tersebut. Walaupun tidak mempunyai pengetahuan tentang pelaburan matawang asing dan perihal syarikat pelaburan tersebut, tanpa ragu-ragu Aida memohon pinjaman peribadi dengan dua bank tempatan.

Seminggu kemudian, Aida menyerahkan kepada Rezal wang berjumlah RM25,000 sebagai modal pelaburan. Rezal berjanji di mana segala urusan membayar balik kedua-dua pinjaman peribadi sebanyak RM900 sebulan akan diuruskan sendiri Rezal melalui keuntungan pelaburan.

Dengan keuntungan diterima, Aida berkira-kira ingin menukar kereta berusia 10 tahun miliknya. Aida amat bersyukur kerana bakal mengecapi kesenangan seperti yang dinikmati orang lain.

Hari berganti minggu dan minggu berganti bulan, setiap kali dihubungi, Rezal akan memaklumkan kepada Aida pelaburannya belum cukup matang untuk dituai.

Status terkini laman sosial Rezal pula menunjukkan dia baru melangsungkan perkahwinan yang gilang gemilang. Keyakinan Aida terhadap Rezal mula goyah apabila menerima panggilan daripada pihak bank yang menuntut bayaran balik pinjaman peribadinya.

Menurut pihak bank, mereka tidak menerima sebarang bayaran walaupun setelah empat bulan pinjaman dikeluarkan. Impian Aida berkecai manakala Rezal kenalan alam mayanya telah menutup akaun laman sosialnya dan hilang begitu sahaja.

Bimbang dikenakan dengan tindakan undang-undang oleh pihak bank yang menuntut bayaran jumlah tunggakan berserta faedah, Aida memutuskan untuk mendapatkan khidmat pengurusan kewangan dan kredit dari AKPK Cawangan Kuantan.

Melalui program pengurusan kredit AKPK, bayaran bulanan kedua-dua hutang peribadi Aida dapat dikecilkan supaya Aida tidak terbeban dan dapat meneruskan kehidupan seperti biasa.

AKPK juga membuat semakan di laman sesawang Bank Negara dan mendapati syarikat pelaburan mata wang asing ditunjangi Rezal menjalankan aktiviti kewangan yang tidak sah.

Aida dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada terhadap mana-mana skim pelaburan yang berleluasa di alam siber yang kebiasaannya menawarkan pulangan yang tinggi dalam sekelip mata.

Tembak wanita: Bekas pemandu teksi ke tali gantung

mahkamah

PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan di sini hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman mati terhadap seorang bekas pemandu teksi kerana membunuh seorang wanita dengan menembaknya dalam satu rompakan di Pasar Raya Giant Batu Caves, Gombak, 10 tahun lepas.

Panel lima anggota diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif dalam keputusan sebulat suara menolak rayuan akhir Mokhtar Mohd Zin, 53, untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang mensabitkannya terhadap pertuduhan membunuh Siti Shamiza Abu Zarim.

Hakim Md Raus berkata, tidak ada sebab bagi mahkamah itu untuk mengubah keputusan Mahkamah Rayuan yang mendapati Mokhtar bersalah membunuh wanita itu kerana dia telah dicamkan secara konklusif oleh beberapa saksi pihak pendakwaan sebagai individu yang menembak wanita itu.

"Oleh itu rayuan ditolak, keputusan Mahkamah Rayuan, sabitan dan hukuman mati dikekalkan," kata Hakim Md Raus yang bersidang bersama Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Suriyadi Halim Omar, Tan Sri Ahmad Maarop,  Tan Sri Hasan Lah dan Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

Mokhtar, yang juga seorang peniaga barang seludup dari Thailand, didakwa membunuh Siti Shamiza, 30, seorang setiausaha di sebuah syarikat pembinaan, di tempat letak kereta Pasar Raya Giant Batu Caves, pada 1.45 tengah hari, 19 Mac 2005.

Mengikut keterangan saksi awam semasa perbicaraan kes itu, saksi telah mendengar bunyi tembakan di tempat letak kereta di situ dan selepas itu seorang wanita ditemukan di atas tapak letak kereta bersebelahan sebuah kereta.

Laporan bedah siasat mendapati mangsa mati disebabkan tembakan di dadanya dan dia ditembak mati dari arah hadapan. Sebuah telefon bimbit yang digunakan Mokhtar juga dijumpai di sisi mayat itu.

Mokhtar, dari Kelantan, semasa membela dirinya memberitahu mahkamah bahawa dua hari sebelum kejadian itu dia pergi ke Kuala Lumpur bagi menghadiri kes di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur dan pulang ke Kelantan pada hari sama pada 17, Mei 2005.

Katanya dia tiba di Rantau Panjang pada pagi 18 Mei, 2005 dan sebelah petang beliau pergi ke Golok, Thailand.

Dia menyerah diri kepada polis pada 26 Mac 2005 selepas isterinya menelefonnya dan memberitahu gambarnya keluar di dalam berita berhubung kejadian bunuh di Kuala Lumpur.

Pada 20 September 2009, Mahkamah Tinggi Shah Alam membebaskan Mokhtar daripada pertuduhan membunuh di akhir kes pendakwaan.
 
Bagaimanapun pihak pendakwaan yang tidak berpuas hati dengan keputusan itu merayu di Mahkamah Rayuan.

Mahkamah Rayuan pada 10 Oktober 2011, memerintahkan Mokhtar membela diri selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi.

Pada 30 Mac 2012, Mahkamah Tinggi Shah Alam sekali lagi melepaskan dan membebaskan Mokhtar daripada pertuduhan itu selepas mendengar pembelaannya, tetapi Mahkamah Rayuan kemudiannya mensabitkan lelaki itu terhadap pertuduhan itu selepas membenarkan rayuan pendakwaan.

Hari ini Mahkamah Persekutuan menolak rayuan akhirnya. – Bernama

Tanah runtuh buat kali keempat

Tanah runtuh buat kali keempat
Enam buah rumah setinggan yang musnah dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Tahana, Jalan Padu, Larkin tengah malam tadi - Foto Bernama

JOHOR BAHRU - Kejadian tanah runtuh di Kampung Tahana, Jalan Padu, Larkin tengah malam tadi dikatakan merupakan kejadian kali keempat.  
 
Ia dikatakan menimbus enam buah rumah setinggan dan tiga buah motosikal serta nyaris mengorbankan 24 orang penduduk.
 
Seorang penduduk Nasrullah Sukriadi, 22, berkata kejadian kali ketiga berlaku semasa bulan puasa ini, tapi kali ini ia adalah yang paling buruk.
 
"Ini satu-satunya laluan keluar masuk penduduk. Yang paling merisaukan ialah bagi budak-budak sekolah kerana kawasan ini kini agak berbahaya untuk dilalui," katanya kepada Bernama.
 
Beliau berkata sejak pembinaan dijalankan di kawasan berhampiran, kawasan perkampungan itu bukan sahaja sentiasa terputus bekalan eletrik dan air, malah bertukar menjadi kotor akibat kerja-kerja pembinaan.
 
Menceritakan kejadian itu, Nasrullah berkata beliau sedang menonton televisyen apabila terdengar bunyi seperti puting beliung, sebelum bergegas keluar dari rumahnya.
 
"Pada masa yang sama, saya dengar orang jerit tanah runtuh. Kemudiannya saya lihat rumah mak cik saya telah ditimbus tanah. Mujur mak cik bersama sepupu saya sempat keluar," katanya.
 
Beliau berkata tanah runtuh berlaku kira-kira 20 minit sebelum berhenti. Saiful Arif Rudi, 20, pula berkata beliau sedang memasak apabila terdengar bunyi kuat dari arah belakang rumahnya.
 
"Saya terpaksa menendang pintu dapur untuk keluar kerana ia telah tersekat. Bila saya keluar saya dapati tanah telah menimbus sebahagian belakang rumah saya," katanya yang telah membuat laporan polis mengenai kejadian itu. 
 
Ansari Najib, 24, berkata beberapa aduan telah dibuat termasuk yang terbaru seminggu sebelum bulan puasa menerusi 'Aduan Rakyat Online', tetapi masih belum ada tindakan susulan.
 
"Saya kini cuba meraih sokongan penduduk lain untuk membuat laporan kepada Majlis Bandaraya Johor Baharu," katanya.
 
Beliau berkata setiap kali berlaku kejadian tanah runtuh, bekalan air dan elektrik akan terputus. - Bernama

15 warga Britain maut

15 warga Britain maut
Kebanyakan pelancong Britain sudah mula meninggalkan Tunisia selepas insiden serangan berdarah tersebut.

LONDON - BRITAIN. Kerajaan Britain, kelmarin mengesahkan sekurang-kurangnya 15 warga mereka terbunuh dalam insiden serangan berdarah di sebuah pusat peranginan di Tunisia yang turut disifatkan sebagai kejadian terburuk sejak pengeboman di ibu negara pada 2005.

Menteri di Pejabat Hal Ehwal Luar, Tobias Ellwood turut memberi amaran jumlah mangsa yang terkorban dijangka meningkat berikutan beberapa mangsa cedera parah dalam serangan menggemparkan tersebut.

Difahamkan, sekurang-kurangnya 38 maut manakala kira-kira 39 lagi cedera selepas seorang pelajar tempatan yang menyamar sebagai pelancong bertindak melepaskan tembakan rambang ke arah orang ramai di pelabuhan el-Kantaoui berhampiran Sousse terletak kira-kira 140 kilometer di selatan Tunis.

Media tempatan melaporkan serangan tersebut dipercayai didalangi kumpulan militan IS yang kini menguasai sebahagian besar wilayah Iraq dan Syria.

Dalam pada itu, polis Britain dilaporkan telah menghantar pasukan pakar forensik dan detektif ke Tunisia untuk membantu mengenal pasti identiti mangsa serta mengumpulkan bahan bukti.

Menurut persatuan pelancongan, ABTA, kira-kira 20,000 pelancong dari Britain bercuti di Tunis ketika insiden serangan itu berlaku. - AFP

Mangsa rakus rakan sekerja

Mangsa rakus rakan sekerja
Barang-barang yang dirampas bersama suspek ketika ditahan di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur, awal pagi semalam.

SEREMBAN - Seorang wanita dirogol selepas diberi minum arak oleh rakan sekerjanya yang meraikan ulang tahun pertama bekerja di sebuah pusat jagaan orang tua di bandar ini, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.10 tengah malam, wanita warga Pakistan berusia 25 tahun itu dirogol lelaki warga India berusia 32 tahun di dalam salah sebuah bilik di pusat jagaan terbabit sebelum melarikan diri.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun berkata, berdasarkan laporan, sebelum kejadian mangsa masuk ke bilik untuk tidur akibat pening kepala dan muntah selepas minum arak yang diberikan suspek.
“Pada malam kejadian, suspek memberi minuman arak kepada mangsa selepas meraikan ulang tahunnya selama setahun bekerja di pusat jagaan orang tua itu.

“Mangsa berasa pening kepala dan muntah selepas minum air itu dan terus masuk bilik untuk tidur dan apabila terjaga dari tidur, dia melihat suspek mengambil gambarnya tanpa sebarang pakaian sebelum merogolnya,” katanya.

Muhamad Zaki berkata, mangsa kemudiannya menolak suspek dan melarikan diri dengan keluar dari pusat jagaan orang tua tersebut sementara mangsa meminta pertolongan jiran di hadapan rumah yang kemudian bertindak menghubungi talian kecemasan 999.

"Sebaik polis tiba, suspek telah melarikan diri dan usaha mengesannya giat dijalankan termasuk mendapatkan bantuan pemandu teksi yang membawa suspek ke Kuala Lumpur selepas kejadian itu.

"Suspek akhirnya berjaya ditahan selepas tiga jam melakukan jenayah rogol iaitu kira-kira jam 3.30 pagi di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur," katanya.

Menurutnya, ketika ditahan polis turut merampas barang-barang milik mangsa iaitu sebuah beg, komputer riba dan tiga telefon bimbit milik mangsa dan milik penghuni rumah orang tua tersebut.

"Suspek kini direman sehingga 3 Julai depan dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 376 dan 392 Kanun Keseksaan kerana merogol dan melakukan samun," katanya.

Lelaki cedera parah ditetak di Georgetown

tetak

GEORGETOWN - Seorang lelaki cedera parah selepas diserang dan ditetak sekumpulan lelaki di jalan masuk ke Kampung Jawa, Datuk Keramat di sini awal hari ini.

Jurucakap polis berkata, dalam kejadian pada 2.30 pagi itu, sekumpulan lima lelaki yang menaiki kereta Proton Wira melanggar S. Surendran, 20-an, yang sedang menunggang motosikal.

"Mangsa yang terjatuh di atas jalan akibat dilanggar terus diserang dan ditetak menyebabkan dia cedera parah di badan, kepala, tangan dan kaki.

"Mangsa yang berlumuran darah melawan kumpulan terbabit sebelum berjaya melarikan diri sehingga bertemu anggota polis yang sedang bertugas di kawasan perumahan tidak jauh dari kawasan itu," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata lelaki itu dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) oleh anggota polis berkenaan manakala kumpulan lelaki yang mengejar mangsa melarikan  diri.

Jurucakap itu berkata lelaki itu kini dirawat di HPP dan keadaannya dilaporkan stabil.

Beliau berkata kereta yang digunakan kumpulan lelaki terbabit ditemui di tepi Lebuh Raya Jelutong di sini, dengan tayar hadapan sebelah kanan kenderaan itu pecah.

"Polis menemui tiga bilah parang panjang yang dipercayai digunakan untuk menyerang mangsa," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalatrash Wahid ketika dihubungi mengesahkan kejadian, dan berkata polis telah mengenal pasti mereka yang terlibat dan usaha mengesan lima lelaki berusia lingkungan 20-an itu giat dijalankan.

Beliau berkata polis juga mengenal pasti pemilik kereta Proton Wira itu dan percaya seorang daripada lelaki yang menyerang mangsa dalam kes itu, adalah adik kepada pemilik kereta tersebut. - Bernama

Mangsa nekad kejar peragut

Mangsa nekad kejar peragut
Keadaan suspek yang ditangkap orang ramai.

LUBOK JONG - Seorang Pembantu Pemaju Masyarakat Tabika Kemas Lubok Jong nekad mengejar sambil menjerit ke arah seorang pemuda, yang meragut dompetnya dekat simpang tiga Pondok Polis Repek, jam 2 petang semalam.

Mazrina Mazlan, 26, berkata, dia baru sahaja mengambil adik sepupunya yang berusia sembilan tahun di Sekolah Kebangsaan Sri Kiambang dengan menunggang motosikal.

Menurutnya, setibanya di tempat kejadian, dia terkejut apabila lelaki berkenaan mengambil beg yang diletakkan di dalam raga motosikalnya.

"Saya terlalu terkejut dan geram dengan tindakannya sehingga saya menunggang motosikal dalam keadaan merbahaya dan hampir dilanggar kereta dari arah bertentangan.

"Ketika itu sebuah kereta Unit Pencegah Penyeludupan mendengar jeritan saya, turut mengekori suspek sehingga ke Kampung Tali Sauh, Lubok Jong berdekatan Taman Tengku Anis," katanya.

Namun Mazrina berkata, mereka mendapati motosikal yang digunakan oleh suspek terbalik di kawasan semak manakala suspek berjaya melarikan diri.

Tidak lama kemudian, Mazrina berkata, atas bantuan penduduk kampung, suspek berjaya ditahan dan mendapat semula dompet berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliludin Rahim berkata, seorang pemuda ditahan penduduk kampung dalam keadaan berlumuran darah di kepala.

Menurutnya, suspek berada dalam keadaan stabil selepas mendapatkan rawatan di Hospital  Pasir Mas sebelum dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).

"Suspek yang panik selepas mendapati diekori pihak berkuasa, disyaki  terjatuh dari motosikal, mengalami patah tangan kiri, patah pergelangan tangan kanan  cedera di bahagian atas kepala dan luka pada betis kaki kanan.

"Kes ini disiasatan mengikut sekyen 392 Kanun Keseksaan kerana menyamun," katanya.

Tragedi kilang runtuh: Kes didengar 8 Julai depan

Kes didengar 8 Julai depan
Waris mangsa mendesak pemilik Rana Plaza dibicarakan di mahkamah semasa memperingati tragedi itu di Dhaka.

DHAKA - BANGLADESH. Mahkamah Dhaka menetapkan 8 Julai depan untuk mendengar pertuduhan dalam dua kes yang difailkan berhubung tragedi kilang pakaian runtuh di Bangladesh, dua tahun lalu.
 
Majistret, Md Shahinur Rahman menetapkan tarikh itu petang semalam.

Bangunan Rana Plaza runtuh pada April 2013 dan telah mengorbankan 1,135 orang.

Tragedi itu dianggap sebagai satu daripada bencana industri terburuk di dunia.

Pada 1 Jun lalu, polis mengemukakan dua kertas pertuduhan terhadap pemilik Rana Plaza, Sohel Rana dan 41 defendan lain.

Setakat ini, polis telah menahan 22 orang, termasuk Datuk Bandar Savar, Mohammad Refayet Ullah atas peranannya meluluskan pembinaan bangunan kilang pakaian yang tidak berkualiti.

Menurut pasukan penyiasat kerajaan yang telah memeriksa tapak kejadian, kontraktor menggunakan bahan binaan tidak bermutu untuk melakukan penambahan tiga tingkat ke atas bangunan yang pada asalnya enam tingkat. - Dhaka Tribune

Banduan larikan diri ditembak mati

Banduan larikan diri ditembak mati
Richard Matt (kiri) ditembak mati, manakala rakannya David Sweat masih bebas.

MALONE - AMERIKA SYARIKAT . Pihak berkuasa New York menembak mati salah seorang daripada dua banduan yang melarikan diri daripada sebuah penjara keselamatan maksimum di bandar raya itu, tiga minggu lalu.
 
Gabenor New York, Andrew Coumo berkata, Richard Matt, 49, ditembak mati di hutan berhampiran Malone, sebuah bandar berhampiran sempadan Kanada kira-kira 50 kilometer (km) dari penjara.
 
Sementara itu, David Sweat, 35, masih bebas dengan pihak polis meneruskan pencarian di kawasan sekitar rakannya ditembak.
 
"Kami tidak mahu sesiapapun kehilangan nyawa mereka. Tetapi saya mahu mengingatkan kepada orang ramai bahawa Richard Matt adalah seorang pembunuh yang melarikan diri dari penjara negeri," kata Coumo.
 
Pasangan itu melarikan diri dari Kemudahan Masyarakat Clinton di Dannemora pada 6 Jun lalu.
Sebelum melarikan diri, Matt sedang menjalani hukuman penjara 25 tahun atas kesalahan membunuh majikannya.
Manakala, Sweat pula menjalani hukuman penjara seumur hidup kerana membunuh timbalan sheriff. - Reuters

Dipenjara kerana buang air kecil di tempat awam

Penjara

NEW DELHI - INDIA. Sejumlah 109 orang telah ditangkap di Agra, Uttar Pradesh, sebuah bandar pelancongan di mana terletaknya Taj Mahal, semalam.

Ia merupakan usaha Polis Stesen Keretapi membanteras perbuatan orang ramai yang membuang air kecil di merata-rata tempat awam.
  
Mereka yang ditangkap bukan sahaja ditahan selama hampir 24 jam di balai polis tempatan, malah turut didenda sehingga 500 rupee (kira-kira RM30).
  
Kebanyakan mereka ditangkap ketika membuang air kecil di atas platform dan landasan kereta api.
  
"Kami telah menjalankan operasi dan menangkap orang ramai yang membuang air kecil di seluruh premis. 109 orang telah ditangkap dan kami berusaha untuk menjaga kebersihan," kata Penguasa Superintendan Polis Stesen Keretapi G.N  Khanna kepada saluran berita NDTV.
  
Menurut beliau, masyarakat secara umumnya mempunyai tabiat membuat kotoran  di sekitar premis keretapi berkenaan.
  
"Kawasan yang harus dikekalkan bersih meliputi kawasan yang bebas daripada sebarang kotoran dan najis," katanya.
  
Malah, Perdana Menteri India, Narendra Modi telah menjadikan masalah membuang air kecil itu sebagai sebahagian daripada kempen 'Bersihkan India' sejak akhir tahun lepas.
  
Kerajaan Modi berusaha untuk mengubah sikap orang ramai terhadap isu ini melalui kempen awam.
  
Ini termasuk, memaparkan papan iklan dalam bahasa Hindi yang menunjukkan seorang lelaki bertentangan pada dinding, "Berapa lama anda akan bertanggungjawab? Sekurang-kurangnya punyailah sikap malu. Bersihkan minda anda".
  
Kerajaan juga menghasilkan video klip yang menunjukkan bahawa orang ramai  bertepuk tangan selepas seseorang membuat kotor, seperti membuang air besar dalam khalayak ramai sebagai antara cara untuk memalukan mereka. - Bernama

510 pengunjung taman cedera akibat letupan

510 pengunjung taman cedera akibat letupan
Pengunjung dan petugas kecemasan memberikan rawatan kepada mangsa letupan di taman rekreasi Formosa Fun Coast, semalam. - Foto CNN

NEW TAIPEI - TAIWAN. Sekurang-kurangnya 510 pengunjung sebuah taman rekreasi cedera selepas terlibat dalam satu letupan, semalam.

Menurut laporan CNN, dari jumlah tersebut, 183 orang diberi rawatan rapi manakala lapan mangsa dilaporkan kritikal.

Sementara itu, seramai 43 mangsa lain dibenarkan keluar dari hospital selepas mendapat rawatan.

Pihak bomba memberitahu, letupan tersebut berpunca dari serbuk mudah terbakar di pentas taman rekreasi Formosa Fun Coast.

Laporan media tempatan juga menyiarkan beratus-ratus pengunjung bertempiaran lari dan mangsa yang cedera terpaksa dibawa keluar menggunakan pelampung.

Beberapa petugas bantuan kecemasan juga dipanggil dari bandar berhampiran, Taoyuan dan Keelung.

Jurucakap Kementerian Pertahanan, Luo Shao memberitahu bahawa semua hospital tentera di utara Taiwan bersedia untuk menerima mangsa kejadian.

Datuk Bandar, Eric Chu menyifatkan kejadian berkenaan sebagai 'kejadian paling buruk pernah berlaku' di Taipei.

Sementara itu, Formosa Fun Coast mengatakan kejadian tersebut berlaku ketika parti 'Color Play Asia' sedang berlangsung.

"Kami amat bersimpati dengan apa yang telah berlaku," katanya dipetik sebuah kenyataan.

"Apa yang penting untuk kami sekarang adalah memberikan bantuan kepada mangsa dan memberi kerjasama sepenuhnya dengan Jabatan  Bomba New Taipei," tambah kenyataan tersebut.

Gambar Lamborghini terbakar jadi viral

Gambar Lamborghini terbakar jadi viral

BEBERAPA keping gambar sebuah kereta mewah, Lamborghini yang bernilai 4 juta yuan (RM2.4 juta) hampir rentung sepenuhnya akibat melanggar pembahagi jalan sebelum merempuh lori  di sebuah lebuh raya menjadi viral.

Memetik laporan sebuah portal antarabangsa, kejadian tersebut berlaku di Guangdong di China kira-kira jam 10 malam baru-baru ini.

Pemandu kereta mewah itu turut dilaporkan terkorban kerana terperangkap di dalam kereta sewaktu api mula merebak dan terbakar dengan pantas.

Pemandu kenderaan terbabit difahamkan tidak mempunyai lesen memandu.

Dalam pada itu, seorang saksi kejadian berkata, kereta tersebut dipandu lebih dari 160 km/j.

“Sebaik sahaja pelanggaran berlaku, beberapa letupan berlaku dan api mula menyala secara tiba-tiba. Dalam masa beberapa minit, kereta tersebut terbakar sehingga hangus.

Kemalangan tersebut mengundang komen dan kritikan dalam kalangan netizen.

Kebanyakan dari pengguna laman sosial berpendapat, mangsa kemalangan tersebut merupakan anak salah seorang pegawai kerajaan di negara tersebut.

Sebelum ini, sebuah kemalangan melibatkan kenderaan mewah dilaporkan berlaku di negara tersebut pada Mei lalu. 

Produk babi berdekatan stiker Ramadan dikecam

Produk babi berdekatan stiker Ramadan dikecam
Antara foto yang dimuatnaik oleh pelanggan di laman sosial.

LONDON - BRITAIN. Sebuah rangkaian pasaraya di London dikecam selepas meletakkan produk babi bersama stiker promosi Ramadan di rak jualan yang sama, awal minggu lalu.
Menurut laporan Dailymail, pelanggan pasaraya itu bertindak menangkap dan memuat naik foto yang menunjukkan kesilapan tersebut sambil meminta supaya ia diperbetulkan.
"Saya rasa benda seperti ini mengecewakan. Jika anda ingin membuat sesuatu, anda harus membuat dengan betul," kata Shoib Khan, 32.
"Tolong betulkan perkara ini. Anda mungkin akan kehilangan pelanggan," kata Jameela di laman mikro Twitter.
Sementara itu, pasaraya berkenaan mendakwa stiker tersebut sudah dialihkan.
"Kami pasti sudah tiada stiker (Ramadan) berdekatan dengan produk babi," kata jurucakap rangkaian tersebut.
Melalui laman Twitter, pasaraya itu juga meminta maaf kepada pelanggan-pelanggan beragama Islam yang lain.
"Kami benar-benar minta maaf. Kami akan uruskan (perkara ini)," kata perkongsian tersebut.
Sebelum ini, sebuah lagi rangkaian pasaraya juga dikecam atas perkara yang sama.
Produk tersebut, sebuah makanan ringan telah dikesan oleh seorang pelanggan, Raza Hassan di Liverpool Street, London.
Bulan Ramadan merupakan bulan mulia bagi umat Islam yang menjalani ibadah puasa selama sebulan sebelum meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri pada pertengahan Julai tahun ini.

Kepala tersekat di tong sampah kerana mabuk

Kepala tersekat di tong sampah kerana mabuk
Dave Sayers berusaha mengeluarkan kepalanya yang tersekat di sebuah tong sampah. - Foto Telegraph UK

SEORANG pemain golf menjadi popular selepas berjaya melakukan 'hole-in-one' menggunakan kepalanya di sebuah tong sampah.
 
Menurut laporan Telegraph UK, Dave Sayers, 49 berada dalam keadaan mabuk ketika kejadian.
 
Sayers memberitahu, beliau dan kawan-kawan bermain golf sebelum kejadian.
 
"Saya kalah disebabkan beberapa pukulan teruk. (Selepas itu) kami minum arak," kata Sayers yang berasal dari Cross Heath, Newcastle-Lyme.
 
"Saya beritahu kawan-kawan, saya akan buang kayu golf saya (ke dalam tong sampah) tetapi ianya tidak muat. 
 
"Jadi saya masukkan kepala saya (ke dalam tong sampah) dan saya gagal keluarkan (kepala)," tambah beliau.
 
Melalui sebuah video yang dimuatnaik, pejalan kaki dan kawan-kawan Sayers, termasuk isterinya, Alison dan dua orang anak, Daniel dan Jake ketawa ketika Sayers berusaha mengeluarkan kepalanya.
 
Kepala Sayers akhirnya berjaya dikeluarkan selepas seorang kawannya melumur Vaseline dan memudahkan kepalanya keluar.

Diacu rifal kerana kacau pengawal Ratu Elizabeth

Diacu rifal kerana kacau pengawal Ratu Elizabeth
Sedutan video pelancong menggangu rutin kawalan pengawal diraja, The Queen's Guard.

SEORANG pelancong yang bertindak mengganggu rutin kawalan pengawal Ratu Elizabeth atau 'The Queen's Guard' terima akibat apabila dia diherdik dan diacukan raifal.
 
Melalui sebuah video yang dimuatnaik awal minggu lalu, The Queen's Guard yang popular dengan seragam merah dan topi tinggi berbulu beruang dan rutin kawalan yang amat ketat membuktikan kerja mereka bukanlah 'main-main'.
 
Sebelum diacu raifal, pelancong berkenaan melakukan beberapa mimik 'mengejek' rutin kawalan ulang-alik sebelum bertindak menyentuh bahu pengawal tersebut.
 
Pengawal berkenaan, dengan pantas dan bersuara lantang memberi arahan "Jauhi (diri anda dari) The Queen's Guard!".
 
Seramai 4.6 juta pelayar sudah menonton video tersebut dan majoriti melahirkan rasa kesal terhadap sikap pelancong yang gagal menghormati rutin penawal dan kerap kali mengejek kawalan Diraja Britain  tersebut.
 
"Mereka (The Queen's Guard) bukan tentera mainan. Mereka berkhidmat dengan angkatan tentera yang diperintahkan untuk melindungi kediaman diraja dalam apa jua keadaan sekalipun. Mereka tidak akan teragak untuk membunuh anda jika perlu," kata seorang pelayar, Char.
 
"Darjah kebanggaan dan dedikasi The Queen's Guard adalah menakjubkan. Saya sebagai seorang bekas tentera mampu faham penghinaan dan ejekan orang ramai terhadap The Queen's Guard dan seumpamanya.." kata Lucas.
 
"Pelancong tersebut memang tak bijak, tapi saya suka lihat pelancong tak bijak yang sedang dalam ketakutan," kata Gord sambil disokong oleh pelayar-pelayar lain.

Cuaca panas: 1,233 maut

Cuaca panas: 1,233 maut
Seorang lelaki membawa mangsa strok haba ke hospital di Karachi, semalam. Foto: AFP

ISLAMABAD - PAKISTAN. Angka kematian akibat cuaca panas melampau di Pakistan meningkat kepada 1,233 orang.

Pengarah Operasi Pengurusan Bencana Wilayah, Nazar Mohammad Bozdar berkata, angka korban terus meningkat meskipun suhu mula berkurangan terutamanya di Karachi.

Sepanjang minggu lalu, Pakistan dilanda cuaca panas terik sehingga 45 darjah Celcius namun ia mula berkurangan,  kelmarin.

"Jumlah penduduk yang dimasukkan ke hospital akibat strok haba mencecah 65,000 sejak 20 Jun lalu.

"Dan sehingga kelmarin, masih terdapat 1,923 orang yang masih dirawat," katanya.

Media tempatan melaporkan, kebanyakan mangsa yang meninggal dunia sepanjang minggu lalu adalah warga tua dan penduduk miskin. - al-Jazeera

Mabuk: Ibu potong, makan kulit kepala anak

Mabuk: Ibu potong, makan kulit kepala anak
(Kiri) Pramila dan Bharati Mondal.

WEST BENGAL - INDIA. [VIDEO] Seorang wanita diikat dan dibelasah orang ramai selepas didakwa memotong dan memakan kulit kepala anak perempuannya sendiri ketika mabuk, Rabu lepas.
 
Menurut laporan Dailymail, Bharati Mondal, dua tahun berjaya diselamatkan selepas jeritan kanak-kanak tersebut didengari oleh pakciknya, Dablu Mondal.
 
Dablu kemudian menemui kakak iparnya, Pramila, 40 sedang memotong dan memakan kulit kepala Bharati.
 
"Saya sedang berehat di rumah pada waktu tengahari ketika saya mendengar jeritan Bharati.
 
"Saya pantas merampas Bharati dari Pramila dan bawanya ke Kolej Perubatan dan Hospital Malda," katanya lagi.
 
Laporan mengatakan penduduk tempatan yang marah dengan tindakan Pramila mula berkumpul sebelum mengikat dan membelasah wanita berkenaan.
 
Wanita yang mempunyai tiga orang anak tersebut yang juga merupakan seorang penagih alkohol mengaku melakukan perbuatan tersebut, namun gagal menjelaskan sebabnya.
 
Pramila bagaimanapun terselamat selepas adik iparnya, Mamta Mondal memanggil polis yang kemudiannya datang untuk menyuraikan orang ramai.
 
Polis inspektor, Kishna Das memberitahu bahawa Pramila dibawa ke hospital selepas kejadian.
 
Pramila dijangkan akan didakwa di mahkamah tidak lama lagi.

Dua ditahan bantu kes 17 kereta dirosak

29/06/2015 3:48pm


GEORGE TOWN - Dua lelaki ditahan bagi membantu siasatan berhubung kejadian 17 kereta penduduk flat Taman Seri Pinang di sini dirosakkan dalam pergaduhan awal pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior faridalatrash Wahid berkata, mereka yang berusia 23 dan 33 tahun itu ditahan secara berasingan di sini kira-kira pukul 6.30 petang semalam.
"Tujuh laporan polis diterima daripada penduduk flat itu. Usaha mengesan beberapa lagi individu terlibat dalam kejadian itu giat dijalankan," katanya.
Sebanyak 17 kereta penduduk flat di Jalan Sungai Pinang dirosakkan dalam pergaduhan dengan kebanyakan kereta pecah cermin atau tingkap.
Mior Faridalatrash berkata, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengetahui punca sebenar kejadian dan polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat agar menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. - Bernama


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0629&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_13.htm#ixzz3eROTm0Km 
Hakcipta terpelihara 

Pelajar Malaysia dibekalkan topeng, ubat-ubatan ekoran letusan Sinabung


29/06/2015 3:05pm

JAKARTA - Pelajar Malaysia di Sumatera Utara dibekalkan topeng mulut dan bekalan ubat-ubatan oleh Education Malaysia (EM) di Indonesia ekoran letusan gunung berapi, Gunung Sinabung yang dilaporkan semakin serius.
Pegawai EM Indonesia, Kamarulazhar Abdul Salam berkata, setakat ini kesemua 1,173 pelajar Malaysia dilaporkan selamat malah lebih separuh daripada mereka telah berangkat pulang ke Malaysia sempena cuti musim perayaan.
Katanya, hanya kira-kira 30 peratus pelajar Malaysia dalam jurusan perubatan sedang menjalani latihan pratikal di beberapa hospital kerajaan di Sumatera Utara dan mereka dilaporkan dan sihat.
Beliau berkata, menurut laporan terkini, debu valkonik gunung itu kini telah merebak sehingga ke kota Medan dan kawasan sekitarnya.
"Kawasan Serdang iaitu petempatan pelajar Malaysia yang menuntut di Universitas Islam Negeri Sumatera Utara (UINSU) dan Universitas Negeri Medan (UNIMED) mempunyai kualiti udara kurang sihat akibat debu valkonik," katanya ketika dihubungi di sini. - Bernama


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0629&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_11.htm#ixzz3eROIILHN 
Hakcipta terpelihara 

Polis tahan lama remaja lelaki kes samun kedai serbaneka


29/06/2015 3:45pm

KUANTAN - Polis menahan lima remaja lelaki berhubung kes samun bersenjatakan parang di dua buah kedai serbaneka 24 jam di sini pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, tiga daripada mereka yang kesemuanya berumur 18 tahun ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Air Putih di sini semalam hasil maklumat awam.
Katanya, hasil soal siasat, suspek mengaku terlibat dalam kejadian samun di kedai serbaneka 24 jam di Jalan Beserah pada 3.45 pagi dan sebuah lagi kedai serbaneka di Sungai Isap pada 5.45 pagi bersama dua lagi rakan mereka.
"Susulan itu polis menyerbu sebuah rumah di Galing dekat sini pada pukul 2.30 petang semalam sebelum memberkas seorang pelajar tingkatan empat berusia 16 tahun.
"Dalam serbuan itu, polis turut merampas pelbagai jenis rokok yang dipercayai dicuri di premis tersebut dan pakaian yang digunakan suspek dalam kejadian samun itu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Abdul Aziz berkata, setengah jam kemudian seorang lagi remaja lelaki berusia 17 tahun yang merupakan pelajar tingkatan lima ditangkap di kawasan sama bersama sebilah parang dan sebuah topi keledar hitam yang dipercayai digunakan kumpulan remaja terbabit.
"Polis turut menemui pelbagai jenis rokok dan gula-gula di rumahnya dan dengan tertangkapnya lima remaja terbabit, polis percaya dapat menyelesaikan kes samun di dua buah kedai serbaneka 24 jam ini," katanya. - Bernama


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0629&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_12.htm#ixzz3eROAAzpA 
Hakcipta terpelihara 

Tiga buah rumah hangus terbakar


29/06/2015 4:08pm

GEORGE TOWN - Tiga buah kediaman separa kayu hangus terbakar dalam kejadian kebakaran di Jalan P. Ramlee di sini sebentar tadi.
Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 2.10 petang itu turut memusnahkan keseluruhan kediaman yang terletak secara bersebelahan.
Sehingga kini usaha memadamkan api sedang dilakukan oleh anggota dan pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri.
Mengikut laporan awal di keluarkan Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, kebakaran berkenaan telah berjaya dikawal dan usaha-usaha memadamkan kebakaran itu sedang giat dijalankan.
Kejadian tersebut tidak melibatkan kecederaan mahupun mangsa yang terperangkap. - KOSMO!


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0629&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_15.htm#ixzz3eRO29F1t 
Hakcipta terpelihara 

PM kutuk serangan pengganas



MALAYSIA mengutuk serangan pengganas yang dilakukan seorang pengebom berani mati sehingga menyebabkan 25 penganut Syiah terbunuh di sebuah masjid di bandar raya Kuwait, Kuwait pada Jumaat lalu. - Agensi


KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengutuk tindakan keganasan ke atas orang awam yang tidak berdosa di Pe­rancis, Tunisia dan Kuwait.
Beliau berkata, kekejaman itu bertentangan de­ngan ajaran Islam sebenar kerana ia menyebabkan kecederaan dan meragut banyak nyawa dalam bulan Ramadan yang suci.
“Saya mengutuk tindakan keganasan yang kejam ke atas orang awam yang tidak berdosa. Kekejaman ini adalah bertentangan dengan ajaran Islam sebenar. Takziah daripada saya dan al-Fatihah,” kata Najib melalui akaun Twitter dan Facebook beliau.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0629&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm#ixzz3eRNXYNBg 
Hakcipta terpelihara 

Bida GRO dapatkan khidmat seks



Sebahagian GRO seksi warga China yang ditahan polis dalam satu serbuan di sebuah pusat hiburan di Jalan Kaskas, Cheras semalam.


KUALA LUMPUR – Pembelian kalungan bunga membolehkan pelanggan memilih gadis-gadis gebu warga China untuk melayan mereka antara taktik yang digunakan sebuah pusat hiburan di Jalan Kaskas, Cheras di sini bagi merancakkan kegiatan pelacuran.
Bagaimanapun taktik itu terbongkar selepas sepasukan polis dari Skuad Taktikal Tiga Perjudian, Maksiat, Kongsi Gelap Bukit Aman dan dibantu anggota pasukan Bahagian Kongsi Gelap, Judi Dan Maksiat Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras menyerbu premis itu pada pukul 12.30 semalam.
Ketua Operasi, Deputi Superintendan Mohd. Shokri Abdullah berkata, hasil serbuan mendapati, pusat hiburan terbabit menyediakan kalungan bunga dengan nilai harga antara RM50 dan RM1,000.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0629&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm#ixzz3eRNPmk3L 
Hakcipta terpelihara 

Keluarga mangsa mahu siasatan tragedi MH17 dipercepat



Keadaan pesawat MH17 yang berkecai selepas ditembak jatuh di wilayah Donetsk, timur Ukraine pada 17 Julai tahun lalu.


KUALA LUMPUR – Perit. Perkataan itu jelas menggambarkan perasaan Mohd. Tarmizi Ismail setiap kali diajukan soalan sama berkaitan isterinya, Hamfazlin Sham Mohamed Arifin, pramugari pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang terlibat dalam nahas pesawat MH17.
Kini hampir setahun, bapa kepada Alif Hazim, 3, dan Alif Haiqal, 9, mengakui masih tidak dapat membendung rasa kecewa dan sedih apabila ditanya soalan yang memaksanya mengimbau kembali detik hitam yang berlaku pada 17 Julai tahun lalu.
“Saya bersyukur dikelilingi orang yang prihatin dan bertanyakan kehidupan kami anak beranak, namun hati ini kadangkala ‘sakit’ apabila terpaksa ingat kembali saat kejadian itu berlaku,” katanya kepada Bernama di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0629&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz3eRNIFNvQ 
Hakcipta terpelihara 

Ibu hantar anak ke sekolah maut



Mayat Juzalina ditutup dengan kain selepas dirempuh kenderaan Isuzu D-Max di Kilometer 71.6 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, Dungun semalam.


DUNGUN – Seorang ibu yang dalam perjalanan menghantar dua anaknya ke sekolah maut apabila motosikal ditungganginya dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Isuzu D-Max di Kilometer 71.6 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan dekat Kampung Pulau Serai semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 7 pagi, mangsa, Juzalina Johari, 37, (gambar kecil) dari Pulau Serai meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah pada kepala serta anggota badan.
Anak mangsa, Nur Effy Elysha Azmi Sham, 8, yang dilaporkan cedera parah dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu manakala seorang lagi anaknya, Muhamad Shah Ikhwan Azmi Sham, 11, yang cedera ringan menerima rawatan di Hospital Dungun.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0629&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz3eRNA0UlD 
Hakcipta terpelihara 

UPP Kelantan rampas rokok seludup bernilai RM10 juta



RUSLI (dua dari kiri) menunjukkan sebahagian rokok seludup yang dirampas pada sidang akhbar di Ibu Pejabat UPP Kelantan di Kota Bharu semalam.


KOTA BHARU – Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Kelantan berjaya melumpuhkan sindiket pengedaran rokok seludup selepas merampas 88,520 karton rokok pelbagai jenama bernilai hampir RM10 juta termasuk cukai di sebuah stor di Batu 2, Jalan Kuala Krai di sini kelmarin.
Serbuan kira-kira pukul 8 pagi itu dilakukan hasil maklumat Unit Risikan UPP Kelantan yang dilakukan sejak April lalu bagi mengesan kegiatan haram tersebut.
Komandernya, Rusli Karim berkata, stor tersebut dipercayai disewa oleh sindiket berkenaan dan ini me­rupakan kali pertama pihaknya me­lakukan serbuan di lokasi tersebut.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0629&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz3eRN0ZMPs 
Hakcipta terpelihara 

Bapa, ibu tiri Yaya di Thailand


Bapa dan ibu tiri Yaya kini dipercayai bersembunyi di Thailand.


KOTA BHARU – Bapa kan­dung dan ibu tiri Nur Zuliana Zaara Zulkifli yang dicari polis bagi membantu siasatan kes pe­nganiayaan yang dilakukan terhadapnya dipercayai telah me­larikan diri dan bersembunyi di Thailand.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, pihak­nya percaya pasangan tersebut telah berada di Thailand sebaik menge­tahui mereka dicari polis bagi membantu siasatan kes mendera mang­sa yang berusia lima tahun itu.
“Polis Kelantan sedang berusaha mengesan pasangan itu dan percaya suami isteri tersebut telah masuk ke negara jiran.
“Kita kini bekerjasama dengan polis Thailand bagi mengesan pasangan itu,” kata beliau.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0629&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz3eRMqEJaW 
Hakcipta terpelihara 

Pasangan kekasih berpaut di hujung batu


PEREIRA tidak menggunakan sebarang peralatan keselamatan semasa berpaut pada tebing batu tersebut. - Agensi


BRASILIA – Sepasang kekasih melakukan aksi lagak ngeri dengan berpaut dan bergayut pada sebuah tebing batu pada ketinggian 843 meter tanpa menggunakan sebarang peralatan keselamatan.
Leonardo Edson Pereira, 23, dan kekasihnya, Victoria Medeiros Nader, 18, melakukan aksi berani mati tersebut di kawasan pergunungan Pedra de Gavea, dekat bandar raya Rio de Janeiro.
Satu gambar itu memaparkan Nader yang memakai bikini berwarna merah jambu tergantung pada tebing itu sambil memaut tangan kekasihnya.
Dalam foto lain, Pereira pula dilihat berpaut pada tebing batu itu tanpa menggunakan sebarang peralatan keselamatan dengan panorama indah sekitar Rio de Janeiro menjadi latar belakangnya.
“Saya tahu orang ramai menganggap tindakan ini bukan sahaja tidak munasabah tetapi membahayakan diri sendiri. Namun, lagak ngeri itu membuatkan saya berasa teruja.
“Tebing batu itu sememangnya tinggi namun, saya hanya menggunakan kekuatan tangan untuk berpaut. Apa yang penting, saya percaya kepada diri sendiri bahawa saya tidak akan terjatuh ke bawah,” kata Pereira.
Ini bukan kali pertama Pereira melakukan aksi merbahaya itu memandangkan dia pernah memanjat beberapa tebing tinggi lain di sekitar Rio de Janeiro. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0629&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz3eRKzhAIe 
Hakcipta terpelihara