Search This Blog

Friday, June 26, 2015

Budak 13 tahun tikam pelajar 14 tahun

Budak 13 tahun tikam pelajar 14 tahun
Senjata yang digunakan pelajar terbabit

LEWISHAM - LONDON. Seorang budak lelaki 13 tahun ditahan pihak berkuasa selepas disyaki menikam pelajar yang berusia 14 tahun semasa dalam perjalanan ke sekolah.

Polis menerima laporan daripada Deptford Green School berdekatan New Cross Road di Lewisham, dekat Londan pada 8.40 waktu tempatan dan semasa tiba di sekolah berkenaan, polis mendapati seorang pelajar 14 tahun cedera dengan luka tikaman di pahanya.

Pelajar terbabit kemudiannya di bawa ke sebuah hospital di selatan London dan berada dalam keadaan stabil.

Susulan kejadian, seorang budak lelaki 13 tahun ditahan untuk membantu siasatan.

Menurut polis, pihaknya percaya insiden tersebut berlaku di kawasan berdekatan Avonley Road, SE14 dan senjata yang digunakan suspek berjaya ditemui.

Sementara itu, dalam satu kenyataan Deptford Green School, mangsa yang juga pelajar sekolah berkenaan  tiba di sekolah dengan luka tikaman dan pihak sekolah terus mendapatkan bantuan kecemasan kepada pelajar terbabit.

"Kami percaya sesuatu yang tidak kena berlaku kepada pelajar terbabit dengan pelajar sekolah lain semasa dalam perjalanan ke sekolah.

"Tiada pelajar sekolah ini ditahan berhubung insiden ini", katanya dipetik BBC.

Mangsa suhu panas meningkat 780

Karachi: Angka kematian akibat gelombang haba di selatan Pakistan meningkat kepada 780 orang semalam.
Bagaimanapun, cuaca panas yang melanda wilayah itu menunjukkan tanda-tanda perubahan, sekali gus membawa kelegaan kepada penduduk.
Suhu di Karachi, bandar terbesar Pakistan dan tempat kebanyakan kematian berlaku diramal turun hingga 38 darjah Celsius selepas ia mencecah 45 darjah Celsius beberapa hari lalu.
Tiupan angin juga beralih ke barat daya, membawa angin lebih sejuk ke bandar pelabuhan itu dari Laut Arab.
Pejabat Meteorologi Pakistan meramalkan hujan di bandar berkenaan, sekali gus menyebabkan suhu turun.
“Cuaca kini tidak berapa panas. Angka kematian berdasarkan laporan dan maklumat yang kami kumpul hingga pagi ini ialah 780,” kata pegawai kanan Lembaga Pengurusan Bencana Kebangsaan.
Pertubuhan kebajikan terbesar Pakistan, Yayasan Edhi berkata, rumah mayat mereka menerima lebih 600 mayat sejak Sabtu lalu.
“Kami berusaha keras bagi memastikan mayat berkenaan tidak reput sebelum dikebumikan,” kata jurucakap yayasan Anwar Kazmi.
Kebanyakan kematian di Karachi berlaku dalam kalangan penduduk miskin dan buruh yang bekerja di luar.
Keadaan itu mendorong ulama menggesa mereka yang berdepan risiko strok haba supaya tidak berpuasa. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 Jun 2015 @ 10:32 AM


SEORANG wanita mengipas anaknya yang kepanasan ketika menanti giliran untuk mendapat rawatan di sebuah hospital di Karachi, semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/60035#sthash.q88JkVq2.dpuf

Mesir mahu bakar semua buku tulisan ulama Ikhwanul Muslimin


Kaherah: Ketua Jabatan Agama Kementerian Waqaf Mesir Mohamed Abdel Razek
berkata, kementerian itu akan membakar semua buku karangan ulama Ikhwanul
Muslimin.
Dalam kenyataan yang dikeluarkannya kelmarin, Abdel Razek berkata, kementerian dan
pihak berkuasa Mesir menganggap buku itu berbahaya.
“Kementerian akan membakar ‘buku beracun’ yang ditulis Sheikh Hassan Al­Banna,
Sayyid Qutb, Yusuf Al­Qaradawi dan pemimpin Ikhwan lain. Buku yang ditulis kumpulan
Islam lain juga akan dibakar,” kata Abdel Razek.
Sabtu lalu, Setiausaha Rendah kementerian Gaber Tayee berkata, pegawai diarah
memeriksa semua buku di perpustakaan setiap masjid di negara itu bagi memastikan ia
‘sesuai dengan toleransi dalam Islam.’
“Semua buku dikarang pelampau atau anggota Ikhwanul Muslimin dan Jemaah Islamiya
akan dikeluarkan dari perpustakaan,” katanya.
Mesir berdepan kekacauan sejak bekas Presiden Mohamed Mursi digulingkan dalam
rampasan kuasa tentera pada 2013.
Sejak menggulingkannya, pihak berkuasa Mesir diketuai Presiden Abdel Fattah al­Sisi
tidak putus­putus menyasarkan penyokong Mursi yang juga bekas pemimpin Ikhwan.
1 0 0 Google + 0
6/26/2015 Mesir mahu bakar semua buku tulisan ulama Ikhwanul Muslimin | Harian Metro
data:text/html;charset=utf­8,%3Carticle%20id%3D%22node­60036%22%20class%3D%22two­column­L%20node%20node­article%20node­page%20node­arti… 2/2
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 Jun 2015 @ 10:34 AM

18 maut di Xinjiang

Beijing: Sekurang-kurangnya 18 orang terbunuh dalam keganasan terbaru di Xinjiang, wilayah barat China, lapor Radio Free Asia semalam.
Laporan itu memetik polis sebagai berkata, kejadian berlaku selepas sekumpulan lelaki yang didakwa etnik Uighur beragama Islam menyerang anggota keselamatan dengan pisau dan bom di satu sekatan jalan raya di Kashgar, bandar di selatan wilayah itu.
Beberapa anggota keselamatan terbunuh dalam kejadian itu sebelum polis bertindak balas dan menembak mati 15 suspek yang mereka dakwa pengganas.
Seorang saksi berkata, antara 18 dan 28 orang terbunuh, termasuk beberapa pejalan kaki.
Jumlah itu bagaimanapun tidak dapat disahkan.
Pihak berkuasa Xinjiang dan jabatan keselamatan tidak menjawab panggilan telefon untuk mengesahkan kejadian itu.
Pihak berkuasa China selalunya mengulas peristiwa seumpama itu beberapa hari selepas kejadian.
Etnik Uighur, penduduk majoriti di Xinjiang sekian lama ditindas kerajaan China hingga mencetuskan keganasan dan menyebabkan ratusan terbunuh sejak beberapa tahun lalu.
Minggu lalu, media dan laman web kerajaan Xinjiang menyiarkan notis dan arahan melarang kakitangan kerajaan, anggota Parti Komunis, pelajar dan guru supaya tidak berpuasa sepanjang Ramadan.
Lebih buruk lagi, mereka turut menganjurkan festival arak beberapa hari sebelum Ramadan bermula dengan mempelawa penduduk Islam menyertainya.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 Jun 2015 @ 10:36 AM


GAMBAR fail menunjukkan tentera China meronda di Xinjiang.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/60040#sthash.lrkhhJ8Q.dpuf

Ijazah menteri pendidikan palsu

New Delhi: Sebuah mahkamah di sini semalam bersetuju mendengar aduan mengenai menteri pendidikan India yang dituduh menipu mengenai ijazahnya.
Berita mengenai penipuan itu sebelum ini mencetuskan kemarahan orang ramai yang mendesak dia meletak jawatan.
Mengikut petisyen difailkan, Smriti Irani didakwa membuat perisytiharan bercanggah mengenai ijazah diperolehnya kepada pihak berkuasa pilihan raya.
Menurut aduan itu, Smriti berkata pada 2004, dia mempunyai ijazah jurusan kesenian.
Namun, menjelang pilihan raya umum pada 2014, dia mendakwa memiliki ijazah jurusan perdagangan.
Hakim Akash Jain berkata: “Mahkamah maklum mengenai perkara itu dan menetapkan kes pada 28 Ogos depan.”
Dakwaan terhadap Smriti disuarakan beberapa minggu selepas Menteri Undang-Undang Delhi dari Parti Aam Aadmi (AAP), Jitendra Singh Tomar, ditahan kerana disyaki memiliki ijazah undang-undang palsu.
Jitendra meletak jawatan selepas menghadapi tuduhan jenayah, menipu dan terbabit dalam kegiatan pemalsuan.
Kes terbaru membabitkan Smriti menyebabkan ketua pembangkang dari AAP dan Parti Kongres mendesak wanita itu meletak jawatan kerana mendakwa dia ‘tiada hak secara moral, perlembagaan atau perundangan’ untuk memegang jawatan menteri.
Bagaimanapun, kerajaan pimpinan Perdana Menteri Narendra Modi menolak desakan itu.
Menteri Dalam Negeri Rajnath Singh berkata: “Menteri kami tidak perlu meletak jawatan. Ini bukan kerajaan mereka (Kongres).”
Kerajaan Modi berdepan tekanan pembangkang sejak kebelakangan ini berikutan pendedahan salah laku beberapa menteri kanan, termasuk Menteri Luar yang dituduh membantu bekas bos kriket Lalit Modi yang terpalit dengan skandal rasuah untuk mendapatkan dokumen perjalanan kecemasan di Britain. - AFP
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 Jun 2015 @ 10:35 AM


Smriti
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/60038#sthash.ZAwH1VQI.dpuf

4 kes baru MERS dilapor

Seoul: Dua hospital utama di ibu negara Korea Selatan menggantung perkhidmatan semalam dalam usaha mengekang penularan Sindrom Pernafasan Asia Barat (MERS) selepas empat kes baru dilaporkan.
Kes baru MERS itu termasuk dua yang berada dalam wad sama dengan pesakit yang sudah dijangkiti, kata Kementerian Kesihatan, semalam.
Pesakit lain termasuk seorang jururawat di Pusat Perubatan Samsung di Seoul – antara pusat penularan wabak itu - dan saudara seorang pesakit yang dimasukkan ke hospital untuk penyakit lain di Pyeongtaek, selatan Seoul, awal Jun lalu.
Daripada 179 yang disahkan dijangkiti MERS, lima tidak diketahui sumbernya.
Keseluruhannya, 27 orang maut akibat wabak itu di Korea Selatan - yang terburuk di luar Arab Saudi - manakala 3,100 dikuarantin di pusat perubatan atau rumah sendiri.
Hospital Samsung - lokasi yang melihat 90 pesakit, pelawat dan kakitangan perubatan dijangkiti - mengumumkan penggantungan perkhidmatan selama 10 hari pada 14 Jun lalu untuk mengekang penularannya.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 Jun 2015 @ 11:09 AM


PEKERJA perubatan berpakaian perlindungan lengkap bertugas di klinik yang diasingkan untuk pesakit MERS di Hospital Universiti Konkuk, Seoul.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/60044#sthash.syqZEjw2.dpuf

Lebih 1,000 korban cuaca panas Pakistan

Karachi: Jumlah korban cuaca panas yang melanda bandar raya ini meningkat melebihi 1,000 orang hari ini, dan pihak berkuasa menjangka lebih banyak kematian walaupun suhu sudah menurun.
"Jumlah kematian kini lebih 1,000 dan mungkin mencecah 1,500," kata Anwar Kazmi, jurucakap Yayasan Edhi iaitu pertubuhan kebajikan terbesar Pakistan.
Menurut angka yang dikumpul AFP daripada hospital seluruh bandar raya ini, jumlah kematian ialah 1,079 orang.
Hospital di Karachi sudah merawat hampir 80,000 orang yang mengalami kekurangan air dalam badan dan tidak sedarkan diri.
Agensi berita Associated Press (AP) melaporkan, Menteri Kesihatan wilayah Sindh, Jam Mehtab Hussain berkata masih ramai dimasukkan ke hospital akibat cuaca panas tetapi berkurangan berbanding sebelum ini.
Menurutnya, suhu hari ini turun kepada 34 darjah selsius di Karachi yang paling teruk terjejas berbanding 45 darjah sejak Sabtu lalu hingga semalam.
Karachi ialah bandar utama wilayah Sindh.
Cuaca panas diburukkan lagi dengan bekalan elektrik di bandar raya berpenduduk 20 juta orang itu yang sering terputus, menjejaskan bekalan air dan pendingin hawa tidak dapat digunakan. Ramai yang mati ialah golongan tua dan penduduk miskin akibat kekeringan air dalam badan.- Agemsi
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 Jun 2015 @ 10:45 PM


Orang ramai mengambil kesempatan mandi air saluran paip yang pecah ketika cuaca panas luar biasa melanda Karachi. - Foto AFP
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/60180#sthash.W6mlq4bq.dpuf

Mahu tunjuk bakat terpotong hidung rakan

Washington: Gara-gara menunjukkan bakat bermain memotong sosej menggunakan pedang di satu majlis keraian, seorang lelaki terpotong hujung hidung rakannya.
Rakaman mengejutkan mengenai kejadian itu jelas menunjukkan aksi dua rakan berkenaan apabila seorang daripadanya yang memakai topi besbol melentokkan badannya ke belakang dengan menggigit sosej.
Rakannya dilihat menghayunkan pedang dan bersedia memotong sosej berkenaan walaupun cara dia memegang senjata itu nampak tidak stabil.
Sebaik menghayunkan pedang, orang ramai menjerit apabila dia gagal memotong sosej itu, sebaliknya memotong hidung rakannya.
Mangsa dilihat menekup mukanya manakala rakannya menutup mulutnya dengan tangan kerana terkejut.
Kejadian dipercayai berlaku di Amerika Syarikat (AS) berdasarkan latar belakang dalam rakaman itu.
Ia menjadi viral dengan pengguna Internet rata-rata menulis pesanan ‘jangan lakukan ini di rumah.’ - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 Jun 2015 @ 11:12 AM


GAMBAR menunjukkan seorang lelaki menghayunkan pedang untuk memotong sosej pada mulut rakannya. Gambar kiri, pedang itu terkena hidung mangsa.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/60046#sthash.krWNPJzN.dpuf

Daging 40 tahun

Shanghai: Pihak berkuasa China merampas daging seludup bernilai tiga juta yuan, (RM1.8 bilion) termasuk yang sudah 40 tahun dan reput, lapor akhbar rasmi China Daily, semalam.
Ia kejutan terbaru mengenai keselamatan makanan di negara itu.
Beijing mengetatkan peraturan keselamatan makanan April lalu bagi menangani reputasinya berhubung skandal makanan, termasuk membabitkan daging keldai yang dicemari dengan DNA serigala hingga susu bayi yang dicemari dengan melamin sehingga menyebabkan kematian sekurang-kurangnya enam bayi pada 2008.
Pihak berkuasa China melancarkan operasi membanteras penyeludupan daging lembu dan daging beku sebagai tambahan kepada kempen tahun lalu untuk menghapuskan penyeludupan hasil ladang.
Sebanyak 21 kumpulan penyeludup berjaya ditumpaskan sehingga bulan ini, membawa kepada rampasan lebih 100,000 tan daging seludup, termasuk kepak ayam, daging babi dan lembu, lapor agensi berita Xinhua.
Dalam satu serbuan, polis di Hunan, wilayah selatan negara itu, menahan 20 orang.
Pegawai kastam mendapati sebahagian daging itu sudah 40 tahun, bermakna haiwan berkenaan disembelih sekitar 1970-an.
Daging lain pula didapati sudah reput dan busuk.
“Baunya amat busuk, Saya nyaris pengsan sebaik membuka pintu,” kata seorang pegawai, Zhang Tao.
Menurut sumber industti, ribuan tan daging lembu diseludup ke China menerusi Hong dan Vietnam dari negara seperti Brazil dan India bagi mengelak cukai.
Penyeludup sering menggunakan kenderaan biasa, tanpa peti sejuk. Ia menyebabkan daging itu busuk dan reput,” kata pegawai antipenyeludupan Yang Bo.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 Jun 2015 @ 11:20 AM


PEGAWAI kastam memeriksa daging reput yang dirampas dalam serbuan di Hunan baru-baru ini.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/60055#sthash.VSqBIHT7.dpuf

Abang maut ditikam adik sendiri



DI luar rumah inilah Zulizan mati dilibas dengan pisau oleh adiknya sendiri dalam satu pergaduhan di Batu 8, Sijangkang, Telok Panglima Garang, Kuala Langat kelmarin.


KUALA LANGAT – Pergaduhan dua beradik yang tercetus selepas si adik menegur si abang yang tidak berpuasa berakhir dengan tragedi apabila si abang maut dilibas de­ngan pisau oleh adik­nya sendiri dalam kejadian di rumah mereka di Batu 8, Sijangkang, Telok Pang­lima Garang di sini kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 petang itu, mangsa yang merupakan anak kedua daripada lima beradik, Zulizan Sulaiman, 32, dilaporkan berang selepas ditegur tidak berpuasa oleh adik lelakinya yang berusia 26 tahun.
Difahamkan, mangsa yang mengambil upah melakukan pelbagai kerja kampung seperti bertukang dan membersihkan kebun kemudian bertindak memukul dan menghempas bingkai gambar pada kepala adiknya di dalam bilik tidur menyebabkan anak keempat itu berang dan mengajak abangnya bergaduh di luar rumah.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0626&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm#ixzz3e7Znwbmt 
Hakcipta terpelihara 

Ferrari rempuh penghadang jalan



Keadaan bonet kereta Ferrari yang remuk teruk selepas merempuh besi penghadang jalan di Jalan Song, Kuching, Sarawak semalam.


KUCHING – Sebuah kereta mewah jenis Ferrari model 458 bernilai lebih RM1 juta yang dipandu seorang kontraktor remuk di bahagian bonet selepas terlibat dalam kemalangan di Jalan Song di sini semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu, pemandu, Michael Siaw, 20-an yang merupakan anak ahli perniagaan hartanah dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke bahu jalan dan merempuh besi penghadang jalan.
Bagaimanapun, pemandunya bernasib baik apabila dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Ketika kejadian, kontraktor terbabit dikatakan dalam perjalanan dari rumahnya di Tabuan Jaya menuju ke pusat bandar raya di sini.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0626&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz3e7ZOpLEy 
Hakcipta terpelihara 

Lebih 107,000 diisytihar bankrap


GOLONGAN berusia 35 hingga 44 tahun paling ramai diisytiharkan bankrap kerana menanggung beban hutang yang tinggi terutamanya membeli kenderaan.– Gambar hiasan.


KUALA LUMPUR – Lebih 107,000 individu diisytihar bankrap sejak 2010 hingga April lepas, persidangan Dewan Negara diberitahu semalam.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata, daripada jumlah itu individu berusia 35 hingga 44 tahun merupakan golongan tertinggi yang diisytiharkan bankrap iaitu seramai 37,888 orang.
“Sementara itu individu di bawah usia 45 hingga 54 tahun sebanyak 29,952 orang, 25 hingga 34 tahun (23,484), 55 dan ke atas (13,490), manakala di bawah 25 tahun seramai 1,469 orang,” katanya ketika menjawab soalan Senator Datuk Megat Zulkarnain Omardin yang ingin tahu mengenai jumlah individu diisytiharkan bankrap.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0626&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm#ixzz3e7Z9Hi6d 
Hakcipta terpelihara 

Tiga artis terkejut foto anak disiar dalam laman web lucah




KUALA LUMPUR – Industri hiburan tanah air semalam gempar apabila tiga orang selebriti berdepan mimpi ngeri selepas gambar anak mereka dimasukkan ke dalam sebuah laman web pornografi.
Pelawak Harith Iskander Musa, 48, yang mengetahui kejadian tersebut melalui notifikasi Google Alert malam kelmarin, bertindak membuat laporan di Balai Polis Taman Tun Dr. Ismail di sini pada pukul 10 pagi semalam.
Pelawak yang popular menerusi program Jangan Ketawa itu turut membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengenai foto anak lela­kinya berusia tiga tahun yang dimasukkan ke dalam sebuah laman web lucah dipercayai berpangkalan di Amerika Syarikat.
“Saya tidak tahu kenapa pengendali laman web tersebut tergamak me­maparkan gambar kanak-kanak bersama dengan gambar-gambar lucah. Mungkin gambar anak selebriti mempunyai pe­ngaruh untuk meningkatkan rating pelayar internet mereka,” kata Harith ketika dihubungi Kosmo! semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0626&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz3e7YwP8BU 
Hakcipta terpelihara 

Korban cuaca panas Pakistan cecah 800



REUTERS - ORANG ramai berebut membeli bongkah ais daripada penjual di tepi jalan di Karachi kelmarin ketika gelombang panas melampau melanda Pakistan.


KARACHI – Jumlah kematian akibat gelombang panas melampau di Pakistan meningkat kepada 800 orang semalam, walaupun kewujudan awan dan suhu rendah memberi kelegaan kepada penduduk bandar itu.
Rumah mayat dan penggali kubur pula berdepan dengan masalah lambakan mayat sejak suhu terik mula melanda minggu lepas.
Hospital turut menghadapi krisis penempatan dan pusat rawatan strok haba telah ditubuhkan di sekitar bandar terbesar Pakistan itu bagi merawat ribuan orang awam yang terjejas akibat dehidrasi.
“Jumlah kematian telah meningkat kepada 800 kes berdasarkan data yang dikumpulkan sehingga tengah malam semalam,” ujar Se­tiausaha Kesihatan Wilayah, Saeed Mangnejo kepada AFP dengan memberi amaran lebih banyak kes akan diumumkan dalam masa terdekat.
Selepas beberapa hari suhu panas mencecah 40 darjah Celsius, bandar pelabuhan itu mula dilin­dungi dengan awan dan tiupan
angin laut sejak dua hari lepas.
Jabatan Meteorologi meramalkan suhu berada sekitar 34 darjah Celsius semalam dengan kewujudan awan sebanyak 75 peratus.
Pertubuhan amal terbesar Pakis­tan, Yayasan Edhi menyatakan, rumah mayat mereka menerima lambakan mayat dan sedang bergelut untuk memastikan dapat disimpan dalam keadaan baik. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0626&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz3e7YJ5uBc 
Hakcipta terpelihara 

Toyota, Nissan panggil semula tiga juta lagi kenderaan


TOKYO – Dua pengeluar kenderaan utama Jepun, Toyota dan Nissan semalam mengumumkan tambahan lebih tiga juta kenderaan di seluruh dunia dipanggil semula atas ke­bim­bangan terhadap masalah beg udara yang telah menyebabkan lapan kematian.
“Toyota kini akan mengembang­kan panggilan semula global melibatkan 2.86 juta lagi kendera­an yang dilengkapi sejenis alat peranti beg udara di bahagian penumpang hadapan,” jelas syarikat pengeluar itu melalui satu e-mel.
Nissan pula memaklumkan 198,000 kenderaan dipanggil kembali di seluruh dunia, manakala Mit­subishi turut memanggil semula 120,000 kenderaan keluarannya.
Beg udara yang dihasilkan syarikat pengeluar alat ganti Jepun, Ta­kata itu telah menyebabkan banyak pengeluar kereta terpaksa memang­gil kembali kenderaan mereka di seluruh dunia.
Toyota sendiri memaklumkan 12.66 juta unit kenderaan terlibat tetapi pengeluar kenderaan nombor tiga Jepun, Honda paling teruk terjejas dengan 19 juta kenderaannya terpaksa dipanggil kembali.
Takata yang beribu pejabat di Tokyo bulan lalu bersetuju dengan panggilan kembali lebih 30 juta ken­deraan pengeluar-pengeluar utama dunia di Amerika Syarikat, dua kali ganda berbanding rekod jumlah panggilan semula sebelum ini.
Kerosakan itu dikaitkan dengan bahan kimia letusan yang membantu mengembangkan beg udara berkenaan tetapi menyebabkannya terbuka dengan kuasa tinggi serta meledakkan serpihan besi ke arah pemandu dan penumpang kende­raan. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0626&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz3e7Y4Jcrr 
Hakcipta terpelihara 

Wanita, bayi terselamat selepas pesawat terhempas



GAMBAR pesawat Cessna 303 yang terhempas di hutan tebal di barat laut Colombia, Sabtu lalu menyebabkan juruterbangnya terbunuh, manakala seorang ibu muda dan bayinya terselamat. – AFP


BOGOTA – Seorang ibu dan bayinya yang hilang selepas sebuah pesawat dinaiki mereka terhempas di hutan tebal di barat laut Colombia beberapa hari lalu ditemui masih hidup kelmarin dan dalam keadaan sihat, sesuatu digambarkan sebagai keajaiban oleh pihak berkuasa di sini.
Nelly Murillo, 18, dan anak lelakinya, Yudier Moreno yang belum mencecah usia satu tahun ditemui berhampiran tempat sebuah pesawat Cessna 303 terhempas dalam hutan tebal pada Sabtu lalu.
“Ini satu keajaiban. Kawasan itu hutan liar dan melibatkan satu kemalangan dahsyat. Semangat ibunya tentu telah memberi kekuatan untuk bayi itu terus hidup. Wanita itu hanya mengalami kecederaan dan luka ringan tetapi bayinya tidak cedera.
“Murillo dan bayinya telah dibawa ke sebuah hospital berdekatan menggunakan helikopter. Saya terkejut mereka masih hidup,” kata Komander Tentera Udara Colombia, Kolonel Hector Carrascal dari Jabatan Antioquia kepada agensi berita AFP.
Juruterbang pesawat tersebut, Kapten Carlos Mario Ceballos terbunuh dalam kemalangan itu dan mayatnya ditemui pasukan menyelamat di dalam bangkai pesawat.
Pasukan tersebut turut mendapati pintu pesawat terbuka dan mengesyaki individu yang terselamat mungkin telah memanjat keluar.
Pasukan mencari dan menyelamat seramai 14 anggota memeriksa kawasan hutan tebal itu selama beberapa hari sebelum menemui kedua-dua mangsa.
Pesawat kecil itu dalam perjalanan dari Nuqui ke Quibdo di barat laut Colombia sebelum terhempas. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0626&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz3e7X9wwM6 
Hakcipta terpelihara 

PBB didesak tubuh tribunal siasat tragedi MH17


REUTERS - SERPIHAN pesawat MH17 yang jatuh di perkampungan Rozsypne, wilayah Donetsk, Ukraine tahun lalu.


NEW YORK – Belanda, Malaysia dan tiga lagi negara mendesak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menubuhkan satu tribunal bagi mencari pi­hak yang bertanggungjawap me­nembak jatuh pesawat Pe­nerbangan Malaysia (MAS), MH17 di Ukraine tahun lalu, kata seorang diplomat kanan kelmarin.
Malaysia dijangka menge­mu­­kakan satu draf resolusi ke­pada Majlis Keselamatan PBB bulan depan bagi pembentukan tribunal tersebut, ujar diplomat itu yang nama­nya enggan disiarkan.
“Mereka akan mencari persetujuan untuk menubuhkan sebuah tribunal PBB yang akan mencari pihak bertanggungjawab.
“Bagaimanapun, masih belum jelas sama ada Rusia akan menyokong penubuhan tribunal khas tersebut selepas PBB mendakwa jenayah itu sebagai serius,” kata diplomat itu.
Kesemua 298 penumpang dan kru pesawat MH17 yang majoritinya warga Belanda ter­bunuh apabila pesawat ter­sebut ditembak jatuh pada 17 Julai tahun lalu.
Kumpulan pemisah pro-Rusia di timur Ukraine di­per­cayai telah menggunakan pelu­ru berpandu yang dibekalkan Rusia bagi me­nem­bak jatuh pesawat tersebut.
Akibat kemarahan dunia, Majlis Keselamatan PBB tahun lalu telah menetapkan penjenayah kes tersebut akan dibawa ke muka pengadilan.
Australia, Belgium, Malay­sia, Belanda dan Ukraine yang menganggotai Pasukan Penyia­satan Bersama telah mem­buat pertemuan minggu lalu di New York bagi membincangkan cadangan membawa kes tersebut ke mahkamah an­tarabangsa.
Menurut diplomat itu, negara-negara tersebut sedar akan keperluan untuk mengelakkan kuasa veto Rusia.
Pesawat Boeing 777 berke­naan dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ketika ditembak jatuh dengan bangkai pesawat itu bertaburan di Donetsk, Ukraine. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0626&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz3e7WwfZHG 
Hakcipta terpelihara 

Buruh cedera ditetak 3 lelaki


JELI 25 Jun – Hanya kerana dendam, seorang buruh berusia 29 tahun nyaris maut selepas cedera parah ditetak pada bahagian kepala dan kaki kanan oleh tiga kenalannya di Kampung Legeh di sini malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 malam itu, mangsa, Mohd. Bulaimin Hussin sedang tidur di rumah rakannya.
Menurut abang mangsa, Mohamed, 31, dia mengetahui adiknya cedera ditetak selepas dimaklumkan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKP) Ayer Lanas kira-kira 1 pagi.
“Saya bergegas ke rumah JKKP tersebut dan mendapati dia berada dalam keadaan parah dan terus membawanya ke Hospital Jeli bagi mendapatkan rawatan.
“Dalam keadaan menahan sakit, Mohd. Bulaimin menceritakan dia diserang tiga orang kenalannya ketika sedang tidur. Mereka sempat bergelut beberapa minit,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Air Chanal, di sini hari ini.
Mohamed berkata, adiknya itu berjaya lari ke rumah JKKP Ayer Lanas bagi menyelamatkan diri daripada terus ditetak.
“Ekoran kejadian malam tadi, adik saya kini telah pergi ke Pulau Pinang kerana bimbang kejadian sama akan berulang.
“Bagaimanapun, kami sekeluarga masih menimbangkan sama ada mahu melaporkan kejadian itu kepada polis kerana Mohd. Bulaimin sendiri enggan berbuat demikian,” ujarnya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/buruh-cedera-ditetak-3-lelaki-1.107102#sthash.HEjTQQTb.dpuf

Polis buru dua suspek terlibat kes tembak


KUALA LUMPUR 25 Jun – Polis sedang memburu dua suspek yang dipercayai terlibat dalam kes tembak dua lelaki di Jalan Serdang Jaya 2/20, Seri Kembangan dekat sini malam tadi.
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Razimi Ahmad berkata, motif kejadian masih dalam siasatan memandangkan kedua-dua mangsa tidak mempu­nyai rekod jenayah.
“Buat masa ini polis sedang menjejaki mereka. Difahamkan suspek mempunyai kaitan dengan mangsa.
“Bagaimanapun polis masih meneruskan siasatan lanjut berhubung perkembangan kes ini,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 9 malam itu, mangsa A. Shamnson dan A. Rubban Avudayar maut selepas ditembak dari jarak dekat oleh dua lelaki di hadapan sebuah kedai serbaneka.
Difahamkan, ketika kejadian mereka dalam perjalanan menghantar kad undangan perkahwinan salah seorang daripada mereka sebelum didatangi suspek.
Sejurus itu, suspek terus menghalang motosikal yang dinaiki kedua-dua mangsa sebelum salah seorang dari suspek melepaskan lima das tembakan.
Mengulas lanjut, Razimi memberitahu, siasatan di lokasi kejadian turut menemukan lima kelongsong peluru berhampiran dengan motosikal mangsa.
Tambahnya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/polis-buru-dua-suspek-terlibat-kes-tembak-1.107096#sthash.Hti5ygjL.dpuf

17 mat rempit ganggu jemaah solat tarawih ditahan

SEBAHAGIAN daripada motosikal milik mat rempit ditahan polis ketika

SEBAHAGIAN daripada motosikal milik mat rempit ditahan polis ketika berlumba haram di Jalan Jitra-Kodiang di Kampung Melele, Kodiang, Kubang Pasu, Kedah, semalam. Ihsan IPD Kubang Pasu
ALOR SETAR 25 Jun – Tindakan biadab 17 mat rempit berlumba di Jalan Jitra-Kodiang di Kampung Melele, Kodiang dekat sini sehingga mengganggu jemaah menunaikan solat tarawih di ma­sjid berakhir setelah ditahan polis dalam Op Motosikal, semalam.
Dalam operasi kira-kira pukul 9 malam itu, mereka yang berusia 15 hingga 18 tahun ditahan dan sebanyak 18 saman melibatkan 257 kesalahan dikeluarkan.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintenden Abd. Rahim Abdullah memberitahu, operasi itu disertai lima anggota polis trafik dan 16 anggota sukarelawan polis diketuai Pegawai Penguat Kuasa Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu, Inspektor Mohd. Juhaisam Jusoh.
“Operasi ini adalah berdasarkan maklumat awam mengenai segelintir remaja berlumba motosikal ketika jemaah sedang menunaikan solat tarawih di masjid.
“Hasil operasi, 17 remaja ditahan dan sebanyak 18 saman melibatkan 257 kesalahan telah dikeluarkan dengan kebanyakan kesalahan adalah tiada lesen dan kenderaan tiada cukai jalan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Abd. Rahim berkata, kesemua remaja yang ditahan dibebaskan setelah saman dikeluarkan kira-kira pukul 2 pagi hari ini.
“Difahamkan, ada beberapa remaja yang ditahan memakai baju Melayu dipercayai memberitahu keluarga mahu ke masjid untuk solat tarawih namun berlumba bersama rakan sekampung,” katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/17-mat-rempit-ganggu-jemaah-solat-tarawih-ditahan-1.107109#sthash.mgNCswaD.dpuf