Search This Blog

Thursday, June 25, 2015

Ketagih bau seluar dalam wanita

Linyi (China): Seorang lelaki berusia 44 tahun disiasat polis selepas lebih 150 coli dan seluar dalam wanita ditemui di rumahnya.
Lelaki yang masih belum berkahwin dan dikenali sebagai Liang itu ditangkap selepas dia dirakam mencuri di sebuah buah kedai pakaian.
Rakaman itu menunjukkan Liang melalui kedai berkenaan yang menjemur pakaian dalam wanita.
Dia memberhentikan vannya sebelum mengambil beberapa pasang pakaian itu dan melarikan diri.
Pemilik kedai menyerahkan pita rakaman itu kepada polis yang kemudian menjejaki Liang.
Mereka menemui longgokan coli dan seluar dalam ketika menyerbu kediamannya.
Jurucakap polis berkata, Liang mengaku mencuri pakaian itu.
“Saya tidak boleh tidur tanpa meramas dan mencium bau seluar dalam yang saya curi daripada orang ramai,” katanya.
Dia mengaku mencuri pakaian dalam itu sejak tiga tahun lalu.
“Walaupun kerugian dari segi kewangan tidak besar, tetapi perbuatannya menyebabkan wanita di bandar ini trauma,” kata polis. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 Jun 2015 @ 10:07 AM


SELUAR dalam dan coli yang ditemui di rumah Liang.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/59762#sthash.je1D9s4e.dpuf

19 lagi kapal asing akan ditenggelam

Jakarta: Kementerian Sumber Maritim dan Perikanan semalam berkata, ia akan menenggelamkan 19 lagi kapal asing yang ditangkap menangkap ikan di perairan Indonesia.
Ketua pengarah kementerian Asep Burhanuddin juga berkata, pihaknya membekukan lima syarikat perikanan tempatan kerana mengelak cukai.
Menurutnya, 19 kapal yang akan ditenggelamkan itu antara 73 kapal asing yang ditahan dan disiasat menurut undang-undang Indonesia.
“Daripada 19 kapal yang bakal ditenggelamkan, 13 berada di Pontianak, Kalimantan Barat, lima di Merauke, Papua dan satu di Belawan, Sumatera Utara,” kata Asep.
Daripada 13 yang berada di Pontianak, 11 milik nelayan Vietnam dan dua milik syarikat perikanan Thai.
Menurut Asep, bahagiannya hanya menunggu lampu hijau daripada Menteri Sumber Maritim dan Perikanan untuk menenggelamkan kapal itu.
Kementerian itu menyiasat lebih 2,000 kapal nelayan tempatan dan asing di perairan Indonesia sejak Januari lalu dan mendapati 73 daripadanya menangkap ikan secara haram.
Dalam pada itu, menteri berkenaan Susi Pudjiastuti membekukan lima syarikat perikanan kerana gagal memberi laporan tepat mengenai hasil tangkapan mereka kepada kerajaan.
“Kelima-lima syarikat itu mesti menghentikan operasi kerana lesen mereka dibekukan selepas gagal mengemukakan laporan kewangan kepada kerajaan,” katanya. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 Jun 2015 @ 10:06 AM


SUSI
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/59760#sthash.R13FQDfh.dpuf

Tak percaya rakyat lanun

Jakarta: Kementerian Luar Indonesia masih enggan percaya lapan lelaki yang ditangkap pihak berkuasa Vietnam kerana merompak kapal tangki Malaysia MT Orkim Harmony adalah warganya.
Pejabat Konsul Indonesia di Ho Chi Minh Jean Anes berkata, pihaknya menerima laporan daripada polis Vietnam mengenai butir lapan lelaki yang ditangkap itu, tetapi akan menyiasat lebih mendalam untuk mengesahkan mereka warga Indonesia atau tidak.
Polis Vietnam sebelum ini berkata, kelapan-lapan yang ditahan itu mengaku warga Indonesia.
Mereka sebahagian daripada 13 orang yang didakwa merompak kapal tangki MT Orkim Harmony ketika ia dalam pelayaran membawa 6,000 tan petrol bernilai RM21 juta ke Pelabuhan Kuantan dari Melaka pada 11 Jun lalu.
Menteri Luar Retno Lestari Priansati Marsudi berkata di Jakarta semalam, pihaknya akan melakukan siasatan lebih terperinci sebelum mengesah atau menafikan kelapan-lapan lanun itu warga Indonesia.
Katanya, jika didapati mereka sah rakyat negara itu, kerajaan Indonesia akan menyediakan peguam untuk membela mereka.
Menurut Retno, kementeriannya tidak dapat mengesahkan kelapan-lapan orang itu warga Indonesia kerana status mereka setakat ini hanya berdasarkan pengakuan ketika disoal siasat oleh polis Vietnam.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 Jun 2015 @ 10:08 AM


LAPAN suspek lanun yang ditahan di Vietnam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/59764#sthash.4TTgLiJT.dpuf

Lima anggota bomba sesak nafas


Salah seorang anggota bomba diberi rawatan selepas sesak nafas ketika melakukan operasi memadam kebakaran di Bukit Mertajam kelmarin.


SEBERANG PERAI – Lima anggota bomba termasuk empat anggota pasukan bomba sukerala (PBS) dikejarkan ke hospital akibat sesak nafas dalam satu operasi memadamkan kebakaran sebuah kilang kitar semula di Juru Height, Juru di sini kelmarin.
Mereka tidak sedarkan diri selepas terhidu asap tebal dalam kebakaran yang berlaku kira-kira pukul 11.10 malam.
Anggota tersebut, Muhammad Fahmi Said, 23, daripada Balai Bomba Perai dan anggota PBS Juru, G. Suresh, 29, dikejarkan ke Hospital Seberang Jaya untuk rawatan manakala anggota PBS Kota Permai, Lim Chun Liang, 18, PBS Jawi, Hang Jian Wei, 17, dan PBS Jalan Rohizan, Kee Fung Zhuan, 20, dirawat di Hospital Bukit Mertajam di sini. Kesemua mereka dilaporkan dalam keadaan stabil.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0625&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm#ixzz3e1TqkaDb 
Hakcipta terpelihara 

Polis rampas dadah RM2 juta



MOHD. MOKHTAR (tiga dari kiri) menunjukkan paket coklat yang digunakan penjenayah untuk menyembunyikan dadah pada sidang akhbar sindiket pengedaran dadah di Bukit Aman semalam.


KUALA LUMPUR – Polis berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah membabitkan warga Afrika dan merampas dadah jenis kokain serta syabu dianggarkan bernilai RM2 juta dalam dua kes berasingan pada Isnin dan Selasa lalu.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, pihaknya me­rampas dadah jenis kokain sebe­rat 7.43 kilogram (kg) dan syabu seberat 1.83kg bagi kedua-dua kes tersebut.
“Kita turut menyita dua buah kenderaan yang dianggarkan bernilai RM65,000 dan menahan enam orang berusia 29 hingga 37 tahun terdiri daripada lima pelajar dan seorang ahli perniagaan,” katanya pada sidang akhbar di Bukit Aman di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0625&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz3e1TcCjb1 
Hakcipta terpelihara 

Rampasan dadah RM4.2 juta



WAN HASSAN (dua dari kiri) menunjukkan sebahagian dadah jenis syabu bernilai RM4.2 juta yang dirampas daripada dua suspek pada sidang akhbar di Nibong Tebal semalam.


SEBERANG PERAI – Kegiatan memindahkan dua buah beg pakaian dari sebuah kereta ke kereta lain dalam keadaan mencurigakan berdekatan sebuah nurseri di Jalan Paboi, Bukit Tambun, Nibong Tebal di sini kelmarin membongkar satu sindiket pengedaran dadah terbesar di negeri ini bernilai RM4.2 juta.
Dalam serbuan kira-kira pukul 11.30 pagi oleh anggota Balai Polis Bukit Tambun dan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) itu, polis berjaya menahan dua lelaki iaitu warga tempatan berketurunan Cina berusia 52 tahun dan warga Indonesia berusia 39 tahun.
Turut dirampas daripada mereka ialah 40 bungkusan dipercayai dadah jenis syabu seberat 42 kilogram (kg) bernilai RM4.2 juta dari but salah sebuah kereta berkenaan sekali gus menjadikannya rampasan terbesar di Pulau Pinang sepanjang tahun ini.
Ketua Polis Daerah SPS, Superintendan Wan Hassan Wan Ahmad berkata, intipan pihaknya mendapati kedua-dua suspek cuba memindahkan dua beg berkenaan dari but kereta jenis Toyota Harrier yang dipandu lelaki tempatan itu ke but kereta jenis Mercedes Benz E240 yang dipandu warga Indonesia.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0625&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz3e1TMY5TN 
Hakcipta terpelihara 

Dalang rompak kapal dikenal pasti



AHMAD PUZI (tengah) berjabat tangan dengan Abdul Rasyid (kiri) dan UK. Agung pada sidang akhbar selepas mengadakan mesyuarat bersama rakan strategik dari Indonesia bagi menangani jenayah rentas sempadan di Putrajaya semalam.


PUTRAJAYA – Sekurang-kurangnya tiga dalang utama sindiket lanun yang bertanggungjawab merancang untuk merompak kapal tangki MT Orkim Harmony pada 11 Jun lalu berada dalam radar Maritim Malaysia (APMM) untuk disiasat.
Timbalan Ketua Pengarah Operasi APMM, Laksamana Madya Datuk Ahmad Puzi Ab. Kahar berkata, penglibatan dalang tersebut diperoleh selepas pihaknya menjalankan siasatan ke atas rekod panggilan yang dibuat lapan lanun melalui satelit dan telefon bimbit ketika berada di atas kapal berkenaan.
Bagaimanapun katanya, masih terlalu awal untuk mengaitkan mereka kerana pihaknya perlu melalui pelbagai proses siasatan, penyelidikan dan semakan termasuk melihat kes-kes terdahulu untuk mengesahkan mereka benar-benar terlibat sebelum diheret ke mahkamah.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0625&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm#ixzz3e1StsIl6 
Hakcipta terpelihara 

Bantu siasat eksekutif PetroSaudi



Polis Thailand telah menangkap bekas eksekutif PetroSaudi, Xavier Andre Justo di Bangkok baru-baru ini.


PUTRAJAYA – Kementerian Dalam Negeri akan bekerjasama dengan polis Thailand bagi membantu siasatan kes penahanan bekas eksekutif PetroSaudi International Ltd., Xavier Justo yang kini ditahan di negara itu.
Menterinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, sebagai menyambut baik penahanan warga Switzerland itu, pihaknya sedia membantu mengekstradisi beberapa suspek yang berkaitan bagi memudahkan pihak berkuasa Thailand menjalankan siasatan.
Beliau berkata, pihaknya turut dimaklumkan Justo merupakan individu yang bertanggungjawab menyalurkan maklumat tidak tepat kepada blog Sarawak Report sehingga mencetuskan pelbagai tuduhan tidak berasas terhadap 1Malaysia Development Bhd. (1MDB).


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0625&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm#ixzz3e1SeZ4x4 
Hakcipta terpelihara 

Bekas hakim dijel enam tahun


HASSAN BASRI menjadi bekas hakim syarie pertama dipenjara atas tuduhan rasuah, malah lebih malang dia terpaksa beraya di dalam Penjara Kajang.


PUTRAJAYA – Bekas Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Perak, Hassan Basri Shapie terpaksa menyambut Hari Raya Aidilfitri di Penjara Kajang, Selangor selepas Mahkamah Rayuan memerintahkannya menjalani hukuman penjara enam tahun atas tujuh kesalahan rasuah.
Hassan Basri, 61, yang sebelum ini digantung tugas sementara menunggu penghakiman kes itu me­rupakan hakim syarie pertama yang didakwa dan disabitkan atas tuduhan berkenaan.
Dia bernasib baik apabila panel tiga hakim Mahkamah Rayu­an diketuai oleh Datuk Wira Mohtarudin Baki mengurangkan hukuman penjara 10 tahun yang dikenakan oleh Mahkamah Sesyen Ipoh serta Mahkamah Tinggi yang mengekalkan hukuman.
Panel berkenaan sebulat suara mengurangkan tempoh pemenjaraan itu selepas membenarkan sebahagian rayuan bekas hakim syarie itu terhadap hukuman yang diputuskan sebelum ini.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0625&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz3e1SKyYMY 
Hakcipta terpelihara 

Tiada rakyat Malaysia seludup emas


Anggota kastam memeriksa barang milik penumpang sebelum mereka menaiki pesawat. – Gambar hiasan


KUALA LUMPUR – Konsulat Jeneral Malaysia di Chennai, India mengesahkan tiada rak­yat Malaysia ditangkap berhubung penyeludupan jongkong emas bernilai RM10 juta di Lapangan Terbang Antarabangsa Visakhapatnam, Andhra Pradesh di India pada Ahad lalu seperti dilaporkan akhbar Times of India.
Konsulnya, Hares Lisot berkata, pengesahan itu dibuat selepas pihaknya menerima maklumat pemeriksaan daripada syarikat penerbangan AirAsia India di Chennai dan pihak berkuasa di Chennai.
“Penahanan penumpang dua buah pesawat AirAsia di Andhra Pradesh tidak melibatkan rakyat Malaysia,” kata Hares ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0625&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz3e1S5yefE 
Hakcipta terpelihara 

Penjual samsu haram ditangkap



AHLI keluarga meratap kematian Lata Jadhav, 35, yang mati selepas meminum samsu haram di Mumbai pada Ahad lalu. - REUTERS


NEW DELHI – Polis India menahan seorang pengedar samsu haram yang dituduh membekalkan ‘arak beracun’ sehingga menyebabkan 100 orang terbunuh di sebuah kawasan se­tinggan di Mumbai, kata seorang pegawai kanan polis.
Pengedar itu, Mansur Latif Shaikh, 26, ditahan dalam satu serbuan di sebuah tempat persembunyian di New Delhi kelmarin selepas polis memperoleh maklumat daripada orang ramai.
Insiden itu menyebabkan pihak polis berikrar melumpuhkan perniagaan samsu haram yang dilihat semakin popular dalam kalangan penduduk.
Timbalan Komisioner Polis Mumbai, Veenu Bansal berkata, semasa disoal siasat Mansur mengaku telah membuat samsu tiruan dalam tiga tong sebelum dibungkus dan dihantar untuk dijual ke Mumbai.
“Sejak tiga tahun lalu dia terbabit dalam penjualan dan pembekalan samsu tiruan,” kata Bansal dalam satu kenyataan sambil menyifatkan Mansur merupakan suspek utama yang disyaki terbabit dalam kes itu.
Mangsa mula jatuh sakit apabila kebanyakan mereka muntah darah dan mengalami masalah pernafasan selepas minum samsu itu di sebuah kawasan setinggan di Malad Barat yang terletak di pinggir Mumbai pada minggu lalu.
Setakat ini, tujuh orang telah ditahan kerana mengedar dan menjual samsu haram berikutan tragedi yang telah membunuh 100 orang, manakala berpuluh-puluh orang lagi masih dirawat di hospital.
Polis masih menunggu keputusan hasil siasatan untuk mengenal pasti sama ada kandungan tinggi metanol wujud dalam minuman keras itu atau sebaliknya.
Metanol merupakan sejenis toksik yang digunakan sebagai antipembekuan atau bahan api yang sering kali dicampurkan dengan samsu haram.
Minuman keras yang dijual tanpa lesen diminum di seluruh negara ini dijual kurang daripada AS$1 (RM3.75) untuk sebotol samsu yang lazimnya boleh menyebabkan kematian.
Bagaimanapun, insiden terbaharu itu merupakan yang pa­ling teruk pernah direkodkan di Mumbai sejak tahun 2004 apabila 100 orang maut. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0625&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz3e1Rf1xRr 
Hakcipta terpelihara 

WikiLeaks dedah AS intip Perancis


TIGA Presiden Perancis iaitu bekas Presiden, Chirac (kiri), Sarkozy (tengah) serta Presiden sekarang, Hollande yang diintip AS hasil pendedahan media tempatan melalui fail disebarkan WikiLeaks kelmarin. - AFP


PARIS – Beberapa dokumen yang didedahkan ke internet oleh laman web WikiLeaks kelmarin mendedahkan Amerika Syarikat (AS) pernah mengintip tiga Presiden Perancis termasuk Presiden negara ini sekarang, Francois Hollande.
Dokumen yang diklasifikasikan sebagai ‘Rahsia Besar’ dan pertama kali dilaporkan secara bersama oleh akhbar Perancis, Liberation dan laman web Mediapart turut mendedahkan Hollande meluluskan mesyuarat rahsia berkaitan Greece meninggalkan zon Eropah seawal tahun 2012.
Dokumen itu menunjukkan aktiviti pengintipan tersebut berjalan antara 2006 hingga 2012.
“Pendedahan itu mendorong pemimpin utama Perancis itu memanggil mesyuarat majlis pertahanan awal pagi semalam untuk menilai bentuk maklumat yang didedahkan media malam kelmarin dan satu ke­simpulan,” kata salah seorang pembantu beliau.
Pendedahan itu muncul beberapa minggu selepas Presiden Barack Obama menandatangani peruntukan undang-undang yang menamatkan pemantauan data telefon, membelakangi polisi AS dengan menghentikan program pemantauan paling kontroversi sejak tragedi 9/11.
Antara dokumen yang mendedahkan bekas Presiden, Jacques Chirac dan Nicolas Sarkozy turut diintip itu, termasuk lima daripada Agensi Keselamatan Kebangsaan (NSA) dengan dokumen terkini bertarikh 22 Mei 2012 beberapa hari selepas Hollande memasuki pejabatnya.
Dokumen berkenaan menunjukkan pemimpin Perancis itu meluluskan mesyuarat rahsia di Paris bagi membincangkan krisis zon Eropah, khususnya kesan jika Greece keluar daripada zon tersebut.
Turut dinyatakan, Hollande percaya Jerman sudah berputus asa terhadap Greece dan tidak mahu berganjak selepas perbincangannya dengan Canselor Jerman, Angela Merkel.
“Ini menyebabkan Hollande sangat bimbang untuk Greece dan rakyatnya yang mungkin bertindak mengundi sebuah parti ekstremis,” jelas dokumen tersebut.
Fail yang sama turut me­nunjukkan Hollande membelakangi Merkel dalam menyusun beberapa mesyuarat di Paris dengan anggota parti Sosial Demokrat, parti pembangkang utama Jerman ketika itu. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0625&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz3e1QmbO1P 
Hakcipta terpelihara 

Maklumat sulit 
MH17 dilelong?


Laman web Rusia mahu kaut untung RM8.8 juta

Sebuah laman web Rusia, mendakwa mempunyai semua maklumat peribadi
Sebuah laman web Rusia, mendakwa mempunyai semua maklumat peribadi mangsa pesawat MH17 dan mahu menjualnya dengan harga RM8.8 juta. AGENSI
LONDON 24 Jun - Sebuah laman web Rusia bertindak luar batasan apabila mendakwa mereka mempunyai semua maklumat peribadi serta sulit mangsa pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 dan mahu menjualnya dengan harga 1.5 juta pound (RM8.8 juta).
Portal Mail Online mendedahkan, laman yang tidak dinamakan itu mendakwa, semua maklumat tersebut akan dijual secara rahsia kepada mana-mana pihak yang berminat dengan menggunakan Pay-Pal.
Maklumat serta dokumen lain berkaitan dengan MH17 itu dipercayai dimiliki oleh agensi penyiasatan yang kemudian bertindak cuba mengaut keuntungan dengan menjualnya kepada orang awam.
Antara maklumat yang dipercayai cuba dijual adalah keterangan peribadi penumpang sebelum dan selepas tragedi itu, gambar serta video, selain daripada dokumen tentang hasil siasatan patologi selepas bedah siasat.
Tawaran di laman web itu disiarkan dalam bahasa Inggeris dan Rusia.
Tindakan tersebut turut mengundang rasa marah dan menambahkan kesedihan dalam kalangan ahli keluarga mangsa yang telah kehilangan insan tersayang dalam tragedi berkenaan.
Pesawat Boeing 777 itu sedang dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai lalu, sekali gus mengorbankan 298 penumpang dan anak kapal pesawat berkenaan.
Ukraine dan Amerika Syarikat menuduh kumpulan pemisah pro-Rusia menembak jatuh pesawat tersebut, namun dakwaan itu dinafikan oleh Moscow.
Dalam pada itu, Belanda dipercayai sedang mengadakan perbincangan dengan sekutunya agar sebuah tribunal antarabangsa ditubuhkan untuk mendakwa dalang yang terlibat menembak jatuh pesawat MH17 kerana dua pertiga penumpang maut adalah rakyatnya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/maklumat-sulit-8232-mh17-dilelong-1.106787#sthash.OOzMIYJD.dpuf

AS intip perbualan Presiden Perancis

A combination created on June 23, 2015 shows (from L) pictures

Jacques Chirac, Nicolas Sarkozy, Francois Hollande
PARIS 24 Jun – Amerika Syarikat (AS) terus mencabuli kedaulatan negara lain termasuk sekutu rapatnya apabila dilapor mengintip tiga Presiden Perancis, termasuk Francois Hollande yang kini memimpin kerajaan Paris, dedah laman web WikiLeaks.
Kesemua pendedahan itu dibongkar daripada dokumen yang diklasifikasikan sebagai ‘Rahsia Sulit’ dan dilaporkan buat kali pertama melalui kerjasama akhbar Perancis, Liberation dan laman web, Mediapart.
Dokumen berkenaan turut mendedahkan keputusan Hollande meluluskan pertemuan rahsia ekoran tindakan Greece keluar daripada zon Eropah pada awal 2012 berdasarkan rakaman perbualan telefon Presiden tersebut.
Menurut laporan akhbar dan laman web terbabit, Washington melakukan pengintipan terhadap tiga presiden Perancis dalam tempoh enam tahun iaitu bermula 2006 hingga 2012, menyebabkan Hollande mengadakan mesyuarat majlis keselamatan bagi membincangkan pendedahan yang disiarkan dalam akhbar dan mencari penyelesaian tentang isu itu.
Berdasarkan pendedahan itu, bekas Presiden, Jacques Chirac dan Nicolas Sarkozy juga pernah diintip sebanyak lima kali oleh Agensi Keselamatan Kebangsaan (NSA) AS dan pencerobohan paling baharu dilakukan pada 22 Mei 2012, hanya beberapa hari selepas Hollande menjadi Presiden.
“Melalui perbualan dengan Canselor Jerman, Angela Merkel, Hollande percaya pemimpin Jerman itu telah berputus asa (terhadap keputusan Greece) dan tidak mahu berganjak.
“Situasi itu membuatkan Hollande bimbang terhadap nasib Greece dan rakyatnya yang mungkin bertindak menyokong parti ekstremis,” jelas dokumen sulit tersebut.
Fail yang sama turut mendakwa pemimpin Perancis itu menyokong usaha Merkel mengadakan mesyuarat di Paris bersama ahli Parti Sosial Demokrat yang ketika itu merupakan parti utama pembangkang Jerman.
Satu lagi dokumen bertarikh 2008 dinamakan sebagai Hanya Sarkozy mampu menyelesaikan krisis kewangan dunia dan mendedahkan tentang tindakan bekas Presiden itu menyalahkan kesilapan kerajaan AS sebagai punca masalah ekonomi dunia, tetapi beliau percaya Washington kini mula memandang serius beberapa nasihatnya.
Bagaimanapun kerajaan Perancis dan AS enggan mengulas lanjut tentang pendedahan kontroversi itu.
Pada 2013, bekas kontraktor pertahanan NSA, Edward Snowden mendedahkan aktiviti pengintipan secara berleluasa yang dilakukan oleh Washington terhadap pemimpin dunia termasuk Brazil, Perancis, dan Mexico, sekali gus mencetuskan kemarahan seluruh dunia. – AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/as-intip-perbualan-presiden-perancis-1.106781#sthash.SNgscDyy.dpuf

Sindiket culik kucing


Haiwan dibebaskan selepas pemilik bayar wang tebusan

LONDON 24 Jun - Sepasang warga emas Britain, terkejut apabila satu kumpulan dipercayai dari Eropah Timur meminta wang tebusan sebanyak 5,000 pound (RM29,507) selepas kucing mereka diculik.
Maggie menjadi mangsa culik dalam kejadian di Kensington, London baru-baru ini. Agensi
Portal Mail Online melaporkan, kucing baka asli Britain bernama Maggie tersebut hanya dipulangkan selepas pemiliknya bersetuju membayar wang tebusan tersebut.
Pemilik Maggie, Nigel Meadows, 62, dan Carol MacArthur, 63, sedih apabila kucing tersebut hilang dari rumah mereka di Kensington, London pada 4 Jun lalu.
Mereka kemudian mengedar risalah menawarkan hadiah 50 pound (RM295) untuk maklumat dalam mencari Maggie.
Bagaimanapun, abang MacArthur, Malcolm, 57, menerima panggilan pada 6 Jun lalu daripada seorang lelaki yang meminta wang tebusan tersebut.
“Mereka menghubungi kami sebanyak tiga kali pada hari tersebut. Saya berjaya memujuk mereka menurunkan wang tebusan kepada 2,000 pound (RM11,801),’’ katanya.
MacArthur menghubungi polis apabila menerima panggilan pertama tersebut, namun dimaklumkan semua pegawainya sibuk.
Malcolm pergi ke sebuah tempat letak kereta di Brentwood, Essex untuk mengambil Maggie, manakala rakannya ke sebuah tempat letak kereta berhampiran untuk menyerahkan wang tebusan.
“Pergerakan mereka sangat terancang. Kami bimbang orang lain akan menjadi mangsa dalam kejadian sama,’’ katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/sindiket-culik-kucing-1.106776#sthash.C5XbG6Fa.dpuf