Search This Blog

Tuesday, June 23, 2015

Lebih 2,000 Botol Minyak Wangi Hilang, Pengurus Ditahan


Diterbitkan: Selasa, 23 Jun 2015 12:06 AM
Gambar hiasan.

PETALING JAYA: Seorang pengurus syarikat logistik antara enam individu yang ditahan selepas 2,702 unit minyak wangi pelbagai jenama yang dianggar bernilai RM300,000 dilaporkan hilang pada Selasa lepas.
Ketua Polis daerah Subang Jaya, ACP Yahya Ramli berkata minyak wangi itu yang dilaporkan hilang di sebuah syarikat logistik di Persiaran Perindustrian Subang hanya disedari oleh pengurus operasi syarikat terbabit selepas dua kakitangannya meletak jawatan secara tiba-tiba.
"Pengurus dan penolong pengurus meletak jawatan secara tiba-tiba...kemudian satu pemeriksaan stok telah dijalankan oleh syarikat terbabit dan mendapati kuantiti minyak wangi telah berkurangan.
"Pihak syarikat kemudiannya membuat laporan polis pada Selasa lepas dan menahan kesemua suspek yang berumur antara 29 tahun hingga 41 tahun termasuk seorang pembeli di sekitar Lembah Klang kira-kira pukul 5.30 petang hingga 11 malam pada hari sama," katanya pada sidang media di sini, Isnin.

Beliau berkata, polis turut menyita sebuah kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux milik salah seorang suspek yang digunakan bagi membawa keluar barangan terbabit berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

"Berdasarkan siasatan awal, suspek dipercayai membawa keluar barangan terbabit tanpa pemeriksaan dengan meletakkannya di kenderaan persendirian. Ia dipercayai melakukan jenayah terbabit sejak dua bulan lepas secara berperingkat," kata beliau.

Katanya, kesemua suspek yang ditahan tidak mempunyai rekod jenayah dan disiasat mengikut Seksyen 381 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun dan juga sebatan jika sabit kesalahan.

Polis Marin Rampas 2,500 Balak Di Sarikei


Diterbitkan: Selasa, 23 Jun 2015 4:51 PM

KUCHING: Pasukan Polis Marin Wilayah 5 (PPM W5) merampas 2,500 batang kayu balak bernilai RM25,000 selepas disyaki melanggar syarat pas dikeluarkan Jabatan Perhutanan Sarawak di Jalan Pisang Emas, Kampung Seberang dekat Sarikei, Isnin.
Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 5 Asisten Komisioner N. Kalai Chelvan berkata, bertindak atas maklumat awam dan risikan, seorang pegawai dan tiga anggota PPM W5 telah menemukan beberapa longgokan kayu balak di kawasan tebing sungai berdekatan Jalan Pisang Emas.
"Hasil pemeriksaan mendapati kayu bakau tersebut diperolehi secara sah namun tidak dipunggah di tempat yang sebenarnya mengikut 'Removal Pass' yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan Perhutanan Sarawak," katanya dalam kenyataan di sini, Selasa.
Beliau berkata, berikutan rampasan itu satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Sarikei dan semua kayu balak yang dirampas itu diserah kepada Jabatan Perhutanan Sarawak Bahagian Sarikei untuk tindakan selanjutnya.-- Bernama

Budak Empat Tahun Hancur Pergelangan Tangan Akibat Mercun


Diterbitkan: Selasa, 23 Jun 2015 8:10 PM

KLANG: Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun hancur pergelangan tangan kiri dan melecur di bahagian dada selepas terkena mercun jenis 'A-Boom' dalam kejadian di Taman Mutiara, Tanjung Sepat, Banting, malam Isnin.
Dalam kejadian pukul 8 malam itu, Mohd Azman Syakir Mohd Saizi dipercayai bermain mercun bersama rakan-rakannya sebelum mercun yang dicucuhnya itu meletup mengenai tangan serta badan mangsa.
Ibu kanak-kanak itu, Rozeta Abdul Razak, 27, ketika ditemui pemberita di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini Selasa berkata, dia terkejut dengan kejadian menimpa anak keduanya itu dan tidak menduga perkara itu boleh berlaku.
"Apabila terdengar letupan dan jeritan saya segera keluar sebelum melihat Syakir menangis sambil memegang tangan kirinya yang dipenuhi darah lalu membawanya ke hospital.
"Saya sedih dengan kejadian yang menimpa Syakir dan sangat kesal kerana ada pihak tidak bertanggungjawab telah menyebarkan gambar yang jelas menunjukkan muka (mangsa) serta kecederaan tangan anak saya sehingga gambar itu menjadi viral di Facebook," katanya yang enggan mengulas lanjut mengenai kejadian itu.
Gambar Mohd Azman Syakir yang sedang menerima rawatan di hospital telah menjadi viral di laman sosial Facebook sejak tengah malam.
Sementara itu, Timbalan Pengarah Surgikal HTAR, Dr Rozita Mohamed berkata, Mohd Azman Syakir merupakan kes pertama kecederaan berkaitan mercun yang diterima hospital itu pada bulan Ramadan ini.
"Kanak-kanak ini telah dibawa ke Hospital Banting sebelum dirujuk ke HTAR kira-kira pukul 9.30 malam tadi dan kita telah memberi rawatan susulan termasuk melakukan pembedahan ke atas tangannnya.
"Kini mangsa dalam keadaan stabil...dia mengalami kecederaan teruk di pergelangan tangan yang mana ia hancur serta tidak boleh diselamatkan. Mangsa juga mengalami beberapa luka di mata serta bahagian dada," katanya.
Dr Rozita turut memberi jaminan akan mengambil tindakan tegas ke atas kakitangannya sekiranya mereka didapati terlibat dalam pengedaran gambar mangsa. - BERNAMA

Isteri jerut suami sebelum cuba bunuh diri

Isteri jerut suami sebelum cuba bunuh diri
Cui tidak dapat menahan kesedihan ketika dibicarakan di mahkamah baru-baru in

BEIJING-CHINA. Seorang warga emas dihadapkan ke mahkamah selepas didapati bersalah atas kesalahan membunuh suaminya dengan menggunakan tali dan cuba membunuh diri sendiri di rumah mereka di Beijing.

Cui, 63, dikatakan menjaga suaminya yang lumpuh kerana infarksi serebrum sejak 15 tahun lalu.

Demi menumpukan sepenuh perhatian ke atas penjagaan suaminya, Cui dikatakan berhenti kerja dan bekerja sambilan sebagai peniaga di tepi jalan.

Walaupun menerima sumbangan kebajikan dari kampungnya, Cui masih berhempas-pulas dan terhimpit untuk mencari rezeki di samping membiayai kos perubatan suaminya.

Sesekali pada hujung minggu, anak-anaknya yang masing-masing hanya memperoleh pendapatan sebanyak 3,000 yuan (RM1,804.30 ) sebulan akan pulang ke kampung untuk menjenguk mereka berdua.

Situasi buat kedua pasangan itu kian memburuk apabila Cui didiagnos dan disahkan menghidap penyakit yang sama pada tahun 2013.

Menurut anak perempuan Cui, sejak ayahnya lumpuh, ibunya terpaksa mengunyahkan makanan untuk ayahnya sebelum memasukkan makanan tersebut ke dalam mulut ayahnya.

Apabila keadaan dilihat semakin genting, Cui bertin‎‎dak menjerut leher suaminya dengan tali pada 6 Mac lalu sebelum menghiris pergelangan dan lehernya berkali-kali.

Dia kemudiannya berubah fikiran dan menghubungi anak perempuannya untuk menceritakan apa yang berlaku.

"Saya memang betul-betul tidak tahan. Saya tak (tidak) mahu bebankan anak-anak saya.

"Waktu itu saya berasa sangat kecewa. Saya tidak patut buat begitu," katanya ketika dibicarakan di mahkamah baru-baru ini.

Menurut portal Shanghaiist, hukuman ke atas Cui diringankan selepas mahkamah menerima lebih seratus surat rayuan daripada penduduk kampung yang menggesa pengampunan diberikan ke atas Cui.

Hukuman tersebut diringankan atas dedikasi Cui menjaga suaminya selama ini.

Menurut portal itu lagi, keluarga Cui telah pun memaafkan tindakan yang dibuat olehnya dan memahami situasi terdesak yang terpaksa dilalui oleh Cui.

Terjun ke tasik kerana suami enggan belikan beg

Terjun ke tasik kerana suami enggan belikan beg

SHANDONG - CHINA. Seorang wanita bertindak terjun ke dalam tasik selepas suaminya enggan membelikan beg tangan yang dimahukan.‎
Berdasarkan laporan portal Shanghaiist, insiden yang berlaku di daerah Dezhou itu menarik perhatian orang ramai yang berada di lokasi.
Wanita tersebut yang dilaporkan terjun ke dalam Tasik Mingyue dipujuk oleh orang ramai untuk naik ke tebing.
Seorang saksi yang mahu dinamakan sebagai Zhang berkata, wanita tersebut berada di dalam air dalam jangka masa yang agak lama.
“Dia telah terjun dan berendam di dalam air tasik yang sejuk selama 20 minit. Dia akan jatuh sakit sekiranya dia terus berendam dalam tasik tersebut,” katanya.
Polis kemudiannya tiba di lokasi kejadian dan melemparkan pelampung keselamatan untuk mengekalkan apungan wanita itu, namun dia dikatakan enggan berpaut pada pelampung tersebut.
Orang ramai dan pihak berkuasa cuba meminta suami wanita itu memujuknya, namun sebaliknya lelaki itu hanya menjerit supaya isterinya keluar dari tasik tersebut.
Namun keadaan mula memuncak sebaik lelaki tersebut terjun ke dalam tasik, memukul dan cuba melemaskan isterinya ke dalam air.
Pihak berkuasa yang melihat kejadian tersebut bertindak menahan suaminya  untuk siasatan lanjut.
“Suami saya mendera saya sepanjang masa di rumah. Bukan perkara luar biasa bila dia memukul saya seperti ini.
“Saya ugut untuk bunuh diri bukan kerana beg tangan sahaja, malah untuk semua penderitaan yang saya lalui selama ini,” kata isterinya kepada pihak berkuasa.

Makan simen kerana mabuk

Makan simen kerana mabuk

GARA-gara berada dalam keadaan mabuk, seorang lelaki dari Nanjing di wilayah Jiangsu, China, bertindak memakan simen konkrit yang berada di dalam pasu selepas menyangka ia pes bijan.

Bimbang dengan tindakan pelik lelaki tidak dikenali itu, jiran yang prihatin menghubungi pihak polis bagi menghentikannya daripada terus memakan simen tersebut.

Menurut Daily Mail, apabila polis tiba, lelaki tersebut memberitahu dia menyangka baldi di atas tanah itu mengandungi pes bijan yang diperbuat daripada biji bijan tanah, dan telah telah pun makan 25 gram bahan binaan berkenaan.

Dia kemudiannya dikejarkan ke hospital untuk dirawat. Bagaimanapun, menurut doktor, lelaki itu bernasib baik kerana simen belum sampai ke bahagian perutnya, yang mungkin boleh membawa maut.

Mengamuk sebab dirakam langgar lampu merah

Mengamuk sebab dirakam langgar lampu merah
Sedutan video menunjukkan seorang pemandu bas menyerang seorang pelajar di London, minggu lepas.

SOUTH BANK - ENGLAND . Seorang pemandu bas mengamuk, membelasah dan mencekik seorang pelajar selepas tindakannya melanggar lampu merah dirakam wanita tersebut, minggu lepas.

Laporan Metro UK mengatakan, melalui sebuah video yang dirakam orang awam, pemandu bas tersebut melarikan diri selepas pelajar tersebut pengsan.

Seorang saksi memberitahu, pemandu bas tersebut berlagak seperti seorang 'peninju' dan mula bertengkar dengan orang ramai yang mahu menghentikan kejadian tersebut.

Semalam, syarikat bas tersebut, Golden Tours kemudian mengumumkan pemandu tersebut dipecat serta-merta.

"Kami sedia maklum dengan kejadian berkenaan dan pemandu tersebut sudah dipecat," katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, pihak berkuasa masih menyiasat kejadian tersebut dan belum ada sebarang tangkapan dibuat.

Isteri jerut suami sebelum cuba bunuh diri

Isteri jerut suami sebelum cuba bunuh diri
Cui tidak dapat menahan kesedihan ketika dibicarakan di mahkamah baru-baru ini

BEIJING-CHINA. Seorang warga emas dihadapkan ke mahkamah selepas didapati bersalah atas kesalahan membunuh suaminya dengan menggunakan tali dan cuba membunuh diri sendiri di rumah mereka di Beijing.

Cui, 63, dikatakan menjaga suaminya yang lumpuh kerana infarksi serebrum sejak 15 tahun lalu.

Demi menumpukan sepenuh perhatian ke atas penjagaan suaminya, Cui dikatakan berhenti kerja dan bekerja sambilan sebagai peniaga di tepi jalan.

Walaupun menerima sumbangan kebajikan dari kampungnya, Cui masih berhempas-pulas dan terhimpit untuk mencari rezeki di samping membiayai kos perubatan suaminya.

Sesekali pada hujung minggu, anak-anaknya yang masing-masing hanya memperoleh pendapatan sebanyak 3,000 yuan (RM1,804.30 ) sebulan akan pulang ke kampung untuk menjenguk mereka berdua.

Situasi buat kedua pasangan itu kian memburuk apabila Cui didiagnos dan disahkan menghidap penyakit yang sama pada tahun 2013.

Menurut anak perempuan Cui, sejak ayahnya lumpuh, ibunya terpaksa mengunyahkan makanan untuk ayahnya sebelum memasukkan makanan tersebut ke dalam mulut ayahnya.

Apabila keadaan dilihat semakin genting, Cui bertin‎‎dak menjerut leher suaminya dengan tali pada 6 Mac lalu sebelum menghiris pergelangan dan lehernya berkali-kali.

Dia kemudiannya berubah fikiran dan menghubungi anak perempuannya untuk menceritakan apa yang berlaku.

"Saya memang betul-betul tidak tahan. Saya tak (tidak) mahu bebankan anak-anak saya.

"Waktu itu saya berasa sangat kecewa. Saya tidak patut buat begitu," katanya ketika dibicarakan di mahkamah baru-baru ini.

Menurut portal Shanghaiist, hukuman ke atas Cui diringankan selepas mahkamah menerima lebih seratus surat rayuan daripada penduduk kampung yang menggesa pengampunan diberikan ke atas Cui.

Hukuman tersebut diringankan atas dedikasi Cui menjaga suaminya selama ini.

Menurut portal itu lagi, keluarga Cui telah pun memaafkan tindakan yang dibuat olehnya dan memahami situasi terdesak yang terpaksa dilalui oleh Cui.

13 penjenayah terlibat dalam rompakan kapal

Orkim Harmony
Gambar lapan perompak kapal MT Orkim Harmony dipamerkan dalam sidang media oleh Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Laksamana Madya Maritim Datuk Ahmad Puzi Ab. Kahar, di Putrajaya, hari ini. - Foto Bernama

PUTRAJAYA - Risikan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia mendapati 13 penjenayah terlibat dalam rompakan kapal tangki MT Orkim Harmony.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Maritim Laksamana Madya Maritim Datuk Ahmad Puzi Ab Kahar berkata lima daripada mereka beredar menggunakan bot tunda yang digunakan untuk merapati kapal, manakala lapan lagi menaiki kapal tangki tersebut.

Beliau berkata pihak berkuasa Indonesia memaklumkan bot tunda yang dipercayai digunakan suspek untuk merompak kapal MT Orkim Harmony ditemui di Batam dua hari lepas.

"Kita telah berhubung dengan pihak berkuasa Indonesia berkenaan pencarian baki lima penjenayah itu," katanya pada sidang media mengenai perkembangan kapal tangki MT Orkim Harmony di sini hari ini.

Lapan suspek kes kapal tangki membawa 6,000 tan metrik petrol RON95 bernilai RM21 juta itu ditahan pihak berkuasa Vietnam pada Jumaat lepas berhampiran Pulau Tho Chu, selatan Vietnam.

Ahmad Puzi dalam kenyataannya semalam berkata pihak berkuasa Vietnam telah mengesahkan bahawa lapan suspek berkenaan mengaku terlibat dalam rompakan MT Orkim Harmony dan Maritim sudah memulakan proses ekstradisi lapan suspek itu.

Mengenai lapan suspek itu, Ahmad Puzi berkata siasatan pihak berkuasa Vietnam menunjukkan mereka berpengalaman dalam melakukan rompakan di laut selain mahir dalam pengendalian kapal.

Beliau berkata pelbagai alatan perhubungan, antaranya alat komunikasi satelit turut ditemui semasa ditahan, menunjukkan mereka merupakan 'perompak profesional' yang mempunyai rangkaian yang luas.

"Siasatan Maritim ke atas anak kapal yang diselamatkan juga mendapati suspek yang dikenali sebagai 'Ruslan', yang dipercayai ketua kepada penjenayah itu sering membuat panggilan dan bercakap menggunakan bahasa Inggeris.

"Kenyataan anak kapal memberi maklumat, rumusan dapat dibuat apa sebenarnya yang berlaku di atas kapal itu," katanya, serta menambah soal siasat ke atas 22 anak kapal telah selesai dijalankan.

Berhubung usaha membawa lapan suspek tersebut ke Malaysia, Ahmad Puzi berkata proses itu akan mengambil sedikit masa kerana melibatkan negara lain tetapi beliau percaya hubungan yang rapat antara negara Asean memungkinkan proses ekstradisi itu akan dapat dipermudah.

Dalam pada itu, beliau berkata Maritim bercadang menempatkan anggota pasukan khas atau Special Task and Rescue Team (Star) secara rambang di atas kapal komersial yang berdaftar di negara ini bagi meningkatkan keselamatan kapal di masa hadapan.

Kapal tangki MT Orkim Harmony yang dirompak pada 11 Jun lepas, berlabuh di Pelabuhan Kuantan pada pukul 7.30 pagi Sabtu lepas, lewat lima jam daripada waktu ia dijadualkan tiba berikutan mengalami masalah enjin. - Bernama

Audi Q7 dan Bentley ditemui semula

Petaling Jaya: Dua kereta mewah bernilai RM800,000, milik seorang ahli peniagaan yang dilaporkan dicuri di Taman Subang Height pada 19 Jun lalu, ditemui semula di hotel di Pandamaran, Klang pada hari yang sama.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Yahya Ramli berkata, kereta jenis Audi Q7 dan Bentley itu dijumpai di tingkat berlainan dalam premis yang sama dan ia dipercayai dilakukan oleh sindiket terancang.
"Kereta terbabit dijumpai di tingkat dua dan tiga dalam bangunan terbabit dan kami tidak menolak, sindiket ini mempunyai kumpulan yang bertanggungjawab untuk mencuri dan meletakkan kenderaan itu di sesuatu kawasan.
“Juga ada satu kumpulan lagi ditugaskan untuk melupuskan kenderaan seperti memasukkan kenderaan ke dalam kontena sebelum dieksport ke luar negara," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Mengulas lanjut mengenai modus operandi sindiket itu untuk melarikan kedua-dua kereta terbabit, katanya suspek masuk ke rumah mangsa dengan mengumpil tingkap bilik di tingkat bawah dan mengambil kunci kereta terbabit di bilik mangsa di tingkat dua dalam kejadian kira-kira 5 pagi itu.
Katanya, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di rumah mangsa merakamkan imej dua suspek lelaki yang terlibat dalam kes curi dan polis percaya kes ini melibatkan lebih daripada empat orang suspek.
Menurutnya, kereta yang dilaporkan hilang itu berjaya dikesan melalui sistem kedudukan sejagat (GPS) yang dipasang di dalam kereta berkenaan kira-kira 6.30 pagi hari yang sama.
"Sepasukan anggota polis ditempatkan di bangunan terbabit dan hasil permantauan selama lima jam, sindiket terbabit seolah-olah sedar akan kehadiran anggota polis dan suspek tidak mengambil kereta itu.
“Kami mengambil keputusan membawa balik kereta terbabit pada 11.30 pagi pada hari yang sama ia dilaporkan hilang," katanya.
Dalam kes berlainan, seorang kontraktor kerugian RM95,000 setelah dua buah keretanya iaitu jenis Chevrolet Cruze dan Suzuki Swift yang diletakkan di hadapan rumahnya di USJ 11, Subang Jaya dilarikan penjenayah.
"Penjenayah memecah masuk rumah mangsa dengan memotong mangga pintu jeriji dan masuk melalui pintu utama yang tidak berkunci lalu mangambil kunci kereta terbabit.
“Mangsa menyedari kereta terbabit sudah tiada pada 7 pagi ini setelah mendapati pintu rumah utama telah terbuka luas," katanya.
Kedua-dua kes itu disiasat di bawah Seksyen 457 dan 379A Kanun Keseksaan atas tuduhan pecah rumah dan curi kenderaan. Sehingga kini, tiada tangkapan yang dibuat dan pihak polis masih menjalankan siasatan. Bernama
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 22 Jun 2015 @ 9:09 PM

Empat suspek Afrika edar dadah ditahan

Kuala Lumpur: Empat lelaki warga Afrika dipercayai sindiket pengedaran dadah ditumpaskan polis dalam dua serbuan di Sungai Buloh dan Bandar Sri Damansara, malam tadi.
Tangkapan dibuat Pasukan Khas Taktikal dan Risikan Narkotik (STING) Bukit Aman yang merampas tujuh kilogram dadah jenis kokain dan 800 gram syabu.

TANGKAPAN suspek di Bandar Sri Damansara. VIDEO Hafidzul Hilmi Mohd Noor
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengumumkan kejayaan itu menerusi akaun Twitternya, pada 12.22 malam.
"@KBAB51: Syabas STING @PDRMsia mlm tadi b'jaya t'kap 4 Warga Afrika dan rampas lebih 7 kg Cocaine dn 800 grm Syabu di Sg Buluh dan D'sara. Go PDRM Go," katanya.
Difahamkan, polis pada petang semalam, menahan seorang lelaki di Sungai Buloh dan hasil soal siasat membawa kepada penahanan tiga lagi lelaki bersama dadah yang disimpan di dalam sebuah apartmen lima tingkat di Bandar Sri Damansara.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 Jun 2015 @ 2:21 AM


ANTARA suspek yang ditangkap. FOTO Hafidzul Hilmi Mohd Noor
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/59388#sthash.kwvCGaZb.dpuf

Empat lot kedai hangus

Naka: Empat lot kedai di Pekan Naka, Jalan Kuala Nerang musnah 100 peratus dalam kebakaran di sini malam tadi.
Dalam kejadian 9.30 malam itu, kesemua lot pusat pengumpulan hasil pertanian itu musnah namun tiada mangsa ketika kejadian itu.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Nerang, Penolong Penguasa Bomba Ahmad Noor Syamsi Zainoldin berkata, pihaknya menerima panggilan pada 9.49 malam membabitkan kebakaran di lot kedai berkenaan.
Beliau berkata, jentera pertama tiba pada 10.10 malam untuk membantu memadam api yang ketika itu sedang marak.
"Kita turut dibantu lima pasukan bomba sukarela yang disertai 43 anggota manakala anggota BBP Kuala Nerang seramai tujuh anggota.
"Api dikawal pada 10.25 malam dan dipadam sepenuhnya, 11.52 malam.
"Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dan kecederaan dilaporkan dalam kejadian ini. Punca serta kerugian masih dalam siasatan," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 22 Jun 2015 @ 1:10 AM


LOT pusat pengumpulan hasil pertanian musnah terbakar. FOTO Zuliaty Zulkiffli
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/59160#sthash.TxIkIRBF.dpuf

Wanita bogel punca bekalan elektrik terputus


Seattle: Lebih 4,000 penduduk di Seattle terputus bekalan elektrik Jumaat lalu, selepas seorang wanita yang memandu dalam keadaan bogel melanggar tiang bekalan elektrik.

Anggota polis yang sampai di tempat kejadian di Shoreline, utara Seattle, kira-kira jam 1.30 pagi waktu tempatan, mendapati ada kabel berarus elektrik di atas kereta wanita itu lalu menghubungi bomba dan syarikat penyedia elektrik

Selepas kabel berkenaan dialihkan, mereka terkejut menemui seorang wanita berusia 24 tahun yang tidak sedarkan diri dalam kereta berkenaan kerana wanita itu langsung tidak berpakaian.

Wanita berkenaan yang tidak cedera teruk, dibawa ke hospital untuk diambil darah bagi menentukan kemungkinan dia memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah.



Kemalangan itu menyebabkan kira-kira 4,400 penduduk terputus bekalan elektrik selama beberapa jam. - Reuters

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 22 Jun 2015 @ 8:55 PM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/59370#sthash.f6Qk2WIF.dpuf

Buru lima lanun masih bebas





PUTRAJAYA – Maritim Malaysia (APMM) mengesahkan terdapat lima lagi suspek yang terlibat dalam kes rompakan kapal MT Orkim Harmony masih bebas, sekali gus menjadikan jumlah sebenar yang merompak kapal tangki tersebut adalah seramai 13 orang.
Ia berdasarkan penemuan sebuah bot tunda di Batam, Indonesia dipercayai dinaiki ke­semua suspek kira-kira dua hari lalu oleh pihak berkuasa negara berkenaan.
Jarak antara lokasi bot tunda itu ditemui dengan perairan Tanjung Sedeli, Johor iaitu tempat kapal MT Orkim Harmony dipercayai hilang pada 11 Jun lalu ialah kira-kira 800 batu nautika.
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) APMM, Laksamana Madya Maritim Datuk Ahmad Puzi Ab. Kahar berkata, kelima-lima suspek ini dilaporkan beredar bersama bot tunda yang digunakan untuk mendekati MT Orkim Harmony selepas lapan rakan mereka memanjat naik kapal tersebut.
“Pihak berkuasa Indonesia memaklumkan telah menemui bot tunda tersebut di Batam yang dipercayai digunakan oleh suspek ini untuk merompak MT Orkim Harmony.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0623&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm#ixzz3dptHfWRA 
Hakcipta terpelihara 

Datuk Bandar salahkan peniaga




KUALA LUMPUR – Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib (gambar) kecewa dengan sikap pengotor sebilangan penjaja dan peniaga yang menyebabkan beberapa pasar awam di ibu negara dipenuhi tikus.
Kata beliau, sikap pengotor penjaja dan peniaga terbabit se­perti membuang sampah sarap secara sesuka hati dan melempar sisa ayam di longkang menyebabkan pasar awam didatangi tikus dan seterusnya membiak di situ.
“Amalan tidak pentingkan kebersihan dan kesihatan seperti sisa ayam dibuang ke dalam longkang dan kemudian menjadi makanan tikus menyebabkan bilangan tikus menjadi banyak di pasar awam.
“Tindakan penjaja atau peniaga membiarkan pekerja asing menguruskan premis mereka turut menyumbang kepada permasalahan itu kerana budaya kebersihan pekerja asing ini sangat rendah dan berbeza,” katanya ketika dihubungi Kos­mo! di sini semalam.
Beliau mengulas laporan Kosmo! semalam mengenai terdapat lima lokasi pasar awam di Kuala Lumpur yang di label sebagai tempat pembiakan tikus.
Pasar awam berkenaan adalah Pasar Borong Selayang, Pasar Borong Chow Kit, Pasar Pudu, Pasar Sentul dan Pasar Keramat.
Statistik tangkapan Unit Kawalan Pest DBKL tahun lalu menunjukkan sebanyak 6,000 tikus ditangkap di kelima-lima pasar terbabit hanya dalam tempoh sebulan.
Ahmad Phesal dalam pada itu berasa kesal kerana peniaga terlibat masih tidak berubah sikap walaupun telah banyak kali pasar awam diarah berhenti beroperasi selama tiga hari bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembersihan.
Justeru, beliau tidak menolak kemungkinan DBKL akan mengarahkan penutupan sementara yang lebih lama bagi memastikan peniaga di pasar awam benar-benar memahami tentang aspek kebersihan demi menjamin kepentingan pengguna.
Selain itu, beliau memaklumkan, DBKL akan menaik taraf kemudahan yang perlu seperti longkang dan sebagainya untuk mengatasi isu kebersihan di pasar-pasar awam di ibu negara.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0623&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm#ixzz3dpt4VfgL 
Hakcipta terpelihara 

Tukang cuci didakwa membunuh



Ita Puspanita dibawa ke Mahkamah Sesyen George Town semalam untuk didakwa atas pertuduhan menyebabkan kematian rakan senegaranya Mei lalu


GEORGE TOWN – Seorang tukang cuci wanita warga Indonesia dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam atas pertuduhan membunuh tanpa niat rakan serumahnya pada bulan lalu.
Tertuduh, Ita Puspalia, 28, dari Jawa Timur yang memakai baju T dan seluar hitam mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan berkenaan dibacakan di hadapan Hakim Ibrahim Osman.
Mengikut pertuduhan, Ita didakwa telah membunuh Siti Maisaroh, 38, di Blok 8-06-8,
Pangsapuri Permai Jaya, Jalan Lembah Pantai di Tanjung Tokong, dekat sini pada 9 Mei lalu pada pukul 1.30 tengah hari.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0623&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm#ixzz3dpsrCTq1 
Hakcipta terpelihara 

Wanita maut kereta dirempuh dari arah bertentangan



KEADAAN Perodua Kancil dinaiki Norasidah yang maut selepas kereta dinaikinya berlanggar dengan kereta Mercedes-Benz di Jalan Lahat-Simpang Pulai, Ipoh kelmarin.


IPOH – Seorang maut manakala empat lagi cedera dalam kemalangan membabitkan tiga buah kereta di Jalan Lahat-Simpang Pulai di sini kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira pukul 7.15 malam itu, mangsa, Norasidah Abd. Hamid, 25, meninggal dunia di tempat kejadian selepas kereta Perodua Kancil yang dinaiki bersama dua lagi wanita dirempuh dari arah bertentangan oleh sebuah kereta Mercedes-Benz E240.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisoner Sum Chang Keong berkata, Mercedes-Benz yang dipandu oleh seorang lelaki berusia 48 tahun dari arah Simpang Pulai menghala ke Tasek dipercayai hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0623&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz3dpseOIn0 
Hakcipta terpelihara 

Tiga maut lantai runtuh



Anggota bomba dan penyelamat berusaha mencari dan menyelamat pekerja asing warga Myanmar yang tertimbus apabila lantai sebuah pasar raya dalam pembinaan runtuh di Pulau Sebang, Alor Gajah semalam.


ALOR GAJAH – Tiga pekerja warga Myanmar maut manakala tiga lagi cedera dalam kejadian runtuhan lantai di aras dua sebuah bangunan pasar raya dalam pembinaan di Pulau Sebang di sini petang semalam.
Kejadian kira-kira pukul 2.15 petang itu dipercayai berlaku apabila perancah dialihkan ketika lantai belum keras sepenuhnya ketika sembilan pekerja berada di kawasan itu.
Akibatnya, tiga daripada pekerja tersebut gagal menyelamatkan diri dan dihempap runtuhan tersebut manakala enam lagi berjaya keluar dari kawasan tersebut namun tiga daripada mereka cedera kerana terkena serpihan bahan binaan itu.
Ketua Polis Melaka, Datuk Chua Ghee Lye bagaimanapun memberitahu,  sehingga lewat petang semalam, hanya satu mayat berjaya ditemui di bawah runtuhan tersebut.
“Mayat mangsa ditemui kira-kira pukul 5 petang manakala dua lagi mangsa belum dapat dikeluarkan,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0623&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm#ixzz3dpsFU6aG 
Hakcipta terpelihara 

Pesalah dadah Perancis gagal rayu hukuman mati



GAMBAR fail pada 11 Mac lalu menunjukkan Atlaoui diiringi dua anggota polis setibanya di sebuah mahkamah daerah di Tangerang, Indonesia.


JAKARTA – Seorang pesalah dadah Perancis gagal dalam rayuan ke atas hukuman mati–nya semalam tetapi pasukan peguam warga asing berkenaan berikrar akan terus berjuang untuk menghalangnya daripada menjalani hukuman mati oleh skuad penembak.
Mahkamah Pentadiran Nega–ra di Jakarta menolak rayuan terbaharu banduan berkenaan, Sergei Atlaoui. Pasukan peguamnya sebelum ini berhujah bahawa Pre–siden Indonesia, Joko Widodo telah menolak pengampunan untuk Atlaoui tanpa pertimba–ngan wajar.
Mahkamah itu mengekalkan keputusan sebelumnya pada April lepas bahawa ia tidak berkuasa untuk mengadili keputusan Widodo.
Pihak berkuasa Indonesia, bagaimanapun membayangkan hukuman mati terhadap Atlaoui, 51, tidak akan dilakukan pada bulan Ramadan ini yang berakhir pada pertengahan Julai depan.
Atlaoui yang merupakan seorang jurukimpal ditangkap pada 2005 di sebuah kilang dadah rahsia di luar Jakarta. Pihak berkuasa menuduhnya menjadi ahli kimia premis haram itu.
Dia dijadualkan menjalani hukuman mati bersama tujuh pesalah dadah asing lain dua bulan lalu tetapi mendapat pe–nangguhan selepas Paris me–ningkatkan tekanannya ke atas Jakarta.
Pelaksanaan hukuman mati ke atas dua warga Australia, seorang rakyat Brazil dan empat banduan Nigeria pada April lalu mencetuskan kemarahan global.
Widodo bagaimanapun menegaskan bahawa hukuman berat ke atas penyeludup dadah perlu dilaksanakan memandangkan Indonesia kini berdepan krisis peningkatan penyalahgunaan dadah. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0623&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz3dprIAVU1 
Hakcipta terpelihara 

Gelombang panas landa Pakistan



SEORANG sukarelawan meletakkan kertas pengesahan identiti pada mayat mangsa gelombang panas yang diletakkan di peti simpanan rumah mayat Edhi di Karachi, Pakistan semalam.


KARACHI – Gelombang panas di bandar raya Karachi dan beberapa daerah lain dalam wilayah Sindh, selatan Pakistan telah mengorbankan sekurang-kurang 122 orang, menurut kementerian kesihatan kelmarin.
“Sejak Sabtu lepas, seramai 114 orang meninggal dunia di Karachi dan lapan lagi di tiga daerah di Sindh,” kata Setiausaha Kesihatan Wilayah, Saeed Mangnejo.
Beliau berkata, pihak berkuasa menguatkuasakan darurat bencana di semua hospital de–ngan membatalkan cuti doktor dan staf serta meningkatkan stok ubat.
Bandar Karachi mencatat suhu tinggi mencecah 45 da–rjah Celsius pada Sabtu lepas, hampir menyamai suhu ter–tinggi bandar raya itu pada 1979 dengan catatan 47 Celsius.
Ketua unit kecemasan Hospital Jinnah, Dr. Seemin Jamali pula berkata, lebih 100 orang mati di hospital tersebut.
“Mereka mati disebabkan strok haba,” katanya. Pihak berkuasa mengesahkan bahawa semua kematian itu berlaku pada Sabtu lalu.
Menurut Jabatan Meteorologi Pakistan, suhu diramal turun beberapa hari lagi tetapi doktor-doktor menasihatkan orang ramai supaya mengelak daripada terdedah kepada matahari dan memakai baju nipis.
Hawa panas itu diburukkan lagi dengan kekerapan gangguan bekalan elektrik sehingga mencetuskan protes di beberapa kawasan di Karachi, sebuah bandar dengan populasi 20 juta orang.
Menurut syarikat utiliti air tempatan, gangguan elektrik melumpuhkan sistem bekalan air di Karachi selepas berjuta-juta liter air gagal dipam kepada pengguna.
Sebelum ini, gelombang panas yang melanda jiran Pakis–tan, India telah menyebabkan seramai 2,330 orang terkorban dengan negeri Andra Padesh di tenggara negara itu paling teruk terjejas sejak 1 Jun lalu.
Pegawai pengurusan bencana Andra Pradesh K. Dhanajaya Reddy berkata, angka kemarian di negeri itu mencecah 1,719 orang. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0623&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz3dpr14qbY 
Hakcipta terpelihara 

Taliban serang Parlimen Afghanistan


AP - SEORANG anggota keselamatan Aghanistan mengawal pintu masuk bangunan Parlimen di Kabul selepas satu serangan dilancarkan pemberontak Taliban semalam.


KABUL – Dua orang termasuk seorang kanak-kanak mati apabila sekumpulan militan Taliban melancarkan serangan ke atas Parlimen Afghanistan semalam yang mencetuskan beberapa letupan dan menyebabkan anggota-anggota Parlimen bertempiaran lari menyelamatkan diri.
Serangan itu berlaku ketika calon menteri pertahanan Afghanistan diperkenalkan kepada Parlimen.
“Beberapa pejuang mujahidin (Taliban) memasuki bangunan Parlimen, pertempuran sengit berlaku,” kata jurucakap Taliban, Zabihullah Majid di laman sosial Twitter.
“Terdahulu, sebuah bom kereta diletupkan di jalan utama berhampiran bangunan Parlimen. Sekumpulan penyerang kemudian memasuki sebuah bangunan di hadapan Parlimen,” kata jurucakap polis Kabul, Ebadullah Karimi.
Jurucakap kementerian dalam negeri, Najib Danish pula memberitahu bahawa terdapat tujuh penyerang, manakala 31 orang termasuk lima wanita dan seorang kanak-kanak cedera dalam kejadian tersebut.
“Dewan Parlimen dipenuhi asap dan wakil-wakil rakyat mula meninggalkan bangunan Parlimen,” kata seorang anggota Parlimen, Mohammad Reza Khoshak.
Kumpulan pemberontak Taliban melancarkan serangan di seluruh Afghanistan sejak hujung April lalu dan meningkatkan serangan ke atas bangunan kerajaan dan kepentingan asing dalam musim pertempuran kali ini yang dijangka paling berdarah sejak 10 tahun lalu. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0623&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz3dpqEPuL7 
Hakcipta terpelihara