Search This Blog

Sunday, June 21, 2015

Lelaki Vietnam Maut Ditikam Rakan


Diterbitkan: Ahad, 21 Jun 2015 11:20 AM

BUTTERWORTH: Seorang lelaki warga Vietnam maut ditikam dalam pergaduhan membabitkan sekumpulan rakan senegaranya yang mabuk di sebuah rumah di Taman Sembilang, Seberang Jaya, di sini, Sabtu malam.
Jurucakap polis berkata mangsa Ngu Yen Huu Giap,25, pekerja sebuah kilang di Jalan Jelawat di sini ditikam di dada kiri meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya (HSJ).
Katanya dalam kejadian pada pukul 11.50 malam itu, ,mangsa bersama sekumpulan rakan senegaranya yang tinggal di rumah berkenaan telah minum minuman keras sebelum mereka mabuk sehingga berlaku pergaduhan menyebabkan mangsa ditikam.
"Mangsa yang mengalami kecederaan parah di dada kirinya di bawa ke HSJ oleh rakan serumahnya untuk rawatan sebelum dilaporkan mati sejam kemudian," katanya di sini, Ahad.
Menurutnya, polis merampas sebilah pisau di rumah sewa didiami warga Vietnam itu yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu.
Katanya polis turut menahan 20 warga Vietnam termasuk lima wanita yang tinggal di rumah berkenaan bagi membantu siasatan. Kesemua mereka bekerja di kilang sekitar Perai.

Mayat Lelaki Ditemui Di Hutan Melintang


Diterbitkan: Ahad, 21 Jun 2015 6:44 PM

HUTAN MELINTANG: Mayat seorang lelaki ditemui dalam keadaan terbaring dipercayai dibunuh di Kampung Melayu Jenderata, Batu 10, di sini, Ahad.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata mangsa, N.Jayasilan, 42, ditemui dalam keadaan berlumuran darah di bahagian belakang kepala dengan kesan luka di bahagian mukanya pada kira-kira 6.40 pagi Ahad.
Beliau berkata sepasukan anggota polis dari Balai Polis Hutan Melintang bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki yang menemui mayat di atas jalan raya.  
"Mangsa yang beralamat di Batu 10 di sini, berbaju kemeja-T warna merah serta berseluar jeans biru ketika ditemui," katanya ketika dihubungi di sini, Ahad.
Beliau berkata bagaimanapun, pihaknya tidak menemui sebarang senjata di tempat kejadian. 
Mohd Shuhaily berkata polis masih menyiasat punca kematian dan percaya ia sebagai kes bunuh. 
Polis juga sedang berusaha mengesan suspek yang terlibat dengan kejadian itu, katanya. 
Menurutnya, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Teluk Intan untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. 
-- BERNAMA

Mayat Dipercayai 'Penumpang Gelap' Ditemui Di Atas Bumbung


Diterbitkan: Jumaat, 19 Jun 2015 8:12 PM

LONDON: Mayat seorang lelaki yang mungkin merupakan 'penumpang gelap' ditemui di atas bumbung, manakala seorang lagi dirawat di sebuah hospital selepas ditemui tidak sedarkan diri pada Khamis dalam pesawat British Airways dari Johannesburg sebaik sahaja mendarat di lapangan terbang, kata polis pada Jumaat.
Penumpang gelap merupakan individu yang menaiki penerbangan secara haram dengan bertindak mencuri masuk dan bersembunyi melalui bahagian roda pesawat.
Polis berkata, mereka turut menemui mayat seorang lelaki di atas bumbung sebuah kedai di London yang berada di bawah laluan penerbangan ke Lapangan Terbang Heathrow, London, pada Khamis.
Siasatan dijalankan bagi mengenal pasti sama ada mayat itu terjatuh dari pesawat yang sama. 
Seorang jurucakap polis memberitahu AFP, lelaki yang ditemui hidup itu dipercayai berusia 25 dan 30 tahun dan didapati tidak sedarkan diri dan berada dalam keadaan kritikal.
Jurucakap itu bagaimanapun tidak mengulas di mana lelaki tersebut ditemui.
Tambahnya, kemungkinan dua lelaki itu merupakan penumpang gelap bagi pesawat yang sama.
Polis menerima panggilan mengenai suspek penumpang gelap pada penerbangan sejauh 12,875 kilometer dari Afrika Selatan pada pukul 8.28 pagi waktu tempatan dan panggilan berhubung penemuan mayat pada pukul 9.35 pagi waktu tempatan.
Seorang jurucakap British Airways berkata: "Kami sedang bekerjasama dengan Polis Metropolitan dan pihak berkuasa di Johannesburg bagi mendapatkan maklumat berhubung kes yang jarang berlaku seperti ini."
Pada 2012, seorang lelaki dari Mozambique terjatuh ke dari bahagian bawah sebuah pesawat dalam penerbangan dari Angola ke Lapangan Terbang Heathrow, ke jalan di bawah laluan penerbangan di barat London.
Satu inkues mendapati dia mungkin terselamat daripada suhu yang sejuk tetapi dia dalam keadaan nazak ketika dia jatuh ke tanah.
Terdapat beberapa kes mengenai penumpang gelap yang ditemui meninggal dunia berpaut pada gear pendaratan pesawat.
Pada April lalu bagaimanapun menyaksikan seorang penumpang gelap warga Indonesia terselamat dalam penerbangan selama sejam dari Sumatera ke Jakarta. - AFP

Gempa Sederhana Landa Kepulauan Bonin Di Jepun


Diterbitkan: Jumaat, 19 Jun 2015 8:43 PM

KUALA LUMPUR: Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.2 pada skala Richter melanda Kepulauan Bonin, Jepun, iaitu gugusan pulau kira-kira 1,000km ke selatan Tokyo, pada pukul 4.09 petang Jumaat.
Jabatan Meteorologi Malaysia, dalam kenyataan, menyebut pusat gempa bumi itu terletak 1,016km dari tenggara Yokosuka, Jepun dan 3,601km dari timur laut Sandakan, Sabah.
Bagaimanapun, gempa tersebut tidak membawa ancaman tsunami.

Pemandu Trauma Kereta Terbelah Dua


Diterbitkan: Sabtu, 20 Jun 2015 1:46 PM

MELIHATKAN keadaan kenderaan yang terbelah dibahagian depan, tentunya ramai memikirkan bagaimana kejadian itu berlaku.
Yang pasti, pemandu kereta itu bertuah kerana terselamat, kecuali masih dalam keadaan trauma selepas keretanya dirempuh sebilah mata gerigi bulat.
Kejadian itu berlaku ketika pemandu itu, Xiang berada di lebuh raya Chongging, barat daya China dan tiba-tiba terdengar bunyi hentaman kuat sebelum muncul mata gerigi bulat itu didepan keretannya dan menghentam kenderaan itu hingga terbelah dua.
Difahamkan, peralatan tajam itu terjatuh dari sebuah trak yang merempuh pembahagi jalan semasa dalam perjalanan di laluan berasingan lebuh raya itu, lapor akhbar People's Daily Online.
Gerigi bulat yang berukuran 1.5 meter itu menyebabkan bahagian depan kenderaan Xiang terbelah dengan kedalaman lubang sedalam hampir 0.5 meter.
Menurut Xiang, ini adalah pengalaman pahit yang menakutkan baginya, sambil menceritakan situasi cemas yang dialaminya ketika memandu sambil matanya memerhati gerigi bulat itu menuju ke arahnya.
"Saya terdengar bunyi yang cukup bising dan saya nampak asap putih berkepul-kepul di hadapan kenderaan. Pada masa itu, pemanduan saya hampir hilang kawalan," katanya.
Tambahnya lagi, sebaik berjaya memberhentikan kenderaannya, Xiang sukar berdiri selepas keluar dari kenderaan kerana masih dalam keadaan terkejut.
Pihak berkuasa tempatan memaklumkan gerigi bulat tersebut tidak diikat dengan betul semasa berada di atas trak, dan dipercayai lebih daripada satu terlepas dari ikatan apabila pemandunya hilang kawalan sehingga terbabas.
Pegawai Jabatan Lebuhraya, Ren Gu berkata, Xiang bernasib baik kerana bilah tersebut tidak menghentam bahagian pemandu dengan jarak hanya beberapa kaki.
Sementara itu, tidak pasti sama ada pemandu trak tersebut akan dikenakan tindakan selanjutnya, namun beberapa penduduk tempatan melaporkan kemungkinan besar punca kemalangan adalah faktor kepenatan.  

MT Orkim Harmony: Vietnam Dedah Suspek Miliki Banyak Wang


Diterbitkan: Ahad, 21 Jun 2015 1:40 PM

HANOI: Lapan lelaki yang ditahan pihak berkuasa Vietnam kerana merampas kapal tangki milik Malaysia dikesan membawa sejumlah wang yang besar.
Kumpulan yang dipercayai warga Indonesia itu ditahan selepas bot mereka ditarik ke bahagian barat daya pulau Tho Chu, oleh pihak berkuasa Vietnam  - suspek mendakwa mereka kehilangan kapal selepas bot yang dinaiki terlibat dalam satu kemalangan di laut.
Pada hari sama, pihak berkuasa Malaysia memberitahu seramai lapan suspek yang merampas kapal MT Orkim Harmony seminggu sebelum itu berjaya melarikan diri menggunakan bot penyelamat semasa berada di kawasan gelap.
Kapal itu merupakan sasaran terbaharu oleh kumpulan lanun yang semakin berani di sebalik peningkatan dalam rampasan laut di Asia Tenggara dalam tempoh dua tahun.
Kumpulan lanun ini kebiasaannya mensasarkan kapal tangki kecil yang membawa minyak petrol, diesel, serta minyak gas.
VNExpress melaporkan lapan lelaki di dalam lingkungan umur 19 hingga 61 tahun yang ditahan bercakap dalam bahasa Indonesia dan tidak dapat menjelaskan mengenai sejumlah mata wang asing yang dibawa serta beberapa telefon bimbit.
Polis Marin Vietnam, Leftenan Do Van Toan berkata, pihaknya gagal mendapatkan maklumat daripada suspek-suspek yang ditahan itu setakt ini.
"Kesemua suspek ini degil dan tidak mahu memberikan kerjasama. Mereka kelihatan sangat tenang dan profesional," kata Van Toan.
Seorang lagi Pegawai Polis Marin, Kolonel Le Van Minh berkata pihak penyiasat mempunyai alasan yang mencukupi untuk membuat dakwaan ke atas lapan suspek tersebut.
"Vietnam bekerjasama secara aktif dengan Malaysia dalam kes ini dan kita perlu mencari jalan agar mereka mengakui kesalahan mereka," katanya.
Dalam pada itu, agensi berita Indonesia melaporkan, pihak Jakarta telah mengarahkan kedutaan Hanoi untuk mengenalpasti kerakyatan kesemua lapan suspek yang ditahan.
MT Orkim Harmony yang membawa sekitar 6,000 tan petrol bernilai kira-kira AS$ 5.6 juta, dilaporkan hilang pada 11 Jun semasa dalam perjalanan dari arah pantai barat menghala ke Kuantan di pantai timur.
Menurut tentera laut Malaysia, anak kapal seramai 22 orang tidak tercedera semasa rampasan dibuat dan hanya seorang pelaut Indonesia sahaja yang tercedera akibat terkena tembakan dibahagian paha.
Kumpulan lanun tersebut berjaya melepaskan diri selepas mengugut untuk mencederakan anak-anak kapal sekiranya kapal tentera laut tidak meninggalkan kapal rampasan itu sejauh lima batu nautika.
Biro Maritim Antarabangsa (IMO) yang berpangkalan di London telah berulang kali memberi amaran bahawa perairan Asia Tenggara kini sering menjadi tumpuan lanun.
Pihak IMO juga mengarahkan agar tindakan tegas dibuat oleh pihak berkuasa serantau untuk mengelakkan daripada perkara ini berada di luar kawalan.

Dua lelaki, 12 GRO warga asing ditahan

PDRM

KUANTAN - Polis menahan dua lelaki tempatan dan 12 wanita warga Thailand yang dipercayai bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) di sebuah restoran di Jalan Haji Ahmad 3 di sini awal pagi ini.
  
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (KJSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, Pemangku Senior Asisten Komisioner, Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, hasil maklumat orang awam pihaknya membuat serbuan ke atas premis tersebut pada pukul 12.50 pagi.
  
"Berdasarkan maklumat awal, restoran ini berkonsepkan sebuah pusat hiburan yang didapati tiada lesen hiburan dan menggaji wanita asing tanpa permit kerja.

"Semasa serbuan, semua wanita terbabit sedang leka melayan pelanggan tanpa menyedari kehadiran sepasukan anggota polis di dalam premis berkenaan.
  
"Siasatan awal mendapati 12 wanita berusia lingkungan 25 hingga 35 tahun itu juga dipercayai menyalah gunakan pas lawatan sosial sebelum melakukan kegiatan tidak bermoral di premis tersebut," katanya hari ini.
  
Beliau berkata, dua lelaki tempatan berusia 40an yang dipercayai bekerja di premis itu turut ditahan.
  
Katanya, kesemua wanita asing itu disiasat mengikut Seksyen Seksyen 39B Peraturan-Peraturan Imigresen 1959/63 kerana menyalahgunakan pas lawatan. - Bernama

Mayat lelaki berlumuran darah ditemui

bunuh tikam

HUTAN MELINTANG - Mayat seorang lelaki ditemui dalam keadaan terbaring dipercayai dibunuh di Kampung Melayu Jenderata, Batu 10, di sini, hari ini.
  
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, mangsa N.Jayasilan, 42, ditemui dalam keadaan berlumuran darah di bahagian belakang kepala dengan kesan luka di bahagian mukanya pada kira-kira 6.40 pagi tadi.

Beliau berkata, sepasukan anggota polis dari Balai Polis Hutan Melintang bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki yang menemui mayat di atas jalan raya.
  
"Mangsa yang beralamat di Batu 10 di sini, berbaju kemeja-T warna merah serta berseluar jeans biru ketika ditemui," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
  
Beliau berkata, bagaimanapun, pihaknya tidak menemui sebarang senjata di tempat kejadian.
 
Mohd Shuhaily berkata, polis masih menyiasat punca kematian dan percaya ia sebagai kes bunuh.

Polis juga sedang berusaha mengesan suspek yang terlibat dengan kejadian itu, katanya.
  
Menurutnya, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Teluk Intan untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. - Bernama

Vaksin Mers dihasilkan

Vaksin Mers dihasilkan
Pekerja kesihatan Korea Selatan menyembur cecair antiseptik di pejabat kastam dan imigresen di Lapangan Terbang Gimpo di Seoul.

PYONGYNANG - KOREA UTARA. Korea Utara mendakwa telah menghasilkan sejenis vaksin yang sangat berkesan dalam mencegah dan menyembuhkan virus pembawa maut seperti Sindrom Pernafasan Timur Tengah (Mers), Sistem Pernafasan Akut Teruk (Sars), Ebola dan Aids.
 
Agensi Berita Rasmi Korea (KCNA) melaporkan, ubat dikenali sebagai Kumdang-2 itu dilaporkan dapat merawat segala jenis penyakit termasuk batuk kering, kanser dan loya.

Laporan itu dibuat selepas Korea Selatan kini sedang bergelut dengan penularan wabak Mers yang setakat ini telah meragut lebih 20 nyawa.

Pada tahun 2006 dan 2013, Korea Utara pernah mendakwa ubat sama yang pada asalnya dibangunkan pada tahun 1996 boleh menyembuhkan wabak selesema burung.

Sementara itu, Presiden Korea Selatan Park Geun-hye mengadakan pertemuan dengan Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), Margaret Chan, bagi membincangkan langkah yang boleh diambil untuk membendung Mers di Seoul dengan kerjasama agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Menurut WHO, tiada vaksin untuk Mers yang dibangunkan sehingga kini dan virus itu dilaporkan mempunyai kadar kematian sebanyak 35 peratus, lapor Press TV.

Bayi maut diserang anjing liar

Bayi maut diserang anjing liar
Polis berada dilokasi tempat kejadian untuk melakukan siasatan.

SUNDERLAND – BRITAIN. Seorang bayi berusia tiga minggu meninggal dunia selepas diserang dan digigit anjing liar di kediamannya, lapor portal Metro.co.uk semalam.

Kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 4.15 pagi kelmarin sebelum dikejarkan ke hospital berdekatan.

Superitendan Gillian Mitchell berkata, bayi tersebut disahkan meninggal dunia di hospital terbabit berikutan kecederaan serius yang dialami.

“Ia merupakan insiden yang sangat tragis. Kami bersimpati dengan kejadian yang berlaku terhadap keluarga mangsa. Ia waktu yang sangat sukar bagi mereka,” katanya seperti yang dipetik menerusi laporan portal tersebut.

Susulan daripada serangan terbabit, seorang lelaki berusia 30 tahun disahkan ditahan oleh pihak berkuasa bagi membantu siasatan.

“Kami masih teruskan siasatan. Penahanan suspek dibuat bagi membantu pihak polis menghubungkan serangan tersebut.

“Buat masa sekarang kami cuba hubung-kaitkan situasi kejadian dan mungkin akan memerlukan beberapa anggota polis tambahan untuk membantu,” katanya lagi.

Kaki tersepit kerana leka dengan telefon bimbit

Kaki tersepit kerana leka dengan telefon bimbit
Kaki seorang gadis tersepit selama 45 minit di jeriji besi.

MIANYANG- CHINA. Seorang gadis mengalami detik cemas apabila kakinya tersepit selama 45 minit apabila terjatuh dan tersepit di jeriji besi yang digunakan untuk menghadang longkang.

Sebaik kejadian berlaku, orang ramai cuba membantu melepaskan kaki gadis itu dari jeriji besi terbabit namun gagal.

Dalam pada itu, pihak bomba menerima panggilan dari orang ramai memaklumkan kejadian tersebut sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

Jurucakap bomba, Ming Lai, pihaknya bekerja keras untuk memotong besi tersebut sebelum membebaskan kaki gadis tersebut.

“Mangsa mengalami lebam dan cakar akibat tersepit terlalu lama pada jeriji tersebut. Tetapi kakinya cepat pulih dan mangsa tidak memerlukan rawatan hospital,” katanya.

Menurut laporan portal Metro.co.uk, gadis tersebut yang tidak mahu dinamakan mengaku terlalu leka dengan telefon bimbitnya dan tidak menumpukan sepenuh perhatian ketika berjalan kaki; menyebabkan dia terjatuh pada jeriji besi tersebut.

EU banteras seludup manusia

EU banteras seludup manusia
Pendatang yang baru tiba menunggu untuk didaftarkan di Mytilene, Greece.

BRUSSELS - BELGIUM. Negara anggota Kesatuan Eropah (EU) meluluskan rancangan memulakan fasa pertama operasi ketenteraan terhadap penyeludupan manusia di Mediterranean seawal minggu depan.

Menurut sumber, negara anggota telah memperuntukkan kapal dan pesawat udara yang cukup untuk membolehkan operasi fasa pertama dijalankan.

"Semuanya kini telah disediakan supaya menteri luar EU boleh meluluskan pelancaran misi itu dalam mesyuarat esok," katanya dalam laporan AP.

Difahamkan, pemimpin EU bersetuju untuk merangka pelan menyeluruh bagi menangani masalah tersebut selepas kira-kira 800 migran dikhuatiri maut apabila bot dinaiki mereka karam, di selatan Itali, April lalu.

Selain meningkatkan usaha mencari dan menyelamat (SAR), Ketua Hal Ehwal Luar Negeri EU, Federica Mogherini, dipanggil untuk menyusun pilihan ketenteraan bagi membanteras kekejaman penyeludup mengeksploitasi manusia yang ingin ke Eropah melalui Mediterranean. 

Gambar polis alih perhatian anak kecil jadi viral

Gambar polis alih perhatian anak kecil jadi viral
Seorang anggota polis mendukung kanak-kanak perempuan membelakangkan kenderaan keluarganya yang kemalangan dan meragut nyawa bapanya.

BRIGHTON - COLORADO. Sekeping gambar menyayat hati mula tersebar apabila seorang anggota polis dilihat mendukung seorang kanak-kanak perempuan dan cuba mengalihkan perhatiannya di lokasi kejadian kemalangan maut yang meragut nyawa bapanya.

Memetik laporan Mirror.co.uk, polis tersebut mengalihkan perhatian kanak-kanak perempuan itu dengan menunjukkan ke arah lain membelakangkan kenderaan ayahnya yang terbalik.

Menurut polis, dalam tragedi itu, seorang lelaki maut manakala seorang perempuan dan seorang kanak-kanak dikejarkan ke hospital.

Tiga lagi kanak-kanak yang turut terlibat dalam kemalangan itu dilaporkan hanya cedera ringan.

Menurut saksi, kenderaan itu hilang kawalan selepas salah satu tayarnya pecah dan berpusing beberapa kali.

Mumbai terus lumpuh, berjuta terkandas di rumah

Hujan

NEW DELHI - Hujan monsun lebat terus melumpuhkan Mumbai, bandar terbesar di India, dengan berjuta penduduknya diberi amaran oleh kerajaan supaya tinggal di dalam rumah memandangkan hujan lebat diramalkan dalam 24 jam akan datang.

Perkhidmatan kereta api yang menjadi pengangkutan utama kepada 21 juta orang di bandar dan pinggir bandar, kekal lumpuh dengan pihak berkuasa mendapatkan bantuan daripada polis dan tentera dalam kerja-kerja menyelamat dengan dua kematian dicatat setakat ini.

Malam tadi, kebanyakan tempat di bandar ini mengalami gangguan bekalan air dan elektrik menyebabkan banyak kawasan komersial terpaksa menutup perniagaan mereka untuk hari kedua berturut-turut.

Pegawai kerajaan berkata penerbangan domestik dan antarabangsa juga mengalami kelewatan dan ada yang terpaksa dijadualkan semula.

Ketua Menteri Maharashtra, Davendra Fadnavis berkata air pasang dan longkang tersumbat memburukkan lagi usaha untuk mengepam keluar air hujan ke laut.

Kebanyakan kawasan di bandar itu terletak di bawah paras laut, justeru, pakar menyatakan perlu mengambil masa beberapa hari sebelum air hujan itu dapat disalirkan keluar sepenuhnya.

Sementara itu, media tempatan melaporkan kekecewaan semakin memuncak dalam kalangan penduduk dengan anggota politik mula menuding jari terhadap kegagalan pihak berkuasa tempatan menangani musim monsun tahunan itu.

Malah, Davendra dari kerajaan BJP dipetik oleh media sebagai berkata, masalah yang dihadapi lebih 10 tahun di bawah kerajaan Kongres sebelum ini  tidak dapat diselesaikan dalam masa "singkat".

Dalam perkembangan berkaitan, Jabatan Meteorologi India (IMD) berkata keadaan buruk belum berakhir lagi apabila semalam sahaja, sejumlah 300mm hujan direkodkan.

Jabatan itu berkata pada keadaan biasa, jumlah hujan berkenaan biasanya direkodkan untuk tempoh lebih 15 hari.

Pakar berkata adalah sukar bagi mana-mana bandar di dunia menangani keadaan hujan sebegitu dengan beberapa stesen pam masih dalam pembinaan.

Sementara itu, Konsul Jeneral Malaysia di Mumbai, Eldeen Husaini Mohd Hashim ketika dihubungi berkata kira-kira 100 rakyat Malaysia yang menetap di bandar ini dinasihat supaya berada di dalam rumah bagi mengelakkan sebarang kesulitan.

Beliau berkata usaha sedang dibuat bagi menghubungi 50 ke 60 rakyat Malaysia yang tidak berdaftar mengenai langkah berjaga-jaga yang perlu diambil sekiranya keadaan bertambah buruk.

Rakyat Malaysia yang memerlukan maklumat lanjut mengenai nasihat perjalanan atau bantuan boleh menghubungi pejabat konsulat di +912226455751 atau +912226455752, atau e-mel: malmumbai@kln.gov.my. - Bernama 

Pengedar dadah dikehendaki dicekup



ANTARA dadah yang ditemui pada suspek selepas di tahan di Taman Impian kelmarin.


SEBERANG PERAI – Polis berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah di daerah Seberang Perai Tengah selepas menahan seorang lelaki dan merampas dua pucuk pistol dalam rondaan cegah jenayah di Taman Desa Impian di sini kelmarin.
Suspek berusia 33 tahun itu diberkas sepasukan polis dari Balai Machang Bubok pada pukul 2 pagi.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Rusli Mohd. Noor berkata, suspek ditangkap semasa memberhentikan kereta jenis Toyota Camry yang dipandunya di tepi Jalan Impian Ria selepas dilihat dalam keadaan mencurigakan.
Menurutnya, pihak polis cuba menghampiri lelaki itu, namun suspek bertindak melarikan diri.
Bagaimanapun, dia berjaya ditahan selepas berlaku pergelutan de­ngan anggota.
“Hasil pemeriksaan ke atas­nya, polis menemui sebungkus plastik besar berisi dadah dipercayai jenis syabu seberat satu kilogram dan sepucuk pistol jenis Cougar berserta 12 butir peluru yang diletakkan dalam beg sandang milik suspek.
“Turut ditemui dalam kereta ialah 19 paket dadah dipercayai jenis syabu, sepucuk pistol jenis Beretta beserta 15 butir peluru, 32 butir peluru pelbagai jenis dan wang tunai RM14,000 yang dipercayai hasil jualan dadah itu,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Ahad semalam.
Dalam pada itu, beliau memberitahu, siasatan awal mendapati suspek yang tidak bekerja dan berasal dari Kulim, Kedah itu turut memiliki tujuh rekod jenayah lampau serta dikehendaki polis berkaitan penyalahgunaan dadah.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0621&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm#ixzz3de7U2Als 
Hakcipta terpelihara 

Mawit ditembak kerana cuba lawan perampas kapal



MAWIT diselamatkan menggunakan sebuah helikopter tentera kelmarin sebelum dihantar ke HUSM untuk mendapatkan rawatan.


KUANTAN – Tukang masak kapal MT Orkim Harmony, Mawit Matin terkena tembakan pada paha kiri selepas cuba melawan salah seorang lanun yang mema­suki kapal itu.
Timbalan Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Hermono berkata, warga Indonesia berusia 46 tahun itu dikatakan mahu membuang sampah sebelum bertembung dengan salah seorang anggota lanun.
“Daripada cerita rakan-rakan Mawit, ketika kejadian itu berlaku, dia sedang membuka pintu kapal untuk membuang sampah dan tiba-tiba lanun itu muncul.
“Terkejut dengan kehadiran lanun itu, Mawit secara spontan cuba melawan. Akibatnya, dia ter­kena tembakan daripada senjata penjenayah itu,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melawat empat warga Indonesia yang menjadi tebusan dalam MT Orkim Harmony di Pelabuhan Kuantan di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0621&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm#ixzz3de75ECQn 
Hakcipta terpelihara 

Masih terbayang lanun acu pistol



AIMAN (dua dari kiri) bersama ahli keluarganya sebelum berbuka puasa di Kuantan selepas dibenarkan turun daripada MT Orkim Harmony semalam.


KUALA LUMPUR – Penuntut Politeknik Ungku Omar, Ipoh, Perak, Muhammad Aiman Shafiz Marzuki, 20, memberitahu, dia masih terbayang kejadian lapan lanun mengugut supaya menuruti segala arahan mereka sambil mengacukan pistol pada semua kru kapal.
Menurut Aiman, drama rampasan seperti babak filem itu merupakan pengalaman paling menakutkan dalam hidupnya.
“Saya tidak trauma, tetapi masih terkejut. Pada masa ini, saya berasa agak gementar setiap kali pintu dibuka seseorang,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Ahad semalam.
Ceritanya lagi, semua lanun bertindak agresif pada hari pertama, namun kelihatan lebih tenang selepas semua kru mengikut arahan mereka.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0621&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz3de6sBggt 
Hakcipta terpelihara 

Lapan lelaki lanun profesional


SEORANg kru kapal MT Orkim Harmony diberi rawatan pemeriksaan kesihatan oleh anggota perubatan tentera sebaik tiba di Pelabuhan Kuantan semalam.


KUANTAN – Lapan lelaki warga Indonesia yang diberkas pihak berkuasa Vietnam berhampiran Pulau Tho Chu, kelmarin bukan sahaja disahkan sebagai perampas kapal tangki minyak, MT Orkim Harmony, bahkan dipercayai kumpulan lanun profesional.
Panglima Wilayah Laut 1, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana Muda Datuk Azhari Abdul Rashid (gambar kecil) berkata, pengecaman dan pengesahan mengenai kumpulan lanun itu dibuat sendiri oleh tukang masak MT Orkim Harmony, Mawit Matin, 46, yang kini dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kelantan selepas cedera ter­kena tembakan pada paha.
“Kita ada menunjukkan gambar lapan lanun berkenaan kepada tukang masak warga Indonesia itu sewaktu dia dirawat di HUSM.
“Dia mengesahkan lapan suspek itu merupakan lanun yang berada di atas kapal,” katanya pada sidang akhbar di Pangkalan TLDM Tanjung Ge­lang di sini semalam.
Berdasarkan taktik rampasan termasuk perbuatan mematikan sistem pengesan (AIS) dan mengecat semula bahagian tertentu kapal, pihaknya tidak menolak kemungkinan lapan lelaki tersebut merupakan lanun profesional dan pernah melakukan kegiatan sedemikian sebelum ini.
“Kita tidak dapat mengesan MT Orkim Harmony melalui radar selepas kumpulan lanun merosakkan sistem AIS. Saya percaya sistem ini telah dimatikan oleh lanun itu pada malam hari rampasan iaitu pada 11 Jun lalu,” katanya.
Ujarnya, lanun tersebut turut mengecat pada bahagian tertentu bot penyelamat yang digunakan untuk melarikan diri ke Pulau Tho Chu bagi mengaburi pihak berkuasa.
Azhari menga­dakan sidang akhbar selepas kapal tangki MT Orkim Harmony yang dirampas selama lapan hari oleh kumpulan lanun selamat tiba di Pelabuhan Kuantan awal pagi semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0621&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz3de6cvoWo 
Hakcipta terpelihara 

Mumbai lumpuh dilanda banjir


AFP - BEBERAPA penduduk melihat sebuah kereta yang ditenggelami air akibat hujan lebat di sebatang jalan raya di Mumbai kelmarin.


MUMBAI – Hujan le­bat terus melumpuhkan Mumbai yang merupakan bandar terbesar di India dengan berjuta-juta penduduk diberi amaran oleh kerajaan supaya berada di rumah ekoran lebih banyak hujan diramal turun dalam tempoh 24 jam akan datang.
Perkhidmatan kereta api yang merupakan modus pengangkutan utama kepada 21 juta warga Mumbai dan kawasan sekitarnya masih lumpuh, manakala kerajaan terpaksa mendapatkan bantuan polis dan tentera untuk menjalankan kerja menyelamat.
Sebanyak dua kematian akibat banjir di bandar raya itu dicatat setakat ini.
Bekalan air bersih dan elektrik ke sebahagian besar Mumbai turut terputus kelmarin sekali gus memaksa banyak kawasan komersial menutup perniagaan mereka untuk hari kedua berturut-turut.
Beberapa pegawai kerajaan berkata, sejumlah penerbangan domestik dan antarabangsa pula mengalami kelewatan de­ngan beberapa penerba­ngan terpaksa dijadualkan semula.
Sementara itu, Ke­tua Menteri Maharashtra, Davendra Fadnavis berkata, air pasang dan longkang tersumbat te­lah menyukarkan usaha mengepam keluar air hujan untuk dialirkan ke laut.
Pakar-pakar membe­ritahu, masa beberapa hari diperlukan sebelum air hujan dapat disalirkan keluar sepenuhnya ekoran banyak kawasan di Mumbai berada di bawah paras laut.
Dalam perkembangan sama, media tempatan melaporkan bencana itu menyebabkan kekecewa­an penduduk sema­kin memun­cak, manakala ah­li-ahli­ politik pula menyalahkan pihak berkuasa tempatan kerana gagal menangani banjir akibat hujan monsun yang berlaku pada setiap tahun.
Malah, Davendra yang merupakan anggota Parti Bharatiya Janata (BJP) dipetik sebagai berkata, masalah yang berlaku lebih 10 tahun di bawah kerajaan Parti Kongres itu tidak dapat diselesaikan dalam tempoh singkat.
Jabatan Meteorologi India (IMD) memberitahu, situasi buruk di Mumbai belum berakhir ekoran lebih 300 milimeter hujan direkodkan kelmarin sahaja.
Jabatan itu berkata, jumlah taburan hujan tersebut biasanya untuk tempoh 15 hari.
Sementara itu, di Kuala Lumpur, Wisma Putra ketika dihubungi semalam memberitahu, pihaknya masih memantau perkembangan banjir di Mumbai dan jumlah mangsa warga Malaysia yang terlibat.
Orang ramai yang mempunyai ahli keluarga di sana boleh menghulurkan maklumat kepada Wisma Putra di talian 03-8887 4570. – Bernama


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0621&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz3de6BLLA4 
Hakcipta terpelihara 

Kasino mini di suite mewah diserbu


SEBUAH suite mewah diserbu sepasukan polis selepas dikesan dijadikan
SEBUAH suite mewah diserbu sepasukan polis selepas dikesan dijadikan 'kasino mini' yang lengkap dengan kemudahan perjudian gred A di Subang Jaya, Selangor, malam semalam.
KUALA LUMPUR 20 Jun – Siapa sangka sebuah bilik suite di kondominium mewah di Subang Jaya, dekat sini telah dijadikan sebagai sebuah ‘kasino mini’ yang lengkap dengan perkhidmatan perjudian gred A.
Lebih mengejutkan, kaki-kaki judi yang datang ke situ bukan calang-calang sebaliknya individu yang bergaji besar serta warga asing dari pelbagai negara.
Kasino itu telah beroperasi kira-kira enam bulan lalu dan dijalankan oleh seorang lelaki tempatan yang dikenali sebagai David.
Dalam serbuan kira-kira pukul 12 tengah malam yang diketuai Deputi Superintenden Tan Tin Heng, pihak polis difahamkan terpaksa melakukan pen- yamaran kerana kasino itu mempunyai kawalan keselamatan yang ketat selain menggunakan pintu kebal.
Malah, hanya pelanggan tetap sahaja dibenarkan masuk ke dalam premis itu.
Menurut Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman, Datuk Roslee Chik, pihaknya telah menyerbu premis dan menahan 33 individu termasuk dua wanita berusia 18 hingga 58 tahun.
“Jenis perjudian yang dilakukan di sini adalah judi poker dan dipercayai premis ini telah menganjurkan aktiviti sejak enam bulan lalu.
“Penganjur bernama David bagaimanapun tiada semasa serbuan tersebut. Usaha-usaha mengesan suspek kini sedang dijalankan mengikut Akta Pencegahan Jenayah (POCA),” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/kasino-mini-di-suite-mewah-diserbu-1.105226#sthash.QQGZwa8r.dpuf

Mawit cedera ketika lawan perampas


KUANTAN 20 Jun - Tukang masak kapal MT Orkim Harmony, Mawit Matin, 46, yang juga warga Indonesia terkena tembakan selepas cuba melawan seorang daripada lanun yang merampas kapal tangki itu pada 11 Jun lalu.
Timbalan Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Hermono berkata, ketika kejadian Mawit dipercayai membuka pintu di satu bahagian kapal untuk membuang sampah sebelum bertembung dengan lelaki tersebut.
Hermono ditemui pemberita di Dermaga Petronas, Pelabuhan Kuantan di sini hari ini. UTUSAN ONLINE
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/mawit-cedera-ketika-lawan-perampas-1.105034#sthash.OVHzSLZJ.dpuf

Malaysia mohon lapan suspek rampas MT Orkim Harmony diekstradisi - Ahmad Zahid


BAGAN DATOH 20 Jun - Pihak berkuasa Malaysia akan mengemukakan permohonan bagi lapan suspek perampas kapal tangki Malaysia MT Orkim Harmony diekstradisi ke negara ini untuk menghadapi pendakwaan, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Katanya permohonan esktradisi itu akan dikemukakan kepada dua negara iaitu Vietnam dan Indonesia agar siasatan serta pendakwaan dapat dijalankan selewat-lewatnya Selasa ini.
“PDRM (Polis Diraja Malaysia) akan melakukan siasatan lebih lanjut setelah siasatan awal dilakukan oleh pihak berkuasa Vietnam.
“Kami ucapkan terima kasih kepada kerajaan Vietnam, Kemboja serta Thailand yang turut memberikan kerjasama kepada pihak penguat kuasa Malaysia,” katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat Isyak dan Tarawih di Masjid Al-Khairiah, Selekoh di sini malam tadi.
Lapan suspek itu yang merupakan warga Indonesia ditahan pihak berkuasa Vietnam berhampiran Pulau Tho Chu, selatan negara itu kira-kira 6.30 pagi semalam.
Ahmad Zahid juga tidak menolak kemungkinan wujud penglibatan orang dalam berhubung kejadian itu, bagaimanapun siasatan terperinci perlu dilakukan berhubung perkara itu.
“Ada baiknya kita tunggu siasatan daripada pihak berkuasa Vietnam dan PDRM yang akan melakukan siasatan terperinci serta pihak DPP (Timbalan Pendakwa Raya) untuk melakukan pendakwaan,” katanya.
MT Orkim Harmony, yang membawa 6,000 tan metrik petrol bernilai RM21 juta, dilaporkan hilang pada 8.57 malam 11 Jun lepas ketika dalam pelayaran dari Melaka ke Pelabuhan Kuantan, Pahang.
Kapal milik Magna Meridian Sdn Bhd itu membawa 22 anak kapal terdiri daripada 16 rakyat Malaysia, lima Indonesia dan seorang Myanmar.
Operasi menyelamat kapal berkenaan yang dirampas lapan perampas berakhir semalam dengan kesemua anak kapal itu dibebaskan kira-kira pukul 2.30 pagi.
Bagaimanapun seorang daripada kru kapal iaitu tukang masak warga Indonesia Mavit Matin, 46, cedera di paha kerana ditembak perampas, telah diterbangkan dengan helikopter ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kelantan untuk rawatan dan keadaannya dilaporkan stabil.
- BERNAMA
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/malaysia-mohon-lapan-suspek-rampas-mt-orkim-harmony-diekstradisi-ahmad-zahid-1.105032#sthash.Qhb8Zd8T.dpuf