![]() |
Keadaan motosikal berkuasa tinggi yang menghempap bonet kereta dalam nahas, malam kelmarin. |
SERI MANJUNG - Ibarat aksi dalam filem. Itu yang digambarkan seorang saksi kemalangan apabila sebuah motosikal berkuasa tinggi, Kawasaki ER6 melambung sebelum menghempap bahagian depan sebuah kereta, di sini, kira-kira jam 9 malam, kelmarin.
Dalam kejadian di hadapan Stesen Bas Seri Manjung di Jalan Kayu Manis itu, motosikal berkenaan yang datang dari arah Stadium Majlis Perbandaran Manjung (MPM) ke Pasaraya Rapid bertembung dengan sebuah kereta Proton Gen 2.
Bagaimanapun, penunggangnya, seorang lelaki berusia 30-an hanya mengalami kecederaan pada kaki, tangan dan pinggang, manakala pemandu kereta pula tidak cedera.
Saksi yang enggan dikenali berkata, dia yang berada berhampiran lokasi kejadian itu terkejut apabila mendengar dentuman sejurus motosikal berkenaan melambung.
Katanya, kemungkinan penunggang motosikal itu gagal mengawal motosikalnya lalu merempuh kereta dari arah bertentangan yang mahu membelok ke kanan sebelum terjatuh.
“Tak sangka motosikal itu boleh melambung dan hempap bonet. Mujurlah penunggangnya hanya mengalami kecederaan," katanya.
Menurutnya, sebelum ini laluan itu adalah jalan pintas dari pekan Manjung lama untuk ke bandar baharu.
"Mungkin pemandu kereta itu tidak tahu laluan berkenaan sudah ditukar menjadi laluan sehala yang tidak boleh dilalui kenderaan dari arah pekan lama sejak dua minggu lalu," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Tengku Mohd Zailan Tengku Ahmad Shah berkata, keadaan jarak yang terlalu dekat antara dua kenderaan itu menyebabkan mereka saling tidak sempat mengelak.
“Akibat rempuhan itu, penunggang motosikal cedera pada kaki, tangan dan pinggang, manakala pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.