Search This Blog

Thursday, June 18, 2015

Kereta Adun Damansara Utama Dipecah, Komputer Dicuri


Diterbitkan: Khamis, 18 Jun 2015 6:28 PM

PETALING JAYA: Komputer riba dan barangan peribadi milik Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Damansara Utama, Yeo Bee Yin dicuri selepas tingkap keretanya dipecahkan pada Selasa lalu.
Beliau berkata, kejadian berlaku ketika membuat satu lawatan di Taman Mayang di sini.
Yeo berkata, beliau, pembantunya dan seorang pelatih meninggalkan komputer riba dan barangan peribadi mereka di dlaam kereta Toyota Camry pada kira-kira pukul 11.45 pagi Selasa.
Beliau mendapati tingkap keretanya dipecahkan dan barangan terbabit hilang selepas kembali setengah jam kemudian.
"Saya meletakkan kereta di depan taman yang kami lawat. Kereta itu hanya kurang dari 20 meter dan saya tidak mendengar sebarang bunyi (pecah)," katanya sambil menambah bahawa komputer ribanya mengandungi bahan-bahan dan laporan berkaitan kerja. 
Beliau yang merupakan Strategis Media Sosial DAP berkata, barangan miliknya merupakan barang yang diambil tetapi tidak merasakan menjadi sasaran dalam insiden itu.
Sebaliknya, beliau meminta supaya lebih banyak polis membuat rondaan di kawasan itu.
"Banyak berlaku kes seperti ini. Ia bukan satu masalah yang perlu dikecualikan. Kita telah menjalankan kaji selidik masyarakat terhadap 500 orang dan kira-kira 70 peratus berpendapt bahawa kejadian jenayah semakin membimbangkan.
"Kebanyakan mereka berkata, lebih banyak rondaan pihak polis akan membantu mengurangkan aktiviti jenayah.
"Masalahnya ialah tidak cukup anggota polis, iaitu seorang anggota untuk setiap 500 penduduk, di mana nisbah sepatutnya ialah seorang untuk setiap 250 penduduk," katanya kepada The Star.
Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Supt Fadil Marsus berkata, polis telah mendapatkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mengenai insiden dan sedang menjejaki suspek.

Bersauh Haram: Kapal Bawa 14 Kru Asing Ditahan


Diterbitkan: Khamis, 18 Jun 2015 5:01 PM

JOHOR BARU: Sebuah kapal yang membawa 14 kru warga Indonesia dan Myanmar ditahan di kedudukan dua batu nautika selatan perairan Tanjung Bulat semalam, setelah didapati bersauh tanpa kebenaran.
Ketua Penguat Kuasa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Tanjung Sedili, Kapten Maritim Amran Daud berkata pihaknya mengesan kegiatan itu ketika melakukan rondaan di perairan tersebut kira-kira pukul 2.30 petang.
Beliau berkata, apabila diperiksa, juragan kapal itu didapati tidak melaporkan ketibaannya kepada Pengarah Jabatan Laut Malaysia.
"Kapal Mt Perkasa Hiu itu didaftarkan di Malabo, Equatorial Guinea dan mempunyai 14 anak kapal berusia antara 20 dan 50 tahun serta membawa 34 metrik tan Marine Gas Oil, 230 metrik tan Kerosene dan 250 metrik tan Light Crude Oil," katanya dalam kenyataan, di sini, Khamis.
Menurut Amran, tiga daripada 14 kru kapal berkenaan telah dibawa ke pejabat APMM Tanjung Sedili untuk siasatan.
Jika disabit kesalahan mengikut Seksyen 491B (1)(L) Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO 1952), denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali boleh dikenakan.
Beliau berkata, sehingga hari ini, APMM menyelesaikan enam kes seumpamanya dan usaha akan terus dilakukan bagi memastikan keselamatan kapal yang melalui perairan negara dan pada masa sama, mematuhi undang-undang maritim Malaysia.--Bernama

Pistol Lelaki Bergelar Datuk Dicuri Semasa Keluar Senaman Pagi


Diterbitkan: Khamis, 18 Jun 2015 9:26 PM

SIBU: Pistol milik seorang lelaki bergelar Datuki dicuri dalam kejadian rompakan melibatkan dua lelaki ketika bersenam di dataran bandar Sibu di sini.
Lelaki berusia 75 tahun itu yang merupakan pengarah bagi salah sebuah daripada enam syarikat pembalakan terbesar di Sarawak sedang membawa beg kecil yang mengandungi sepucuk pistol yang diisi dengan tujuh peluru.
Dua perompak itu menghampirinya pada kira-kira pukul 4.40 pagi dan merampas senjata itu sebelum melarikan diri.
Datuk pergi ke dataran itu bersama dua yang lain tetapi berseorangan ketika rompakan berlaku. 
Beliau bagaimanapun tidak mengalami kecederaan.
Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Mohd Kamal Kordi berkata, polis tiba di tempat kejadian pada kira-kira pukul 5.30 pagi selepas Datuk tersebut membuat laporan.
"Kita membuat pencarian di tapak pembinaan berhampiran dan juga di Jalan Kampung Dato dan Kampung Hilir untuk menjejaki suspek. Tiada tangkapan dibuat setakat ini," katanya.
Bernama melaporkan bahawa mangsa merupakan pengerusi WTK Holdings Berhad, Datuk Wong Kie Yik.
Mohd Kamal berkata, mangsa pergi ke taman itu bersama dua yang lain untuk melakukan senaman pagi tetapi berseorangan ketika kejadian berlaku.
"Dia melihat dua lelaki berselisih dengannya dan dia tidak berfikir sangat mengenai mereka. Bagaimanapun dua lelaki itu berpatah balik dan meragut beg kecil itu yang dipegangnya.
"Mereka kemudiannya melarikan diri," katanya.
Mohd Kamal berkata, mangsa memiliki pistol itu selama 20 tahun.

Wanita Cedera Diserang Lelaki Tidak Dikenali Di Teluk Intan


Diterbitkan: Khamis, 18 Jun 2015 9:42 PM

TELUK INTAN: Seorang wanita putus telinga kanan, patah beberapa batang gigi serta cedera pada bahagian kepala dipercayai diserang seorang lelaki yang tidak dikenali di Kampung Teluk Selendang, Mukim Teluk Baharu di sini, Rabu.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak Asisten Komisioner Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 7.44 malam itu, Jamiaaton Debab, 55, ditemui tertiarap oleh anak bongsunya berusia 13 tahun ketika baharu pulang dari sekolah.
"Semasa anak mangsa sampai di rumah, dia memanggil ibunya namun panggilannya tidak berjawab. Ketika masuk ke dalam rumah, dia menemui ibunya dalam keadaan tertiarap dengan berlumuran darah.
"Dia memanggil makciknya yang baharu menghantarnya pulang dari sekolah serta menceritakan keadaan ibunya dan menghubungi bapa serta abangnya untuk memaklumkan kejadian itu," katanya ketika dihubungi di sini, Khamis.
Beliau berkata mangsa yang tidak sedarkan diri dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk rawatan lanjut.
Mohd Shuhaily berkata hasil maklumat daripada anak mangsa serta orang awam, suspek dari Kampung Sungai Bakong di sini ditahan kira-kira pukul 9.30 malam pada hari yang sama di rumah ketua kampung.
"Suspek dipercayai di bawah pengaruh dadah ketika melakukan perbuatan tersebut," katanya.
Beliau berkata polis turut merampas sebilah parang dipercayai digunakan untuk mencederakan mangsa dan sebuah motosikal.
Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan, katanya.-- Bernama

Misteri Kehilangan MT Orkim Harmony Terjawab, Namun Ia Jauh Dari Berakhir


Diterbitkan: Khamis, 18 Jun 2015 11:29 PM

KUALA LUMPUR: Misteri kehilangan kapal tangki MT Orkim Harmony sudah terjawab setelah ia dikesan di perairan Kemboja, namun usaha menyelamatkan 22 anak kapal daripada sekumpulan perampas bersenjta belum berakhir.
Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah mengemukakan beberapa opsyen kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) berkaitan usaha menyelamatkan anak kapal, yang terdiri 16 rakyat Malaysia, lima Indonesia dan seorang Myanmar.
Panglima TLDM Wilayah Laut 1, Laksamana Muda Datuk Azahari Abdul Rashid, yang memaklumkan perkara itu, berkata pihaknya sedang menunggu arahan selanjutnya daripada MKN.
"Opsyen yang kami (TLDM) kemukakan itu adalah rahsia. Apa-apa pun,  sebarang tindakan yang bakal diambil dengan memberi keutamaan kepada keselamatan kru kapal itu.
"Pada masa yang sama KD Terengganu masih meneruskan rundingan dengan perompak supaya mereka menyerah diri," katanya ketika dihubungi Bernama, Khamis malam.Kapal tangki miliki Syarikat Magna Meridian Sdn Bhd, yang membawa 6,000 tan metrik petrol bernilai RM21 juta, dilaporkan hilang sejak Khamis lalu ketika dalam perjalanan dari Melaka ke Pelabuhan Kuantan, Pahang.
Kapal itu, yang telah disahkan hari ini oleh pihak berkuasa, telah dicat semula dan ditukar nama kepada 'Kim Harmon'.
Panglima TLDM, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar berkata KD Terengganu kini mengekori dan berusaha memujuk sekurang-kurangnya lapan perampas, yang bersenjatakan pistol dan parang, di atas kapal itu supaya menyerah diri.
Panglima Wilayah Laut 1 Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Laksamana Muda Datuk Azahari Abdul Rashid berkata TLDM kini berkomunikasi dengan perampas terbabit menggunakan frekuensi radio dan kesemua kru kapal selamat.
Pihak perampas tidak membenarkan TLDM dan Agensi Penguatkuasan Maritim Malaysia (APMM) menghampiri kapal berkenaan dan terpaksa berada pada jarak lima batu nautika dari kapal itu, demi keselamatan kru kapal.
Perampas yang bertutur dalam bahasa Melayu loghat Indonesia itu dipercayai mahu menjual minyak RON95 itu kepada sindiket tertentu.
Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) APMM, Laksamana Madya Maritim Datuk Ahmad Puzi Ab Kahar yakin muatan petrol dalam kapal itu tidak terjejas setelah ia disahkan sendiri oleh pemilik kapal, yang dipanggil bagi membuat pengecaman selepas kapal itu ditemukan semalam.
Berdasarkan gambar yang dirakam oleh pesawat P-3C Orion milik Tentera Udara Diraja Australia, pemilik kapal mengesahkan kedudukan paras muatan 6,000 tan metrik petrol yang dibawa kapal kekal.
Ahmad Puzi berkata proses rundingan, yang dijangka mengambil sedikit masa itu, dilaksanakan secara profesional oleh jururunding terlatih bagi memastikan penjenayah meletak senjata dan menyerah tanpa syarat.-- Bernama

Perampas MT Orkim Harmony Minta Dilepaskan Sebagai Tuntutan Bebaskan Kru


Diterbitkan: Khamis, 18 Jun 2015 4:48 PM
Perampas yang bertutur dialek Indonesia dilaporkan menukar warna dan nama MT Orkim Harmony kepada Kim Harmon.

KUALA LUMPUR: Perampas kapal tangki MT Orkim Harmony meminta supaya mereka dilepaskan sebagai tuntutan untuk mereka membebaskan kru kapal itu, kata Panglima Wilayah Laut 1 Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Laksamana Muda Datuk Azahari Abdul Rashid.
Beliau berkata, buat masa ini TLDM sedang berkomunikasi dengan mereka menggunakan frekuensi radio.
"Mereka tidak benarkan TLDM dan Agensi Penguatkuasan Maritim Malaysia (APMM) menghampiri kapal berkenaan demi keselamatan kru kapal.
"Kami terpaksa berada pada jarak lima batu nautika dari kapal itu untuk memastikan kesemua kru selamat dan tidak diapa-apakan. Kesemua kru selamat.
"Mereka perompak (perampas) minta dibebaskan dengan selamat dan tidak ditangkap serta dicederakan," katanya ketika dihubungi Bernama, Khamis.
"Mereka dipercayai ingin merampas minyak RON95 dan dijual kepada sindiket tertentu," katanya sambil menambah agensi lain yang terlibat adalah APMM dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
Kapal MT Orkim Harmony yang membawa 6,000 tan metrik petrol bernilai RM21 juta dilaporkan hilang pada pukul 8.57 malam pada Khamis lepas ketika dalam perjalanan dari Melaka ke Pelabuhan Kuantan, Pahang.
Kapal yang dimiliki oleh Syarikat Magna Meridian Sdn Bhd itu membawa 22 anak kapal terdiri 16 rakyat Malaysia, lima Indonesia dan seorang Myanmar.-- Bernama

Rampas kokain bernilai RM4 bilion


Rome: Polis Itali merampas lebih empat tan kokain bernilai AS$1.13 bilion (lebih RM4 bilion) dan menahan puluhan orang dipercayai anggota kumpulan mafia, lewat semalam.

Menurut satu kenyataan, mahkamah di Reggio Calabria mengeluarkan waran tangkap terhadap 34 orang, termasuk anggota kanan beberapa keluarga mafia Calabrian kerana terbabit dalam pengedaran dadah antarabangsa.

Polis Sepanyol juga sedang memburu empat orang yang terbabit dengan sindiket itu.

Agensi Penguatkuasa Dadah Amerika Syarikat DEA menyalurkan maklumat mengenai sumber bekalan dan penghantaran dadah berkenaan dari Afrika Selatan.

“Siasatan DEA mendapati beberapa pembekal dadah itu dilindungi pemerintah Tentera Revolusi Bersenjata Colombia (FARC),” kata kenyataan itu merujuk kepada gerila berhaluan kiri yang menentang kerajaan Colombia.

Mafia menggunakan bank pesisir untuk membayar harga dadah berkenaan yang dimasukkan ke dalam kontena, dihantar ke pelbagai pelabuhan, terutama Pelabuhan Gioia Tauro . - Reuters

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 Jun 2015 @ 2:39 AM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/58439#sthash.SE8yzG3r.dpuf

Harimau baham manusia ditembak mati

Tbilisi: Harimau putih yang terlepas dari zoo ketika banjir melanda bandar ini dan membunuh seorang lelaki semalam, mati ditembak mati oleh polis.
Menteri Dalam Negeri Republik Georgia, Vakhtang Gomelauri, berkata harimau itu bersembunyi dalam bekas kilang yang dijadikan pasar barangan binaan ketika ia menyerang lelaki berkenaan. Lelaki itu mati di hospital.
Menurutnya, komando polis dikejarkan ke tempat kejadian dan menembak mati harimau berkenaan.
“Kami berhasrat menembak ubat pelali tetapi harimau itu terlalu agresif,” katanya.
Sejak banjir melanda ibu kota negara bekas Soviet Union itu Ahad lalu, yang turut menyebabkan 19 orang mati dan enam masih hilang, penduduknya diarah berada dalam rumah kerana kira-kira 300 haiwan liar dari zoo berkenaan terlepas termasuk serigala, singa dan badak. Seekor lagi harimau, beruang dan hyena masih bebas.
Sehingga semalam, sebahagian besar haiwan itu sudah ditangkap tetapi sebelum itu, polis menembak mati banyak haiwan, termasuk seekor singa dan enam serigala. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 Jun 2015 @ 2:42 AM


HARIMAU putih yang ditembak mati selepas membunuh seorang lelaki. - Foto Reuters
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/58441#sthash.RJngWeuu.dpuf

Ajal lori rempuh lori

Kampar : Pemandu lori maut, kelindannya cedera apabila lori yang dinaiki merempuh belakang sebuah lori lain dalam kejadian di Kilometer 291 Lebuhraya PLUS arah selatan 1.50 pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kampar Superintendan Ng Kong Soon berkata, mangsa yang maut dikenal pasti sebagai Norisham Shaari, 33, berasal dari Sungai Petani, Kedah.
Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa memandu lori membawa muatan barangan elektrik dari Ipoh ke Kuala Lumpur.
"Setibanya di tempat kejadian lori yang dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan lalu merempuh bahagian belakang sebuah lori membawa buah-buahan.
"Rempuhan itu menyebabkan mangsa tersepit di tempat duduk pemandu sebelum dikeluarkan anggota bomba dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya.
Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Kampar untuk tindakan lanjut manakala kelindan lori turut dibawa ke hospital sama untuk dirawat.
"Pemandu dan kelindan sebuah lagi lori tidak cedera.
"Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,"katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 Jun 2015 @ 10:33 AM


Keadaan lori dipandu dan mangsa yang maut (gambar kecil). FOTO Asrizal Aris
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/58529#sthash.vf8V88le.dpuf

Ajal jatuh dalam sungai

Sungai Petani: Mayat remaja lelaki yang lemas di Sungai Merbok dekat Bedong kelmarin, ditemui terapung kira-kira lima kilometer dari tempat mangsa terjatuh, pagi tadi.
Mayat Mohd Akmal Rizal Abdullah, 14, ditemui pada 7.45 pagi dalam keadaan tersangkut pada dahan pokok tumbang di dalam sungai oleh orang ramai yang membantu mencari mangsa sebaik menerima maklumat malam kelmarin.
Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Petani, Pegawai Bomba Kanan II Khairil Syamsul Yusuf berkata, usaha mencari yang dilakukan sejak malam tadi dihentikan dan disambung semula jam 7 pagi tadi sebelum mayat ditemui orang ramai.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 Jun 2015 @ 12:16 PM


Anggota bomba mengusung mayat Mohd Akmal. FOTO Omar Osman
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/58566#sthash.94uvWfhE.dpuf

Ditukar nama kepada Kim Harmon

Kuala Lumpur: Kapal tangki MT Orkim Harmony dikesan pada 3.45 petang semalam oleh pesawat P-3C Orion milik Tentera Udara Diraja Australia di kedudukan 210 batu nautika utara Pulau Redang, kata Panglima Wilayah Laut 1 TLDM, Laksamana Muda Datuk Azhari Rashid.
Menurutnya, 22 anak kapal itu selamat dan ketika dikesan, nama kapal ditukar kepada 'Kim Harmon' dan ditukar cat di bahagian serombong sebagai taktik penyamaran.
Katanya, operasi menyelamat kini sudah diambil alih oleh TLDM memandangkan ia membabitkan isu keselamatan perairan negara.
"Bagaimanapun, koordinasi operasi menyelamat masih dilaksanakan Pusat Koordinasi dan Menyelamat Maritim (MRCC) di Putrajaya," katanya ketika dihubungi Harian Metro.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 Jun 2015 @ 2:03 PM


Gambar terkini kapal MT Orkim Harmony. FOTO ihsan TLDM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/58594#sthash.mQUnuu06.dpuf

Lelaki maut terkena tembakan

Bukit Mertajam: Seorang lelaki maut ketika menerima rawatan di Hospital Bukit Mertajam (HBM) selepas terkena tembakan di dada dan rusuk kanan.
Difahamkan kejadian berlaku di Kampung Turus, Guar Perahu di sini, 8 malam tadi, sebelum mangsa dikejarkan ke hospital.
Jurucakap polis berkata, mangsa Hamzah Man, 40, mengalami kecederaan di rusuk kanan dan dada sebelum dihantar ke HBM oleh orang awam.
"Mangsa yang parah meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di HBM sebelum pihak hospital menghubungi polis," katanya.
Katanya mangsa berasal dari Sidam Kiri, Padang Serai dan motif kejadian masih disiasat.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 Jun 2015 @ 1:19 AM


LOKASI mangsa ditemui orang awam. FOTO ihsan pembaca
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/58438#sthash.KtJwpwwB.dpuf

Belasah abang sampai mati

Georgetown: Seorang lelaki maut selepas dibelasah adiknya dalam satu pergaduhan di sebuah rumah di Jelutong, malam tadi.
Dalam kejadian 8 malam itu, mangsa, Ooi Eng Bee, 67, ditumbuk kerana dikatakan menegur perbuatan adiknya yang ketika itu menyuluh lampu telefon bimbit dalam kawasan rumahnya.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, adik mangsa ketika itu melalui kawasan rumah mangsa dan menggunakan lampu telefon bimbit untuk menyuluh jalan.
"Namun, mangsa tidak berpuas hati dan menegur perbuatan adiknya itu sebelum berlaku pertengkaran.
"Adiknya kemudian menumbuk mangsa beberapa kali sebelum dia dikejarkan ke hospital," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Menurutnya, mangsa mati 7 pagi tadi kerana mengalami pendarahan dalam otak dan adiknya yang berusia 33 tahun ditahan bagi membantu siasatan.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 Jun 2015 @ 2:32 PM


MANGSA yang maut dibelasah adiknya.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/58598#sthash.OnDdTiLp.dpuf

Sembilan ditembak mati dalam gereja

Charleston (Carolina Selatan): Seorang lelaki kulit putih melepaskan tembakan dalam gereja Afrika-Amerika menyebabkan sembilan terbunuh, malam tadi, kejadian yang dianggap polis sebagai jenayah perkauman.
Polis menggambarkan suspek sebagai lelaki berusia 21 tahun, memakai kemeja T, seluar jeans dan but sedang diburu.
Ketua Polis Charleston, Gregory Mullen, berkata lpan mangsa ditemui mati dalam gereja manakala mangsa kesembilan mati di hospital dan seorang lagi sedang dirawat kerana cedea.
"Sukar untuk membayangkan dalam suasana kehidupan sekarang, seseorang berjalan masuk ke dalam gereja ketika orang ramai sedang bersembahyang dan membunuh mereka,” katanya.
Identiti mangsa yang terbunuh belum diketahui tetapi paderi Al Sharpton - pemimpin hak asasi di New York - melalui Twitter berkata, paderi Clementa Pinckney yang menguruskan gereja itu dan seorang anggota senat negeri antara yang maut.
Tembakan itu berlaku kira-kira jam 9 malam waktu tempatan (kira-kira 9 pagi waktu Malaysia) dan selepas itu, polis menerima panggilan telefon ancaman bom berhampiran gereja berkenaan tetapi pemeriksaan tidak menemui sebarang ancaman. - Reuters
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 Jun 2015 @ 3:09 PM


Anggota polis di depan Gereja Emanuel AME mengumpul bukti selepas seorang lelaki melepaskan tembakan membunuh sembilan orang pagi tadi. - Foto AP
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/58603#sthash.6jOgCAC8.dpuf

Lelaki maut diserang gajah ketika makan


Bangkok: Seorang lelaki maut manakala rakannya parah selepas diserang seekor gajah ketika makan malam di tepi pantai di Rayong dekat sini, kata polis semalam.

Polis berkata, kejadian berlaku Isnin lalu ketika mangsa dan rakannya yang makan dihampiri seorang gembala gajah.

Gembala berkenaan menawarkan kedua-dua lelaki itu makanan yang dijualnya bagi membolehkan kedua-duanya memberi gajah itu makan.

“Tiba-tiba gajah itu menusuk dada mangsa dengan gadingnya dan menendang seorang lagi.

“Mangsa yang berusia 28 tahun meninggal dunia di hospital pada Selasa lalu manakala rakannya yang berusia 30 tahun masih dirawat,” kata jurucakap polis, Thawat Nongsingh.

Katanya, gembala itu ditahan kerana melanggar undang-undang perlindungan haiwan dan kecuaian sehingga menyebabkan kematian.

Hukuman maksimum bagi kesalahan cuai hingga menyebabkan kematian adalah 10 tahun penjara dan denda.

Haiwan liar termasuk gajah dilarang dibawa ke kawasan bandar, tetapi gembala gajah sering menggunakan haiwan itu untuk meminta sedekah.

Gembala gajah biasanya menjual makanan kepada pelancong untuk diberikan kepada haiwan itu dan mengenakan bayaran untuk bergambar. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 Jun 2015 @ 7:56 AM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/58469#sthash.solQ6VJZ.dpuf

Pengemis ada tujuh isteri

Sidoarjo (Indonesia): Seorang lelaki tua yang meraih simpati pengguna media sosial negara ini apabila gambarnya memakai kostum watak kartun Winnie the Pooh ketika meminta sedekah tersebar di Internet sebenarnya mempunyai tujuh isteri dan tinggal di rumah mewah.
Lelaki itu, Suaedi, 75, mendapat simpati pengguna media sosial selepas dia mendakwa hidup sebatang kara dan menderita penyakit strok.
Kisah lelaki itu menyebabkan ramai pengguna media sosial turut mengkritik pihak berkuasa kerana tidak membantu lelaki malang berkenaan.
Selepas kisah itu tersebar, Pengarah Kebajikan Sosial dan Tenaga Kerja Sidoarjo, Husni Tamrin mengarahkan pegawainya membawa Suaedi ke hospital untuk dirawat.
Bagaimanapun, pemeriksaan doktor di hospital mendapati lelaki itu tidak sakit, sebaliknya sangat sihat.
Seorang pegawai kebajikan sosial, Dayat berkata, selepas didesak Suaedi akhirnya mengaku dia sengaja mereka cerita untuk meraih simpati.
Katanya, lelaki itu mengaku dia memperoleh pendapatan Rp500,000 (RM141) sehari dengan mengemis.
“Ketika menghantar lelaki itu pulang, kami terkejut apabila mendapati dia tinggal di rumah besar dan disambut seorang wanita muda.
“Pada mulanya Suaedi memberitahu wanita itu anaknya, tetapi selepas didesak dia akhirnya mengaku wanita itu isteri mudanya.
“Lebih mengejutkan lagi, Suaedi mendedahkan dia mempunyai tujuh isteri,” katanya.
Menurutnya, jabatan itu merancang untuk membuat laporan polis terhadap Suaedi kerana menipu.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 Jun 2015 @ 7:57 AM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/58472#sthash.D4EyFRWw.dpuf

Sengaja tembak kaki sendiri

Denver (Amerika Syarikat): Seorang lelaki sengaja menembak kakinya semalam kerana ingin mengetahui kesakitan akibat ditembak.
Adam Hirtle, 30, membuat keputusan spontan itu ketika berada di garaj rumahnya lalu terus membuka but dipakai dan menembak kakinya dengan pistol .22 kaliber.
Dia kemudian memakai semula kasut itu dan sekali lagi melepaskan tembakan semata-mata mahu melihat sama ada kesakitannya berbeza.
Akibatnya, dia terpaksa dibawa ke unit kecemasan selepas polis ke tempat kejadian untuk menyiasat bunyi tembakan yang dilaporkan jiran Hirtle.
Mereka terkejut melihat Hirtle selamba mengaku sengaja mencederakan diri sendiri.
Tidak diketahui pengajaran diperoleh Hirtle daripada kejadian itu, namun apa yang pasti dia ditangkap dan kini berdepan pelbagai tuduhan termasuk penggunaan senjata secara haram.
Jurucakap polis Sarjan James Sokolik berkata, dia juga berdepan tuduhan penderaan kanak-kanak kerana perbuatannya mampu mengakibatkan kecederaan terhadap budak jika ada yang berkeliaran di situ tanpa disedari. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 Jun 2015 @ 10:47 AM


Hirtle
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/58537#sthash.7vBPprlY.dpuf

Pesakit ke-20 maut MERS

Seoul: Korea Selatan semalam melaporkan lapan kes baru jangkitan Sindrom Pernafasan Asia Barat (MERS), manakala seorang lagi pesakit meninggal dunia menjadikan jumlah kematian akibat wabak yang menular sejak bulan lalu itu kepada 20 orang.
Seramai 162 rakyat Korea Selatan dijangkiti virus itu - jumlah tertinggi di luar Arab Saudi. Pesakit pertama dikenal pasti seorang lelaki tempatan berusia 68 tahun yang pulang dari Arab Saudi awal Mei lalu.
Kementerian Kesihatan Korea Selatan berkata, 19 pesakit kini sihat sepenuhnya dan dibenarkan pulang sejak virus menular.
Pesakit terbaru yang meninggal dunia dilaporkan wanita berusia 54 tahun yang menghidap radang paru-paru dan dan darah tinggi. Semua yang meninggal dunia akibat MERS mempunyai masalah kesihatan lain atau berusia.
Semua kes jangkitan berlaku di kemudahan penjagaan kesihatan.
Tiga hospital ditutup manakala pesakit dan pekerja perubatan di dua lagi pusat kesihatan dikuarantin.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kelmarin menyifatkan penularan MERS di Korea Selatan sebagai ‘besar dan kompleks.’
Lapan kes terbaru dilaporkan semalam menunjukkan peningkatan daripada empat dan lima masing-masing pada dua hari sebelumnya, namun masih kurang berbanding jumlah jangkitan yang dilaporkan setiap hari, minggu lalu. - Reuters
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 Jun 2015 @ 10:53 AM
SEORANG wanita bertopeng menggunakan selendangnya untuk berlindung daripada hujan di Seoul, semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/58540#sthash.u95suxNd.dpuf

Mati dibaham harimau zoo


Tbilisi: Seekor harimau yang terlepas dari zoo di ibu negara Georgia ini hujung minggu lalu ditembak mati selepas ia membaham seorang lelaki, semalam.

Jurucakap Kementerian Dalam Negeri Nino Giorgobiani berkata, pasukan khas polis memburu haiwan itu yang bersembunyi di dalam sebuah gudang selepas menyerang lelaki berkenaan.

Sementara itu, saksi memberitahu televisyen tempatan, haiwan itu - dipercayai harimau putih - dilihat membaham seorang lelaki.

Kerajaan sebelum ini menggesa orang ramai supaya tidak keluar rumah selepas Sungai Vere melimpah akibat hujan lebat yang turut menyebabkan zoo dinaiki air.

Haiwan liar termasuk singa, beruang dan seekor badak air dilihat berkeliaran di jalan raya di Tbilisi. Perdana Menteri Irakli Garibashvili mengumumkan Isnin lalu semua haiwan itu sudah dibunuh atau ditangkap.

Sekurang-kurangnya 17 orang mati dalam banjir Ahad lalu itu. Bencana itu menyebabkan kerosakan teruk terhadap pelbagai infrastruktur selain menyebabkan ratusan haiwan di zoo berkenaan terbunuh. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 Jun 2015 @ 10:54 AM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/58541#sthash.rhzFq76T.dpuf

'Pak guard koboi' ditahan

'Pak guard koboi' ditahan
Pengawal keselamatan warga asing yang berpakaian seperti koboi ditahan dalam operasi, semalam.

KUALA LUMPUR - Dua pengawal keselamatan warga asing berpakaian seperti koboi ditahan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan imigresen kerana tidak mempunyai permit, dalam operasi khas di sekitar daerah Kajang, semalam.

Difahamkan operasi kira-kira jam 11 pagi, melibatkan seramai 17 anggota dan pegawai dari agensi penguat kuasa berkenaan.

Pengawal keselamatan yang hanya mahu dikenali sebagai Suresh berkata, dia berkhidmat hampir dua tahun di kawasan perumahan itu.

Katanya, dia yang masih bujang dan menerima gaji RM1,400 sebulan, tinggal di sebuah rumah sewa di Kajang Perdana.

“Sebelum ini, saya pernah bekerja sebagai buruh bagaimanapun, saya berhenti kerana gaji yang diterima amat  sedikit dan tidak cukup untuk menyara keluarga,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Kanan Putrajaya, Ashrizal Abdul Rahman berkata, tujuan operasi ini bagi membantu pihak KDN membanteras warga asing yang tidak punyai pas dan permit kerja yang sah dan bekerja sebagai pengawal keselamatan.

Beliau berkata, dalam operasi dua jam itu, pihaknya bersama KDN melakukan pemeriksaan di lima lokasi yang dikenalpasti.

“Pemeriksaan melibatkan pas kerja, permit pengawal keselamatan dan lesen syarikat keselamatan.

“Hasilnya, 15 orang diperiksa dengan enam dibebaskan, manakala selebihnya ditahan melibatkan warga Pakistan dan Nepal berusia 28 hingga 40 tahun atas kesalahan tidak memiliki pas kerja,” katanya kepada pemberita, semalam.

Ashrizal berkata, semua yang ditahan dibawa ke Depoh Tahanan Putrajaya untuk tindakan lanjut.

Tindakan diambil di bawah Akta Imigresen dan Akta Agensi Persendirian 1971 iaitu lesen syarikat keselamatan yang membenarkan warga asing tersebut bekerja dikenakan boleh dibatalkan serta-merta.

Lelaki sedang memikat burung maut ditembak

Kes tembak

BUKIT MERTAJAM - Seorang lelaki yang dikatakan sedang memikat burung berhampiran sungai di Kampung Turus, Guar Perahu di sini, maut selepas ditembak malam tadi.

Dalam kejadian pukul 8 malam itu, Hamzah Man, 40, mati selepas tembakan berkenaan mengenai rusuk kanan dan dadanya.
Ketua Polis Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Rusli Mohd Noor berkata setakat ini, polis belum mendapat maklumat lengkap berhubung kejadian itu.

"Kami hanya dimaklumkan oleh pihak hospital bahawa mangsa mati di Hospital Bukit Mertajam ketika dirawat pada pukul 9.55 malam.

"Siasatan awal dipercayai mangsa berada di kawasan tepi sungai itu untuk memikat burung sebelum ditembak," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini.    

Rusli berkata polis masih menyiasat punca sebenar kejadian. Beliau berkata lelaki yang berasal dari Sidam Kiri, Kedah itu dikatakan sering memikat burung di kawasan  sungai di Kampung Turus itu.

Polis meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu agar menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. - Bernama

Gempa lemah 4.0 skala Richter di Ranau pagi ini

Gempa bumi

KUALA LUMPUR - Gempa bumi lemah berukuran 4.0 pada skala Richter berlaku di Ranau, Sabah pada pukul 5.58 pagi tadi.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi hari ini, gegaran hanya dirasai di kawasan Ranau.

Gegaran kali ini adalah yang ketiga melanda kawasan itu sejak semalam. 

Semalam, dua gempa bumi lemah dicatatkan berlaku di Ranau iaitu yang pertama berukuran 2.5 pada skala Richter pada pukul 11.51 pagi, diikuti gegaran kedua berukuran 3.4 pada skala Richter pada 6.12 petang.

Pada 5 Jun lalu, gempa bumi berukuran 5.9 pada skala Richter melanda Sabah menyebabkan 18 orang terkorban dan memusnahkan harta benda. - Bernama