Search This Blog

Tuesday, June 16, 2015

Sabah dilanda bencana lagi



Keadaan banjir di sekitar Sekolah Kebangsaan Kiau di Kampung Kiau, Kundasang.


KOTA KINABALU – Belum dua minggu dilanda gempa bumi, Kundasang dekat sini terus ditimpa musibah apabila semalam kawasan di sekitar Gunung Kinabalu dilanda banjir lumpur.
Banjir lumpur bermula pukul 3 petang itu berpunca daripada hujan lebat yang menenggelamkan beberapa batang su­ngai selain menjejaskan perkampungan penduduk dan sekolah di sekitar kaki Gunung Kinabalu.
Banjir lumpur yang turut menghanyutkan batang-batang pokok dan tanah itu dikatakan berlaku selepas struktur tanah di kawasan tersebut terjejas akibat gempa bumi berukuran 5.9 pada skala Richter 5 Jun lalu longgar.
Dua buah kampung yang terjejas akibat banjir ialah Kampung Mesilau dan Kampung Kiau manakala antara sungai terlibat ialah Sungai Mesilau, Sungai Kadamaian dan Sungai Mantaki.
Ketua Pusat Gerakan Operasi (PGO) Balai Bomba dan Penyelamat negeri, Mohd. Affendy K. Ramin berkata, banjir lumpur di Kampung Mesilau menye­babkan jambatan utama bagi laluan kenderaan me­nuju ke Pusat Latihan Dakwah Kun­dasang terputus.
Menurut beliau, keada­an air sungai yang deras dan berlumpur menyukarkan pasukan bomba menyeberangi kawasan itu untuk melakukan operasi memindahkan mangsa-mangsa banjir.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0616&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz3dB5HMe9S 
Hakcipta terpelihara 

Denda RM1 juta curi meter elektrik



INDIVIDU yang didapati bersalah mencuri atau mengganggu meter elektrik bakal berdepan tindakan yang lebih tegas. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR – Denda sehingga RM1 juta menanti pengguna yang didapati bersalah mencuri atau mengganggu meter elektrik apabila pindaan ke atas Akta Elektrik 1990 (Akta 447) diluluskan kelak.
Kesalahan dan penalti itu antara yang dicadangkan dalam Rang Undang-Undang Bekalan Elektrik (Pindaan) 2015 yang bertujuan memperkemaskan tadbir urus bekalan elektrik di negara ini.
Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Mahdzir Khalid membentangkan rang undang-undang itu untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat di sini semalam.
Pindaan kepada Seksyen 37(3) itu memperuntukkan penalti maksimum RM1 juta dan penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya bagi pengguna bukan domestik jika sabit bersalah.
Pengguna domestik pula yang disabitkan kesalahan sama akan berdepan tindakan denda sehingga RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0616&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz3dB4X0Bi0 
Hakcipta terpelihara 

Dua warga emas maut nahas



INILAH motosikal yang ditunggang pasangan suami isteri, Daud dan Faridah yang maut dalam satu kemalangan langgar lari di Jalan Changlun-Kangar, Kampung Sungai Laka, Changlun, Kedah semalam.


ALOR SETAR – Sepasang suami isteri maut selepas motosikal yang mereka naiki bergesel dengan sebuah kende­raan lain dipercayai lori dalam kejadian langgar lari di Jalan Changlun-Kangar, Kampung Sungai Laka, Changlun semalam.
Kejadian kira-kira pukul 7.15 pagi itu berlaku ketika penunggang motosikal, Daud Hasan, 78, dalam perjalanan menghantar isterinya, Faridah Kassim, 64, pekerja kantin ke tempat kerjanya di Sekolah Kebangsaan Felda Laka Selatan, Changlun.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Abd. Rahim Abdullah berkata, motosikal jenis Honda Wave dinaiki kedua-dua mangsa terbabas ke kiri jalan selepas dipercayai bergesel dengan sebuah kenderaan berat.
“Motosikal itu kemudiannya me­langgar sebatang tiang sehingga menyebabkan kedua-dua mangsa tercampak dan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada kepala,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Kata beliau, mayat pasangan suami isteri yang berasal dari Kampung Baru, Sungai Laka, Changlun itu dibawa ke Hospital Jitra untuk dibedah siasat.
Abd. Rahim pada masa sama meminta mana-mana saksi kejadian agar menyalurkan maklumat kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu di talian 04-9172222.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0616&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm#ixzz3dB4HT5Ui 
Hakcipta terpelihara 

Promosi biskut, gula-gula lalok



Contoh biskut dan gula-gula lalok yang dimuat naik di laman Facebook Polis Diraja Malaysia.


KUALA LUMPUR – Sindiket pengedaran dadah tidak pernah berhenti mencari taktik baharu bagi mempromosi dan mengedar bahan terlarang tersebut kepada pelanggannya.
Terbaharu Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menghidu sindiket yang mencampurkan dadah ke dalam gula-gula dan biskut sebelum barang terlarang itu dihantar kepada pelanggannya.
PDRM dalam satu kenyataan memberitahu, gula-gula dan biskut lalok tersebut dipromosi menerusi media sosial seperti Facebook dan Instagram.
Pelanggan yang berminat dengan dadah yang dijual cara baharu itu boleh berinteraksi dengan ahli sindiket itu menerusi media sosial.
“Sindiket pengedaran dadah itu mencampurkan adunan bahan makanan seperti gula-gula dan biskut dengan dadah sebelum bahan terlarang tersebut dipasarkan menerusi medium sosial seperti Facebook dan Instagram,” jelas kenyataan itu.
Kata kenyataan itu, penghantaran gula-gula dan biskut lalok yang ditempah melalui Facebook dan aplikasi Instagram hanya dibuat melalui perkhidmatan kurier atau pos.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0616&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm#ixzz3dB3qaVfb 
Hakcipta terpelihara 

Dua remaja AS parah diserang jerung



AP - BEBERAPA orang membantu seorang remaja perempuan yang cedera diserang ikan jerung di Pulau Oak, California Utara kelmarin.


WASHINGTON – Sebahagian tangan seorang remaja perempuan putus, manakala seorang remaja lelaki turut parah digigit jerung dalam dua serangan berasingan di pantai Carolina Utara kelmarin, kata beberapa pegawai dan media Amerika Syarikat (AS).
Pihak berkuasa bergegas untuk mengeluarkan pengunjung dari laut di Pulau Oak selepas seekor jerung membaham remaja perempuan itu yang berumur 14 tahun, lapor saluran berita NBC News. Mangsa kedua pula berusia 16 tahun dan putus tangan akibat diserang ikan ganas itu.
Remaja perempuan itu berkunjung ke kawasan berkenaan bersama keluarganya. Dia kemudian dibawa menaiki helikopter untuk mendapatkan rawatan di hospital, kata Datuk Bandar Pulau Oak, Betty Wallace.
“Dia hilang sebahagian tangannya dan mungkin kaki kirinya juga putus,” kata Wallace di laman Facebooknya.
Kurang 30 minit kemudian, mangsa kedua pula diserang.
Menurut NBC News, remaja lelaki itu turut dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Insiden itu berlaku beberapa kilometer dari Pantai Ocean Isle di mana seorang budak perempuan berumur 13 tahun cedera pada kaki kanannya selepas digigit jerung pada Khamis lepas, lapor media tempatan.
Bendera merah dikibarkan di kebanyakan pantai di Daerah Brunswick, manakala sebuah helikopter digunakan untuk mencari jerung itu. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0616&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz3dB3OHvWg 
Hakcipta terpelihara 

Masalah perniagaan punca 
peniaga kosmetik ditembak


Jaafar Mohd. Yusof (tengah) menyaksikan upacara serah terima tugas
JAAFAR MOHD. YUSOF (tengah) menyaksikan upacara serah terima tugas Ketua Polis Daerah Nilai antara Abdullah Roning (kiri) dengan Zaldino Zaludin (kanan) di Hotel Aston, Nilai, semalam.
SEREMBAN 15 Jun – Kematian seorang peniaga kosmetik yang ditembak pemandu kereta jenis Audi berwarna hitam di Nilai, dekat sini Jumaat lalu dipercayai mempunyai kaitan dengan masalah perniagaan.
Ketua Polis negeri, Datuk Jaafar Mohd. Yusof berkata, setakat ini siasatan tertumpu kepada dua perkara iaitu perniagaan kosmetik yang diuruskan Lim Kim Song, 34, serta projek pelaburannya di Laos.
“Siasatan awal kita mendapati mangsa merupakan anggota kongsi gelap dan turut mempunyai dua rekod jenayah lampau termasuk dadah.
“Usaha mengenal pasti suspek terlibat sedang giat dilakukan dan setakat ini tiada sebarang tangkapan berhubung kes tersebut,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah (KPD) Nilai di Putra Nilai, Nilai dekat sini hari ini.
Utusan Malaysia melaporkan, Kim Song yang berasal dari Serdang, Selangor, maut terkena empat das tembakan yang dilepaskan dari jarak dua meter ketika sedang menuju ke kenderaannya bersama seorang rakan selepas selesai makan malam di sebuah restoran di Nilai.
Dalam perkembangan lain, Jaafar memberitahu, indeks jenayah di negeri ini mencatatkan penurunan sebanyak 23 peratus bagi tempoh lima bulan tahun ini termasuk Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai yang menurun sebanyak 15 peratus.
“Walaupun peratusan itu menurun namun masyarakat masih rasa tidak selamat kerana trend jenayah yang dilakukan pada masa kini terlalu ganas.
“Sebagai contoh, jika dulu mereka (penjenayah) menyamun, tetapi sekarang mereka mencederakan mangsa terlebih dahulu sebelum menyamun,” katanya.
Terdahulu, bekas Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Abdullah Roning menyerahkan tugas secara rasmi kepada penggantinya, Superintenden Zaldino Zaludin yang sebelum ini merupakan Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang.
Abdullah ditukarkan ke IPD Kuala Krai, Kelantan dengan pangkat yang sama hari ini.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/masalah-perniagaan-punca-8232-peniaga-kosmetik-ditembak-1.103566#sthash.YndCtLhi.dpuf

Pemandu maut lori simen terbabas


ANGGOTA bomba dan penyelamat mengeluarkan mayat pemandu lori simen
ANGGOTA bomba dan penyelamat mengeluarkan mayat pemandu lori simen yang tersepit dalam kemalangan di Kilometer 18.5 Jalan Genting Highlands-Janda Baik di Bentong, Pahang, semalam. UTUSAN/ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN
BENTONG 15 Jun – Seorang lelaki maut selepas lori simen yang dipandunya terbabas dan terbalik di Kilometer 18.5 Jalan Genting Highlands-Janda Baik di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah, Superintenden Mohamad Mansor Mohd. Nor berkata, kejadian kira-kira pukul 10.35 pagi itu berlaku ketika mangsa, Muhamad Aizudin Ahmad Shah, 30, dari Ipoh, Perak dalam perjalanan dari arah Genting Permai ke Janda Baik.
“Semasa menuruni bukit berselekoh, pemandu lori berkenaan dipercayai gagal mengawal ken­deraan dan terbabas ke kanan jalan lalu melanggar batu penghadang sebelum terbalik.
“Pemandu lori tersepit di dalam kenderaan tersebut dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya di sini.
Menurut Mohamad Mansor, polis menyiasat kes tersebut mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Beliau memberitahu, siasatan awal mendapati lokasi kejadian merupakan jalan satu lorong sehala dan berselekoh menuruni bukit.
“Semasa kejadian cuaca hujan menyebabkan permukaan jalan basah. Kita minta saksi kejadian dapat me­nyalurkan maklumat kepada polis bagi melengkapkan siasatan,” ujarnya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nahas-bencana/pemandu-maut-lori-simen-terbabas-1.103573#sthash.3ZlGd4R0.dpuf

50 rumah atas air musnah


HISYAMUDDIN AYUB  |  16 Jun 2015 1:42 AM


SEORANG anggota bomba memadamkan api dalam kebakaran melibatkan 50 rumah di Kampung Pondo, Pulau Gaya, Kota Kinabalu, Sabah, semalam.

KOTA KINABALU 15 Jun - Demi menyelamatkan diri daripada menjadi mangsa kebakaran, beberapa orang penduduk di Kampung Pondo di Pulau Gaya dekat sini nekad terjun ke laut.
Itu antara tindakan yang terpaksa dilakukan oleh mereka ketika api mula marak di kediaman ma- sing-masing kira-kira pukul 7 pagi hari ini.
Dalam kejadian itu, sejumlah 50 rumah di perkampungan atas air musnah dan dipercayai 300 penduduk tinggal sehelai sepinggang.
Ketua Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Mohd. Affendy K. Ramin berkata, meskipun kejadian itu memusnahkan banyak rumah, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Menurutnya, JBPM negeri mendapat panggilan pada pukul 7.07 pagi dan tindakan segera diambil bagi memadam kebakaran.
“Kita menggunakan kaedah pancutan sumber air terbuka bagi memadamkan api yang marak me­nyala.
“Berdasarkan maklumat awal, sebanyak 50 rumah di perkampu­ngan itu musnah,” katanya di sini.
Jelasnya, seramai 19 anggota bomba yang menggunakan sebuah bot dikerahkan dalam operasi dan kebakaran berjaya dikawal daripada merebak pada pukul 7.59 pagi.
“Operasi berkenaan turut dibantu seramai 50 anggota Balai Polis Pulau Gaya dan polis marin dengan menggunakan tiga buah bot,” katanya.
Tambahnya, operasi kemudian ditamatkan pada pukul 9.29 pagi, sementara punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nahas-bencana/50-rumah-atas-air-musnah-1.103577#sthash.myGC0yMu.dpuf

TLDM perluas kawasan pencarian kapal tangki hilang


KUALA LUMPUR 15 Jun - Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) memperluaskan kawasan pencarian bagi mengesan kapal tangki membawa petrol yang dilapor hilang di perairan Tanjung Sedili, Kota Tinggi, Johor Khamis lepas, meliputi kira-kira 4,000 batu nautika persegi.
Panglima TLDM Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar berkata operasi pencarian itu melibatkan tiga kapal milik TLDM iaitu KD Terengganu, Kd Pendekar dan KD Ganyang.
"Dalam masa sama, pihak Pusat Penyelaras Mencari dan Menyelamat Maritim (MRSC) Putrajaya juga telah memaklumkan negara-negara jiran tentang kehilangan kapal tangki itu.
"Usaha pencarian sedang giat dilaksanakan oleh agensi-agensi penguatkuasaan maritim negara-negara jiran," katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini.
Semalam, Abdul Aziz berkata sebanyak 150 anggota TLDM terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat bagi membantu Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).
Kapal MT Orkim Harmony yang membawa 6,000 tan metrik muatan petrol RON95 sedang dalam pelayaran dari Melaka ke Pelabuhan Kuantan apabila ia dilaporkan hilang.
Kapal tangki yang berdaftar di Malaysia itu membawa 22 orang kru iaitu 16 warga Malaysia, lima rakyat Indonesia dan seorang warga Myanmar.-BERNAMA
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/tldm-perluas-kawasan-pencarian-kapal-tangki-hilang-1.103320#sthash.kD1ZkDUh.dpuf

Taktik baharu penyeludupan dadah campur dadah dalam bentuk makanan


KUALA LUMPUR 15 Jun - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan taktik terbaru menyeludup dadah dengan mencampurkan bahan itu bagi dijadikan bentuk makanan pepejal seperti biskut dan gula-gula.
PDRM dalam kenyataan hari ini berkata taktik berkenaan digunakan dengan menjual bahan terlarang itu dalam bentuk makanan pepejal yang dijual melalui media sosial seperti Facebook dan Instagram bagi mengaburi mata pihak berkuasa.
Menurut kenyataan itu, modus operandi yang digunakan dalam pengedaran dadah adalah dengan mencampurkan adunan bahan makanan dengan campuran dadah.
"Suspek hanya berinteraksi dengan pembeli melalui Facebook dan aplikasi Instagram sahaja untuk menempah pembelian dan penghantaran 'makanan' yang dipesan, manakala penghantaran hanya dibuat melalui perkhidmatan kurier atau pos sahaja.
"Sindiket pengedaran dadah kini mencari alternatif baru untuk menarik sesiapa sahaja yang berminat untuk membeli dan memiliki pelbagai jenis dadah," kata kenyataan itu.
PDRM menasihatkan ibu bapa atau penjaga agar mengawasi aktiviti sosial anak-anak seperti perhubungan melalui media sosial.
Selain itu, orang ramai diminta sentiasa bersikap ingin tahu apabila melihat ahli keluarga dan rakan berkelakuan aneh serta melakukan pemeriksaan terhadap bungkusan yang diterima melalui kurier atau pos.
- BERNAMA
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/taktik-baharu-penyeludupan-dadah-campur-dadah-dalam-bentuk-makanan-1.103216#sthash.OMdyM8LF.dpuf

Maritim Malaysia perluaskan kawasan usaha jejaki MT Orkim Harmony


PUTRAJAYA 15 Jun - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah memperluaskan kawasan operasi mencari dan menyelamat hingga 50,000 kilometer di Laut Cina Selatan dalam usaha menjejaki kapal tangki MT Orkim Harmony yang hilang sejak Rabu lalu.
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Maritim Malaysia, Datuk Ahmad Fuzi Ab. Kahar berkata, usaha tersebut membabitkan penggunaan lapan buah kapal, tiga bot dan sebuah pesawat milik Maritim Malaysia serta tiga buah kapal milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
Beliau berkata, sehingga saat ini kesemua aset tersebut masih menjalankan operasi di beberapa lokasi di perairan berkenaan yang dipercayai kapal tersebut kemungkinan boleh ditemukan.- UTUSAN ONLINE
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/maritim-malaysia-perluaskan-kawasan-usaha-jejaki-mt-orkim-harmony-1.103328#sthash.NUHNsJxF.dpuf

Perkakas, pintu tiruan RM2.46 juta dirampas


Mohd ROSLAN MAHAYUDIN (tengah) menunjukkan barang kelengkapan
Mohd ROSLAN MAHAYUDIN (tengah) menunjukkan barang kelengkapan pintu tiruan yang dirampas dalam serbuan di Sungai Buloh, Selangor, semalam. UTUSAN/RASHID MAHFOF
PUTRAJAYA 15 Jun - Bahagian Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) merampas 80,000 unit barangan perkakasan pintu tiruan berjenama PYRO bernilai RM2.46 juta selepas menyerbu sebuah gudang di Sungai Buloh, Selangor.
Pengarah Penguat Kuasa kementerian, Mohd. Roslan Mahayudin berkata, serbuan dilakukan selepas pihak­nya menerima maklumat daripada Doretti Resources Sdn. Bhd. berkaitan penggunaan cap dagang berdaftar milik syarikat berkenaan iaitu PYRO yang berdaftar di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).
Beliau berkata, bertindak atas maklumat tersebut sepasukan penguat kuasa telah menjalankan risikan sebelum melakukan serbuan pada 5 Jun lalu dan merampas sejumlah pintu rintangan api, tombol, set kunci pintu serta pemegang pintu tiruan.
“Doretti Resources Sdn. Bhd. membuat laporan kerana cap dagang berdaftar milik mereka iaitu PYRO yang berdaftar dengan MyIPO telah diciplak untuk digunakan pada barangan tiruan yang diimport dari luar negara, barangan yang dirampas dipercayai untuk pasaran tempatan.
“Siasatan juga mendapati barangan tiruan tersebut hampir sama dengan barangan asli milik Doretti Resources Sdn. Bhd., kes ini disiasat di bawah Seksyen 8 (2)(b) Akta Perihal Dagangan 2011 iaitu membekalkan atau menawarkan barangan dagangan palsu,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Menurut Mohd. Roslan, jika sabit kesalahan pemilik barangan tiruan terbabit boleh didenda di bawah seksyen yang sama iaitu bagi suatu pertubuhan perbadanan denda tidak lebih RM15,000 bagi setiap barangan yang diletakkan perihal dagangan palsu.
Ujarnya, bagi individu pula denda tidak lebih RM10,000 bagi setiap barangan yang diletakkan perihal dagangan palsu atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali.
“Semasa serbuan terdapat penjaga premis dan selepas keterangan diambil beliau dibebaskan.
“Bahagian Penguat Kuasa kementerian tidak teragak-agak mengambil apa-apa tindakan penguatkuasaan terhadap mana-mana premis atau individu yang didapati menjual produk yang melanggar hak harta intelek bercop cap dagang,” katanya.
Sementara itu mengulas mengenai dakwaan bahawa Bahagian Penguat Kuasa kementerian pilih kasih dalam soal membuat serbuan dan memilih kawasan peniaga Melayu sahaja, Mohd. Roslan berkata, pihaknya melakukan serbuan di semua tempat tanpa mengira kaum dan juga kawasan.
“Tiada istilah pilih kasih dalam perkhidmatan kami kerana semua kawasan dan kedai menjual barangan tiruan akan diserbu. Misalnya di Petaling Street pada tahun ini sebanyak lima serbuan telah dilakukan dan 954 barangan pelbagai jenis bernilai RM46,775 telah dirampas.
“Sehingga Mei tahun ini, Bahagian Penguat Kuasa kementerian telah membuat 265 serbuan di seluruh negara dan daripada serbuan itu pelbagai barangan seperti alat kosmetik, peralatan sukan, pakaian serta barangan kulit tiruan bernilai RM10.132 juta telah dirampas,” katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/perkakas-pintu-tiruan-rm2-46-juta-dirampas-1.103469#sthash.RsVuiuiK.dpuf

Wanita Mongolia parah ditembak


PIHAK polis menjalankan siasatan berhubung kes seorang wanita
PIHAK polis menjalankan siasatan berhubung kes seorang wanita Mongolia parah ditembak seorang daripada dua lelaki yang menaiki motosikal di Dataran Bandar Utama, Kuala Lumpur, semalam.
KUALA LUMPUR 15 Jun – Seorang wanita warga Mongolia cedera parah akibat terkena empat das tembakan yang dilepaskan salah seorang daripada dua lelaki bermotosikal berhampiran lampu isyarat di Dataran Bandar Utama, di sini hari ini.
Wanita berusia sekitar 20-an itu ditembak ketika kenderaan pacuan empat roda Toyota Land Cruiser yang dinaiki bersama seorang ahli perniagaan tempatan berhenti di tepi jalan kira-kira pukul 5.45 petang kerana lelaki itu menjawab satu panggilan telefon.
Ahli perniagaan terlibat ba­gai­manapun tidak mengalami kece­deraan. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Azmi Abu Kassim berkata, semasa tembakan berlaku, pemandu sebuah kereta Toyata Vios yang berada di belakang kenderaan mangsa terkejut lalu bertindak melanggar motosikal yang dinaiki kedua-dua suspek.
Bagaimanapun kata beliau, ha­nya salah seorang suspek terjatuh namun berjaya bangun dan melarikan diri.
“Siasatan awal mendapati, ke­jadian dipercayai bermotifkan den­­dam dan mangsa seterusnya dikejarkan ke Hospital Pakar KPJ Damansara sebelum ditukarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk menerima rawatan lanjut.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/wanita-mongolia-parah-ditembak-1.103486#sthash.uYBMBw5L.dpuf

Lanun mahu jual petrol RM21 juta


Dikesan kapal bawa muatan petrol RON95 bernilai RM21j

AHMAD FUZI AB. KAHAR menunjukkan gambar kapal tangki MT Orkim
AHMAD FUZI AB. KAHAR menunjukkan gambar kapal tangki MT Orkim Harmony yang hilang pada sidang akhbar di Putrajaya, semalam. BERNAMA
PUTRAJAYA 15 Jun - Kapal tangki MT Orkim Harmony dilarikan selepas sindiket lanun di Laut China Selatan mengetahui kapal tersebut membawa muatan petrol RON95 bernilai RM21 juta.
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Datuk Ahmad Fuzi Ab. Kahar berkata, pihaknya percaya sindiket lanun yang didalangi oleh rakyat tempatan dan rakyat asing itu sedang berusaha mencari pembeli minyak petrol berkenaan.
Bagaimanapun, menurutnya, disebabkan bahan yang hendak dijual itu adalah petrol RON95 dan langkah mengeluarkan bahan api tersebut dari tangki kapal memerlukan prosedur khas, berkemungkinan besar usaha mencari pembeli di sekitar kepulauan berhampiran perairan negara agak sukar.
“Saya menolak teori kehilangan kapal ini disebabkan kemalangan, bocor atau kerosakan kerana jika itu berlaku kru kapal masih boleh meng­hubungi mana-mana pihak untuk mendapatkan bantuan.
“Kehilangan ini lebih menjuruskan kepada rompakan,” katanya dalam sidang akhbar di ibu pejabat Maritim Malaysia di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika memaklumkan perkembangan terkini kehilangan kapal MT Orkim Harmony yang dalam perjalanan dari Pelabuhan Singapura ke Pelabuhan Kuantan serta usaha-usaha untuk menjejakinya.
Peristiwa itu turut mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang turut bersedih dengan kejadian tersebut dan telah mengarahkan usaha pencarian dijalankan.
Ketika ditanya kemungkinan pembabitan orang dalam terdiri daripada kru bagi membolehkan kapal itu dirampas, Ahmad Fuzi menjelaskan, siasatan berhubung kehilangan kapal itu akan dibuat secara menyeluruh dan terperinci.
Dalam perkembangan berkaitan, ujarnya, antara tindakan pertama lanun sebaik sahaja merampas kapal tersebut adalah mematikan sistem pengenalan automatik (AIS) supaya kapal tersebut tidak dapat dikesan atau dijejaki pihak berkuasa sekali gus memudahkan penjenayah terbabit melarikan kapal berkenaan.
Berhubung gerakan mencari dan menyelamat, katanya, pihak Maritim Malaysia telah memperhebatkan usaha tersebut dengan memperluaskan kawasan pencarian daripada 20,000 kilometer persegi sebelum ini kepada 50,000 kilometer persegi hari ini.
“Kita menggerakkan aset-aset kita untuk melakukan operasi ini melibatkan lapan kapal, tiga bot dan sebuah pesawat. Operasi juga membabitkan tiga kapal milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM),” katanya.
Ahmad Fuzi memberitahu, berdasarkan analisis pihaknya, kemungkinan besar kapal tersebut kini berada pada laluan sekitar kepulauan Anambas atau Natuna (Indonesia) jika laluannya menuju ke arah timur dan perairan Vietnam jika menuju ke utara.
“Atas faktor ini, kita menghubungi negara jiran iaitu Indonesia dan Vietnam untuk mendapatkan bantuan bagi menjejaki kapal tangki ini. Kita juga menghubungi negara ASEAN lain seperti Thailand, Kemboja dan Singapura termasuk Amerika Syarikat serta Australia bagi tujuan sama,” katanya.
Dalam pada itu, Ahmad Fuzi berkata, kerajaan, syarikat serta keluarga kru setakat ini juga tidak menerima apa-apa panggilan daripada mana-mana pihak bagi tujuan menuntut wang tebusan.
Dalam sidang akhbar tersebut, Ahmad Fuzi turut menyentuh kegagalan syarikat pemilik kapal tangki MT Orkim Harmony melaporkan kehilangan kapal itu pada malam kejadian kepada pihak berkuasa dan menyebabkan gerakan mencari dan menyelamat tidak dapat dilakukan dengan kadar segera.
Menurutnya, syarikat berkenaan hanya melaporkan tentang kehilangan kapal itu pada pukul 7.30 pagi, 12 Jun sedangkan kejadian tersebut berlaku pada hari Rabu 11 Jun, pukul 8.57 malam.
Ujarnya, disebabkan kelewatan tersebut iaitu kira-kira 10 jam, kedudukan kapal tangki yang turut membawa 22 orang kru itu semakin jauh dan dianggarkan berada 180 kilometer dari lokasi terakhirnya semasa laporan tentang kehilangannya dibuat.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/lanun-mahu-jual-petrol-rm21-juta-1.103584#sthash.mgwVv8ek.dpuf

MERS: Pelancongan Korea Selatan terjejas


Tiga orang pelancong asing, memakai topeng ketika bersiar-siar
Tiga orang pelancong asing, memakai topeng ketika bersiar-siar di Seoul sebagai langkah barjaga-jaga terhadap penularan MERS-CoV di negara itu AGENSI
SEOUL 15 Jun – Sektor pelancongan Korea Selatan dijangka mengalami kerugian sebanyak AS$2.3 bilion (RM8.63 bilion) berikutan penula­ran wabak Sindrom Pernafasan Virus Korona Asia Barat (MERS-CoV) yang sehingga kini mengorbankan 16 nyawa.
Timbalan Menteri Pelancongan, Kim Chong berkata, kerugian itu disumbangkan tindakan lebih 100,000 pelancong asing terutamanya dari China yang memba­talkan perjalanan ke negara ini sejak awal bulan ini.
“Kami menjangkakan, lebih ramai pelancong akan membatalkan perjalanan ke Korea Selatan.
“Pertambahan matawang a­sing juga diramal susut sebanyak AS$900 juta (RM3.38 bilion) jika kemasukan pelancong asing menurun sebanyak 20 peratus,” ujarnya.
Menurut Chong, negara akan mengalami kerugian sebanyak RM8.63 bilion jika bilangan pelancong ke Korea Selatan merosot sebanyak 50 peratus terutamanya menjelang kemuncak musim me­lancong pada bulan depan dan Ogos.
Sehubungan itu beliau berkata, kerajaan memperuntukkan dana sejumlah AS$64 juta (RM240 juta) bagi membantu sektor pelancongan menghadapi krisis berkenaan.
Seoul hari ini mengesahkan lima lagi individu dijangkiti MERS-CoV, menjadikan jumlah keseluruhan kes kepada 150.
Dalam pada itu, ribuan sekolah yang ditutup di Korea Selatan disebabkan penularan wabak tersebut, dibuka semula hari ini.
Sekurang-kurangnya 440 sekolah masih ditutup berbanding Jumaat lepas, iaitu 2,900 sekolah.
Sementara itu, pegawai kesihatan Phuket mengambil langkah berjaga-jaga sejak minggu lalu mengenal pasti pelancong yang disyaki membawa wabak MERS-CoV ke pulau tersebut dari Korea Selatan dan Asia Barat, dua negara yang dikenal pasti sebagai tempat wabak berkenaan menular.
Ketua Pertubuhan Kesihatan Wilayah Phuket, Kajohnsak Kaewjarus berkata, mereka menerima arahan daripada Kementerian Kesihatan di Bangkok supaya berjaga-jaga tentang penularan virus itu. – AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/mers-pelancongan-korea-selatan-terjejas-1.103523#sthash.DlybgTZn.dpuf