Search This Blog

Monday, June 15, 2015

Kereta masuk restoran

Kajang: Beberapa pekerja sebuah restoran rangkaian jenama tempatan terkejut apabila sebuah kereta pacuan empat roda yang terbabas merempuh restoran berkenaan dalam kejadian di Metro Point, dekat sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.15 pagi itu, beberapa pekerja yang berada di bahagian dapur dikatakan cuba melarikan diri dari pintu hadapan selepas berlaku gegaran kuat sebelum terkejut apabila melihat sebuah kereta berada di hadapan kaunter premis.
Sebaik kejadian itu, beberapa pekerja terbabit kemudian membantu mengeluarkan pemandu kereta berkenaan yang juga wanita berusia 54 tahun sebelum menghubungi polis untuk mendapatkan bantuan.
Difahamkan, pemandu wanita terbabit cuba memasuki kawasan parkir di hadapan premis berkenaan sebelum tiba-tiba tertekan pedal minyak dan terus merempuh cermin restoran berkenaan.
Bagaimanapun, ketika kejadian, tiada pelanggan dan hanya terdapat beberapa pekerja berada di dalam restoran itu.
Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Willey Richard berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang memandu kenderaan jenis Honda CRV itu hilang kawalan ketika cuba memasuki parkir di hadapan premis itu.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 Jun 2015 @ 8:54 AM


KEADAAN restoran selepas kereta merempuh premis terbabit.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/57852#sthash.yhghywA6.dpuf

Jeritan sayu pemandu dihempap jengkaut sendiri


Kuala Terengganu: “Hafizal menjerit kesakitan dan ia amat menyayat hati,” kata Che Kamarul Zaman Che Abdullah, 31, sepupu kepada Wan Mohd Hafizal Wan Kamaruddin, 24, yang maut dihempap jengkaut dipandunya sendiri di Kampung Sungai Ikan, kelmarin.

Dalam kejadian jam 3.30 petang, Wan Mohd Hafizal dikatakan memandu jengkaut di lereng bukit sementara ibu bapanya membersihkan ladang getah tidak jauh dari situ.

Malangnya, jengkaut dipandunya terbalik sebelum menghempap badan Wan Mohd Hafizal.

Akibat kejadian itu, mangsa parah di bahagian perut dan kaki sebelum meninggal dunia kira-kira jam 4.30 petang di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini.

Che Kamarul Zaman berkata, kejadian berlaku ketika dia dan ibu serta bapa saudaranya sedang membersihkan ladang getah.

“Kami terdengar dentuman kuat dari arah lereng bukit dan langsung bergegas ke situ. Alangkah terkejutnya apabila mendapati keadaan Wan Mohd Hafizal yang menjerit meminta tolong dengan separuh badan ditindih jengkaut,” katanya ketika ditemui Harian Metro di Unit Forensik HSNZ, semalam.

Katanya, mereka bertiga kemudian cuba mengangkat jengkaut itu namun tidak cukup kudrat untuk mengalihkan kenderaan berkenaan.

“Kami bertiga panik melihat Wan Mohd Hafizal meronta-ronta kesakitan. Saya menghubungi rakan lain sementara bapa saudara pula mengambil penarik rantai besi.

“Penarik rantai besi berjaya menggerakkan badan jengkaut dan kami semua segera mengalihkan Wan Mohd Hafizal,” katanya.

Menurutnya, tanpa berlengah, mereka menghantar Wan Mohd Hafizal ke HSNZ, namun mangsa tidak bertahan lama sebelum disahkan meninggal dunia sebaik beberapa minit mendapat rawatan.

“Kecederaan di bawah badan arwah terlalu serius dan banyak pendarahan berlaku di bahagian itu.

“Hafizal seorang yang baik dan bertanggungjawab terhadap keluarga dan pemergiannya memberi kesan mendalam terhadap keluarga,” kata pekerja ladang itu.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Superintendan Nik Md Zain Nik Omar ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 Jun 2015 @ 8:33 AM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/57842#sthash.wc5r9TTf.dpuf

Terkulai 4 das

Nilai: Seorang ahli perniagaan barangan kosmetik maut terkena empat das tembakan dilepaskan seorang lelaki ketika mangsa berbual dengan rakannya di tempat letak kereta di hadapan sebuah restoran di Bandar Baru Nilai di sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu, mangsa berusia 34 tahun ditembak di bahagian dada dan perut oleh suspek yang memandu sebuah kereta mewah jenis Audi dari jarak kira-kira empat meter.
Sebelum kejadian, mangsa bersama rakannya berusia 50-an itu menghadiri jamuan makan malam yang diadakan di restoran berkenaan pada jam 7 malam dan ke tempat letak kereta untuk pulang ke rumahnya di Selangor sebaik majlis tamat.
Ketua Polis Daerah Superintendan Abdullah Roning berkata, mangsa sedang berbual bersama rakannya sebelum sebuah kereta menghampiri mereka dan pemandunya secara tiba-tiba melepaskan tembakan ke arah mangsa.
“Suspek dikatakan melepaskan empat das tembakan mengenai badan mangsa sebelum melarikan diri. Rakan mangsa melihat mangsa rebah dan masih sedarkan diri lalu segera membawanya ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban.
“Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital ketika dalam perjalanan. Mayat mangsa kemudian diserahkan ke Jabatan Forensik untuk bedah siasat,” katanya pada sidang media, semalam.
Menurutnya, polis yang menerima maklumat kejadian ke lokasi untuk menjalankan pemeriksaan dan siasatan termasuk merakam percakapan rakan mangsa itu bagi mengesan suspek.
Katanya, pihaknya juga akan mengesan beberapa saksi lain yang berada di lokasi kejadian bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
“Semakan awal mendapati, mangsa mempunyai dua rekod jenayah lampau membabitkan jenayah kekerasan dan dadah. Namun, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti motif pembunuhan itu,” katanya.
Ketika ditanya sama ada mangsa dan suspek terbabit kumpulan kongsi gelap, Abdullah berkata, masih terlalu awal untuk memastikan perkara itu kerana siasatan lengkap dan tangkapan perlu dilakukan terlebih dulu.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 Jun 2015 @ 8:34 AM


ANGGOTA polis menjalankan siasatan di lokasi kejadian.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/57844#sthash.AQOq6TBl.dpuf

ADUN cedera kereta bertembung motosikal


Port Dickson: “Motosikal itu muncul mendadak berhampiran simpang Kampung Sungai Nipah di sini, menyebabkan saya tidak sempat mengelak dan bertembung,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chai Tong Chai yang terbabit kemalangan jalan raya berhampiran Bukit Pelandok di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 11.30 malam itu, Chai dikatakan sedang memandu kenderaan pacuan empat roda Nissan X-Trail untuk pulang ke rumah selepas menghadiri majlis di Bukit Pelandok, di sini.

Kenderaannya itu bagaimanapun bertembung dengan sebuah motosikal ditunggang seorang lelaki berusia lingkungan 30-an.

“Saya sendiri tidak pasti bagaimana kemalangan boleh berlaku. Malah saya cuba mengelak ke kiri jalan.

“Saya bernasib baik kerana tidak cedera namun penunggang motosikal itu mengalami luka parah di lutut kiri. Dia kemudian dibawa ke Hospital Port Dickson untuk menerima rawatan lanjut,” katanya.

Berikutan kejadian itu, Chai membuat laporan polis di Balai Polis Bukit Pelandok di sini, sejurus selepas kemalangan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Port Dickson Superintendan Baharudin Mustapha mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kemalangan itu.

Beliau berkata, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 Jun 2015 @ 9:01 AM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/57854#sthash.vA1Qf4LR.dpuf

Besi tusuk kereta

Kuala Lumpur: Seorang bapa hanya sempat meraikan kelahiran anak ketiganya selama beberapa hari apabila maut dalam kemalangan di Kilometer 15 Lebuhraya Pantai Baru (NPE) berdekatan susur Kuchai Lama, petang semalam.
Kemalangan jam 2 petang itu dipercayai berpunca akibat tayar kereta dipandu mangsa yang turut dinaiki dua anaknya berusia tiga dan empat tahun serta ibunya pecah sebelum terbabas dan melanggar besi penghadang lebuh raya.
Akibatnya, mangsa, Lee Jein Siung, 36, meninggal dunia di lokasi kejadian manakala anak perempuannya, Lee Tung, yang berusia tiga tahun pula meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) ketika menerima rawatan.
Berdasarkan seorang ahli keluarga mangsa yang enggan dikenali, Lee sekeluarga dalam perjalanan dari Taman Salak Selatan menuju ke Kuchai Lama dipercayai untuk makan.
“Isteri Lee yang baru bersalin anak ketiga pula tidak mengikuti mereka kerana masih berpantang. Dia hanya sempat bergembira dengan cahaya mata barunya selama beberapa hari,” katanya.
Sementara itu, saksi di lokasi kejadian, Irwan Zahari, 30-an berkata, ketika kejadian dia berada di laluan bertentangan dan ternampak tayar kereta mangsa seperti pecah sebelum kereta itu terbabas dan melanggar penghadang jalan.
Menurutnya, dia berpatah balik ke lokasi kejadian untuk membantu mangsa bersama beberapa pengguna jalan raya lain.
“Ketika tiba di lokasi, saya mendapati pemandu kereta sudah meninggal dunia manakala bahagian enjin kereta itu sudah mula terbakar.
“Saya bersama beberapa pemandu lain mengeluarkan dua anak mangsa dan seorang warga emas dipercayai ibu pemandu itu sebelum dikejarkan ke PPUM dengan ambulans,” katanya.
Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Azizan Ismail berkata, kereta mangsa yang dalam perjalanan dari Bangsar ke Kuchai Lama terbabas sebelum melanggar besi penghadang jalan di lokasi kejadian.
Katanya, akibat kejadian itu, besi penghadang jalan itu tertusuk ke dalam kereta hingga mengakibatkan mangsa tersepit di tempat duduk selain ditusuk besi penghadang jalan.
“Mangsa maut di lokasi kejadian manakala anak mangsa yang berusia tiga tahun parah.
“Ibu mangsa dan seorang lagi anak yang berusia empat tahun pula cedera ringan dan semua mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk menerima rawatan kecemasan,” katanya.
Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur Deputi Superintendan S Markandan ketika dihubungi Harian Metro mengesahkan anak mangsa yang berusia tiga tahun itu meninggal dunia di PPUM akibat cedera parah.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 Jun 2015 @ 9:05 AM


ANGGOTA bomba berusaha mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/57856#sthash.occu5PKI.dpuf

Maut bertembung pacuan empat roda

Gombak: Seorang lelaki maut selepas kenderaan yang dipandunya terbabas dan bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Kilometer 23 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh berhampiran Taman Commonwealth Rimba Templer, Rawang, malam kelmarin.
Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 11.30 malam ketika mangsa yang berusia 21 tahun dan memandu seorang diri dalam perjalanan dari Rawang ke Selayang.
Jurucakap polis trafik berkata, pihaknya menerima maklumat awam berhubung kejadian itu jam 12.21 tengah malam.
“Siasatan awal yang dijalankan di lokasi kejadian mendapati kemalangan membabitkan tiga kenderaan iaitu sebuah kereta Honda City, pacuan empat roda model Toyota Hilux dan sebuah motosikal.
“Kereta Honda City yang dipandu mangsa dikatakan hilang kawalan sebaik tiba di lokasi kejadian sebelum terbabas ke laluan bertentangan dan bertembung dengan Toyota Hilux yang datang dari arah Selayang,” katanya.
Menurut jurucakap itu, sebuah motosikal dari arah Selayang juga tidak sempat mengelak dan merempuh kereta Honda City berkenaan.
“Pemandu kereta itu maut di lokasi kejadian dan dihantar ke Hospital Selayang untuk proses bedah siasat manakala pemandu Toyota Hilux dan penunggang motosikal dilaporkan hanya mengalami cedera ringan,” katanya.
Sementara itu, jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Selayang mengesahkan pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 12.01 malam sebelum sebuah jentera dihantar ke lokasi berkenaan.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 Jun 2015 @ 9:28 AM


KEADAAN kereta mangsa yang remuk akibat bertembung dengan pacuan empat roda.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/57865#sthash.nLWnlsDD.dpuf

Wanita berbogel mohon maaf kepada Sabah

Wanita Britain yang dijatuhkan hukuman penjara tiga hari Malaysia kerana berkelakuan tidak senonoh berbogel di puncak Gunung Kinabalu membuat permohonan maaf secara terbuka di depan rumah keluarganya kelmarin.
Menurut laporan Daily Mail, Eleanor Hawkins, 23, kelihatan letih dan hampir menangis ketika membuat kenyataan itu sebaik tiba di rumah keluarganya di Draycott, Derbyshire, selepas perjalanan pulang selama 24 jam.
Dia bersama dua beradik warga Kanada dan seorang rakyat Belanda didenda RM5,000 seorang dan penjara tiga hari dari tarikh ditahan pada 9 Jun lalu selepas mengaku bersalah berbogel di puncak Gunung Kinabalu, akhir bulan lalu.
Graduan kejuruteraan angkasa itu ditemani bapanya, Tim, 57, dan ibu, Ruth, 56, memberi kenyataan ringkas: “Saya hanya mahu berkata betapa lega dan gembira kerana akhirnya pulang.
“Saya akui kelakuan saya mengarut dan sedar betapa besarnya kesalahan kami lakukan kepada penduduk Sabah.
“Untuk itu saya benar-benar mohon maaf. Saya tidak akan menjawab sebarang soalan atau membuat kenyataan lagi.”
Menurut ibunya, ia adalah masa penuh trauma kepada Eleanor yang menyesali perbuatannya dan sudah menjalani hukumannya.
Eleanor tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow dengan pesawat Penerbangan Malaysia Sabtu lalu.
Penumpang pesawat itu tidak dibenar turun ketika Eleanor diiring keluar ke bilik khas bertemu ibu bapanya bagi mengelak jurugambar. - Daily Mail
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 Jun 2015 @ 8:31 PM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/57987#sthash.Q7rHubxG.dpuf

Maut motosikal rempuh jentolak

Jertih: Penuntut Institut Perguruan Pengkalan Chepa, Kelantan, terbunuh apabila motosikal ditunggangnya merempuh jentolak di Kampung Cegar Batang, Besut, tengah hari tadi.
Mangsa, Mohd Faisal Ismail, 22, yang berasal dari Kampung Tok Raja, di sini, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di bahagian dada.
Difahamkan, kejadian berlaku kira-kira 12.45 tengah hari tadi ketika pemandu jentolak, Mohd Hisam Aziz, 31, cuba membelok kenderaan dipandunya ke simpang sebelah kanan jalan.
Allahyarham Mohd Faisal dikatakan mengekori jentolak terbabit dari belakang dan cuba memotong ke kanan bagaimanapun tersasar dan merempuh kenderaan berat itu.
Ketua Polis Daerah Besut Superintendan Khaled Che Lah, ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan berkata Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 Jun 2015 @ 7:55 PM


MANGSA maut apabila motosikal ditunggang terbabit dalam kemalangan dengan jentolak. FOTO Mohamad Ishak
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/57983#sthash.wD0WUVs1.dpuf

Kereta terbalik, guru wanita selamat

Kuala Terengganu: Guru wanita berdepan detik mencemaskan apabila kereta dipandu berpusing beberapa kali dan terbalik dalam kejadian di Jalan Tok Adis, Kuala Ibai, Kuala Terengganu, pagi tadi.
Mangsa, W Nur Hazwani W Zakaria, 29, dari Taman Desa Solehah, Batu Enam, di sini, tidak cedera.
Suami mangsa, Mohd Yusri Che Din, 49, berkata, isterinya yang bertugas di Sekolah Kebangsaan Teluk Ketapang, Seberang Takir dalam perjalan ke Marang untuk mengikuti kursus.
"Bagaimanapun, sebaik sampai di laluan masuk ke Ibai Golf & Country Club, sebuah pacuan empat roda tiba-tiba keluar menyebabkan isterinya tekejut dan menekan brek untuk mengelak daripada merempuh kenderaan itu.
"Nasib isteri kurang baik apabila kereta dipandunya berpusing beberapa kali sebelum terbalik kerana jalan licin akibat hujan. Isteri saya terperangkap lebih tiga minit di dalam kereta sebelum dibantu orang ramai yang mengeluarkannya sebelum ke klinik berdekatan pemeriksaan," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 Jun 2015 @ 8:09 PM


Kereta yang terbabit nahas. FOTO Ahmad Rabiul Zulkifli
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/57985#sthash.y8oqMO8Z.dpuf

1,200 lagi dipindah dari Gunung Sinabung

Jakarta: Lebih 1,200 lagi penduduk berhampiran Gunung Sinabung di Sumatera dipindahkan hari ini, bagi menghadapi sebarang kemungkinan berikutan gunung berapi itu semakin aktif.
Pihak berkuasa mengeluarkan amaran awal bulan ini apabila gunung berapi mula mengeluarkan asap dan sejak itu, tahap aktifnya meningkat setiap hari.
Hujung minggu lalu, gunung itu meletus melepaskan debu panas dan lava tetapi tiada kecederaan dilaporkan.
Pemindahan hari ini menjadikan hampir 4,000 penduduk sudah dipindahkan.
Pemerintah tentera tempatan, Asep Sukarna, berkata 1,274 penduduk dari dua kampung dipindahkan hari ini ke kawasan 10 kilometer dari gunung berkenaan.
“Kami bercadang memindahkan penduduk lima atau enam kampung lagi membabitkan 2,500 orang,” katanya.
Pada 2013, gunung berapi itu kembali aktif selepas diam selama 400 tahun menyebabkan kira-kira 10,000 penduduk dipindahkan. Letusannya pada Februari 2014 menyebabkan sekurang-kurangnya 16 orang terbunuh. - AFP
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 Jun 2015 @ 9:59 PM


GAMBAR dirakam Jumaat lalu menunjukkan lava mengalir dari Gunung Sinabung. - Foto AP
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/57997#sthash.nRzQXtCS.dpuf

Ibu angkat Angeline ditangkap

Denpasar: Polis semalam menahan ibu angkat kanak-kanak berusia lapan tahun yang mati dibunuh selepas menamakan dia suspek dalam kes yang mendapat liputan meluas di Indonesia sejak mangsa hilang Mei lalu.
Polis Denpasar menyoalsiasat Margaret Christine Megawe Jumaat lalu selepas menyoal dua anak kandungnya, seorang penyewa dan seorang pengawal keselamatan di rumahnya.
Dia ditahan secara rasmi awal semalam, bersama-sama anaknya Ivone.
Polis sebelum ini melaporkan menemui tisu dengan kesan darah dalam bilik Margaret dan kini memproses bukti itu untuk menentukan sama ada ia mempunyai hubungan dengan kematian Angeline, anak angkat Margaret yang mayatnya ditemui dalam kubur sebelah reban ayam di belakang rumah mereka.
Laporan awal pejabat koroner menyatakan kanak-kanak itu mati akibat diketuk dengan benda tumpul di belakang kepalanya.
Angeline mula dilapor hilang 16 Mei lalu. Kehilangannya menarik tumpuan media sosial dan mendorong kempen mencarinya di seluruh Bali.
Polis sebelum ini secara rasmi menamakan pembantu rumah Margaret, Agus, sebagai suspek utama dalam pembunuhan kanak-kanak berkenaan.
Keterangan yang diberikan Agus mengenai sikap majikannya terhadap mangsa yang membawa kepada penangkapan Margaret, kata Ketua Polis Bali Inspektor Jeneral Ronny Sompie.
Sementara itu, Agus, atau nama sebenarnya Gustinus Tae, 25, dilapor membuat satu lagi pengakuan mengejutkan.
Katanya, Margaret berjanji membayarnya Rp2 juta (RM563) untuk membunuh Angeline.
Bagaimanapun, menurut Agus, sehingga kini dia tidak pernah menerima wang berkenaan, sebaliknya diberhentikan kerja pada 25 Mei, sembilan hari selepas membunuh Angeline.
Dalam pengakuannya sebelum ini, Agus berkata dia memperkosa kanak-kanak berkenaan sebelum membunuhnya. Dia juga meliwat mayat Angeline sebelum menanamnya di belakang rumah. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 Jun 2015 @ 11:27 AM


ANGELINE bersama Margaret.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/57900#sthash.miRw38E8.dpuf

Mati dipijak gajah sarkas

Buchen (Jerman): Seorang lelaki berusia 65 tahun mati dipijak seekor gajah sarkas yang terlepas dari kandangnya.
Lelaki itu dipercayai melakukan senaman awal pagi di kawasan hutan berhampiran bandar Buchen di barat daya Jerman apabila diserang gajah berkenaan.
Jurucakap polis Yvonne Schmierer bagaimanapun tidak menjelaskan kecederaan yang dialami mangsa kecuali berkata, gajah betina berusia 34 tahun itu, ‘Baby’ berjaya ditangkap dan diserahkan semula kepada sarkas berkenaan.
Menurut Schmierer, pihaknya percaya gajah itu terlepas kerana ada pihak ketiga membuka pintu kandangnya atau pekerja terlupa menutupnya.
Agensi berita Jerman (DPA) melaporkan, ini bukan kali pertama gajah itu mencederakan orang awam. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 Jun 2015 @ 7:43 AM


GAMBAR hiasan.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/57811#sthash.ggHpjWGj.dpuf

Warga Singapura tak bayar saman



SEBAHAGIAN warga asing membayar saman trafik tertunggak pada Operasi Saman Tertunggak Warga Asing di kawasan Rehat dan Rawat Gelang Patah, Lebuh Raya Link Kedua, Johor Bahru semalam.


JOHOR BAHRU – Rakyat Singapura merupakan pesalah trafik warga asing yang paling tinggi melakukan kesalahan lalu-lintas di negara ini membabitkan 518,510 saman tertunggak dianggarkan bernilai lebih RM75 juta sejak tahun 2010.
Pegawai Turus Trafik COPS Bukit Aman, Superintendan Zulkefly Yahya berkata, kebanyakan kesalahan yang dilakukan oleh pesalah trafik warga asing itu ialah memandu laju melebihi had yang ditetapkan.
“Berdasarkan statistik saman tertunggak warga asing bagi tempoh 2000 hingga 2014, sejumlah 728,577 saman masih belum diselesaikan.
“Daripada jumlah tersebut, warga Singapura mempunyai saman tertunggak paling tinggi iaitu sebanyak 518,510 saman yang dianggarkan bernilai lebih RM75 juta,” katanya selepas meninjau Operasi Saman Tertunggak Warga Asing 2015 di kawasan Rehat dan Rawat Gelang Patah, Lebuh Raya Link Kedua di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0615&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm#ixzz3d5INNcGk 
Hakcipta terpelihara 

Tak sempat bercuti di Malaysia



MAYAT mangsa warga Pakistan yang ditemui mati dibunuh di sebuah rumah pangsa di Bandar Tasik Selatan semalam.


KUALA LUMPUR – Hasrat seorang lelaki warga Pakistan ingin menghabiskan cutinya di negara ini berakhir dalam tempoh 48 jam selepas dia ditemui mati dengan kaki serta tangannya diikat menggunakan kabel telefon dan pita selofan di sebuah pangsapuri di Bandar Tasik Selatan di sini semalam.
Dalam kejadian pukul 12.30 tengah hari itu, mayat mangsa, Muhammad Aamir Afzal, 46, ditemui oleh sepupunya berusia 50 tahun di dalam sebuah bilik rumah berkenaan sebelum menghubungi polis.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Chong Kok Sin berkata, polis menjumpai sebatang besi aluminium dan juga beg hitam berisi peralatan menghisap dadah jenis syabu berhampiran mayat mangsa.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0615&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz3d5I6XUeQ 
Hakcipta terpelihara 

Boleh muat 300 orang pelarian



Pemandangan kem pelarian di Bukit Wang Perah, Wang Kelian kelmarin.


PADANG BESAR – Ibarat perkampungan yang serba lengkap dalam hutan.
Itu yang dapat disimpulkan hasil tinjauan pemberita bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim di salah satu daripada 28 buah kem sindiket pemerdagangan manusia di Hutan Simpan Mata Ayer, Lubuk Sireh di sini kelmarin.
Kem itu terletak berdekatan dengan perkampungan di daerah Ban Talok, Sadao, Thailand.
Perjalanan yang mengambil masa satu jam 30 minit itu bermula pada pukul 12 tengah hari melalui kawasan hutan yang mencabar dan berbukit sebelum menemui kem yang lengkap seperti sebuah perkampungan.
Kedudukannya cuma 100 meter dari sempadan Malaysia-Thailand.
Tinjauan mendapati, kem berkeluasan kira-kira 300 meter persegi itu mempunyai tiga menara pengawal, khemah memasak, klinik dan dikelilingi pagar berduri.
Difahamkan, kem itu yang dikawal 30 ahli sindiket mampu memuatkan 300 pelarian pada satu-satu masa.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0615&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz3d5Hgacmf 
Hakcipta terpelihara 

Tiga pegawai tentera nyaris maut



BEGINILAH keadaan kereta Proton Persona tentera yang terbakar dalam kemalangan di Lembah Beringin semalam.


KUALA KUBU BHARU – Tiga pegawai kanan Tentera Darat (TD) terselamat daripada maut selepas dua buah kereta rasmi tentera jenis Proton Persona yang dinaiki mereka terbabit dalam satu kemalangan di Kilometer 405 Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan di Lembah Beringin dekat sini semalam.
Ketiga-tiga pegawai berpangkat Leftenan Kolonel itu menaiki dua buah kereta secara berasingan dalam perjalanan dari Gerik, Perak ke Port Dickson, Negeri Sembilan untuk menghadiri seminar.
Dalam kejadian pukul 11.25 pagi itu, salah sebuah kereta Proton Persona itu terbakar selepas berlanggar dengan sebuah kereta Honda City yang dipandu seorang lelaki berusia 21 tahun.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan R. Supramaniam berkata, kereta Honda City itu dalam perjalanan dari Ipoh ke Kuala Lumpur tiba-tiba hilang kawalan lalu melanggar bahagian belakang sebuah kereta Proton Persona.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0615&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm#ixzz3d5HS3GRT 
Hakcipta terpelihara 

Tiga termasuk bekas tentera ditahan miliki senjata api buatan sendiri



MAZLAN (tengah) menunjukkan sepucuk pistol buatan sendiri manakala seorang lagi pegawainya (dua dari kiri) mempamerkan pistol angin yang dirampas dalam dua kejadian berasingan pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan, Kota Bharu semalam.


KOTA BHARU – Polis menahan tiga lelaki termasuk seorang bekas anggota tentera kerana memiliki senapang angin dan pistol buatan sendiri dalam dua tangkapan berasingan di sini semalam.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, dalam kejadian pertama, pihaknya menahan dua lelaki berusia 24 dan 30 tahun pada pukul 4 pagi Jumaat lalu di Jalan Kubur Kuda, Kampung Sireh di sini.
Katanya, sebelum ditahan, kedua-dua suspek bersama seorang lagi rakannya yang masih bebas dan menunggang dua buah motosikal berasingan bertindak menahan sebuah kereta Perodua Viva dinaiki tiga individu dengan tujuan untuk menyamun.
“Bagaimanapun, pemandu Perodua Viva yang panik memecut sebelum membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu,” katanya di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0615&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz3d5H5ZFMb 
Hakcipta terpelihara 

ANPR dipasang 
buru pesalah trafik


9 kawasan sempadan akan dipasang kamera

SEBAHAGIAN  warga asing membayar saman atas kesalahan trafik ketika
SEBAHAGIAN warga asing membayar saman atas kesalahan trafik ketika operasi saman tertunggak warga asing di kawasan Rehat dan Rawat Gelang Patah Lebuh Raya Link Kedua menghala ke Singapura di Johor Bahru, Johor, semalam. UTUSAN/MOHD. HAZROL ZAINAL
GELANG PATAH 14 Jun - Pengimbas nombor plat kenderaan atau Automated Numbers Plate Recognition (ANPR) yang akan dipasang di sembilan kawasan sempadan dengan negara jiran dijangka beroperasi sepenuhnya pada awal Ogos ini.
Pegawai Turus Trafik Cops Bukit Aman, Superintenden Zulkefly Yahya berkata, bagi fasa pertama, sekurang-kurangnya 20 unit ANPR bernilai kira-kira RM30 juta akan digunakan bagi memburu pesalah trafik.
Menurutnya, alat pengimbas itu yang masih dalam proses pembe- lian tidak hanya akan diletakkan di sempadan negara malah turut dipasang pada kereta peronda.
“ANPR yang menggunakan teknologi dari Amerika Syarikat itu bakal digunakan secara meluas di negeri yang bersempadan dengan negara jiran termasuk untuk memburu pesalah trafik warga asing yang liat membayar saman trafik.
“Bukan itu sahaja, alat pengimbas tersebut yang dipasang pada kereta peronda mampu mengesan sekiranya kenderaan itu adalah kenderaan curi atau pernah digunakan untuk kegiatan jenayah,” katanya di sini hari ini.
Beliau berkata demikian selepas melakukan tinjauan sempena Operasi Saman Tertunggak Warga Asing 2015 di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Gelang Patah, Lebuh Raya Link Kedua di sini yang bermula Jumaat lalu hingga Selasa ini.
Menurut Zulkefly, pesalah trafik yang dikesan menerusi alat pengimbas berkenaan yang dipasang pada kereta peronda boleh dikenakan tindakan saman serta merta.
Mengulas mengenai operasi berkenaan, beliau berkata, sebanyak 4,200 saman tertunggak bernilai kira-kira RM600,000 dilunaskan pesalah trafik warga Singapura dengan kebanyakan kesalahan adalah memandu melebihi had laju.
“Sejak 2010 jumlah saman tertunggak melibatkan kenderaan asing adalah sebanyak 700,000 berjumlah kira-kira RM75 juta, dengan kira-kira 500,000 saman adalah daripada pesalah trafik warga Singapura.
“Justeru, kita akan terus melakukan operasi ini secara berterusan bagi memburu pesalah trafik yang masih gagal melunaskan saman tertunggak masing-masing,” katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/anpr-dipasang-8232-buru-pesalah-trafik-1.103009#sthash.zFSw1dsw.dpuf

Syak diserang, dilarikan lanun


Kehilangan MT Orkim Harmony

AHMAD FUZI AB. KAHAR
AHMAD FUZI AB. KAHAR
KUALA LUMPUR 14 Jun - Kapal tangki Malaysia, MT Orkim Harmony yang dilaporkan hilang sejak Khamis lalu berkemungkinan besar telah di­serang dan dilarikan oleh lanun di kawasan perairan Singapura di Laut China Selatan.
Perkara itu berikutan pihak berkuasa tidak menerima sebarang komunikasi daripada anak kapal terbabit serta tiada sebarang penemuan penting di kawasan perairan berkenaan.
Kejadian tersebut turut mendapat perhatian daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang bersedih dengan kejadian itu.
“Saya sedih dengan berita kehilangan kapal tangki milik rakyat Malaysia. Saya berdoa keselamatan kesemua 22 orang kru. Kerajaan akan menggerakkan kesemua bantuan,” katanya di laman Twitter miliknya.
Dalam perkembangan sama, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Datuk Ahmad Fuzi Ab. Kahar berkata, kebarangkalian rampasan dilakukan oleh lanun memang tinggi memandangkan tiada langsung perhubungan yang diterima daripada kapal yang membawa seramai 22 kru tersebut.
“Kita telah melakukan operasi mencari semalam tetapi tidak me­nemukan tanda-tanda jika kapal tersebut rosak atau hanyut di te­ngah lautan
“Kita mengesyaki lanun terlibat tetapi bagi kita masa untuk mengesahkan perkara ini,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Ahmad Fuzi turut menyatakan, pihaknya masih lagi meneruskan gerakan mencari dan menyelamat (SAR) MT Orkim Harmony sehingga ke saat ini.
“Kita telah menambah aset untuk melakukan proses pencari­an dan setakat ini, kita masih tidak menemukan hasilnya,” ujarnya.
Semalam Utusan Malaysia mendedahkan, kapal MT Orkim Harmony yang membawa muatan 5,879 tan metrik minyak petrol RON 95 dari Pelabuhan Klang menuju ke Kuantan bersama 16 anak kapal tempatan, lima warga Indonesia dan seorang warga Myanmar.
Berdasarkan laman web Marine Traffic, kapal dagang terbabit terputus hubungan dengan syarikatnya kira-kira pukul 6.05 petang.
Sementara itu, menurut satu sumber, laporan awal kehilangan kapal MT Orkim Harmony dilaporkan lewat dihantar oleh syarikat pengendali kepada pihak berkuasa.
“Kapal terbabit hilang pada pukul 6.05 petang pada 11 Jun lalu tetapi hanya dimaklumkan kepada Maritim Malaysia kira-kira pukul 7.30 pagi keesokan harinya,” kata sumber terbabit.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/syak-diserang-dilarikan-lanun-1.103134#sthash.8NbZ0OgI.dpuf