Search This Blog

Saturday, June 13, 2015

Cium kaki minta nyawa

Johor Bahru: “Saya sanggup sujud dan mencium kaki kakak supaya menghentikan perbuatan kejamnya kerana tidak sanggup menahan kesakitan, tetapi dia tidak menghiraukannya,” kata seorang gadis mangsa penderaan kakak dan abang iparnya sejak empat tahun lalu.
Mangsa yang dikenali sebagai Ain, 23, diselamatkan kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dengan bantuan anggota polis Ibu Pejabat Daerah (IPD) Johor Bahru Utara, malam kelmarin di rumah kakaknya di Taman Universiti, Skudai di sini.
Ain mengakui tidak sangka keikhlasan kakaknya berusia lingkungan 30-an mempelawa tinggal bersamanya demi masa depan cerah sejak empat tahun lalu sebenarnya mengundang musibah dalam hidupnya.
Menurutnya, hampir setiap minggu dia diperlakukan lebih keji daripada haiwan apabila dipukul dengan penyapu, disimbah air panas selain ditekap dengan seterika di badannya termasuk di kemaluan, lidah dan belakang badannya.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 Jun 2015 @ 5:59 AM


KESAN kecederaan pada badan Ain akibat didera kakak dan abang iparnya.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/57570#sthash.nSfxIqtK.dpuf

Bidikan maut lepas makan

Nilai: Seorang peniaga kedai kosmetik maut selepas terkena tiga das tembakan ketika mahu mengambil keretanya di sebuah restoran di Bandar Baru Nilai, di sini, malam tadi.
Sumber polis berkata, dalam kejadian 11.10 malam itu, mangsa dikatakan baru selesai menghadiri majlis makan malam di restoran berkenaan.
Katanya, mangsa, lelaki berusia 34 tahun, berjalan bersama rakannya berusia 30-an mahu mengambil keretanya di tempat parkir dan didatangi sebuah kereta jenis Audi.
"Seorang daripada suspek dalam kenderaan berkenaan kemudian melepaskan empat das tembakan terhadap mangsa dari jarak dua meter dan tiga tembakan mengenai mangsa.
"Menyaksikan mangsa dalam keadaan tidak bermaya, kedua-dua suspek akhirnya melarikan diri," katanya.
Menurut sumber polis, mangsa yang pada awalnya masih sedarkan diri dibawa rakannya ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS), dekat sini namun meninggal dunia sejurus tiba di pusat perubatan terbabit.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 Jun 2015 @ 1:53 AM


Pasukan forensik melakukan siasatan di tempat kejadian.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/57388#sthash.8IdSiwrg.dpuf

30 tahun dirantai keluarga

Lingshanmio: Selepas 30 tahun dirantai keluarga sendiri, seorang wanita yang sakit mental akhirnya dibebaskan untuk menjalani rawatan di sebuah hospital di sini, baru-baru ini.
Long Fen, 53, dari Lingshanmio, pekan kecil di wilayah Shandong, mula mengalami gangguan mental selepas terkejut mendengar bunyi guruh tiga dekad lalu.
Sejak itu dia tidak mengenal keluarganya dan mula menjerit, memaki hamun mereka serta jiran, menyebabkan dia digelar Wanita Gila.
Keluarganya memberitahu akhbar People’s Daily, keadaan Long begitu teruk sehingga dia tidak kenal suami dan anaknya sendiri.
Lebih buruk lagi, dia menyerang mereka dan pernah mencederakan cucunya yang berusia enam tahun baru-baru ini.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 Jun 2015 @ 5:58 AM


KEADAAN Long terlalu serius hingga tidak kenal suami dan anaknya.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/57568#sthash.p3fxtefk.dpuf

Astagfirullah... Kejam sungguh

Butterworth: Mayat bayi perempuan ditemui tanpa tangan dan kepalanya terputus di tepi sungai berhampiran sebuah kilang gula, di sini, hari ini.
Dalam kejadian 1.22 petang itu, mayat terbabit ditemui seorang lelaki yang sedang berehat di kawasan berhampiran selepas melihat seekor anjing menggonggong objek.
Menurut sumber, lelaki berusia 51 tahun itu pada mulanya menyangkakan anjing terbabit menggonggong anak anjing.
"Dia yang curiga apabila melihat anjing terbabit mengigit objek berkenaan menghampiri dan menghalau haiwan itu sebelum terkejut apabila mendapati ia sebenarnya mayat bayi.
"Lelaki terbabit kemudian menghubungi polis memaklumkan kejadian," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 Jun 2015 @ 4:37 PM


FOTO ihsan pembaca
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/57585#sthash.qh9C5zOh.dpuf

Pegawai dihukum selepas empat beradik bunuh diri


Beijing: Beberapa pegawai tempatan dipecat atau digantung tugas selepas empat beradik berusia lima hingga 13 tahun yang diabaikan ibu bapa dan pekerja kerajaan tempatan membunuh diri.

Dua ketua kampung dipecat dan tiga pegawai lain termasuk ketua pendidikan daerah digantung tugas serta disiasat, menurut kenyataan yang dijeluarkan pihak berkuasa Qixingguan di Bijie - antara daerah termiskin di China.

Kerajaan daerah berjanji mengambil tindakan disiplin pada akhir siasatan.

Mayat kanak-kanak terbabit ditemui Rabu lalu di kampung mereka, Tiankan, selepas mengambil racun serangga dan diisytiharkan mati di hospital.

Tragedi itu sekali lagi menimbulkan kerisauan rakyat China mengenai nasib puluhan juta kanak-kanak di kawasan kampung yang ditinggalkan ibu bapa yang mencari pekerjaaan di bandar perindustrian yang jauh dari kampung masing-masing.

Kanak-kanak terbabit ditinggalkan ayah mereka yang keluar mencari pekerjaan manakala ibu mereka menghilangkan diri.

Ayah mereka menghantar wang secukupnya dan polis menemui kad bank dengan baki wang hampir 3,700 yuan (RM2,300).

Namun, keempat-empat beradik itu dipercayai tertekan disebabkan terpisah daripada ibu bapa mereka untuk tempoh yang lama.

Kanak-kanak terbabit gagal menghadiri sekolah dan enggan membuka pintu apabila pegawai tempatan serta guru melawat mereka. - AP

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 Jun 2015 @ 5:10 AM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/57468#sthash.4eCDAQQV.dpuf

Jurujual maut dikelar pencuri

Suspek ketika ditahan polis.
Beijing: Seorang lelaki di wilayah Guangdong semalam mengelar leher seorang jurujual wanita yang bakal mendirikan rumah tangga bulan depan selepas mangsa cuba menghalangnya mencuri di sebuah pasar raya.
Mangsa berusia 27 tahun disahkan mati di tempat kejadian.
Menurut NetEase, mangsa melihat lelaki terbabit mencuri sesuatu dan cuba menghalangnya meninggalkan pasar raya itu.
Namun, lelaki itu mengambil pisau di atas para berhampiran dan mengelar lehernya sebelum melarikan diri.
Kejadian itu menyebabkan kedai berkenaan ditutup sementara.
Suspek kemudian ditahan di sebuah pekan berhampiran selepas dia dicam menerusi kamera litar tertutup. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 Jun 2015 @ 5:12 AM


- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/57473#sthash.UKCMEWGA.dpuf

6 bulan tinggal dengan mayat adik


Kolkata: Seorang lelaki ditahan selepas didapati tinggal bersama mayat adiknya dan dua bangkai anjing di sebuah rumah di sini sejak enam bulan lalu.

Polis menemui rangka berkenaan ketika menyiasat kematian Arabinda De, pemilik rumah itu yang mayatnya ditemui dalam kamar mandi beberapa jam sebelum itu, selepas satu kebakaran.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Kolkata Murli Dhar berkata, anak Arabinda, Partha De, 42, mendedahkan kehadiran mayat adiknya di rumah berkenaan ketika disoal siasat mengenai kebakaran itu.

“Kami menemui mayat Arabinda yang rentung. Kami juga menyedari anaknya, Partha, berkelakuan ganjil hingga mendorong kami menyoalnya.

“Dia menceritakan mengenai rangka adiknya, Debjani, yang mati enam bulan lalu tetapi masih disimpan di rumah itu,” kata Dhar.

Menurutnya, lelaki itu mendakwa adiknya mati kerana tertekan selepas kematian anjing peliharaan mereka.

Bagaimanapun, polis enggan membuat sebarang rumusan sehingga keputusan bedah siasat terhadap rangka Debjani dan mayat Arabinda.

Dhar berkata, dia percaya Partha berdepan masalah mental sehingga enggan melaporkan kematian adiknya.

Sumber polis juga berkata, mereka mengesyaki Partha membunuh Arabinda dengan membakar bilik air ketika bapanya berada di dalam. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 Jun 2015 @ 5:12 AM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/57474#sthash.MdmdLTmS.dpuf

Puluhan tahun jual madu palsu


Jakarta: Polis semalam menahan dua lelaki atas dakwaan menipu orang ramai apabila mereka didapati menjual sirap gula dengan mendakwa ia madu.

Ia perkembangan terbaru kes penipuan membabitkan makanan di Indonesia.

Ketua Polis Jakarta Timur Umar Farouk berkata, suspek ditangkap di kawasan Makasar di daerah itu kelmarin selepas orang ramai mengadu madu yang mereka jual sejak puluhan tahun lalu palsu.

Polis masih belum mendedahkan identiti kedua-dua lelaki berusia 76 dan 58 tahun itu.

“Mereka berniaga madu palsu sejak 1970-an,” kata Umar.

Menurutnya, pelanggan utama kedua-dua suspek ialah kedai jamu yang biasanya menggunakan madu sebagai pemanis semula jadi.

“Mereka menghasilkan madu itu dengan mencampurkan gula, serbuk soda dan asid sitrik,” kata Umar.

Madu palsu itu dijual dalam botol dengan pelekat diluarnya mendakwa ia dari lebah hutan yang banyak terdapat di lereng Gunung Tambora, gunung berapi di wilayah Nusa Tenggara Barat.

Untuk meyakinkan pelanggan mereka, pelekat itu juga mencatatkan nombor sijil kelulusan daripada pihak berkuasa makanan dan ubat-ubatan Indonesia.

Suspek berdepan hukuman penjara lima tahun sekiranya didapati bersalah melanggar undang-undang keselamatan makanan dan perlindungan pengguna.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 Jun 2015 @ 5:25 AM
DISYORKAN
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/57522#sthash.Tpu5aO1y.dpuf

Kanak-kanak tiga tahun maut tertembak dada sendiri

Kanak-kanak tiga tahun maut tertembak dada sendiri
Gambar hiasan

OHIO - AMERIKA SYARIKAT. Seorang kanak-kanak berumur tiga tahun maut selepas tertembak dadanya sendiri ketika bermain dengan sepucuk pistol yang dijumpainya, semalam.
 
Menurut laporan CNN, ibu kepada Marques Green, Elizabeth mengaku pistol tersebut adalah miliknya.
 
"Ia (pistol) berada dalam rumah. Saya bawa ia dalam beg. (Ketika itu) saya baru sahaja sampai ke rumah," kata Elizabeth, dipetik dari rakaman telefon kepada petugas kecemasan.
 
Pegawai pendakwaraya kini memerlukan keperluan untuk mendakwa perempuan tersebut.
 
Kejadian tersebut merupakan kes kedua kematian disebabkan tertembak yang melibatkan kanak-kanak di daerah Ohio.
 
Kira-kira 100 kanak-kanak maut di Amerika Syarikat setiap tahun akibat tertembak, menurut laporan sebuah kumpulan hak asasi manusia.

Serang balai polis dengan van perisai, bom

Serang balai polis dengan van perisai, bom

TEXAS - AMERIKA SYARIKAT. Sebuah balai polis di Dallas diserang dan ditembak bertalu-talu dari sebuah van yang dilengkapi perisai, sebentar tadi.
 
Menurut laporan BBC, kenderaan tersebut kini dikepung di sebuah kawasan parkir selepas dikejar berpuluh-puluh kereta polis.
 
Sebuah beg mengandungi bahan letupan, termasuk bom paip juga ditemui di luar balai polis tersebut.
 
Motif serangan belum dikenalpasti.

Maut akibat kabel elektrik jatuh atas bas

Maut akibat kabel elektrik jatuh atas bas
Gambar hiasan

JAIPUR - INDIA. 17 penumpang maut selepas sebuah kabel elektrik terjatuh ke atas bas yang mereka naiki, semalam.

Menurut laporan AP, bas tersebut yang membawa lebih 50 orang penumpang sedang menuju ke sebuah majlis perkahwinan di Rajasthan ketika kejadian.

Seramai 23 orang lagi cedera dan dirawat di hospital.

Difahamkan, kabel elektrik gagal diselengara dengan sempurna di india dan kadangkala terjatuh mengejutkan kejutan elektrik kepada orang awam berdekatan.

Suami isteri didakwa bunuh anak



CHON WEN (depan) dan Boa Jia (dua dari kanan) diiringi anggota polis sewaktu dibawa ke Mahkamah Majistret Selayang semalam.


SELAYANG – Seorang pemungut hutang dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas pertuduhan membunuh anak sendiri sebelum menanam mayatnya di bawah lantai dapur rumah sewa keluarga itu Mac lalu.
Bagaimanapun tiada peng­akuan dibuat tertuduh, Loo Chon Wen, 33, yang hanya tertunduk diam sebaik pertuduhan dibacakan dalam bahasa Kantonis di hadapan Majistret Nurul Izzah Hasan Basri.
Tertuduh didakwa membunuh anak ketiganya, Loo Yong Shen yang berusia sembilan tahun di sebuah rumah beralamat No. 26, Jalan 10, Taman Usaha Jaya, Kepong pada pukul 2 petang 29 Mac lalu.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0613&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm#ixzz3ctiMHSZv 
Hakcipta terpelihara 

PM Australia enggan nafi bayar penyeludup manusia



GAMBAR pada 2 Jun lalu menunjukkan sekumpulan imigran dari Bangladesh dan Myanmar tiba di Kupang, Indonesia selepas bot mereka dipintas tentera laut Australia.- AFP


SYDNEY – Perdana Menteri Tony Abbott menegaskan semalam bahawa Australia akan melakukan "apa sahaja yang kami perlu" untuk memerangi penyeludupan manusia selepas berulang kali enggan menafikan dakwaan bahawa seorang pegawai membayar beribu-ribu dolar supaya sebuah bot imigran berpatah balik ke Indonesia.
Pihak berkuasa Indonesia sedang menyiasat maklumat yang diberitahu kepada polis tempatan berhubung tekong dan lima kru sebuah bot membawa pencari suaka yang masing-masing dibayar AS$5,000 (RM18,641) oleh seorang pegawai imigresen Australia supaya berpatah balik ke Indonesia.
Bot berkenaan yang membawa imigran dari Bangladesh, Myanmar dan Sri Lanka mendarat di Pulau Rote, timur Indonesia hujung bulan lalu selepas mereka dipintas oleh tentera laut Autsralia semasa menuju ke New Zealand.
"Jawapan pendek saya ialah kerajaan Australia akan melakukan apa sahaja yang kami perlu lakukan untuk menghentikan perdagangan jahat ini (penyeludupan manusia)," kata Abbott dalam satu wawancara bersama stesen radio tempatan, 3AW selepas berulang kali ditanya sama ada kru bot berkenaan dibayar oleh pegawai Australia.
"Walau apapun, kami akan menghentikan perdagangan ini. Kami telah menghentikannya dan kami akan memastikan agar ia terus berhenti," tambahnya.
Pemimpin Australia itu kemudian memberitahu wartawan bahawa beliau tidak akan mendedahkan sebarang butiran berhubung dasar kerajaannya dalam melindungi sempadan negara.
"Saya tidak akan memberi maklumat secara tersirat atau terang-terangan," katanya. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0613&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_06.htm#ixzz3cth9HVP9 
Hakcipta terpelihara 

Korea catat korban MERS ke-13



ASAP naik ke udara selepas semburan antiseptik dilakukan di sebuah kampung di Seoul semalam.- AGENSI


SEOUL – Korea Selatan melaporkan kematian ke-13 akibat Sindrom Pernafasan Asia Barat (MERS) semalam tetapi pihak berkuasa menggesa orang ramai agar meneruskan aktiviti harian seperti biasa dengan alasan kadar jangkitan baharu semakin berkurangan.
Wabak MERS yang melanda Korea Selatan adalah yang terbesar di luar Arab Saudi. Seorang wanita berumur 72 tahun meninggal dunia semalam selepas dijangkiti daripada seorang pesakit MERS di sebuah hospital, kata kementerian kesihatan.
Dua lagi kematian dilaporkan terbaru melibatkan dua lelaki berusia dalam lingkungan 70-an, lapor agensi berita Yonhap.
Bilangan kes baharu bagaimanapun menurun kepada empat, berkurangan daripada 14 pada hari sebelumnya. Sebanyak 13 kes dilaporkan pada Rabu dengan jangkitan keseluruhan MERS di Korea Selatan kini mencecah 126 orang.
Sehingga kini, seramai 3,680 orang telah dikuarantin berbanding 3,805 kelmarin. Jumlah individu yang disahkan bebas daripada kuarantin pula seramai 1,249 termasuk 294 orang semalam.
"Bilangan kes baharu menurun mendadak manakala risiko virus ini tersebar di udara atau menjangkiti komuniti di luar hospital adalah kecil," kata kementerian kesihatan dalam satu kenyataan.
Kenyataan itu turut menasihatkan orang ramai supaya tidak berasa takut dan terus melakukan rutin harian seperti biasa.
Perniagaan seperti pusat beli-belah, restoran dan pawagam melaporkan penurunan jualan mendadak berikutan orang ramai mengelak daripada mengunjungi tempat-tempat tumpuan.
Lebih 54,000 pelancong asing membatalkan lawatan ke Korea Selatan sepanjang bulan ini, menurut Majlis Pelancongan Korea.
Susulan kritikan bahawa kerajaan gagal dalam tindak balas awalnya mengekang wabak MERS, sebuah hospital di Seoul ditutup buat sementara waktu ekoran fasiliti itu dibimbangi menjadi sumber jangkitan.
"Hospital Mediheal ditutup sehingga 23 Jun ini," kata seorang jurucakap pentadbiran bandar raya Seoul.
Sebelum ini, sejumlah 52 fasiliti kesihatan termasuk 18 di Seoul dan 16 di wilayah Gyeonggi terdedah kepada virus itu. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0613&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz3ctgTeR5l 
Hakcipta terpelihara 

Lelaki usap harimau ditahan polis


MEDHDI memasukkan tangannya ke dalam kandang seekor harimau jaguar di Taman Zoologi Nehru, India baru-baru ini.- AGENSI


NEHRUIN, India – Seorang lelaki yang menyogok penjaga zoo ditahan polis selepas klip video memaparkan aksinya mengusap seekor harimau jaguar dimuat naik di laman sosial Facebook baru-baru ini.
Areeb Taha Medhdi, 26, turut dituduh masuk ke kandang harimau itu secara haram di Taman Zoologi Nehru yang terletak di timur India.
Rakaman itu memaparkan Medhdi cuba memberi makan dan memasukkan tangan ke dalam mulut jaguar yang berada di dalam sebuah sangkar besi.

GAMBAR menunjukkan Medhdi menyentuh harimau itu.- AGENSI


Dia kemudiannya didakwa di bawah Akta Perlindungan Haiwan Liar India selepas berjaya dijejaki melalui akaun Facebook miliknya.
"Dia merakam klip video itu dan memuat naik ke laman Facebook miliknya," ujar Timbalan Pesuruhjaya Polis, Satyanarayana.
Selepas ditahan, Medhdi memberitahu dia menyukai haiwan dan merupakan peminat setia program Discovery Channel.
"Saya hanya mahu mengusap harimau itu," katanya. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0613&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz3ctf09zAi 
Hakcipta terpelihara 

Mangsa pemerdagangan manusia mati akibat kebuluran


KANGAR 12 Jun - Hasil bedah siasat ke atas 106 mayat mangsa sindiket pemerdagangan manusia dalam 'Ops Wawasan Khas' mendapati kebanyakannya menemui ajal dipercayai akibat kebuluran.
Ketua Polis Perlis, SAC Shafie Ismail berkata, kes itu diklasifikasikan sebagai kematian mengejut tanpa ada sebarang unsur jenayah.
Beliau berkata menerusi laporan bedah siasat oleh unit forensik Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar, Kedah yang diperoleh dua hari lepas juga mendapati ada mayat yang masih baharu dan ada juga yang meninggal dunia awal tahun lepas.
"Namun tempoh sebenar kematian perlu dirujuk semula oleh pihak hospital, forensik juga belum dapat memastikan kewarganegaraan mayat-mayat berkenaan yang ditemui dalam keadaan berkafan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan upacara serah terima tugas Ketua Cawangan Khas (KCK) Kontinjen Polis Perlis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis di sini hari ini.
Pada upacara itu, KCK Kontinjen Polis Perlis, Pemangku ACP Idris Mon yang akan bertukar ke IPK Perak menyerahkan tugasnya kepada Supt Ridzuan Abdul Aziz dari IPK Terengganu.
Shafie berkata, walaupun operasi menggali dan mengeluarkan rangka mayat mangsa sindiket pemerdagangan manusia dalam Ops Wawasan Khas itu sudah berakhir, kawasan berkenaan masih lagi dikawal anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) bagi mengelak kejadian sama berulang.
Beliau berkata, pihak polis akan mengadakan perbincangan dengan Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man bagi mencari kaedah terbaik supaya sempadan Malaysia-Thailand di Perlis tidak dicerobohi mana-mana sindiket pemerdagangan manusia.
Beliau berkata polis akan mengemukakan beberapa kaedah berkesan kepada kerajaan negeri berhubung dengan masalah pembolosan serta keselamatan di kawasan sempadan.
Polis menemukan sebanyak 139 kubur pelbagai saiz dan 28 kem transit pendatang asing dalam operasi di sepanjang 11 kilometer antara Tangga 100, sempadan Malaysia-Thailand sehingga ke Wang Kelian, Padang Besar sejak 25 Mei lalu. - BERNAMA
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/mangsa-pemerdagangan-manusia-mati-akibat-kebuluran-1.102123#sthash.4znBjoim.dpuf

Mayat bayi disembunyi dalam mesin basuh


Mayat bayi disembunyi dalam mesin basuh
JELI 12 Jun 2015 - Mayat bayi perempuan seberat 2.3 kilogram yang dijumpai di dalam plastik bungkusan sabun dan diletakkan di dalam mesin basuh di sebuah rumah di Kg. Lakota, di sini, hari ini. - UTUSAN/Zaain Zin
KOTA BAHARU 12 Jun - Mayat seorang bayi perempuan ditemui di dalam mesin basuh di sebuah rumah di Kampung Bukit Lakota, Jeli awal pagi tadi.
Penemuan mayat itu adalah hasil pengakuan seorang suspek berusia 23 tahun ketika dia mendapatkan rawatan selepas bersalin di Hospital Jeli.
Ketua Polis Daerah Jeli, DSP Mohd. Yusoff Jaafar berkata, bayi berkenaan ditemui anggota polis pada pukul 2.55 pagi setelah seorang jururawat membuat aduan.
"Suspek juga membuat pengakuan kepada doktor yang dia telah melahirkan bayi dan meletakkan bayi itu di dalam mesin basuh di rumahnya kerana menganggap bayi itu telah meninggal dunia," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata suspek kini dirawat di Hospital Tanah Merah.
Mohd. Yusoff berkata kes disiasat kerana menyembunyikan kelahiran. - BERNAMA
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/mayat-bayi-disembunyi-dalam-mesin-basuh-1.102136#sthash.wGjyAqEo.dpuf

4 PATI ditahan miliki pistol, 16 peluru


SALEHUDDIN ABDUL RAHMAN menunjukkan sepucuk pistol yang dirampas
SALEHUDDIN ABDUL RAHMAN menunjukkan sepucuk pistol yang dirampas daripada PATI dalam sidang akhbar di Sandakan, Sabah, semalam.
SANDAKAN 12 Jun – Empat pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Filipina termasuk tiga beranak ditahan kerana memiliki sepucuk pistol bersama 16 peluru hidup di sebuah rumah di Kampung Setinggan Bakau, Batu 3, dekat sini semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Salehuddin Abdul Rahman berkata, kesemua lelaki berusia antara 20 dan 53 tahun itu ditahan ekoran penemuan sepucuk pistol Colt 45 semi automatik bersama peluru di rumah terbabit dalam serbuan kira-kira pukul 4 pagi.
“Serbuan tersebut dilakukan berdasarkan hasil maklumat awam dan risikan pihak polis. Kesemua lelaki itu tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.
“Selain pistol dan peluru, polis turut merampas beberapa buah telefon bimbit milik empat PATI berkenaan,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Katanya, ujian air kencing yang dijalankan mendapati dua daripada suspek positif dadah jenis syabu.
Ujarnya, siasatan lanjut turut mendapati dua daripada mereka mempunyai rekod mengikut bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1953/63 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
“Polis masih menyiasat tempoh penglibatan kumpulan PATI ini menetap di kampung tersebut selain penglibatan mereka dalam beberapa kes jenayah dan narkotik.
“Semua mereka kini disiasat mengikut tiga kesalahan meliputi Seksyen 8(a) Akta Senjata Api 1960; Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1953/63 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” jelasnya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/4-pati-ditahan-miliki-pistol-16-peluru-1.102382#sthash.ejEQe05k.dpuf

Mangsa mati 
akibat kebuluran


SHAFIE ISMAIL (tengah) menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas antara Idris Mon (kiri) dengan Ridzuan Abdul Aziz di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perlis, Kangar, semalam. – Utusan/Muhamad Iqbal Rosli
KANGAR 12 Jun - Hasil bedah siasat ke atas 106 mayat mangsa sindiket pemerdagangan manusia dalam Ops Wawasan Khas mendapati kebanyakannya menemui ajal dipercayai akibat kebuluran.
Ketua Polis negeri, Pemangku Senior Asisten Komisioner Shafie Ismail berkata, kes itu diklasifikasikan sebagai kematian mengejut tanpa ada sebarang unsur jenayah.
Beliau berkata, menerusi laporan bedah siasat oleh unit forensik Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar, Kedah yang diperoleh dua hari lepas juga mendapati ada mayat yang masih baharu dan ada juga yang meninggal dunia awal tahun lepas.
“Namun tempoh sebenar kematian perlu dirujuk semula oleh pihak hospital, forensik juga belum dapat memastikan kewarganegaraan mayat-mayat berkenaan yang ditemui dalam keadaan berkafan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Ketua Cawangan Khas negeri yang baharu iaitu Superintenden Ridzuan Abdul Aziz daripada Pemangku Asisten Komisioner Idris Mon yang dinaik­kan pangkat sebagai Timbalan Ketua Cawangan Khas Kontinjen Perak.
Shafie berkata, walaupun operasi menggali dan mengeluarkan rangka mayat mangsa sindiket pemerdagangan manusia dalam Ops Wawasan Khas itu sudah berakhir, kawasan berkenaan masih lagi dikawal anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) bagi mengelak kejadian sama berulang.
Beliau berkata, pihak polis akan mengadakan perbincangan dengan Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man bagi mencari kaedah terbaik supaya sempadan Malaysia-Thailand di Perlis tidak dicerobohi mana-mana sindiket pemerdagangan manusia.
“Polis akan mengemukakan beberapa kaedah berkesan kepada kerajaan negeri berhubung dengan masalah pembolosan serta ke­selamatan di kawasan sempadan,” katanya.
Polis menemukan sebanyak 139 kubur pelbagai saiz dan 28 kem transit pendatang asing dalam operasi di sepanjang 11 kilometer antara Tangga 100, sempadan Malaysia-Thailand sehingga ke Wang Kelian, Padang Besar sejak 25 Mei lalu. – BERNAMA
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/mangsa-mati-8232-akibat-kebuluran-1.102440#sthash.wQs2QdFI.dpuf

Sorok mayat bayi 
dalam mesin basuh


13 Jun 2015 1:38 AM
Suspek

Suspek

JELI 12 Jun – Panik kerana melahirkan anak luar nikah, seorang pembantu kedai runcit nekad menyembunyikan bayi yang baharu dilahirkan di dalam sebuah mesin basuh lama di kediamannya di Kampung Bukit Lakota, di sini semalam.
Kejadian dikatakan berlaku kira-kira pukul 7.30 malam selepas wanita berusia 23 tahun itu melahirkan seorang bayi perempuan seberat 2.3 kilogram secara bersendirian tanpa pengetahuan keluarga.
Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Yusoff Jaafar ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan me­ngenai kejadian tersebut pada pukul 3.44 petang ini.
Menurut Yusoff, suspek men­dakwa bayi dilahirkannya sudah meninggal dunia kerana tidak bergerak dan tidak menangis menyebabkan dia membuat keputusan memasukkan anaknya itu ke dalam plastik sabun cuci pakaian yang kosong.
Ujarnya, plastik tersebut kemudiannya disorok di dalam mesin basuh yang rosak di belakang rumahnya.
“Beberapa jam selepas kejadian, suspek mengadu sakit perut kepada ibunya lalu dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. Doktor mendapati dia mengalami luka pada pangkal rahim akibat pendarahan yang teruk ketika proses bersalin.
“Suspek kemudi­an mengaku dia me­lahirkan bayi petang semalam. Dia ber­ang­gapan bayi yang dilahirkan tidak ber­nyawa berikutan tiada tangisan mahu pun sebarang pergerakan,” katanya di sini hari ini.
Yusuff berkata, susulan pengakuan suspek, polis menggeledah rumahnya petang ini dan menemukan mayat bayi berkenaan di dalam plastik sabun yang diikat dengan getah di dalam sebuah me­sin basuh.
Katanya, berdasarkan siasatan awal, pihaknya tidak menolak kemungkinan bayi tersebut sebenar­nya masih hidup ketika dilahirkan dan meninggal dunia akibat tidak dapat bernafas selepas dibungkus dalam plastik.
“Mayat bayi berkenaan dihantar ke Hospital Jeli untuk bedah siasat manakala suspek turut dirawat di hospital sama,” katanya sambil memberitahu kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/sorok-mayat-bayi-8232-dalam-mesin-basuh-1.102431#sthash.MndOatDG.dpuf

4 perompak larikan barang kemas RM450,000


KUALA LUMPUR 12 Jun – Sekumpulan empat lelaki bersenjata pistol berjaya melarikan lima dulang barang kemas yang dianggarkan bernilai RM450,000 dalam tempoh tiga minit daripada sebuah kedai emas di Jalan Maxwell, Rawang, dekat sini hari ini.
Mohd. Adnan Abdullah
Mohd. Adnan Abdullah
Dalam kejadian pada pukul 1.15 petang itu, empat penjenayah tersebut menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Estima sebelum tiga daripada mereka masuk ke dalam premis tersebut.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Mohd. Adnan Abdullah berkata, suspek bertindak memasuki premis berkenaan secara melulu dan kemudian mengacukan pistol kepada empat pekerja yang berada dalam kedai emas tersebut.
“Suspek yang memakai topeng ski dan sarung tangan kemudian mengarahkan pekerja premis ber­kenaan memasukkan barang kemas ke dalam karung yang dibawa mereka sebelum bertindak melarikan diri.
“Setakat ini, kita telah merakamkan percakapan semua pekerja kedai emas itu dan hasil siasatan lanjut juga mendapati premis tersebut tidak mempunyai khidmat pe­ngawal keselamatan. Siasatan lanjut termasuk menganalisis rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di premis berkenaan sedang dijalankan,” katanya dalam satu kenya­taan di sini.
Dalam pada itu, mengulas lanjut, Mohd. Adnan memberitahu, ketika kejadian tiada pelanggan dalam premis berkenaan.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 395 dan Seksyen 397 Kanun Keseksaan kerana melakukan rompakan secara berkumpulan serta bersenjata,” ujarnya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/4-perompak-larikan-barang-kemas-rm450-000-1.102486#sthash.btKea9Tp.dpuf