Search This Blog

Wednesday, June 10, 2015

'Dia tak mahu ikut balik kampung'

'Dia tak mahu ikut balik kampung'
Motosikal dinaiki mangsa. Gambar kecil: Muhamad Umar

SEREMBAN – Keengganan mengikut ahli keluarga pulang ke kampung halaman di Kuala Pilah seperti memberi isyarat dirinya akan pergi selama-lamanya.

Namun, itulah hakikat terpaksa diterima ahli keluarga Muhamad Umar Azmi, 16, yang maut selepas motosikal dinaikinya hilang kawalan dan terbabas di Jalan Sungai Ujong arah ke Sendayan berhampiran Kompleks Mahkamah Syariah di sini, kelmarin.

Kejadian kira-kira jam 9.20 malam itu berlaku, ketika mangsa  yang membonceng motosikal ditunggang rakannya Muhammad Syahmir Mohd Sani, 17,  dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Gadong Jaya di sini.

Ibu mangsa, Norlela Shafie, 45, berkata, kali terakhir dia bertemu dengan arwah pada Ahad lalu sebelum mereka sekeluarga pulang ke kampung halaman di Kuala Pilah.

“Tapi arwah tidak mahu pergi kerana dia baru sahaja mula bekerja sambilan di Terminal One bagi mengisi waktu cuti persekolahan.

“Saya izinkan lagipun kami pulang sekejap sahaja dan petang tadi (kelmarin) sudah balik semula ke Seremban. Tapi ketika mahu makan malam, saya tergamam apabila diberitahu dia kemalangan,” katanya.

Menurutnya, dia terus bergegas ke lokasi bagi melihat kejadian yang berlaku namun sebaik sampai arwah sudah pun meninggal dunia.
Kata Norlela, arwah merupakan anak kelima daripada tujuh beradik dan pemergiannya sangat memberi kesan kepada kembarnya.

“Arwah dan abang kembarnya sangat rapat, tapi abang tak kerja kerana kurang sihat. Ketika kejadian dia dalam perjalanan mahu pulang ke rumah, tapi malangnya kami tak sempat jumpa dia,” katanya ketika ditemui di Forensik Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) di sini.

Malah suasana pilu menyelubungi bilik Forensik HTJ apabila kembarnya pengsan dan terpaksa dipapah ahli keluarga masuk ke dalam kereta selepas tidak dapat menahan kesedihan melihat keadaan mayat arwah.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun berkata, siasatan awal di lokasi kejadian mendapati, ketika itu mangsa menaiki motosikal jenis Demak ditunggang rakannya dalam perjalanan menuju ke Sendayan.

“Sejurus sampai ke lokasi motosikal dinaikinya dipercayai hilang kawalan dan terbabas ke bahu jalan sebelah kiri lalu melanggar pula tiang papan tanda jalan.

“Kejadian itu mengakibatkan Muhamad Umar terpelanting dan meninggal dunia di tempat kejadian akibat edera parah manakala rakannya mengalami cedera ringan dan dikejarkan ke HTJ,” katanya.

Muhamad Zaki berkata, polis masih menjalankan siasatan berhubung kejadian itu dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Operasi SAR mangsa gempa dihentikan

RABU, 10 JUN 2015 @ 11:03 AM

GAMBAR pada Sabtu lalu menunjukkan helikopter milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Sabah Air bersedia menunggu arahan di padang Kundasang, untuk misi menyelamat pendaki yang masih terperangkap di Gunung Kinabalu berikutan kejadian gempa bumi berlaku di daerah Ranau, Sabah. - Foto BERNAMA

 KOTA KINABALU: Operasi mencari dan menyelamat mangsa gempa bumi di Gunung Kinabalu, Ranau dihentikan hari ini. Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman, berkata operasi yang bermula sejak 5 Jun lalu itu dihentikan selepas dua mayat terakhir dikenal pasti.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/60406

47 nelayan asing didakwa pindah ikan tanpa kebenaran

RABU, 10 JUN 2015 @ 3:53 PM

KOTA TINGGI: Seramai 47 anak kapal daripada dua kapal nelayan asing dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini hari ini terhadap dua pertuduhan memunggah ikan dari kapal penangkapan ikan asing di perairan perikanan negara ini tanpa kebenaran Jabatan Perikanan di Tanjung Penyusop Sungai Rengit, pada 9 Mei lalu.

 Sembilan tertuduh adalah kapten dan awak-awak bot tunda serta tongkang Asia Link yang menerima ikan daripada kapal FV Perlon yang membawa 38 anak kapal termasuk nakhoda, dalam kejadian pada jam 1.18 petang itu.

 Semua 30 warganegara Indonesia, Senegal (tujuh), Chile (enam), India (dua) dan masing-masing seorang warganegara Singapura serta Bangladesh itu mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah termasuk menggunakan khidmat seorang penterjemah bahasa Sepanyol dan Perancis.

 Semua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 15(2) dan Seksyen 20 Akta Perikanan 1985 yang membawa hukuman denda sehingga RM1 juta bagi nakhoda kapal dan RM100,000 bagi setiap anak kapal, jika sabit kesalahan.

Hakim Salawati Djambari memerintahkan semua tertuduh dikenakan ikat jamin sebanyak RM50,000 setiap seorang dengan dua penjamin rakyat tempatan, selain pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah sehingga selesai kes berkenaan.

Mahkamah menetapkan 8 Julai ini sebagai tarikh sebutan semula kes anak kapal dan kapten bot tunda dan tongkang Asia Link, manakala 2 Julai untuk awak-awak dan anak kapal PV Perlon.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/60472

Hukuman 1,000 sebatan terhadap blogger kekal

Hukuman 1,000 sebatan terhadap blogger kekal
Raif Badawi

JEDDAH - ARAB SAUDI. Mahkamah Tinggi Arab Saudi mengekalkan hukuman 1,000 sebatan dan 10 tahun penjara terhadap blogger, Raif Badawi.

Menurut laporan CNN, kakak blogger, Samar Badawi datang ke mahkamah selepas mendengar rayuan hukuman tersebut ditolak.

Badawi yang dipenjara sejak tahun 2012 didapati bersalah melanggar undang-undang informasi teknologi Arab saudi dan menghina agama Islam melalui laman sesawang beliau, Saudi Arabian Liberals.

Badawi disebat sebanyak 50 kali pada satu-satu masa, berterusan selama 20 minggu.

Hukuman sebatan tersebut dikecam dan dibantah oleh kumpulan hak asasi manusia.

"Menyebat aktivis yang meluahkan pendapatnya di tempat awam memberi mesej buruk," kata Human Rights Watch.

Timbalan Pengarah Amnesty, Said Boumedouha pula menggesa Raif dibebaskan segera.

"Kesihatan Raif teruk dan dia tak mampu jalani hukuman sebat," kata isteri Raif, Ensaf Haidar.

Sementara itu, Amerika Syarikat pula menyarankan supaya Arab Saudi menarik balik hukuman tersebut.

Dua mangsa gempa bumi warga Singapura ditemui

gempa bumi
Dua mayat mangsa gempa bumi berjaya dikeluarkan oleh pasukan penyelamat di Laban Rata Gunung Kinabalu. - Foto Bernama

KOTA KINABALU - [DIKEMASKINI] Polis Sabah mengesahkan dua mangsa warga Singapura yang dilaporkan hilang dalam gempa bumi di Ranau pada Jumaat lalu telah ditemui berdasarkan pengecaman cebisan mayat yang dilakukan oleh pasukan Pengecaman Mangsa Bencana (DVI).

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, daripada cebisan yang ditemui di Gunung Kinabalu itu, ia ditandakan satu persatu dengan kerjasama daripada DVI Malaysia dan Singapura.

Beliau berkata, daripada DVI itu polis mengesahkan ia adalah milik kepada mangsa yang hilang iaitu Navdeep Singh Jayrol s/o Raj Kumar, 13, dan Mohamad Ghazi Mohammed, 35.

"Cuma cebisan mayat itu tidak boleh diserahkan lagi sehingga kami buat DNA. Keluarga mangsa telah pun menghantar sample darah, lemak daripada kakak, adik ke Hospital Queen. Kami telah menghantar kepada Jabatan Kimia untuk mendapat pengesahan sepenuhnya," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah, di sini, hari ini.

Oleh itu, katanya operasi mencari dan menyelamat dalam Op Gempa yang bermula pada 5 Jun lalu ditamatkan hari ini berikutan penemuan itu namun pusat operasi akan dibuka semula sekiranya berlaku gegaran.

Jalaluddin berkata, jumlah mangsa gempa bumi sehingga hari ini adalah 18 orang dan daripada jumlah itu - Singapura (10), Malaysia (enam), Jepun (satu) dan China (satu).

Beliau berkata, 14 daripada mayat itu sudah dikenal pasti dan diserahkan kepada anggota keluarga masing-masing manakala dua mayat warga Jepun dan China belum dibedah siasat.

"Kedua-dua mayat itu akan dibedah siasat apabila keluarga mangsa sampai, yang dijangka tiba hari ini," katanya.

Dalam kejadian pada 7.15 pagi Jumaat lepas, gempa bumi berukuran 5.9 pada skala Richter itu merupakan gempa terkuat yang pernah dialami Malaysia setakat ini.

Di SINGAPURA, Kementerian Pendidikan (MOE) republik itu mengumumkan kerajaan Malaysia telah mengesahkan dua warganya yang hilang, Navdeep Singh Jaryal dan Mohammad Ghazi antara mangsa yang terkorban di Gunung Kinabalu dalam gempa bumi yang menggegarkan Sabah Jumaat lepas.

MOE dalam kenyataan berkata, waris kedua-dua mangsa telah dimaklumkan.

Mayat mangsa akan dihantar ke Singapura sebaik ujian lanjut forensik dijalankan. Ia dijangka mengambil sedikit masa.

"Kami akan terus memberi sokongan kepada keluarga mangsa dalam masa yang sukar ini," kata MOE.

MOE juga merakamkan penghargaan yang mendalam kepada Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera dan pihak berkuasa lain yang menghulurkan sokongan dan bantuan serta individu yang turut tampil menyertai usaha mencari, menyelamat dan pemulihan pelajar dan guru warga Singapura. - Bernama

Agensi cari jodoh disaman RM2.4 juta


Sebahagian gadis menjalani proses temu duga dengan kaunselor perkahwinan
Sebahagian gadis menjalani proses temu duga dengan kaunselor perkahwinan dan ahli psikologi bagi membolehkan mereka mencari pasangan yang sesuai . AGENSI
BEIJING 9 Jun – Seorang ahli perniagaan China bertindak memfailkan saman terhadap sebuah agensi mencari jodoh di sini selepas firma itu gagal menemukannya dengan calon isteri yang masih ‘dara, comel, dan muda’ selepas membayar sebanyak tujuh juta yuan (RM4.2 juta) sebagai upah perkhidmatan mereka.
Lelaki yang berusia dalam lingkungan 40-an dan hanya dikenali sebagai Zhang itu, nyata tidak berpuas hati dengan lapan calon yang disediakan agensi beribu pejabat di Shanghai tersebut yang mengaturkan sesi janji temunya dengan gadis yang dipilih menerusi uji bakat di seluruh negara.
Sebuah mahkamah pada Khamis lalu memutuskan, agensi temu jodoh itu perlu membayar sejumlah empat juta yuan (RM2.4 juta) sebagai pampasan kepada ahli perniagaan tersebut, lapor People’s Daily Online yang dipetik portal Mail Online.
Bakal-bakal calon akan ditemuduga oleh kaunselor perkahwinan dan ahli psikologi yang dilantik syarikat itu di tiga buah bandar raya dan iklan tentang calon-calon berkenaan akan disiarkan di dalam akhbar, Internet dan televisyen, sebagai sebahagian daripada kontrak yang ditandatangani antara Zhang dan agensi yang tidak dinyatakan tersebut.
Zhang dilapor mencari wanita yang masih ‘dara dan comel’ berumur antara 20 dan 28 tahun dan mempunyai ketinggian antara 1.6 meter dan 1.7 meter.
Syarikat itu menjelaskan bahawa pihaknya akan memulangkan sebahagian daripada wang berkenaan sekiranya mereka gagal mencari teman wanita yang dikehendaki ahli perniagaan tersebut selepas tempoh dua tahun.
Bagaimanapun, Zhang menuntut bayaran balik dalam jumlah penuh dan mendakwa syarikat itu di mahkamah pada tahun lalu selepas agensi terbabit gagal mencari gadis pilihan hatinya.
Mahkamah pada awalnya memutuskan Zhang hanya layak menerima bayaran balik sebanyak 1.3 juta yuan (RM788,647) sebagaimana yang dinyatakan dalam kontrak itu, namun dia berjaya dalam rayuannya untuk mendapat pampasan yang lebih banyak.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/agensi-cari-jodoh-disaman-rm2-4-juta-1.100926#sthash.MM7RQSMo.dpuf

Budak di dalam beg


Sebulan selepas cuba diseludup dalam bagasi ke Sepanyol
10 Jun 2015 12:22 AM

Adou Ouattara cuba diseludup masuk ke Sepanyol menggunakan beg pakaian pada bulan lepas oleh seorang wanita tidak dikenali. Agensi 


MADRID 9 Jun - Seorang budak berusia lapan tahun dari Ivory Coast yang cuba diseludup ke Sepanyol oleh seorang wanita warga Maghribi dalam sebuah beg pakaian pada bulan lepas, akhirnya dipertemukan semula dengan ibunya.
Menurut laporan Daily Mail, Adou Ouattara ditemui pihak berkuasa ketika mengimbas sebuah beg pakaian pada 7 Mei lalu di Ceuta, sebuah kawasan autonomi Sepanyol di Afrika Utara.
Imejnya dikesan dalam beg pakaian berkenaan ketika beg itu diimbas polis, mengejutkan ramai pihak, sekali gus menunjukkan sejauh mana terdesaknya kumpulan migran untuk masuk ke Eropah.
Ouattara akhirnya dipertemukan dengan ibunya dalam suasana penuh emosi beberapa hari lalu, selepas pihak berkuasa Ceuta menjalankan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) bagi membuktikan hubungan anak-beranak itu.
Sebelum itu, Ouattara telah diberi permit penempatan sementara selama setahun oleh kerajaan Sepanyol sehingga pihak berkuasa dapat menyiasat kejadian tersebut.
Bapa Ouattara yang mengupah khidmat sebuah agensi untuk menyeludup anaknya itu ke Sepanyol, turut ditahan atas dakwaan sama.
Ouattara mendakwa dia langsung tidak tahu tentang rancangan membawa masuk anaknya dalam beg pakaian kerana beranggapan anaknya akan melalui proses sah menggunakan visa yang sudah diperoleh.
Justeru, peguam yang membela keluarga itu yakin hakim akan menerima penjelasan bapa kanak-kanak itu, sekali gus membebaskannya supaya keluarga itu dapat kembali bersatu.
Lelaki tersebut juga telah diikat jamin oleh keluarganya.
Bapa kanak-kanak itu tinggal secara sah di Canary Island hampir tujuh tahun lalu, sebelum membawa masuk isterinya ke Sepanyol baru-baru ini dan sedang dalam proses membawa dua orang anaknya ke situ itu setelah mendapatkan visa.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/budak-di-dalam-beg-1.100930#sthash.twWECk1O.dpuf

Berang disaman, lelaki maki polis


HULU LANGAT 9 Jun – Seorang lelaki berusia 48 tahun menerima padah apabila diheret ke balai untuk siasatan selepas memaki hamun seorang anggota polis trafik Jalan Bangi-Semenyih, Kajang di sini semalam.
Kejadian itu berlaku kira-kira pukul 5.45 petang semasa anggota trafik berusia 28 tahun bersama rakan setugas sedang menjalankan rondaan di sekitar kawasan berkenaan.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab. Rashid Ab. Wahab berkata, sebaik sahaja tiba di satu lampu isyarat, anggota trafik terlibat telah menahan sebuah kereta Proton Iswara yang dipandu suspek.
“Hasil pemeriksaan mendapati lampu brek pada kereta tidak berfungsi. Anggota trafik berkenaan kemudian mengeluarkan saman kepada lelaki itu.
“Namun, lelaki tersebut naik berang dan bertindak memaki hamun anggota trafik yang menjalankan tugas,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Tambah Ab. Rashid, lelaki tersebut dikesan mengeluarkan kata-kata kesat termasuk dalam bahasa Cina terhadap anggota polis terlibat.
“Tersentak dengan tindakan itu, polis trafik menahannya dan membawa ke balai untuk siasatan.
“Suspek kini ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955,” ujarnya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/berang-disaman-lelaki-maki-polis-1.100989#sthash.wroW1G6e.dpuf

SPRM tahan dua warga emas tipu jual beli tanah di Gombak


KUALA LUMPUR 9 Jun – Dua lelaki warga emas termasuk seorang bekas penjawat awam yang dipercayai giat menipu orang ramai dalam urusan jual beli tanah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Gombak dekat sini, semalam.
Menurut sumber, kedua-dua lelaki berkenaan yang berumur lewat 50-an dan 60-an itu ditahan kerana dipercayai terlibat dalam sindiket menipu dan mempengaruhi orang ramai untuk membeli tanah di kawasan Gombak.
Tambahnya, mereka ditahan semalam dan SPRM telah mendapatkan perintah reman mulai hari ini untuk siasatan lanjut.
“Kedua-dua lelaki itu dipercayai meminta wang kira-kira RM600,000 daripada tiga pembeli.
“Mereka ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini untuk membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini.
Sumber memberitahu, SPRM sedang menyiasat perkara itu secara menyeluruh termasuk mengenal pasti tempoh penglibatan suspek dalam kes berkenaan di bawah Akta SPRM 2009.
“Mereka ditahan hasil maklumat yang diperoleh daripada orang ramai.
“Kita percaya mereka hanya menjadi orang tengah dalam kes ini,” ujarnya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/sprm-tahan-dua-warga-emas-tipu-jual-beli-tanah-di-gombak-1.101007#sthash.kfjvZjAQ.dpuf

Sindiket tumpas di Kulaijaya


Kegiatan pemalsuan cukai jalan aktif di empat negeri

RAZAK MD. SAID (dua dari kiri) menunjukkan barangan yang dirampas
RAZAK MD. SAID (dua dari kiri) menunjukkan barangan yang dirampas daripada suspek di IPD Kulaijaya, Johor, semalam. UTUSAN/AMIN FARIJ HASAN
KULAIJAYA 9 Jun - Polis menumpaskan sindiket pemalsuan cukai jalan kende­raan setelah menahan seorang individu dalam serbuan di sebuah rumah di sini, Selasa lalu.
Ketua Polis Daerah, Superintenden Razak Md. Said berkata, lelaki berusia 36 tahun yang dipercayai ahli sindiket berkenaan ditahan dalam satu serbuan pada pukul 8.45 malam.
“Turut dirampas ialah beberapa barangan yang dipercayai digunakan kegiatan tersebut seperti sebuah komputer, mesin pencetak dan pengimbas serta 41 dokumen cukai jalan kende­raan yang dipercayai palsu.
“Dengan tertangkapnya individu itu, kita berjaya menumpaskan sindiket pemalsuan cukai jalan kenderaan yang beroperasi di ne­geri ini, Selangor, Melaka dan Ne­geri Sembilan sejak setahun lalu,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulaijaya hari ini.
Razak berkata, semakan mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah dan lelaki itu kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Dalam kes berasingan, beliau berkata, polis berjaya mematahkan kegiatan pengedaran dadah selepas menahan seorang lelaki dan wanita di sebuah rumah Khamis lalu.
Katanya, lelaki yang bekerja sebagai ejen syarikat menjual pasir berusia 38 tahun dan wanita ber­usia 23 tahun itu ditahan dalam serbuan yang diadakan pada pukul 12 tengah malam.
“Pemeriksaan polis menemui ketulan daun kering seberat 186.77 gram disyaki ganja. Turut ditemukan ialah dadah dipercayai syabu seberat 56 gram dan sebiji pil eri­min 5 dan wang tunai RM6,750 dipercayai dari hasil jualan dadah,” katanya.
Beliau berkata, polis percaya dadah berkenaan untuk tujuan edaran di sekitar kawasan Nusajaya.
“Hasil pemeriksaan mendapati lelaki berkenaan positif dadah jenis methamphetamine dan kedua-dua suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/sindiket-tumpas-di-kulaijaya-1.101012#sthash.8c9s84AG.dpuf

Rasuah: 4 pegawai imigresen ditahan reman


IPOH 9 Jun - Empat pegawai imigresen ditahan reman tujuh hari bagi membantu siasatan kes berhubung dakwaan meminta dan menerima suapan kira-kira RM12,000 terhadap tahanan pemegang kad Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) di Depot Tahanan Langkap, sejak November tahun lalu.
Perintah tahanan reman itu yang berkuat kuasa hari ini, dikeluarkan oleh Majistret Nurul Asyifa Redzuan di Mahkamah Majistret di sini bagi membolehkan siasatan mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009 dijalankan.
Ini bagi membolehkan untuk mengesan rantaian sindiket berkenaan yang didakwa melibatkan orang tengah termasuk rakan-rakan suspek yang turut dikatakan menerima agihan suapan tersebut.
Sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberitahu, pihaknya percaya sekurang-kurangnya 10 tahanan pemegang kad UNHCR telah menjadi mangsa kepada sindiket berkenaan melibatkan etnik Rohingya dan Chin dari Myanmar, Yemen dan Iran.
Menurutnya, sindiket tersebut yang turut dipercayai mempunyai rangkaian di negeri Pahang, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur, disyaki telah meminta wang suapan sebagai balasan untuk membebaskan tahanan-tahanan di depot berkenaan.
Modus operandinya ialah dengan meminta suapan daripada waris serta kenalan tahanan berkenaan di negara ini untuk dimasukkan ke dalam sebuah akaun bank yang diurus serta diagihkan wangnya oleh orang tengah.
“Hasil siasatan mendapati ada antara tahanan ini yang ditahan sehingga dua tahun tanpa dimaklumkan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
“Malahan, antara empat suspek ditahan itu, ada yang sengaja mematahkan kad UNHCR pelarian berkenaan untuk menyumbat mereka ke dalam tahanan,” katanya.
Sehubungan itu, katanya, keempat-empat suspek berkenaan yang berusia dalam lingkungan umur 30-an telah ditahan di depot tersebut pada pukul 11 pagi semalam.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/rasuah-4-pegawai-imigresen-ditahan-reman-1.101118#sthash.btWFAIHU.dpuf

Dua penjenayah khayal gagal larikan diri diberkas


Anggota-anggota polis memeriksa kereta yang digunakan oleh dua
ANGGOTA-ANGGOTA polis memeriksa kereta yang digunakan oleh dua penjenayah untuk melarikan diri setelah cuba menyamun seorang mangsa di Jalan Datuk Tawi Sli, di Kuching, Sarawak, semalam. IHSAN PDRM
KUCHING 9 Jun – Dua penjenayah yang masih dalam keadaan khayal gagal melarikan diri daripada peronda polis apabila kereta Perodua Kancil dinaiki mereka terbabas ma­suk ke dalam longkang berhampiran Jalan Datuk Tawi Sli, di sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi itu, suspek yang merupakan seorang lelaki berusia 32 tahun dan wanita 24 tahun sebelum itu dikatakan cuba menyamun seorang lelaki di Jalan Satok menggunakan kereta bernombor pendaftaran palsu.
Bagaimanapun, mangsa sempat melarikan diri dan terserempak dengan peronda polis berhampiran kawasan kejadian.
Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintenden Fauzilan Abdul Aziz berkata, bertindak atas maklumat itu, anggota peronda kemudian berusaha mengesan suspek dan terjumpa dengan kereta terlibat berhampiran Jalan Green sebelum mereka melarikan diri.
“Pihak peronda dengan bantuan empat buah kenderaan pelbagai guna (MPV) polis terpaksa mengejar kereta suspek.
“Apabila tiba di Jalan Datuk Tawi Sli, kereta dipandu suspek lelaki itu hilang kawalan lalu terbabas ke dalam longkang di tepi jalan dan menyebabkan kedua-dua mereka ditahan polis,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini.
Beliau memberitahu, pemeriksaan lanjut dalam kereta berkenaan menemukan sebilah pedang samurai yang diletakkan di bawah tempat duduk penumpang hadapan.
“Semakan mendapati lelaki itu mempunyai lima kes berkaitan dadah manakala perempuan pula dua kes dadah. Mereka direman selama dua hari bagi membantu siasatan,” katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/dua-penjenayah-khayal-gagal-larikan-diri-diberkas-1.101014#sthash.Rx9oGPG4.dpuf

Pelancong wanita berbogel ditahan


TAWAU 9 Jun - Polis menahan seorang pelancong wanita yang dipercayai berbogel di Gunung Kinabalu pada 31 Mei lalu di Lapangan Terbang Tawau, hari ini.
Pelancong berusia 20-an yang dikatakan dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dari Tawau itu ditahan kira-kira pukul 11.30 pagi.
Pemangku Ketua Polis Daerah, Superintenden Keong Ho Eng yang mengesahkan mengenai penahanan itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenainya.
Sementara itu, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman dalam kenyataan menerusi aplikasi whatsapp berkata, pihaknya akan melakukan sidang akhbar mengenai perkara itu pada hari Khamis ini.
Semalam, seorang lelaki Eropah berusia 38 tahun ditahan pihak berkuasa di Lapangan Terbang Antarabangsa Terminal Dua Kota Kinabalu pada pukul 4.10 petang.
Penahanan suspek berkenaan dilakukan selepas dia tiba dari Tawau sebelum meneruskan perjalanan ke Filipina.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/pelancong-wanita-berbogel-ditahan-1.101173#sthash.656pCepI.dpuf

12 militan Maoist terbunuh diserang polis


NEW DELHI 10 Jun - Seramai 12 anggota kumpulan militan Maoist terbunuh dalam satu pertempuran bersama anggota polis di timur India awal Selasa lalu, kata seorang pegawai kanan polis.
Tiada pegawai polis yang di dapati cedera dalam pertempuran bersenjata itu, yang mana bermula sejurus selepas tengah malam di daerah Palamu dan berlangsung lebih daripada dua jam, kata seorang pegawai polis daerah Jharkhand, S.N. Pradhan.
Polis telah meninjau jalan raya yang dikenal pasti menjadi laluan pemberontak, setelah menerima satu tip yang mana mereka akan tiba, kata Mr. Pradhan.
Katanya, kumpulan pemberontak Maoists yang mula-mula melakukan serangan. - Agensi
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/12-militan-maoist-terbunuh-diserang-polis-1.101228#sthash.ngWjm44V.dpuf

Seorang mati, 13 cedera, rusuhan di Penjara Songkhla


SONGKHLA 10 Jun - Seorang banduan terkorban dan 13 orang lain cedera, termasuk lima anggota pengawal penjara, dalam satu rusuhan di sebuah penjara di Songkhla, Thailand kelmarin.
Sekurang-kurangnya 200 banduan dilaporkan naik berang dengan keadaan penjara yang terlalu sesak dan undang-undang yang terlalu ketat bagi mengesan dadah dan telefon bimbit.
Rusuhan itu berlaku pada pukul 8 pagi waktu tempatan dan berakhir pada petang semalam selepas pegawai bersetuju dengan permintaan banduan termasuklah menambah baik sel penjara dan satu panggilan untuk gabenor Songkhla bagi menukarkan ketua penjara, Piratpon Wongwet melalui surat layang yang diberikan. - Agensi
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/seorang-mati-13-cedera-rusuhan-di-penjara-songkhla-1.101229#sthash.a0ag9CHX.dpuf