Search This Blog

Tuesday, June 9, 2015

Gempa 5.9 magnitud landa timur laut Jepun

ISNIN, 8 JUN 2015 @ 2:24 PM

 TOKYO: Gempa bumi berukuran 5.9 magnitud melanda perairan timur laut Jepun sebentar tadi namun tiada amaran tsunami dikeluarkan. Gempa dilaporkan di kedalaman 80 kilometer (km) dan berpusat di 132 km utara Hachinohe, di Kepulauan Honshu, demikian menurut Agensi Penyelidikan Geologikal Amerika Syarikat (USGS). - Reuters

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/60036

Lelaki 80 tahun mangsa terbaharu MERS meninggal dunia


SEOUL: Seorang lelaki Korea Selatan berusia 80 tahun yang disahkan positif dijangkiti wabak Sindrom Pernafasan Asia Barat (MERS) meninggal dunia hari ini, demikian menurut pihak berkuasa di Bandar Daejeon.
Kes kematian terbaharu ini menjadikan jumlah kematian akibat MERS di Korea kini meningkat kepada enam orang.
Lelaki berkenaan menghidap pneumonia apabila dia disahkan dijangkiti virus itu dari seorang pesakit di sebuah hospital.
Setakat ini, Korea Selatan dilaporkan sudah mempunyai 87 kes dijangkiti MERS. - Reuters