Search This Blog

Monday, June 8, 2015

Pengurus bot persiaran karam mohon maaf terbuka

Pengurus bot persiaran karam mohon maaf terbuka
Jiang Zhao memohon maaf secara terbuka

WUHAN - CHINA. Wakil rasmi dan pengurus Chongqing Dongfang Shipping Corporation iaitu syarikat yang bertanggungjawab mengendalikan kapal persiaran Eastern Star yang karam baru-baru ini memohon maaf secara terbuka.

Menurut NetEase, Jiang Zhao memohon maaf kepada mangsa dan keluarga yang terlibat dalam nahas berkenaan melalui satu temubual khas bersama media China.

Tambahnya lagi, pihaknya memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa dalam menjalankan siasatan dan mengenal pasti maklumat penumpang.

Setakat ini, ratusan mayat yang dikeluarkan dari kapal Eastern Star menjadikan angka korban tragedi kapal karam itu melebihi 400 orang, menurut badan penyiaran China, ketika pasukan bantuan bencana memperluaskan pencarian di Sungai Yangtze untuk puluhan lagi mangsa yang hilang.

Kapal yang membawa lebih 450 penumpang dan anak kapal itu dalam pelayaran dari Nanjing ke Chongqing apabila ia karam ketika ribut lewat Isnin lalu.

6 maut wabak Mers di Korea Selatan

Pelajar
Pelajar memakai topeng muka sebagai langkah pencegahan.

SEOUL - KOREA SELATAN. Korea Selatan hari ini mengesahkan 6 kematian membabitkan wabak Sindrom Pernafasan Timur Tengah (Mers) dan meningkatkan langkah-langkah keselamatan dalam menangani wabak yang turut menyebabkan berpuluh yang lain dijangkiti.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Korea Selatan, seorang warga emas berusia 80 tahun penghidap pneumonia disahkah positif virus minggu lalu adalah mangsa terbaru korban yang menjadikan kematian seramai 6 orang.

Memetik laporan AP, seramai 87 orang dijangkiti Mers setakat ini sejak wabak itu melanda Korea Selatan bulan lepas.

Sementara irtu, 1870 sekolah telah ditutup dan lebih daripada 2,000 orang telah dikuaratin di rumah masing-masing.

Kes pertama dikesan di negara itu ada 20 Mei lalu selepas seorang lelaki pulang daripada kunjungan perniagaan di Timur Tengah.

Kapal karam: 403 mayat ditemui, lapan masih hilang

kapal karam
Seorang anggota penyelamat melontarkan bunga ke kapal persiaran Eastern Star selepas kapal tersebut berjaya diapungkan. - Foto Reuters

WUHAN - CHINA. Sebanyak 403 mayat dilaporkan ditemui sehingga hari ini, seminggu selepas kapal persiaran Eastern Star dilaporkan karam di sebuah sungai di daerah Yangtze, Isnin lepas.

Menurut CNN, hanya 14 penumpang kapal tersebut berjaya diselamatkan manakala lapan lagi masih belum ditemui.

Pasukan pencari dan penyelamat kini meluaskan lagi kawasan carian, meliputi lebih 600 batu dari kawasan kapal tersebut dilaporkan karam.

Operasi tersebut kini melibatkan lebih 3,400 tentera, 150 kapal penyelamat dan 1,700 sukarelawan tentera.

Kapten kapal dan ketua jurutera yang berada di bawah tahanan polis sejak diselamatkan minggu lalu memberitahu puting beliung telah melanda kapal penumpang berkenaan.

Terbaru, Wakil rasmi dan pengurus Chongqing Dongfang Shipping Corporation, syarikat yang bertanggungjawab mengendalikan kapal tersebut telah memohon maaf secara terbuka.

[ ARTIKEL BERKAITAN: Pengurus bot persiaran karam mohon maaf terbuka ]

Kapal yang membawa lebih 450 penumpang dan anak kapal itu dalam pelayaran dari Nanjing ke Chongqing ketika kejadian berlaku.

Pesawat patah balik sebab lebah

Pesawat patah balik sebab lebah

SOUTHAMPTON - BRITAIN. Sebuah pesawat syarikat Flybe terpaksa berpatah balik ke lapangan terbang selepas lebah terperangkap di dalam salah satu peralatan di dalam pesawat itu.

Penerbangan BE384 yang dalam penerbangan dari Southampton ke Dublin tertangguh selama dua jam.

Jurucakap berkata Flybe mengesahkan bahawa penerbangan BE384 terpaksa berpatah balik ke Southampton kerana disyaki mempunyai masalah teknikal.

"Semasa pemeriksaan, jurutera syarikat mendapati masalah teknikal itu adalah disebabkan lebah telah mengerumini salah satu daripada peralatan di luar pesawat," katanya dipetik BBC.

Pencuri dibelasah 9 jam kerana curi anjing

Pencuri dibelasah 9 jam kerana curi anjing
Pencuri yang dibelasah 9 jam.

HUNAN - CHINA. Dua orang pencuri ditangkap oleh penduduk kampung di sini terpaksa menahan azab diikat dan dibelasah selama 9 jam malah bintang yang dicuri mereka turut diikat di leher.

Menurut laporan Poeple Daily, kejadian itu berlaku di sebuah perkampungan di Yizhang, wilayah Hunan.

Kedua-dua lelaki terbabit ditahan pada jam 7 pagi Khamis bersama-sama dengan beberapa ekor anjing yang telah dibunuh dipercayai untuk mengambil dagingnya.

Berang dengan perilaku kedua-dua pencuri itu, penduduk kampung berkenaan mengambil tindakan sendiri dengan memukul dan mengikat mereka bersama anjing yang dicuri.

Polis tiba di tempat kejadian kemudiannya untuk membawa kedua-dua suspek ke balai polis, namun tindakan anggota itu dihalang beberapa penduduk kampung yang meminta pampasan sebanyak 1 juta Yuan (RM600,000).

Bagaimanapun, tuntutan penduduk kampung tersebut tidak munasabah dan menyebabkan mereka kemudiannya bertindak menyekat kereta polis dengan batu dan berbaring di hadapan kereta polis untuk menghalang pencuri itu dibawa pergi.

Situasi tersebut berjaya ditenangkan, menurut satu kenyataan oleh Biro Keselamatan Awam, pegawai polis berkenaan telah menjalankan tugas mengikut prosedur yang betul sewaktu diserang.

Sebelum ini, beberapa bulan lepas, seorang kanak-kanak berusia 10 tahun di perkampungan Guangxi dipaksa untuk melutut, dicampak ke ladang babi dan direndam di dalam air sejuk sebagai hukuman mencuri RM 20,000 yuan (RM12,096).

Padah curi jam Omega pelancong

Mahkamah

KUALA LUMPUR - Akibat mencuri seutas jam tangan jenama Omega milik seorang pelancong, seorang petugas kemasan hotel dipenjara empat hari dan denda RM8,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Majistret Muhamad Faizal Ismail menjatuhi hukuman tersebut terhadap Mohd Jazrul Abdul Rahim, 37, setelah dia mengaku bersalah mencuri jam tangan bernilai RM20,580 itu milik pelancong Cina, Xu Runcheng, empat hari lalu.
  
Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman bermula dari tarikh dia ditangkap pada 4 Jun lepas dan mengembalikan jam tangan tersebut kepada mangsa.
  
Mahkamah juga memerintahkan tertuduh dipenjara 10 bulan jika gagal membayar denda. Tertuduh gagal membayar denda itu.
  
Mohd Jazrul didakwa melakukan kesalahan itu di Bilik Nombor 716, Hotel Geo, Jalan Hang Kasturi, di sini pada jam 11.30 pagi, 4 Jun lalu.
  
Dia didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum sepuluh tahun dan boleh juga dikenakan denda.
  
Mengikut fakta kes, mangsa tertinggal jamnya di hotel selepas dia mendaftar keluar dari hotel tersebut.
  
Mangsa kemudian kembali semula ke hotel setelah menyedari ketiadaan jam itu namun gagal menemui jam itu. Hasil siasatan polis mendapati tertuduh mencuri jam tersebut.
  
Ketika rayuan tertuduh yang diwakili peguam Zulkifli Awang memohon mahkamah menjatuhi hukuman ringan dengan alasan tertuduh telah insaf dengan perbuatannya selain tertuduh yang masih bujang perlu menanggung ibu bapanya yang sudah tua dan mempunyai pelbagai jenis penyakit.
  
Timbalan Pendakwa Raya Najwa Bistamam memohon mahkamah menjatuhi hukuman setimpal dengan mengambil kira kekerapan jenayah curi yang berlaku di negara ini. - Bernama

Dua maut, seorang cedera rempuh bas

Dua maut, seorang cedera rempuh bas
Dua wanita maut manakala seorang remaja cedera dalam nahas membabitkan dua bas dan lima kereta di Kilometer 216.2, Lebuh Raya Utara-Selatan arah Selatan berhampiran Tol Kamunting.

TAIPING - Dua wanita maut manakala seorang remaja cedera dalam nahas membabitkan dua bas dan lima kereta di Kilometer 216.2, Lebuh Raya Utara-Selatan arah Selatan berhampiran Tol Kamunting di sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.20 malam, mangsa, Chiang Yut Meng, 47 dan Ooi Yi Juen, 19, maut di tempat kejadian apabila kereta Toyota Vios yang dinaiki mereka terperosok di bawah bas.

Empat kenderaan lain yang terlibat adalah Toyota Land Cruiser, Perodua Myvi, Toyota Hilux dan Honda Civic. Difahamkan pemandu dan penumpang kereta berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Jurucakap Bomba Penyelamat Perak berkata, seorang remaja dikenali sebagai Michelle Ooi Min Xian, 13, yang juga penumpang kereta Toyota Vios terbabit turut cedera dan dibawa ke Hospital Taiping untuk mendapatkan rawatan kecemasan.

"Bomba mengeluarkan mangsa dengan menggunakan rescue tool dan strectcher. Mangsa yang cedera diserahkan kepada pihak ambulan untuk terima rawatan.

"Manakala, mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Menurutnya, kesemua penumpang kedua-dua bas berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kemalangan itu menyebabkan kesesakan lalu lintas lebih 5 kilometer.

Ditikam selepas buang rakan dari grup WhatsApp

Ditikam selepas buang rakan dari grup WhatsApp
Rakaman CCTV yang menunjukkan Bunty Kurseja diserang.

ULHASNAGAR - INDIA. Seorang lelaki ditikam dan dibelasah oleh dua lelaki yang diupah rakannya selepas membuang mereka dari grup aplikasi pesanan mesej WhatsApp.

Bunty Kurseja diserang di kedai pakaian miliknya selepas membuang dua rakannya Anil Mukhi dan Naresh Rohra dari satu grup WhatsApp yang dinamakan 'Jai Ho'.

Menurut laporan dna, kedua-dua rakannya itu dikatakan sering menghantar mesej lucah kepada grup berkenaan yang ditubuhkan bertujuan untuk berbincang mengenai industri pakaian.

Walaupun diberi amaran supaya tidak lagi menghantar mesej berbaur lucah namun ia langsung tidak diendahkan mereka.

Selepas mendapat nasihat dari beberapa rakan yang lain, Bunty kemudian bertindak membuang mereka dari kumpulan itu beberapa hari selepas itu.

Gara-gara tidak berpuas hati dengan tindakan Bunty, mereka kemudian mengupah dua lelaki untuk membalas dendam.

Bunty cedera selepas ditikam, ditumbuk dan dipukul oleh kedua-dua lelaki berkenaan.

Sementara itu, jurucakap polis, Monaj Chouhan mengesahkah kejadian itu dan berkata, salah seorang dalang serangan itu telah ditahan dan akan didakwa di mahkamah.

"Pihak polis telah meneliti rakaman litar tertutup (CCTV) di kedai berkenaan dan secara jelas menunjukkan mangsa diserang oleh dua lelaki dengan pisau," katanya.

Umpan beli air samun kedai serbaneka


Hanya bermodalkan umpan untuk membeli air minuman, sekumpulan empat lelaki bersenjatakan pisau menyamun kedai serbaneka 24 jam mengakibatkan kerugian RM800 dalam kejadian di Bandar Baru Permas Jaya dekat sini, pagi kelmarin.

Kejadian jam 4.20 pagi itu bukan saja menyebabkan wang di kaunter dan rokok dicuri, tetapi suspek yang tidak berhati perut turut melarikan telefon bimbit dan Proton Wira milik pekerja kedai serbaneka terbabit.

Difahamkan kedai serbaneka 24 jam di Bandar Baru Permas Jaya dekat sini, pernah dirompak tiga bulan lalu ketika baru seminggu beroperasi di pusat perniagaan di kawasan berkenaan, sebelum kejadian sama berulang pagi kelmarin.

Bagaimanapun kes kecurian jam 7 pagi itu agak berbeza apabila suspek ketika itu memilih barangan mewah bernilai RM50 ke atas.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Sulaiman Salleh mengesahkan ada menerima laporan polis berhubung kejadian itu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 Jun 2015 @ 6:20 AM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/56458#sthash.N0jaJSYD.dpuf

Lelaki ditemui tergantung pada sebatang tiang


Seorang lelaki ditemui tergantung pada sebatang tiang di kawasan rehat berhampiran sebuah tokong di Tanjung Piandang di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, mangsa Lim Tek Soon, 47, ditemui tidak bernyawa dengan lengkap berpakaian oleh seorang rakannya yang mengunjungi tokong berkenaan.

Rakan mangsa yang enggan dikenali berkata, kira-kira jam 1 petang sebelum kejadian, dia sempat berjumpa dan minum air kelapa bersama mangsa.

“Ketika itu, saya lihat wajah mendiang agak muram selain tidak banyak bercakap.

“Saya ada bertanya sama ada dia menghadapi sebarang masalah, namun dia hanya diam dan tidak banyak bercakap,” katanya.

Menurutnya, mendiang yang masih bujang adalah rakan karibnya dan seorang yang ceria sebelum perangainya berubah selepas pulang dari luar negara.

“Sebelum sambutan Tahun Baru Cina, baru-baru ini, mendiang pergi ke Jepun bersama rakan dan beberapa ahli keluarganya dan selepas pulang dari luar negara, dia mula menunjukkan perubahan sikap apabila tidak banyak bercakap dan lebih suka menyendiri.

“Setahu saya dia tidak mempunyai masalah atau berhutang dengan mana-mana pihak,” katanya.

Ahli keluarga mendiang ketika ditemui di Hospital Parit Buntar di sini, berkata, mereka terkejut dan masih bersedih dengan kejadian menimpa mendiang dan enggan mengulas lanjut kejadian itu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 Jun 2015 @ 5:58 AM
DISYORKAN
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/56438#sthash.ZAYnazos.dpuf

Tiga berang ‘balak’ masuk rumah

Oleh Norul Awatif Romli

awatifromli@hmetro.com.my
Alor Setar: Bahana membawa pulang teman lelaki bermalam di rumah, seorang wanita cedera ringan mendakwa dipukul dua abang dan seorang saudara lelakinya dalam kejadian di rumah keluarga mereka di Jalan Kuala Kedah di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi, teman lelaki wanita terbabit berusia 21 tahun turut cedera ringan apabila dipukul, ditumbuk dan ditendang dua abang mangsa bersama seorang saudara lelakinya selepas menyedari mangsa membawa pulang lelaki itu tanpa pengetahuan keluarga.

Difahamkan, pada malam sebelum kejadian, mangsa berusia 26 tahun dikatakan berjumpa dengan teman lelakinya di Jalan Pegawai di sini, kira-kira jam 8 malam lalu membawanya bermalam di rumah dengan alasan mahu lelaki itu menziarahi anak wanita itu yang berusia sembilan bulan.

Bagaimanapun, dua abang mangsa yang menyedari perkara itu berang lalu memecahkan pintu bilik bersama seorang saudara lelaki mereka sebelum menumbuk, memukul serta menendang teman lelaki adiknya hingga pengsan.

Sumber berkata, teman lelaki wanita berkenaan turut diikat dan dipukul berulang kali manakala adik perempuan mereka ditampar selain rambutnya ditarik ketiga-tiga suspek menyebabkan mangsa terpaksa menghubungi ambulans untuk meminta bantuan.

Menurutnya, ketiga-tiga suspek kemudian melarikan diri sebaik menyedari kehadiran sebuah kereta peronda polis bersama ambulans di rumah mereka.

“Siasatan awal polis mendapati mangsa dan teman lelakinya tidak bekerja dan belum berkahwin selain membawa teman lelakinya bermalam di rumah dengan alasan untuk melawat anak wanita itu,” katanya.

Sumber itu berkata, mangsa dan teman lelakinya kemudian dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk rawatan.

“Hasil pemeriksaan doktor mendapati lelaki itu mengalami lebam di bahu kanan dan kedua-dua tangan manakala wanita terbabit hanya mengalami cedera ringan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan cedera menggunakan senjata atau benda berbahaya.

“Kedua-dua mangsa dilaporkan stabil dan dibenarkan keluar hospital manakala semua suspek ditahan polis untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 Jun 2015 @ 5:59 AM
DISYORKAN
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/56439#sthash.OlVHh6Dw.dpuf

30 rangka diturun

Kuala Lumpur: Sebanyak 30 rangka berkafan dibawa turun dari kawasan perkuburan pendatang asing tanpa izin (PATI) di Bukit Genting Perah, Wang Kelian, Perlis, semalam, menjadikan keseluruhan 99 rangka ditemui setakat ini.
Penolong Ketua Urus Setia KPN (Komunikasi Korporat) Polis Diraja Malaysia Bukit Aman Asisten Komisioner Datin Asmawati Ahmad berkata, semua rangka itu dibawa keluar jam 2.35 petang semalam.
“Sebanyak 40 kubur ditemui pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terdiri daripada anggota forensik, Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ).
“Daripada jumlah itu, hanya 30 kubur mengandungi rangka berkafan manakala 10 kubur yang lain didapati kosong,” katanya dalam satu kenyataan kepada media, sebentar tadi.
Beliau berkata, semua rangka itu dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar dan dirujuk kepada pakar patologi jam 5.27 petang.
Beliau berkata, PDRM akan meneruskan misi menggali dan mengeluarkan rangka di lokasi lain sudah dikenal pasti.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 Jun 2015 @ 6:18 AM


ANGGOTA forensik membawa plastik yang mengandungi rangka sebahagian daripada mayat yang dibawa turun.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/56456#sthash.zLKilbog.dpuf

Dua kereta bawah garaj dihempap lori

Alor Gajah: Dentuman kuat awal pagi yang mengejutkan satu keluarga pada mulanya disangkakan kemalangan jalan raya, namun rupanya kereta Perodua Kelisa dan Honda City milik mereka rosak teruk dihempap garaj dan sebuah lori satu tan.
Dalam kejadian di Kampung Padang Kerbau, Durian Tunggal di sini, jam 5 pagi semalam, lori membawa muatan pasir yang baru diletakkan 80 meter dari rumah mangsa dikatakan meluncur secara tiba-tiba.
Lori itu merempuh garaj menempatkan kedua-dua kereta berkenaan menyebabkan strukturnya runtuh lalu menghempap kereta berkenaan yang diparkir di kawasan itu.
Mangsa Rashid Abd Hamid, 59, yang juga Pegawai Pendidikan Daerah Alor Gajah berkata, rumahnya terletak di kawasan rendah menyebabkan lori berkenaan menghempap Perodua Kelisa milik anak perempuannya dan Honda City milik isterinya, Naziah Ramli, 52.
“Saya dan isteri yang tidur dalam bilik di tingkat dua terjaga sebaik terdengar dentuman kuat dan keluar meninjau kejadian yang berlaku sebelum terkejut apabila mendapati garaj kereta roboh dan menghempap kedua-dua kereta berkenaan.
“Ketika melakukan pemeriksaan, saya dapati pemandu lori itu tiada di tempat kejadian dan difahamkan, lori itu milik subkontraktor Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang digunakan untuk mengangkut tanah dan batu dari tapak projek membaik pulih kabel elektrik berhampiran rumah yang bermula kelmarin.
“Saya ada didatangi pegawai TNB yang mendakwa lori itu bergerak sendiri dan tidak sempat untuk menghentikannya menyebabkan ia meluncur lalu merempuh tembok dan garaj rumah saya hingga roboh,” katanya.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan Muhammad Ismail Muhammad Yusuf mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut dijalankan bagi mengetahui punca sebenar kejadian.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 Jun 2015 @ 6:21 AM


KEADAAN dua kereta di bawah garaj yang dihempap lori di Kampung Padang Kerbau, Durian Tunggal, semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/56460#sthash.rxoB5mnd.dpuf

200 malim sertai gerakan mencari

Ranau: Lebih 200 malim gunung menyertai misi mencari dan menyelamat mangsa gempa bumi di Gunung Kinabalu sepanjang tiga hari Ops Kinabalu dilancarkan.
Pengerusi Malim Gunung Kinabalu Richard Soibi berkata, dalam kejadian gempa bumi Jumaat lalu, beberapa malim gunung turut tercedera dan ada yang maut akibat terkena runtuhan batu.
"Buat masa ini, hampir semua malim gunung, terbabit dalam operasi mencari dan menyelamat.
"Mereka juga kehilangan punca pendapatan utama memandangkan aktiviti rekreasi di Gunung Kinabalu dihentikan serta-merta sekurang-kurangnya selama tiga minggu.
"Justeru, kami mengambil inisiatif mengaktifkan tabung khas bagi membantu malim gunung berdaftar dan keluarga mangsa malim yang terkorban dalam bencana itu," katanya.
Orang ramai yang ingin menyampaikan sumbangan bagi membantu malim Gunung Kinabalu boleh menyalurkan sumbangan menerusi CIMB menggunakan akaun 8005609923 atas nama Persatuan Malim Gunung Kinabalu.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 7 Jun 2015 @ 12:20 PM


PENGERUSI Malim Gunung Kinabalu, Richard Soibi
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/56298#sthash.zLL6xEKO.dpuf

Gempa Sabah: Mendiang Robbi selamat disemadikan

Ranau: Mendiang Robbi Sapinggi selamat disemadikan di tanah perkuburan Kampung Kiau Nulu, dekat sini, kira-kira 3 petang tadi.
Upacara persemadian mendiang turut dihadiri lebih 100 ahli keluarga dan sahabat handai termasuk beberapa ahli keluarga isterinya yang datang dari luar negara.
Menurut abangnya Billy Sapinggi, 32, pemergian adiknya yang disifatkannya sebagai seorang yang baik dan berani itu memberi kesan yang mendalam terhadap mereka sekeluarga.
Bagaimanapun katanya, mereka sekeluarga tetap menerima kejadian itu sebagai takdir tuhan dan berharap rohnya sentiasa tenang.
Sementara itu, isteri Robbi yang hanya mahu dikenali sebagai Rina ketika ditemui enggan mengulas lanjut dan meminta diberikan ruang kerana masih bersedih dengan pemergian suaminya.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 7 Jun 2015 @ 4:14 PM


FOTO Fardy Bungga
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/56319#sthash.vL3zLx7y.dpuf

Cebisan anggota empat mangsa ditemui hari ini

Oleh Mohd Hilmi Mahmud
Georgetown: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan penemuan cebisan anggota badan oleh pasukan penyelamat di puncak gunung Kinabalu malam tadi adalah daripada empat individu berlainan.
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata sehingga pagi tadi, 13 mayat pendaki yang lengkap anggota badan sudah ditemui oleh pasukan penyelamat dan sudah dibawa turun.
Beliau berkata, cebisan anggota badan daripada empat mayat yang ditemui malam tadi tidak termasuk di dalam senarai 13 mangsa yang dibawa turun.
"Pasukan penyelamat ada menemui kaki, tangan dan beberapa lagi cebisan anggota badan yang lain.
"Jumlah cebisan badan yang ditemui adalah daripada empat individu berlainan dan bukan daripada jumlah 13 mayat mangsa yang lengkap ditemui sebelum ini," katanya selepas melancarkan Program Sambutan hari Tanpa Tembakau Sedunia, di sini, tadi.
KENDERAAN polis membawa cebisan mayat mangsa gempa bumi di Gunung Kinabalu tiba di Jabatan Perubatan Forensik - Unit Forensik Patologi Hospital Queen Elizabeth (HQE) Kota Kinabalu, kira-kira jam 12 tengah hari tadi.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 7 Jun 2015 @ 1:53 PM


- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/56305#sthash.Xv8H5lAS.dpuf

Gempa Sabah: 16 mayat dikenal pasti


Oleh Mohd Razlan Salleh

mrazlan@hmetro.com.my


Ranau: Pasukan mencari dan menyelamat mengesahkan 16 mayat sudah dikenal pasti termasuk taraf warganegara mereka.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Datuk Seri Masidi Manjun berkata, jumlah itu membabitkan enam rakyat tempatan, tujuh warga Singapura dan masing-masing seorang warga Filipina, Jepun dan China.

"Setakat ini, kita masih meneruskan operasi mencari baki dua lagi mangsa warga Singapura yang masih hilang," katanya pada sidang media di Taman Kinabalu, di sini, sebentar tadi.

Bagaimanapun Masidi berkata, identiti semua mangsa masih belum boleh didedahkan kepada umum sehingga semua ahli keluarga mereka dimaklumkan.

"Semua enam bungkusan mengandungi tubuh dan cebisan anggota badan mangsa sudah dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) Kota Kinabalu secara berperingkat untuk pengecaman," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 7 Jun 2015 @ 4:56 PM
DISYORKAN
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/56322#sthash.SJULu48k.dpuf

Wanita maut tiga kereta bertembung

Sabak Bernam: Seorang wanita maut manakala seorang lelaki cedera ringan dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Besar, Panchang Bedena, dekat sini kira-kira jam 9.30 pagi tadi.
Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan jam 9.25 pagi.
Katanya, lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Besar bergegas ke lokasi kejadian dan tiba sembilan minit kemudian.
Beliau berkata, mangsa yang maut, meninggal dunia di tempat kejadian manakala mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Sabak Bernam.
Gambar Ihsan Bomba
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 7 Jun 2015 @ 3:08 PM


ANGGOTA bomba berusaha mengeluarkan mangsa kemalangan dari dalam kenderaan. Foto - Ihsan Bomba dan Penyelamat Selangor
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/56309#sthash.rh53SWMk.dpuf

Gempa Sabah: Lima murid, seorang guru terkorban

Oleh Suraya Roslan

surayaroslan@hmetro.com.my


Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Singapura mengumumkan nama lima murid dan seorang guru Sekolah Rendah Tanjong Katong yang terkorban dalam tragedi gempa bumi di Sabah, kelmarin.

Mereka adalah Ameer Ryyan Mohd Adeed Sanjay, Emilie Giovanna Ramu, Matahom Karyl Mitzi Higuit, Rachel Ho Yann Shiuan, Sonia Jhala dan guru Loo Jian Liang Terrence Sebastian.

Dalam satu kenyataan sebentar tadi, kementerian itu turut memaklumkan jurupandu warga Singapura Muhammad Daanish Amran yang menyertai aktiviti pendakian itu juga sudah dikenal pasti.

“Operasi masih diteruskan untuk mencari baki seorang murid dikenali sebagai Navdeep Singh Jaryal Raj Kumar dan seorang guru Mohammad Ghazi Mohamed.

“Kementerian sedang melakukan apa yang terbaik kepada ahli keluarga mangsa yang terkorban untuk dibawa pulang ke republik ini secepat mungkin,” kata kenyataan itu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 7 Jun 2015 @ 3:45 PM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/56313#sthash.avgoj2sy.dpuf

Gempa Sabah: Empat mayat warga Singapura dibawa pulang

Kota Kinabalu: Empat mayat mangsa warga Singapura sudah di bawa ke bangunan KK Tiong Hua, Jalan Tuaran, di sini, bagi proses kemas kini dengan menggunakan tiga van tepat jam 3.10 petang tadi sebelum dijadualkan ke KKIA untuk diterbangkan ke negara mereka pada malam ini.
Tiga lagi mayat mangsa termasuk dua daripadanya beragama Islam akan di hantar ke lokasi sama sementara menanti upacara sembahyang jenazah di HQE selesai.
Tinjauan mendapati beberapa pemandu van jenazah sedang bersiap sedia dalam kenderaan mereka untuk proses penghantar mayat berkenaan.
Semua mayat difahamkan akan menjalani proses kemas kini terakhir di KK Tiong Hua Jalan Tuaran.
Ketujuh-tujuh mayat berkenaan kemudiannya akan di bawa ke KKIA sebelum berlepas ke Singapura selewat-lewatnya pada malam ini.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 7 Jun 2015 @ 3:54 PM


KENDERAAN yang membawa jasad mangsa gempa.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/56317#sthash.d1i6iGIk.dpuf

Lori pasir rempuh garaj

Alor Gajah : Sebuah Perodua Kelisa dan Honda City remuk dihempap garaj yang runtuh akibat dirempuh sebuah lori membawa muatan pasir di Kampung Padang Kerbau, Durian Tunggal, pagi tadi.
Dalam kejadian jam 5 pagi itu, kereta milik Pegawai Pendidikan Daerah Alor Gajah, Rashid Abd Hamid, dihempap garaj disusuli dihempap lori muatan pasir berkenaan.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Muhammad Ismail Muhammad Yusuf, berkata lori muatan pasir itu milik sebuah syarikat di Johor, bergerak sendiri tanpa pemandu sebelum melungsur ke arah garaj rumah mangsa.
"Berikutan kedudukan jalan raya yang agak tinggi dari rumah, lori berkenaan merempuh garaj menyebabkan ia runtuh.
"Kami sedang melakukan siasatan bagaimana lori membawa muatan pasir itu boleh bergerak sendiri," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 7 Jun 2015 @ 1:25 PM


- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/56302#sthash.9Xt4HJFY.dpuf

Banjir kilat di Melaka

Melaka: Penduduk di kebanyakan kawasan di sekitar daerah Melaka Tengah dan beberapa kawasan di Jasin, di sini, ditenggelami air akibat banjir kilat selepas hujan lebat sejak jam 5 pagi-11 pagi tadi.
Di Melaka Tengah, kawasan terlibat membabitkan Hospital Manipal, Pulau Kelapa, Telok Mas, Umbai dan Duyong, antara yang terjejas teruk.
Tinjauan Harian Metro, sebanyak 102 rumah terjejas, berdasarkan laporan yang dibuat pemilik rumah kepada Jawatankuasa Penduduk, di situ.
Sementara di Pulai pula, sebuah taman perumahan di situ, terjejas apabila rumah dinaiki air sehingga paras kira-kira satu meter.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 7 Jun 2015 @ 3:51 PM


MUHAMMAD Reza Hakimi Rizam, 8, (belakang) bersama adiknya, Muhammad Ramadani, 6, menggunakan tong sebagai sampan ketika banjir melanda selepas hujan lebat bermula jam 5 pagi di Kampung Pulau Kelapa, Batu Hampar, Melaka. FOTO Muhammad Hatim Ab Manan
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/56315#sthash.BOT1m3jw.dpuf

Penumpang cemas kereta api tergelincir

Beaufort: Lebih 50 penumpang menempuh detik cemas apabila kereta api yang dinaiki tergelincir dari landasan sejauh kira-kira 50 meter sebelum berhenti ketika dalam perjalanan ke Tenom selepas berlepas dari Stesen Keretapi Beaufort, di Kampung Batu 60, di sini, petang tadi.
Kejadian yang berlaku pada 1.30 petang itu menyebabkan dua daripada tiga gerabak kereta api berkenaan hampir rebah ke bumi menyebabkan penumpang di dalamnya bertindih sesama sendiri.
Namun, tiada kemalangan jiwa dan kecederaan serius dilaporkan susulan insiden itu.
Akibat kejadian itu juga penumpang terkandas sebelum keretapi bantuan datang.
Sementara itu, petugas Jabatan Keretapi Negeri Sabah yang ditemui memaklumkan perkhidmatan kereta api dari Beaufort ke Tenom akan dihentikan buat sementara untuk pembaikan landasan serta mengalihkan gerabak yang tergelincir.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 7 Jun 2015 @ 5:21 PM


KEADAAN kereta api yang tergelincir. FOTO Angkun Khidri
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/56324#sthash.ScFPB8xN.dpuf

Dua maut, seorang parah

Taiping: Dua wanita maut, manakala seorang remaja perempuan parah selepas kereta yang dinaiki terbabit dalam kemalangan melibatkan tujuh kenderaan di kilometer 216.2 Lebuhraya PLUS arah Selatan berhampiran susur keluar Tol Kamunting pada 8.15 malam tadi.
Jurucakap bomba negeri berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8.25 malam sebelum segera mengerakkan sepasukan anggota bersama satu jentera ke lokasi kejadian.
Menurutnya, sebaik tiba anggota mendapati dua buah bas dan lima kereta terbabit dalam kemalangan itu.
"Ketiga-tiga mangsa berada dalam sebuah kereta jenis Toyota Vios berjaya dikeluarkan oleh anggota bertugas sebelum diserahkan kepada pasukan perubatan untuk tindakan lanjut.
"Dua buah bas ekspres dan tiga kereta termasuk dua kenderaan pacuan empat terbabit dalam kemalangan itu," katanya.
Beliau berkata, kemalangan itu turut menyebabkan lalu lintas sesak teruk sehingga lebih lima kilometer.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 7 Jun 2015 @ 11:33 PM


- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/56336#sthash.7yhnRaKr.dpuf

Kilat sambar pesta rock


Berlin: Sekurang-kurangnya 31 cedera selepas dua kilat menyambar lokasi festival muzik di Mendig, barat Jerman yang dihadiri lebih 90,000 orang.

Lokasi belakang pentas dan tapak perkhemahan di Rock am Ring dipanah ketika ribut selepas seharian cuaca panas.

Lapan pekerja konsert dan 21 pengunjung dibawa ke hospital kerana cedera ringan disebabkan terlalu dekat dengan lokasi panahan selain renjatan sekunder daripada barangan logam.

Menurut polis, kilat pertama menyambar sekitar jam 1 pagi tidak lama selepas penyanyi Marilyn Manson selesai membuat persembahan.

Sambaran terkena pada peralatan di belakang pentas menyebabkan persembahan penyanyi Jerman fritz Kalkbrenner yang dijadualkan pada jam 1.35 pagi terpaksa dibatalkan.

Penganjur turut membatalkan persembahan lain dan orang ramai dibawa berlindung di dalam khemah kalis kilat.

Panahan kedua yang bercabang berlaku pada jam 4 pagi pada tanah perkhemahan yang dipenuhi pengunjung yang sedang tidur.

Bagaimanapun, pekerja kesihatan mengesahkan tiada mangsa yang dipanah secara langsung dalam dua kejadian itu. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 Jun 2015 @ 5:01 AM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/56348#sthash.VlXlAkv4.dpuf

MERS makin buruk di Korea


SEOUL – Korea Selatan melaporkan kematian kelima wabak Sindrom Pernafasan Asia Barat (MERS) semalam selepas kerajaan berikrar akan mengambil semua langkah bagi mengekang penularan virus berkeenan.
Wabak MERS di Korea Selatan itu merupakan yang terbesar di luar Arab Saudi.
Bilangan jangkitan meningkat kepada 64 selepas 14 kes baharu termasuk satu kematian akibat virus MERS disahkan malam kelmarin, kata kementerian kesihatan.
“Semua 14 jangkitan baharu berlaku dalam kalangan 1,820 orang yang dikuarantin sehingga kelmarin kerana terdedah kepada pesakit MERS,” kata kementerian itu.
Pihak berkuasa Busan bagaimanapun melaporkan satu kes berasingan di bandar raya itu yang mencetuskan kebimbangan orang ramai bahawa jangkitan MERS mungkin merebak ke seluruh negara.
Pemangku Perdana Menteri Choi Kyung-hwan berjanji semalam bahawa segala usaha akan dilakukan bagi mengekang penularan MERS di negara itu. Beliau turut menggesa orang awam supaya tidak panik.
“Semua 64 pesakit wabak itu kini dirawat di hospital. Kita boleh mengawal situasi ini kerana wabak berkenaan tidak menular ke komuniti luar,” katanya.
Selain itu, Kyung-hwan berkata, kerajaan akan meningkatkan pemantauan terhadap mereka yang dikuarantin termasuk mengesan lokasi individu yang diasingkan di rumah melalui telefon bimbit mereka.
Kes pertama MERS di Korea Selatan dilaporkan pada 20 Mei lalu melibatkan seorang lelaki berusia 68 tahun yang dikesan menghidap virus itu di ­Pyeongtaek, sekitar 65 kilometer ke selatan Seoul selepas pulang dari Arab Saudi.
Angka jangkitan baharu yang bertambah pada setiap hari meningkatkan kebimbangan orang ramai berhubung wabak tersebut. Sehingga kini, lebih 1,300 buah sekolah telah ditutup buat sementara waktu, manakala majlis awam dan acara sukan di seluruh negara turut dibatalkan.
Selain itu, lebih 20,000 pelancong asing membatalkan kunjungan mereka ke Korea Selatan mulai hari ini hingga Khamis depan ekoran kebimbangan mengenai penularan virus itu, kata majlis pelancongan Korea Selatan.
MERS kini menjangkiti lebih 1,110 orang di seluruh dunia dengan 437 kematian. Lebih 20 negara telah terjejas, manakala kes terbanyak direkodkan di Arab Saudi. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0608&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz3cPuADhcG 
Hakcipta terpelihara 

‘Hello Kitty’ dan ‘Minnie Mouse’ bertumbuk di Times Square



SEKUMPULAN penghibur jalanan memakai pelbagai kostum di Times Square, New York baru-baru ini. - AGENSI


BANDAR RAYA NEW YORK – Dua penghibur jalanan yang memakai kostum watak kartun popular ditahan di Times Square di sini baru-baru ini kerana bergaduh dan membuat kecoh di tempat awam.
Jiovanna Melendez, 40, yang memakai kostum Hello Kitty dan Sandra Mocha, 34, yang menyarung kostum Minnie Mouse, bertumbuk kerana tidak berpuas hati dengan tip yang mereka terima.
Melendez mengalami luka di bibir, manakala Mocha pula cedera di muka akibat pergaduhan tersebut, lapor laman berita Sky News.
Sebelum kejadian, kedua-duanya dilihat beramah dengan beberapa pelancong dan bergambar bersama mereka dengan mengenakan sejumlah bayaran. Kejadian berlaku di sebuah pusat beli-belah terkenal di New York, Crossroads of the World.
Salah seorang daripada mereka dikatakan berang kerana menerima tip yang sedikit berbanding rakannya.
“Ini merupakan salah satu sebab mengapa kita perlukan peraturan bagi menangani masalah yang semakin meningkat di Times Square,” ujar Presiden Kesatuan Penghibur Jalanan Times Square Alliance, Tim Tompkins.
Pada tahun lalu, sekumpulan penghibur jalanan yang memakai kostum telah membentuk sebuah kesatuan susulan beberapa tangkapan polis dan pergaduhan sesama mereka. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0608&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz3cPtliwgX 
Hakcipta terpelihara 

Penduduk nyaris diterbang ribut



NORIAH (kanan) melawat rumah salah seorang mangsa rumah yang rosak akibat dipukul ribut di Kampung Paya Panjang, Sungai Raya di Pagoh kelmarin.


PAGOH – Lebih 30 penduduk yang menghuni enam buah rumah di Batu 10, Kampung Paya Panjang, Sungai Raya di sini menempuh saat cemas kira-kira 10 minit apabila ribut melanda kampung itu petang kelmarin.
Ribut selama 10 minit itu disusuli hujan batu turut menyebabkan beberapa batang pokok tumbang dalam kejadian, pada pukul 5 petang.
Seorang penduduk, Zulkifli Enjah, 54, berkata, ketika kejadian, dia berada di beranda rumah sebelum ribut kencang yang disusuli hujan batu dan guruh melanda kampung itu.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0608&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm#ixzz3cPtevdvZ 
Hakcipta terpelihara