Search This Blog

Saturday, June 6, 2015

Gunung Kinabalu Mungkin 'Marah' Dengan Pelancong Bogel - Penduduk Tempatan


Diterbitkan: Jumaat, 5 Jun 2015 8:35 PM

PETALING JAYA: Gempa bumi di Ranau pada pukul 7.17 pagi Jumaat mungkin berlaku disebabkan oleh kemarahan aki (pelindung gunung) terhadap pelancong yang berbogel dan membuang air kecil di Gunung Kinabalu.

Ketika kebanyakan pengguna di  Twitter berkata kumpulan yang menanggalkan pakaian perlu disalahkan terhadap kejadian gempa bumi 6 skala Richter kerana tidak menghormati gunung yang dianggap suci itu, ada yang tidak yakin bahawa kedua-dua insiden itu mempunyai kaitan.

Pemaju web dari Sabah, yang enggan namanya disiarkan berkata kejadian pelancong berbogel, membuang air kecil di tapak suci itu membuatkan "semangat gunung marah".

Twitter @Zulfahmiabsalam berkata seorang rakan dari Sabah berpandangan bahawa Gunung Kinabalu mungkin "marah" kerana pelancong berbogel di situ.

Walau bagaimanapun, @Zaxania berkata sebarang percubaan untuk menghubungkan kedua-dua insiden adalah satu "kenyataan bodoh" dan memberitahu orang lain untuk tidak mengaitkan gempa bumi itu dengan pelancong yang membuang air kecil di Gunung Kinabalu.

Pada 30 Mei, gambar lima lelaki berbogel di atas gunung tersebar di media sosial, diikuti dengan gambar 10 pelancong , termasuk empat wanita tanpa pakaian berhampiran selatan puncak Gunung Kinabalu.

Penduduk Sabah marah dengan gambar itu kerana mereka menganggap  gunung itu suci.

Pengarah Taman-Taman Sabah Datuk Jamili Nais berkata empat wanita dan enam lelaki telah berpecah dari kumpulan mereka dan pergi ke selatan puncak.

Pelancong tersebut mengabaikan amaran dari pemandu gunung dan memanggilnya "bodoh" dan memberitahu memakinya dengan kata-kata'go to hell" (pergi jahanam), apabila dia memohon mereka untuk menghentikan perbuatan mereka itu.

Surat tunjuk sebab telah dikeluarkan kepadanya berhubung kejadian itu.

8 Pelajar, 2 Guru Dari Singapura Gagal Dihubungi selepas Gempa Bumi - Laporan


Diterbitkan: Jumaat, 5 Jun 2015 11:40 PM

SINGAPURA: Sekumpulan pelajar dari Sekolah Rendah Tanjong Katong menyertai rombongan bersiar-siar di Gunung Kinabalu apabila gempa bumi bermagnitud 6.0 melanda pada Jumaat (5 Jun), lapor Channel NewsAsia (CNA).

Stesen televisyen tempatan itu melaporkan dengan memetik ibu bapa seorang daripada pelajar terbabit, James Ho sebagai berkata sekurang-kurangnya lapan daripada mereka tidak dapat dihubungi bersama dua orang guru.

Para pelajar berusia 12 tahun itu bersama guru mereka dikatakan telah bertolak ke Gunung Kinabalu pada Rabu untuk menyertai program kepimpinan dan dijangka kembali pada petang Isnin.

CNA melaporkan bahawa ibu bapa yang bimbang dilihat bergegas ke sekolah untuk bermesyuarat dengan guru-guru pada petang Jumaat.

Seorang wanita berkata, anak perempuannya cedera dan "dalam perjalanan ke hospital"

Ho memberitahu CNA bahawa anak perempuannya berusia 12 tahun, Rachel ialah antara lapan pelajar yang terkandas di laluan Ferrata di Gunung Kinabalu.

Katanya, beliau tidak menerima apa-apa berita mengenai keadaan mereka.
"Ini berlaku pada waktu pagi dan sudah lebih 12 jam.

Dan yang mengecewakan ialah kami tidak mendapat maklumat terkini mengenai operasi menyelamat," beliau  dipetik sebagai berkata.

Sebanyak 19 pelajar lagi dari sekolah tersebut telah selamat kembali, kata Ho sambil menambah, lima daripada mereka dan seorang guru mengalami cedera ringan.

Sadri Farick, yang anaknya mengalami kecederaan pada kaki selepas gempa bumi, juga melahirkan rasa kecewa kerana tidak mendapat maklumat dari semasa ke semasa.

Dalam satu kenyataan kepada CNA, Kementerian Pendidikan (MOE) mengesahkan bahawa 10 orang dari Sekolah Rendah Tanjong Katong belum diambil kira.

"Tiga buah sekolah, Sekolah Menengah Fuchun, Sekolah Menengah Greenridge dan Sekolah Rendah Tanjong Katong, berada di Gunung Kinabalu untuk mengikuti pengembaraan sambil belajar di luar negara.


Semua pelajar dan guru dari Fuchun dan Greenridge telah diambil kira  dan persiapan telah dibuat untuk membawa mereka pulang.

Sinabung Meletus Lagi


Diterbitkan: Jumaat, 5 Jun 2015 10:30 AM
Petani di kaki Gunung Sinabung melihat gunung berapi itu memuntahkan laharnya sejak dua hari lalu.

JAKARTA: Lebih 2,000 penduduk yang tinggal berhampiran gunung berapi Sinabung, di Sumatera Indonesia, terpaksa dipindahkan selepas ia mula meletus dan mengeluarkan asap tebal.
Menurut laporan MetroTv News, penduduk beberapa kampung di sekitar kawasan itu dipindahkan sejauh tujuh kilometer dari kawasan gunung.
"Pihak berkuasa tempatan mengeluarkan amaran tahap empat iaitu tahap awas setelah gunung berapi mula mengeluarkan asap panas sejak dua hari lalu. Penduduk diminta mematuhi arahan berpindah sebagai langkah keselamatan," menurutnya.
Jurucakap Agensi Pengurusan Bencana, Sutopo Purwo Nugroho berkata, aktiviti gunung berapi terbabit semakin meningkat dan pihaknya sedang memantau perkembangan dari semasa ke semasa.
Sejak September 2013, Gunung Sinabung setinggi 2,460 meter itu mula aktif dan boleh meletus pada bila-bila masa berikutan statusnya yang sentiasa tidak stabil. - Bernama

Lebih 25 gegaran susulan dirasai di Ranau


RATUSAN pelajar yang tinggal di kediaman Universiti Malaysia Sabah (UMS) di Menggatal, Kota Kinabalu terpaksa keluar daripada kediaman masing-masing berikutan gegaran pada jam 11.13 malam tadi. - Foto pembaca
KOTA KINABALU: Sekurang-kurangnya 25 gegaran susulan dirasai di Ranau selepas gempa bumi pertama berukuran 5.9 pada skala Richter yang berpusat di daerah itu, jam 7.15 pagi semalam.
Berdasarkan laman web Jabatan Meteorologi Malaysia, semua gempa bumi lemah itu yang direkodkan ialah berukuran 2.5 hingga 4.3 pada skala Richter.
Gegaran paling kuat ialah pada jam 11.13 malam tadi, berukuran 4.3 pada skala Richter yang dilaporkan dirasai hingga ke Kota Kinabalu menyebabkan ada penghuni pangsapuri diarah mengosongkan bangunan sementara atas faktor keselamatan.
Kali terakhir gegaran dirasai ialah pada 11.32 malam.
DATA Jabatan Meteorologi sehingga jam 5.28 petang semalam.

Mayat pendaki Singapura dibawa ke Hospital Queen Elizabeth


SERAMAI 17 orang pendaki masih hilang setakat pagi ini di Gunung Kinabalu akibat gempa bumi yang melanda daerah Ranau. - Foto Edmund Samunting
RANAU: Mayat pendaki kanak-kanak warga Singapura yang dibawa turun dari puncak Gunung Kinabalu, malam tadi dibawa ke Hospital Queen Elizabeth (QEH) di Kota Kinabalu dari Hospital Ranau jam 10.50 pagi tadi.
Mayat kanak-kanak perempuan dikenali Wee Yee Ping, 12, dijangka dibedah siasat di QEH sebelum diurus dan diserahkan kepada keluarga atau waris.
GAMBAR dari Facebook Sabah Parks, seorang malim Gunung Kinabalu membawa turun seorang pendaki yang tercedera semalam.

23 sekolah di enam daerah terjejas akibat gempa bumi di Sabah - Muhyiddin


STRUKTUR tanah yang retak dekat Ranau akibat gempa bumi yang berlaku semalam. - Foto ihsan pembaca BH
KUALA LUMPUR: Sebanyak 23 sekolah di enam daerah di Sabah terjejas akibat gempa bumi dan khidmat pakar akan digunakan bagi mengenal pasti sama ada bangunan terbabit selamat digunakan sebelum langkah pembaikan dilaksanakan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Timbalan Perdana Menteri berkata, laporan awal Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah menunjukkan ia membabitkan 16 sekolah kebangsaan, enam sekolah menengah kebangsaan dan sebuah sekolah jenis kebangsaan cina di daerah Ranau, Tuaran, Kota Belud, Penampang, Nabawan dan Keningau.
Dalam kenyataan hari ini, Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata, kerosakan dikesan pada struktur di bangunan sekolah, kuarters guru, jalan raya dan tanah di sekitar kawasan sekolah.
"Kementerian sedang mendapatkan khidmat pakar dari Unit Forensik Jabatan Kerja Raya untuk mengenal pasti sama ada bangunan-bangunan terlibat selamat digunakan sebelum tindakan pembaikan dibuat," katanya.

PENDUDUK Apartment Angkasa di Kota Kinabalu berkumpul di luar rumah ketika gegaran kuat yang berlaku semalam. - Foto Mohd Nazllie Zainul
Muhyiddin berkata, peruntukan mencukupi akan disalurkan segera kepada JPN Sabah supaya kerosakan ini dapat dibaiki supaya tidak mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah terbabit.
Kementerian Pendidikan, kata Muhyiddin, sedang menunggu laporan penuh daripada JPN Sabah mengenai anggaran kerosakan.
"Keutamaan kementerian ialah untuk memastikan keselamatan pelajar dan guru terjamin dan proses pengajaran dan pembelajaran tidak tergendala apabila sesi persekolahan dibuka semula," katanya.
Beliau berkata, sekiranya perlu, pihak kementerian akan menempatkan pelajar yang terjejas ke sekolah-sekolah berdekatan supaya mereka dapat mengikuti pembelajaran seperti biasa.
Gempa bumi sederhana berukuran 5.9 pada skala Richter berlaku di Ranau pada 7.15 pagi semalam disusuli gegaran-gegaran kecil sehingga malam tadi.
Gegaran turut dirasai di kawasan lain seperti Tambunan, Tuaran, Kota Kinabalu dan Kota Belud.
Polis Ranau setakat ini mengesahkan dua kematian akibat kejadian gempa berkenaan yang turut mengakibatkan pendaki-pendaki Gunung Kinabalu dan malim atau jurupandu gunung terkandas sebelum diselamatkan pasukan penyelamat.
Usaha masih dilakukan untuk mengesan 17 pendaki gunung dan jurupandu berkenaan.
- BERNAMA
SILING Masjid Daerah Ranau rosak akibat gempa bumi awal pagi Jumaat. Gempa itu turut dirasai di beberapa kawasan termasuk Tambunan, Tuaran, Kota Kinabalu dan Kota Belud. - Foto BERNAMA

17 pendaki belum dapat dikesan - Polis

SABTU, 6 JUN 2015 @ 9:49 AM

MOHD Farhan (dua dari kanan) ketika mengadakan sidang media berhubung perkembangan operasi menyelamat mangsa di Gunung Kinabalu, di sini hari ini. - Foto Willie Jude Junaidi

RANAU: Polis mengesahkan ada 17 lagi mangsa gempa bumi yang masih belum dapat dikesan di Gunung Kinabalu, dekat sini. Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan Mohd Farhan Lee Abdullah, berkata 14 daripada mangsa terbabit adalah pendaki manakala tiga lagi malim gunung. "Operasi mencari dan menyelamat telah dijalankan sejak jam 5.30 pagi tadi menggunakan dua cara iaitu melalui jalan darat dan bantuan helikopter untuk menghantar pasukan bantuan ke lokasi sasaran. "Operasi pencarian lebih tertumpu di Kilometer 6.5 hingga 7.5 iaitu dari kawasan Laban Rata ke Sayat-Sayat dan pihak kami juga tidak menolak kemungkinan kebanyakan mangsa yang hilang adalah pendaki di laluan Via Ferrata," katanya pada sidang media, di sini, sebentar tadi. Sementara itu, Mohd Farhan juga mengesahkan antara mangsa yang masih belum ditemui ialah sembilan warga Singapura, seorang warga Jepun dan tiga malim gunung tempatan. Dalam perkembangan lain, beliau mengesahkan dua mangsa yang meninggal dunia malam tadi ialah malim gunung, Robi Satinggi, 30, dan pendaki wanita yang juga pelajar warga Singapura, Wee Wing Ping Peony, 12.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/59545

Polis buru warga asing bogel di puncak Gunung Kinabalu



GAMBAR menunjukkan pelancong asing, termasuk empat wanita berbogel di South Peak, Gunung Kinabalu 30 Mei lalu.
KOTA KINABALU: Polis Sabah kini memburu lima warga asing yang dipercayai melakukan perbuatan tidak senonoh dengan berbogel di puncak Gunung Kinabalu, baru-baru ini.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman, berkata pihaknya telah membuka kertas siasatan dan mendapat arahan untuk menyiasat daripada mahkamah.
"Semua lima suspek itu masih berada di Sabah dan dijangka akan keluar dari negara ini. Oleh itu, kita bekerjasama dengan Jabatan Imigresen untuk mengesan seterusnya menahan mereka.

"Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 294 Kanun Keseksaan kerana melakukan aktiviti lucah," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, di sini, sebentar tadi.
Pada 30 Mei lalu, sekumpulan pelancong dipercayai dari Kanada telah berbogel di puncak Gunung Kinabalu sebelum mengambil gambar dan perbuatan mereka itu juga menimbulkan kemarahan penduduk di negeri ini selepas ia menjadi viral di laman sosial.

Broker tanah bunuh anak tiri ke tali gantung



AZMAN (tengah) diiringi pegawai polis selepas dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah Tinggi Melaka. - Foto Muhammad Hatim Ab Manan
MELAKA: Seorang broker tanah dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi, di sini hari ini, selepas didapati bersalah membunuh anak tiri lelaki, empat tahun lalu.
Hakim Datuk Zulkifli Bakar menjatuhkan hukuman itu terhadap Azman Abdul Rahman, 41, selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap pendakwaan.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh dari Lubok Cina, Linggi, Alor Gajah, didakwa membunuh Muhammad Firdaus Mohd Dan, 6, di sebuah kebun kelapa sawit di Kampung Solok Pinang, Gadek, Alor Gajah, kira-kira jam 3.30 petang, 10 Oktober 2011.
Justeru, dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Nurfarhana Ahmad manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Hilmy Samsudin

Peniaga melecur badan dan muka akibat kebakaran

JUMAAT, 5 JUN 2015 @ 12:31 PM

Omar Osman
bhnews@bh.com.my




SUNGAI PETANI: Seorang peniaga, Saiful Azhar Sudin, 30, melecur di bahagian badan dan muka selepas rumahnya di Sungai Pasir, di sini terbakar pagi tadi.

Dalam kejadian jam 7.30 pagi, mangsa bertindak memecahkan cermin tingkap untuk menyelamatkan diri dalam keadaan melecur.

Pegawai Operasi Balai Bomba Tikam Batu Mohd Razmi Abdul Rashid berkata, pihaknya menerima panggilan kira -kira jam 8.23 pagi sebelum bergegas ke tempat kejadian bersama sebuah jentera dan lapan anggota dibantu dua jentera serta sebuah ambulans dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Petani.


Sebaik tiba, bomba mendapati api sedang marak menyambar sebuah rumah dua tingkat separuh papan dan api berjaya dikawal jam 8.45 pagi.

Mangsa yang melecur di bahagian badan dan muka kemudian dikejar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk rawatan.

Bas ekspres terbakar, 30 penumpang selamat



BAS ekspres yang terbakar di Kilometer 149.7 Lebuhraya Utara Selatan arah utara, dekat Juru pagi tadi. - Foto NSTP
BUTTERWORTH: Sebuah bas ekspres yang membawa 30 penumpang terbakar di Kilometer 149.7 Lebuhraya Utara Selatan arah utara, dekat Juru pagi tadi.
Dalam kejadian jam 9.20 pagi itu, bas yang di dalam perjalanan menuju arah selatan Pulau Pinang itu terbakar lebih 70 peratus dipercayai bermula dari enjin di bahagian belakang bas.
Jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan dari orang awam pada jam 9.26 pagi.
"Dua jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Prai dan Sungai Bakap tiba di tempat kejadian lapan minit kemudian dan kerja pemadaman api berjalan dengan lancar.
"Api dapat dipadamkan dalam tempoh 20 minit dan tiada sebarang kecederaan yang dilaporkan setakat ini. Siasatan sedang dijalankan bagi mengenalpasti punca kebakaran," katanya.

Kereta api Amtrak rempuh treler dekat Chicago

SABTU, 6 JUN 2015 @ 9:12 AM

SEBUAH kereta api Amtrak dalam perjalanan ke Chicago, merempuh sebuah treler yang tersekat pada landasan di satu lintasan. - Foto AP

CHICAGO: Sebuah kereta api Amtrak dalam perjalanan ke Chicago, merempuh sebuah treler yang tersekat pada landasan di satu lintasan, menurut media Amerika Syarikat. Kereta api itu dalam perjalanan dari San Antonio, Texas ketika kejadian di bandar Wilmington, kira-kira 95 kilometer ke barat daya Chicago. Tiada kecederaan dilaporkan dalam kalangan 203 penumpang. Nasib pemandu treler itu belum dapat dipastikan. - AFP SEBUAH kereta api Amtrak dalam perjalanan ke Chicago, merempuh sebuah treler yang tersekat pada landasan di satu lintasan. - Foto AP


 SEBUAH kereta api Amtrak dalam perjalanan ke Chicago, merempuh sebuah treler yang tersekat pada landasan di satu lintasan. - Foto AP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/59539

331 disahkan maut dalam insiden kapal karam China

SABTU, 6 JUN 2015 @ 10:33 AM

ANGGOTA perubatan siap sedia menunggu untuk mengambil mayat mangsa selepas pasukan menyelamat mengangkat kapal pesiaran yang karam di Sungai Yangtze itu dengan kren besar. - Foto EPA JIANLI, China: Sejumlah 331 orang disahkan mati selepas pasukan menyelamat mengangkat kapal pesiaran yang karam di Sungai Yangtze itu dengan kren besar, menurut media China. Hanya 14 daripada 456 orang di atas kapal Eastern Star disahkan selamat apabila ia karam dengan pantas ketika ribut Isnin lalu. Menurut agensi berita rasmi Xinhua, pihak berkuasa menyatakan angka korban tragedi itu ialah 331 orang pada 8 pagi tadi. Sebelum ini, Xinhua melaporkan 345 disahkan terkorban tetapi mengubah jumlah itu kepada 331. Seorang pegawai menyatakan tiada lagi mangsa selamat dijangka ditemui. - AFP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/59554

Gunung Kinabalu: 9 lagi mayat ditemui, 8 pendaki masih hilang

SABTU, 6 JUN 2015 @ 12:38 PM

DATUK Masidi Manjun (tengah) ketika memberi penerangan media di pusat gerakan operasi di Taman Kinabalu semalam. - Foto Mohd Ruzaini Zulkefli KOTA KINABALU: Sembilan lagi mayat ditemui di Gunung Kinabalu sehingga tengah hari ini menjadikan keseluruhan 11 maut akibat gempa bumi setakat ini manakala lapan lagi masih hilang. Perkara ini diumumkan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Masidi Manjun, sebentar tadi.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/59597

Wanita diraba monyet lapor polis

monyet

GIBRALTAR - BRITAIN . Seorang wanita yang tidak berpuas hati dengan tindakan sekumpulan monyet merabanya bertindak membuat laporan polis untuk mendakwa haiwan berkenaan.
 
Mellissa Hart, 23, diserang secara seksual oleh sekumpulan monyet ketika sedang bercuti di sebuah tempat peranginan di Gibraltar.
 
Menurut Mellisa, dia sangat teruja untuk melihat sekumpulan haiwan itu sehinggalah dua ekor monyet berkenaan bertindak meraba dan salah seekor daripadanya menarik pakaian mandinya.
 
Pelancong yang menyaksikan kejadian berkenaan hanya melihat dan mentertawakannya.
 
Bercakap kepada Olive Press, Melissa berkata,  saya berasa tidak berdaya untuk melawan dan hanya mampu menjerit ketika monyet - monyet terbabit menarik dan merabanya.
 
"Saya diserang secara seksual oleh haiwan berkenaan dan orang di sekeliling hanya fikir ini adalah jenaka," katanya.
 
Namun kerana berang dengan insiden tersebut, Mellisa mengambil keputusan untuk mendakwa monyet berkenaan dan melaporkan perkara tersebut kepada pihak polis.
 
Walaubagaimanapun, pihak polis berkata, tiada tindakan yang boleh dilakukan untuk mendakwa haiwan liar tersebut.

Palang Merah 'rompak' derma Haiti

Palang Merah 'rompak' derma Haiti
Rumah sementara disediakan Palang Merah di pinggir Port Au Prince hanya mampu bertahan sehingga tiga atau lima tahun.

WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Palang Merah didakwa menggelapkan berjuta-juta dolar hasil kutipan derma untuk Haiti, menurut siasatan dijalankan agensi berita Pro Republica dan NPR.

Laporan siasatan turut mendedahkan organisasi antarabangsa itu hanya membina enam buah rumah untuk mangsa gempa selepas mengumpul kira-kira AS$500 juta (RM1.8 bilion) yang sepatutnya diserahkan bagi usaha pembangunan Haiti yang dilanda gempa bumi dahsyat pada 2010.

Palang Merah sebelum ini mengumumkan bahawa organisasi tersebut telah menyediakan rumah kepada lebih 130,000 mangsa gempa Haiti.

Pro Republica dan NPR turut mendakwa sejumlah besar hasil derma tersebut digunakan bagi melangsaikan hutang Palang Merah berjumlah kira-kira AS$100 juta (RM372 juta).

"Palang Merah menggembar-gemburkan usaha mereka dengan berkata ia telah membantu lebih daripada 4.5 juta penduduk Haiti yang terjejas dengan bencana tersebut.

"Organisasi itu juga telah berjanji untuk membina beratus-ratus rumah baharu di wilayah Campeche. Namun, sehingga kini penduduk masih tinggal dalam pondok kecil.

"Apa pun, amat jelas berlakunya penyelewengan dan tiada ketelusan dalam menguruskan hasil kutipan derma yang mencecah berjuta-juta dolar," menurut laporan tersebut.

Menurut laporan yang dikeluarkan Kementerian Dalam Negeri Haiti, gempa bumi yang terjadi pada 12 Januari 2010 itu telah mengakibatkan kira-kira 111,000 rakyatnya terbunuh manakala kira-kira 500,000 lagi hilang tempat tinggal. - Al Jazeera

Kaki tersepit mesin mel

Shah Alam: Tindakan pantas rakan sekerja berjaya menyelamatkan seorang lelaki yang tersepit kaki pada mesin pemprosesan mel di Pusat Pengagihan Bungkusan Automotik (IPC) Seksyen 21 di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 8.30 malam itu kaki mangsa berusia 42 tahun itu tersepit pada mesin berkenaan, namun berjaya dikeluarkan rakan sekerjanya.
Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 8.30 malam.
“Sebaik tiba di lokasi kejadian, mangsa sudah diselamatkan rakannya yang bertugas ketika itu.
“Mangsa tersepit di antara roda mesin yang digunakan untuk memproses surat di bahagian penghantaran,” katanya.
Menurutnya, mangsa cedera di paha dan dihantar ke hospital untuk rawatan.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 Jun 2015 @ 6:36 AM


ANGGOTA bomba mengangkat mangsa ke atas pengusung untuk dibawa ke hospital.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/55777#sthash.98kk5zaX.dpuf

Menjunam 40m

Gua Musang: Gara-gara tiada papan tanda memberitahu jambatan runtuh, dua lelaki nyaris maut apabila kereta yang mereka naiki jatuh dari ketinggian 40 meter (m) ke dalam Sungai Nenggiri di Kilometer 28, Jalan Gua Musang-Jeli, Kampung Pulau Setelu, di sini, kelmarin.
Bagaimanapun, dalam kejadian jam 11.30 malam, pemandunya, Wan Mohd Adil Wan Zaki, 32, hanya cedera di bahu kiri dan luka di mulut manakala rakannya, Daiman Mamat, 46, tidak cedera.
Mereka yang berasal dari Terengganu difahamkan dalam perjalanan pulang dari Pulau Pinang dan tidak menyedari jambatan itu runtuh berikutan tiada penghadang jalan atau papan tanda jelas menunjukkan lencongan untuk jambatan sementara.
Dua minggu lalu, jambatan sementara siap dibina di sebelah jambatan asal yang runtuh akibat banjir Disember lalu dan sudah dibuka kepada pengguna.
Saksi kejadian, Haika Hussin, 22, berkata, dia sedang berehat di sebuah pondok tidak jauh dari jambatan itu sebelum terdengar bunyi dentuman kuat.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 Jun 2015 @ 9:49 AM


- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/55877#sthash.Bs3aYWy0.dpuf

Reman tiga hari jika ditangkap

Batu Pahat: Mana-mana individu yang ditahan kerana memiliki, menyimpan atau menyembunyikan rokok seludup boleh direman tiga hari bagi membantu siasatan sebelum didakwa di mahkamah.
Tindakan tegas diambil Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) itu menunjukkan agensi kerajaan terbabit serius menangani aktiviti penyeludupan dan penjualan rokok seludup di negara ini yang turut menyebabkan kerajaan kehilangan hasil yang banyak.
Tindakan sama juga diguna pakai untuk membanteras penyeludupan minuman keras selaras dengan Akta Kastam 1967.
Timbalan Ketua Pengarah (Bahagian Penguatkuasaan dan Pematuhan) JKDM Datuk Matrang Suhaili berkata, pihaknya bekerjasama dengan agensi kerajaan lain dalam membanteras kegiatan penyeludupan rokok dan arak.
Katanya, melalui JKDM, pihaknya mengadakan Ops Outlet dan Ops Pacak yang bertujuan memastikan kegiatan penyeludupan rokok dan arak dipatahkan dan mereka yang bertanggungjawab didakwa di mahkamah.
Mengikut rekod Op Outlet sejak dilancarkan 2010 hingga Disember tahun lalu, 39,442 outlet diperiksa. Daripada jumlah itu, 8,668 outlet dikesan melakukan kesalahan membabitkan rampasan RM81.96 juta manakala 6,095 peniaga ditahan dan 2,110 didakwa di mahkamah.
Menurutnya, Malaysia kehilangan hasil RM1.9 bilion setahun akibat kegiatan menyeludup rokok selain RM500 juta lagi daripada aktiviti penyeludupan minuman keras.
“Rokok dan minuman keras paling kerap diseludup memandangkan cukai dikenakan ke atas barangan itu tinggi,” katanya ketika merasmikan Pelancaran Ops Pacak 2015 peringkat Negeri Johor, di sini semalam.
Sementara itu, dalam perkembangan sama, JKDM mematahkan cubaan tiga lori yang membawa muatan rokok seludup dan minuman keras di dua lokasi berasingan membabitkan nilai cukai melebihi RM4 juta di negeri itu.
Matrang berkata, ketiga-tiga lori itu ditahan di dua lokasi berasingan iaitu di Jalan Ulu Tiram Kota Tinggi dan dua lagi di FELDA Air Tawar 2.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 Jun 2015 @ 9:52 AM


MATRANG (tengah) menunjukkan rokok yang dirampas penguat kuasa JKDM Batu Pahat.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/55879#sthash.YNmCVX2s.dpuf

Pelajar Mauritius cedera kena kipas bot

0 Oleh Zatul Iffah Zolkiply

am@hmetro.com.my

Jertih: Seorang lelaki warga Mauritius berusia 21 tahun cedera parah di lutut dan kaki kanan akibat terkena kipas sebuah bot di Pulau Perhentian Besar, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Besut Superintendan Khaled Che Lah berkata, kejadian dipercayai berlaku ketika penuntut sebuah universiti di Selangor itu bersama 16 lagi pelancong dalam perjalanan untuk aktiviti snorkeling.

Beliau berkata, setiba di tempat kejadian, mangsa mahu melakukan aktiviti snorkeling tetapi dihalang pemandu bot berusia 33 tahun kerana enjin bot masih hidup.

"Pemandu sudah menghalang mangsa daripada terjun kerana dia mahu mengubah kedudukan bot tetapi mangsa tetap terjun menyebabkan dia terkena kipas bot.

"Pemandu terbabit segera menyelamatkan mangsa dan membawanya ke Klinik Pulau Perhentian untuk rawatan sebelum dirujuk ke Hospital Besut tetapi dipindahkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 Jun 2015 @ 5:06 PM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/55977#sthash.Eic5qtXT.dpuf

Hukum gantung bunuh anak tiri

Melaka: Seorang broker tanah dijatuhi hukuman mati mandatori oleh Mahkamah Tinggi di sini, sebentar tadi, selepas didapati bersalah membunuh anak tirinya empat tahun lalu.
Hakim Datuk Zulkifli Bakar menjatuhkan hukuman itu terhadap Azman Abdul Rahman, 41, selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap pendakwaan.
Berdasarkan pertuduhan, Azman dari Lubok Cina, Linggi, Alor Gajah, didakwa membunuh Muhammad Firdaus Mohd Dan, 6, di sebuah kebun kelapa sawit di Kampung Solok Pinang, Gadek, Alor Gajah, kira-kira jam 3.30 petang, 10 Oktober 2011.
Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Nurfarhana Ahmad manakala tertuduh dibela Mohd Hilmy Samsudin.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 Jun 2015 @ 7:10 PM


- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/55994#sthash.j7BPYGHZ.dpuf

Gempa Sabah: 16 pendaki belum ditemui

Ranau: Seramai 16 pendaki belum ditemui dipercayai hilang dan usaha menjejaki semua mereka sedang giat dilakukan oleh pasukan penyelamat.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, jumlah pendaki yang selamat tiba di Pondok Timpohon seramai 168 orang dan terakhir tiba pada 2.46 pagi tadi.
"Sehingga kini, seramai 16 pendaki dilaporkan belum ditemui dan usaha menjejaki mereka sedang giat dilakukan," katanya ketika dihubungi, awal pagi tadi.
Menurutnya, operasi mencari dan menyelamat ditangguh pada 3.23 pagi tadi.
"Operasi akan disambung semula pada 5 pagi ini untuk gerakan mencari dan menyelamat," katanya.
Difahamkan, beberapa pendaki yang belum ditemui dipercayai hilang di kawasan Via Ferrata.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 6 Jun 2015 @ 4:26 AM
ANTARA pendaki yang selamat dibawa turun. FOTO ihsan JPAM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/56024#sthash.c8OaHwwb.dpuf

Sabah bergegar

Kota Kinabalu : Gempa bumi sederhana berukuran 5.9 skala Richter melanda Ranau dan gegarannya turut dirasai di Kota Marudu, Kota Belud, Kota Kinabalu, Penampang, Sipitang dan Kudat, 7.15 pagi tadi.
Pengarah Jabatan Meteorologi Sabah Abdul Malek Tusin mengesahkan gegaran berlaku di darat maka tidak akan berlaku tsunami.
Di Ranau, pesakit yang dirawat di Hospital Ranau dibawa keluar bagi tujuan keselamatan susulan gempa bumi itu.
Beberapa penghuni perumahan kakitangan Hospital Ranau turut merasai gegaran yang kuat dan beberapa keretakan berlaku pada struktur bangunan selain barangan elektrik milik kakitangan turut rosak.
Sementara itu, penduduk sekitar bandaraya Kota Kinabalu panik seketika apabila berlaku gegaran selama 10 saat.
Bagaimanapun setakat ini, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.
Pengarah Taman-Taman Sabah Dr Jamili Nais pula memaklumkan kira-kira 130 pendaki kini terkandas dan ada yang cedera di puncak Gunung Kinabalu susulan gempa bumi pagi tadi.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 Jun 2015 @ 10:52 AM


Kerosakan yang berlaku pada struktur bangunan perumahan kakitangan Hospital Ranau. FOTO ihsan pembaca
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/55886#sthash.wdpLYB4I.dpuf

Pendaki wanita Singapura dikatakan terbunuh

Ranau: Seorang pendaki yang bertugas sebagai doktor mendakwa seorang pendaki dari Singapura terbunuh akibat kejadian gegaran yang berlaku di Gunung Kinabalu.
Mengikut dakwaan Dr Redzlan Abdul Rahman berasal dari Pulau Pinang yang secara kebetulan turut melakukan pendakian di Via Ferrata, dia turut memeriksa nadi pendaki wanita yang berusia 20an itu dan didapati tidak berdenyut.
"Ketika melalui lereng Via Ferrata, saya sempat memeriksa nadi mangsa dan didapati tidak berdenyut.
"Rakan-rakannya terpaksa meletakkan mangsa di tepi lereng gunung sementara menanti ketibaan pasukan penyelamat, " katanya mengulas kejadian yang berlaku kira-kira 1 tengah hari itu.
Redzlan dijadualkan tiba di Timpohon jam 5 petang ini selepas mengikuti ekspedisi seramai 15 pendaki dari Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Kudin, Raub, Pahang semalam.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 Jun 2015 @ 4:26 PM


Kesan runtuhan di sebabkan oleh gegaran gempa bumi yang berlaku di Gunung Kinabalu. FOTO Edmund Samunting
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/55969#sthash.7UWaixrZ.dpuf