Search This Blog

Thursday, June 4, 2015

Dua maut, empat cedera terkena tembakan rambang

Kes tembak

JOHOR BAHRU - Dua lelaki maut, manakala empat cedera selepas terkena tembakan rambang di luar sebuah kelab malam Jalan Abd Razak, Susur 4 Larkin, di sini, kira-kira jam 2 pagi tadi.
 
Ketua Polis Johor, Datuk Rusli Ahmad berkata, seorang daripada mangsa yang maut di tempat kejadian merupakan pelanggan, manakala seorang lagi adalah penjaga kelab malam berkenaan.
 
Menurutnya, siasatan awal mendapati lebih 15 das tembakan dilepaskan dan lebih daripada satu senjata api digunakan dua suspek lelaki yang menunggang motorsikal.

Operasi Sar MH370 tidak akan diperluas

Operasi Sar MH370 tidak akan diperluas
Operasi SAR yang sedang dijalankan terpaksa dihentikan sementara akibat cuaca buruk.

SYDNEY -  AUSTRALIA. Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat MH370 tidak akan diperluaskan ke luar kawasan carian melainkan jika terdapat petunjuk baharu, menurut pegawai kerajaan Australia, semalam.

"Zon carian tidak akan diperluaskan jika tiada maklumat baharu boleh dipercayai yang boleh membawa kepada pengenalpastian lokasi pesawat tersebut secara spesifik," jelas Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC).

Menurut CNA, pada April lalu, Australia, China dan Australia mengumumkan bahawa pasukan penyelamat akan menggandakan usaha dan memperluaskan operasi tersebut ke kawasan seluas 120,000 kilometer (km) persegi di bahagian selatan Lautan Hindi.

Setakat ini, lebih 50,000 km persegi kawasan dasar laut telah diterokai sepanjang misi pencarian pesawat tersebut yang sudah memasuki bulan ke-15 selepas ia dilaporkan hilang pada 8 Mac tahun lalu.

Jeneral tentera Thai nafi tuduhan

Jeneral tentera Thai nafi tuduhan
Manus (tengah) diiringi beberapa pegawai polis ketika beliau tampil menyerah diri, semalam.

BANGKOK - THAILAND. Leftenan Jeneral, Manus Kongpan, semalam menafikan tuduhan bahawa beliau terlibat dalam sindiket pemerdagangan manusia.

Jurucakap pihak berkuasa memaklumkan, Manus, 58, tampil menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Diraja Thai di ibu negara selepas kira-kira 84 waran tangkap dikeluarkan susulan pembongkaran kegiatan tidak bertanggungjawab yang didakwa semakin berleluasa di negara itu.

"Setakat ini, sebanyak 52 tangkapan telah dibuat," katanya.

Difahamkan melalui laporan Reuters, Manus adalah pegawai kanan paling tinggi yang didakwa di bawah operasi besar-besaran tersebut selepas namanya turut ditemui di dalam buku rekod yang dirampas daripada salah seorang suspek sindiket tersebut.

Isnin lalu, Ketua Tentera, Udomdej Sitabutr menggantung Manus daripada sebarang tugas rasmi dan berikrar tidak akan campur tangan dalam proses siasatan serta sistem kehakiman di negara itu.

Gempa bumi berkekuatan 4.7 gegar barat Nepal

Gempa bumi

KATHMANDU - NEPAL. Gempa bumi berukuran 4.7 pada skala Richter menggegarkan bahagian barat Nepal awal Rabu.

Menurut Pusat Seismologi Kebangsaan (NSC), gempa bumi itu berpusat di Humla, kira-kira 600 kilometer di barat laut Kathmandu.

Setakat ini, belum terdapat laporan tentang kerosakan akibat kejadian itu.

Satu gegaran susulan daripada gempa bumi pada 25 April dirasai di Kathmandu dan kawasan sekitarnya pada Rabu dan menurut NSC, pusatnya dikesan di Dolkha, 85 kilometer di timur Kathmandu.

Sejak Ahad, jumlah gegaran susulan makin berkurang setiap hari.  

Lebih 30,000 gegaran susulan, termasuk 295 yang berukuran lebih 4.0 pada skala Richter, direkodkan sejak berlakunya gempa bumi berukuran 7.9 pada skala Richter pada 25 April.

Gempa bumi dahsyat itu serta gegaran susulannya meragut sekurang-kurangnya 8,600 nyawa serta mencederakan lebih 22,000 orang dan menyebabkan kerosakan harta benda bernilai berbilion dolar.

Nepal menganggarkan pembinaan semula struktur yang rosak akan memerlukan perbelanjaan sekurang-kurangnya US$5 bilion dan berjanji akan menyiapkan kerja itu dalam masa tiga tahun. - Bernama

Gempa bumi: Pengeluaran makanan berkurangan

Gempa bumi
Pekerja penyelamat berusaha untuk mencari orang-orang yang terperangkap keluar dari runtuhan rumah-rumah runtuh. - Foto Bernama

KATHMANDU - NEPAL. Gempa bumi dahsyat pada 25 April serta gegaran susulannya mungkin menyebabkan pengeluaran makanan melalui pertanian di Nepal menurun sekurang-kurangnya tiga peratus tahun ini.
  
Menurut laporan kementerian pertanian Nepal, jumlah keseluruhan pengeluaran bijirin negara ini pada tahun ini dijangka menurun sekurang-kurangnya tiga peratus daripada unjuran sebelumnya.
  
Kata laporan itu, pengeluaran padi adalah yang paling teruk terjejas, manakala pengeluaran gandum dijangka meningkat lima peratus dan barli mungkin bertambah tujuh peratus.
  
Gempa bumi yang berlaku baru-baru ini menjejaskan dengan teruk tanaman musim sejuk di wilayah tertentu dan menyebabkan hasilnya mungkin menurun lapan peratus, kata laporan itu.
  
Setelah pengeluaran padi dan jagung di negara ini terjejas teruk tahun lepas akibat musim monsun, jumlahnya akan terus menurun tahun ini apabila gempa bumi dahsyat pada 25 April menyebabkan banyak kawasan pertanian mengalami keretakan atau mungkin mengalami kejadian tanah runtuh pada musim hujan, kata jurucakap kementerian itu, Udaya Chandra Thakur.
  
"Nasi adalah makanan ruji utama Nepal. Pengeluaran padi dijangka menurun sekurang-kurangnya lima peratus tahun ini kerana para petani di kawasan yang dilanda gempa bumi tidak bersedia untuk mengerjakan sawah mereka," kata Thakur.
  
Menurut laporan itu, pengeluaran sekoi dijangka meningkat 1.5 peratus tahun ini, diikuti gandum kuda. Bagaimanapun, pengeluaran sekoi dan gandum kuda di Nepal sememangnya rendah berbanding padi dan jagung.
  
Tanaman kontan seperti bijian bagi pengeluaran minyak, kentang, tebu, jut, lentil (kacang), teh, buah-buahan dan sayur-sayuran mungkin bertambah tahun ini.
  
Sebaliknya, pengeluaran susu dan daging akan menurun kerana gempa bumi yang berlaku itu mengorbankan banyak ternakan.
  
Menurut laporan tersebut, sekurang-kurangnya 58,000 lembu dan 40,000 unggas mati akibat bencana alam itu.
  
Sebelum ini, kementerian pertanian mengunjurkan keseluruhan pengeluaran pertanian Nepal pada tahun ini berkembang sebanyak lima peratus.
  
Pertanian menjana hampir separuh daripada jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar Nepal.
  
Gempa bumi berukuran 7.9 pada skala Richter melanda Nepal pada 25 April dan mengorbankan sekurang-kurangnya 8,600 orang serta memusnahkan harta benda bernilai berbilion dolar.
  
Bencana alam itu menjejaskan dengan teruk 14 daripada 75 daerah yang terdapat di Nepal. - Bernama

Dilanggar kerana tegur pemandu guna telefon

Dilanggar kerana tegur pemandu guna telefon
Antara sedutan video yang dimuatnaik oleh Samuel Ayres ke laman YouTube.

SEORANG penunggang motosikal mendakwa dia dilanggar lari dengan sengaja oleh seorang pemandu kereta selepas dia menyuruh pemandu tersebut supaya tidak menggunakan telefon bimbit semasa memandu.

Menurut penunggang motor, Samuel Ayres, dia dalam perjalanan ke tempat kerja dalam kejadian 26 Mac lepas di California, Amerika Syarikat.

Bila tiba di sebuah persimpangan lampu isyarat, dia menyedari perbuatan seorang lelaki menggunakan telefon di dalam sebuah kereta jenis BMW.

Ayres kemudian bertindak menyuruh pemandu tersebut menghentikan perbuatannya itu kerana penggunaan telefon bimbit ketika memandu adalah dilarang.

Ayres kemudian meneruskan perjalanan namun tidak semena-mena dia dilanggar dari belakang oleh pemandu sama yang kemudian bertindak melarikan diri.

Ayres kemudian memuatnaik video rakaman kejadian tersebut pad 27 Mei lepas di mana hampir 1,500,000 pelayar mengecam tindakan merbahaya pemandu tersebut.

"Tidak kisah siapa yang salah dalam kes ini, anda tidak boleh menggunakan kereta sebagai senjata," kata seorang pelayar, Royal Jordanian.

"Ayres sudah cukup baik untuk menasihati pemandu tersebut, kenapa anda (pemandu) perlu langgar dia?" kata Zach.

Walau bagaimanapun, majoriti pelayar menyifatkan Ayres memang sengaja mencari pergaduhan dengan pemandu tersebut.

"Anda boleh dengar bunyi motor perlahan dan laju, jelas Ayres sedang lakukan provokasi terhadap pemandu tersebut selepas lampu isyarat," jelas Meef.

"Anda menunggang di tengah-tengah garisan di jalan raya. Itu bukan lorong motosikal!," kata Adam.

Difahamkan, kes tersebut berada di bawah siasatan pihak berkuasa California dan Ayres kini memerlukan bantuan kewangan untuk menampung bil perubatannya yang mencecah USD 5000 (RM18,400) akibat dilanggar lari.

4 cedera roller coster bertembung

4 cedera roller coster bertembun
Anggota penyelamat cuba mengeluarkan mangsa yang terperangkap.

STAFFORDSHIRE - BRITAIN. Empat pengunjung taman tema Alton Towers cedera selepas dua gerabak permainan roller coaster yang membawa 16 penumpang berlanggar dengan sebuah gerabak yang kosong.

Jurucakap kecemasan West Minlands berkata, dua lelaki berumur 18 dan 27 tahun serta dua wanita 19 dan 17 tahun mengalami kecederaan pada anggota badan dan kini dirawat di bahagian kecemasan dan trauma di Pusat Perubatan Stoke dan Coventry.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Alton Tower berkata, kesemua penumpang berjaya dikeluarkan selepas terperangkap beberapa jam dalam gerabak permainan itu pada ketinggian 7.6 meter dari aras tanah.

"Ini adalah insiden yang paling serius berlaku dalam sejarah sejak pembukaan taman tema ini," katanya dipetik BBC.

Menurut jurucakap yang dikeluarkan Alton Tower, taman teman itu ditutup buat sementara waktu dan pengunjung yang telah membuat tempahan awal atau yang telah datang ke taman tema boleh menuntut wang kembali atau menukar tarikh kunjungan.

4 cedera roller coster bertembung

4 cedera roller coster bertembun
Anggota penyelamat cuba mengeluarkan mangsa yang terperangkap.

STAFFORDSHIRE - BRITAIN. Empat pengunjung taman tema Alton Towers cedera selepas dua gerabak permainan roller coaster yang membawa 16 penumpang berlanggar dengan sebuah gerabak yang kosong.

Jurucakap kecemasan West Minlands berkata, dua lelaki berumur 18 dan 27 tahun serta dua wanita 19 dan 17 tahun mengalami kecederaan pada anggota badan dan kini dirawat di bahagian kecemasan dan trauma di Pusat Perubatan Stoke dan Coventry.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Alton Tower berkata, kesemua penumpang berjaya dikeluarkan selepas terperangkap beberapa jam dalam gerabak permainan itu pada ketinggian 7.6 meter dari aras tanah.

"Ini adalah insiden yang paling serius berlaku dalam sejarah sejak pembukaan taman tema ini," katanya dipetik BBC.

Menurut jurucakap yang dikeluarkan Alton Tower, taman teman itu ditutup buat sementara waktu dan pengunjung yang telah membuat tempahan awal atau yang telah datang ke taman tema boleh menuntut wang kembali atau menukar tarikh kunjungan.

PM China Arah Segala Usaha Selamatkan Mangsa Kapal Karam


Diterbitkan: Rabu, 3 Jun 2015 3:30 PM

JIANLI: Perdana Menteri China, Li Keqiang menggesa agar usaha sepenuhnya dilakukan untuk menyalamatkan mangsa kapal karam di Sungai Yangtze.
Menurut laporan portal berita, Xinhua.com, seramai 14 orang berjaya diselamatkan manakala tujuh lagi disahkan terkorban dan kira-kira 430 penumpang yang lain masih belum ditemui dalam bencana perkapalan terburuk selama hampir tujuh dekad di negara berkenaan.
Kapten kapal dan ketua jurutera menjelaskan terdapat lebih 450 orang di atas kapal The Eastern Star apabila ia tenggelam dalam tempoh satu atau dua minit selepas dilanda puting beliung di Jianli, Hubei Province.
Lebih daripada 4,600 penyelamat termasuk ratusan penyelam mengharungi cuaca buruk pada Selasa untuk mencari penumpang yang hilang yang kebanyakkannya merupakan pelancong warga emas.
Li menegaskan, operasi menyelamatkan mangsa perlu menjadi keutamaan sewaktu mempengerusikan mesyuarat mengenai misi kecemasan dan menyelamat yang dalam perjalanan ke tempat kejadian melalui udara pada pagi Selasa.
Dia juga mengarahkan pasukan penyelamat untuk menggunakan kesemua sumber yang ada, mengambil setiap langkah dan melawan masa bagi misi mencari dan menyelamat.
Li juga telah meminta agar aliran air dari Three Gorges Dam yang beroperasi di bahagian atas Sungai Yantze itu dikawal untuk membantu kerja-kerja menyelamat.
Pasukan penyelamat juga diarahkan untuk memberikan informasi yang teratur dan memastikan pembiayaan dan kakitangan yang mencukupi untuk menjalankan kerja menyelamat.
Kapal The Eastern Star membawa 405 penumpang, lima pemandu pelancong, dan 46 anak kapal ketika mengharungi puting beliung sebelum tenggelam di bahagian Jianli, Sungai Yangtze.
Kebanyakan penumpang terdiri daripada pelancong dari Shanghai dan wilayah jiran Jiangsu, yang berumur di antara 3 hingga 83 dan kebanyakkan daripada mereka berada di dalam lingkungan 60 hingga 70-an.
Kapal tersebut itu berlayar dari bandar timur Nanjing menghala ke hulu sungai Chongqing pada Khamis.
Li sekali lagi menegaskan bahawa tidak ada yang lebih berharga daripada nyawa manusia dan menggesa pasukan penyelamat supaya tidak membazirkan masa dan menyelamatkan seramai mana yang mereka mampu.
Perdana Menteri itu menuntut agar lebih banyak  penyelam di bawa ke sungai itu  selepas menyaksikan dua penyelam Tentera Laut menarik mangsa yang masih hidup keluar dari kapal tersebut pada Selasa.
Pihak berkuasa juga diarahkan untuk melebarkan jalan di tepi sungai supaya jentera penyelamat dapat di bawa lebih dekat dengan perkarangan sungai.
Li juga berkata, pihak kerajaan perlu bersedia menghadapi kesan akibat kemalangan perkapalan ini.
Li melawat beberapa mangsa di sebuah hospital tempatan, termasuk Zhu Hongmei berusia 65 tahun yang telah diselamatkan oleh seorang penyelam serta Jiang Geng yang berusia 35 tahun yang terapung di sungai itu selama empat jam sebelum diselamatkan.

Gempa Bumi Berkekuatan 4.7 Gegar Barat Nepal


Diterbitkan: Rabu, 3 Jun 2015 4:30 PM
Keadaan kediaman penduduk Nepal yang musnah akibat gempa bumi berulang yang melanda sejak April lalu.

KATHMANDU: Gempa bumi berukuran 4.7 pada skala Richter menggegarkan bahagian barat Nepal awal Rabu.
Menurut Pusat Seismologi Kebangsaan (NSC), gempa bumi itu berpusat di Humla, kira-kira 600 kilometer di barat laut Kathmandu.
Setakat ini, belum terdapat laporan tentang kerosakan akibat kejadian itu.
Satu gegaran susulan daripada gempa bumi pada 25 April dirasai di Kathmandu dan kawasan sekitarnya pada Rabu dan menurut NSC, pusatnya dikesan di Dolkha, 85 kilometer di timur Kathmandu.
Sejak Ahad, jumlah gegaran susulan makin berkurang setiap hari.
Lebih 30,000 gegaran susulan, termasuk 295 yang berukuran lebih 4.0 pada skala Richter, direkodkan sejak berlakunya gempa bumi berukuran 7.9 pada skala Richter pada 25 April.
Gempa bumi dahsyat itu serta gegaran susulannya meragut sekurang-kurangnya 8,600 nyawa serta mencederakan lebih 22,000 orang dan menyebabkan kerosakan harta benda bernilai berbilion dolar.
Nepal menganggarkan pembinaan semula struktur yang rosak akan memerlukan perbelanjaan sekurang-kurangnya US$5 bilion dan berjanji akan menyiapkan kerja itu dalam masa tiga tahun.-- Bernama

Pengeluaran Makanan Nepal Berkurangan Akibat Gempa


Diterbitkan: Rabu, 3 Jun 2015 5:36 PM

KATHMANDU: Gempa bumi dahsyat pada 25 April serta gegaran susulannya mungkin menyebabkan pengeluaran makanan melalui pertanian di Nepal menurun sekurang-kurangnya tiga peratus tahun ini.
Menurut laporan kementerian pertanian Nepal, jumlah keseluruhan pengeluaran bijirin negara ini pada tahun ini dijangka menurun sekurang-kurangnya tiga peratus daripada unjuran sebelumnya.
Kata laporan itu, pengeluaran padi adalah yang paling teruk terjejas, manakala pengeluaran gandum dijangka meningkat lima peratus dan barli mungkin bertambah tujuh peratus.
Gempa bumi yang berlaku baru-baru ini menjejaskan dengan teruk tanaman musim sejuk di wilayah tertentu dan menyebabkan hasilnya mungkin menurun lapan peratus, kata laporan itu.
Setelah pengeluaran padi dan jagung di negara ini terjejas teruk tahun lepas akibat musim monsun, jumlahnya akan terus menurun tahun ini apabila gempa bumi dahsyat pada 25 April menyebabkan banyak kawasan pertanian mengalami keretakan atau mungkin mengalami kejadian tanah runtuh pada musim hujan, kata jurucakap kementerian itu, Udaya Chandra Thakur.
"Nasi adalah makanan ruji utama Nepal. Pengeluaran padi dijangka menurun sekurang-kurangnya lima peratus tahun ini kerana para petani di kawasan yang dilanda gempa bumi tidak bersedia untuk mengerjakan sawah mereka," kata Thakur.
Menurut laporan itu, pengeluaran sekoi dijangka meningkat 1.5 peratus tahun ini, diikuti gandum kuda. Bagaimanapun, pengeluaran sekoi dan gandum kuda di Nepal sememangnya rendah berbanding padi dan jagung.
Tanaman kontan seperti bijian bagi pengeluaran minyak, kentang, tebu, jut, lentil (kacang), teh, buah-buahan dan sayur-sayuran mungkin bertambah tahun ini.
Sebaliknya, pengeluaran susu dan daging akan menurun kerana gempa bumi yang berlaku itu mengorbankan banyak ternakan.
Menurut laporan tersebut, sekurang-kurangnya 58,000 lembu dan 40,000 unggas mati akibat bencana alam itu.
Sebelum ini, kementerian pertanian mengunjurkan keseluruhan pengeluaran pertanian Nepal pada tahun ini berkembang sebanyak lima peratus.
Pertanian menjana hampir separuh daripada jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar Nepal.
Gempa bumi berukuran 7.9 pada skala Richter melanda Nepal pada 25 April dan mengorbankan sekurang-kurangnya 8,600 orang serta memusnahkan harta benda bernilai berbilion dolar.
Bencana alam itu menjejaskan dengan teruk 14 daripada 75 daerah yang terdapat di Nepal.

Mayat terakhir mangsa perahu karam ditemui

Bintulu: Mayat mangsa terakhir dalam tragedi perahu karam di Sungai Kemena, Bintulu dijumpai, malam tadi.
Mangsa, Liong Anak Ganeng, 9, dijumpai pada 10.30 malam tersangkut di tongkang kira-kira 1.5 kilometer dari lokasi kejadian.
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu William Baheng berkata, mayat mangsa ditemui dalam keadaan mengiring dengan kaki tersangkut di tongkang berkenaan.
"Mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Bintulu untuk bedah siasat sebelum diserahkan keluarganya.
"Sejurus penemuan mayat terakhir, operasi mencari dan menyelamat ditamatkan," katanya.
Pagi tadi, seramai lima mangsa ditemui antara 7 sehingga 11.15 pagi.
Selain Jabatan Bomba dan Penyelamat Bintulu, operasi turut dibantu Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 Jun 2015 @ 12:12 AM


MAYAT mangsa ditemui kira-kira 1.5 kilometer daripada tempat kejadian. FOTO Mohd Rizal Abdullah
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/55485#sthash.dnEYeFUP.dpuf

Mat rempit tetak payudara

Kuala Lumpur: Sekumpulan ‘mat rempit’ bertindak ganas apabila menetak tangan dan payudara seorang eksekutif jualan selepas mengejar kenderaan mangsa.
Dalam kejadian jam 3 pagi kelmarin, mangsa berusia 27 tahun cedera parah selepas diserang empat suspek berhampiran Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berhampiran Taman Tasik Metropolitan Kepong di sini.
Kejadian berlaku ketika mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kepong dari Cheras.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Zainuddin Ahmad berkata, mangsa yang melalui MRR2 terserempak empat motosikal ditunggang suspek secara berbahaya.
Menurutnya, mangsa cuba mengelak empat motosikal itu bagaimanapun gagal apabila keretanya dikejar dan dihimpit motosikal suspek.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 Jun 2015 @ 7:22 AM


KECEDERAAN parah dialami mangsa akibat ditetak penjenayah bermotosikal.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/55261#sthash.YYMMmni0.dpuf

Enam perompak dikepung

Kuala Lumpur: Polis kini sedang mengepung sekurang-kurangnya enam perompak dipercayai bersenjata yang melarikan diri di Taman Rekreasi Lembah Kiara di Taman Tun Dr Ismail di sini, sejak 5 pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Senior Asisten Komisioner Azlee Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian.
Menurutnya, kesemua suspek dipercayai warga asing dan mempunyai senjata.
"Operasi memburu enam lelaki bersenjata sedang giat dijalankan di Taman Rekreasi ini.
"Semua pintu masuk ditutup dan orang ramai dilarang masuk setakat ini," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 Jun 2015 @ 11:35 AM


LOKASI kejadian. FOTO Hafidzul Hilmi Mohd Noor
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/55402#sthash.mFkgzbf7.dpuf

Enam mayat sudah ditemui

Bintulu: Enam daripada tujuh mangsa tragedi perahu karam di Sungai Kemena di sini, membabitkan seorang lelaki dewasa, seorang wanita, dua kanak-kanak lelaki dan dua kanak-kanak perempuan ditemui pasukan mencari dan menyelamat.
Timbalan Ketua Polis Bintulu, Deputi Superintendan Lim Kwai Seng berkata, setakat ini, hanya seorang mangsa yang belum ditemui iaitu seorang wanita, dipercayai ibu kepada seorang mangsa yang terselamat.
Menurutnya, semua mayat yang ditemui berada dalam lingkungan dua sehingga lapan kilometer dari lokasi kejadian.
"Setakat ini, polis masih menunggu kehadiran keluarga mereka untuk membuat pengecaman mayat dan mengenal pasti identiti mangsa.
"Polis juga sudah mengarahkan anggota untuk mengesan keluarga terdekat bagi melakukan pengecaman," katanya kepada Harian Metro.
Dalam kejadian kira-kira 2.30 petang semalam, sebuah perahu panjang yang dinaiki lapan sekeluarga karam akibat berlanggar dengan sebuah tongkang di Sungai Kemena di sini.
Operasi mencari dan menyelamat yang memasuki hari kedua ini diteruskan dengan kerjasama Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Lembaga Sungai Sarawak (LSS), Pasukan Bomba Sukarela dan Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM).
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 Jun 2015 @ 1:08 PM


PASUKAN mencari dan menyelamat meneruskan operasi mencari mangsa lemas.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/55437#sthash.ozxLODKy.dpuf

Lolos ke hutan simpan

Kuala Lumpur: Enam perompak yang bersembunyi di Taman Rekreasi Lembah Kiara, Taman Tun Dr Ismail (TTDI) di sini, sejak 5 pagi tadi dipercayai melarikan diri ke hutan simpan berhampiran taman rekreasi itu.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Senior Asisten Komisioner Muhamad Azlee Abdullah berkata, pihaknya mula mengesan enam penjenayah terbabit dalam keadaan mencurigakan ketika melakukan rondaan cegah jenayah di kawasan TTDI, 4.30 pagi tadi.
Menurutnya, perompak yang bersenjatakan parang itu melarikan diri ke arah taman rekreasi berkenaan sejurus diarah berhenti untuk pemeriksaan.
"Gerakan Ops Tutup terus dilakukan pihak kami bagi menjejaki penjenayah terbabit, bagaimanapun orang awam kini boleh memasukan taman rekreasi itu.
"Polis percaya penjenayah ada kaitan dengan beberapa siri rompakan di kawasan ini dan operasi memburu suspek masih diteruskan," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 Jun 2015 @ 2:53 PM


ANGGOTA polis masih giat memburu enam perompak terbabit.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/55447#sthash.ALLisM4S.dpuf

Lapor pengasuh dera anak

Georgetown: Seorang bapa membuat laporan polis kerana tidak berpuas hati selepas mendakwa anak perempuannya berusia 2 tahun dipukul pengasuh di pusat asuhan di Jelutong, di sini, semalam.
Noor Asrolizham Zakaria, 35, berkata kejadian itu hanya disedari pada 6.30 petang sejurus dia mengambil anaknya pulang.
"Ketika itu saya mahu memandikan anak dan terkejut apabila melihat belakang badannya disapu bedak.
"Ketika mahu memeriksa badannya, anak saya menangis dan enggan disentuh," katanya yang ditemui di Hospital Pulau Pinang (HPP), hari ini.
Menurutnya, selepas membersihkan bedak di belakang badan anaknya dia terkejut apabila melihat kesan lebam dan juga bekas telapak tangan.
Sementara itu, Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Ibrahim Abu Bakar mengesahkan menerima laporan dan setakat ini polis sudah mengambil keterangan lima daripada 10 pekerja di pusat asuhan terbabit.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 Jun 2015 @ 6:56 PM


NOOR Asrolizham menunjukkan kesan di belakang badan anak perempuannya. FOTO ihsan pembaca
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/55470#sthash.fYTqeRdJ.dpuf

Misteri enam lelaki berparang



Polis menutup sementara Taman Rekreasi Lembah Kiara di Taman Tun Dr. Ismail bagi memburu enam lelaki misteri semalam.


KUALA LUMPUR – Kemunculan enam lelaki yang berjalan sambil masing-masing membawa parang di kawasan perumahan TTDI Hills, Taman Tun Dr. Ismail dekat sini semalam mencetuskan tanda tanya pihak berkuasa.
Keenam-enam lelaki yang dipercayai warga asing itu mula dikesan berjalan secara berkumpulan di sekitar kawasan perumahan TTDI Hills pada pukul 4.30 pagi.
Namun kelibat mereka yang masing-masing berkulit sawo matang itu terus hilang di kawasan hutan simpan di Taman Rekreasi Lembah Kiara sebaik terserempak dengan tiga anggota polis yang melakukan rondaan cegah jenayah.
Kawasan hutan simpan terletak di belakang taman perumahan TTDI Hills yang kebanyakannya didiami golongan menengah dan mewah.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Senior Asisten Komisioner Muhammad Azlee Abdullah (gambar kecil) berkata, susulan maklumat tersebut, polis melancarkan gerakan mengesan kumpulan lelaki yang dikhuatiri dalam rancangan melakukan jenayah.
“Kami bertindak mengepung dan menutup semua pintu keluar dan masuk kawasan taman rekreasi berkenaan.
“Kami juga meminta bantuan khidmat Unit Anjing Pengesan (K9) bagi menjejak enam lelaki misteri itu selain mengadakan beberapa sekatan jalan di sekitar perumahan tersebut,” kata beliau ketika dihubungi di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0604&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz3c2X8BFoF 
Hakcipta terpelihara 

Rozana bukan lagi isteri Awie




KUALA LUMPUR – Belum selesai perbicaraan kes penjagaan kekal anak dan dakwaan dipukul di mahkamah, Rozana Misbun semalam mendakwa, dirinya kini bukan lagi isteri kepada vokalis Wings, Awie.
Menurut Rozana, dia telah berjaya mendapatkan fasakh secara taklik daripada pejabat Majlis Agama Islam, Thailand pada 1 November tahun lalu, sekali gus menggugurkan talak antara dia dan bekas suaminya itu.
Rozana, 36, berkata, permohonan fasakh itu berjaya diperoleh selepas pihak Majlis Agama Islam Songkhla, berpuas hati dengan keterangan serta bukti diberikannya ketika tragedi 2 Jun 2014, selepas dibelasah oleh Awie atau nama sebenarnya Mohd. Azhar Othman.
“Saya kini bukan lagi isteri Awie, saya mengeluarkan kenyataan ini kerana tidak mahu dibayangi status sebagai isteri dia (Awie). Permohonan cerai saya telah diluluskan oleh Majlis Agama Islam Songkhla, sekali gus sijil perceraian kami yang sah mengikut undang-undang telah dikeluarkan. Kini, saya mahu fokus terhadap kehidupan saya dan anak-anak.
“Saya sudah tiada masa untuk fikir hal yang remeh-temeh. Jadi, saya berharap isu cerai saya dengan Awie sudah menemui noktah secara aman dan segera,” katanya ketika dihubungi Kos­mo! di sini semalam.
Menurut Rozana, permohonan cerai taklik itu dibuat di pejabat agama Islam sama ketika berkahwin dengan Awie pada 20 Jun 2005.
Dalam pada itu, Rozana turut meminta agar Awie mematuhi arahan mahkamah supaya menyerahkan anak sulung mereka, Putra Ahmad Merrah, 8, yang kini tinggal bersama Awie.
“Saya berharap agar pihak Awie dapat bertemu dengan peguam saya bagi menyelesaikan mana-mana perkara yang perlu,” ujarnya yang kini giat mengusahakan perniagaan baju kurung kanak-kanak


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0604&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm#ixzz3c2Wt2HRF 
Hakcipta terpelihara 

Ribut terburuk dalam sejarah



beberapa pekerja membaik pulih bumbung rumah yang rosak akibat kejadian ribut di Taman Indah Jaya, Kluang semalam.


KLUANG – Kejadian ribut yang melanda beberapa buah kampung dan taman perumahan di sekitar Kluang kelmarin disifatkan sebagai bencana alam pa­ling buruk dan pertama kali berlaku di daerah itu.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penera­ngan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Md. Jais Sarday berkata, nilai kerugian akibat ribut yang berlaku selama kira-kira lima minit tersebut dianggarkan kira-kira RM2.04 juta setakat ini.
Menurutnya, kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM100,000 bagi membantu meringankan beban mangsa-mangsa yang terjejas dalam kejadian itu.
“Majlis Agama Islam Kluang juga menyalurkan peruntukan seba­nyak RM600,000 melalui wang zakat kepada semua
mangsa yang beragama Islam.
“Kerajaan negeri juga memohon bantuan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bagi membantu daripada segi memperbaiki kerosakan rumah,” katanya kepada pemberita ketika melawat kawasan perumahan di Taman Indah Jaya di sini semalam.
Sementara itu, seorang mangsa ribut di Taman Indah Jaya, Malek Saif, 60, berkata, ketika hujan lebat pada pukul 6 petang kelmarin, dia dan isteri serta seorang anak lelakinya sedang duduk berehat di ruang tamu rumah.
“Tiba-tiba saya terde­ngar bunyi bising di luar dan sebaik sahaja pintu rumah dibuka, saya melihat angin kencang diikuti dengan beberapa atap zink dan bumbung rumah melayang di udara.
“Kejadian selama tiga minit tersebut bagaikan kiamat kecil dan saya ha­nya fikir mati ketika itu,” katanya ketika ditemui di rumahnya semalam.
Sementara itu, Mahari Ahmad, 46, yang turut me­nyaksikan kejadian tersebut di hadapan matanya menceritakan, dia hanya terpaku sambil melaungkan azan agar tiada sebarang kejadian buruk berlaku.
Kosmo! semalam me­laporkan, lebih 150 buah rumah rosak manakala puluhan pokok tumbang akibat hujan lebat dan ribut yang melanda beberapa buah kampung sekitar daerah Kluang.
Kejadian pada pukul 5 petang itu menimbulkan suasana panik kepada lebih 500 penduduk di Kampung Paya, Kampung Tengah, Taman Ilham di Kluang manakala di Taman Kota, Paloh berlaku banjir kilat selain bekalan elektrik turut terputus.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0604&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz3c2WXMY8W 
Hakcipta terpelihara 

Lima lagi mangsa lemas ditemui


Anggota bomba membawa mayat salah seorang mangsa lemas yang ditemui di Sungai Kemena, Bintulu semalam.


BINTULU – Lima lagi mangsa sebuah bot panjang yang terbalik di Sungai Kemena di sini ditemui semalam menjadikan enam mangsa maut setakat ini manakala seorang lagi mangsa iaitu kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun masih hilang.
Timbalan Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, Farhan Sufyan Borhan berkata, mangsa kedua iaitu seorang wanita dikenali sebagai Zunai Anjan, 45, ditemui pihak penyelamat pada pukul 7.09 pagi semalam diikuti mangsa ketiga, seorang kanak-kanak lelaki, Stanley Toni, 9, pukul 9.05 pagi.
“Mangsa keempat, seorang kanak-kanak perempuan, Diana Embuas, 13, dijumpai pada 10.15 pagi diikuti seorang lagi kanak-kanak perempuan, Adrena Liz Akin, 10, pada 10.55 pagi.
“Mangsa keenam, seorang lelaki, Ganing Mat, 60-an, dijumpai pada 11.05 pagi dan operasi mencari seorang lagi mangsa iaitu kanak-kanak lelaki dikenali Liong Dani, 8, masih diteruskan sehingga kini (petang semalam,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0604&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm#ixzz3c2WRNn00 
Hakcipta terpelihara 

10 pendaki bogel jadi buruan


Pihak imigresen memperketatkan kawalan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu bagi mengesan sepuluh pendaki bogel. – Gambar hiasan


KOTA KINABALU – Kesemua laluan keluar di negeri ini terutamanya di lapangan terbang dikawal ketat bagi mengesan sepuluh pendaki yang melakukan aksi berbogel di kawasan South Peak, Gunung Kinabalu pada 31 Mei lalu.
Pengarah Jabatan Imigresen Sabah, Noor Alam Khan Wahid Khan berkata, tindakan itu dilakukan susulan pihaknya menerima lima nama daripada sepuluh pendaki yang didakwa melakukan tindakan tidak senonoh tersebut.
“Sebaik maklumat dibekal oleh polis pukul 1 petang tadi (semalam), imigresen mengarahkan anggota dan pegawai mengetatkan kawalan di semua laluan keluar negeri ini terutama lapangan terbang bagi mengesan pendaki-pendaki terbabit.
“Sebaik pendaki-pendaki itu ditangkap, kita akan serah kepada polis untuk tindakan lanjut,” kata beliau ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.
Difahamkan lima nama pendaki yang dikenal pasti membabitkan empat lelaki dan seorang pendaki wanita.
Daripada empat pendaki lelaki melibatkan dua adik-beradik berasal dari Kanada, Lindsey Petersen, 23, dan Danielle, 22, Dylan Thomas, 23, (Belanda) serta Stephan Pohlner, 28 (Jerman).
Seorang pendaki perempuan yang dikenali ialah Eleanor Hawrins, 23, berasal dari Belanda.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan Mohd. Farhan Lee Abdullah berkata, pihaknya masih menyiasat kes berkenaan yang melibatkan kepentingan awam.
Menurut beliau, kes tersebut disiasat mengikut Sesyen 290 Kanun Keseksaan kerana menimbulkan keresahan orang ramai dan jika sabit kesalahan boleh didenda RM400 setiap seorang.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0604&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz3c2WLNIri 
Hakcipta terpelihara