Search This Blog

Wednesday, June 3, 2015

Lebuhraya Sultan Iskandar ditutup

Kuala Lumpur: Laluan Lebuhraya Sultan Iskandar dari arah Parlimen ditutup sepenuhnya bagi kegunaan kenderaan selepas berlaku keretakan dan mendapan jalan di kawasan itu.
Penutupan jalan dilakukan anggota Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan pasukan bomba dan penyelamat kira-kira jam 7.30 malam semalam, selepas keretakan dan mendapan dikesan bertambah teruk berikutan hujan lebat.
Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur Asisten Komisioner Mohd Nadzri Hussain berkata, maklumat berhubung kejadian itu diterima pihaknya kira-kira jam 2 petang semalam sebelum pemantauan dilakukan.
“Keretakan dan mendapan berlaku di lorong paling kiri sebelum lorong itu diarahkan ditutup sepenuhnya bagi mengelakkan kejadian buruk berlaku.
“Kejadian hujan lebat menyebabkan keadaan bertambah teruk dan boleh mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya,” katanya.
Katanya, kerja-kerja pembaikan dijangka akan dilakukan pihak DBKL dan kontraktor selewat-lewatnya pagi ini.
“Anggota polis trafik turut dihantar ke lokasi kejadian bagi melancarkan aliran trafik,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 Jun 2015 @ 8:46 AM


LALUAN Lebuhraya Sultan Iskandar dari arah Parlimen ditutup kepada semua jenis kenderaan selepas berlaku keretakan dan mendapan berikutan kerja pembinaan yang dijalankan berhampiran lokasi berkenaan.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/55298#sthash.mBE2YOMN.dpuf

‘Isteri bukan untuk dipukul’


Oleh Sarah Zulkifli

sarah@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: “Isteri untuk disayangi, bukannya dipukul. Jika tidak sayang lagi, lepaskanlah.” Demikian nasihat Majistret Nur’Aminahtul Mardiah Md Noor di Mahkamah Majistret di sini, semalam.
Beliau berkata demikian sebelum menjatuhkan hukuman penjara sebulan terhadap K Tharmalingam, 42, pemandu teksi, selepas tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan mencederakan isterinya di rumah mereka di Taman Megah, Kepong, bulan lalu.
Mahkamah memerintahkan tertuduh yang mempunyai dua anak itu menjalani hukuman bermula semalam.
Selepas mendengar pengakuan bersalah tertuduh, Nur’Aminahtul turut menyoal Tharmalingam mengapa dia sanggup memukul wanita yang melahirkan dua anak untuknya, namun tiada jawapan yang jelas diberikan lelaki itu.
“Kamu boleh pukul isteri, tapi tidak boleh pula bercakap dengan kuat,” katanya.
Mengikut pertuduhan, Tharmalingam didakwa melakukan kesalahan itu jam 3.30 petang pada 10 April lalu di sebuah pangsapuri di Jalan Udang Harimau, Taman Megah.
Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya, jika disabit kesalahan.
Mengikut fakta kes, mangsa bergaduh dengan tertuduh sebelum lelaki itu memukulnya dengan tangan.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 Jun 2015 @ 8:15 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/55279#sthash.j4Iiqu3Z.dpuf

Pancit kereta jiran enggan bayar hutang


Kuala Lumpur: Seorang penganggur didenda RM350 oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam atas pertuduhan memancitkan tiga tayar kereta milik jirannya yang enggan membayar hutangnya.
Majistret Nur’Aminahtul Mardiah Md Noor menjatuhkan hukuman itu terhadap Redhuan Ismail, 35, selepas mengaku bersalah apabila pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.
Mahkamah turut memerintahkannya menjalani hukuman penjara 20 hari jika gagal membayar denda.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa dengan sengaja melakukan khianat dengan memancitkan tayar milik peniaga, Tony Roslee, membabitkan kerugian RM50 di kawasan tempat meletakkan kenderaan di sebuah kondominium Seksyen 6, Jalan 1/27D, Wangsa Maju, jam 1.45 petang pada 26 Mei lalu.
Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika disabit kesalahan.
Mengikut fakta kes, tertuduh memancitkan tayar kereta mangsa selain membaling batu ke tingkap rumah lelaki berkenaan sebelum tangkapan dilakukan terhadap Redhuan beberapa hari kemudian.
Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam bela memohon mahkamah meringankan hukuman atas alasan dia bertindak sedemikian kerana lelaki terbabit enggan membayar hutangnya.
Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Noor Svetlana manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 Jun 2015 @ 8:20 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/55280#sthash.gu8GKilP.dpuf

7 ditelan arus

Bintulu: K egembiraan lapan sekeluarga pulang daripada menyambut Hari Gawai lenyap sekelip mata apabila tujuh ahli keluarga mereka dikhuatiri lemas ketika perahu panjang dinaiki karam akibat berlanggar tongkang di Sungai Kemena di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 2.30 petang, seorang ahli keluarga yang bertindak sebagai pengemudi perahu, Johnnie Ganeng, 31 menyelamatkan diri, manakala enam ahli keluarga lain masih hilang dan dikhuatiri lemas.
Pada jam 4.30 petang, mayat warga emas, Jaba Lembang, 63, ditemui terapung 100 meter dari lokasi kejadian.
Sumber berkata, lapan sekeluarga itu dalam perjalanan pulang ke rumah mereka dari Hulu Sebauh untuk menyambut Hari Gawai.
Menurutnya, sebaik tiba di lokasi kejadian, enjin perahu dinaiki lapan sekeluarga itu rosak dan terkandas di tengah sungai.
“Ketika cuba membaiki enjin, arus deras dari bot tunda menyebabkan perahu mereka hilang kawalan dan terlanggar tongkang berada berhampiran.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 Jun 2015 @ 8:54 AM


LOKASI kejadian perahu panjang yang karam selepas berlanggar dengan tongkang di Sungai Kemena, semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/55300#sthash.WuDzAZSd.dpuf

Hilang arah tanpa kerja

Kuala Lumpur: “Kita menerima beberapa aduan bahawa terdapat kakitangan yang berkahwin turut diberhentikan kerja. Ada pasangan suami isteri ditamatkan kontrak mereka, adakah pihak pengurusan tidak mempertimbangkan bagaimana nasib keluarga mereka selepas hilang mata pencarian,” kata Presiden Kesatuan Kebangsaan Anak-anak Kapal Kabin Malaysia (NUFAM) Ismail Nasarudin.
Beliau menyifatkan tindakan pengurusan baru Penerbangan Malaysia (MAS) yang menamatkan kontrak 6,000 pekerjanya adalah tidak telus selain mengabaikan emosi pekerja.
Katanya, kebanyakan pekerja yang menerima surat penamatan kontrak itu adalah kakitangan yang sudah lama bekerja dan setia dengan syarikat penerbangan itu.
“Seharusnya, mereka perlu mengambil kira semua perkara. Jika ingin menamatkan kontrak pasangan ini, biarlah suami atau isteri mereka terus bekerja supaya bebanan mereka dapat dikurangkan,” katanya kepada pemberita dalam satu sidang akhbar, di sini, semalam.
Kelmarin, seramai 6,000 kakitangan MAS menerima surat penamatan kontrak itu sebagai sebahagian daripada langkah penstrukturan semula syarikat penerbangan nasional itu.
Media melaporkan MAS akan membayar pampasan kepada semua kakitangannya yang ditamatkan kontrak selepas menerima surat notis pemberhentian berdasarkan tahun perkhidmatan dengan pekali yang dikira mengikut kumpulan gred masing-masing.
Bagaimanapun, dua pertiga kakitangan akan ditawarkan bekerja dengan syarikat baru Malaysia Airline Bhd (MAB) dan mereka diberikan masa sehingga 12 Jun ini untuk membuat keputusan menyertai MAB dengan beberapa syarat serta terma baru.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 Jun 2015 @ 8:58 AM

KEADAAN di kaunter daftar masuk KLIA.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/55304#sthash.9zHo6oTB.dpuf

Dimamah api marak

Jasin: Tiga maut dengan dua daripadanya rentung dalam kemalangan membabitkan tiga kereta di Kilometer 192.2 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, berhampiran Ayer Keroh, pagi semalam.
Dalam kejadian jam 2.45 pagi itu, mayat seorang lelaki ditemui tercampak keluar ke tengah pembahagi jalan manakala dua mangsa yang belum diketahui jantina dan identiti rentung di dalam kereta.
Difahamkan, kejadian dipercayai berlaku apabila sebuah Proton Saga BLM hilang kawalan dan berpusing sehingga seorang penumpangnya tercampak keluar sebelum kereta itu terbabas ke kiri jalan.
Menurut sumber, sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Audi yang dinaiki seorang lelaki dan dua wanita warga asing tidak sempat mengelak lalu terlanggar kereta mangsa dan terseret sehingga 200 meter sekali gus mencetuskan kebakaran.
“Pemandu dan penumpang Audi sempat menyelamatkan diri apabila kebakaran berlaku.
“Ketika itu, sebuah Perodua Myvi cuba mengelak menyebabkan kereta dinaiki dua lelaki dan seorang wanita itu terbabas dan terbalik dengan empat tayar di atas,” katanya di sini, semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 Jun 2015 @ 9:03 AM


Gagal umpil tingkap langsir dibakar

Ledang: Berang selepas cubaan menceroboh melalui tingkap gagal, seorang penjenayah membakar langsir sebuah kediaman di Kampung Simpang Lima Darat, Bukit Gambir, di sini, malam kelmarin sehingga mengakibatkan mangsa kerugian kira-kira RM10,000.
Dalam kejadian jam 10 malam itu, mangsa, Ikmal Firdaus Abd Wahab, 27, isteri, Siti Roedah Md Jemary, 27, dan anak mereka bercuti di Jerantut, Pahang.
Ikmal Firdaus berkata, dia dihubungi bapa mentua, Md Jemary Sulaiman, 62, memaklumkan mengenai kebakaran kediamannya.
“Dalam keadaan kelam-kabut, kami pulang semula ke rumah kerana tidak meninggalkan kunci kepada keluarga mentua,” katanya yang ditemui semalam.
Menurutnya, dia sudah memastikan semua peralatan elektrik di rumah dimatikan manakala tingkap dan pintu berkunci.
“Saya mengesyaki berkemungkinan kediaman saya dipecah masuk berdasarkan kesan umpilan pada pintu dan tingkap rumah.
“Mungkin disebabkan gagal memasuki rumah kami kerana dipasang jeriji besi, penjenayah tergamak membakar langsir tingkap dari luar.
“Kerugian dianggarkan RM10,000 termasuk perkakasan elektrik seperti alat penghawa dingin, kipas angin dan pakaian milik anak musnah,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ledang Superintendan Mohd Salleh Abd Razak berkata, bagi mengelak kejadian sama berulang orang ramai perlu memaklumkan kepada polis sekiranya ingin meninggalkan rumah dalam tempoh lama.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 Jun 2015 @ 9:05 AM


KEADAAN tingkap bilik tidur yang musnah terbakar.

Pecut ke balai tengkuk dibedil

Kuantan: Seorang kontraktor nekad memecut kenderaannya sejauh lima kilometer ke balai polis berdekatan untuk menyelamatkan diri selepas parah akibat terkena satu das tembakan di tengkuk yang dilepaskan individu tidak dikenali di parkir sebuah hotel di Indera Mahkota, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 1.21 pagi, mangsa, Mohd Isa Ismail, 43, berasal dari Kemaman, Terengganu berjaya tiba di Balai Polis Kuantan, di sini, sebelum dibantu anggota polis terbabit.
Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, anggota polis menemui mangsa dalam keadaan berlumuran darah dan separuh sedar sebelum menghantar lelaki itu ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk mendapatkan rawatan.
“Mengikut siasatan awal, ketika kejadian, mangsa yang memandu kereta Proton Persona baru tiba di parkir hotel untuk bertemu dengan seorang wanita sebelum secara tiba-tiba didatangi seorang lelaki dari belakang kenderaan mangsa.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 Jun 2015 @ 9:10 AM

MANGSA yang cedera di tengkuk dilaporkan stabil.

Cemas kenderaan terbakar

Melaka: Lima remaja berdepan detik mencemaskan selepas Suzuki Vitara yang dinaiki terbakar di Kilometer 203 Lebuh Raya Utara Selatan, berhampiran Kawasan Rawat dan Rehat Ayer Keroh.
Dalam kejadian jam 11.30 pagi itu, remaja berusia lingkungan 17 dan 18 tahun itu dikatakan dalam perjalanan dari Bahau, Negeri Sembilan ke pusat bandar Melaka.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka berkata, berkata, sebaik tiba di lokasi kejadian remaja berkenaan terhidu bau hangit dan pemandunya berhenti di bahu jalan untuk melakukan pemeriksaan sebelum menyedari kenderaan terbakar.
"Semua remaja terbabit sempat keluar dari kenderaan untuk menyelamatkan diri sebelum Suzuki Vitara itu terbakar.
"Tiada yang cedera dan punca kebakaran sedang dikenal pasti," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 Jun 2015 @ 1:27 PM


Suzuki Vitara yang terbakar. FOTO Nur Saliawati Salberi
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/55439#sthash.66f2Refv.dpuf

Mat Malaya direman, isteri dibebaskan

Oleh Ardyhansah Amat
Kota Kinabalu: Suspek utama kes pemilikan senjata api dan cubaan bunuh Mohd Jusnaidi Omar, 44, atau dikenali sebagai Mat Malaya direman sehingga 9 Jun depan.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abd Rahman berkata, suspek juga didapati positif dadah dalam ujian air kencing yang dijalankan ke atasnya selepas ditahan pada Isnin lalu.

"Manakala isteri suspek yang berusia 24 tahun dibebaskan selepas Mahkamah tidak meluluskan reman ke atasnya.

"Bagaimanapun, polis sudah mengambil dan merakam keterangan ke atas wanita terbabit," katanya.

Mohd Jusnaidi dipercayai suspek utama dalam cubaan membunuh seorang pembantu mekanik di sebuah bengkel di Jalan Tuaran Bypass berhampiran Lembaga Padi, awal bulan lalu.

Selepas hampir sebulan menjadi buruan polis, Mohd Jusnaidi kemudiannya berjaya ditahan di sebuah inap desa di Kundasang pada Isnin lalu, 10.50 malam, bersama isterinya dan seorang bayi berusia 2 bulan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 Jun 2015 @ 1:40 PM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/55440#sthash.nYyDgYgg.dpuf

74 warga asing ditahan

Shah Alam: Seramai 74 warga asing berusia 21 hingga 45 tahun ditahan di dua lokasi berasingan dalam satu operasi Jabatan Imigresen Selangor bermula 9 pagi sehingga 12 tengah hari ini.
Operasi diketuai Timbalan Pengarah Jabatan Imigresen Selangor membabitkan 62 anggota serta pegawai di pasar besar Seksyen 25 dan pusat membeli-belah Ole-Ole di sini.
Timbalan Pengarah Jabatan Imigresen Selangor, Muhammad Amri Muhammad Sum berkata, warga asing itu ditahan atas pelbagai kesalahan mengikut Akta Imigresen seperti gagal menunjukkan dokumen sah perjalanan serta menetap melebihi tempoh masa dibenarkan.
"Mereka disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan 39(b) Peraturan Imigresen 1963.
"Semua warga asing ini di bawa ke Depoh Tahanan Sementara Imigresen Semenyih untuk siasatan lanjut," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 Jun 2015 @ 2:21 PM


FOTO Muhammad Sulaiman
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/55445#sthash.i5J6OUxL.dpuf

Dalang curi kereta, pecah masuk bangunan ditahan

Kuala Selangor: Lapan suspek yang terbabit dalam kegiatan curi kereta dan pecah masuk bangunan di daerah ini ditahan polis baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Mohd Taib Ahmad berkata, dengan penahanan suspek pihaknya berjaya menyelesaikan enam kes jenayah berkenaan.
Katanya, suspek yang berusia antara 24 hingga 45 tahun itu dipercayai aktif melakukan jenayah itu sejak September lalu.
"Hasil penahanan semua suspek polis berjaya menemui beberapa barang kes seperti komputer riba, sebuah komputer, set barang kemas, mesin pencetak dan sebuah kereta yang dijadikan kenderaan suspek.
"Semua suspek turut didapati positif syabu dan heroin, manakala enam daripada mereka didapati mempunyai rekod jenayah lampau iaitu kes dadah dan pecah rumah," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 Jun 2015 @ 2:54 PM


Mohd Taib (tengah) melihat barang kes yang dirampas daripada lapan suspek curi kereta dan pecah masuk bangunan. FOTO Suzaini Sulaiman
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/55449#sthash.i6YfpfFO.dpuf

Cedera tong gas meletup ketika tidur

Kluang: Lelaki warga Nepal melecur hampir 20 peratus selepas tong gas yang diletakkan di dalam bilik tidur di Taman Sri Kluang, Kluang dekat sini, meletup ketika sedang nyenyak tidur, tengah hari tadi.
Kejadian pada 12.15 tengah hari itu menyebabkan mangsa, Suresh Baram, 27, dikejarkan ke Hospital Emchee Besar Hajjah Kalthom untuk rawatan kecemasan.
Sumber bomba berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian membabitkan mangsa pada 12.21 tengah hari.
"Seramai tujuh pegawai dan anggota dan ambulan EMRS dikejarkan ke lokasi kejadian.
"Setibanya di lokasi kejadian didapati mangsa yang juga warga Nepal terbaring di halaman rumah jirannya," katanya.
Sementara itu, pihak hospital mengesahkan kejadian menimpa mangsa dan berkata, keadannya stabil.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 Jun 2015 @ 4:57 PM


MANGSA melecur tangan, kaki dan leher serta rambutnya hangus selepas tong gas yang disimpan dalam bilik tidurnya meletup. FOTO Arifin Salleh
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/55456#sthash.1bRX1H6r.dpuf

Padah senyum sambil tunjuk ‘anu’

Kuala Lumpur: Gara-gara menunjukkan kemaluannya kepada seorang wanita di tempat awam, seorang buruh dipenjara 14 hari dan denda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.
Majistret Saifulakmal Said menjatuhi hukuman itu terhadap Mohd Ali Tampil, 22, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan dengan sengaja menunjukkan kemaluannya kepada pereka grafik berusia 23 tahun, di hadapan Berjaya Times Square, Jalan Imbi, Dang Wangi di sini, pukul 7.40 malam, pada 1 Jun lepas.
Mahkamah turut memerintahkan tertuduh yang berasal dari Sabah itu menjalani hukuman penjara tiga bulan jika gagal membayar denda.
Dia tidak membayar denda tersebut.
Tertuduh yang tidak diwakili didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya.
Menurut fakta kes, pada hari kejadian Mohd Ali mendekati mangsa yang ketika itu berseorangan menunggu sepupunya di pekarangan pusat beli-belah berkenaan dan bertindak menyentuh bahu mangsa tetapi tidak dipedulikannya.
Selepas dia menyentuh bahu mangsa untuk kali kedua, wanita itu toleh ke belakang dan melihat tertuduh senyum sambil menunjukkan kemaluannya.
Mangsa yang terperanjat terus melarikan diri dan orang ramai yang menyedari kejadian itu berjaya menangkap tertuduh.
Ketika rayuan, Mohd Ali memohon hukuman berbentuk denda atas alasan dia mengalami tekanan perasaan di tempat kerja selain menyesal dan memohon mahkamah memberi peluang kedua kepadanya untuk berubah.
Timbalan Pendakwa Raya Raihanah Abd Razak memohon mahkamah mengenakan hukuman penjara dan denda dengan mengambil kira tindakan tertuduh telah menyebabkan mangsa mengalami trauma.
Beliau berkata faktor tekanan perasaan yang dihadapi tertuduh bukan alasan untuk dirinya melakukan kesalahan itu.
"Tertuduh juga telah melakukan kesalahan itu di kawasan awam (Berjaya Times Square) dan tindakan tertuduh boleh menjejaskan imej negara di mata pelancong," katanya.
Sebelum menjatuhi hukuman, Saifulakmal menegaskan mahkamah mengambil kira bahawa tertuduh melakukan kesalahan serius iaitu jenayah seksual.
"Kamu (tertuduh) senyum dan kemudian menunjukkan kemaluan kamu. Tak sepatutnya kamu tunjukkan kemaluan. Dah itu nama pun kemaluan", katanya. BERNAMA
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 Jun 2015 @ 5:51 PM


- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/55460#sthash.xkSk4SnR.dpuf

Rugi RM10,000 disamun

Kuala Terengganu: Polis memburu seorang lelaki yang menyamun seorang wanita sebelum melarikan pelbagai barangan berharga membabitkan kerugian RM10,000 dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Ladang Hospital, di sini, 9.20 pagi tadi.
Dalam kejadian itu, suspek yang bersenjatakan pisau dan menutup muka menggunakan baju dipakainya turut melarikan kereta Perodua Myvi milik rakan serumah mangsa.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata, suspek dipercayai memecah masuk rumah sewa didiami mangsa berusia 26 tahun bersama enam rakan lain dengan mengumpil pintu hadapan rumah berkenaan.
Beliau berkata, sebaik memecah masuk, suspek menggeledah bilik berkenaan dan melarikan pelbagai barangan berharga seperti barang kemas, komputer riba dan telefon mangsa membabitkan kerugian hampir RM10,000 bersama Perodua Myvi milik rakan mangsa.
"Bagaimanapun, suspek meninggalkan kenderaan itu di tepi jalan di sebuah kawasan perumahan Tok Adis di Jalan Kuala Ibai, di sini.
"Gerakan mengesan suspek sedang dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan rompakan menggunakan senjata," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 Jun 2015 @ 6:18 PM


KETUA Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, ACP Wan Abd Aziz Wan Hamzah (baju putih) meninjau keadaan kereta yang dilarikan suspek. FOTO Syahirah Abdullah
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/55464#sthash.QIdTbWjK.dpuf

Guru wanita maut bertembung

Kota Bharu: Seorang guru wanita berusia 35 tahun maut, manakala empat yang lain cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Lebuh Raya Salor- Kota Bharu, di sini, 3.50 petang tadi.
Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta Perodua Kancil dipandu mangsa Salma Salawati Mat Saad, bersendirian, terbabas dan memasuki lorong bertentangan sebelum bertembung Proton Preve.
Ketika kejadian, mangsa dalam perjalanan pulang dari Wakaf Che Yeh ke rumahnya di Salor.
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Tunjung, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Nazri Ali berkata, pihaknya mengambil masa 15 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit di bahagian pemandu.
"Kami terima panggilan kecemasan kira-kita 3.50 petang. 15 minit diperlukan untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.
"Dia parah di kepala dan badan maut di lokasi kejadian," katanya.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) untuk bedah siasat.
Empat mangsa cedera dihantar ke Hospital Pasir Mas bagi mendapatkan rawatan.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 Jun 2015 @ 6:49 PM


KEADAAN kereta yang terbabit kemalangan. Gambar kecil, guru yang maut. FOTO Nik Abdullah Nik Omar
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/55467#sthash.WZFXrAnQ.dpuf

Babi hutan masuk restoran

Kuantan: Kemunculan babi hutan di sebuah restoran, di sini, menyebabkan pelanggan bertempiaran melarikan diri, malah menimbulkan suasana kecoh sehingga ada yang menyangka berlaku pergaduhan di restoran itu, semalam.
Dalam kejadian 4 petang , babi hutan itu patah kaki dan menjadi agresif sehingga tersesat di restoran berkenaan, malah gambar kejadian itu menjadi ‘viral’ di laman sosial.
Pelanggan restoran yang mahu dikenali sebagai Faizul, 36, berkata, dia bersama seorang rakannya berada di restoran berkenaan untuk makan sebelum dikejutkan bunyi bising dengan puluhan pelanggan bertempiaran lari.
Katanya, melihatkan keadaan kecoh itu, dia dan rakannya turut sama berbuat demikian kerana menyangka ada individu atau kumpulan yang bergaduh di dalam restoran berkenaan kerana bimbang akan dicederakan.
"Bagaimanapun, rupa-rupanya babi hutan memasuki premis berkenaan. Pemilik restoran menghubungi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) sebelum mereka tiba kira-kira lima minit kemudian dan berjaya menangkap haiwan liar itu yang berada di dapur,” katanya.
Sementara itu, pengurusan restoran berkenaan sudah melaksanakan proses Sertu bersama kakitangan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), semalam.
Proses Sertu iaitu menyucikan sesuatu daripada najis mughallazah seperti anjing dan babi dilakukan bagi memastikan kawasan persekitaran kedai makan terbabit bersih serta suci sekali gus mengembalikan keyakinan orang ramai.
Ketua Unit Pengurusan Halal JAIP Noridzuan Abdul Manan berkata, proses berkenaan dilakukan bermula pada 10.30 pagi dengan dipantau oleh pihaknya bagi memastikan ia dilaksanakan dengan sempurna.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 Jun 2015 @ 8:33 PM


Babi hutan yang tersesat masuk ke dalam restoran, semalam. FOTO Luqman Hakim Zubir
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/55480#sthash.am5k7kZV.dpuf

Iring 727 pendatang ke lokasi selamat


Naypyidaw: Tentera laut Myanmar mengiringi bot yang dinaiki 727 pendatang ke lokasi selamat supaya identiti mereka boleh dikenal pasti sebelum tindakan susulan diambil, kata pegawai semalam.

Menteri Penerangan Myanmar, Ye Htut berkata, bot yang ditemui hanyut itu dibawa ke satu lokasi rahsia yang selamat dan semua pendatang diberi air serta makanan.

“Operasi sudah bermula dan pendatang dibawa ke lokasi selamat,” katanya.

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan lokasi pendatang itu dibawa atas faktor keselamatan.

Semua pendatang itu ditemui hanyut di Laut Andaman pada Jumaat lalu dalam bot nelayan yang mula dimasuki air.

Pendatang itu dipercayai hanyut di lautan selepas ditinggalkan oleh sindiket penyeludupan manusia. - AP

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 Jun 2015 @ 11:05 AM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/55385#sthash.wUV75kDj.dpuf

Jeneral tentera Thai serah diri

Bangkok: Seorang pegawai tentera Thailand berpangkat Jeneral yang dituduh terbabit dalam sindiket penyeludupan manusia di negara itu menyerah diri kepada pihak berkuasa semalam.
Leftenan Jeneral Manus Kongpan adalah suspek paling berprofil tinggi yang dikehendaki pihak berkuasa dalam operasi membanteras sindiket berkenaan.
Sebanyak 84 waran tangkap dikeluarkan oleh pihak berkuasa dan seramai 51 suspek berjaya ditahan atau menyerah diri.
Di samping itu, Manus berkata, beliau sedia berdepan undang-undang dan dibicarakan.
“Saya hanya mahukan keadilan dan bersedia memberi kerjasama penuh kepada polis,” katanya.
Menurutnya, dia akan menyerah diri di sebuah balai polis di Padang Besar lokasi sindiket penyeludupan manusia dipercayai beroperasi.
“Tidak kira apa keputusan mahkamah, saya sedia menerimanya,” tambahnya.
Manus, 53, bertugas di wilayah selatan Thailand itu sejak 2007 sebelum dilantik sebagai penasihat pada April lalu.
Dia adalah pegawai pemerintah tentera di wilayah Songkhla dan Chumphon.
Operasi terhadap sindiket berkenaan dilancarkan selepas beberapa kem penyeludupan manusia dan kubur pendatang ditemui di sempadan Thailand dan Malaysia.
Pendatang itu adalah etnik Rohingya dari Myanmar dan Bangladesh yang berhijrah untuk mencari suaka politik serta pekerjaan.
Sementara itu, Menteri Pertahanan Thailand, Prawit Wongsuwan menegaskan Manus masih dianggap tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya di mahkamah.
“Dia masih lagi suspek dan belum dibuktikan bersalah,” jelasnya.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 Jun 2015 @ 11:09 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/55388#sthash.tAW1kSAX.dpuf

Karam dalam sungai

Shanghai: Lebih 400 orang kebanyakannya warga emas China hilang selepas bot dinaiki karam di Sungai Yangtze dalam nahas perkapalan paling teruk di negara itu dalam tempoh 70 tahun.
Pasukan penyelamat menghadapi masalah disebabkan cuaca buruk dan berjaya menyelamatkan enam mangsa yang terperangkap di dalam kapal yang terbalik dalam air sedalam 15 meter dengan 458 penumpang serta anak kapal.
Mangsa termasuk 406 pelancong berusia antara 50 hingga 80 tahun yang menyertai rombongan selain 47 anak kapal dan lima pemandu pelancong.
Keluarga mangsa juga bertengkar dengan pihak berkuasa Shanghai - tempat tiket bagi perjalanan itu dibeli - kerana berang gagal diberikan maklumat.
Agensi berita Xinhua melaporkan, penyelamat mendengar lima mangsa menjerit meminta tolong dari dalam kapal Eastern Star dengan proses menyelamat turut disiarkan televisyen tempatan.
Seramai 15 termasuk seorang wanita berusia 65 tahun diselamatkan dari kapal empat tingkat itu manakala enam mayat juga ditemui.
Nahas itu dikhuatiri lebih ramai korban berbanding kapal Sewol di Korea Selatan April tahun lalu yang mengakibatkan 304 maut, kebanyakannya pelajar menyertai rombongan sekolah.
Akhbar The People's Daily menyiarkan senarai penumpang di laman webnya yang menunjukkan mereka berusia antara tiga hingga lebih 80 tahun.
Pemandu pelancong, Zhang Hui berkata, kejadian berlaku begitu pantas dan dia sempat memanjat keluar daripada tingkap dalam keadaan hujan lebat sambil memeluk jaket keselamatan kerana tidak pandai berenang.
“Saya menelan banyak air akibat keadaan sungai bergelora. Saya akhirnya sampai ke daratan selepas berpaut pada dahan kayu,” katanya.
Sementara itu, Xinhua melaporkan kapten dan ketua jurutera kapal itu yang juga antara mangsa pertama diselamatkan kini ditahan polis untuk soal siasat.
Menurut badan pentadbiran Sungai Yangtze, dua pegawai itu mendakwa kapal karam selepas terperangkap dalam puting beliung.
Siasatan awal mendapati kapal itu mematuhi had muatan dengan jumlah jaket keselamatan mencukupi. Penumpang yang diselamatkan memakai jaket keselamatan.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 Jun 2015 @ 11:02 AM
PASUKAN penyelamat membawa keluar mayat dari bot yang karam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/55384#sthash.mxsR8hjW.dpuf