Search This Blog

Monday, June 1, 2015

AS mengaku kirim antraks ke Australia

AS mengaku kirim antraks ke Australia
Gambar fail seorang saintis AS mengendalikan sampel antraks hidup di kemudahan tentera di Dugway Providing Ground, Utah pada 2003.

WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Amerika Syarikat (AS) mengaku telah mengirim lima bakteria hidup antraks ke Australia pada 2008.

Bakteria maut itu dipercayai dikirim dari kemudahan makmal tentera AS.

"Kami sedang menjalankan siasatan bagaimana kesilapan seumpama ini boleh berlaku.

"Apa pun, kami cuba mengesan ke mana lagi (negara) ia dikirim selain daripada Australia," kata pegawai AS.

Sementara itu, menurut laporan Sydney Morning Herald, Menteri Luar Australia, Julie Bishop menegaskan insiden 2008 itu tidak akan menjejaskan hubungan diplomatik kedua negara.

"Tentera AS juga telah memberi jaminan bahawa tiada risiko jangkitan kepada kesihatan awam.

"Canberra juga mengambil bahagian dalam siasatan ini dan berpuas hati dengan perkembangannya," kata Bishop, semalam.

Pendedahan AS pada Jumaat itu, memberi gambaran mengenai masalah pengendalian sampel antraks hidup yang sepatutnya dimusnahkan kemudahan tentera di Utah.

Rabu lalu, Pentagon mendedahkan bahawa tentera secara tidak sengaja mengirim bakteria antraks hidup ke sembilan makmal di seluruh negara.

Pengumuman itu dibuat sejurus selepas seramai 22 anggota mungkin terdedah kepada bakteria maut itu semasa latihan di pangkalan tentera AS di Korea Selatan.

Pesawat aerobatik bertembung, seorang maut

Pesawat aerobatik bertembung, seorang maut
Sedutan video yang berjaya dirakam

ROME - ITALY. Seorang juruterbang maut selepas dua pesawat aerobatik  bertembung di udara semasa membuat persembahan di Alba Adriatica di timur Itali semalam dan turut mencederakan yang lain.

Memetik laporan The Telegraph, salah satu pesawat itu dikatakan hilang kawalan dan melanggar pesawat yang lain dan menyebabkan kedua-dua pesawat tersebut terhempas di pesisir pantai.

Sementara itu, menurut jurucakap Jabatan Bomba Teramo, salah seorang juruterbang berjaya diselamatkan dan kini sedang dirawat di hospital manakala mayat seorang lagi juruterbang yang maut berjaya ditemui 2 kilometer dari persisir di bawah bangkai pesawat malang itu.

Punca kejadian masih disiasat.

385 tembakan maut melibatkan polis AS

Tembak

WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Seramai 385 orang dilaporkan terbunuh di tangan polis Amerika Syarikat (AS) dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini, dengan jumlah purata lebih dua kes tembakan maut sehari.

Berdasarkan satu laporan analisis baharu Washington Post, kadar kematian adalah lebih dua kali ganda daripada bilangan yang diselaraskan kerajaan persekutuan sejak 10 tahun lalu.

"Jumlah ini tidak lengkap. Banyak kes tidak dilaporkan. Kami tidak akan mengurangkan bilangan tembakan polis sehingga semua maklumat dikesan dengan tepat," menurut ketua polis dan bekas presiden Yayasan Polis Washington, Jim Bueermann.

Menurut Washington Post, data yang di kumpul adalah berkaitan kes tembakan, dan tidak termasuk pembunuhan lain seperti alat renjatan elektrik (stun gun) serta kematian ketika berada dalam tahanan polis.

Kajian turut menunjukkan bahawa hampir separuh mangsa adalah golongan minoriti dan tidak bersenjata dengan dua pertiga daripada mangsa adalah Afro-Amerika atau Hispanic.

Satu lagi analisis oleh penyelidik di Bowling Green State University yang dikeluarkan minggu lalu menunjukkan, hanya 54 pegawai telah disabitkan dengan ribuan kes tembakan maut di seluruh AS sepanjang 10 tahun lalu.

Polis serbu 'port' jual beli dadah


SETAPA YUSUFF menunjukkan komputer yang dirampas dalam serbuan

SETAPA YUSUFF menunjukkan komputer yang dirampas dalam serbuan di sebuah rumah di Kota Bharu, Kelantan, semalam.
KOTA BHARU 31 Mei – Polis menahan lapan individu termasuk seorang remaja perempuan berusia 18 tahun yang disyaki terlibat dengan penyalahgunaan dadah di sebuah rumah di Kampung Bemban, Jalan Bachok, di sini Khamis lalu.
Kesemua suspek berusia lingkungan 18 hingga 51 tahun itu ditahan menerusi Op Sarang yang dilakukan oleh sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah.
Ketika serbuan dilakukan, suspek-suspek berkenaan dikatakan sedang melakukan urusan jual beli dadah di dalam rumah tersebut.
Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintenden Setapa Yusuff berkata, pemeriksaan lanjut ke atas rumah tersebut membawa kepada penemuan wang tunai RM13,000 dipercayai hasil jualan dadah, 28 biji pil kuda, serta ganja seberat 4.1 gram.
“Kita turut merampas tiga televisyen jenama LG serta Toshiba dan beberapa komputer riba dianggarkan bernilai RM30,000 yang disyaki digunakan dalam transaksi antara penagih dengan pengedar dadah.
“Rumah terbabit dimiliki salah seorang suspek yang berusia 51 tahun. Lelaki tersebut disyaki menjadikan rumah itu sebagai 'port' simpanan bekalan serta tempat berurusan jual beli dadah,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Setapa berkata, pihaknya turut menjumpai pelbagai peralatan menghisap dan memproses dadah di dalam rumah berkenaan yang pernah diserbu sebanyak enam kali oleh pihak berkuasa.
Tambah beliau, kesemua suspek yang didapati positif dadah kemudiannya direman selama seminggu untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 12(2a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki dadah.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/polis-serbu-port-jual-beli-dadah-1.97923#sthash.FDka5Dlk.dpuf

Polis serbu 'port' jual beli dadah


SETAPA YUSUFF menunjukkan komputer yang dirampas dalam serbuan

SETAPA YUSUFF menunjukkan komputer yang dirampas dalam serbuan di sebuah rumah di Kota Bharu, Kelantan, semalam.
KOTA BHARU 31 Mei – Polis menahan lapan individu termasuk seorang remaja perempuan berusia 18 tahun yang disyaki terlibat dengan penyalahgunaan dadah di sebuah rumah di Kampung Bemban, Jalan Bachok, di sini Khamis lalu.
Kesemua suspek berusia lingkungan 18 hingga 51 tahun itu ditahan menerusi Op Sarang yang dilakukan oleh sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah.
Ketika serbuan dilakukan, suspek-suspek berkenaan dikatakan sedang melakukan urusan jual beli dadah di dalam rumah tersebut.
Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintenden Setapa Yusuff berkata, pemeriksaan lanjut ke atas rumah tersebut membawa kepada penemuan wang tunai RM13,000 dipercayai hasil jualan dadah, 28 biji pil kuda, serta ganja seberat 4.1 gram.
“Kita turut merampas tiga televisyen jenama LG serta Toshiba dan beberapa komputer riba dianggarkan bernilai RM30,000 yang disyaki digunakan dalam transaksi antara penagih dengan pengedar dadah.
“Rumah terbabit dimiliki salah seorang suspek yang berusia 51 tahun. Lelaki tersebut disyaki menjadikan rumah itu sebagai 'port' simpanan bekalan serta tempat berurusan jual beli dadah,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Setapa berkata, pihaknya turut menjumpai pelbagai peralatan menghisap dan memproses dadah di dalam rumah berkenaan yang pernah diserbu sebanyak enam kali oleh pihak berkuasa.
Tambah beliau, kesemua suspek yang didapati positif dadah kemudiannya direman selama seminggu untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 12(2a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki dadah.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/polis-serbu-port-jual-beli-dadah-1.97923#sthash.FDka5Dlk.dpuf

Jamuan dadah ‘goyang’ 
dalam parti liar


51 termasuk enam remaja bawah umur ditahan polis

Sebahagian daripada 51 individu yang ditahan polis dalam satu

Sebahagian daripada 51 individu yang ditahan polis dalam satu serbuan ke atas sebuah penthouse kerana terlibat dalam sebuah parti liar dan penyalahgunaan dadah di Kuala Lumpur, malam kelmarin.
KUALA LUMPUR 31 Mei - Makanan atau minuman yang lazat mungkin menjadi sajian biasa dalam sesebuah majlis.
Bagaimanapun dalam satu parti liar yang dianjurkan di sebuah penthouse di tingkat 44 sebuah kondominium mewah di ibu negara awal pagi semalam, jemputan turut dijamu dengan variasi dadah ‘goyang’ iaitu methamphetamine, ekstasi, erimin 5 dan amphetamine.
Dadah ‘goyang’ ini sememangnya terkenal sebagai pilihan utama golongan muda di negara ini, khususnya di kelab-kelab malam.
Semasa serbuan selama empat jam bermula pukul 12.30 tengah malam yang dilakukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Daerah Dang Wangi itu, seramai 51 individu berusia antara 16 hingga 35 tahun ditahan termasuk dua lelaki dan empat gadis bawah umur.
Serbuan itu telah mendapat perhatian daripada Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang mengucapkan tahniah terhadap kejayaan yang dicapai.
“Syabas IPD Dang Wangi, KL @PDRMsia gagalkan aktiviti Parti Dadah Liar di Time Square, KL tadi. Seramai 51 orang ditangkap termasuk penganjurnya. Go PDRM Go,” katanya di laman Twitter miliknya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainol Samah berkata, pihak JSJN telah memulakan risikan terhadap penganjuran parti liar itu sejak lebih sebulan lalu sebelum melakukan serbuan.
“Parti liar melibatkan penyalahgunaan dadah ini merupakan satu parti persendirian dan kesemua yang hadir dijemput melalui sistem komunikasi WeChat.
“Mereka hanya perlu membayar sebanyak RM20 untuk menyertai parti ini dan berdasarkan siasatan kita, premis ini telah disewa sejak empat bulan lalu. Penganjurnya yang berusia 23 tahun turut ditangkap,” katanya di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Zainol berkata, dalam serbuan itu, seramai 33 lelaki ditahan selebihnya adalah 18 wanita.
“Seorang lelaki ditahan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya kerana dipercayai membekalkan dadah dan tujuh individu lagi diberkas mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya kerana memiliki dadah.
“Seramai 11 lelaki dan sembilan wanita juga positif saringan ujian air kencing dan ditahan mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya,” ujarnya.
Tambah Zainol, enam remaja bawah umur itu telah dijamin dan 18 suspek masih lagi direman mengikut Seksyen 12 (2) dan 39B Akta Dadah Berbahaya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/jamuan-dadah-8216-goyang-8217-8232-dalam-parti-liar-1.97932#sthash.KTPg87v1.dpuf

17 dicekup berjudi belakang tokong


AZMAN AYOB (dua dari kanan) bersama tiga lagi pegawai polis menunjukkan

AZMAN AYOB (dua dari kanan) bersama tiga lagi pegawai polis menunjukkan peralatan perjudian dan wang tunai yang dirampas dari sekumpulan kaki judi di Muar,Johor, semalam. UTUSAN/ISHAK RAHMAD
MUAR 31 Mei – Taktik 17 kaki judi menjadikan belakang sebuah tokong Cina di Bukit Pasir di sini sebagai ‘port’ baharu bermain judi terbongkar apabila diserbu Jumaat lalu dengan membabitkan rampasan melebihi RM220,000.
Dalam serbuan pukul 4.30 petang itu, kesemua mereka sedang leka mengelilingi sebuah meja empat segi sambil bermain judi jenis dadu sebelum diserbu sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Bukit Aman dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar.
Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Azman Ayob berkata, kesemua yang ditangkap terdiri daripada 12 lelaki berusia antara 49 hingga 63 tahun, empat wanita berusia 61 hingga 73 tahun dan seorang wanita warga negara Vietnam berumur 27 tahun.
“Pemeriksaan menemukan wang tunai berjumlah RM151,892, cip judi bernilai RM70,185 dan peralatan judi yang lain. Serbuan ini dilakukan hasil maklumat orang awam dan intipan selama dua hari di belakang tokong itu.
“Siasatan mendapati suspek sering bertukar lokasi perjudian untuk mengelakkan kegiatan mereka dihidu pihak berkuasa,” katanya dalam sidang akhbar di IPD Muar di sini hari ini.
Beliau berkata, semua mereka mempunyai 20 rekod lampau berkaitan kesalahan di bawah Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan jenayah dari tahun 1983 hingga 1989.
Katanya, mereka direman selama empat hari hingga 2 Jun ini untuk membantu siasatan dan mereka juga negatif dadah berdasarkan ujian air kencing yang dilakukan.
Azman berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.
Dalam pada itu, pihaknya sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk menyalurkan sebarang maklumat berkaitan jenayah ataupun judi yang berlaku dalam kawasan berhampiran kediaman mereka.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/17-dicekup-berjudi-belakang-tokong-1.97919#sthash.f3RogXBc.dpuf

Mayat kanak-kanak dipercayai 
anak penyewa terakhir


Suami isteri ditahan untuk ujian DNA

KUALA LUMPUR 31 Mei – Polis percaya mayat kanak-kanak lelaki yang ditanam di dapur sebuah rumah dua tingkat di Taman Usaha Jaya, Kepong, di sini merupakan anak kepada pasangan suami isteri yang menjadi penyewa terakhir kediaman tersebut.
ALI AHMAD
Bagaimanapun, kesahihan tentang perkara itu hanya dapat ditentukan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dilakukan polis terhadap pasangan suami isteri terbabit yang ditahan di Sabah pada hari ini dan semalam.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, penahanan pasangan suami isteri itu mungkin dapat membantu menyelesaikan kes penemuan mayat kanak-kanak tersebut.
“Suspek lelaki yang berusia 33 tahun yang disyaki bapa kepada mangsa itu ditahan di sebuah restoran di Keningau, Sabah pada pukul 6.30 petang, semalam manakala suspek wanita berusia 33 tahun yang disyaki ibu kepada mangsa diberkas di Penampang pada kira-kira pukul 1 pagi ini.
“Setakat ini, kita percaya bahawa mayat kanak-kanak lelaki ber­usia antara lapan hingga 10 tahun yang ditanam itu adalah salah seorang daripada tiga anak mereka tetapi perkara itu hanya dapat disahkan selepas ujian DNA dilakukan,” katanya, di sini hari ini.
Kelmarin, penduduk Taman Usaha Jaya terkejut apabila satu mayat yang ditanam di bawah lantai bersimen di kawasan dapur kediaman itu ditemukan oleh pekerja kontraktor yang diupah pemilik rumah terbabit.
Penemuan itu menimbulkan persoalan kepada pihak berkuasa, penduduk kawasan taman perumahan dan pemilik rumah tentang identiti sebenar ma­yat kanak-kanak ter­babit.
Dalam perkembangan sama, Ali berkata, kedua-dua suspek akan dibawa dari Sabah ke Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak selewat-lewatnya esok untuk diambil keterangan seterus­nya mencari punca kejadian bagi melengkapkan siasatan kes tersebut.
Mengulas tentang laporan bedah siasat yang diperoleh semalam, Ali berkata, siasatan mendapati mangsa telah meninggal dunia kira-kira lapan minggu.
“Kami juga masih tidak memperoleh punca kematian mangsa kerana mayat berkenaan terlalu reput dan sukar untuk kita mengecam apa-apa kecederaan,” katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/mayat-kanak-kanak-dipercayai-8232-anak-penyewa-terakhir-1.97915#sthash.uxMnC97w.dpuf

Dirogol selepas rumah kedai dirompak


beginilah keadaan salah sebuah bilik di rumah kedai milik mangsa

Beginilah keadaan salah sebuah bilik di rumah kedai milik mangsa selepas digeledah oleh suspek yang turut merogol seorang gadis yang juga merupakan kenalan anaknya di Batu Anam, Segamat, Johor, kelmarin.
SEGAMAT 31 Mei – Tidak cukup dengan memecah masuk sebuah rumah kedai barangan lusuh di Batu Anam, di sini semalam, salah seorang daripada tiga penjenayah turut memperkosa seorang gadis yang merupakan kenalan kepada anak pemilik premis tersebut.
Dalam kejadian pada pukul 3 pagi itu, pemilik premis yang berusia 55 tahun hanya menyedari kejadian tersebut selepas mendengar bunyi bising di tingkat atas kedainya sebelum terserempak dengan tiga lelaki bertopeng yang bersenjatakan parang.
Ketiga-tiga suspek yang sedang mengetuk pintu bilik anak lelakinya dan sebuah lagi bilik yang dihuni gadis malang itu menyedari kehadirannya sebelum dia diarahkan memanggil kesemua yang berada di dalam rumah tersebut keluar untuk diikat menggunakan wayar.
Keseluruhan rumah kedai digeledah sebelum salah seorang suspek memandu forklift untuk mengangkut barangan lusuh yang ada ke dalam lori yang dipandu mereka.
Seorang lagi suspek yang mengawasi kesemua mangsa, tiba-tiba menarik gadis tersebut ke dalam sebuah bilik dan merogolnya di atas sebuah tilam selama beberapa minit sebelum rakan jenayahnya yang lain naik ke tingkat dan mengarahkan untuk beredar.
Ketua Polis Daerah, Superintenden Mohd. Kamil Sukarmi ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.
Menurutnya, pemilik kedai bersama anaknya berjaya melepaskan ikatan tidak lama selepas itu dan menghubungi pihak polis yang mana kejadian turut menyebabkan kerugian wang tunai sebanyak RM1,500, seutas rantai emas, lima cincin emas, enam telefon bimbit pelbagai jenama dan barangan lusuh.
“Mangsa rogol berkenaan ditemukan dalam keadaan ketakutan dan trauma. Premis berkenaan juga tidak mempunyai kamera litar tertutup dan kami telah mengarahkan gadis itu supaya menjalani pemeriksaan di Hospital Daerah Segamat (HDS).
“Usaha mengesan kesemua suspek juga sedang giat dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 397/395 kerana rogol dan samun berkumpulan menggunakan senjata tajam,” katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/dirogol-selepas-rumah-kedai-dirompak-1.97955#sthash.NXNElkqK.dpuf

Op Warta: 58,177 waran tangkap, 550,487 saman dijelaskan


KUALA LUMPUR 31 Mei – Sejumlah 58,177 waran tangkap dan 550,487 saman yang melibatkan pelbagai kesalahan lalu lintas berjaya dijelaskan sepanjang 13 hari Op Warta dilaksanakan di seluruh negara.
Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Datuk Mohd. Fuad Abdul Latiff berkata, jumlah tersebut menunjukkan kesedaran orang ramai yang semakin tinggi untuk menjelaskan saman tertunggak mereka.
“Perkara ini merupakan satu peningkatan positif yang mana masyarakat mula membuat semakan terhadap kesalahan trafik lampau dan membayar setiap saman yang dikenakan terhadap mereka.
“Walaupun begitu, angka tersebut masih sedikit dengan hanya empat peratus daripada jumlah keseluruhan sebanyak 1.59 juta waran tangkap yang dikeluarkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Sehingga kelmarin, sebanyak 2,691 individu dan 925 pesalah trafik telah dituduh di mahkamah manakala baki 1,776 lagi telah diberi jaminan polis sejak Op Warta mula dilancarkan pada 19 Mei lalu.
Menurut Mohd. Fuad, pihak polis akan terus memperhebat usaha untuk mengesan dan menangkap mana-mana individu yang enggan menyelesaikan waran tangkap yang dikenakan terhadap mereka.
“Terkini, seramai 13,191 orang telah menyerah diri dan dikenakan denda maksimum sebanyak RM300 bagi setiap waran tangkap yang dimiliki.
“Saya nasihatkan kepada orang ramai yang mempunyai waran tangkap supaya tampil di balai polis berhampiran bagi mengelakkan dibawa ke mahkamah,” katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/op-warta-58-177-waran-tangkap-550-487-saman-dijelaskan-1.97984#sthash.n5FT4ABG.dpuf

Dua maut, dua parah kemalangan empat kenderaan


KUALA LUMPUR 1 Jun - Dua maut manakala dua lagi cedera parah dalam kemalangan membabitkan empat buah kenderaan di Jalan Genting Kelang dari arah Bulatan Pahang ke Setapak, di sini awal pagi ini.
Mangsa yang maut dalam kemalangan kira-kira pukul 1.15 pagi itu ialah pemandu dan penumpang kenderaan pelbagai guna (MPV) Nissan Grand Livina iaitu Kok Yik Hong, 35, dan Sam Ah Mooi, 60.
Sementara mangsa yang parah ialah dua lagi penumpang kenderaan itu termasuk seorang kanak-kanak berusia lima tahun.
Difahamkan, kemalangan berpunca daripada sebuah Proton Wira yang terbabas dan melanggar pembahagi jalan sebelum melanggar Nissan Grand Livina terbabit dan Perodua Myvi.
Nissan Grand Livina berkenaan juga turut dirempuh sebuah lori.- UTUSAN ONLINE
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/dua-maut-dua-parah-kemalangan-empat-kenderaan-1.98015#sthash.VmA9amwK.dpuf

Rempuh sekatan polis, seorang ditembak mati di Singapura


SINGAPURA 31 Mei - Seorang lelaki ditembak mati dan dua ditahan dalam satu kejadian berhampiran Hotel Shangri-La di sini pada 4.36 pagi Ahad, kata polis.
Dalam catatan laman Facebook, polis berkata sebelum itu, ketiga-tiga lelaki berkenaan berhenti di pusat pemeriksaan kenderaan di Ardmore Park.
Apabila diminta membuka tempat menyimpan barang untuk diperiksa, pemandu kereta berkenaan tiba-tiba memecut ke arah Anderson Road.
Walaupun polis memberi amaran supaya berhenti, pemandu itu merempuh sekatan polis dan membahayakan nyawa para pegawai bertugas.
Untuk mencegah bahaya lebih besar, polis terpaksa melepaskan tembakan ke arah kereta itu dan menyebabkannya berhenti di persimpangan Orange Grove Road dan Anderson Road, kata catatan itu.
Polis berkata, bahan dipercayai dadah ditemukan pada seorang daripada lelaki yang ditahan.
Berikutan itu, Orange Grove Road, Anderson Road dan Ardmore Park ditutup sementara untuk memudahkan operasi polis dan orang ramai diminta menjauhi kawasan berkenaan.
Bersempena Dialog Shangri-La IISS Sidang Kemuncak Keselamatan Asia ke-14 yang berlangsung sekarang, langkah keselamatan, termasuk pusat pemeriksaan kenderaan dan orang, diadakan di sekitar Shangri-La Hotel.
Menteri Pertahanan Malaysia Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berada di sini untuk menghadiri sidang kemuncak itu, yang berakhir hari ini.- BERNAMA
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/rempuh-sekatan-polis-seorang-ditembak-mati-di-singapura-1.97531#sthash.XWkBmsov.dpuf