JUMAAT, 29 MEI 2015 @ 11:44 AM
Oleh Siti Fatimah Mohamed Anwar ctfa@bh.com
BUTTERWORTH: Seorang pengusaha kedai makan didakwa di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, atas pertuduhan membunuh seorang lelaki di Taman Carissa Villa Baru, Jalan Bagan Lalang, di sini pada 12 Mei lalu. Mengikut pertuduhan, Lee Chor Heah, 29, dituduh membunuh Gooh Wooi Loon, 31, di Lorong Jalan Belakang Bangunan Teres Rumah Kedai di Taman Carissa, di sini, kira-kira jam 7 petang hingga 7.30 petang. Tertuduh yang memakai baju kemeja-t berwarna kelabu dan berseluar gelap mengangguk faham ketika pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Firdaus Abdul Wahab. Mahkamah menetapkan 2 Julai ini sebagai tarikh sebutan semula kes bagi menunggu laporan bedah siasat dan laporan kimia. Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Khairul Fairuz Rahman, manakala tertuduh diwakili peguam Ram Karpal.
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/57892