Search This Blog

Tuesday, May 26, 2015

Gempa Bermagnitud 5 Gegar Kathmandu Awal Hari Ini


Diterbitkan: Isnin, 25 Mei 2015 12:04 PM
Tanah runtuh berlaku di kawasan tanah tinggi susulan gempa yang melanda sekali gus menimbus Sungai Kali Gandaki di daerah Myagdi dekat Kathmandu awal pagi Isnin.

KATHMANDU: Gempa bumi berukuran 5 pada skala Ritcher menggegarkan Kathmandu pada awal pagi Isnin mencetuskan suasana panik dalam kalangan penduduk.
Ketika gempa bumi menggegarkan Kathmandu pada 3.23 pagi waktu tempatan, penduduk menjerit-jerit dan berlari keluar ke jalan-jalan raya serta kawasan terbuka untuk menyelamatkan diri memandangkan mereka pernah mengalami ketakutan semasa gempa kuat melanda pada 25 April lalu.
Menurut Pusat Seismologi Kebangsaan (NSC) Nepal gempa bumi berukuran 5 pada skala Ritcher dengan pusat gempa di Gorkha, 85 kilometer di barat Kathmandu.
NSC memberitahu ia merupakan gempa susulan selepas gempa bumi 25 April lalu dan meminta orang ramai tidak panik memandangkan ia merupakan perkara biasa selepas kejadian gempa bumi kuat.
"Kita tidak menerima laporan mengenai kerosakan terbaharu akibat gempa susulan tetapi kemusnahan awal sangat besar," kata jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Laxmi Prasad Dhakal.
Sementara itu, kerajaan Nepal telah membatalkan semua program dan sambutan rasmi yang dijadualkan pada 29 Mei ini berikutan kemusnahan besar yang berlaku akibat gempa bumi.
Menurut kenyataan pejabat Presiden, kesemua 11 acara termasuk sambutan Hari Republik untuk tahun ini telah dibatalkan.
"Majlis jamuan minum petang tidak akan diadakan tahun ini berikutan kesedihan akibat gempa bumi kuat pada 25 April lalu dan kejadian gempa susulan," menurut kenyataan itu.
Presiden Nepal mengadakan majlis resepsi Hari Republik berkenaan setiap tahun sejak 2008 apabila negara ini diisytihar sebagai republik.

Askar Tunisia Tembak Diri Sendiri Selepas Tembak Tujuh Rakan


Diterbitkan: Isnin, 25 Mei 2015 10:11 PM
Ambulans tiba di tempat kejadian tembakan di berek tentera Bouchoucha di Tunis, Tunisia, Isnin. Seorang askar Tunisia melepaskan tembakan ke arah rakan-rakan di sebuah berek tentera di ibu negara Tunisia, membunuh tujuh orang dan mencederakan 10 yang lain, sebelum membunuh dirinya sendiri, menurut jurucakap Kementerian Pertahanan Tunisia. -fotoAP

SEORANG tentera Tunisia telah menembak dirinya sendiri selepas dia membunuh tujuh rakannya di sebuah markas tentera di Tunis, menurut Kementerian Pertahanan.

10 rakannya yang lain telah tercedera, seorang parah, dalam serangan pada satu majlis menaikkan bendera di berek tentera Bouchoucha.

Lelaki itu mempunyai masalah keluarga dan isu psikologi dan 'dilarang daripada menggunakan senjata', kata jurucakap kementerian, Belhassen Oueslati.

Beliau menyifatkan kejadian itu sebagai 'perbuatan terpencil, bukan perbuatan pengganas'.

Satu siasatan akan dijalankan bagi menentukan motif pembunuh, katanya.

Ouselati berkata askar terbabit menyerang seorang lelaki dengan pisau sebelum mengambil senapang mangsa dan menembak rakan-rakannya.

Pasukan keselamatan Tunisia telah berada dalam keadaan berjaga-jaga sejak lelaki bersenjata Muslim menyerang Muzium Bardo pada bulan Mac, membunuh 21 pelancong.

Kejadian tembak di markas itu, yang terletak berhampiran dengan muzium dan bangunan parlimen, mendorong pemindahan sekolah berhampiran.

Pasukan bantuan polis telah dihantar ke kawasan tersebut untuk mengawal jalan-jalan berdekatan, manakala helikopter berlegar di udara.

Lelaki berpakaian wanita ditahan kerana mengintai

Lelaki berpakaian wanita ditahan kerana mengintai

SHANDONG - CHINA. Seorang lelaki ditahan di bandar Tengzhou, wilayah Shandong selepas mengaku berpakaian seperti perempuan kerana ingin mengintai wanita di tandas.

Polis menahan 'wanita' itu di tandas di sebuah pepustakaan di Tengzhou selepas menerima laporan daripada orang ramai.

Selepas pemeriksaan, polis berjaya memberkasnya yang ketika itu berseluar ketat, berskirt, berkasut tumit tinggi, mengenakan mekap tebal serta mempunyai buah dada besar.

Selepas disoal siasat, 'wanita' tersebut mengakui dia adalah seorang lelaki dan mengenakan pakaian itu untuk mengintai wanita di dalam tandas.

Suspek yang dikenali sebagai Zhang kini ditahan dan mengaku sering melakukan perkara sedemikian.

Tertembak diri sendiri semasa berselfie

Tertembak diri sendiri semasa berselfie
Wanita itu kini dirawat di Hospital Sklifosovsky.

MOSCOW - RUSSIA. Seorang wanita kini kritikal selepas secara tidak sengaja menembak diri sendiri di kepala semasa sedang melakukan 'selfie'.

Menurut agensi berita Rusian, RIA Novosti, pada waktu kejadian wanita yang berusia 21 tahun secara tidak sengaja menarik picu pistol yang dipegangnya ketika cuba untuk mengambil gambar.

Dia kemudiannya dikejarkan ke Hospital Sklifosovsky di Russia.

Menurut jurucakap polis tempatan, pihaknya sedang menjalankan siasatan dan mengenal pasti punca dan dari mana wanita berkenaan mendapatkan pistol berkenaan.

Sementara itu, menurut media Russia, pistol berkenaan didakwa milik seorang pengawal keselamatan kediaman wanita berkenaan yang meninggalkan pistol miliknya di pejabat.

Sebelum ini, seorang lelaki warganegara Singapura maut selepas terjatuh dari tebing ketika cuba mengambil selfie dan seorang remaja perempuan maut terbakar selepas secara tidak sengaja menyentuh kabel elektrik ketika cuba berselfie di atas kereta api.

Dibelasah akibat gambar lucah

handphone

KUALA TERENGGANU -  Seorang pemuda dibelasah lebih 20 lelaki sehingga pengsan selepas dituduh menghantar gambar lucah kepada rakan perempuan salah seorang suspek melalui aplikasi wechat, dalam kejadian di Arena Square, Dungun, Jumaat lalu.

Pada kejadian lebih kurang jam 12.30 tengah malam itu, mangsa yang berusia 23 tahun terpaksa menanggung kesakitan di muka, tangan dan kepala akibat disepak serta ditumbuk sekumpulan lelaki  berkenaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata, sebelum insiden itu, mangsa yang bekerja sebagai buruh dikatakan berada di sebuah kedai makan di Pantai Teluk Lipat, Dungun, sebelum didatangi dua lelaki dengan salah seorang daripadanya dikenali.

Katanya, suspek yang dikenali mangsa mengarahkannya menaiki motosikal bersamanya sementara motosikal milik mangsa ditunggangi rakan suspek.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, suspek bertindak mencekik lehernya sambil menuduh mangsa ada menghantar gambar lucah melalui aplikasi wechat kepada rakan perempuannya.

“Bukan itu sahaja, suspek turut menumbuk muka mangsa dan dia yang tidak menyangka serangan mengejut itu tidak sempat mempertahankan diri.

“Belum pun hilang kesakitan akibat dibelasah suspek, seramai lebih kurang 20 lagi lelaki yang juga rakan suspek tiba sebelum mangsa sekali lagi dibelasah,” katanya.

Wan Abd Aziz berkata, dalam kejadian tersebut, mangsa memaklumkan suspek bertindak kejam dengan memegang kedua belah tangannya dan duduk di atas pahanya sementara rakan suspek yang lain memukul bahagian kepala, muka dan tangan mangsa.

Jelasnya, serangan bertubi-tubi itu menyebabkan mangsa pengsan dan hanya tersedar apabila mukanya disimbah air oleh salah seorang suspek.

“Selepas puas membelasah mangsa, kumpulan berkenaan beredar meninggalkan mangsa yang berada dalam kesakitan.

“Sebaik sahaja kumpulan suspek beredar, mangsa segera menghubungi adiknya dan membuat laporan polis lebih kurang jam 5.30 pagi, hari yang sama,” katanya.

Katanya lagi, siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk mengesan ahli kumpulan berkenaan dan kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

Mangsa maut tercampak atas jalan

Mangsa maut tercampak atas jalan
Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian sebelum dibawa ke Hospital Tanjong Karang untuk dibedah siasat.

JERAM – Seorang penunggang motosikal maut selepas terbabas masuk ke laluan bertentangan di Jalan Dato Miskun, Kampung Bukit Kerayong, di sini kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.17 petang itu, mangsa dipercayai dalam perjalanan dari arah Meru menghala ke Jeram.

Mangsa yang menunggang motosikal seorang diri itu dikatakan gagal mengawal kenderaan sebelum terbabas masuk ke laluan bertentangan.

Mangsa, Muhammad Solehin Bahari, 22, kemudiannya tidak sempat mengelak dan berlanggar dengan sebuah kenderaan di hadapannya sebelum tercampak di tengah jalan.

Sumber berkata, mangsa yang mengalami kecederaan parah itu dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian dan dibawa ke Hospital Tanjong Karang untuk dibedah siasat.

Hasil bedah siasat mendapati punca kematian mangsa adalah Polytrauma Secondary to MVA manakala pemandu kereta dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintenden Muhd Taib Ahmad mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.

“Kes masih disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya kepada Sinar Harian.

Orang ramai yang menyaksikan kejadian terbabit diminta tampil ke balai polis berhampiran atau terus ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor untuk membantu siasatan.

Mereka boleh tampil bertemu Pegawai Penyiasat Trafik IPD Kuala Selangor, Inspektor Mohamad Elme Othman untuk tindakan lanjut.

Maut kenderaan terbabas di Plaza Tol Sunway

kemalangan

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki maut selepas kenderaan yang dipandunya dipercayai terbabas dan melanggar pembahagi tembok pemisah lorong laluan kenderaan di Plaza Tol Sunway Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) di Petaling Jaya pagi tadi.
  
Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata dalam kejadian  kira-kira 4.40 pagi itu, Beh Chee Kong, 41, seorang pengurus sebuah syarikat pengangkutan, dipercayai memandu dari arah Bandar Sunway ke Puchong sebelum kenderaan dipandunya terbabas dan melanggar kon pemisah antara lorong dan pembahagi/tembok antara lorong enam dan lorong tujuh plaza tol berkenaan.
  
"Akibat kemalangan tersebut, mangsa mengalami kecederaan parah di kepala, badan dan kaki. Dipercayai mangsa maut di tempat kejadian," katanya dalam satu kenyataan.
  
Menurutnya, siasatan awal polis terhadap keadaan lokasi mendapati bahu jalan tidak berturap serta keadaan jalan kering tanpa pasir.
  
"Keadaan cuaca baik tambahan diterangi lampu jalan dan tiada kesan brek dijumpai di lokasi kemalangan," katanya.
  
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Bernama

Dua sahabat parah terlanggar babi hutan

Dua sahabat parah terlanggar babi hutan
Seorang daripada mangsa terbaring dalam keadaan berlumuran darah di atas jalan

KUALA KURAU - Dua sahabat yang dalam perjalanan pulang dari tempat kerja cedera parah selepas motosikal dinaiki mereka terlanggar seekor babi hutan di Simpang Tiga, Kuala Kurau, malam kelmarin.

Adik seorang daripada mangsa, Norihan Yusof, 35, berkata, ketika kejadian pada jam 9 malam itu, kakaknya, Yusmita Yusof, 36, dan seorang rakan, Norshafina Murad, 36, baru selesai makan malam di sebuah gerai berhampiran lokasi kejadian.

Menurutnya, keluarganya bergegas  ke lokasi kejadian yang tidak jauh daripada rumah mereka sebaik dimaklumkan oleh penduduk mengenai insiden menimpa Yusmita dan rakannya itu.

“Ketika tiba di sana, saya lihat kakak (Yusmita) dan rakannya, Norshafina cedera dan terbaring atas jalan.

“Kami dapati kecederaan dialami Yusmita dan Norshafina amat parah dan kami tidak putus-putus berdoa supaya ALLAH SWT menyelamatkan nyawa mereka sewaktu dalam perjalanan ke Hospital Parit Buntar,” katanya kepada kepada pemberita ketika ditemui di sini semalam.

Norihan berkata,  beberapa penduduk yang menyaksikan kejadian itu memaklumkan kedua-dua mangsa tidak sempat mengelak seekor babi hutan yang melintas jalan secara tiba-tiba.

Katanya, Yusmita kini dirawat di Hospital Taiping setelah mengalami keretakan tulang bahu selain patah tulang rusuk kanan akibat terhempas di atas jalan.

“Rakannya pula menjalani rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh setelah selesai menjalani pembedahan di bahagian kepala,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob ketika dihubung memaklumkan, pihaknya belum menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.

Guna besi selamatkan isteri


SEREMBAN –  Hanya bersenjatakan sebatang besi, seorang suami nekad menyerang tiga penjenayah warga asing bersenjatakan parang dan gergaji  bagi menyelamatkan isterinya daripada dicederakan dalam kejadian samun di rumahnya di Kampung Kanchong Rantau, di sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.45 pagi Jumaat lalu itu menyebabkan Mohamad Zaki Dohat, 57, mengalami cedera pada lengan kiri, manakala isterinya, Noraziah Ismail, 55, mengalami luka pada bahagian kepala akibat ditetak dengan parang ketika bergelut dengan
penjenayah.

Menceritakan kejadian, Mohamad Zaki berkata, dia terjaga daripada tidur selepas mendengar isterinya menjerit dan bunyi bising daripada ruang tamu rumahnya.

“Saya terus bangun dan mencapai sebatang besi untuk dijadikan senjata kerana tahu isteri saya dalam bahaya.

“Di ruang tamu saya nampak ada tiga penjenayah mengacukan parang dan gergaji ke arah isteri dan tanpa fikir panjang, saya terus menghayun besi kepada salah seorang daripada mereka,” katanya.

Mohamad Zaki berkata, dua lagi suspek kemudian terus menyerangnya selepas melihat rakan mereka terjatuh menyebabkan berlaku pergelutan sehingga lengan kirinya terkena hirisan gergaji.

"Suspek cuba merentap rantai leher dipakai isteri saya tapi tak berjaya kerana terputus," katanya di sini, semalam.

Sementara itu Noraziah yang terpaksa dimasukkan ke Hospital Tuanku Ja'afar di sini, masih lagi trauma dengan kejadian yang berlaku sejak 15 tahun tinggal di situ.

"Dua jam sebelum kejadian itu saya terjaga dari tidur dan kemudian saya pergi ke ruang tamu kerana susah nak lelapkan mata semula.

“Bila saya mula rasa mengantuk, saya tutup lampu kononnya nak sambung tidur semula. Tapi saya dengar ada bunyi di atas siling rumah yang saya ingatkan mungkin bunyi tupai,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, bunyi tersebut semakin kuat sebelum dia dikejutkan dengan kehadiran tiga penjenayah dipercayai warga Indonesia yang dipercayai masuk ke dalam rumahnya menerusi tingkap bilik yang diumpil.

“Saya terkejut dia dan dia pun terkejut tengok saya kerana mungkin tidak sangka ada orang di ruang tamu.

“Suspek itu cakap ‘saya nak duit’ sambil mengacukan parang kepada saya. Saya beritahu yang saya tiada duit dan kemudian suami saya dari dalam bilik terus menyerang mereka,” katanya.

Menurutnya, melihat suaminya diserang dia cuba membantu menyebabkan kepalanya cedera ditetak dengan parang sebelum kesemua suspek melarikan diri.

Kata Noraziah, walaupun masih terkejut dengan kejadian itu dan mengalami kecederaan namun dia bersyukur kerana dia dan suami selamat.

“Saya harap polis dapat mengadakan rondaan lebih kerap di kawasan kampung ini kerana kejadian jenayah seperti ini boleh mengancam nyawa,” katanya.

Pasangan tunang tak sempat kahwin

Seremban: Hasrat sepasang tunang mendirikan rumah tangga Ogos ini terbantut apabila kedua-dua mereka dicekup selepas dipercayai terbabit dalam aktiviti pembungkusan dan pengedaran dadah di Garden Avenue, Seremban 2, di sini, Khamis lalu.
Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun berkata, pasangan terbabit ditahan pada jam 11.30 pagi di rumah sewa di penempatan itu.
Katanya, pihaknya yang menerima maklumat awam menyerbu kediaman berkenaan sebelum menemui satu peket heroin 16.6 gram, kanabis 4.6 gram serta satu tiup dadah methamphetamine.
Menurutnya, pemeriksaan menemui alatan timbang, plastik bungkus dan pedang samurai di sebuah bilik.
“Ujian air kencing mendapati kedua-dua suspek positif dadah. Suspek lelaki berusia 32 tahun serta pasangannya berumur 25 tahun direman Jumaat lalu hingga Khamis ini,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban 2, di sini, semalam.
Muhamad Zaki berkata, pasangan berkenaan bertunang pada awal tahun ini dan bercadang mendirikan rumah tangga Ogos depan.
“Pemeriksaan rekod jenayah mendapati suspek lelaki pernah ditahan polis berkaitan dadah pada 2008 dan dijatuhkan hukuman pada tahun berikutnya manakala pasangannya tiada rekod jenayah,” katanya.
Menurutnya, pihaknya percaya pasangan itu penagih dan pengedar dadah berdasarkan rampasan serta siasatan yang dibuat.
Katanya, polis kini memburu rakan suspek yang masih bebas kerana dipercayai terbabit dalam aktiviti berkenaan.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 39B, Seksyen 6 dan Seksyen 12 (3) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
“Selain itu, suspek juga disiasat mengikut Seksyen 6 (1) Akta Bahan Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 26 Mei 2015 @ 6:09 AM


MUHAMAD menunjukkan pedang Samurai dirampas.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/53395#sthash.1PBY3q8z.dpuf

Juruterbang dirompak geng berparang


Bangi: Seorang juruterbang sebuah syarikat penerbangan diikat tangan sebelum ditutup kepalanya dengan baju oleh sekumpulan tiga perompak dipercayai warga Indonesia
Dalam kejadian jam 3.30 pagi kelmarin, penjenayah bersenjatakan parang bertindak menceroboh masuk ke banglo milik mangsa di Bandar Baru Bangi di sini.
Difahamkan mangsa sedang tidur di bilik tingkat atas kediamannya sebelum dikejutkan tiga suspek lelaki dipercayai warga Indonesia.
Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, suspek dikesan menceroboh masuk rumah mangsa dengan mengumpil tingkap belakang dapur banglo dua tingkat itu.
Menurutnya, suspek kemudian mengugut mangsa supaya tidak melawan sebelum mengikat tangan serta kaki mangsa.
“Suspek turut menutup muka mangsa menggunakan baju.
“Dia kemudian menggeledah rumah mangsa dan melarikan beberapa barangan peribadi milik mangsa termasuk telefon bimbit, dua jam tangan serta wang tunai yang keseluruhannya berjumlah RM2,000,” katanya.
Beliau berkata, mangsa bagaimanapun tidak dicederakan dalam kejadian itu dan suspek melarikan diri selepas 10 minit menggeledah rumahnya.
“Siasatan polis di rumah mangsa mendapati kawasan itu tidak mempunyai pengawal keselamatan selain rumah juga tidak memiliki kamera litar tertutup (CCTV).
“Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan,” katanya.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/53398#sthash.VsrbElxi.dpuf

Hantu suruh bunuh anak majikan


Singapura: Seorang amah warga Indonesia dihukum penjara 12 tahun, semalam selepas mengaku bersalah menjerut leher anak majikannya yang berusia 16 tahun sehingga mati.
Tuti Aeliyah, 30, mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi atas tuduhan menyebabkan kematian Shameera Basha Noor Basha di rumah majikannya di Tampines pada 14 November 2013.
Tertuduh pada mulanya didakwa atas tuduhan membunuh, tetapi ditukar selepas dia disahkan mengalami masalah mental akibat kemurungan melampau.
Mahkamah diberitahu, Tuti yang bekerja dengan majikannya sejak April 2012 tidak didera atau dilayan dengan teruk.
Bagaimanapun, beberapa hari sebelum kejadian Tuti mula berkelakuan pelik dan pernah memberitahu seorang jiran bahawa dia mahu membunuh diri.
Tuti memberitahu seorang pakar sakit jiwa, dia melihat hantu yang mengarahkannya membunuh mangsa.
Dia yang bersenjatakan sebilah pisau kemudiannya masuk ke bilik remaja itu dan cuba melemaskan mangsa yang tidur dengan menggunakan bantal.
Apabila remaja itu terjaga dan melawan, Tuti bertindak menikam dada serta perut mangsa sebelum menjerut lehernya dengan pakaian sekolah sehingga mati. - Agensi
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/53412#sthash.PavASqSQ.dpuf

Jumpa sebelah kaki manusia



ANGGOTA polis memeriksa anggota kaki kiri manusia yang ditemui di Melaka semalam.


MELAKA – Seorang lelaki tidak menyangka objek disangka kayu yang ditemui atas tanah di sebuah tapak projek perumahan di Lorong Pandan di sini semalam rupa-rupanya sebelah kaki manusia.
Dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu, Azwan Fitri Anuar, 27, yang merupakan penyelia di tapak projek berkenaan menemui kaki tersebut.
Ketika ditemui, bahagian tapak kaki itu berbalut dengan kain pembalut luka.
“Pada mulanya saya menyangka ia kayu, namun apabila dilihat secara dekat kerana merasa pelik setelah tercium bau busuk rupa-rupanya adalah sebelah kaki kiri manusia dari paras lutut hingga ke bawah,” katanya ketika ditemui di sini semalam.
Ujarnya, dia yang tidak berani untuk menyentuh anggota kaki berkenaan kemudian bertindak menghubungi polis.
Menurut Azwan lagi, kali terakhir dia berada di kawasan tersebut adalah pada petang Sabtu lalu tetapi tidak menemui objek atau kaki manusia di kawasan itu.
Kaki manusia itu dipercayai telah ditanam di tempat lain tetapi tidak terlalu dalam sebelum di­selongkar haiwan liar.
Anggota tubuh itu kemudian digonggong haiwan tersebut sehingga ke lokasi kejadian tempat kaki itu ditemui.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah berkata, sepasukan anggota forensik polis dikejarkan ke tempat kejadian sebaik menerima laporan.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0526&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz3bCEtovCp 
Hakcipta terpelihara 

Kutu rayau culik budak diberkas

Oleh FIRDAUS HASSAN

Lelaki yang disyaki menculik Aiman diberkas orang ramai ketika merayau-rayau meminta sedekah di hadapan Masjid Muhammadi di Kota Bharu semalam.


KOTA BHARU – Seorang kutu rayau yang disyaki menculik kanak-kanak berusia tujuh tahun pada Jumaat lalu sebelum memaksanya mengemis di sebuah pasar raya di bandar ini ditangkap orang awam di hadapan Masjid Muhammadi di sini semalam.
Gelandangan berusia 22 tahun dan sihat tubuh badan ditangkap oleh lelaki yang menyelamatkan Aiman Kamarolzaman ketika kanak-kanak itu sedang mengemis bersama dua kanak-kanak lain pada Sabtu lalu.
Semasa ditangkap oleh pekerja swasta dengan bantuan orang ramai pada pukul 10.30 pagi, suspek yang berkemeja dan berseluar lusuh terbabit sedang mengemis di sekitar Masjid Muhammadi seorang diri.
Pekerja swasta yang hanya mahu dikenali sebagai Azirul, 40, berkata, dia yang kebetulan melalui depan Masjid Muhammadi pada pukul 10 pagi terkejut melihat pengemis lelaki yang ditemui bersama Aiman di pasar raya di sini pada Sabtu lalu.
“Melihat lelaki itu, saya terus menghampirinya dan selepas betul-betul pasti dia merupakan orang sama bersama Aiman, saya dengan bantuan orang ramai menangkapnya,” cerita Azirul semasa dihubungi Kosmo! di sini semalam.
Katanya, ketika menyelamatkan Aiman dua hari lalu, dia tidak mengetahui cerita sebenar di sebalik kanak-kanak itu menjadi pengemis.
Namun kata Azirul, selepas terbaca akhbar semalam, dia yakin lelaki itu telah melakukan sesuatu yang salah menyebabkan dia dengan bantuan beberapa orang awam menangkap lelaki itu dan diserahkan kepada polis.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0526&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz3bCEZwGzJ 
Hakcipta terpelihara 

Ibu lapan anak didakwa rasuah



Rohana (tengah) menutup mukanya dengan surat khabar bagi mengelak wajahnya dirakam jurugambar semasa keluar dari Mahkamah Sesyen Kota Bharu semalam.


KOTA BHARU – Seorang wanita dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam atas enam pertuduhan menerima suapan daripada dua mangsa sebanyak RM29,000 tiga tahun lalu.
Tertuduh, Rohana Yaacob, 37, bagaimanapun tidak mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Adli Abdul Ghalib.
Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa menerima suapan berjumlah RM2,500 daripada Mohd. Amiero Roslan sebagai dorongan untuk pegawai polis menolong menyelesaikan kes Muhammad Hafiz Roslan yang ditangkap atas kesalahan di bawah Seksyen 39a(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Kesalahan dilakukan di hadapan kedai 7-Eleven Wakaf Bharu, Tumpat pada 21 April 2012.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0526&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm#ixzz3bCEFBI77 
Hakcipta terpelihara 

139 kubur sudah ditemui



Keadaan salah sebuah khemah yang ditemui di hutan sekitar Wang Kelian semalam. – Ihsan PDRM


PADANG BESAR – Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan 139 kubur dan 28 khemah berkaitan isu pemerdagangan manusia yang ditinggalkan ditemui dalam kawasan Malaysia di Wang Kelian di sempadan Malaysia-Thailand.
Kubur dan khemah itu ditemui ha­sil ‘Op Wawasan Khas JKDNKA 2015’ oleh 300 anggota polis komando VAT 69 dan Pasukan Gerakan Am (PGA) dari 11 Mei hingga Sabtu lepas.
“Buat masa ini, pasukan forensik polis sedang memulakan kerja-kerja penggalian kubur yang ditemui di kawasan berkenaan.
“Kita menjangkakan mayat-mayat itu dapat dikeluarkan minggu ini sebelum bedah siasat dan proses pengebumian dapat dijalankan,” katanya kepada pemberita ketika meninjau Markas Taktikal Op Wawasan Khas, di sini semalam.
Khalid berkata operasi itu dilancarkan susulan penemuan beberapa kubur besar mengandungi mayat manusia dipercayai pendatang asing membabitkan sindiket pemerdagangan manusia yang ditemui pihak berkuasa Thailand di sekitar Padang Besar dan Songkhla, baru-baru ini.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0526&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm#ixzz3bCDvGJTc 
Hakcipta terpelihara 

Suami isteri maut tersepit



Anggota bomba berusaha mengeluarkan pasangan suami isteri yang maut tersepit selepas kereta Proton Wira yang mereka naiki bertembung dan dihempap sebuah pacuan empat roda dalam kemalangan di Kilometer 50, Jalan ­Lipis-Merapoh berhampiran Kampung Dada Kering dekat Lipis semalam.


LIPIS – Sepasang suami isteri maut apabila kereta jenis Proton Wira yang mereka naiki bertembung sebelum dihempap sebuah kende­raan pacuan empat roda di Kilometer 50, Jalan Lipis-Merapoh berhampiran Kampung Dada Kering dekat sini kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira pukul 5.15 petang itu, mangsa, Roslan Abd Wahid, 36 dan isterinya, Siti Zubaidah Mat Yusof (gambar kecil), 32, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada kepala dan muka.
Anak mangsa, Mohd Shahrul, 12, yang turut menaiki kereta itu pula mengalami kecederaan patah tangan kiri serta pendarahan pada kepala dan dikejarkan ke Hospital Sultan Ahmad Shah untuk rawatan lanjut.
Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Abdul Razak Hassan berkata, kejadian itu berpunca apabila pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton dari arah Lipis menghala ke Merapoh hilang kawalan ketika mendaki bukit sebelum bertembung dengan Proton Wira yang dipandu Roslan yang sedang dalam perjalanan dari arah Felda Chegar Perah ke Lipis.
Menurutnya, Mitsubishi Triton yang dipandu seorang wa­nita berusia 31 tahun bersama seorang lelaki berusia 30 tahun itu dipercayai cuba memotong beberapa buah kenderaan lain di garisan berkembar sebelum hilang kawalan.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0526&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz3bCDbLnLQ 
Hakcipta terpelihara 

Tiga ditahan terbabas selepas merompak


MOHAMAD SALLEH ABD. RAZAK menunjukkan penutup muka, peralatan
MOHAMAD SALLEH ABD. RAZAK menunjukkan penutup muka, peralatan dan wang tunai yang dirampas daripada satu kumpulan perompak semasa sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ledang, Tangkak, Johor, semalam. UTUSAN/ISHAK RAHMAD
LEDANG 25 Mei – Akibat panik terserempak sekatan jalan raya selepas merompak sebuah rumah, satu daripada dua kenderaan dinaiki penjenayah terbabit cuba berpatah balik namun gagal kerana terbabas dan melanggar tiang elektrik.
Dalam kejadian pukul 1.45 petang pada 13 Mei lalu itu, empat penjenayah yang menaiki dua kenderaan masing-masing sebuah van dan kereta melarikan diri ke arah Segamat selepas merompak sebuah rumah di Kampung Serom 3, Sungai Mati, dekat sini.
Ketua Polis Daerah, Superintenden Mohamad Salleh Abd. Razak berkata, bagaimanapun sekatan jalan raya di Jalan Sagil-Segamat di hadapan Kompleks Peng­hulu Mukim Sagil mengejutkan tiga pe­rompak yang menaiki kenderaan jenis Naza Citra itu.
“Kenderaan itu cuba berpatah balik pada jarak kira-kira 50 meter dari sekatan jalan raya. Bahagian depan kenderaan itu remuk namun ketiga-tiga lelaki berkenaan yang berusia 33 dan dua lagi masing-masing berusia 34 tahun selamat.
“Seorang daripada lelaki itu me­larikan diri ke dalam belukar berhampiran namun berjaya diberkas kira-kira 15 meter dari lokasi van tersebut terbabas. Seorang lagi suspek yang menaiki kenderaan lain melarikan diri,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ledang di sini hari ini.
Menurut Mohamad Salleh, siasatan polis menemukan dua bilah parang, tiga kuku kambing, tiga telefon bimbit, tiga penutup mulut, enam pasang sarung tangan, tiga topi, dua pemutar skru dan wang tunai berjumlah RM1,300.
Jelas beliau, sebelum kejadian, keempat-empat lelaki berkenaan yang memakai topeng mulut, merompak penuntut wanita sebuah universiti berusia 25 tahun di sebuah rumah di Serom 3 dan me­larikan telefon pintar dan wang tunai berjumlah RM1,300.
Katanya, suspek berusia 33 dan 34 tahun itu berasal dari Georgetown, Pulau Pinang manakala seorang lagi yang berusia 34 tahun dari Segamat. Penjenayah keempat pula sedang diburu.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/tiga-ditahan-terbabas-selepas-merompak-1.95819#sthash.jsDpUbr1.dpuf

Pengemis suspek culik 
kanak-kanak ditahan


26 Mei 2015 12:58 AM


KOTA BHARU 25 Mei – Seorang lelaki yang disyaki menculik kanak-kanak berusia tujuh tahun sebelum memaksanya mengemis di sebuah pasar raya di bandar ini ditahan polis di hadapan Masjid Muhammadi hari ini.
Ketua Polis negeri, Datuk Mazlan Lazim berkata, suspek yang berusia 22 tahun itu ditahan orang ramai sebelum diserahkan kepada polis kira-kira pukul 10.30 pagi.
Beliau berkata, ketika ditahan, suspek yang juga seorang gelenda­ngan sedang mengemis berhampiran masjid berkenaan malah dia juga gagal mengemukakan sebarang kad pengenalan diri.
“Kita menerima maklumat mengenai seorang lelaki yang menculik kanak-kanak tersebut pada Jumaat lalu. Lelaki itu ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan kerana menculik.
“Polis juga sedang siasat sama ada suspek terlibat dengan mana-mana sindiket peminta sedekah-sebelum ini,” katanya dalam satu sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini hari ini.
Semalam, akhbar ini melaporkan seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang hilang ketika solat Isyak di Masjid Muhammadi bersama bapanya Jumaat lalu nyaris menjadi mangsa sindiket mengemis.
Selepas dilaporkan hilang kira-kira pukul 9 malam, mangsa, Aiman Kamarolzaman bagaimanapun ditemukan orang ramai sedang meminta sedekah di pekarangan kompleks beli belah KB Mall pada pukul 7.30 petang Sabtu lalu.
Tambah Mazlan, polis sedang menjalankan siasaran berkemungkinan terdapat mangsa lain yang turut diculik.
“Soal siasat lanjut akan dilakukan terhadap suspek bagi mengetahui sekiranya terdapat mangsa lain. Kita juga masih menyiasat sama ada mangsa turut dicederakan oleh suspek.
“Usaha sedang dijalankan untuk mengenal pasti latar belakang sebenar suspek melalui cap jarinya. Mangsa tidak berapa petah bercakap jadi kita akan mendapatkan bantuan daripada pakar kanak-kanak selain mendapatkan pengecamannya,” katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/pengemis-suspek-culik-8232-kanak-kanak-ditahan-1.95815#sthash.u1LePtqr.dpuf

Tiga ditahan terbabas selepas merompak


MOHAMAD SALLEH ABD. RAZAK menunjukkan penutup muka, peralatan
MOHAMAD SALLEH ABD. RAZAK menunjukkan penutup muka, peralatan dan wang tunai yang dirampas daripada satu kumpulan perompak semasa sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ledang, Tangkak, Johor, semalam. UTUSAN/ISHAK RAHMAD
LEDANG 25 Mei – Akibat panik terserempak sekatan jalan raya selepas merompak sebuah rumah, satu daripada dua kenderaan dinaiki penjenayah terbabit cuba berpatah balik namun gagal kerana terbabas dan melanggar tiang elektrik.
Dalam kejadian pukul 1.45 petang pada 13 Mei lalu itu, empat penjenayah yang menaiki dua kenderaan masing-masing sebuah van dan kereta melarikan diri ke arah Segamat selepas merompak sebuah rumah di Kampung Serom 3, Sungai Mati, dekat sini.
Ketua Polis Daerah, Superintenden Mohamad Salleh Abd. Razak berkata, bagaimanapun sekatan jalan raya di Jalan Sagil-Segamat di hadapan Kompleks Peng­hulu Mukim Sagil mengejutkan tiga pe­rompak yang menaiki kenderaan jenis Naza Citra itu.
“Kenderaan itu cuba berpatah balik pada jarak kira-kira 50 meter dari sekatan jalan raya. Bahagian depan kenderaan itu remuk namun ketiga-tiga lelaki berkenaan yang berusia 33 dan dua lagi masing-masing berusia 34 tahun selamat.
“Seorang daripada lelaki itu me­larikan diri ke dalam belukar berhampiran namun berjaya diberkas kira-kira 15 meter dari lokasi van tersebut terbabas. Seorang lagi suspek yang menaiki kenderaan lain melarikan diri,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ledang di sini hari ini.
Menurut Mohamad Salleh, siasatan polis menemukan dua bilah parang, tiga kuku kambing, tiga telefon bimbit, tiga penutup mulut, enam pasang sarung tangan, tiga topi, dua pemutar skru dan wang tunai berjumlah RM1,300.
Jelas beliau, sebelum kejadian, keempat-empat lelaki berkenaan yang memakai topeng mulut, merompak penuntut wanita sebuah universiti berusia 25 tahun di sebuah rumah di Serom 3 dan me­larikan telefon pintar dan wang tunai berjumlah RM1,300.
Katanya, suspek berusia 33 dan 34 tahun itu berasal dari Georgetown, Pulau Pinang manakala seorang lagi yang berusia 34 tahun dari Segamat. Penjenayah keempat pula sedang diburu.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/tiga-ditahan-terbabas-selepas-merompak-1.95819#sthash.Sd9RXCRL.dpuf

Wanita baharu bekerja 
trauma dicabul doktor


KHAIRUL ANWAR RAHMAT (duduk, tiga dari kanan) meneliti laporan
KHAIRUL ANWAR RAHMAT (duduk, tiga dari kanan) meneliti laporan yang dibuat oleh mangsa dicabul oleh majikannya di Taman Kota Jaya, Kota Tinggi, Johor, semalam. UTUSAN/FARIK SALLEH
KOTA TINGGI 25 Mei – Seorang wa­nita berusia 21 tahun yang baharu memulakan kerja sebagai pembantu klinik selama empat hari, trauma selepas mendakwa dia dicabul oleh majikannya.
Wanita yang telah setahun mendirikan rumah tangga itu berkata, dalam kejadian awal bulan ini, majikannya, seorang doktor sebuah klinik swasta dekat sini, turut mencuba untuk merogolnya.
Ketika kejadian, dia berseorangan di bahagian belakang klinik sebelum secara tiba-tiba didatangi doktor tersebut yang memeluk, mencium, meraba serta cuba membuka seluarnya.
Doktor itu turut memberi amaran kepadanya agar tidak membe- ritahu kepada sesiapa berkenaan hal itu.
“Saya mengadu kepada suami dan kami terus ke balai polis, membuat laporan serta turut mendapatkan rawatan di Hospital Kota Tinggi sebelum diminta rujuk ke Hospital Sultan Ismail,” kata beliau kepada pemberita di Taman Kota Jaya, di sini Ahad hari ini.
Sementara itu, Pengerusi SukaGuam, Datuk Khairul Anwar Rahmat berkata suspek atau pelaku sebegini tidak boleh dibiarkan terlepas kerana akan mengundang bahaya kepada keselamatan awam sama ada pekerjanya sendiri atau pesakitnya.
“Sehubungan itu, adalah dicadangkan supaya perbuatan tidak bermoral doktor terbabit dibawa ke pengetahuan Lembaga Disiplin Majlis Perubatan Malaysia untuk diambil tindakan tegas terhadapnya,” kata beliau yang turut hadir pada sidang akhbar tersebut.
Turut hadir ialah Ketua dan Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kota Tinggi, Muhammad Fadzli Hassan dan Johan Yassin.
Difahamkan, doktor terbabit pernah dituduh atas kesalahan serupa pada 2009.
Khairul Anwar mendakwa ramai lagi antara pesakit yang pernah menjadi mangsa doktor terbabit namun masing-masing tidak berani untuk melaporkan kejadian ini atas faktor tidak mahu mendapat aib.
Dalam pada itu, Khairul Anwar juga mendesak pihak berkuasa segera mengambil tindakan sewajarnya memandangkan dua minggu sudah berlalu sejak laporan polis dibuat.
Pada 14 Mei lepas, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Rahmat Othman ada mengesahkan satu laporan telah dibuat di Balai Polis Kota Tinggi berhubung seorang pekerja wanita sebuah klinik gigi di daerah ini mengalami gangguan seksual oleh majikannya pada 7 Mei lalu. – BERNAMA
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/wanita-baharu-bekerja-8232-trauma-dicabul-doktor-1.95856#sthash.NBm4LVf9.dpuf