Search This Blog

Saturday, May 23, 2015

Ibu Tunggal Dicabul Mentor Dan Dipecat Dari MLM


Diterbitkan: Sabtu, 23 Mei 2015 8:36 AM

KUALA LUMPUR: Seorang ibu tunggal yang menyertai syarikat pemasaran pelbagai peringkat (MLM) kehilangan RM80,000 hasil usaha kerasnya dan dicabul oleh seorang lelaki yang merupakan mentornya dalam perniagaan itu.
M Thamilchelvy, 45, berkata kejadian itu membuatnya hampir bunuh diri, terutama apabila lelaki tersbeut mengancam untuk menyebarkan gambar yang dirakam ketika dicabul.
Bagaimanapun seorang ahli keluarga menghalangnya daripada bertindak membunuh diri.
Menurutnya, lelaki itu, dikenali sebagai "Guruji", ingin bertemu dan berbincang urusan perniagaan itu di pejabatnya di Taman Melawati pada 23 Februari lalu.
"Dia diberitahu perbincangan tersebut berkaitan matlamat untuk memiliki sebuah BMW, dan memaklumkan ada wanita lain yang hadir," katanya.
Thamilchelvy berkata, apabila tiba di sana, dia dibawa ke sebuah bilik kecil di pejabat dan diberi segelas jus oren dengan alasan menunggu tetamu lain.
Selepas minum, dia mula mengantuk dan tidak sedarkan diri.
Apabila terjaga, lelaki itu telah melakukan seks oral kepadanya tanpa sedar.
"Saya terkejut dan mula menjerit. Kemudian dia memeluk saya dan cuba mencium saya.
"Apabila saya enggan melakukan perkara itu dia menunjukkan saya telefon di tangannya dan berkata dia telah merakam apa yang berlaku sepanjang tidak sedarkan diri.
"Saya tidak tahu apa yang dirakam kerana saya tidak sedarkan diri. Sama ada dia merakam gambar bogel atau merogol saya, atau memanggil orang lain untuk merogol saya, saya tidak tahu," ujarnya sambil menangis.
Thamilchelvy berkata, lelaki itu juga mengugut untuk menyebarkan gambarnya di media sosial dan menamatkan kontrak bersama syarikat MLM itu jika dia memberitahu sesiapa mengenai kejadian tersebut.
"Saya tidak berani untuk memberitahu perkara ini kepada sesiapa atau melaporkannya kepada pihak polis, kepada rakan-rakan atau sesiapa saja. Saya tidak dapat membuka mulut saya. Ia telah membunuh saya setiap hari, ia benar-benar menyakitkan, " katanya.
Bagaimanapun, Thamilchelvy telah dipecat daripada syarikat itu pada 17 Mac dengan alasan datang lewat pada mesyuarat dengan pengurus atasan di sebuah hotel di Petaling Jaya.
Katanya, sebab sebenar dipecat kerana telah membawa orang lain ke mesyuarat itu.
"Saya sepatutnya menemui lima lelaki iaitu pengurusan atasan di sana, termasuk Guruji.
"Saya tidak berani pergi seorang diri dan membawa anak perempuan sulung dan dua daripada ahli bawahan saya," katanya.
Apabila dia sampai ke mesyuarat tersebut, mereka semua keluar dan kemudian menerima SMS memberitahu bahawa dia dipecat.
Dakwanya, dia tidak menerima sebarang bayaran hasil usaha keras selama enam bulan bersama syarikat tersebut.
Anak perempuannya berusia 20 tahun membuat laporan polis.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Assisten Komisioner Khairuldin Saad berkata seorang lelaki berusia 54 tahun ditahan petang Jumaat selepas laporan dibuat.
Suspek ditahan dan polis sedang menyiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan seorang wanita, katanya.
Difahamkan, terdapat juga lebih daripada 20 laporan polis yang dibuat di Lembah Klang dan Kedah terhadap syarikat itu.

Tak tahan rasa bersalah, jurutera bunuh diri

QZ8501

CHESHIRE – BRITAIN. [VIDEOSeorang jurutera sebuah syarikat penerbangan membunuh diri selepas mendakwa dirinya bertanggungjawab di atas insiden kemalangan pesawat AirAsia QZ8501yang mengorbankan 162 penumpang  tahun lalu.

Sebelum ini, Gavin Price Jones yang berasal dari Cheshire pernah berbual dengan rakannya dan memberitahu hasratnya untuk membunuh diri kurang sebulan lalu.

Jones dikatakan mengambil keputusan tersebut selepas tidak berhenti menyalahkan dirinya sendiri di atas kemalangan yang terjadi ke atas pesawat QZ8501.

Isterinya, Louise memberitahu, sebelum ini, Jones pernah meluahkan bahawa dia sepatutnya dipertanggungjawab ke atas kemalangan tersebut.

Selepas kemalangan tersebut, Jones dikatakan mula mengalami kemurungan.

“Kami semua (keluarga dan rakan-rakan) cuba yakinkan dia (Jones) bahawa dia bukan individu yang patut dipersalahkan, tetapi gagal.

“Dia fikir apa yang terjadi ke atas pesawat tersebut adalah salah dia kerana dia bekerja mengendalikan pesawat tersebut. Itu membuatkan dia jadi gila,” katanya seperti yang dipetik menerusi portal Metro.co.uk.

Menurut Louise lagi, dia sudah mencuba pelbagai cara untuk meyakinkan Jones bahawa suaminya itu tidak bersalah di atas apa yang menimpa pesawat terbabit.

“Saya sudah cakap berulang kali padanya bahawa dia tidak bersalah. Saya juga turut melukis segala prosedur teknikal untuk jelaskan apa yang terjadi.

“Malah saya aturkan pertemuan dengan ketua keselamatan pekerja yang turut meyakinkan dia bahawa dia tidak boleh dipersalahkan atas apa yang terjadi, namun cubaan tersebut juga gagal,” katanya lagi.

Jones dikatakan tidak terlibat langsung dengan kemalangan tersebut namun dia percaya bahawa kemalangan yang berlaku disebabkan kecuaian oleh dirinya sendiri.

Pesawat AirAsia QZ8501 dilaporkan hilang dalam perjalanan dari Surabaya, Indonesia ke Singapura pada 28 Disember tahun lalu setelah  dilaporkan terputus perhubungan dengan pusat kawalan udara.

Pesawat itu dilaporkan berangkat dari Surabaya pada jam 5.20 pagi dan dijangka tiba di Singapura pada jam 8.30 pagi waktu tempatan sebelum pesawat itu terhempas di Laut Jawa.

Penculik minta wang tebusan, ubat kencing manis

Kes culik

KOTA KINABALU - Polis mengesahkan keluarga dua rakyat Malaysia yang diculik dari sebuah restoran makanan laut di Sandakan pada 14 Mei lalu setakat ini menerima tiga panggilan telefon daripada kumpulan penculik berkenaan yang antara lain meminta wang tebusan.
  
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, selain meminta wang tebusan, kumpulan terbabit turut meminta wang untuk membiayai kos makan minum mangsa culik serta wang bagi menampung kos perubatan seorang daripada mangsa culik wanita, Thien Nyuk Fun, 50, yang menghidap kencing manis.
  
"Perkara ini disahkan keluarga mangsa. Kedua-dua mangsa selamat dan berada dalam tahanan kumpulan penculik yang berpindah randah dari satu pulau ke satu pulau di selatan Filipina bagi mengelak dikesan pasukan keselamatan negara itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan penutupan Program Latihan Asas Polis Bantuan Siri 1/2015 di sini, hari ini.
  
Dalam insiden penculikan 7.45 malam 14 Mei itu, selain Nyuk Fun iaitu kakak ipar kepada pengurus Restoran Ocean King, turut diculik sekumpulan empat lelaki bersenjata api itu ialah seorang pelanggan restoran, Bernard Then Ted Fen, 39.
  
Mengulas laporan media Filipina mengenai kematian seorang daripada anggota kumpulan penjenayah yang mendalangi kes penculikan di Sandakan itu, Jalaluddin mengesahkan Mindas Muktadil terbunuh ketika berbalas tembak dengan pasukan keselamatan Filipina di kepulauan Jolo dan kerajaan Filipina turut mengeluarkan kenyataan mengenai perkara itu melalui media sosial termasuk Facebook.
  
Sementara itu, Jalaluddin percaya seorang lelaki berumur 43 tahun, berasal dari Shah Alam, Selangor dan dikenali sebagai 'Mat Malaya' yang dikehendaki polis kerana menembak dan mencederakan kaki seorang pembantu mekanik sebuah bengkel pendingin hawa di Kota Kinabalu baru-baru ini, kini berada di Tawau.

"Kita percaya dia berada di Tawau berdasarkan kelibat muka dan kereta yang digunakan lelaki itu. Kita hampir menahannya namun dia berjaya melarikan diri.
  
"Jika dia bukan penjenayah kenapa perlu melarikan diri. Selagi dia belum ditangkap, kita tidak boleh sahkan sama ada lelaki yang berada di Tawau itu adalah 'Mat Malaya'," katanya. - Bernama

Lelaki ditetak, kepala digilis kereta

Lelaki ditetak, kepala digilis kereta
Kepala mangsa terburai digilis kenderaan selepas cuba menyelamatkan diri dari diserang enam lelaki - Foto Sinar Harian

PUCHONG - Hasrat seorang lelaki membeli ubat untuk kekasihnya tidak kesampaian apabila dia maut diserang enam lelaki bersenjatakan parang di depan sebuah kedai di Jalan Kekwa 3/1, Puchong Perdana, malam semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam, mangsa, M Subramaniam, 30, dikatakan memberhentikan motosikal dinaiki di depan sebuah kedai menjual ubat tradisional.

Belum sempat memasuki kedai, mangsa tiba-tiba didatangi suspek yang terus menetak belakang leher, kepala dan badannya beberapa kali dipercayai menggunakan parang.

Dalam keadaan berlumuran darah, mangsa kemudian berlari lebih kurang 10 meter dari tempatnya diserang untuk menyelamatkan diri namun digilis sebuah kereta hingga menyebabkan isi kepalanya terburai.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, melihat kejadian itu, kesemua suspek melarikan diri.

Pemandu kereta jenis Proton yang melanggar mangsa turut beredar dari lokasi kejadian.

Menurutnya, polis masih menyiasat sama kenderaan melanggar mangsa mempunyai kaitan dengan suspek yang menaiki motosikal.

“Kami masih menyiasat dan berharap kamera litar tertutup (CCTV) di premis kedai berhampiran dapat membantu melengkapkan siasatan,” katanya.

Beliau berkata, motif kejadian dipercayai akibat dendam terhadap kes yang pernah berlaku sebelum ini.

Mangsa yang bekerja di kilang kanopi katanya baru dibebaskan lima bulan lalu selepas menjalani hukuman penjara lima tahun kerana mendatangkan kecederaan kepada bapa saudaranya.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, harap ada saksi yang tampil membantu siasatan,” katanya.

Sementara itu sumber berkata, kekasih mangsa yang tinggal berhampiran segera ke lokasi kejadian selepas dimaklumkan oleh beberapa jiran.

Wanita itu pada mulanya tidak mempercayai mangsa adalah kekasihnya kerana gagal membuat pengecaman berikutan keadaan wajah dan kepala yang hancur digilis kenderaan.

“Mangsa beritahu kekasihnya dia nak beli ubat di kedai lain bukan di tempat dia diserang, dia hanya dikenalpasti melalui selipar yang dipakai,” katanya.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.

Nahas: Pemandu lelaki maut, wanita parah

kemalangan

KOTA KINABALU - Seorang pemandu maut dalam kemalangan melibatkan dua buah kenderaan di Jalan Tuaran Bypass, kira-kira 6.05 petang, semalam.

Mangsa Mohd Syukri Shamsuddin, 27, disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth II pada 8.40 malam akibat kecederaan parah yang dialaminya.

Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M. Chandra berkata, ketika kejadian kenderaan mangsa dari arah Kota Kinabalu melanggar kereta yang dipandu seorang wanita.

"Kereta mangsa melanggar bahagian pintu depan, sebelah kiri kereta wanita itu," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, siasatan awal di tempat kejadian mendapati kejadian disebabkan kecuaian pemandu wanita itu kerana membuat pusingan U dan tidak memberi laluan kepada kenderaan mangsa yang berada di jalan lurus.

Pemandu wanita yang berusia 30 tahun itu mengalami kecederaan parah dimuka serta mata dan dirawat di Hospital Queen Elizabeth II, Kota Kinabalu. - Bernama

Ops Warta: 4,184 pesalah trafik serah diri

Ops Warta: 4, 184 pesalah trafik serah diri

KUALA LUMPUR - Jumlah pesalah trafik yang mempunyai waran tangkap, menyerah diri sejak Ops Warta dilancarkan mencecah 4,184 individu hingga hari ini.
  
Menurut laporan Cawangan Trafik Bukit Aman, Selangor merekodkan jumlah tertinggi dengan 1,169 orang diikuti Johor 694 individu.
  
Bagi tempoh yang sama, 887 lagi pesalah ditangkap kerana gagal menyelesaikan waran tangkap mereka, daripada jumlah itu 283 akan didakwa dan 604 diikat jamin.
  
Ops Warta yang dilancar Isnin lepas dilaksanakan untuk mengesan pesalah trafik yang memiliki waran tangkap. - Bernama

Restoran jual roti telur RM2.50 sekeping diserbu

Roti canai telur

GEORGETOWN - Sebuah restoran nasi kandar terkenal di Bukit Jambul hari ini diserbu Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNN) Pulau Pinang gara-gara menjual roti canai telur pada harga RM2.50.
  
Timbalan Ketua Penguatkuasa KPDNKK negeri Chin Ching Chung berkata pemeriksaan pada 10.40 pagi itu dijalankan selepas pihaknya menerima aduan pengguna mengatakan harga roti canai telur sebelum pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) ialah RM1.80.
  
"Peniaga terbabit diberi tempoh tiga hari untuk mengemukakan dokumen berkaitan dan menyatakan sebab munasabah mereka menaikkan harga sebelum tindakan penguatkuasaan diambil," katanya ketika dihubungi.
  
Beliau berkata jika pengusaha gagal mengemukakan alasan kenaikan itu dalam tempoh yang ditetapkan mereka boleh diambil tindakan mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.
  
"Jika pengusaha terbabit didapati mengaut keuntungan dengan margin berlebihan mereka boleh didakwa di bawah Seksyen 14 akta sama," katanya.
  
Ching Chung berkata siasatan lanjut mendapati harga roti canai telur di restoran itu berubah beberapa kali sebelum April iaitu dari RM1.80 kepada RM2.20 dan terbaru menjadi RM2.50 selepas GST.
  
Tinjauan mendapati tanda harga pada papan menu menggunakan pelekat yang mudah dipinda mendapati harga roti canai telur pernah dijual pada harga serendah RM1.60.
  
Beliau berkata pihaknya akan terus melakukan pemantauan harga dari semasa ke semasa bagi memastikan pengguna tidak menjadi mangsa sikap tamak segelintir peniaga yang mengambil kesempatan pelaksanaan GST untuk menaikkan harga barang sesuka hati. - Bernama

12 tahun tidak bayar saman

12 tahun tidak bayar saman
Azizan menghadapi 27 pertuduhan melibatkan beberapa kesalahan trafik dilakukannya sejak 2002.

BALIK PULAU - Bahana tidak membayar saman kesalahan trafik selama 12 tahun, seorang penganggur berdepan hukuman penjara selama 200 hari jika gagal membayar denda yang ditetapkan mahkamah.

Tertuduh, Azizan Abdul Aziz, 35, menghadapi 27 pertuduhan melibatkan beberapa kesalahan trafik bermula 2002 hingga 2014.

Tertuduh juga mempunyai 45 saman dan 19 daripadanya dikeluarkan di daerah Barat Daya manakala bakinya di daerah lain.
Mengikut fakta kes, tertuduh tidak pernah membayar saman melibatkan kesalahan tidak mempunyai lesen memandu, tiada cukai jalan dan tiada insurans kenderaan.
Azizan yang berasal dari Balik Pulau itu juga didapati menunggang motosikal tanpa lampu isyarat belakang serta nombor plat tidak mengikut spesifikasi ditetapkan.
Tertuduh mengaku salah selepas kesemua pertuduhan dibaca kepadanya.
Dalam rayuannya, tertuduh yang merupakan anak yatim piatu dan belum berkahwin itu meminta hukuman paling ringan kerana tidak bekerja.
“Saya mohon maaf kerana melakukan semua kesalahan itu. Saya menyesal dan berjanji tidak akan melakukannya lagi.
“Saya mohon mahkamah mengenakan hukuman yang minima kerana saya tidak bekerja,” katanya.
Timbalan Pendakwa Raya, Syafiq Mahadi kemudiannya meminta mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal bagi memberi pengajaran kepada tertuduh serta masyarakat supaya menjelaskan saman dari kesalahan lampau.
Sehubungan itu, Majistret Nurulrasyidah Mohd Akit menasihati tertuduh tidak menangguhkan pembayaran saman serta mengelak daripada melakukan kesalahan lalu lintas.
Nurulrasyidah kemudiannya menetapkan denda RM6,000 untuk semua kesalahannya dan jika gagal, tertuduh boleh dikenakan penjara selama 200 hari.
Tertuduh yang ditahan kelmarin semasa sekatan jalan raya Ops Warta di Teluk Kumbar juga dilepaskan dengan amaran untuk tujuh kesalahannya yang lain.

Warga emas rentung atas sofa

Warga emas rentung atas sofa
Keadaan ruang tamu di rumah mangsa selepas api berjaya dipadamkan.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki yang bergelar Datuk maut dalam kejadian kebakaran di rumahnya di Taman Tun Dr Ismail, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi, mangsa berusia 88 tahun itu ditemui di ruang tamu di rumah tersebut.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Muhammad Azlee Abdullah berkata, isteri mangsa yang berusia 77 tahun, bagaimanapun selamat dalam kejadian itu.

“Anggota peronda cegah jenayah ke lokasi kejadian dan memotong kunci mangga pada pintu hadapan, sebelum mendapati isteri mangsa berada di tepi pintu, manakala mangsa rentung atas sofa di ruang tamu rumah tersebut," katanya.

Menurutnya, anak mangsa mendakwa bapanya seorang perokok dan mengalami penyakit nyanyuk.

“Pasukan Forensik Bomba dan Forensik Polis Diraja Malaysia menyiasat tempat kejadian, siasatan awal mendapati kebakaran berkemungkinan berpunca daripada api rokok,” katanya.

Menurutnya, polis tidak menemui sebarang unsur jenayah.

“Pemeriksaan mendapati kesemua pintu dan tingkap rumah mangsa berada dalam keadaan baik dan berkunci,” katanya.

Mayat dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Bom lama hampir letupkan studio

Bom lama hampir letupkan studio
Bom lama yang masih aktif ditemui pekerja binaan.

LONDON - BRITAIN. Kira-kira 300 penghuni termasuk studio terkenal Britain’s Got Talent terpaksa dipindahkan berikutan penemuan sebutir bom lama di kawasan berhampiran studio terbabit.

Memetik laporan portal Metro.co.uk, bom yang dipercayai tinggalan Perang Dunia Kedua itu ditemui oleh pekerja pembinaan berhampiran Stadium Wembley.

Menurut sumber dari pihak berkuasa, bom tersebut dipercayai dijatuhkan oleh tentera Nazi ketika melakukan serangan udara ke atas Kota London pada tahun 1940-an.

 “Kawasan itu telah dikosongkan dalam lingkungan 400 meter. Bom tersebut merupakan bahan letupan yang masih aktif dan boleh meletup pada bila-bila masa sekiranya berlaku kesilapan.

“Adalah penting bagi semua pihak untuk mematuhi arahan polis,” katanya.

Bom tersebut hanya berjaya dimatikan pada petang semalam dan dipindahkan ke lokasi yang lebih selamat.

Jatuh dari tebing ketika cuba selfie

handphone
Gambar hiasan

BALI - INDONESIA. Seorang lelaki warganegara Singapura maut selepas jatuh dari tebing ketika cuba mengambil selfie, semalam.

Menurut laporan The Jakarta Post, Mohamed Aslam Shahul, 21, jatuh ke dalam laut dari tebing setinggi dua meter di pulau Nusa Lembong.

Mangsa difahamkan sedang bercuti bersama lapan orang rakan di pantai Sandi Bay.

Menurut ketua polis Nusa Penida, Gede Arianta berkata, mangsa tergelincir dan jatuh ke dalam laut dan beliau ditemui pada ke dalam lima meter.

Mangsa kemudian dibawa ke pusat kesihatan Jungut Batu, di mana dia diisytiharkan sudah meninggal dunia.

"Mayatnya akan dibawa ke Hospital Sanglah dan dijadualkan diterbangkan ke Singapura hari ini," kata Gede.

Majikan disiasat paksa pekerja hadiri pengebumian

Majikan disiasat paksa pekerja hadiri pengebumian
Majikan paksa pekerja hadiri upacara pengebumian ibu mertua.

ZHEJIANG - CHINA. Seorang majikan mendapat kritikan ramai selepas dikatakan memaksa semua pekerjanya untuk mengambil bahagian dalam perarakan pengebumian ibu mertuanya.

Malah majikan tersebut juga dikatakan mengugut akan memotong gaji pekerjanya yang tidak hadir ke pengebumian itu.

Menurut laporan  China Daily, setiap pekerja diberi sehelai baju berwarna putih dan perlu menunjukkan rasa sedih semasa upacara perarakan tersebut walaupun tidak mengenali wanita tersebut.

Sementara itu, menurut agensi berita CCTV, pihak kerajaan tempatan akan menjalankan siasatan ke atas majikan tersebut.

Remaja perempuan buli pelajar lelaki dipenjara

Remaja perempuan buli pelajar lelaki dipenjara
Menerusi sebuah paparan klip video lebih dua minit, remaja tersebut dikatakan membuli dan menumbuk wajah lelaki tersebut.

SELSDON - CROYDON. Seorang remaja perempuan yang berusia 14 tahun dipenjara selama lapan bulan apabila didapati bersalah membuli seorang remaja lelaki.

Menerusi sebuah paparan klip video lebih dua minit, remaja itu dikatakan membuli, mengugut sebelum menumbuk wajah lelaki tersebut.

Remaja perempuan berambut perang dan mengenakan uniform sekolah itu dikatakan menarik kolar seorang budak lelaki yang bersaiz lebih besar daripadanya sebelum membuli dan menumbuk muka lelaki itu.

Video itu bukan sahaja mendapat perhatian dan kritikan netizen malah ia juga menarik perhatian pihak berkuasa.

Hakim Majistret Ken Ashken, menjatuhkan hukuman ke atas remaja tersebut di Mahkamah Belia Croydon semalam sebaik gadis itu mengaku bersalah di atas pertuduhan yang dibacakan.

“Ia merupakan satu serangan yang melampau, lebih-lebih lagi apabila kita lihat lawannya tidak membalas serangan tersebut.
“Walaupun dengan umur kamu yang muda, kami anggap ia satu serangan yang serius,” katanya lagi.

Video tersebut dikatakan tersebar secara meluas di laman sosial dan ditonton oleh lebih 2.7 juta pengguna Facebook.

Gempa bumi 4.8 skala ritcher landa Las Vegas

Gempa bumi 4.8 skala ritcher landa Las Vegas
Pihak berkuasa memeriksa kesan gempa bumi di laluan lebuh raya. - Foto AP

LAS VEGAS - AMERIKA SYARIKAT. Satu gempa bumi berukuran 4.8 skala ritcher melanda kawasan luar bandar selatan Nevada hari ini sehingga menggegarkan bangunan yang terletak lebih 160 kilometer dan lebuh raya di Las Vegas yang sibuk terpaksa ditutup.

Agensi Penyelidikan Geologikal Amerika Syarikat (USGS) menyemak semula laporan awal dan mengesahkan laporan gempa bumi tersebut berukuran 5.4 skala Ritcher.

Gempa bumi melanda pada pukul 11.47 pagi waktu tempatan kira-kira 38 kilometer di barat daya Calinte dan gempa bumi turut dirasai di Selatan Nevada, Utah, St George, Cedar City.

Roda gergasi Caesars Entertainment Corp setinggi 167 meter dilaporkan masih beroperasi seperti biasa tetapi beroperasi dalam pusingan perlahan selepas pemeriksaan mendapati semua langkah keselamatan diambil kira.

Setakat ini tiada laporan mengenai kerosakan membabitkan hotel kasino namun pasukan peronda lebuh raya Nevada melaporkan kerosakan membabitkan satu laluan lebuh raya yang menggelongsor berdekatan pinggir Las Vegas.

Ibu hukum anak salah guna laman sosial

Ibu hukum anak salah guna laman sosial
Sedutan video Valerie Starks memarahi anaknya

NORTH CAROLINA - AMERIKA SYARIKAT. Seorang ibu bertindak memuatnaik video dia menghukum anak perempuannya yang didakwa memuatnaik gambar separuh bogel di laman sosial Facebook, Isnin lepas.

Laporan BBC mengatakan rakaman Valerie Starks memarahi anaknya yang berusia 13 tahun mendapat perhatian lebih 12 juta pelayar.

"Awak ada Facebook, dan awak muatnaik foto awak memakai pakaian dalam," kata Stark dalam rakaman tersebut, menyebabkan anaknya mula menangis.

"Jangan menangis. Awak tak menangis semasa awak muatnaik foto separuh bogel awak," luah Stark kecewa.

Walaupun segelintir pelayar menuduh Stark melakukan buli siber, namun hampir sebahagian besar pelayar yang merupakan ibu bapa memuji tindakannya.

"Dunia perlukan lebih ramai ibu seperti awak. Cara awak ajar anak awak adalah bagus," kata Rhonda Snow di laman Facebook Stark.

"Ini sangat mengecewakan," kata Amy McCready yang mengaku pakar dalam hal kekeluargaan.

Menurut McCready, cara tersebut akan menyebabkan anak-anak sukar untuk berterus-terang dan berkongsi masalah dengan ibu dan bapa.

"Jika mereka takut dimalukan, mereka akan jadi lebih cekap untuk menyembunyikan rahsia," terang McReady.

Dalam satu temuramah, Stark memberitahu agensi KMGH bahawa dia sayangkan anak perempuannya.

"Anak perempuan saya akan faham nanti, dan menghormati saya kerananya (hukuman)," kata Stark.

"Jangan cakap anak perempuan anda tidak akan buat benda yang teruk, jangan sampai perkara yang sama terjadi kepada kamu," kata Stark kepada ibu bapa yang lain.

Ferrari, Lamborghini berlumba, pemandu dipenjara

Ferrari, Lamborghini berlumba, pemandu dipenjara
Keadaan kereta jenis Lamborghini yang dipandu Tang Wentian

BEIJING - CHINA. Dua lelaki dijatuhi hukuman penjara selepas didapati bersalah atas dakwaan memandu secara merbahaya dalam kejadian 11 April lepas.
 
Menurut Xinhua Reports, Yu Muchun, 20, dan Tang Wentian, 21 masing-masing dijatuhi hukuman penjara empat dan lima bulan dan didenda sebanyak 18,000 yuan (RM10409.44).
 
"Saya sudah melakukan kesilapan dan memberi pengaruh buruk kepada masyarakat dan juga mencederakan ahli keluarga dan kawan saya," kata Wentian yang memandu Lamborghini berkenaan.
 
Kedua-dua lelaki tersebut yang merupakan penggangur menimbulkan spekulasi bahawa mereka merupakan anak kepada pegawai kerajaan atau ahli perniagaan.
 
Dalam kejadian 11 April lepas, kereta jenis Lamborghini dan Ferrari yang dipandu Wentian dan Muchun didapati berlumba pada kelajuan 179 km/j sebelum hilang kawalan dan melanggar pagar dalam terowong Datun Road.

Bayi 2 hari dipaksa berjalan

Assam (India): Seorang bayi yang baru berusia dua hari dipaksa ‘berjalan’ oleh seorang dukun wanita, kononnya untuk mengubati demam panas yang dihidapi kanak-kanak itu.
Video yang dirakam seorang lelaki menunjukkan dukun berkenaan memegang tengkuk kanak-kanak itu dan memaksanya berjalan di depan puluhan penduduk kampung di daerah Morigaon.
Ibu bapa bayi itu membawa anak mereka kepada wanita berusia 50-an itu kerana percaya dia boleh mengubatinya.
Mereka diarah menanggalkan lampinnya sebelum dukun itu melakukan ‘ritual’ berkenaan yang didakwa untuk menurunkan suhu badannya.
Bayi itu menangis sekuat-kuatnya sepanjang ritual itu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 23 Mei 2015 @ 6:59 AM


WANITA yang didakwa dukun memegang tengkuk bayi terbabit untuk memaksanya berjalan.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/52913#sthash.r32NrhE0.dpuf

Selamat 3 nyawa

Dungun: “Saya terpaksa pikul nenek dan mengheret dua anak saudara menyelamatkan diri kerana api sudah marak,” kata Khairul Fikri Din, 23, selepas rumah kediamannya di Kampung Alur Tembesu, di sini, hangus dalam kebakaran, pagi semalam.
Khairul berkata, kebakaran itu kira-kira jam 9 pagi menyebabkan keluarganya tinggal sehelai sepinggang selepas gagal menyelamatkan sebarang harta benda.
Menurutnya, ketika kejadian dia baru pulang daripada kerja syif malam dan sempat melelapkan mata seketika dan ketika kejadian ibunya, Zaleha Razak, 52, pula sedang bekerja di sebuah kedai makan tidak jauh dari rumahnya.
“Ketika kejadian, saya bersama nenek dan saya tidak sedar adik saya, Nur Shuhada, 21, ada meninggalkan dua anaknya di rumah. Adik saya dikatakan tinggalkan anaknya di rumah sebentar kerana menghantar suaminya bekerja.
“Saya yang terlelap terkejut daripada tidur apabila terdengar nenek meraung memaklumkan rumah kami terbakar,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 23 Mei 2015 @ 8:59 AM


RUMAH yang hangus dalam kebakaran di Kampung Alur Tembesu, Dungun.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/52928#sthash.NiAEURrY.dpuf

Rusa rupanya kerbau

Rantau Panjang: Penipuan keji. Itu yang boleh dirumuskan bagi peniaga yang mengaku menjual daging rusa, tetapi sebenarnya hanya memperdagangkan daging kerbau.
Malangnya, pengguna yang sukar membezakan antara daging rusa asli dengan kerbau terpengaruh, apatah lagi ia dijual pada harga murah berbanding harga pasaran sebenarnya yang mencecah RM70 sekilogram.
Kegiatan itu dikesan berleluasa di Kelantan menyebabkan penternak dan peniaga rusa kerugian.
Penjual daging rusa tiruan menjualnya pada harga RM25 hingga RM30, lebih separuh murah daripada harga asal.
Mendedahkan kegiatan itu, pemilik Ladang Rusa Afia, Azreen Mohamed, 38, berkata, sindiket penjualan daging rusa tiruan dilakukan individu tidak bertanggungjawab menggunakan daging kerbau.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 23 Mei 2015 @ 9:06 AM


Azreen menunjukkan sijil laporan makmal perbandingan harga daging rusa palsu dan daging rusa asli.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/52930#sthash.5NyAuG33.dpuf

Penunggang motor maut dirempuh kereta


Seorang penunggang motosikal maut akibat dirempuh sebuah kereta dan tercampak pada penghadang jalan di Kilometer D1.8 Lebuh raya Sungai Besi menghala pusat bandar, kelmarin.
Ketika kejadian kira-kira jam 7.55 petang itu, mangsa Mohd Yuswadiey Ab Halim, 29, menunggang motosikal dari Puchong untuk menjemput tunangnya di Hospital Kuala Lumpur (HKL) sebelum maut di tempat kejadian.
Pegawai Turus Siasatan Dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintendan S Markandan berkata, kemalangan dipercayai berpunca daripada tindakan sebuah Mitsubishi Pajero Sport yang menukar lorong dari kiri ke kanan dengan tiba-tiba sebelum hilang kawalan.
Katanya, kenderaan itu yang dipandu lelaki berusia 31 tahun dalam perjalanan dari Seremban ke Taman Medan, Petaling Jaya kemudian melanggar penghadang jalan sebelum merempuh motosikal ditunggang mangsa.
“Mangsa yang tinggal di Kampung Pandan itu tercampak di antara penghadang jalan akibat rempuhan itu dan maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala,” katanya.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/52923#sthash.79JqEdUG.dpuf

Curi RM77,530

Kuala Lumpur:Bekas pegawai bank dipenjara enam tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas 12 pertuduhan termasuk mencuri wang berjumlah RM77,530 daripada akaun simpanan dua penumpang serta seorang anak kapal pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370.
Hakim Norsharidah Awang menjatuhkan hukuman itu terhadap Nur Shila Kanan, 34, dan memerintahkan hukuman bermula semalam.
Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara masing-masing antara 10 bulan hingga enam tahun terhadap Nur Shila bagi setiap pertuduhan dan memerintahkannya menjalani hukuman itu serentak.
Kelmarin, suaminya yang juga mekanik, Basheer Ahmad Maula Sahul Hameed, 34, dipenjara empat tahun dan empat sebatan oleh mahkamah sama selepas mengaku salah atas empat pertuduhan mencuri wang berjumlah RM7,650 daripada akaun simpanan penumpang MH370.
Kedua-dua tertuduh pada 28 April lalu menukar pengakuan kepada bersalah ketika kes itu dalam perbicaraan di peringkat pendakwaan dengan empat saksi telah dipanggil memberi keterangan dalam pemeriksaan utama bermula 16 April lalu.
Terdahulu, dalam rayuannya, Nur Shila yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah memberikan hukuman ringan atas alasan dia menjaga tiga anak yang masih kecil dan seorang daripadanya masih menyusu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 Mei 2015 @ 9:10 AM


NUR Shila dihukum penjara enam tahun oleh Mahkamah Sesyen.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/52691#sthash.EOegdOmd.dpuf

Tendangan kejut tidur

Jitra: “Tindakan saya menjerit dan menendang pintu dapur rumah jiran yang terbakar berjaya menyelamatkan nyawanya apabila dia tersedar daripada tidur dan terus berlari keluar sebelum bahagian atas kediaman itu runtuh tidak lama kemudian,” kata Abdul Halim Abdullah, 34, menceritakan detik cemas apabila rumah jirannya, Norma Omar, 65, musnah dalam kebakaran di Kampung Tok Gelam, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 3.25 pagi itu, kaki wanita warga emas itu melecur akibat terpijak bara api.
Abdul Halim berkata, ketika kejadian, dia sedang menyiapkan sengkuap rumah milik penduduk berhampiran sebelum terdengar bunyi letupan seperti mercun di rumah jirannya terletak kira-kira 50 meter.
Menurutnya, dia berlari untuk melihat kejadian yang berlaku sebelum nampak percikan api di tingkat atas rumah berkenaan.
“Saya terus menghubungi anak pemilik rumah berkenaan yang menetap di Taman Mahsuri di sini, memaklumkan rumah ibunya terbakar.
“Bagaimanapun, saya tidak sedap hati apabila anak jiran itu memberitahu yang ibunya berada seorang diri dalam rumah menyebabkan saya menjerit memanggil namanya berulang kali tetapi tiada sahutan,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 Mei 2015 @ 9:36 AM


Abdul Halim menunjukkan rumah Norma yang musnah dalam kebakaran di Kampung Teluk Gelam, semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/52712#sthash.fAMwikNQ.dpuf

Mayat pertama ditemui

Johor Bahru: Mayat seorang kru kapal korek Ocean Line SC208 yang terbalik dan hampir karam di perairan Tanjung Sedili, Kota Tinggi, pada Rabu lalu, dijumpai kira-kira 14 batu nautika dari lokasi nahas.
Pengarah Operasi Daerah Maritim Tanjung Sedili Komander Maritim Mustafa Kamal Abas berkata, mayat itu dijumpai hasil maklumat daripada sebuah kapal berhampiran yang memaklumkan mengenai penemuan itu jam 3.45 petang semalam.
“Satu mayat lelaki yang belum diketahui warga negaranya dijumpai dan selepas dimaklumkan kru kapal Kanata Spirit, kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di kawasan dinyatakan.
“Mayat berkenaan diserahkan kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) untuk dibawa ke Jeti Marina Tanjung Pengelih Kota Tinggi sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Katanya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) diteruskan untuk mencari 13 lagi mangsa yang masih hilang dan ditangguhkan pada 7 malam sebelum diteruskan semula pada 7 pagi esok.
Katanya, kawasan pencarian SAR diperluaskan ke 15 batu nautika ke utara dan timur dari lokasi nahas yang disertai oleh aset daripada APMM, TLDM dan Pasukan Polis Marin.
“Sebuah kapal dan dua bot APMM, selain pasukan penyelam TLDM dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terbabit dalam misi ini,” katanya.
Akhbar sebelum ini melaporkan mengenai nasib 14 kru kapal korek berkenaan yang masih tidak diketahui selepas kapal dinaiki mereka terbalik dan hampir karam di perairan Beting Ramunia 8.6 batu nautika dari Tanjung Punggai Kota Tinggi, awal pagi kelmarin.
Harapan semakin tipis untuk memastikan baki 13 mangsa ditemui selamat berikutan anggota penyelam gagal menemui mana-mana mangsa sehingga operasi ditangguhkan semalam.
Akhbar melaporkan mangsa yang ditemui dipercayai menjerit meminta tolong sejurus kapal malang itu terbalik seperti diakui satu-satunya mangsa yang terselamat iaitu jurutera kapal, Li Guozheng, 51, seorang warga China.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 23 Mei 2015 @ 9:08 AM


Anggota pasukan SAR menemui mayat mangsa kapal korek Ocean Line yang terbalik.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/52933#sthash.NxtxeL4c.dpuf

Maut terjun dari flat

Wanita berusia lingkungan 20-an itu meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala.
Difahamkan, mangsa warga tempatan tetapi bukan penghuni di kawasan flat berkenaan.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Idris Abd Rafar berkata, tiada sebarang dokumen atau pengenalan diri ditemui bersama wanita berkenaan.
Menurutnya, pihaknya percaya mangsa adalah warga tempatan kerana terdapat kesan suntikan BCG di bahunya.
"Kami masih menyiasat kejadian itu dan meminta orang ramai yang mengenali mangsa atau mempunyai maklumat mengenainya menghubungi polis untuk membantu siasatan," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 23 Mei 2015 @ 1:20 PM


Anggota polis menutup mayat mangsa . FOTO Khairul Hamizy Ramlee
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/52947#sthash.8ueTZJL5.dpuf

Cedera disimbah asid

Alor Setar: Anggota Pertubuhan Unit Kawalan Keselamatan (UKK) Kota Setar cedera di mata dan muka dipercayai akibat disimbah asid ketika cuba menangkap tiga penjenayah yang cuba memecah masuk kedai kosong di Jalan Sungai Korok di sini, petang tadi.
Dalam kejadian kira-kira 6.30 petang itu, mangsa berusia lingkungan 50-an dipercayai disimbah asid oleh suspek lelaki yang tiba-tiba keluar dari pintu belakang premis berkenaan ketika cuba mahu melarikan diri.
Mangsa yang terkejut kemudiannya cuba menahan suspek, namun tidak menyangka tindakannya itu menyebabkan suspek bertindak agresif dengan menyimbah cecair di tangannya dipercayai asid.
Difahamkan, mangsa mengalami kecederaan parah di mata dan muka dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) bagi rawatan lanjut.
Menurut pemilik premis yang enggan dikenali, dia diberitahu rakannya bahawa kedai tiga tingkat miliknya dipercayai dipecah masuk kira-kira sejam sebelum kejadian.
"Bimbang sangkaan saya ini benar saya kemudian memaklumkan perkara ini kepada pihak UKK untuk pemeriksaan.
"Bagaimanapun, saya terkejut apabila diberitahu anggota UKK cedera ketika cuba menahan tiga penjenayah itu," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.
Katanya, dia tidak menolak kemungkinan ketia-tiga penjenayah terbabit cuba memecah masuk kedainya untuk mencuri pendingin hawa kerana tiada barangan berharga lain.
Bagaimanapun, ketiga-tiga suspek termasuk wanita berusia antara 30-an hingga 50-an ditahan oleh kira-kira 40 anggota UKK yang turut berada di lokasi kejadian bagi mengepung kawasan berkenaan sebelum kehadiran polis.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 Mei 2015 @ 11:56 PM


MANGSA mencuci mukanya menggunakan air selepas disimbah cecair dipercayai asid. FOTO ihsan Polis
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/52836#sthash.whhdeKvy.dpuf

Ajal ketika turun bukit

Melaka: Penuntut lelaki berusia 20 tahun meninggal dunia dipercayai akibat sesak nafas ketika dalam perjalanan turun ketika berjoging di Bukit Beruang, di sini, 10.20 malam tadi.
Mangsa, Yong Whye Sern, 20, bersama dua lagi rakan lelaki dan wanita berusia 20 dan 19 tahun, dikatakan keluar berjoging di bukit itu kira-kira 6 petang tadi, sebelum sesak nafas ketika menuruni bukit
Menurut sumber, mangsa bersama rakan sudah berada di puncak bukit terbabit memutuskan untuk turun menggunakan trek tanah baru di sebalik bukit itu kira-kira 7 malam.
Seorang daripada rakan mangsa dikatakan menghubungi abangnya kira-kira 7.30 malam sebelum ahli keluarga mangsa bergegas ke kaki bukit itu.
Komander Operasi PBK II Hadzar Hasan dari Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Keroh berkata, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak perubatan Hospital Melaka.
Mangsa dibawa turun oleh pasukan Bomba sebelum diserahkan kepada pihak polis yang menghantar mayat ke Hospital Melaka.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 23 Mei 2015 @ 12:19 AM


MANGSA dikatakan sesak nafas ketika menuruni bukit. FOTO Muhammad Hatim Ab Manan
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/52838#sthash.vlarmJ5m.dpuf