Search This Blog

Sunday, May 17, 2015

Stadium Sultan Mizan kecoh, penyokong Terengganu merusuh


Oleh Faizul Azlan Razak

KEBAKARAN dicetuskan penyokong selepas tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil. - Foto NSTP
KUALA LUMPUR: Penyingkiran Terengganu di separuh akhir Piala FA kepada Lions XII, malam tadi mencetus kekecohan di Stadium Sultan Mizan, Gong Badak, Kuala Terengganu selepas ratusan penyokong merusuh sejurus berakhir perlawanan.
Sekalipun menang 3-2, Terengganu gagal layak ke final selepas kedudukan agregat 4-4 memihak Lions XII menerusi kelebihan gol di tempat lawan.
Kekecohan dikatakan tercetus selepas penyokong tidak berpuas hati dengan pembatalan gol Terengganu yang dijaringkan di minit-minit terakhir perlawanan kerana ofsaid.

PENGADIL diiringi anggota keselamatan selepas perlawanan berakhir. - Foto Aswadi Alias
Dikhabarkan, sebuah ambulan terbakar dan meletop manakala cermin bas yang membawa pasukan Lions XII pecah.
Selain itu, seorang anggota polis dipercayai cedera di kepala akibat diserang penyokong dengan cermin pintu stadium turut pecah.
ANGGOTA polis turut tercedera dalam kekecohan itu. - Foto Mohd Syafiq Ambak

Dua maut gagal potong kenderaan - Polis


KEADAAN kenderaan yang remuk selepas terbabit kemalangan di KM5, Jalan Salak-Sepang hari ini. - Foto BERNAMA
SEPANG: Dua maut selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori treler selepas gagal memotong sebuah kereta di KM5, Jalan Salak-Sepang berhampiran simpang Kampung Felda LBJ di sini, hari ini.
Pemangku Ketua Polis Daerah Sepang, Supt Abdul Aziz Ali, berkata dalam kejadian kira-kira 2.30 petang itu, S Manickam, 23, berasal dari Port Dickson, Negeri Sembilan dan M Pavitheran, 20, dari Sungai Pelek di sini meninggal dunia di tempat kejadian.
"Kedua-dua mangsa (pemandu dan penumpang) mati di tempat kejadiaan akibat tersepit dan mayat dihantar ke Hospital Putrajaya untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi.
Abdul Aziz berkata, akibat pertembungan itu, Perodua Myvi berkenaan telah melanggar bahagian belakang sebuah Proton Preve yang berada di hadapan Proton Waja yang cuba dipotongnya.
Katanya, bagaimanapun pemandu kereta Waja, Preve dan treler itu tidak mengalami sebarang kecederaan.
Sementara itu, Pegawai Bomba Kanan 2, Balai Bomba dan Penyelamat Sepang, Hut Ibrahim berkata anggota bomba mengambil masa kira-kira 10 minit untuk mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit.
- BERNAMA

Lelaki tawan ahli keluarga 7 jam diberkas

Oleh Fairuz Zaidan
fairuzaidan@bh.com.my
MELAKA: Drama tebusan selama hampir tujuh jam berakhir sebaik polis berjaya menahan seorang lelaki yang menjadikan lima ahli keluarganya sebagai tawanan di Taman Duyong Indah, di sini, awal pagi tadi.
Dalam kejadian bermula jam 7 malam itu, suspek yang berusia 30-an dipercayai tiba-tiba naik angin selepas berlaku pertengkaran dengan isterinya yang berusia 40 tahun.
Suspek turut mengamuk di sekitar taman perumahan dan memecahkan cermin belakang sebuah kereta Proton Perdana yang terletak kira-kira 400 meter dari rumah suspek.
Ketua Polis Melaka, Datuk Chuah Ghee Lye, berkata pertengkaran itu menyebabkan suspek bertindak mengurung isteri, ibunya yang berusia 63 tahun dan tiga anak perempuannya masing-masing berusia antara tiga hingga sembilan tahun di dalam rumah dengan bersenjatakan parang.
"Suspek bertindak agresif dengan memukul dan menyepak ahli keluarganya, walaupun dipujuk oleh pihak polis supaya membebaskan mereka namun suspek tetap enggan berbuat demikian.
"Kira-kira jam 2.03 pagi, sepasukan polis terpaksa memecah masuk dan menyelamatkan semua mangsa, bagaimanapun ahli keluarganya tidak mengalami kecederaan serius, hanya isterinya mengalami lebam di beberapa bahagian badan," katanya.
Beliau berkata, semua mangsa dibawa ke Hospital Melaka untuk rawatan dan suspek turut ditahan untuk membantu siasatan.

Gempa Bumi Di Namche Nepal









Lapan Maut Dalam Nahas Helikopter Amerika Syarikat Di Nepal


Diterbitkan: Sabtu, 16 Mei 2015 10:25 PM
Tentera Nepal tiba di Lapangan Terbang Kathmandu selepas menemui serpihan helikopter marin Amerika Syarikat hilang Selasa lalu.

KATHMANDU: Kesemua enam pegawai Marin Amerika Syarikat (AS) dan dua anggota Tentera Nepal maut apabila sebuah helikopter Tentera Udara AS yang dinaiki mereka terhempas dekat sini.

Serpihan bangkai helikopter UH-1Y Huey itu dijumpai berselerak pada ketinggian 11,200 kaki di timur laut kawasan bukit Kalinchok, kira-kira 50 kilometer (km) ke timur Kathmandu dan kesemuanya ditemukan terbunuh, kata Mejar Jeneral Binoj Basnyat dari Tentera Nepal.

Bangkai helikopter Tentera AS itu dijumpai di kawasan nahas hampir 68 jam selepas pesawat itu dilaporkan hilang.

Selepas menerima maklumat daripada penduduk tempatan, Tentera Nepal menugaskan sebuah helikopter Lancer dan Ecureuil ke kawasan nahas. 

"Sejurus selepas lokasi nahas dikesan, pasukan lima anggotaTentera Nepal tiba di kawasan itu tetapi cuaca buruk dan angin kencang menghalang mereka daripada mengeluarkan mayat-mayat mangsa yang rentung,"kata Basnyat.

Helikopter Tentera AS itu dilaporkan hilang pada Selasa dari Dolkha semasa menjalankan misi kemanusiaan menyelamatkan mangsa gempa bumi di negara itu.

Punca sebenar nahas belum dikenal pasti tetapi laporan awal membayangkan ia mungkin akibat kesilapan manusia.

Bagaimanapun, Basnyat enggan mengulas namun berkata "ia hanya akan dikenalpasti selepas siasatan".

Gempa bumi yang menggegarkan Nepal pada 25 April dan 12 Mei lepas telah mengorbankan sekurang-kurangnya 8,500 orang dan mencederakan lebih 15,000 orang selain merosakkan harta benda bernilai berbilion dolar.

AS telah menghantar satu pasukan tenteranya untuk membantu Nepal dalam operasi menyelamat.

Lima Tebusan Amuk Berjaya Diselamatkan


Diterbitkan: Ahad, 17 Mei 2015 11:14 AM
Chuah Ghee Lye.

MELAKA: Polis berjaya menyelamatkan lima sekeluarga yang dijadikan tebusan selepas lebih enam jam berunding dan cuba menenangkan seorang lelaki bersenjata parang dalam kejadian amuk di sebuah rumah di Taman Duyong Indah di sini, awal pagi Ahad.
Ketua Polis Melaka Datuk Chuah Ghee Lye berkata dalam kejadian itu seorang lelaki berusia 30-an telah menjadikan isterinya berusia 40-an; ibu kandungnya 60-an; dan tiga anak perempuannya berusia antara tiga hingga sembilan tahun sebagai tebusan dipercayai akibat tidak puas hati dengan isteri dan ibunya.
Polis menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira 7.15 malam dan bergegas ke tempat kejadian untuk menyelamatkan mangsa tebusan, katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini Ahad.
Beliau berkata polis telah cuba berunding meminta lelaki itu menyerah diri tetapi tidak berjaya kerana dia dalam keadaan amat marah dengan ibu dan isterinya yang didakwanya telah melakukan sihir terhadapnya.
"Polis tidak dapat mengambil tindakan awal kerana suspek bersenjatakan parang dan menggunakan senjata itu untuk mengancam ahli keluarganya," katanya.
Polis bagaimanapun terpaksa bertindak menyerbu rumah berkenaan dan berjaya menyelamatkan semua tebusan serta menahan suspek kira-kira pukul 2 pagi selepas suspek semakin bertindak agresif terhadap terhadap isteri, ibu dan anak-anaknya, katanya.
Chuah berkata semua mangsa tebusan berkenaan dibawa ke Hospital Melaka untuk rawatan. Isteri lelaki itu mengalami kecederaan di muka dan mata dipercayai dipukul manakala siasatan masih dilakukan bagi mengetahui sama ada  emak serta anak-anaknya mengalami kecederaan.
Mengulas lanjut tentang rundingan lebih enam jam dengan suspek, katanya polis berusaha tidak menggunakan kekerasan atau senjata sebaliknya secara rundingan yang diketuai Timbalan Ketua Polis Melaka SAC Mohd Shahrizan Che Mat Din atas faktor keselamatan tebusan.
Katanya polis akan menjalankan siasatan terperinci berhubung kejadian itu termasuk latar belakang suspek yang dipercayai tidak mempunyai pekerjaan.
"Terlalu awal untuk membuat sebarang kesimpulan terhadap suspek termasuk sama ada dia adalah penagih atau berada dalam pengaruh dadah ketika bertindak menahan ahli keluarganya sebagai tebusan dan bertindak agresif," katanya.
Sementara itu, seorang jiran suspek yang menghubungi polis bagi memaklumkan kejadian itu, berkata suspek seorang yang panas baran dan sering bertindak memukul anggota keluarganya.
"Kami sering mendengar jeritan dan melihat dia (suspek) memukul ahli keluarganya terutama isterinya. Lebih ketara dalam beberapa hari ini kerana pergaduhan antara mereka berlarutan dari malam sampai awal pagi," kata lelaki itu.
Beliau berkata dalam kejadian amuk pada hari tersebut, suspek pada mulanya menarik isterinya ke luar rumah dan bertindak memecahkan sebuah kenderaan jiran pada kira-kira pukul 7 malam.
Katanya suspek kemudian masuk ke dalam rumah dan mengunci diri serta anggota keluarganya di dalam rumah yang telah didiaminya kira-kira tujuh tahun lepas yang menyebabkannya menghubungi polis kerana bimbang dengan keselamatan mereka.

Pelajar cedera dirotan ustaz

RotanSETIU - Seorang pelajar Tahfiz cedera di bahagian belakang badan selepas dirotan beberapa kali oleh seorang tenaga pengajar dalam kejadian di Penarik, Setiu, Khamis lepas.
   
Dalam kejadian pukul 1 tengah hari itu, mangsa berusia 15 tahun itu mengalami kesan lebam dan berdarah pada belakang badan akibat dipukul tenaga pengajar bergelar ustaz tersebut.
   
Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Ab Rahman Raja Mohamad berkata, susulan laporan tersebut, pihaknya telah merakamkan percakapan mangsa dan gambar kecederaan yang dialami mangsa turut dirakam.
   
"Kita juga telah ke pusat tahfiz berkenaan untuk mengesan barang kes serta ustaz tersebut dan siasatan lanjut berhubung kes ini sedang dijalankan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
   
Katanya, pelajar berkenaan telah dihantar ke Hospital Setiu untuk menerima rawatan dan kes disiasat dibawah seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.    
   
Insiden tersebut dipercayai berpunca selepas mangsa telah pergi menunaikan solat Subuh di sebuah masjid berhampiran pusat pengajian mereka dan gagal hadir ke kelas al-Quran pagi tersebut.
   
Bagaimanapun sebaik mangsa tiba di pusat pengajian tersebut, ustaz terbabit bertindak merotan mangsa di hadapan pelajar yang lain.
   
Pelajar, yang berasal dari Kampung Tok Jiring itu, baru tiga bulan menuntut ilmu di pusat tahfiz tersebut. - Bernama

‘Saya tembak dia’

Butterworth: Selepas empat hari diburu, suspek yang menembak mati seorang pemungut hutang akhirnya berjaya ditahan polis di rumahnya di Jalan Kubang Semang, Permatang Pauh, di sini, malam kelmarin.
Suspek berusia 29 tahun dan bekerja sebagai peniaga kedai kopi itu ditahan jam 8.10 malam dan dia tidak melawan, malah mengaku menembak mangsa di lorong belakang deretan rumah kedai di Taman Carissa, Mak Mandin, Selasa lalu.
Ketua Polis Daerah Seberang Prai Utara (SPU) Asisten Komisioner Abdul Rahman Ibrahim berkata, suspek ditahan selepas polis melakukan risikan sejak kes itu berlaku.
“Kita menahan suspek di rumah keluarganya dan dia ketika itu memberikan kerjasama baik, malah turut mengaku menembak mangsa.
“Hasil pemeriksaan lanjut, polis turut menemui sepucuk pistol yang disimpan di rumahnya dan suspek memberitahu sepucuk lagi pistol iaitu yang digunakan ketika menembak mangsa dicampak ke Sungai Perai,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.
Menurutnya, hasil keterangan awal suspek memberitahu dia mencampak senjata api yang digunakannya dari atas Jambatan Tunku Abdul Rahman selepas menembak mangsa.
“Berikutan itu, lelaki berkenaan membawa polis ke lokasi dia membuang pistol terbabit dan enam penyelam anggota Unit Marin membantu mencari senjata api berkenaan,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 17 Mei 2015 @ 5:16 AM

UNIT Selam Pasukan Gerakan Marin Polis Diraja Malaysia mencari pistol dicampak suspek yang menembak mati seorang lelaki pemungut hutang, Selasa lalu.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/51544#sthash.dvuGjrLN.dpuf

15 cedera di selatan Thai

Hatyai: Lima belas orang cedera akibat beberapa letupan, dipercayai angkara kumpulan pemisah di selatan Thai ini.
Kejadian berlaku lewat kelmarin dan awal pagi semalam di 17 kawasan di Yala, termasuk kawasan komersial dan bank, kata jurucakap polis Kolonel Jamlong Suwalak.
Menurutnya, dua bom yang tidak meletup turut ditemui.
Dalam satu serangan, saksi melihat dua lelaki bermotosikal melontar bom tangan ke arah sebuah restoran, menyebabkan seorang cedera.
Jururawat di Hospital Yala Netchanok Sintiratti berkata, seorang budak lelaki berusia 11 tahun antara yang cedera dalam kejadian itu.
Dia juga berkata, semua mangsa cedera ringan.
Yala ialah antara tiga wilayah Thai yang majoriti penduduknya beragama Islam.
Lebih 5,000 orang terbunuh sejak gerakan menuntut pemisahan bermula di wilayah berkenaan pada 2004.
Meskipun tiada tuntutan khusus dibuat, penduduk wilayah itu dipercayai berjuang untuk membentuk sebuah negara Islam merdeka.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 16 Mei 2015 @ 5:12 AM


SEORANG mangsa diusung untuk dibawa ke hospital selepas cedera dalam serangan di daerah Muang, Yala, semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/51280#sthash.h1maREeM.dpuf

Lapan mayat akhirnya ditemui


Kathmandu: Lapan mayat askar berjaya ditemui dari bangkai helikopter tentera Amerika Syarikat (AS) yang hilang ketika menjalankan misi bantuan gempa bumi di kawasan pergunungan Nepal.
Menurut jurucakap tentera Nepal Jagadish Pokharel, jasad mereka akan dibawa ke Kathmandu secepat mungkin.
Enam anggota Marin AS dan dua askar Nepal berada di dalam helikopter itu ketika dilaporkan hilang selepas mengagihkan bantuan pada hari sama gegaran susulan besar melanda Nepal.
Sebelum insiden berlaku, radio menerima laporan daripada krew terbabit mengenai masalah kekurangan minyak.
Helikopter berkenaan menjalankan operasi bantuan di wilayah Himalaya yang dilanda gempa kuat bulan lalu, yang membunuh lebih 8,000 nyawa, sementara ratusan ribu bangunan dilaporkan musnah.
Menurut kementerian pertahanan Nepal, helikopter yang pernah digunakan dalam peperangan Vietnam itu musnah sepenuhnya. - Reuters
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/51494#sthash.ytaziELV.dpuf

Maut rempuh belakang lori


Oleh Nur Saliawati Salberi dan Norizzah Baharudin

am@hmetro.com.my
Alor Gajah: Lelaki maut selepas motosikal ditunggang melanggar belakang lori yang diletakkan di bahu jalan di Lebuh Alor Gajah- Melaka Tengah- Jasin (AMJ), 7.45 malam tadi.
Muhammad Akhmal Ridzwan Mohamed Daib, 25, ketik itu menunggang dari Rembia ke Durian Tunggal.
Jurucakap polis berkata: “Siasatan awal mendapati lori itu mengalami masalah lampu menyebabkan pemandunya berhenti di lorong kecemasan sementara menunggu kerosakan itu dibaiki.
"Mangsa dipercayai tidak menyedari lori berkenaan dan rempuh belakang kenderaan berat itu," katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/51372#sthash.lUUBHNUC.dpuf

Suspek tunjuk lokasi buang pistol

Butterworth: Polis menahan suspek kes tembak mati seorang pengutip hutang di Taman Carissa, Mak Mandin, Selasa lalu.
Lelaki berusia 29 tahun itu ditahan di rumahnya di Jalan Kubang Semang, Permatang Pauh, 8.20 malam tadi.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Abdul Rahman Ibrahim berkata, hasil siasatan suspek mengaku menembak mangsa.
"Polis turut menemui pistol di rumah lelaki berkenaan namun senjata api yang digunakan untuk menembak mangsa dibuang di Sungai Perai.
"Berikutan itu, suspek bawa polis ke Jambatan Tunku Abdul Rahman, bagi menunjukkan lokasi dia mencampakkan pistol terbabit," katanya yang ditemui, hari ini.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 16 Mei 2015 @ 2:43 PM


FOTO Azma Razana Johari
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/51374#sthash.AVOTwaek.dpuf

Kekasih bersekongkol samun kedai


Oleh Amrullah Abd Karim

am@hmetro.com.my
Bukit Beruntung: Sebuah kedai serbaneka di Jalan Orkid D/2, Bukit Sentosa di sini, disamun dua penjenayah 8.16 malam tadi.
Suspek dipercayai pasangan kekasih melakukan samun bersenjatakan parang dan membawa RM160 tunai dan 50 kotak rokok.
Pengurus kedai serbaneka itu yang hanya mahu dikenali sebagai Hasrina, 33, berkata ketika kejadian terdapat dua pekerja dan seorang pelanggan wanita berusia lingkungan awal 40-an membeli kad tambah nilai telefon.
"Pada mulanya wanita memakai topi keledar bertanya kad tambah nilai RM10 dan ketika itu pekerja nampak wanita terbabit menaip sesuatu pada telefon bimbitnya.
"Tidak lama selepas itu, rakannya seorang lelaki memakai topi keledar masuk dan terus menghunus parang meminta duit," katanya ketika ditemui di Balai Polis Bukit Sentosa, di sini.
Menurutnya, lelaki terbabit mengancam pekerjanya dengan parang dan turut menolak pelanggan wanita yang membeli kad tambah nilai ke belakang.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan R Supramaniam berkata, polis sudah mengenalpasti kedua-dua suspek namun siasatan lanjut masih dijalankan.
"Kita sudah kenalpasti suspek dan akan membuat tangkapan dalam masa terdekat.
"Suspek dirakam menerusi CCTV namun kita akan meneliti rakaman itu melalui bantuan forensik," katanya.
Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan kerana menyamun.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/51381#sthash.toZ4hPdZ.dpuf

Dikepung, dibelasah

Kuching: Lelaki cedera dibelasah orang ramai manakala rakannya sempat lolos selepas meragut seorang wanita di tempat letak kereta sebuah pasar raya di Jalan Penrissen, di sini.
Dalam kejadian 3.30 petang semalam itu, suspek berusia 27 tahun bersama rakannya menunggang motosikal dan cuba meragut seorang wanita.
Bagaimanapun, wanita berusia lingkungan 20-an itu melawan dan pergelutan antara mangsa dan kedua-dua suspek itu menarik perhatian orang ramai yang berada di lokasi kejadian.
Menurut sumber, suspek kemudian melepaskan beg tangan mangsa dan cuba melarikan diri.
"Namun, tidak berjaya apabila orang ramai mengepung lokasi kejadian dan mengejar suspek.
"Ketika melarikan diri, motosikal yang dinaiki mereka terlanggar kereta menyebabkan kedua-dua suspek jatuh. Seorang daripadanya sempat melarikan diri.
"Orang ramai terus membelasah suspek dan menyebabkannya cedera di muka dan badan. Suspek kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 16 Mei 2015 @ 5:33 PM


- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/51383#sthash.fgpc2mei.dpuf

Niat tersangkut di tengah jalan

Johor Bahru: Sekurang-kurangnya 19 pendatang asing tanpa izin (PATI) dari Indonesia termasuk dua kanak-kanak ditahan Polis Marin Wilayah Dua Johor dalam serbuan di hutan Ladang Mados, Bandar Penawar dekat Kota Tinggi, tengah malam tadi.
Semua PATI yang ditahan terdiri daripada sembilan lelaki, lapan wanita dan masing-masing seorang kanak-kanak lelaki serta perempuan yang semuanya berusia antara lapan hingga 50 tahun.
Komander PPM Wilayah Dua, Asisten Komisioner Paul Khiu Khon Chiang berkata, mereka ditahan pada 12.30 tengah malam.
Menurutnya, kebanyakan daripada mereka mengaku secara lisan hendak pulang ke Indonesia menggunakan bot pancung.
"Mereka juga gagal mengemukakan sebarang dokumen diri yang sah mengikut Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) dan berada di Malaysia melebihi tempoh yang dibenarkan.
"Semua PATI dibawa balik ke Balai Polis Bandar Penawar untuk tindakan lanjut," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 16 Mei 2015 @ 6:51 PM


- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/51386#sthash.DioWeZh4.dpuf

Senapang hilang, peluru pun lesap


Oleh Rabi Atul Adawiyah Ismail

am@hmetro.com.my
Sibu: Enam senapang patah dan beberapa butir peluru hilang selepas sebuah pejabat kawalan keselamatan di Jalan Wong Nai Siong, di sini, dipecah masuk, 7.15 pagi ini.
Kejadian disedari seorang pengawal keselamatan apabila mendapati pintu pejabat terbuka dengan kunci mangga pada jeriji pintu dan peti menyimpan senjata api hilang.
Menurut sumber, pemeriksaan lanjut mendapati senjata api dan peluru yang disimpan dalam peti itu turut hilang.
"Enam senapang patah, lima daripadanya bersarung kulit hitam, manakala selaras lagi tidak bersarung bersama 40 butir peluru hilang.
"Berdasarkan keterangan awal pengawal keselamatan itu, dia meninggalkan pejabat dalam keadaan berkunci dengan peti simpanan senjata turut dikunci menggunakan mangga, kira-kira jam 8.30 malam, semalam," katanya.
Laporan polis dibuat di Balai Polis Sibu untuk tindakan lanjut.
Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/51387#sthash.fvh6ONEy.dpuf

Dipukul enggan jadi samseng



Timbalan Biro Pengaduan Awam MCA Klang, Tan Book Kon (kiri) melihat kecederaan pada tangan mangsa sambil diperhatikan bapanya di Klang kelmarin.


SHAH ALAM – Seorang pelajar tingkatan satu cedera dipukul oleh sekumpulan remaja selepas menolak ugutan menyertai kumpulan mereka di Pandamaran, Klang kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari itu, pelajar di sebuah sekolah di Pandamaran itu didatangi sekumpulan remaja berumur belasan tahun ketika berada di sebuah kedai makan berhampiran.
Mangsa kemudian ditarik ke kawasan perumahan yang terletak kira-kira 20 meter dari situ sebelum dia ditolak sehingga jatuh ke dalam longkang.
Kumpulan remaja itu bertindak memukul mangsa dengan tangan sebelum melarikan diri apabila mereka ternampak anggota polis yang sedang menjalankan rondaan di situ.
Mangsa mengalami kecederaan pada tangan, siku dan badan akibat dipukul beramai-ramai.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0517&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm#ixzz3aLGTJWMx 
Hakcipta terpelihara 

Penculik belum tuntut wang tebusan - Wan Junaidi


KUCHING 16 Mei - Polis belum dapat mengesahkan identiti kumpulan yang menculik seorang lelaki dan seorang wanita di Restoran Ocean King di Sandakan tetapi percaya ia dilakukan oleh ‘orang dalam’, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
Beliau berkata, polis percaya kumpulan militan Abu Sayyaf dari Filipina juga disyaki terlibat.
Setakat ini, belum ada panggilan atau tuntutan wang tebusan daripada pihak penculik, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Penyampaian Anugerah Pingat Kedaultan Negara kepada kakitangan Jabatan Penjara Sarawak dan Sabah di ibu pejabat Jabatan Penjara Sarawak di Jalan Puncak Borneo di sini hari ini.
Menurutnya, polis masih menjalankan siasatan dan mengumpul maklumat perisikan mengenai kes itu.
Wan Junaidi berkata, bukan mudah bagi pihak berkuasa keselamatan untuk mengawal pantai Sabah sepanjang 1,400 kilometer.
"Namun, markas Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) bekerja keras untuk meningkatkan keselamatan di sepanjang kawasan pantai," katanya.
Pada Khamis, empat lelaki bersenjata menyerbu Restoran Ocean King dan menculik lelaki dan wanita itu dengan disaksikan kira-kira 100 pelanggan termasuk kanak-kanak.
Thien Nyuk Fun, 50, kakak ipar pengurus restoran itu adalah seorang daripada mangsa culik dalam kejadian 7.45 malam itu.
Seorang lagi mangsa ialah Bernard Ghen Ted Fen, 39, dari Sarawak yang bekerja sebagai perunding elektrikal di Kemboja.
Penculikan itu adalah yang pertama dilaporkan di Sabah tahun ini dan ia berlaku semasa perintah berkurung dikuatkuasakan dari senja ke subuh yang meliputi 10 daerah dalam kawasan ESSCom termasuk Sandakan.- BERNAMA
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/penculik-belum-tuntut-wang-tebusan-wan-junaidi-1.92561#sthash.4bLVVEWd.dpuf

Dua remaja direman bantu siasatan


Pukul pelajar kerana enggan sertai kumpulan samseng

mangsa menunjukkan kecederaan di tangannya selepas dipukul kerana
MANGSA menunjukkan kecederaan di tangannya selepas dipukul kerana enggan menyertai kumpulan samseng di Pandamaran, Klang, Selangor, kelmarin. IHSAN PDRM
KLANG 16 Mei – Dua remaja lelaki ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung kes ugut dan pukul seorang pelajar sekolah di Pandamaran dekat sini, kelmarin kerana dipercayai enggan menye­rtai kumpulan samseng yang dianggotai mereka.
Ketua Polis Daerah Klang Se­­­latan, Asisten Komisioner Ka­ma­rulzaman Mamat berkata, kedua-dua remaja yang berumur 13 dan 15 tahun itu ditahan reman selama dua hari bermula hari ini.
Menurutnya, kedua-dua suspek yang tidak lagi bersekolah ditahan semalam selepas pihaknya menerima laporan mengenai kejadian pukul pelajar sekolah menengah berumur 13 tahun itu kelmarin.
Ujarnya, mangsa mengalami kecederaan di bahagian tangan, calar di belakang badan serta luka di kaki.
“Berdasarkan laporan, kejadian berlaku kira-kira pukul 12.30 te­ngah hari kelmarin ketika mangsa yang berada di sebuah kedai makan berhampiran sekolahnya di Pandamaran didatangi beberapa lelaki berumur belasan tahun.
“Mangsa kemudiannya ditarik ke kawasan perumahan berhampiran dan dipukul serta ditolak sehingga jatuh ke longkang sebelum mereka melarikan diri apabila ternampak polis sedang melakukan rondaan di kawasan itu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Kamarulzaman memberitahu, pasukan Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) kemudiannya digerakkan ke sekitar lokasi kejadian dan berjaya menangkap dua remaja tersebut.
“Siasatan mendapati suspek tidak berpuas hati dengan mangsa yang dikatakan enggan bersama dengan kumpulan mereka dan siasatan terperinci sedang dijalankan untuk mengenal pasti penglibatan mereka dalam kumpulan yang tidak bermoral atau gangsterisme.
“Identiti rakan sejenayah me­reka juga telah dikenal pasti dan pihak polis sedang mengesan mereka,” ujarnya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/dua-remaja-direman-bantu-siasatan-1.92620#sthash.WKEtYXi5.dpuf

Barang seludup RM4j dirampas


SPRM lancar beberapa serbuan dalam Op Bersepadu di Sabah

SEBAHAGIAN arak yang dirampas hasil serbuan dalam operasi diketuai

SEBAHAGIAN arak yang dirampas hasil serbuan dalam operasi diketuai oleh SPRM di Kota Kinabalu, Sabah, kelmarin.
KUALA LUMPUR 16 Mei - Selepas membekukan sebanyak 1,623 akaun syarikat bernilai RM560 juta, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini terus agresif mengesan barangan yang cuba diseleweng dan diseludup oleh pihak tidak bertanggungjawab di Sabah ke negara jiran.
Hasilnya, sejumlah rokok, arak, minyak diesel dan minyak masak bernilai hampir RM4 juta berjaya dirampas sejak semalam.
Difahamkan, barangan terbabit disimpan di beberapa lokasi di negeri terbabit dan dalam persediaan untuk diseludup ke negara jiran melalui modus operandi tertentu.
Menurut sumber, kesemua barangan itu dirampas dalam serbuan di Sandakan dan Kota Kinabalu.
Kata sumber itu, daripada nilai barangan yang dirampas itu, lebih RM2 juta melibatkan minuman keras termasuk 20 kontena arak.
Ujarnya, minyak diesel yang dirampas pula dianggarkan lebih 740,000 liter dan minyak masak pula sekitar 74,000 kilogram yang nilai keseluruhannya lebih RM1.5 juta.
“Selain itu terdapat rampasan rokok yang nilainya masih dikira. Kita percaya masih terdapat banyak lagi barangan terkawal yang cuba diseludup dan disembunyikan.
“Kini kita sedang mengesan dan memburu mereka yang terlibat di daerah-daerah lain,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Semalam, SPRM berjaya membongkar kes penyelewengan diesel bersubsidi dan penyeludupan rokok serta arak di Sabah.
Dalam operasi bersepadu yang diketuai SPRM itu, sebanyak 1,623 akaun syarikat bernilai RM560 juta telah dibekukan kerana didapati terlibat dalam penyelewengan subsidi serta menyeludup arak serta rokok, dipercayai ke negara jiran.
Serbuan itu adalah hasil daripada siasatan yang terperinci dan menyeluruh berdasarkan maklumat risikan yang diperoleh oleh SPRM bersama agensi-agensi terlibat.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/barang-seludup-rm4j-dirampas-1.92641#sthash.EVyLA8dX.dpuf