Search This Blog

Tuesday, May 12, 2015

Indonesia halau bot pendatang Myanmar, Bangladesh

JAKARTA: Sebuah bot yang membawa ratusan warga Myanmar dan Bangladesh ditarik keluar dari perairan Indonesia sehari selepas ia tiba di pantai timur Aceh, menurut jurucakap angkatan laut republik itu.
"Ia ditarik keluar dari wilayah Indonesia. Kami tidak memaksa mereka pergi ke Malaysia atau Australia. Ia bukan urusan kami. Urusan kami ialah mereka tidak memasuki Indonesia kerana Indonesia bukan destinasinya," kata jurucakap TNI-AL, Manahan Simorangkir.
Bagaimanapun, beliau enggan menyatakan destinasi kapal berkenaan.
ANGGOTA polis Indonesia mengagihkan pakaian kepada pendatang di Lhoksukon, semalam. - Foto Reuters

Pesawat Maghribi terbabit serangan udara Yaman


Rabat: Kerajaan Maghribi semalam melaporkan salah satu pesawat perang mereka yang mengambil bahagian dalam serangan udara yang diketuai Arab Saudi ke atas pemberontak di Yaman hilang bersama juruterbang mereka.
Kejadian itu diakui Houthi sebagai angkara pejuang kabilah di Yaman dan dibimbangi mampu merosakkan perancangan gencatan senjata lima hari bagi membolehkan bantuan kemanusiaan dibawa masuk.
Operasi mencari dijalankan selepas pesawat itu terputus hubungan sekitar jam 6 petang (waktu tempatan) kelmarin.
Kenyataan itu turut mengatakan, pesawat kedua yang terbang bersama pesawat terbabit dilaporkan tidak dapat melihat sama ada juruterbang itu sempat keluar atau pun tidak.
Menurut pegawai Arab Saudi, pasukan penyiasat kini sedang mencari jalan untuk cuba menentukan di mana pesawat itu terhempas.
Ia pesawat pertama dilaporkan hilang di Yaman sepanjang enam minggu kempen pengeboman yang dilancarkan pada 26 Mac lalu.
Sementara itu, rangkaian berita rasmi Houthi, al-Masirah melaporkan semalam pesawat itu ditembak di Wadi Nashour dalam wilayah Saada yang juga kubu kuat Houthi yang bersempadan dengan Arab Saudi.
Siaran berita menunjukkan pejuang tempatan memegang senjata melaungkan ‘Matilah Amerika!’ malah seorang lelaki turut dilihat memegang sesuatu yang nampak seperti puing kapal terbang.
“Tuhan yang menghempaskan pesawat ini. Walaupun senjata kami tidak hebat, kami masih mampu menembak jatuh semua pesawat mereka!” katanya.
Nasib juruterbang terbabit tidak diketahui namun sebuah akaun Twitter Yaman menyiarkan gambar yang didakwa menunjukkan mayatnya. - Agensi
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/50195#sthash.CdxOVlas.dpuf

Masih berbalas serangan

KEADAAN pejabat bekas presiden Ali Abdullah Saleh yang dibom, dua hari lalu.
Kaherah: Militia pemberontak Houthi dan tentera Arab Saudi di Yaman semalam dilaporkan masih berbalas serangan tembakan di kawasan dua negara itu menjelang hari ini yang ditetapkan untuk gencatan senjata kemanusiaan.
Menurut Houthi, mereka melepaskan roket dan mortar di dua pekan sempadan, Jizan serta Najran semalam, selepas Arab Saudi menyerang daerah Saada dan Hajjah menggunakan lebih 150 roket.
Pesawat Arab Saudi turut menyerang kedudukan Houthi di pusat bandar Taiz dan Sanaa.
Serangan udara Arab Saudi itu setakat ini gagal menumpaskan Houthi dan unit tentera setia kepada bekas Presiden Ali Abdullah Saleh.
Kumpulan pemberontak yang disokong Iran itu masih berkuasa di Yaman.
Arab Saudi menawarkan gencatan senjata selama lima hari bermula petang ini bagi membolehkan penghantaran bantuan kemanusiaan ke negara itu, namun memberi amaran bahawa gencatan senjata itu bergantung kepada kepatuhan Houthi terhadap perjanjian berkenaan.
Namun menurut kumpulan agensi bantuan antarabangsa, lima hari tidak mencukupi untuk memberikan bantuan kepada negara itu, yang mengalami kekurangan makanan dan ubat-ubatan.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 Mei 2015 @ 7:14 AM


- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/50198#sthash.LQ5GDTEL.dpuf

Mogok marah rakan mati

New Delhi: Pemandu bas India semalam mogok membantah kematian rakan mereka akibat dibelasah samseng jalan raya, hujung minggu lalu, mengakibatkan ribuan pengguna terkandas.
Pemandu syarikat bas dikendalikan kerajaan memilih mogok kerja di ibu negara yang mempunyai 16 juta penduduk kerana menuntut kerajaan meningkatkan keselamatan untuk kakitangan dan ganti rugi bagi rakan sekerja mereka yang dibunuh selepas dibelasah penunggang motosikal menggunakan topi keledarnya kelmarin.
Mangsa, Ashok Kumar 42, memandu bas dari Karampura ke Bahadurgarh sebelum menggesel motosikal ditunggang lelaki dikenali sebagai Vijay dan pemboncengnya menyebabkan mereka terjatuh.
Suspek berusia 22 tahun itu terus memukul mangsa dengan topi keledar selama beberapa minit dan lari meninggalkan tempat kejadian dalam kejadian yang disaksikan penumpang bas itu.
Suspek ditahan pada malam kejadian.
Polis masih menyiasat sama ada pemadam api disimpan di dalam bas turut digunakan suspek untuk memukul mangsa.
Setiausaha Am Perbadanan Pengangkutan Delhi Tara Chand berkata, pihaknya menuntut kerajaan Delhi membayar pampasan kepada keluarga mangsa dan memastikan keselamatan kakitangannya lebih terjamin.
“Sekiranya kerajaan bersetuju dengan tuntutan kami, kami akan membatalkan mogok dan mula beroperasi seperti biasa. Tiada masalah,” katanya. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 Mei 2015 @ 7:17 AM


PEMANDU bas berehat membaca akhbar ketika mogok di New Delhi.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/50203#sthash.CMCqpLMC.dpuf

Taufan Noul ragut dua nyawa

Manila: Dua penduduk dilaporkan terbunuh selepas taufan Noul melanda timur laut Filipina, semalam, kata pihak berkuasa.
Taufan Noul yang membawa angin sekuat 220 kilometer sejam adalah taufan keempat dan paling kuat melanda negara itu pada tahun ini.
Pihak berkuasa berkata, pemindahan penduduk di kawasan tepi pantai dan cerun gunung berapi berjaya mengurangkan jumlah korban.
“Penduduk patuh dengan amaran kami dan berpindah dengan segera.
“Mereka belajar daripada kejadian taufan sebelum ini,” kata Pengarah Jabatan pertahanan Awam Wilayah Timur Laut, Norma Talosig.
Seorang penduduk berusia 70 tahun dan anak lelakinya berusia 45 tahun disahkan mati selepas terkena renjatan elektrik ketika meninggalkan kediaman mereka di bandar Aparri, kelmarin.
Seramai 3,000 penduduk di perkampungan nelayan di wilayah Isabela dan Cagayan dipindahkan bermula Jumaat lalu.
Beratus-ratus penduduk kampung berhampiran gunung berapi Bulusan turut dipindahkan.
Pihak berkuasa bimbang hujan lebat boleh mencetuskan kejadian tanah runtuh di cerun gunung berapi berkenaan. - AFP
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 Mei 2015 @ 7:18 AM


PENDUDUK di Teluk Manila membaiki bumbung kediaman mereka yang rosak akibat ribut yang berpunca daripada taufan Noul, kelmarin.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/50205#sthash.qGHZN8dw.dpuf

Wanita Russia terlepas hukuman mati

Bali: Seorang wanita warga Russia terlepas hukuman mati apabila dihukum penjara selama 16 tahun setengah oleh sebuah mahkamah di sini, semalam selepas didapati bersalah menyeludup dadah.
Hukuman terhadap Aleksandra Magnaeva, 26, itu dilihat mengejutkan selepas tujuh pesalah warga asing yang didapati bersalah mengedar dadah menjalani hukuman mati beberapa minggu lalu.
Aleksandra ditahan pada Disember tahun lalu selepas begnya mengandungi dadah jenis methamphetamine seberat 2.1 kilogram.
Dia ditahan di Lapangan Terbang Bali ketika tiba dari Hong Kong.
“Sekiranya tertuduh terlepas, sudah pasti beribu-ribu remaja negara ini berada dalam bahaya,” kata Hakim Daerah Denpasar, Wayan Sukanila.
Ujarnya, hukuman terhadap wanita itu dikurangkan kerana tertuduh menyesal dengan perbuatannya itu.
Di Indonesia, tertuduh yang didapati bersalah mengedar dadah boleh dikenakan hukuman mati.
Ketika siasatan, Aleksandra memberitahu teman lelakinya di China mengarahkan dia menyerahkan dadah itu kepada seorang lelaki di Bali.
Katanya, dia membawa dadah itu dari tanah besar China ke Hong Kong sebelum menaiki penerbangan ke Bali.
Indonesia dikritik antarabangsa selepas menembak mati lapan pesalah dadah termasuk tujuh warga asing, bulan lalu. - AFP
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 Mei 2015 @ 7:20 AM


ALEKSANDRA (kanan) tenang ketika menunggu keputusan perbicaraannya di mahkamah daerah Denpasar di Bali, semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/50207#sthash.Zs70QMCD.dpuf

Kasih seorang ayah

Bintulu: Kasih seorang bapa sanggup bersengkang mata menyusuri sungai dalam keadaan kesejukan semata-mata mahu mencari anak lelakinya yang dilaporkan terjatuh dalam sungai ketika menyeberangi titi di Sungai Sebauh di sini, semalam.
Bagaimanapun, usaha Affendi Tahar, 40, yang bermula seawal jam 2.30 pagi berhasil apabila menemui mayat anaknya, Muhamad Fauzan, 2, terapung kira-kira 100 meter (m) dari lokasi kejadian kira-kira sejam kemudian.
Muhamad Fauzan dilaporkan terjatuh dalam sungai berkenaan pada jam 5.30 petang Sabtu lalu menyebabkan bapanya tidak senang duduk selain berjaga sepanjang malam untuk mencari anak bongsu daripada enam beradik itu.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu Di-Hatta Gobil berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai penemuan mayat kanak-kanak itu pada jam 7.30 pagi sebelum memaklumkan kepada polis.
Katanya, mayat mangsa ditemui terapung dalam keadaan tertiarap serta sudah mula reput dan berbau.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 Mei 2015 @ 7:59 AM


ANGGOTA bomba mencari mangsa lemas dalam kejadian Sabtu lalu di Sungai Sebauh.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/50225#sthash.2jac0DxH.dpuf

Kalau curi duit kotor

Kuala Lumpur: Bank Negara Malaysia (BNM) memperkenalkan Teknologi Hakisan Dakwat iaitu kaedah mengotorkan wang kertas di dalam mesin pengeluaran wang automatik (ATM) yang cuba dirosakkan atau dirompak bagi menghalang ia digunakan semula.
Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia Datuk Muhammad Ibrahim berkata, dakwat itu akan mengotorkan wang kertas pada pelbagai sudut dan kesannya tidak boleh dihilangkan, sekali gus menjadikan wang terbabit tidak sah penggunaannya.
“Wang yang dirosakkan ini akan memudahkan pihak berkuasa mengesan dan menjalankan siasatan terhadap sebarang cubaan merosak atau merompak mesin ATM serta pada masa sama, pemilik wang iaitu pihak bank boleh menukarkannya kepada wang baru di BNM,” katanya ketika melancarkan teknologi itu, di sini, semalam.
Beliau berkata, pengenalan Teknologi Hakisan Dakwat yang dibangunkan syarikat Perancis, Oberthur Cash Protection itu diharap mampu meningkatkan tahap keselamatan sistem kewangan di negara ini melalui penggunaan ciri-ciri keselamatan berteknologi tinggi di mesin ATM dan wang kertas tempatan.
“BNM akan menjalankan pelbagai kempen bagi mempromosikan lagi perkembangan teknologi ini dan mendidik masyarakat dengan menekankan memiliki wang kertas yang mempunyai kesan dakwat hasil rompakan adalah satu kesalahan,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 Mei 2015 @ 7:56 AM


KAKITANGAN BNM, Nor Aimah Mohd Nor menunjukkan contoh wang rosak menggunakan kaedah teknologi dakwat-noda berwarna, semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/50223#sthash.ynpiU9RI.dpuf

Sarjan jadi drebar sementara

BEBERAPA pelajar ditahan tidak memiliki lesen dan tidak memakai topi keledar
Kuala Lumpur: Kesedihan tujuh murid sekolah yang lewat untuk menghadiri peperiksaan akibat kesilapan pemandu bas sekolah menyebabkan seorang anggota polis Trafik Kuala Lumpur berpangkat sarjan sanggup menjadi ‘pemandu sementara’ untuk kanak-kanak itu.
Meskipun tegas ketika menjalankan pemeriksaan Ops Roda, Sarjan Penguatkuasaan/Operasi Ruhaizad Abd Latip menjadi prihatin dan sedih sebaik kanak-kanak yang berusia antara tujuh hingga sembilan tahun mula menangis apabila pemandu bas sekolah ditahan dalam pemeriksaan.
Ruhaizad kemudian membawa kereta pasukan dan menghantar semua pelajar itu ke sekolah masing-masing bagi membolehkan mereka menduduki peperiksaan tepat pada masanya.
Ketika sepasukan polis dari Bahagian Kuatkuasa Trafik Kuala Lumpur menjalankan Ops Roda di kawasan perumahan berdekatan Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Muda, Sentul semalam, bas sekolah yang dipandu seorang lelaki berusia 45 tahun ditahan untuk pemeriksaan.
Hasil pemeriksaan mendapati, pemandu bas sekolah sanggup menggadai nyawa pelajar semata-mata untuk mencari punca pendapatannya apabila dia menggunakan ‘bas potong’ berusia 35 tahun yang tidak lagi dibenarkan untuk berada di atas jalan oleh Puspakom.
Lebih mengejutkan, lelaki itu tidak memiliki lesen memandu berikutan pernah terbabit dalam kes kemalangan maut dan sudah menjalankan perniagaan bas sekolah itu sejak dua tahun lalu.
Tindakannya yang membahayakan nyawa pelajar sekolah yang dibawanya itu akhirnya menemui titik noktah semalam selepas kenderaannya disita untuk tindakan lanjut.
Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Nadzri Hussain berkata, operasi yang diketuai Asisten Superintendan Sahimi Husin bersama seorang pegawai lain dan 22 anggota bermula jam 12.30 tengah hari semalam memberi fokus kepada pelajar sekolah yang membawa kenderaan tanpa lesen memandu dan topi keledar.
“Pada masa sama kami menjalankan pemeriksaan ke atas kenderaan lain yang terbabit dengan pelajar sekolah seperti bas sekolah dan ketika ditahan, pemandu bas sekolah itu membawa tujuh orang pelajar sekolah yang dalam perjalanan ke sesi petang sekolah.
Dalam operasi yang sama, 115 saman dikeluarkan ke atas pelajar sekolah di mana 12 daripadanya atas kesalahan tiada lesen memandu, 18 atas kesalahan tidak memakai topi keledar, tujuh atas kesalahan cukai jalan tamat tempoh dan selebihnya atas kesalahan lain.
“Sebanyak 19 motosikal pula disita atas pelbagai kesalahan dan operasi yang memberi fokus kepada kawasan sekolah akan diteruskan,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 Mei 2015 @ 9:59 AM

.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/50298#sthash.AfrqG3Uf.dpuf

Ajal elak kenderaan lain

Sepang: Dua beranak maut dalam kemalangan di laluan Bandar Enstek ke Bagan Lalang, Jalan Salak-Sepang, 7.15 pagi tadi.
Mangsa yang maut dikenal pasti sebagai Norhalina Ahmad, 47, yang juga guru dan anak lelakinya Al-Akmal Hafiy Darwisy Kadapi, 19.
Kedua-duanya meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat mereka dibawa ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat.
Sumber berkata, kemalangan berlaku apabila Toyota Avanza dipandu Al-Akmal mengelak Perodua Viva dari arah bertentangan yang memasuki laluannya.
Katanya, Toyota Avanza itu kemudian merempuh lori tangki dari arah bertentangan.
"Pemandu dan penumpang Toyota Avanza tersepit dalam kenderaan mereka dan meninggal dunia di tempat kejadian.
"Pemandu Perodua Viva berusia 34 tahun cedera, manakala pemandu lori tangki berusia 41 tahun tidak cedera," katanya.
Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Sepang Superintendan Abdul Aziz Ali ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kemalangan itu.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 Mei 2015 @ 2:30 PM


Dua beranak maut selepas terbabit kemalangan di Jalan Salak-Sepang, pagi tadi. FOTO ihsan bomba
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/50395#sthash.kCvjfpq8.dpuf

Mesin judi RM2 juta dilupuskan

Kuala Lumpur: Sebanyak 1,098 unit mesin perjudian berkomputer bernilai lebih RM2 juta hasil 67 serbuan di premis perjudian seluruh Dang Wangi di sini, sejak Jun 2014 hingga bulan lalu, dilupuskan.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainol Samah berkata, proses pelupusan mesin perjudian itu adalah yang pertama pada tahun ini.
Menurutnya, proses terbabit dilakukan di bawah Seksyen 16A (3) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.
"Kami sudah mendapat arahan pelupusan daripada Mahkamah Majistret Kuala Lumpur selepas kami berjaya mendakwa kesemua pesalah di mahkamah dan mereka dijatuhkan hukuman.
"Daerah ini kini bebas daripada kegiatan perjudian dan pihak kami kini memantau secara serius bagi memastikan kegiatan perjudian haram tidak lagi boleh beroperasi," katanya kepada media selepas pelupusan barang kes di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di sini, hari ini.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 Mei 2015 @ 2:28 PM


MESIN perjudian yang dilupuskan hasil serbuan dari Jun 2014 hingga April 2015. FOTO Shahrul Redzuan Zulkifli
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/50393#sthash.5VZyvpcC.dpuf

Tiga hari ingat mati

SEORANG warga asing terpaksa dibantu rakan untuk makan.


Langkawi: Riak keletihan terpancar pada wajah lebih 1,000 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar dan Bangladesh selain turut mengadu lapar sejurus berjaya mendarat apabila dua bot pukat ikan bilis dinaiki mereka tersangkut di pantai Pasir Berdengung, di sini, awal pagi semalam.
Dalam kejadian jam 12.15 tengah malam, semua warga asing berusia antara dua bulan hingga 50-an terbabit dikatakan terjun ke laut sebelum meredah air laut paras pinggang beramai-ramai untuk ke pantai sejauh 200 meter dari lokasi bot dinaiki mereka.
Bagaimanapun, sekumpulan nelayan yang secara kebetulan menangkap ikan menyedari kehadiran mereka itu lalu memaklumkan kepada polis sebelum mengepung lokasi terbabit dengan bantuan anggota RELA dan menahan semua PATI berkenaan.
Difahamkan, kumpulan PATI itu terpaksa bertindak demikian selepas perjalanan mereka tersekat selain lapar dan letih selepas tiga hari kehabisan makanan sejurus berlepas dari perairan Thailand.
Seorang mangsa, Iqbal Hussain, 27, dari Satkania, Bangladesh, berkata, sejak tiga hari lalu semua mangsa berada dalam keadaan lapar dan letih menyebabkan kebanyakan mereka hanya memikirkan mati sepanjang berada di tengah lautan.
“Dalam bot yang saya naiki, terdapat kira-kira 400 penumpang dan kami berlepas dari Bangladesh kira-kira tiga bulan lalu sebelum memasuki perairan Myanmar dan Thailand.
“Sepanjang perjalanan, kami hanya diberi makan sekali sehari, tetapi sejak tiga hari lalu selepas berlepas dari Thailand, tekong yang membawa kami hilang bersama bekalan makanan yang dibawa.
“Keadaan itu menyebabkan kami tiada apa untuk dimakan menyebabkan semua dalam keadaan letih dan lapar, malah kami terpaksa bergilir-gilir memandu bot untuk tiba ke kawasan ini,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Yawba Saw Kyaw, 38, dari Taugoo, Myanmar, berkata, dia dan rakan-rakan membayar kira-kira RM8,000 kepada satu sindiket untuk datang ke negara ini dengan tujuan mencari kerja.
“Kami tiada pilihan kerana apabila hampir sampai di sini (Langkawi), tekong yang membawa kami hilang bersama bekalan makanan menyebabkan kami dalam keadaan lapar dan letih.
“Selepas bot yang dinaiki tersangkut, kami terpaksa terjun dan meredah air laut hingga ke pantai untuk menyelamatkan diri dan mencari makanan untuk kanak-kanak yang masih kecil,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Langkawi Superintendan Harrith Kam Abdullah berkata, pihaknya yang menerima maklumat berhubung kejadian itu segera menghantar sepasukan anggota untuk melakukan siasatan.
“Siasatan mendapati sejumlah PATI yang menaiki dua bot pukat ikan bilis bertindak terjun laut selepas bot mereka tersangkut di beting berhampiran benteng pemecah ombak di pantai Pasir Berdengung.
“Setakat jam 3 petang (semalam), terdapat seramai 1,051 PATI terdiri daripada 557 warga Myanmar dan 494 warga Bangladesh berjaya ditahan. Mereka kini ditempatkan sementara di kawasan Lapang Sasar Menembak Antarabangsa Mahsuri (LISRAM) untuk tindakan lanjut.
“Mesyuarat penyelarasan dengan beberapa agensi turut diadakan untuk menangani isu ini. Kita juga berterima kasih kepada badan bukan kerajaan yang tampil menyalurkan sumbangan makanan dan pakaian kerana sebahagian besar PATI ini hanya tinggal sehelai sepinggang,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 Mei 2015 @ 10:03 AM


- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/50302#sthash.U2F3icOw.dpuf

Jasad kembar dalam almari

Georgetown: Kejam. Hanya itu ungkapan sesuai buat individu yang sanggup membuang bayi kembar dalam almari kayu di tingkat tujuh Kompleks Mutiara, Lebuh Maccalum, di sini, semalam.
Bayi kembar perempuan yang masih bertali pusat dan uri itu ditemui sudah tidak bernyawa dalam keadaan mengiring oleh tukang cuci yang kebetulan melakukan kerja pembersihan di kawasan terbabit jam 11 pagi.
Perbuatan itu dianggap tidak berperikemanusiaan kerana bukan seorang, malah dua nyawa menjadi mangsa kekejaman individu terbabit yang disifatkan sebagai zalim.
Seorang saksi yang mahu dikenali sebagai Abdullah, 35, berkata, dia terkejut selepas diberitahu ada mayat bayi ditemui di tingkat tujuh pangsapuri berkenaan.
Menurutnya, dia bergegas ke lokasi kejadian dan sejurus tiba, hatinya sayu apabila melihat mayat kembar terbabit kerana pada mulanya disangkakan hanya seorang bayi yang dibuang.
“Saya menjadi sebak dan pilu apabila melihat dua mayat bayi dalam keadaan mengiring hanya dibaluti tuala ditinggalkan dalam almari kayu terbabit.
“Saya turut geram kerana ada individu sanggup melakukan perbuatan kejam seperti itu dan jika tidak mahu bayi berkenaan sekalipun, mungkin dia boleh memberikannya kepada orang lain,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, di sini, semalam.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, mayat bayi kembar berkenaan ditemui tukang cuci lelaki warga asing sebelum dia memaklumkan kepada majikannya.
“Siasatan mendapati bayi kembar terbabit dilahirkan cukup sifat sebelum ditinggalkan individu berkenaan dalam almari kayu yang tidak digunakan berhampiran lif pangsapuri itu.
“Setakat ini, siasatan awal mendapati suspek kemungkinan warga asing dan kami berusaha mengesan individu berkenaan,” katanya.
Menurutnya, bayi kembar terbabit kemungkinan dibuang suspek ketika awal pagi berdasarkan keadaan mayat yang tidak berbau.
“Pemeriksaan awal mendapati tiada kecederaan luaran pada mayat kembar terbabit dan hasil bedah siasat oleh pakar patologi Hospital Pulau Pinang (HPP) mendapati mangsa kembar seiras dan berusia lingkungan 28 minggu (tujuh bulan).
“Laporan bedah siasat juga mendapati pasangan kembar itu meninggal dunia ketika lahir,” katanya.
Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu boleh menghubungi balai polis berhampiran.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 Mei 2015 @ 11:47 AM


MAYAT bayi kembar yang ditemui dibuang dalam almari kayu di Kompleks Mutiara, Lebuh Maccalum, semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/50326#sthash.lQyi94B7.dpuf

Neo tumpas tedung

Shah Alam: Seekor kucing betina menjadi penyelamat apabila menghalang seekor ular tedung sepanjang kira-kira satu meter daripada memasuki kawasan rumah pemiliknya di Seksyen 7, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 3.30 itu, penduduk Aishah Abdul Ghani, 37, berkata, dia baru saja pulang mengambil anak sulungnya dari sekolah sebelum mendapati kucing miliknya, Neo, sedang ‘berlawan’ ular berkenaan.
“Ketika meletak kenderaan di hadapan pintu pagar, saya mendapati objek berkenaan adalah seekor ular tedung berwarna hitam dan sedang mengembangkan kepalanya. Saya dan anak tergamam dan menjerit agar Neo menjauhi reptilia berkenaan.
“Saya bimbang ular itu akan mematuknya selain khuatir reptilia itu akan memasuki kawasan rumah kami memandangkan dua anak yang berusia lima dan lapan tahun berada di dalam rumah,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Menurutnya, dia dan anak tidak berani untuk keluar dari kenderaan sebelum menghubungi suami yang berada di dalam rumah supaya memastikan semua pintu ditutup bagi mengelak ular itu memasuki kediaman.
“Sejurus kemudian ular itu memasuki kawasan tempat letak sampah dan suami bertindak menutup pintu tempat letak sampah itu menggunakan penyapu bagi memastikan ia tidak dapat keluar.
“Saya bersyukur kerana ular itu tidak sempat memasuki rumah kerana ketika kejadian tiada ahli keluarga berada di lokasi kejadian dan kucing jalanan yang dipelihara sejak 5 tahun lalu, Neo menjadi hero kami pada hari ini (semalam),” katanya.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Seksyen 15 Mohd Khairi Daud berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.06 petang daripada pemilik rumah berkenaan memaklumkan kejadian.
“Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam bergegas ke lokasi untuk menjalankan operasi menangkap ular berkenaan dan mengambil masa kira-kira 10 minit.
“Usaha menangkap menjadi lebih senang kerana ular berkenaan terperangkap di dalam tempat letak sampah selain kami mempunyai alatan yang sesuai.
“Ular tedung berkenaan dibawa dan dilepaskan semula di kawasan yang dibenarkan,” katanya ketika dihubungi.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 Mei 2015 @ 9:52 AM


ULAR tedung yang ditangkap bomba selepas menerima panggilan.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/50292#sthash.omexB51j.dpuf

Balasan tipu umrah

Melaka: Seorang wanita dihukum penjara 74 bulan 12 hari oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memperdaya dua wanita dengan menawarkan pakej umrah dan pelancongan pada November 2013.
Tertuduh, Lailatuqad Bahri, 29, dari Bachang, di sini, dijatuhi hukuman itu dalam dua prosiding berasingan.
Pada prosiding yang dijalankan di hadapan Majistret Mohd Asri Abd Rahman Sidik, tertuduh menghadapi dua pertuduhan iaitu menipu Nurul Ashikin Rashid, 35, dengan menawarkan pakej umrah yang tidak wujud dan dengan curangnya, mendorong beliau menyerahkan wang berjumlah RM4,764 secara serahan tangan yang dilakukan oleh Hilman Kamarudin (suami Nurul Ashikin) kepada Bahri Khamis di Jalan Kundang Taman MGBM Bachang, di sini, pada 6.45 petang, 22 November 2013.
Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa menipu mangsa sama dengan menawarkan pakej sama sehingga mendorong mangsa menyerahkan wang RM1,500 secara pindahan atas talian melalui Bank Islam ke akaun tertuduh.
Justeru, bagi kedua-dua pertuduhan, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dengan sebatan dan boleh dikenakan denda.
Tertuduh yang diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Faiezad Razali, merayu agar dikenakan hukuman minimum selain sudah menyesali perbuatannya.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 Mei 2015 @ 9:53 AM


LAILATULQAD (kiri) diiringi anggota polis selepas mengaku bersalah memperdaya dua wanita dengan tawar pakej umrah dan pelancongan.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/50294#sthash.naQrL92U.dpuf

Dipukul sebelum dibakar

Kota Bharu: Seorang lelaki yang mati akibat melecur seluruh badan, semalam, dipukul di tempat lain sebelum dia dibakar di kebun kelapa sawit di Jalan Kebun Cherang Tuli, Pasir Puteh.
Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata, dalam kejadian kira-kira 6 petang itu, suspek memukul mangsa akibat perselisihan faham sebelum mangsa secara tiba-tiba tidak sedarkan diri.
"Suspek yang menyangka mangsa meninggal dunia membawanya ke kebun kelapa sawit dan membakarnya untuk menghapuskan bukti.
"Bagaimanapun, kejadian itu disedari oleh seorang wanita selepas terdengar mangsa mengerang kesakitan.
"Mangsa yang melecur seluruh badan meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya.
Mangsa dikenal pasti sebagai A. Ravi, 39, berasal dari Senai, Johor.
Menurutnya, susulan kejadian itu enam suspek termasuk seorang wanita ditahan sejam selepas kejadian untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Berita berkaitan:/
Dibakar di kebun sawit: http://hmtro.com/1cIEPh4
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 Mei 2015 @ 11:35 AM


MANGSA meninggal dunia di lokasi kejadian. FOTO ihsan Bomba
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/50323#sthash.oPe9x4g0.dpuf