Search This Blog

Friday, May 8, 2015

Harimau terlepas kandang taman safari reban dibadai taufan

KHAMIS, 7 MEI 2015 @ 2:28 PM

PUTING beliung besar membadai barat daya Oklahoma City menyebabkan cuaca buruk di beberapa negeri Great Plains, hari ini. Jabatan Perkhidmatan Kajicuaca Kebangsaan sudah mengeluarkan amaran puting beliung di kawasan berkenaan bermula dari tengah Texas sehingga ke tengah Nebraska yang didiami berjuta-juta penduduk. - Foto AP OKLAHOMA CITY: Puting beliung yang membadai barat daya Oklahoma City hari ini mengakibatkan puluhan binatang termasuk harimau terlepas dari taman safari Tuttle. Polis daerah Grady berkata, puting beliung yang melanda memusnahkan hampir semua kandang haiwan di taman safari terbabit yang terletak 48 kilometer ke barat daya Oklahoma City. Katanya walaupun berlaku sedikit kekecohan namun semua haiwan terbabit dapat ditangkap semula dan diletakkan di dalam kurungan sementara. Siri puting beliung membadai barat daya Oklahoma City hari ini disifatkan sebagai yang terbesar tahun ini dan kemusnahan sebenar masih belum dapat dipastikan. Selain itu, Jabatan Pengurusan Kecemasan Oklahoma berkata, banjir teruk dilaporkan berlaku di beberapa kawasan Oklahoma City. Media tempatan turut menyatakan kemungkinan ada mangsa yang lemas dalam kejadian banjir kilat itu. - Reuters

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/53473

Gempa bumi 7.2 magnitud gegar Papua dan Kepulauan Solomon

KHAMIS, 7 MEI 2015 @ 6:02 PM S

SYDNEY: Gempa bumi kuat berukuran 7.2 magnitud menggegar Lautan Pasifik antara Papua New Guinea dan Kepulauan Solomon, menyebabkan amaran tsunami dikeluarkan, kata Agensi Penyelidikan Geologi Amerika Syarikat (USGS). Gempa itu berlaku pada kedudukan kira-kira 149 kilometer barat daya Panguna, Papua New Guinea dan 642 kilometer dari Honiara, ibu bandar Solomon. Pusat Amaran Tsunami Pasifik menjangkakan ombak berbahaya mungkin berlaku dalam lingkungan kira-kira 300 kilometer dari pusat gempa. - AFP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/53482

Terminal Lapangan Terbang Rome terbakar

JUMAAT, 8 MEI 2015 @ 8:26 AM

 ASAP dapat dilihat dari luar selepas sebahagian terminal di Lapangan Terbang Fiumicino terbakar. - Foto EPA ROME: Sejumlah penerbangan dibatalkan dan jadual perjalanan beribu-ribu penumpang terjejas selepas sebahagian terminal di Lapangan Terbang Fiumicino terbakar. Lapangan terbang utama itu ditutup kepada penumpang selama beberapa jam selepas kebakaran berpunca daripada kerosakan elektrikal di bahagian bar di terminal tiga yang digunakan untuk penerbangan antarabangsa. Sebaik lapangan terbang dibuka semula, suasana kecoh melanda apabila beribu-ribu orang ingin tahu apa sebenarnya berlaku dan kakitangan lapangan terbang pula terburu-buru untuk mengendalikan jadual penerbangan yang tertunda dan mengendalikan penumpang bagi menaiki pesawat. Penerbangan pertama hanya berlepas selepas jam 2 petang (waktu tempatan) dan jadual sebahagian syarikat penerbangan terus terpadam.


 ANGGOTA bomba membuat pemeriksaan di Lapangan Terbang Fiumicino yang terbakar. - Foto AP

Syarikat penerbangan Itali, Alitalia berkata, pihak berkuasa meminta semua syarikat penerbangan supaya membatalkan separuh daripada jadual penerbangan mereka dan berusaha mengatasi masalah dengan menggunakan pesawat lebih besar. Sehubungan itu, tiga pekerja lapangan terbang dirawat kerana sesak nafas tetapi tiada kecederaan serius. Kebakaran bermula selepas tengah malam dan berjaya dikawal sepenuhnya selepas lima jam menyebabkan pihak berkuasa membatalkan sebahagian besar penerbangan dan menutup lapangan terbang kepada penumpang. Sementara itu, kawasan membeli-belah di terminal yang menempatkan butik berjenama mewah musnah dalam kebakaran berkenaan. -AFP

 PAPAN informasi menunjukkan jadual penerbangan yang dibatalkan di Lapangan Terbang Fiumicino, Rome. - Foto EPA

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/53608

Nahas DUKE: Dua pemandu Myvi mengaku tidak bersalah

JUMAAT, 8 MEI 2015 @ 11:35 AM

 DUA pemandu Perodua Myvi yang terbabit dalam kemalangan di Lebuh raya Duta-Ulu Klang (DUKE), Mohamad Fizal Reza Jamauddin, 31, (kiri) dan Siti Noor Aini Mohd Said, 35, (menutup muka) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Trafik di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur, hari ini atas tuduhan memandu secara berbahaya hingga menyebabkan kematian tiga beranak, awal pagi Sabtu lalu. - Foto Khairull Azry Bidin

KUALA LUMPUR: Dua pemandu Perodua Myvi yang terbabit dalam kemalangan di Lebuh raya Duta-Ulu Klang (DUKE) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Trafik di sini, hari ini atas tuduhan memandu secara berbahaya hingga menyebabkan kematian tiga beranak, awal pagi Sabtu lalu. Tertuduh, pembantu pengurus restoran ,Siti Noor Aini Mohd Said ,35 dan juruteknik, Mohamad Fizal Reza Jamauddin, 31, masing-masing membuat pengakuan itu selepas tuduhan yang dibacakan secara berasingan terhadap mereka di hadapan Majistret Noorul Fhaiez Mohd Nayan. Mengikut pertuduhan, mereka didakwa memandu secara berbahaya hingga menyebabkan kematian kepada Fairuz Nizam Husain, 35; Nova Safitri Azhari, 27, dan Nur Firuza Annisa Fairuz Nizam, tujuh bulan di Lebuh raya DUKE Kilometer 6.2 dari arah Ulu Klang menghala ke Jalan Duta di sini, pada jam 1.05 pagi, 2 Mei lalu. Mereka didakwa mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun denda maksimum RM20,000 selain lesen memandu digantung. NAHAS yang berlaku di Lebuh raya DUKE Kilometer 6.2 dari arah Ulu Klang menghala ke Jalan Duta di sini, pada jam 1.05 pagi, 2 Mei lalu.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/53636

Anak maut, ibu parah dalam kemalangan

KHAMIS, 7 MEI 2015 @ 11:59 PM
Oleh Siti Azila Alias sitiazila@bh.com.my

USAHA menaikkan kenderaan sedang dilakukan pihak bomba. - Gambar ihsan pembaca BH

 AMPANG: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun, maut manakala ibunya cedera parah selepas pacuan empat roda jenis CHEVROLET Colorado dinaiki terbabas ke dalam longkang sedalam empat meter di Sungai Sering Ukay Perdana, di sini, malam tadi. Mangsa yang meninggal dunia dikenal pasti sebagai Nur Istihar Balqis, ditemui di tempat duduk penumpang manakala ibunya, Nur Fatin Yakob, 26, tercampak kira-kira tiga meter dari kenderaan dan ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri. Kejadian pada jam 9.40 malam itu dipercayai berlaku apabila kereta dipandu dikatakan hilang kawalan ketika melalui jalan berhampiran kawasan itu sebelum melanggar besi penghadang dan terjunam ke dalam longkang. Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Pandan Indah, Mohd Nizam Abd Razak, berkata sebuah jentera dengan kekuatan tujuh anggota bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan pada jam 9.47 malam dan tiba pada jam 10.20 malam. "Ketika bomba tiba, anggota mendapati seorang kanak-kanak berada di tempat duduk sebelah penumpang dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik. Ibunya ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri. Usaha mengeluarkan mangsa mengambil masa 10 minit dan diberikan rawatan awal sebelum dibawa ke Hospital Ampang untuk menerima rawatan," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian sebentar tadi. Mayat kanak-kanak itu dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).

USAHA menaikkan kenderaan sedang dilakukan pihak bomba. - Gambar ihsan pembaca BH

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/53537

Pelarian Rohingya: Malaysia Didakwa Ada Kem 'Hamba'


Diterbitkan: Jumaat, 8 Mei 2015 8:21 AM
Antara warga Rohingya diselamatkan pegawai Thailand dari kawasan hutan, ditahan di wilayah Songkhla.

PADANG BESAR: Selepas penemuan 'kem kematian' di selatan Thailand, laporan kini tertumpu kepada persoalan sama ada terdapat kem haram pelarian asing di sempadan Malaysia-Thailand dekat sini.

Bekas Presiden Kelab Rohingya di Thailand terlibat membantu pelarian, Abdul Kalam mendakwa Malaysia merupakan rumah kepada kira-kira 80 peratus kem haram di mana golongan muda warga Rohingya dan Bangladesh yang dijadikan 'hamba' dibawa masuk oleh sindiket penyeludupan manusia.

Beliau turut mendakwa rakyat tempatan juga terlibat dalam sindiket pemerdagangan maniusia.

Abdul Kalam, yang bekerja dengan polis Thai sebagai penterjemah apabila pelarian Myanmar diselamatkan berkata kem penyeludupan hamba dekat sempadan Thai menempatkan kira-kira 500 dan 1,000 orang.

"Situasi bertambah buruk dalam tempoh 10 tahun lalu dengan kira-kira 50 kem dekat sempadan tersebut.

"Terdapat lebih banyak kem di Malaysia pada masa ini kerana kerajaan Thai membanteras aktiviti pemerdagangan manusia," dakwa Abdul Kalam.

Beliau berkata pelarian di kem tersebut terpaksa hidup dalam keadaan yang teruk dengan sedikit makanan dan minuman.
Walaupun tidak membuat dakwaan spesifik terhadap Malaysia, Komander Tentera Bahagian ke-4, Lt. Jen. Prakarn Cholayuth berkata kerajaannya berharap negara jiran akan membantu membanteras aktiviti pemerdagangan manusia di sempadan kedua-dua negara.

Ketua Polis Kedah, Datuk Zamri Yahya bagaimanapun menafikan dakwaan bahawa kem seperti itu wujud di sempadan Malaysia.

"Tiada perkara seperti itu. Sepanjang pengetahuan kami, kem tersebut hanya berada di sempadan Thailand.

"Di sempadan Malaysia, polis termasuk Unit Perisikan Sempadan, Pasukan Gerakan Am, pasukan khas dari Bukit Aman dan beberapa agensi penguatkuasan yang lain bekerjasama untuk membanteras aktiviti pemerdagangan manusia dan pendatang asing," katanya.

Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-0-cha merancang untuk bertemu pemimpin Malaysia dan Myanmar untuk membincangkan masalah tersebut.
"Pemerdagangan manusia harus dibanteras bersama-sama dan perlu difahami bahawa masalah itu bukan berkembang dari Thailand," katanya sambil menambah negara itu hanya transit.

Gempa Bumi Kuat Landa Pulau Solomon


Diterbitkan: Khamis, 7 Mei 2015 8:10 PM

KUALA LUMPUR: Gempa bumi kuat berukuran 6.9 pada skala Richter melanda Pulau Solomon pada pukul 3.10 petang Khamis.  

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan berkata gempa bumi itu berpusat di 180 km barat daya Arawa, Papua New Guinea dan 4,191 km tenggara Semporna, Sabah.

Bagaimanapun, gempa bumi itu tidak menimbulkan ancaman tsunami, kata kenyataan itu.

Seludup Budak Guna Beg


Diterbitkan: Jumaat, 8 Mei 2015 9:11 AM

SEKUMPULAN pegawai kastam di sempadan Sepanyol-Maghribi terkejut apabila mendapati seorang kanak-kanak berada di dalam beg yang diimbas.
Dalam kejadian di bandar Ceuta, Sepanyol itu, beg tersebut pada mulanya ditarik seorang gadis berusia 19 tahun yang ingin memasuki Sepanyol.
Bagaimanapun pihak kastam mula curiga apabila gadis tersebut kelihatan resah ketika pemeriksaan dilakukan.
Apabila beg tersebut dimasukkan ke dalam mesin pengimbas, pegawai kastam terkejut kerana kelihatan seperti manusia di dalamnya, walaupun mereka menyangkakan dadah.
Selepas beg tersebut dibuka untuk pemeriksaan lanjut mendapati, seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun berada di dalamnya.
Tanpa sempat pihak kastam berkata sesuatu, kanak-kanak berkenaan dengan lantas bersuara," hello, nama saya Abou."
Pihak polis yang telah melakukan siasatan kini berjaya menahan bapa kanak-kanak itu yang merupakan warga Ivory Coast.
Siasatan awal percaya kanak-kanak itu merupakan sebahagian daripada mangsa aktiviti penyeludupan warga asing ke Sepanyol.

Nahas DUKE: Dua Pemandu Myvi Mengaku Tidak Bersalah


Diterbitkan: Jumaat, 8 Mei 2015 11:57 AM
Siti Noor Aini menutup mukanya sebaik sahaja keluar dari Mahkamah Majistret, Kuala Lumpur pada Jumaat. foto CHAN TAK KONG/The Star

KUALA LUMPUR: Dua pemandu Perodua Myvi yang terbabit dalam kemalangan yang menyebabkan kematian tiga beranak di Lebuh raya Duta-Ulu Klang (DUKE) minggu lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini.
Siti Noor Aini Mohd Said, 35, dan Mohammad Fizal Reza Jamauddin, 31, didakwa pada Jumaat kerana memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian dibawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Jika sabit kesalahan, mereka berdepan hukuman penjara minimum dua tahun dan maksimum 10 tahun serta denda RM20,000.

Kedua-duanya mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibacakan secara berasingan terhadap mereka di hadapan Majistret Noorul Fhaiez Mohd Nayan.
Ketika ditanya jurubahasa sama ada mereka faham pertuduhan itu, kedua-dua tertuduh berkata "kami faham dan mengaku tidak bersalah".
Dalam kejadian pada awal pagi Sabtu itu, kedua-dua tertuduh didakwa hilang kawalan dan melanggar kenderaan yang dinaiki tiga sekeluarga menyebabkan kematian suami isteri, Fairuz Nizam Husain, 35, dan Nova Safitri Azhari, 27, serta bayi mereka Nur Firuza Annisa, di km 6.2 Lebuhraya DUKE dari arah Ulu Klang menghala Jalan Duta, pada pukul 1.05 pagi, 2 April lepas.

Semasa kejadian, pasangan suami isteri itu dilaporkan dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Taman Muda, Batu Caves selepas menghadiri majlis perkahwinan rakan mereka di Putrajaya.

Mereka meninggalkan dua anak perempuan Nur Firuza Amira, tujuh tahun, dan Nur Firuza Aqila, tiga tahun.

Mahkamah membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM9,000 dengan seorang penjamin, lesen memandu ditahan dan pasport antarabangsa mereka diserahkan kepada mahkamah sehingga selesai kes.

Mahkamah juga menetapkan 22 Jun ini untuk sebutan semula kes.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Suhaimi Ibrahim menawarkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh, lesen memandu digantung dan pasport mereka ditahan sehingga kes selesai.

Suhaimi juga memberitahu pihaknya akan membuat permohonan supaya kedua-dua kes itu dibicarakan sekali pada tarikh sebutan nanti.

Bagaimanapun, peguam S. Praksah dan S. Ravenesan yang mewakili Siti Noor Aini memohon jumlah jaminan dikurangkan kepada RM5,000 atas alasan anak guamnya itu masih menyara seorang anak dan ibunya.

"Jumlah yang ditawarkan adalah tinggi kerana anak guam saya bekerja sebagai penolong pengurus di sebuah restoran dengan pendapatan RM2,000 sebulan," katanya.

Peguam Hashim Ibrahim mewakili Mohammad Fizal Reza juga memohon jumlah jaminan yang sama memandangkan tertuduh hanya bekerja sebagai juruteknik komputer dan perlu menanggung dua anak masih kecil.

Mahkamah dipenuhi anggota keluarga tertuduh dan media yang berada di galeri awam sejak pukul 8.30 pagi dan prosiding yang bermula pukul 10.40 itu berlangsung dalam keadaan tenang.

Peguam pemerhati C.Leo Camoens mewakili keluarga mangsa. Bagaimanapun anggota keluarga mangsa tidak kelihatan di mahkamah.

Sementara itu, ketika dibawa keluar dari mahkamah, Siti Noor Aini yang digari tangannya menutup muka menggunakan selendang manakala rakannya Mohammad Fizal Reza yang juga digari kelihatan tenang dan tersenyum ke arah jurugambar serta orang awam.

Ketika ditemui Bernama, seorang wanita yang mengaku ibu saudara kepada Mohammad Fizal Reza berkata keluarga mereka sedang berusaha mengumpul wang bagi membayar jaminan anak saudaranya itu.

"Kami menerima panggilan daripada polis malam tadi menyatakan dia akan didakwa hari ini dan tidak pula diberitahu berapa jumlah yang perlu kami sediakan. Jadi hari ini kami masih berusaha mendapatkan wang jaminan itu," kata wanita itu yang enggan mendedahkan namanya.

Beliau hadir bersama anggota keluarga lain kerana ibu Mohammad Fizal Reza masih dalam keadaan terkejut dan tidak dapat hadir ke mahkamah pada Jumaat.

Cemas dirompak lima lelaki bersenjata


Oleh Norasikin Daineh
Semporna : Dua pekerja kolam ternakan berhadapan detik cemas apabila dirompak lima lelaki bersenjata api di Pulau Bait, awal pagi tadi.
Menurut sumber, kejadian berlaku kira-kira 3 pagi selepas dua pekerja terbabit dikejutkan kedatangan lima lelaki yang memakai topeng dan bersenjata api di kawasan kolam berkenaan.
Tiga lelaki itu naik ke kawasan kolam sebelum meminta pekerja menyerahkan semua telefon bimbit dan turut mengambil beberapa barangan lain termasuk komputer riba, enjin sangkut serta wang tunai.
Suspek juga turut bertanya mengenai majikan namun kedua-dua pekerja menjawab bahawa majikan mereka berada di Semporna sebelum suspek melarikan diri ke arah Timbun Mata.
Bagaimanapun, difahamkan tiada sebarang tembakan dilepaskan dalam kejadian terbabit.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Semporna, Superintendan Peter Umbuas ketika dihubungi mengesahkan kejadian€Ž terbabit dan kes masih dalam siasatan pol
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/49344#sthash.PquUTR2t.dpuf

Maut berlumba gaya ala ‘Superman’


KUANTAN: Seorang pemuda yang dipercayai sedang berlumba dengan aksi 'Superman' maut selepas bertembung dengan sebuah kereta di dalam kemalangan di Kilometer 25 Jalan Lipis-Benta dekat Kuala Lipis, pagi tadi.
Mangsa, Putera Nur Alif Sarni, 20, beralamat dari Kampung Nabun, Benta mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di badan dan kepala.
Ketua Polis Daerah Kuala Lipis, Supt Abdul Razak Hassan berkata, dalam kemalangan 3.15 pagi itu mangsa dipercayai sedang berlumba bersama rakannya dari arah Benta menghala ke bandar Kuala Lipis.
"Mangsa dipercayai sedang membuat aksi berbahaya dengan gaya ala Superman sebelum hilang kawalan dan terbabas lalu memasuki laluan bertentangan.
Motosikal mangsa kemudian telah bertembung dengan kenderaan menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala akibat tidak memakai topi keledar," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Beliau berkata, bagaimanapun pemandu dan penumpang kereta terbabit hanya cedera ringan dalam kejadian itu.
Katanya, mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Kuala Lipis untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Bernama
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/49335#sthash.n3TKAJo1.dpuf

Seorang rentung, dua rumah hangus

Kanowit: Satu mayat ditemui rentung dalam kebakaran membabitkan dua rumah di KM 5, Jalan Kanowit di sini, awal pagi tadi.
Mayat rentung dari kepala hingga pinggang itu ditemui anggota bomba sejurus tamat operasi memadamkan kebakaran pada 1.50 pagi.
Menurut jurucakap bomba, identiti mangsa masih belum diketahui.
Katanya, kebakaran membabitkan dua buah rumah yang terbakar 90 peratus.
"Bomba menerima panggilan kecemasan pada 11.56 malam dengan satu jentera bersama 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kanowit bergegas ke lokasi kejadian.
"Api berjaya dipadamkan pada 1.50 pagi. Mayat diserahkan kepada polis dan dihantar ke Hospital Kanowit untuk tindakan lanjut," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 8 Mei 2015 @ 9:04 AM


KEADAAN rumah yang terbakar. FOTO ihsan bomba
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/49418#sthash.gYXTT8mn.dpuf

Korban Ebola catat lebih 11,000 kes

Korban Ebola catat lebih 11,000 kes
Dua pekerja kesihatan memakai sut perlindungan ketika bertugas di pusat rawatan Ebola di Conakry.

GENEVA - SWITZERLAND. Jumlah kematian akibat virus pembawa maut, Ebola kini melebihi 11,000 kes, menurut laporan terbaru Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kelmarin.

Menurut laporan AFP, tinjauan agensi itu mendapati tiga negara terjejas teruk di Sierra Leone, Liberia dan Guinea mencatatkan 11,005 kematian daripada 26,593 kes jangkitan yang pertama kali dilaporkan pada Disember 2013.

Bagaimanapun, WHO memaklumkan bahawa mereka akan mengisytiharkan Liberia sebagai negara bebas Ebola pada esok jika tiada lagi kes baharu direkodkan dalam tempoh tersebut.

Difahamkan, jumlah kes jangkitan baharu juga semakin berkurangan di Guinea dan Sierra Leone berikutan hanya sembilan kes dilaporkan pada minggu lalu.

Lelaki tikam penumpang kereta api potong barisan

Lelaki tikam penumpang kereta api potong barisan
Lokasi kejadian yang dipenuh darah mangsa

SHENYANG - CHINA. Seorang lelaki bertindak menikam seorang penumpang kereta api selepas memotong barisan ketika membeli tiket.

Seorang lelaki 30 tahun secara tiba-tiba menerpa ke kaunter tiket dengan memegang kad pengenalan dan duit untuk membeli tiket kereta api tanpa mengendahkan penumpang lain yang sedar beratur.

Malangnya, tindakannya itu mendatangkan kemarahan seorang lelaki berusia 40an yang sedang beratur.
Berlaku pertengkaran mulut di antara kedua-dua lelaki berkenaan dan kerana tidak mampu menahan kemarahan lagi, lelaki 40an itu bertindak menikam pergelangan tangan mangsa sehingga menyebabkan pendarahan yang teruk.

Mangsa kemudiannya dikejarkan ke hospital dan menjalani pembedahan.

Pemandu Myvi nafi memandu secara merbahaya

Berang kecuaian pemandu Myvi
Muka depan akhbar Sinar Harian 3 Mei 2015

KUALA LUMPUR - Dua pemandu Myvi termasuk seorang wanita mengaku tidak bersalah memandu secara merbahaya sehingga menyebabkan kematian tiga sekeluarga di Lebuhraya Duke, Sabtu lalu di Mahkamah Trafik Kuala Lumpur sebentar tadi.

Penolong pengurus restoran, Siti Noor Aini Mohd Said, 34, dan juruteknik komputer, Mohd Fizal Reza Jamauddin, 31,  masing- masing didakwa sebagai pemandu Myvi telah didapati memandu secara merbahaya kepada orang awam dan menyebabkan kematian Fairuz Nizam Husain, 35, isterinya Nova Safitri Azhari, 25, dan bayi mereka Nur Firuza Annisa.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Lebuhraya Duke KM6.2, jam 1.05 pagi.

Pada 2 Mei lalu, sepasang suami isteri dan bayi perempuan mereka berusia tujuh bulan maut dalam kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan.

Fairuz Nizam yang memandu kenderaan Pajero maut di tempat nahas manakala isteri dan anaknya meninggal di Hospital Kuala Lumpur.

Dua anak mereka Nur Firuza Amira,7, dan Nur Firuza Akila, 3, terselamat dalam kejadian itu kerana tidak mengikuti ibu bapanya yang menghadiri kenduri di Putrajaya.

Insiden itu menyebabkan masyarakat berang terhadap kecuaian pemandu Myvi terbabit sehingga menyebabkan dua anak pasangan itu menjadi yatim piatu dalam sekelip mata.

Bela burung liar, wanita ditahan

Bela burung liar, wanita ditahan
Wan Mat (kiri) menunjukkan 59 ekor burung yang dirampas dalam serbuan dijalankan, semalam.

SEREMBAN - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan merampas 58 ekor burung Serindit dan seekor burung Bayan Puling dalam satu serbuan di Kampung Baru Si Rusa, Port Dickson, semalam.

Pengarahnya, Wan Mat Wan Harun berkata, serbuan terhadap sebuah kediaman sekitar jam 10.30 pagi melibatkan empat anggota penguat kuasa itu dibuat berdasarkan maklumat orang ramai.

“Hasil pemeriksaan kita mendapati, kesemua haiwan berkenaan disimpan dalam sangkar yang digantung di bahagian depan dan belakang rumah. Nilai keseluruhan dianggarkan lebih kurang RM18,000.

“Turut ditemui, sekeping lesen menyimpan yang sah bagi lima ekor Serindit. Bagaimanapun nama dan alamat tertera merujuk kepada individu lain,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Perhilitan negeri, di sini, petang semalam.

Susulan penemuan itu, katanya, pemilik yang merupakan seorang suri rumah berusia 46 tahun kemudian diberkas dan dibawa ke Balai Polis untuk tindakan lanjut. 

“Kita turut merampas 20 jebak dan 19 sangkar dawai. Kita syak, mereka menangkap burung-burung ini di sekitar kawasan hutan Port Dickson dan Tampin untuk dijual kepada mereka yang berminat,” katanya.

Menurutnya, bagi perbuatan menyimpan burung Serindit tanpa lesen, pemilik boleh didenda maksimum RM50,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya mengikut Seksyen 60(1)(a) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716).

“Burung Bayan Puling pula merupakan spesies hidupan liar diperlindungi sepenuhnya. Seksyen 68(1)(a) menyatakan, pelaku boleh didenda tidak lebih RM100,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya jika didapati bersalah.

“Menyimpan hidupan liar di mana-mana premis selain dinyatakan dalam lesen juga dianggap sebagai satu kesalahan bawah Seksyen 46(1). Hukuman diperuntukkan berupa denda sehingga RM20,000 atau satu tahun penjara atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Justeru, beliau mengingatkan orang ramai supaya mendapatkan lesen jika ingin menyimpan burung Serindit, di mana caj dikenakan sebanyak RM10 seekor.

“Lesen untuk menangkap burung Serindit pula dikeluarkan Perhilitan dari 1 Julai hingga 31 Disember, setiap tahun,” katanya yang menjelaskan penangkapan burung Bayan Puling langsung tidak dibenarkan.

Maut dibunuh rakan sebilik

Maut dibunuh rakan sebilik
Mangsa dibawa ke Klinik Kesihatan Wakaf Bharu.

TUMPAT - Seorang pekerja di tapak binaan warga Myanmar maut dibunuh rakan sebiliknya selepas terlibat dalam pergaduhan di rumah sewa mereka di Jalan Puteri Sadong, Wakaf Bharu, petang kelmarin.

Dalam kejadian jam 6 petang, mangsa yang dikenali sebagai Nurul Hakim Nazir Ahmad, 31, cedera parah dipercayai dipukul di kepala menggunakan tukul besi dan meninggal dunia selepas sejam kemudian di Klinik Kesihatan Wakaf Bharu.

Saksi yang juga pemilik rumah sewa berkenaan, Nik Mohd Ali Nik Mustapha, 40, berkata, dua warga asing itu menyewa di tingkat atas rumah kedainya sejak dua bulan lalu.

“Saya diberitahu orang awam, ada orang bergaduh di tingkat atas. Saya naik tangga beberapa langkah untuk melihat apa yang berlaku tetapi turun semula kerana rasa tak sedap hati.

“Saya kemudiannya ajak dua tiga orang lagi penduduk kampung naik semula ke bilik mereka di tingkat atas,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Nik Mohd Ali memberitahu, sebaik dia membuka pintu, dia melihat Nurul Hakim terbaring dengan seluruh badannya berlumuran darah.

Katanya, dia terus menghubungi polis meminta bantuan dan sempat mengajar lelaki itu yang pandai bercakap bahasa Melayu mengucap dua kalimah syahadah.

“Ketika saya masuk, rakan mangsa sudah tiada, dipercayai melarikan diri dengan terjun melalui tingkap dari tingkat atas rumah sewa ini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Zharudin Rasip mengesahkan menerima laporan kejadian itu.

'Berlatih' dahulu sebelum junamkan pesawat

'Berlatih' dahulu sebelum junamkan pesawat
Pesawat Germanwings merempuh pergunungan Alps di Perancis.

PARIS - PERANCIS. Pembantu juruterbang pesawat Germanwings, Andrea Lubitz  'berlatih' menjunamkan pesawat terlebih dahulu sebelum dia dengan sengaja menjunamkan pesawat 95250 Germanwings di Banjaran Alps sehingga mengorbankan 150 nyawa termasuk anak kapal.

Menurut laporan interim 30 muka surat Agensi Penyiasatan Kemalangan BEA, mendedahkan Andrea melakukan demikian ketika dalam penerbangan ke Barcelona sekali gus membuktikan teori bahawa kemalangan itu berlaku dengan sengaja tetapi sebenarnya telah dirancang terlebih dahulu.

Andrea dilihat mengubah tetapan dengan menjunamkan pesawat beberapa kali selama 4 setengah minit semasa juruterbang keluar dari kokpit ketika dalam penerbangan dari Duesseldorf ke Barcelona.

Laporan itu juga menyebut, pesawat itu juga mengubah ketinggian secara berulang kali malah sehingga serendah 100 kaki (30 Meter) dibawah paras laut.

Menara kawalan trafik udara juga telah mengarahkannya untuk menurunkan pesawat secara beransur-ansur dari 35,000 kaki ke 21,000 kaki semasa penerbangan ke Barcelona.

Sementara itu, menurut pakar penerbangan, adalah bukan menjadi kebiasaan untuk seseorang juruterbang berulang kali mengubah ketinggian pesawat tanpa sebarang alasan munasabah.

Carta analisa dikeluarkan BEA menunjukkan penumpang dan anak kapal tidak akan menyedari sebarang perubahan kerana pesawat tidak dujunamkan secara drastik semasa Andrea berulang kali mengubah tetapan.

Pakar penerbangan dan bekas ahli Badan Pengangkutan Keselamatan Amerika Syarikat, John Goglia berkata, pembantu juruterbang itu telah berlatih terlebih dahulu untuk melihat bagaimana melakukanya.

Memetik AP, dalam kejadian pada 24 Mac lalu, pesawat Germanwings telah merempuh pergunungan Alps di Perancis dalam perjalanan dari Barcelona ke Dusseldorf.

Gempa kuat landa Papua New Guinea

Gempa kuat landa Papua New Guinea

SYDNEY - AUSTRALIA. Satu gempa bumi kuat bermagnitud 7.2 pada skala Richter melanda Selatan Pasifik Papua New Guinea dan ancaman tsunami dikeluarkan.

Menurut kenyataan kajian Geologi Amerika Syarikat, pusat gempa bumi ialah 150 kilometer barat daya Panguna, Pulau Bougainville.

Pusat Amaran Tsunami Pasifik berkata, gelombang tsunami berkemungkinan di antara 300 kilometer dari pusat gempa bumi di pantau Kepulauan Solomon dan  Papua New Guinea.

Menurut AP, gempa bumi adalah berkedalaman 10 kilometer.

Lelaki tikam penumpang kereta api potong barisan

Lelaki tikam penumpang kereta api potong barisan
Lokasi kejadian yang dipenuh darah mangsa

SHENYANG - CHINA. Seorang lelaki bertindak menikam seorang penumpang kereta api selepas memotong barisan ketika membeli tiket.

Seorang lelaki 30 tahun secara tiba-tiba menerpa ke kaunter tiket dengan memegang kad pengenalan dan duit untuk membeli tiket kereta api tanpa mengendahkan penumpang lain yang sedar beratur.

Malangnya, tindakannya itu mendatangkan kemarahan seorang lelaki berusia 40an yang sedang beratur.
Berlaku pertengkaran mulut di antara kedua-dua lelaki berkenaan dan kerana tidak mampu menahan kemarahan lagi, lelaki 40an itu bertindak menikam pergelangan tangan mangsa sehingga menyebabkan pendarahan yang teruk.

Mangsa kemudiannya dikejarkan ke hospital dan menjalani pembedahan.

4 jam jadi ‘pelakon terbaik

KEPRIHATINAN masyarakat menyebabkan pengemis warga asing ambil kesempatan.


Kuala Lumpur: Menyedari rakyat negara ini pemurah, terdapat sekumpulan pengemis warga asing menjadikan lampu isyarat di Lembah Klang untuk menagih simpati orang ramai dengan cuba memungut sedekah di kawasan terbabit.
Tinjauan wartawan Harian Metro di Persimpangan Kerinchi, mendapati seorang warga asing dipercayai warga Pakistan hanya memerlukan empat jam saja untuk ‘melakonkan’ watak pengemis sebelum menggunakan wang kutipan itu dengan berbelanja sakan termasuk membeli telefon bimbit di Pasar Seni.
Intipan selama lebih lapan jam bermula jam 10.30 pagi itu mendapati lelaki berumur dalam lingkungan 60-an terbabit bergerak bersendirian dan menjadikan lokasi berkenaan sebagai tempat mengemis sejak beberapa hari lalu.
Berdasarkan pemerhatian wartawan, 30 pemandu kereta menghulurkan derma sebanyak RM5 hingga RM10 setiap kali lampu merah kepada pengemis terbabit dalam masa selama sejam.
Pada jam 12 tengah hari, pengemis berkenaan dilihat membeli kebab berharga RM14 yang dijual di stesen LRT sebagai makanan tengah hari selain membeli makanan lain di kedai runcit berhampiran, sekali gus menunjukkan seleranya tidak tertumpu untuk mendapatkan makanan yang lebih murah.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 Mei 2015 @ 10:29 AM


- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/49166#foto

Perbuatan biadab, memalukan!

Kuching: Tindakan wakil beberapa pertubuhan kerajaan (NGO) termasuk seorang rakyat Sabah, Doris Jones yang kini diburu Polis Diraja Malaysia (PDRM) ‘merempuh masuk’ Majlis Makan Malam Ketua Menteri Sarawak di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London, Isnin lalu amat dikesali.
EXCO Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) Abang Abdul Aziz Abang Draup berkata, ia satu perbuatan biadab dan amat memalukan kerana tidak menghormati majlis itu yang diadakan sempena lawatan rasmi Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem ke United Kingdom.
“Bagi meredakan kekalutan itu, Tan Sri Adenan (Satem) bersetuju bertemu dengan pihak terbabit, termasuk wakil daripada Bruno Manser Fund (BMF) dan Radio Free Sarawak yang sebelum ini begitu lantang mengecam serta melemparkan pelbagai dakwaan negatif terhadap Kerajaan Sarawak hingga menjejaskan imej negeri di peringkat antarabangsa.
“Namun mengenali pemimpin veteran ini, beliau seorang yang cukup bijak dan tenang, malah berjaya mengawal keadaan dengan baik, sekali gus membuktikan sikap terbukanya walaupun apa yang berlaku pada malam kejadian adalah sesuatu di luar jangkaan,” katanya ketika ditemui, semalam.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 Mei 2015 @ 10:38 AM


ADENAN (tengah) merakam kenangan bersama rakyat Sarawak di London ketika menghadiri Majlis Makan Malam Ketua Menteri Sarawak bersama Rakyat Sarawak di London.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/49172#sthash.G7gWvpIH.dpuf

Mengaku seludup 4 pendatang

Melaka: Seorang lelaki rakyat tempatan dan seorang lagi lelaki warga Indonesia dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Tinggi, di sini, semalam, apabila mengaku bersalah atas tuduhan menyeludup masuk empat warga asing pada Mac lalu.
Hukuman itu dijatuhkan Pesuruhjaya Tinggi, Datuk Mohd Firuz Jaffril, terhadap Mohd Farham Lukman dan Nadi, masing-masing berumur 28 tahun, selepas kedua-duanya mengaku bersalah atas pertuduhan ke atas mereka.
Mengikut pertuduhan, Mohd Farham dari Muar, Johor, bersama-sama seorang lagi yang masih bebas didapati menjalankan aktiviti penyeludupan terhadap seorang migran warga Indonesia, Ari, 21.
Manakala, Nadi yang juga warga Indonesia bersama dua lagi yang masih bebas didakwa menjalankan aktiviti penyeludupan migran iaitu Norhafizah Sirun, 23, dan Nur Ain Natasya Abd Rahman, 8, masing-masing warga Indonesia serta seorang warga Pakistan, Hafiz Tajamal, 28.
Semua kesalahan itu dilakukan tertuduh di Pantai Klebang, di sini, pada jam 8 malam, 10 Mac lalu.
Bagi pertuduhan itu, kedua-duanya dituduh mengikut Seksyen 26A Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 serta dibicara bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 Mei 2015 @ 10:36 AM


TERTUDUH dibawa keluar dari mahkamah.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/49170#sthash.O05o2ykj.dpuf

Pil khayal refleksologi RM29j

Kuala Lumpur: Sindiket penyeludupan pil khayal Eramin 5 dikesan menjadikan premis rumah urut refleksologi di Bukit Bintang di sini, sebagai ‘stor’ untuk menyembunyikan 1.4 juta pil dadah itu.
Malah sindiket antarabangsa itu menggunakan taktik menyumbat bungkusan plastik berisi pil Eramin 5 itu ke dalam batang paip polivinil klorida (PVC) sebelum dibalut menggunakan kain putih.
Taktik itu bagaimanapun dibongkar Pasukan Khas Taktikal dan Risikan Narkotik (STING) Polis Diraja Malaysia yang melakukan serbuan ke premis itu pada jam 10.50 malam, 30 April lalu.
Serbuan dilakukan anggota STING berdasarkan maklumat dan kerjasama Biro Penyiasatan Jenayah Polis Taiwan.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, serbuan dilakukan di dua tempat iaitu di Jalan Bukit Bintang dan Jalan Sultan Ismail di sini.
Menurutnya, polis menahan enam individu membabitkan tiga warga tempatan, dua lelaki warga Taiwan dan seorang lelaki warga Indonesia berusia antara 20 hingga 60 tahun yang dikenal pasti anggota sindiket itu.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 Mei 2015 @ 10:26 AM

MOHD Mokhtar (tiga kiri) menunjukkan bungkusan pil Eramin 5 yang dirampas.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/49162#sthash.EDsf4AZF.dpuf

Ada kaitan dengan Al-Qaeda Proper


Kuala Lumpur: Mahkamah Tinggi, hari ini, diberitahu bahawa kumpulan pengganas Tanzim Al-Qaeda Malaysia yang diasaskan bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Yazid Sufaat, mempunyai hubungan terus dengan kumpulan militan Al-Qaeda Proper diketuai Osama bin Laden.
Pegawai Operasi Bahagian Kaunter Terrorism (E8) Cawangan Khas Bukit Aman, Asisten Superintendan Mohd Raby Abu Bakar, 55, memberitahu mahkamah kumpulan militan di Arab diketuai Osama sebelum diambil alih oleh Ayman Al-Zawahiri.
Mohd Raby berkata, Yazid juga pernah berada di Afghanistan sebelum itu dan pernah bertempur bersama Mujahidin (pejuang Islam) menentang tentera penceroboh.
“Kita percaya pada ketika itu Yazid mempunyai hubungan dengan pemimpin peringkat kedua dalam (kumpulan militan) Al-Qaeda Proper,” katanya pada perbicaraan kes Yazid dan pembantu kafetaria, Muhammad Hilmi Hasim, di hadapan Hakim Datuk Mohd Azman Husin.
Yazid berdepan pertuduhan menjadi anggota kumpulan pengganas manakala Hilmi didakwa bersubahat dengannya.
Mohd Raby, yang juga pakar bidang Terrorisme Interpol, berkata pada 4 Jan 2000, Yazid memberi bantuan logistik kepada empat penyerang serangan berani mati, pada 11 Sept 2001, di Amerika Syarikat seperti yang dilaporkan dalam Laporan Suruhanjaya Jabatan Negara 9/11.
“Keempat-empat orang itu bermalam di rumah Yazid di Sungai Long Kajang sebelum berjumpa pemimpin Jemaah Islamiah ketika itu, Riduan Isamuddin, di kawasan Jalan Masjid India,” katanya.
Beliau berkata, persamaan ideologi antara Tanzim Al-Qaeda Malaysia dengan Al-Qaeda Proper ialah untuk menubuhkan ‘Daulah Islamiah’ (negara Islam sebenar) melalui perang atau dalam bahasa Arab, kital.
Mohd Raby, yang adalah saksi ketujuh perbicaraan itu, memberitahu mahkamah bahawa kesemua maklumat mengenai Yazid dan kumpulan itu diperoleh melalui hasil pintasan komunikasi, laporan daripada sumber dan laporan terbuka yang menyiasat aktiviti keganasan dan militan di negara ini.
Menurutnya, Yazid juga terbabit dalam merekrut anggota baru kumpulan itu dengan mengadakan sesi usrah dan mengendalikan empat cabang Tanzim Al-Qaeda Malaysia di Trolak, Perak; Ampang dan Sungai Buloh di Selangor serta di laman sosial Facebook.
Beliau berkata, usrah itu dijalankan di rumah Yazid di Ampang, Selangor pada setiap Sabtu sejak akhir 2012.
Menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Shukor Abu Bakar, Mohd Raby berkata kumpulan pengganas itu dikesan selepas Yazid dibebaskan daripada tahanan ISA pada hujung 2011.
Pada 8 Februari 2013, Yazid, 49, Muhammad Hilmi, 33, mengaku tidak bersalah membabitkan diri dalam aktiviti keganasan di Syria di DL 11, Taman Bukit Ampang, Lorong Mutiara 2, Lembah Jaya, Ampang antara 1 Ogos 2012 dan 7 Feb 2013.
Bagaimanapun, pada 20 Mei 2014 Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas dan membebas mereka daripada pertuduhan terbabit.
Namun pada 27 Mei 2013, Yazid dan Hilmi sekali lagi didakwa dan mengaku tidak bersalah menjadi anggota kumpulan pengganas di DL 11, Taman Bukit Ampang, Lorong Mutiara 2, Lembah Jaya, Ampang, antara 1 Ogos 2012 dan 7 Feb 2013.
Kesemua tertuduh diwakili peguam New Sin Yew.
Perbicaraan bersambung esok. - Bernama
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/49342#sthash.sJhcBc5T.dpuf

Lemas ketika selam snorkel

Jertih: Seorang wanita berusia 47 tahun lemas ketika melakukan aktiviti selam snorkel di Pulau Perhentian Besar, dekat sini, 12.40 tengah hari semalam.
Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Khalid Che Lah berkata, sebelum kejadian itu, mangsa, Sharifah Faridah Syed Jaafar dari Kampung Raja, dekat sini, menyertai aktiviti rekreasi itu bersama dua anak dan lapan rakan.
"Anak mangsa, Nur Fatin Azhar, 25, tiba-tiba menyedari ibunya hilang serta dihanyutkan ombak lebih 50 meter dari kumpulan mereka dan cuba menyelamatkannya.
"Namun mangsa ditemui tidak sedarkan diri oleh anaknya selepas itu dan orang ramai yang berada berhampiran cuba memberi bantuan kecemasan dengan membawanya ke tanah besar," katanya.
Beliau berkata, mangsa kemudian disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan sebaik tiba di jeti Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan dan mayatnya dibawa ke Hospital Besut untuk bedah siasat.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 Mei 2015 @ 8:29 PM


ANGGOTA polis membawa mayat mangsa untuk bedah siasat di Hospital Besut. FOTO Mohammad Ishak
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/49329#sthash.3hoEziCB.dpuf

Murid tahun dua dijangkiti H1N1


Oleh Ekhwan Haque Fazlul Haque
Shah Alam: Seorang murid perempuan tahun dua Sekolah Kebangsaan Seksyen 9, di sini, disahkan dijangkiti virus Influenza A H1N1.
Pengarah Kesihatan Selangor, Dr S Balachandran berkata, murid berusia lapan tahun itu disahkan dijangkiti virus itu selepas pihaknya menjalankan siasatan dan meneliti laporan kesihatannya.
Menurut Balachandran, pihaknya turut menjalankan ujian saringan ke atas rakan sekelas murid terbabit dan mengesahkan mereka bebas daripada simptom virus berkenaan dan kini sedang dirawat di hospital swasta.
"Murid terbabit disahkan terkena jangkitan H1N1 namun kini kita sudah mengambil langkah berjaga-jaga dengan beberapa kaedah rawatan yang diperlukan bagi mengatasinya.
"Orang ramai digesa untuk memastikan tahap kebersihan diri dan persekitaran berada pada tahap terbaik bagi menghindar dari terkena virus berkenaan," katanya ketika dihubungi.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/49325#sthash.z63VWLT4.dpuf

Rakyat Malaysia korban gempa bumi Nepal

Kuala Lumpur: Kedutaan Malaysia di Kathmandu, Nepal mengesahkan rakyat Malaysia, Raj Anthony terkorban selepas hilang akibat gempa bumi di negara itu baru-baru ini.
Pemangku Duta Besar Malaysia ke Nepal Fadli Adilah berkata, mayat mangsa dikenal pasti oleh abangnya, Agustin Anthony yang tiba di Kathmandu untuk proses pengecaman.
Katanya, pihak kedutaan akan membantu dalam proses penghantaran pulang mayat Raj ke tanah air.
"Abang mangsa sudah mengenal pasti mayat adiknya serta menuntut mayatnya," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, hari ini.
Pihak kedutaan turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan akan berusaha mempercepatkan proses penghantaran pulang mayat.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 Mei 2015 @ 9:06 PM


Raj disahkan terbunuh selepas hilang ketika gempa bumi Nepal baru-baru ini. FOTO ihsan Kedutaan Malaysia di Kathmandu
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/49334#sthash.RQTPBTNk.dpuf