Search This Blog

Monday, May 4, 2015

100 Mayat Ditemui Di Kawasan 'Trekking' Nepal


Diterbitkan: Isnin, 4 Mei 2015 4:53 PM
Gambar bertarikh 25 April lalu menunjukkan pendaki membantu mereka yang cedera akibat runtuhan salji selepas berlakunya gempa bumi di Nepal.

KATHMANDU: Polis Nepal dan pasukan sukarelawan tempatan menemui kira-kira 100 mayat penjejak (trekker) dan penduduk kampung tertimbus di sebalik runtuhan salji akibat gempa bumi yang melanda negara itu bulan lalu, kata pegawai pada Isnin.
Semua mayat ditemui pada Sabtu dan Ahad lalu di kampung Lantang, kira-kira 60 kilometer utara Kathmandu, yang menjadi laluan 'trekking' popular terutama di kalangan penjejak dari Barat.
"Anggota polis dan sukarelawan tempatan menggali runtuhan salji sedalam enam kaki untuk mencari lebih banyak mayat," kata Gautam Rimal, penolong ketua daerah Langtang.
Beliau berkata, daripada jumlah 100 mayat itu, sekurang-kurangnya tujuh warga asing dikesan dan hanya dua yang dikenal pasti.
Bagaimanapun, tidak dipastikan berapa ramai yang berada di Langtang ketika gempa bumi berlaku tetapi pegawai lain berkata, kira-kira 120 lagi orang mungkin masih tertimbus di sebalik runtuhan salji.
Kerajaan Nepal berkata, gempa bumi yang berlaku pada 25 April lalu itu mengorbankan 7,276 orang dan lebih 14,300 orang cedera. - REUTERS

Satu Lagi Gempa Bumi Landa Nepal Pada Sabtu


Diterbitkan: Sabtu, 2 Mei 2015 11:41 PM

KATHMANDU: Satu lagi gempa bumi berukuran 5.1 pada skala  Richter melanda barat Nepal pada Sabtu.

Gempa itu berpusat di Gorkha.

Ini merupakan gempa ketiga yang menggegarkan Nepal selepas dilanda gempa bumi pertama pada 25 April lepas.

Gempa bumi pertama itu yang berukuran 7.9 pada skala Richter telah mengorbankan lebih 6,814 orang.

Lebih daripada 600 gegaran dicatatkan sepanjang minggu lepas selepas gempa bumi pertama itu melanda Nepal.

Henti spekulasi kes nahas Lebuhraya DUKE - Polis

AHAD, 3 MEI 2015 @ 10:57 PM

KUALA LUMPUR: Polis hari ini meminta semua pihak termasuk media supaya menghentikan sebarang spekulasi mengenai kes kemalangan di Lebuhraya DUKE di sini yang mengakibatkan tiga kematian termasuk bayi perempuan berusia tujuh bulan, semalam. Ketua Pasukan Trafik Bukit Aman, Datuk Mohd Fuad Abd Latiff, berkata kenyataan yang tidak tepat mengenai insiden itu boleh menjejaskan siasatan polis dalam usaha mendapatkan kebenaran. Dalam kenyataan hari ini, beliau memberi jaminan bahawa siasatan akan dijalankan secara telus tanpa prejudis terhadap mana-mana pihak. "Pihak yang didapati cuai sehingga menyebabkan kemalangan berlaku akan tetap dibawa ke mahkamah untuk didakwa," katanya. Mohd Fuad berkata polis telah menahan seorang lelaki berusia 31 tahun dan seorang perempuan berumur 35 tahun susulan kemalangan maut itu. Mengulas lanjut, Mohd Fuad berkata kedua-dua individu yang ditahan telah dibebaskan dengan jaminan polis dan dikehendaki melaporkan diri semula ke Balai Polis Trafik Kuala Lumpur dalam masa dua minggu ini. Beliau berkata siasatan masih dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan menggesa orang ramai yang menyaksikan kemalangan itu untuk tampil membantu siasatan polis. Semalam, sepasang suami isteri dan bayi perempuan mereka berusia tujuh bulan maut dalam nahas kira-kira 1.05 pagi membabitkan tiga kenderaan di KM6.2 Lebuhraya DUKE. Pasangan itu ialah Fairuz Nizam Husain, 35, isterinya Nova Safitri Azhari, 25, dan bayi mereka Nur Firuza Annisa. Siasatan awal mendapati kemalangan itu melibatkan Mitsubishi Pajero yang dipandu Fairuz Nizam dan dua Perodua Myvi. - BERNAMA

KAWASAN kemalangan yang mengakibatkan tiga sekeluarga maut di Lebuhraya DUKE. - Foto Abdullah Yusof 

Imigresen Kedah patah cubaan seludup masuk 6 wanita Kemboja

AHAD, 3 MEI 2015 @ 3:38 PM

ENAM wanita warga Kemboja yang diselamatkan Jabatan Imigresen negeri di laluan masuk Kompleks ICQS Bukit Kayu Hitam.- Foto Ihsan Imigresen kedah


ALOR SETAR: Imigresen Kedah mematahkan cubaan menyeludup masuk enam wanita warga asing di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin Bukit Kayu Hitam semalam. Pengarahnya, Mohamad Yusri Hashim, berkata seorang wanita tempatan berumur 48 tahun turut ditahan kerana cuba menyeludup masuk dan memperdagangkan enam wanita warga Kemboja ke negara ini, kira-kira 4.30 petang semalam. "Siasatan awal mendapati wanita terbabit menjanjikan pekerjaan di Kuala Lumpur kepada warga asing," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Beliau berkata, suspek yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah kerana kesalahan mengikut Akta Anti Pemerdagangan Manusia dan Penyeludupan Migran. Katanya, siasatan mendapati enam wanita Kemboja berumur antara 23 hingga 29 tahun berasal dari beberapa tempat seperti di Battambang, Siem Reap, Kandal dan Kampong Cham di Kemboja. Mohamad Yusri berkata, semua warga asing itu dikatakan menaiki sebuah kenderaan dari Kemboja ke negara jiran, Thailand melalui jalan darat pada malam 1 Mei sebelum masuk ke negara ini. Katanya, semua mereka yang memiliki dokumen sah diselamatkan dan dihantar ke rumah perlindungan buat sementara waktu. - BERNAMA

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/52567

Lelaki warga asing pecah rumah guna pukau ditahan

AHAD, 3 MEI 2015 @ 2:36 PM

 KOTA TINGGI: Seorang lelaki warga Indonesia yang dipercayai terbabit dalam pelbagai kes pecah rumah membabitkan pukau, ditahan dalam operasi sekitar Taman Sri Saujana, berdekatan Ladang Foh Chong, baru-baru ini. Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Rahmat Othman berkata, suspek yang juga pendatang tanpa izin berjaya ditangkap setelah bergelut dengan polis walaupun dipercayai mempunyai ilmu pukau. "Polis turut menemui beberapa jenis tangkal yang dipercayai digunakan untuk pecah rumah. Suspek berusia 27 tahun itu didapati tidak memiliki dokumen sah tinggal di Malaysia," katanya dalam satu kenyataan hari ini. - BERNAMA

Mayat dalam kereta terjunam sah pegawai polis

AHAD, 3 MEI 2015 @ 4:25 PM

 KUALA LUMPUR: Mayat yang ditemui hari ini dalam kereta yang terjunam dalam lombong di Taman Prima, Puchong dua hari lepas, telah disahkan seorang pegawai polis berpangkat Asisten Superintendan (ASP). Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Wan Abdullah Ishak berkata, mangsa ialah ASP V. Sivanathan yang bertugas di Bahagian Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur. "Mendiang berusia 34 tahun dan telah berkahwin serta mempunyai seorang anak. Mendiang telah berkhidmat di bahagian itu selama lima tahun ," katanya. Beliau berkata difahamkan semasa kejadian, mendiang dalam perjalanan untuk mencari saksi bagi satu kes berkaitan narkotik. Wan Abdullah menyifatkan Sivanathan sebagai pegawai yang berdedikasi dan cekap menjalankan tugas dan pihaknya akan menjaga kebajikan anggota keluarga mendiang. Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Serdang dan telah dikenal pasti anggota keluarganya. - BERNAMA

Pengedar syabu ditahan di Muar

AHAD, 3 MEI 2015 @ 4:04 PM

 MUAR: Polis menahan seorang lelaki disyaki pengedar dadah dalam satu operasi khas di sekitar Kampung Panchor di sini, petang semalam. Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Azman Ayob, berkata dalam operasi khas kira-kira jam 3.30 petang itu, polis berjaya menahan suspek berusia 45 tahun yang menaiki sebuah kereta Toyota Altis. "Hasil pemeriksaan terhadap kenderaan itu, polis menemui satu bungkusan disyaki dadah jenis syabu yang dianggarkan seberat lebih satu kilogram di bawah tempat duduk penumpang. "Turut ditemui ialah wang tunai sebanyak lebih RM1,000 di dalam kenderaan yang sama," katanya.

45 penumpang terselamat nahas bas dekat Dungun

ISNIN, 4 MEI 2015 @ 11:26 AM

DUNGUN : Seramai 45 penumpang bas ekspres terselamat selepas bas yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan di Kilometer 357.9, Lebuh Raya Pantai Timur LPT2, dekat Ladang Madu, dekat sini, awal pagi tadi. Pemandu bas terbabit, Messuan Warsom, 38, berkata bas berkenaan dalam perjalanan dari Kota Bharu ke Johor Bahru ketika kejadian pada kira-kira jam 2.15 pagi itu. Katanya, bas yang dipandunya itu sedang memotong sebuah treler di depan. Bagaimanapun, katanya, sebuah treler di depan yang berada di lorong kiri dikatakan tersasar masuk ke lorong kanan yang menyebabkan dia mengelak namun merempuh belakang treler berkenaan. "Kemalangan itu menyebabkan bahagian kiri bas remuk dan dua penumpang yang kelam kabut cuba keluar dari bas terbabit cedera di kepala akibat terkena serpihan bas terbabit," katanya. Katanya, dia bersyukur kesemua penumpang terselamat dalam kejadian itu sebelum ke Ibu Pejabat Polis Daerah untuk membuat laporan. Ketua Polis Daerah, Superintendan Ahmad Zailani Yaacub ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung dengan kejadian itu.

Kesan lebam, patah tulang pada mayat bayi - Polis

AHAD, 3 MEI 2015 @ 5:27 PM

 ALOR SETAR: Hasil bedah siasat mendapati terdapat beberapa kesan lebam dan patah pada badan bayi lelaki berusia lapan bulan yang meninggal dunia petang semalam di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, ACP Mohd Nashir Ya berkata, laporan forensik mendapati kesan lebam pada bahagian kepala, muka, lengan, kaki dan belakang badan. "Terdapat juga kesan patah pada tulang selangka kiri dan tulang lengan selain jangkitan kuman pada selaput otak dan otak bengkak "Kecederaan yang dialami bayi itu dipercayai akibat kontek dengan benda tumpul sama ada disebabkan hentakan kecil atau terjatuh. Punca kematian sebenar masih disiasat," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Mohd Nashir berkata polis telah menahan suspek yang juga ibu bapa angkat kepada bayi tersebut dan ditahan direman bermula hari ini hingga 9 Mei bagi membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Dalam kejadian 12.10 tengah malam pada Jumaat (1 Mei) Jabatan Kecemasan Hospital Jitra menerima kes seorang bayi berusia lapan bulan yang tidak sedarkan diri sebelum dipindahkan ke HSB dan disahkan meninggal dunia pada pukul 4.04 petang semalam. -BERNAMA

Dua ditahan bantu siasatan nahas maut MyVi-Pajero

AHAD, 3 MEI 2015 @ 6:50 PM

KUALA LUMPUR: Polis menahan dua individu yang terbabit dalam kes kemalangan maut membabitkan sebuah kenderaan Mitsubishi Pajero Sports dan dua Perodua MyVi di Lebuhraya DUKE malam kelmarin. Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Datuk Mohd Fuad Abd Latiff, berkata pihaknya telah menahan seorang lelaki Melayu berusia 31 tahun dan seorang perempuan Melayu berumur 35 tahun. "Mereka ditahan untuk membantu siasatan sebelum dibebaskan dengan jaminan polis dan dikehendaki lapor semula ke Balai Polis Trafik Kuala Lumpur dalam masa dua minggu ini. "Cawangan Trafik Kuala Lumpur juga telah memulakan siasatan dan saya memberi jaminan bahawa siasatan akan dijalankan secara telus tanpa prejudis terhadap mana-mana pihak yang terbabit dalam kemalangan ini. "Pihak yang didapati cuai sehingga menyebabkan kemalangan berlaku akan tetap dibawa ke mahkamah untuk didakwa," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Mohd Fuad turut meminta semua pihak termasuk media supaya hentikan sebarang spekulasi dan mengeluarkan kenyataan yang tidak tepat kerana ia mungkin menjejaskan siasatan polis. Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan merayu orang ramai yang menyaksikan kemalangan maut itu supaya tampil membantu siasatan polis.

Tiga maut nahas di Penawar

ISNIN, 4 MEI 2015 @ 1:34 PM

JOHOR BAHRU: Tiga maut dalam kemalangan membabitkan dua kereta di Simpang Telok Sengat di Penawar dekat sini, kira-kira jam 10 pagi tadi. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor, berkata sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 10.09 pagi tadi, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Penawar bergegas ke lokasi kejadian. Katanya, berdasarkan maklumat awal, kemalangan itu membabitkan kereta Perodua Kancil dan Proton Waja.

45 penumpang terselamat nahas bas dekat Dungun

ISNIN, 4 MEI 2015 @ 11:26 AM

DUNGUN : Seramai 45 penumpang bas ekspres terselamat selepas bas yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan di Kilometer 357.9, Lebuh Raya Pantai Timur LPT2, dekat Ladang Madu, dekat sini, awal pagi tadi. Pemandu bas terbabit, Messuan Warsom, 38, berkata bas berkenaan dalam perjalanan dari Kota Bharu ke Johor Bahru ketika kejadian pada kira-kira jam 2.15 pagi itu. Katanya, bas yang dipandunya itu sedang memotong sebuah treler di depan. Bagaimanapun, katanya, sebuah treler di depan yang berada di lorong kiri dikatakan tersasar masuk ke lorong kanan yang menyebabkan dia mengelak namun merempuh belakang treler berkenaan. "Kemalangan itu menyebabkan bahagian kiri bas remuk dan dua penumpang yang kelam kabut cuba keluar dari bas terbabit cedera di kepala akibat terkena serpihan bas terbabit," katanya. Katanya, dia bersyukur kesemua penumpang terselamat dalam kejadian itu sebelum ke Ibu Pejabat Polis Daerah untuk membuat laporan. Ketua Polis Daerah, Superintendan Ahmad Zailani Yaacub ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung dengan kejadian itu.

Angka kematian gempa Nepal cecah 7,000

AHAD, 3 MEI 2015 @ 12:21 PM

WAD sementara Hospital BIR untuk pesakit luar agak tenang selepas gempa bumi yang melanda disekitar Kathamandu ,Nepal .- Foto Mohd Yusni Ariffin KATHMANDU: Angka kematian akibat gempa bumi kuat di Nepal pagi ini mencecah 7,040, demikian menurut pegawai Pusat Operasi Kecemasan Kebangsaan. Lebih 14,000 orang dilaporkan cedera akibat gempa berukuran 7.8 magnitud yang melanda negara Himalaya itu pada 25 April lalu itu. "Namun angka yang terkorban itu dijangka meningkat lagi," kata seorang pegawai. Lebih 100 orang di beberapa negara yang berjiran dengan Nepal iaitu China dan India turut terbunuh susulan gempa berkenaan. - AFP

Polis Nepal keluarkan 50 mayat dari runtuhan gempa

AHAD, 3 MEI 2015 @ 12:40 PM



ASKAR Nepal membersihkan runtuhan di kuil Swayambhunath yang rosak di Kathmandu, berikutan gempa bumi 7.8 magnitud yang melanda Himalaya minggu lalu.- Foto AFP
KATHMANDU: Sepasukan polis Nepal hari ini dilaporkan mengeluarkan kira-kira 50 mayat, termasuk sebahagian pendaki asing dari timbunan runtuhan akibat gempa kuat minggu lalu.

Namun tiada lagi mayat dikenal pasti, kata Pravin Pokharel, Timbalan Superintendan Polis di Daerah Utara Rasuwa.

Pokharel, yang mengetuai pasukan penyelamat berkenaan berkata, polis akan kembali semula ke kawasan mayat yang dikeluarkan itu yang terletak jauh di pedalaman.


Sekurang-kurangnya 200 orang masih lagi hilang di kawasan berkenaan termasuk penduduk kampung dan pendaki gunung, kata pegawai kanan daerah berkenaan, Uddhav Bhattarai.

"Kami tidak mampu sampai ke kawasan itu lebih awal kerana hujan dan cuaca mendung," katanya menerusi telefon.

Kerajaan Nepal hari ini berkata, angka kematian akibat gempa sudah mencecah 7,040 manakala angka yang cedera meningkat kepada 14,123 orang.

Pesawat tentera Amerika Syarikat (AS) dan penyelamat dijangka tiba di Nepal hari ini, sebelum dijangka bergegas memasuki kawasan di luar Kathmandu untuk mengagihkan bantuan.

Jurucakap Marin AS, Brig Jen Paul Kennedy, berkata kontinjen AS disertai lebih 100 tentera, enam pesawat tentera, dua helikopter serta peralatan berkaitan lain. - REUTERS

800,000 tinggalkan Kathmandu selepas gempa

AHAD, 3 MEI 2015 @ 9:01 PM

 KATHMANDU: Lebih 800,000 orang telah meninggalkan Kathmandu dalam seminggu lepas setelah gempa bumi yang kuat melanda bandaraya ini dan daerah-daerah sekitar pada 25 April mengorbankan lebih 7,000 nyawa. Menurut polis, mereka menuju ke pelbagai destinasi menerusi jalan darat sejak 26 April kerana khuatir gempa berulang. "Perangkaan kasar kami ialah lebih 800,000 telah meninggalkan Kathmandu...jumlahnya mungkin meningkat jika kami mengambil kira mereka yang berlepas melalui udara," kata Dil Baharu Chhetri, inspektor di Jabatan Pengurusan Trafik Polis Nepal. Kerajaan sendiri menggalakkan penduduk meninggalkan ibu negara ini kerana khuatir wabak penyakit dan bekalan barang-barang keperluan yang berkurangan. Kerajaan menyediakan bas percuma bagi mengangkut mereka yang sedia berpindah dari 27 hingga 30 April. Kekurangan barang keperluan mula terasa akibat kebanyakan kedai ditutup dan sistem pengangkutan awam belum pulih sepenuhnya. Bandaraya ini bergantung pada bekalan dari luar oleh kerana hasil pengeluarannya sendiri tidak mencukupi untuk menampung keperluan kira-kira empat juta penduduk bagi tempoh sebulan. - BERNAMA

Gempa Nepal: Lapangan terbang ditutup akibat landasan rosak

ISNIN, 4 MEI 2015 @ 7:48 AM


KAPAL Tentera Udara AS C-17 Globemaster III ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan di Kathmandu, Nepal.- Foto AP
KATHMANDU: Landasan rosak memaksa pihak berkuasa Nepal menutup lapangan terbang utama daripada pesawat bersaiz besar yang menghantar bantuan untuk berjuta-juta orang berikutan gempa bumi kuat melanda negara itu.

Bagaimanapun, pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata, secara keseluruhan keadaan logistik bertambah baik.

Pegawai pentadbir kerajaan, Gautam Rimal berkata, angka kematian meningkat kepada 7,276 orang termasuk enam warga asing dan 45 rakyat tempatan yang ditemui di laluan trekking popular.


Sehubungan itu, polis pelancongan Nepal berkata, sejumlah 57 orang asing terbunuh akibat gempa bumi kuat berkenaan pada 25 April dan 109 lagi dilaporkan masih hilang termasuk 12 rakyat Russia dan sembilan Amerika Syarikat.

Landasan utama lapangan terbang di sini ditutup sementara kepada pesawat bersaiz besar selepas ia mengalami kerosakan.

Pengurus Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuwan, Birendra Shrestha berkata, landasan itu dibina bagi mengendalikan pesawat bersaiz sederhana tetapi tidak berupaya mengendalikan pesawat tentera dan kapal kargo besar yang menghantar bekalan bantuan, makanan, ubat-ubatan dan pekerja penyelamat serta sukarelawan.

Terdapat laporan berkaitan keretakan di landasan itu dan masalah lain di lapangan terbang tunggal yang boleh mengendalikan kapal terbang.

"Anda hanya ada satu landasan dan anda ada kemudahan terhad dan lapangan terbang itu masih mengendalikan kapal terbang komersial," kata penyelaras PBB untuk Nepal, Jamie McGoldrick.

"Anda perlu mengutamakan bekalan bantuan yang masuk ke sini, pasukan mencari dan penyelamat yang memenuhi lapangan terbang ini.

"Saya fikir sebaik mereka dapat menggunakan sistem yang lebh baik, saya fikir ia semakin baik," katanya.

Beliau berkata, kesesakan penghantaran bekalan bantuan semakin berkurangan dan kerajaan Nepal sudah memudahkan urusan kastam dan sekatan birokratik terhadap bantuan kemanusiaan berikutan aduan daripada PBB.

"Kerajaan sudah ambil perhatian terhadap sebahagian perkara yang kami nyatakan kepada mereka," katanya. - AP

Gempa Nepal: Lelaki usia 101 tahun diselamatkan

SNIN, 4 MEI 2015 @ 7:18 AM

KATHMANDU: Anggota penyelamat berjaya mengeluarkan lelaki berusia 101 tahun di celah runtuhan rumahnya seminggu selepas gempa bumi kuat meragut sekurang-kurangnya 7,200 nyawa. Berikutan itu, kerajaan memberi amaran bahawa angka kematian akan naik "lebih tinggi". Lelaki itu, Funchu Tamang diselamatkan pada Sabtu lalu daripada celah runtuhan rumahnya dengan hanya cedera ringan di bahagian pergelangan kaki dan tangan selepas gempa menggegar negara itu pada 25 April lalu. "Dia dibawa ke hospital menggunakan helikopter. Keadaannya adalah stabil," kata pegawai polis, Arun Kumar Singh di daerah Nuwakot, kira-kira 80 kilometer barat laut Kathmandu. Pusat Operasi Kecemasan Negara di bawah Kementerian Dalam Negeri Nepal melaporkan berita lelaki 101 tahun itu diselamatkan di perkampungan Kimtang, Nuwakot menerusi Twitter. Sehubungan itu, polis berjaya mengeluarkan tiga wanita daripada celah runtuhan semalam di Sindhupalchowk, satu daripada daerah yang paling teruk terjejas walaupun tidak jelas bagaimana mereka terperangkap begitu lama. Berita mangsa yang berjaya diselamatkan begitu jarang diperoleh selepas pegawai menolak kemungkinan lebih ramai mangsa terselamat di celah runtuhan dan tumpuan beralih kepada usaha menghantar bantuan untuk beribu-ribu orang di kawasan terpencil di pergunungan Himalaya. Sementara itu, Menteri Kewangan, Ram Sharan Mahat berkata, jumlah kematian dijangka meningkat sebaik pasukan penyelamat tiba di perkampungan dekat pergunungan berkenaan yang terjejas akibat gempa paling teruk dalam tempoh lebih 80 tahun. "Masih ada perkampungan yang kita tahu bahawa semua rumah musnah tapi belum dapat sampai ke tempat itu," kata Mahat dalam kenyataan. - AFP

FUNCHU Tamang, duduk di atas katil di sebuah hospital di daerah Nuwakot selepas beliau diselamatkan.l - Foto AFP

10 pendatang ditemui mati dekat Libya

ISNIN, 4 MEI 2015 @ 8:18 AM

SEBUAH kapal pengawal pantai Libya membawa pendatang tiba di pelabuhan di bandar Misrata. - Foto AFP

ROME: Pengawal pantai dan tentera Itali serta kapal laut komersial bekerjasama bagi menyelamatkan pendatang yang berada dalam sekurang-kurangnya 16 bot. Beratus-ratus orang berjaya diselamatkan dan mereka menemui 10 mayat dekat pantai Libya ketika penyeludup mengambil keselamatan sewaktu laut tenang untuk menghantar kapal yang padat dengan pendatang bagi menyeberang Mediterranean. Pengawal Pantai Itali berkata, mayat terbabit ditemui dalam tiga operasi menyelamat berasingan dekat pantai Libya. Pengawal pantai turut dibantu bot tunda dan kapal pedagang ketika operasi menyelamat berkenaan. Sebuah kapal kargo menemui tiga mayat pendatang dan 105 orang dalam sampan di perairan utara Tripoli, Libya. Selain itu, dalam satu lagi operasi menyelamat, helikopter Tentera Laut Itali mengesan sebuah bot tiub getah yang mengempis. Bot yang padat dengan pendatang memang mudah dikesan. Sebuah kapal Tentera Laut Itali yang baharu menyelamatkan 90 orang pendatang tetapi dengan segera terpaksa memberi bantuan kepada sebuah lagi bot. Dalam operasi lain, seramai 311 orang termasuk 16 kanak-kanak berjaya diselamatkan dari bot penyeludup. Sebelum ini, seramai 3,690 pendatang diselamatkan dari bot penyeludup. Kebanyakan pendatang masih dibawa ke pelabuhan di selatan Itali meskipun pada masa operasi menyelamat lain sedang dijalankan. - AP

Tiga gegaran awal berlaku awal Ahad

gempa bumi Nepal
Kemusnahan yang berlaku akibat gempa bumi di Kathamamdu, Nepal. - Foto EPA

KATHMANDU - NEPAL. Tiga gegaran bumi berlaku di Nepal awal Ahad mengejutkan ribuan penduduk Kathmandu yang sudahpun panik.

Gempa itu berpusat di Sindhupalchowk, Dhading dan Gorkha, kesemuanya terletak di sekitar Lembah Kathmandu.

Penduduk keluar rumah kerana khuatirkan lebih banyak kerosakan, namun tiada laporan mengenai kerosakan seterusnya.

Gempa itu berkuran 4.5 dan 4 pada skala Richter, menurut Pusat Seismologi Nasional.

Setakat ini, lebih 600 gegaran dicatatkan dengan 128 daripadanya mempunyai kekuatan 4 pada skala Richter sejak gempa bumi kuat pada 25 April lepas yang mengorbankan lebih 7,000 nyawa. - Bernama

Budak kritikal lepas tertembak muka sendiri

Budak kritikal lepas tertembak muka sendiri

PEORIA - AMERIKA SYARIKAT. Seorang kanak-kanak dilaporkan berada dalam keadaan kritikal selepas tertembak wajahnya sendiri dengan pistol yang ditemui, lapor portal Azcentral.

Menurut laporan tersebut lagi, kejadian berlaku apabila kanak-kanak malang berusia dua tahun itu menemui sepucuk pistol yang berada di bawah selimut di atas katilnya.

Sebelum itu, kanak-kanak itu bersama abangnya yang berusia tujuh tahun bermain di atas katil dalam sebuah bilik  ketika bapanya dilaporkan tiada di rumah.

Berdasarkan rakaman audio yang diterima oleh pihak berkuasa, ibu saudara mangsa yang sedang mencuci pinggan di dapur bergegas menjenguk kanak-kanak terbabit selepas mendengar bunyi tembakan.

Dia kemudiannya menghubungi polis sebelum memberitahu kanak-kanak malang itu mengalami kesukaran untuk bernafas akibat dari tembakan tersebut.

“Ibu saya (nenek mangsa) memangkunya dan dia kelihatan sukar bernafas,” katanya.

Kanak-kanak tersebut dikejarkan ke hospital sebelum doktor yang merawatnya melaporkan dia berada dalam keadaan stabil.

Petrol habis: Niat curi Ferrari terbantut

Petrol habis: Niat curi Ferrari terbantut

WEST YORKSHIRE - BRITAIN. Hasrat dua orang lelaki untuk mencuri dua buah kereta mewah Ferrari terbantut selepas terpaksa meninggalkan kereta itu kerana kehabisan petrol.

Michael Jefferson, 29, bersama rakan subahatnya, mencuri dua kereta GTO250 yang dianggarkan berharga £60,000 (RM241,000) di sebuah pameran kereta di Brighouse, West Yorkshire.

Namun cubaan untuk membawa keluar kereta tersebut gagal selepas bekalan petrol yang dibawa mereka tidak mampu untuk mengerakkan kereta terbabit.

Memetik laporan Metro.uk, Michael  kini dijatuhi hukuman penjara 3 tahun 2 bulan atas kesalahan mencuri dan pecah masuk.

Ancaman bom: Air Arabia mendarat cemas

Air Arabia

DUBAI - UAE. Pesawat Air Arabia yang dalam penerbangan dari Kuwait terpaksa mendarat cemas di pengkalan tentera udara di Dubai selepas salah seorang penumpang memberi amaran pesawat itu akan meletup.

Pesawat itu terpaksa mendarat di Pengkala Udara Al Minhad, pinggir bandar Dubai awal pagi Isnin.

Memetik laporan Agensi Berita WAM, pihak berkuasa telah mengambil prosedur standard untuk berdepan situasi ini.

Air Arabia adalah sebuah syarikat tambang murah yang berpangkalan di Emirate of Sharjah.

Tiada sebarang kenyataan dikeluarkan setakat ini.

Rempuh wanita, kanak-kanak kerana mabuk

mabuk

CALIFORNIA - AMERIKA SYARIKAT. Seorang wanita dan seorang kanak-kanak terbunuh manakala dua lagi kanak-kanak cedera selepas dirempuh seorang pemandu yang disyaki mabuk, Sabtu lepas.

Menurut AP, wanita berumur 40 tahun tersebut sedang berjalan bersama tiga kanak-kanak berkenaan untuk menziarahi ahli keluarga di sebuah kompleks ketika dirempuh.

Kenyataan polis pada Ahad mengatakan pemandu tersebut hilang kawalan di sebuah simpang dan merempuh mangsa yang sedang berjalan di kompleks berkenaan.

Pemandu tersebut, Brian Jones, 35, dari Livermore ditahan selepas disyaki memandu dalam keadaan mabuk.

Pegawai penyiasat memberitahu Jones menikmati arak di sebuah festival beberapa jam sebelum kejadian.

Sementara itu, seorang lagi suspek pemandu merempuh hingga maut seorang wanita berumur 24 tahun dan mencederakan lapan yang lain di Bay Point.

Martin Bretado-Munoz, 21, ditahan polis kerana disyaki memandu dalam keadaan mabuk.

Keganasan bukan punca kematian

Keganasan bukan punca kematian
Polis menggali semula kubur di sebuah kem hutan terbiar di daerah Sadao di wilayah Songkhla

BANGKOK - Laporan pemeriksaan awal forensik terhadap 26 mayat dari  sebuah kubur besar berhampiran selatan Thailand tidak menunjukkan tanda kematian akibat keganasan.

Kelmarin, polis dan unit forensik merentas kawasan pergunungan untuk ke kem hutan di wilayah Songkhla yang didakwa pihak berkuasa mempunyai kaitan dengan penyeludupan manusia dan menggali kubur 21 mayat.

Lima mayat telah dikeluarkan terlebih dahulu sehari sebelumnya, iaitu beberapa ratus meter dari sempadan Thailand dan Malaysia.

Timbalan Komander Polis Wilayah Songkhla, Kolonel Triwit Sriprapa berkata, dari siasatan awal forensik, tiada tanda pada tulang atau luka yang mengaitkan kematian dengan sebarang keganasan.

"Kemungkinan kesemua mereka mati akibat penyakit dan pemakanan tidak seimbang," katanya.

Difahamkan, penemuan kem tersembunyi di dalam hutan di selatan Thailand  ada kaitan dengan penyeludan manusia di negara Asia Tenggara. - Reuters

Nepal tumpu agih makanan


SEORANG lelaki mengutip semula beras dari kawasan rumahnya yang runtuh akibat dilanda gempa bumi di Bhaktapur, Nepal semalam. - REUTERS


KATHMANDU – Kerajaan Nepal mula mengalih tumpuan daripada operasi mencari dan menyelamat kepada menyalurkan bekalan makanan serta barangan keperluan selepas seminggu gempa bumi melanda negara itu.
Para pegawai berkata, pada masa ini proses mengagihkan barangan keperluan tidak begitu berkesan kerana keutamaan diberikan kepada operasi menyelamat mangsa-mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan akibat gempa pada 25 April lalu.
“Sukar untuk mengendalikan dua perkara dalam satu masa. Oleh itu, fokus kini akan diberikan kepada kerja-kerja menyalurkan bantuan,” kata Ketua Angkatan Tentera Nepal, Jeneral Gaurav Shumsher Rana.
Sementara itu, Kementerian Kewangan memberitahu bahawa Nepal masih belum menerima bantuan dalam bentuk wang daripada penderma antarabangsa.
Nepal pada masa ini telah mengeluarkan dana sendiri sebanyak AS$15 juta (RM53.9 juta).
Jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Laxmi Dhakal pula mengesahkan jumlah kematian sehingga kelmarin meningkat kepada 6,624 orang, manakala lebih 14,000 orang cedera.
“Keutamaan sekarang adalah terhadap penghantaran makanan dan barangan keperluan terutama di daerah yang terjejas teruk seperti Dolakha dan Sindhupalchowk,” kata Dhakal.
“Bagaimanapun kita tetap akan membantu jika ada laporan mengenai mangsa yang masih hidup di bawah runtuhan. Adalah suatu yang luar biasa jika ada yang terselamat selepas seminggu gempa melanda,” katanya lagi.
Gempa bumi dengan kekuatan 7.8 magnitud pada 25 April lalu merupakan yang terbesar melanda Nepal selepas kali terakhir berlaku lebih 80 tahun lalu. – Dpa


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0503&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz3Z99cxHVB 
Hakcipta terpelihara 

Tiga lagi mayat reput ditemui di sempadan Thailand



ANGGOTA forensik memeriksa tengkorak yang dikeluarkan dari kubur besar sebuah kem hutan yang terletak berdekatan sempadan Malaysia di daerah Sadao, wilayah Songkhla, Thailand semalam. - AFP


PADANG BESAR, Thailand – Sekurang-kurangnya tiga mayat reput dipercayai milik pendatang dari Myanmar atau Bangladesh ditemui selepas pihak berkuasa menggali kubur besar di sempadan Thailand-Malaysia semalam.
Usaha itu dilakukan bagi mengesan kemungkinan wujud penganiayaan dalam kes penyeludupan manusia di kem pendatang tersebut, menurut pemberita AFP yang berada di tempat kejadian.
Pada masa ini, pasukan forensik Thailand berusaha menggali semula rangka manusia yang masih baharu dari kubur cetek yang hanya mempunyai kedalaman beberapa meter selain ditutup dengan buluh di kem hutan yang ditinggalkan di daerah Sadao dalam wilayah Songkhla itu.
Jumaat lalu, pihak berkuasa menemui sekurang-kurangnya lapan mayat lain dan polis sedang menyiasat lebih 20 lagi kubur di kawasan berkenaan yang hanya terletak beberapa ratus meter dari sempadan Malaysia.
Sementara itu, dua orang pendatang berumur antara 25 dan 35 tahun yang ditemui di kawasan itu memberitahu doktor bahawa mereka telah berada selama beberapa bulan di kem tersebut walaupun dalam ke­adaan sakit dan hanya mempunyai sedikit makanan.
“Kedua-dua mereka kekura­ngan nutrisi, mempunyai kudis dan kutu,” ujar doktor di Hospital Padang Besar, Kwanwilai Chotpitchayanku.
Punca kematian pendatang asing tersebut masih belum dikenal pasti, namun Ketua Polis Thailand telah menyifatkan kawasan itu sebagai ‘penjara maya’ apabila dikosongkan hanya beberapa hari sebelum diketahui umum. Pendatang yang sakit dan hampir mati pula ditinggalkan di kem tersebut. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0503&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz3Z99WaaO9 
Hakcipta terpelihara 

Banjir kilat landa Australia



DUA kenderaan tersadai selepas dihanyutkan banjir kilat dekat Brisbane kelmarin. - Agensi


SYDNEY – Angka kematian akibat hujan lebat di pantai timur Australia meningkat kepada enam orang semalam, manakala amaran banjir kilat diteruskan selepas beribu-ribu kediaman digenangi air bah.
Negeri Queensland dan New South Wales (NSW) berdepan tugas berat untuk membersihkan kawasan-kawasan yang dilanda banjir. Namun, situasi dua negeri di timur Australia itu diramalkan semakin baik selepas mengalami cuaca buruk selama dua hari.
“Kami tidak pernah melihat hujan sebegini lebat seperti turun dalam masa yang singkat,” kata Ketua Menteri Queensland, Annastacia Palaszczuk dalam satu wawancara bersama saluran televisyen tempatan, Channel Seven di ibu negeri Queensland, Brisbane semalam.
Dalam perkembangan berkaitan, seorang kanak-kanak berumur enam tahun menjadi korban banjir keenam apabila dia dihanyutkan ombak besar di sebuah pantai di NSW kelmarin, kata polis dan beberapa anggota penyelamat.
Sebelum itu pada Jumaat lepas, lima orang termasuk seorang budak lelaki lima tahun turut maut apabila sebuah kenderaan pacuan empat roda terperangkap dalam banjir kilat di Caboolture, sekitar 44 kilometer ke utara Brsibane.
Mengulas perkembangan banjir semasa, datuk bandar tempatan, Allan Sutherland menyifatkan hujan kali ini adalah yang paling lebat dalam tempoh 200 tahun.
Hujan sebanyak 277 milimeter turun dalam masa cuma tiga jam di Caboolture pada Jumaat lalu. Rantau berkenaan menerima taburan hujan sebanyak 360 milimeter dalam masa kurang 24 jam. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0504&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz3Z99BSokr 
Hakcipta terpelihara 

Korban gempa bumi Nepal cecah 7,250 orang


PENDUDUK tempatan mencari barangan milik mereka daripada kediaman yang musnah di bandar Sankhu, Lembah Kathmandu semalam.


KATHMANDU – Pasukan penyelamat mengeluarkan seorang lelaki berusia 101 tahun daripada runtuhan rumahnya selepas seminggu Nepal digegarkan gempa bumi kuat bermagnitud 7.9, kata pihak berkuasa semalam.
Mangsa, Funchu Tamang diselamatkan kelmarin dan hanya cedera ringan di pergelangan kaki dan tangannya selepas kediamannya ranap dalam gempa bumi pada 25 April lalu.
“Dia dibawa ke sebuah hospital daerah dengan helikopter. Keadaannya stabil,” kata seorang pegawai polis tempatan, Arun Kumar dari daerah Nuwakot, sekitar 80 kilometer ke barat daya Kathmandu.
Polis turut mengeluarkan tiga wanita dalam keadaan masih hidup dari celah runtuhan di daerah Sindhupalchowk semalam. Daerah itu adalah antara tiga kawasan paling teruk terjejas akibat gempa bumi tersebut.
Kelmarin pihak berkuasa menolak akan menemui lebih ramai mangsa terselamat di bawah timbunan runtuhan kediaman dan bangunan. Menurut pihak berkuasa, usaha kini tertumpu kepada penyaluran bantuan untuk beribu-ribu penduduk terjejas gempa bumi di Banjaran Himalaya.
Terdahulu, Menteri Kewangan Ram Sharan Mahat berkata, angka kematian dipercayai akan melonjak sebaik sahaja pasukan penyelamat sampai ke kampung-kampung di kawasan pergunungan di Nepal.
“Terdapat kampung-kampung yang kami ketahui telah musnah tetapi kami masih belum sampai ke semua lokasi itu,” katanya.
Menurut Pusat Operasi Kecemasan, angka kematian gempa bumi tersebut mencecah 7,250 orang setakat ini, manakala lebih 14,000 penduduk cedera.
“Lebih 100 kematian turut dicatatkan di India dan China,” katanya dalam satu kenyataan.
Dalam perkembangan berkaitan, sebanyak 51 mayat termasuk enam warga asing ditemui di laluan Langtang yang popular dalam kalangan pengembara dan pelancong asing.
“Kira-kira 100 rakyat asing masih hilang di kawasan itu,” kata seorang pegawai tempatan, Uddav Prasad Bhattarai. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0504&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz3Z994Y3sO 
Hakcipta terpelihara 

Kematian ASP timbul tanda tanya



BEGINILAH keadaan kereta Proton Waja dipandu Sivanathan selepas berjaya dikeluarkan dari dalam lombong di Taman Perindustrian Meranti Permai, Puchong semalam.


PUCHONG – Kematian seorang pegawai polis berpangkat Asisten Superintendan (ASP) daripada bahagian narkotik menimbulkan tanda tanya apabila mayat mangsa ditemui dalam kereta yang dipandunya pada kedalaman 15 meter dalam lombong tinggal di Taman Perindustrian Meranti Permai di sini semalam.
Mayat mangsa ditemui kira-kira 20 meter dari tebing lombong berkenaan kira-kira pukul 10.30 pagi.
Pemangku Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan Abdul Aziz Ali berkata, mangsa, V. Sivanathan, 34, ditemui unit Skuba Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang melakukan operasi mencari dan menyelamat di lokasi berkenaan.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0504&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm#ixzz3Z98pYGtG 
Hakcipta terpelihara 

Wanita buang bayi dicekup di Kota Tinggi



Longkang yang menjadi tempat pembuangan bayi lelaki di Felda Lok Heng, Kota Tinggi.


KOTA TINGGI – Seorang wanita muda yang dipercayai membuang bayi lelaki yang baru dilahirkannya di dalam tandas ke luar rumah di Felda Lok Heng dekat sini akhirnya ditahan polis pada Jumaat lalu.
Wanita berusia 27 tahun dari Ulu Tiram, Johor Bahru dan masih belum berkahwin tersebut melakukan perbuatan itu di rumah saudaranya ketika bercuti sempena Hari Pekerja.
Semasa berada di rumah tersebut, wanita itu yang merahsiakan tentang kehamilannya kemudian mengalami sakit perut dan memberitahu saudaranya bahawa dia ingin ke tandas dengan alasan sakit perut kerana datang haid.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0504&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz3Z98cwOQP 
Hakcipta terpelihara 

Anak belasah bapa sendiri


Beginilah keadaan Tahar selepas dibelasah oleh anaknya yang bertindak akibat pengaruh dadah. Tahar sedang dirawat di HSNZ, Kuala Terengganu semalam.


KUALA TERENGGANU – Seorang warga emas, Tahar Muhamad, 73, cedera parah apabila dahinya dihentak dengan sebuah televisyen plasma 32 inci oleh anaknya di Kampung Losong Dato Amar di sini awal pagi semalam.
Dalam kejadian pada pukul 6.30 pagi itu, mangsa ditemui isterinya, 67, dalam keadaan terlentang di ruang tamu dengan kecederaan di dahi.
Suspek berusia 39 tahun itu kemudiannya bertindak mengejar ibu dan adik lelakinya yang sempat melarikan diri sebelum meminta pertolongan daripada penduduk kampung.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0504&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz3Z98ReOmf 
Hakcipta terpelihara 

26 ditahan dalam operasi bersepadu


GRO warga Thailand yang berkhidmat di pusat hiburan haram ditahan
GRO warga Thailand yang berkhidmat di pusat hiburan haram ditahan dalam operasi bersepadu di Sungai Petani, Kedah, semalam. Utusan/Rafie Azimi
SUNGAI PETANI 3 Mei – Seramai 26 individu termasuk tujuh gadis pelayan pelanggan (GRO) warga Thailand yang berkhidmat di pusat hiburan haram, ditahan dalam operasi bersepadu melibatkan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda di sini awal pagi ini.
Diketuai Ketua Polis Negeri, Datuk Zamri Yahya, operasi yang berlangsung selama lebih enam jam dan bermula pada pukul 10 malam itu turut menjalankan pemeriksaan ke atas lebih 830 individu serta 611 kenderaan.
Pemeriksaan itu membawa kepada pengeluaran 87 saman trafik.
"Dua daripada mereka yang ditahan sememangnya dikehendaki polis kerana terlibat dengan kes curi ken­deraan bermotor serta pecah rumah dan mencuri. Salah seorang yang lain pula merupakan suspek kepada kes mendatangkan kecederaan.
"Selain itu, kami turut menemukan sebuah kereta yang dilaporkan hilang di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini," katanya kepada pemberita selepas operasi itu berakhir awal pagi ini.
Seramai 29 pegawai dan 167 anggota polis terlibat dalam operasi tersebut yang menyaksikan sebanyak 24 serbuan dilakukan di sekitar daerah ini.
Difahamkan lima lelaki turut ditahan dalam operasi berkenaan kera­na terlibat dengan kes dadah dan daun ketum di sekitar Gurun.
Mengulas mengenai GRO yang ditahan, Zamri berkata, kes itu disiasat mengikut Peraturan 39b Peraturan Imigresen 59/63 kerana menyalahgunakan pas lawatan sosial.
"Pemeriksaan mendapati, pusat hiburan terbabit yang terletak di Pekan Lama dekat sini, tidak memiliki permit lesen hiburan dan didenda mengikut Enakmen Hiburan 6(2) dan Tempat-tempat Hiburan 1997," katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/26-ditahan-dalam-operasi-bersepadu-1.87551#sthash.EmMjgA40.dpuf

Budak dilanggar depan bapa


KUALA NERANG – Seorang bapa berdepan saat menyedihkan dalam hidupnya kelmarin apabila bukan sahaja kehilangan anak bongsunya dalam kemalangan malah turut menyaksikan sendiri kejadian itu di depan matanya.
Dalam kejadian kira-kira pukul 7.45 malam kelmarin itu, mangsa, Megat Naqiuddin Megat Hasbi, 5, maut selepas dilanggar sebuah motosikal yang ditunggang seorang remaja berusia 19 tahun ketika melintas jalan di Kilometer 0.5 Jalan Kuala Nerang-Pokok Sena di sini.
Menurut Megat Hasbi Basarudin, 39, sebelum kejadian, dia bersama isterinya, Zalifah A. Brohim, 38, dan tiga anaknya dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Kemangi di sini dari Kampung Tandop Besar selepas menziarahi seorang saudara sebelum singgah di sebuah kedai untuk membeli roti canai.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0504&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm#ixzz3Z97ma7SB 
Hakcipta terpelihara 

Anak hentak kepala bapa dengan TV


Suspek disahkan positif morfin

Keadaan Tahar Muhammad yang masih tidak sedarkan diri di Hospital
Keadaan Tahar Muhammad yang masih tidak sedarkan diri di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu selepas dihentak dengan televisyen oleh anaknya dalam kejadian pagi semalam.
KUALA TERENGGANU 3 Mei - Kerana pengaruh morfin, seorang anak sanggup menghentak kepala bapanya sendiri dengan televisyen (TV) dalam kejadian di rumahnya di Kampung Losong Dato Amar, di sini pagi ini.
Kejadian kira-kira pukul 6.30 pagi itu menyebabkan mangsa, Tahar Muhammad, 73, terbaring tidak sedarkan diri di ruang tamu akibat cedera parah di bahagian kepala akibat hentakan TV bersaiz 81.3 sentimeter (32 inci) itu.
Difahamkan, warga emas yang kini berada di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) itu masih tidak sedarkan diri dan keadaannya kritikal.
Menurut ibu saudara suspek yang dikenali sebagai Na, 46, ketika kejadian, suspek berusia 39 tahun yang merupakan anak kedua daripada tiga beradik itu tinggal berdua bersama bapanya manakala ibu dan adik perempuannya berada di rumah abang sulung lelaki tersebut yang terletak berhampiran.
Katanya, selepas kejadian suspek melarikan diri dan berjaya ditahan oleh orang kampung.
“Menurut ahli keluarga, sejak akhir-akhir ini suspek memang berkelakuan pelik dan jarang bercakap dengan ahli keluarga terma­suk dengan emaknya sedangkan dia memang rapat dengan kakak ipar saya itu,” katanya ketika ditemui pemberita di tempat kejadian, di sini hari ini.
Na berkata, suspek yang bekerja sebagai tukang rumah tidak pernah mengamuk sehingga mencederakan ahli keluarga sebelum ini.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Wan Abd. Aziz Wan Hamzah ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.
Katanya, suspek yang kini dalam tahanan disahkan positif dadah jenis morfin dan akan direman esok.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/anak-hentak-kepala-bapa-dengan-tv-1.87593#sthash.ohY17MpO.dpuf