![]() |
Remaja terselamat selepas lima hari terperangkap |
KATHMANDU - NEPAL. Remaja 15 tahun ditemui selamat selepas lima hari terperangkap dalam runtuhan akibat bencana gempa bumi yang melanda negara itu Sabtu lalu.
Menurut laporan BBC, remaja itu ditemui oleh pasukan penyelamat dan kerja-kerja mengeluarkan mangsa masih diteruskan.
Pasukan penyelamat di seluruh negara bertungkus lumus mencari mangsa yang mungkin masih terselamat walaupun peluang untuk menemui mangsa yang terselamat adalah tipis.
Ketua Pusat Pengurusan Bencana, Kementerian Perumahan Nepal, Rameshwor Dandal berkata, kemungkinan tiada lagi mangsa yang masih hidup.
"Cuaca hujan telah menyukarkan operasi mencari dan menyelamat,” katanya.
Gempa bumi kuat yang berukuran 7.9 pada skala Richter itu berlaku pada jam 2.45 petang waktu Malaysia.
Gempa bumi itu mengakibatkan kemusnahan besar-besaran harta benda dan juga merosakkan banyak mercu tanda bersejarah termasuk tapak warisan diiktiraf Unesco seperti Menara Dharahara Tower dan Dataran Durbar.