Search This Blog

Sunday, April 26, 2015

150 saman dalam tiga jam


FOTO Muhammad Sulaiman

Shah Alam: Polis Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Shah Alam mengeluarkan 150 saman terhadap pengguna jalan raya dalam Ops Samseng Jalanan awal pagi tadi.
Ops yang bermula kira-kira 1 pagi itu, menggempur Dataran Kemerdekaan Shah Alam yang kerap menjadi lokasi tumpuan pada malam minggu.
Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, Deputi Superintendan Goh Lee Shen berkata, 96 daripada 150 saman dikeluarkan adalah terhadap penunggang motosikal.
"Selain itu, kami juga menyita 60 motosikal dan lapan kereta kerana kesalahan tiada lesen memandu dan cukai jalan.
"Hanya dalam masa tiga jam operasi pihak kami mengeluarkan 150 saman. Situasi ini amat serius," katanya ketika ditemui dalam ops berkenaan, pagi tadi.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 April 2015 @ 1:18 PM



- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/46527#sthash.BvuWZyLN.dpuf

Murid tahun 5 ditemui lemas


Oleh Shahrul Nizam Mohamad

am@hmetro.com.my

Kuantan:Seorang murid lelaki darjah lima Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Pei Chai, Air Putih, di sini, lemas ketika mandi bersama rakannya, di sebuah hotel, di sini, petang tadi.
Dalam kejadian kira-kira 4.23 petang itu, mangsa, Lai Jin Shien, 11, dari Bukit Sekilau, di sini, meninggal dunia di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, mangsa mandi di kolam renang itu selepas selesai menyambut hari ulang tahun kelahirannya.
"Kejadian itu disedari rakan mangsa selepas mendapati murid terbabit tidak sedarkan diri ketika terapung di air," katanya.
Beliau berkata, rakan mangsa bergegas memaklumkan kepada pihak hotel untuk meminta bantuan sebelum dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Katanya, bagaimanapun, pihak HTAA mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia di tempat kejadian.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/46545#sthash.FAuy7tEe.dpuf

Gempa bumi 7.9 skala Richter gegar Kathmandu

SABTU, 25 APRIL 2015 @ 3:08 PM



 GEMPA bumi kuat berukuran 7.5 pada skala Richter melanda wilayah Kathmandu, tengah hari tadi. - Foto EPA

 KATHMANDU, Nepal: Gempa bumi kuat berukuran 7.9 pada skala Richter melanda wilayah Kathmandu, Nepal tengah hari tadi. Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) berkata, pihaknya menjangkakan kerosakan teruk akibat gempa itu. Laporan awal dari Kathmandu mengatakan beberapa rumah rosak dan dinding rumah musnah, tetapi setakat ini belum ada lagi arahan kecemasan yang dikeluarkan kepada penduduk. Gempa bumi itu turut dirasai di negara jiran, India dan Pakistan. Mohammad Shahab, seorang penduduk dari Lahore, Pakistan, berkata dia di pejabatnya ketika gempa yang berterusan dalam tempoh agak lama menggegarkan bandar itu. Gempa itu juga turut dirasai di ibu negara India, New Delhi. - AP

Gegaran kuat dirasai di utara India

SABTU, 25 APRIL 2015 @ 5:46 PM




 PENDUDUK India berkumpul di tengah jalan berikutan gegaran dirasai di kawasan utara India susulan kejadian gempa bumi berukuran 7.9 pada skala Richter yang berpusat kira-kira 77 kilometer dari ibu negara Nepal, Kathmandu. - Foto AFP


 NEW DELHI: Gegaran kuat turut dirasai di kawasan utara India susulan kejadian gempa bumi berukuran 7.9 pada skala Richter yang berpusat kira-kira 77 kilometer dari ibu negara Nepal, Kathmandu. Penduduk di beberapa bandar raya di India iaitu Mumbai dan Kolkata di utara dan malah di Cochin di selatan melaporkan gegaran dirasai antara 30 saat dan 45 minit. Di ibu negara New Delhi, orang ramai bergegas keluar ke jalan raya tetapi setakat ini tiada kerosakan teruk atau kematian dilaporkan. Bagaimanapun, banyak yang masih takut untuk masuk semula ke bangunan atau rumah. Beberapa minit selepas kejadian gempa bumi itu, Jabatan Meteorologi India mengeluarkan amaran bahawa ia gempa bumi kuat dan penduduk di utara negara ini diminta bersedia untuk menghadapi gempa bumi susulan. Jabatan itu melaporkan berlaku gempa bumi susulan berukuran 6.6 pada skala Richter dengan ibu negara India ini merekodkan gegaran berukuran 5 pada skala Richter. - BERNAMA

Nepal: 114 maut berikutan gempa bumi kuat

SABTU, 25 APRIL 2015 @ 5:56 PM





KATHMANDU: Sekurang-kurangnya 114 orang maut berikutan gempa bumi kuat yang melanda sebahagian besar Nepal, menurut kerajaan negara itu. "Di Kathmandu, 71 orang dilaporkan terkorban sehingga kini," kata jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Laxmi Prasad Dhakal. Beliau berkata, 43 orang lagi dilaporkan terkorban di wilayah Bhaktapur yang terletak berhampiran Kathmandu. - AFP

ORANG ramai menolong mengeluarkan mangsa dari runtuhan bangunan ekoran gempa bumi yang kuat melanda sebahagian besar Nepal. - Foto EPA

India tawar bantu Nepal selepas gempa kuat

SABTU, 25 APRIL 2015 @ 7:32 PM



NARENDRA Modi (tengah) mempengerusikan mesyuarat tergempar di New Delhi hari ini bagi memperincikan bentuk bantuan untuk disalurkan berikutan gempa melanda beberapa wilayah di negara itu dan Nepal. - Foto AFP


NEW DELHI: Perdana Menteri India, Narendra Modi memanggil satu mesyuarat tergempar bagi memperincikan bentuk bantuan untuk disalurkan berikutan gempa melanda beberapa wilayah di negara itu dan Nepal. Menteri Dalam Negeri India, Rajnath Singh memaklumkan perkara itu menerusi satu kenyataan kepada media tempatan, sambil memberitahu masih menunggu jumlah terkini mangsa yang terbabit. "Kita juga akan membantu semaksimum mungkin apa yang kerajaan Nepal perlukan," katanya mengulas gempa bumi kuat 7.9 pada skala Richter yang menggegarkan Kathmandu tengah hari tadi. Gegaran gempa yang berpusat kira-kira 80 kilometer di timur bandar kedua terbesar Nepal, Pokhara turut dirasai di India dan Pakistan. Selain kemusnahan besar dengan jumlah korban dianggarkan meningkat kepada 449 orang, ramai yang terkandas kerana Lapangan Terbang Antarabangsa Kathamandu ditutup. Keadaan itu mengakibatkan ratusan pengunjung termasuk pelancong terkandas apabila jadual penerbangan terpaksa ditangguhkan sementara waktu. Dalam pada itu, puluhan pendaki gunung Everest turut terkandas ekoran kejadian itu - Agensi

10 maut runtuhan salji di Gunung Everest susulan gempa

SABTU, 25 APRIL 2015 @ 9:34 PM




 GAMBARAN selepas kejadian runtuhan salji di Everest Base Camp berikutan gempa bumi di Nepal. Enam pendaki Universiti Teknologi Malaysia yang kini berada di base camp pada ketinggian 5,364 meter itu, dilaporkan selamat. Gambar ini dikongsi oleh salah seorang pendaki itu, Azham Afzanizam Hamzah melalui akaun Facebooknya. - Foto BERNAMA

KATMANDHU, Nepal: Runtuhan salji di kem di kaki Gunung Everest susulan gempa bumi kuat di wilayah itu hari ini meragut sekurang-kurangnya 10 nyawa, termasuk pendaki asing, kata seorang pegawai Nepal. "Kami tidak mempunyai butiran lagi, tetapi 10 orang telah dilaporkan mati setakat ini, termasuk pendaki asing," kata pegawai Jabatan Pelancongan Nepal, Gyanendra Shrestha Kumar. - AFP

Gempa Nepal: Angka kematian hampiri 1,400 orang

AHAD, 26 APRIL 2015 @ 7:33 AM


 ORANG tidur di luar pada jalan di Kathmandu, Nepal, berikutan gempa bumi besar-besaran. - Foto EPA


KATHMANDU: Angka kematian akibat gempa bumi kuat yang melanda sebahagian besar Nepal kini meningkat kepada sekurang-kurangnya 1,394 orang, kata polis negara itu. Inspektor Yuvraj Khadka berkata, jumlah kematian berkenaan dijangka terus meningkat berikutan kejadian berkenaan. Gempa bumi kuat berukuran 7.9 magnitud melanda wilayah Kathmandu, Nepal tengah hari semalam dan gegaran paling dirasai di ibu negara berkenaan terutama kawasan dengan kepadatan penduduk yang ramai. Berpuluh kesan gegaran susulan berlaku dalam kejadian terbabit. - AP

Gempa Nepal: Kerajaan rayu negara asing hantar bantuan

AHAD, 26 APRIL 2015 @ 8:25 AM

 AHLI-AHLI pasukan petugas Virginia 1 sedang ,memeriksa alatan dan kelengkapan mereka di ibu pejabat sebelum gerakan untuk menjalankan operasi mencari dan menyelamat di Nepal. - Foto AFP


KATHMANDU: Kerajaan Nepal merayu negara asing menghantar bantuan bagi mengendalikan kesan gegaran gempa bumi yang kini mengorbankan hampir 1,400 orang. Berikutan itu, angka kematian dijangka meningkat apabila anggota penyelamat terpaksa menggunakan tangan untuk mencari mangsa yang terselamat di celah-celah runtuhan hari ini. Beribu-ribu orang berdepan suhu sejuk dan hujan apabila terpaksa tidur di kaki lima, taman atau padang di wilayah Kathmandu kerana terlalu takut untuk pulang ke kediaman selepas gempa bumi 7.9 magnitud menggegar negara itu pada tengah hari semalam. "Kami sudah melancarkan operasi menyelamat secara besar-besaran dan pelan tindakan pemulihan serta banyak perkara perlu dilakukan. "Negara kami sedang berdepan krisis dan kami memerlukan sokongan dan bantuan yang banyak," kata Menteri Penerangan dan Penyiaran, Minendra Rijal. Polis berkata, angka kematian sudah mencecah 1,394 orang manakala kira-kira 4,700 cedera. Lebih 630 orang terkorban di lembah Kathmandu dan sekurang-kurangnya 300 orang pula di ibu negara berkenaan. Pendaki gunung warga asing dan juruarah warga Nepal di sekitar Gunung Everest terperangkap akibat gempa bumi berkenaan dan berdepan runtuhan salji. Sebahagian daripada mereka menggunakan media sosial untuk menghantar pesanan bagi mendapatkan bantuan dan memberi amaran bahawa lebih ramai lagi mungkin terkorban. Hospital di seluruh negara yang mempunyai 28 juta penduduk itu sedang bertungkus-lumus mengendalikan mangsa yang terkorban dan cedera akibat gempa bumi terburuk dalam tempoh 81 tahun dan kekurangan kelengkapan menyukarkan anggota penyelamat untuk mencari mangsa yang mungkin terselamat dari celah runtuhan. Sehubungan itu, Hospital Bir di Kathmandu menerima antara 300 dan 350 pesakit yang mengalami kecederaan parah dan kebanyakan daripada mereka terkorban. Ahli paramedik, Dinesh Chaudhary berkata, hospital mengalami masalah bekalan dan terpaksa mendapatkan ubat-ubatan dari kedai. "Lebih ramai pesakit dijangka sampai hari ini kerana baru sebahagian daripada sisa runtuhan dibersihkan," katanya. Sementara itu, kakitangan Hospital Bhaktapur di pinggir Kathmandu, Ramesh Pokharel berkata, kira-kira 50 mayat berada di atas padang. Katanya, doktor merawat pesakit dalam khemah di bangunan utama Hospital Bhaktapur dan kakitangan pula sibuk mengira atau mendaftar nama mangsa. "Keadaan memang huru-hara di sini," kata Pokharel. - Reuters

Gempa bumi susulan 6.7 magnitud gegar Nepal - USGS

AHAD, 26 APRIL 2015 @ 4:05 PM



 KATHMANDU: Gempa bumi susulan berukuran 6.7 magnitud menggegar Nepal hari ini, kata Agensi Penyelidikan Geologi Amerika Syarikat (USGS). Sehubungan itu, pendaki memberitahu kejadian berkenaan menyebabkan lebih banyak runtuhan salji di kawasan Gunung Everest. USGS berkata, gempa bumi terbaharu itu melanda timur laut Kathmandu berdekatan sempadan dengan China pada kedalaman 10 kilometer. Pendaki, Jim Davidson berkata, beliau merasai gegasan susulan di Camp One gunung berkenaan. "Baru saja dilanda gegaran susulan di C1 Gunung Everest. Lebih kecil berbanding semalam tapi menyebabkan runtuhan glasier dan salji," katanya menerusi Twitter. - AFP PENDAKI melihat ke arah kawasan di mana sebuah runtuhan dicetuskan oleh gempa bumi berlaku di Everest. - Foto AFP 

Gempa Nepal: Kematian meningkat lebih 1,800 orang

AHAD, 26 APRIL 2015 @ 1:17 PM



NEW DELHI: Operasi mencari dan menyelamat sedang giat dijalankan dengan angka kematian meningkat kepada lebih 1,800 orang di Nepal, kebanyakannya di Kathmandu manakala India melaporkan 51 kematian dan 10 cedera di Tibet susulan gempa bumi kuat bermagnitud 7.9 melanda kawasan Himalaya itu tengah hari semalam. Gempa bumi itu yang menyebabkan runtuhan besar-besaran berhampiran kem 1 dan 2 Gunung Everest, setakat ini merekodkan 18 kematian. Menurut pegawai Nepal, terdapat hampir 1,000 orang di kawasan gunung itu semasa gempa bumi itu berlaku pada kira-kira tengah hari (waktu tempatan) semalam. Pusat Kaji Ukur Geologi Amerika Syarikat berkata gempa bumi itu berlaku pada 11.56 pagi (2.56 petang waktu Malaysia). Awalnya dilaporkan ia berukuran 7.7 pada skala Richter sebelum ukurannya dipinda kepada 7.5 dan kemudiannya dinaikkan kepada 7.9. Setakat ini, 45 gempa susulan dilaporkan dengan ada antaranya berukuran 5 hingga 6 pada skala Richter. Gempa bumi itu mengakibatkan kemusnahan besar-besaran harta benda dan juga merosakkan banyak mercu tanda bersejarah termasuk tapak warisan diiktiraf UNESCO seperti Menara Dharahara Tower dan Dataran Durbar. Bekalan elektrik, air dan rangkaian telekomunikasi dilaporkan mengalami gangguan semalam dan awal pagi ini talian komunikasi kembali pulih secara berperingkat di beberapa kawasan. Pihak berkuasa di India dan Nepal berkata berlaku krisis kemanusiaan dengan kebanyakan penduduk di bandar raya terjejas masih belum dapat menerima hakikat kejadian bencana alam itu. Penduduk dilaporkan berada dalam keadaan tidak keruan dan kesedihan jelas terpancar pada wajah mereka yang kematian anggota keluarga dan rakan dengan angka kematian dijangka terus meningkat tatkala pasukan mencari dan menyelamat dilaporkan sudah sampai ke kawasan bukit lebih tinggi dengan Lembah Kathmandu dilaporkan paling teruk terjejas. Susulan banyak maklumat dilaporkan tentang tahap kemusnahan, media tempatan di ibu negara Nepal pula memaparkan visual beribu-ribu penduduk bermalam di kawasan terbuka, dengan pihak berkuasa mengeluarkan amaran lebih banyak gempa susulan dijangka berlaku dalam 24 jam akan datang. Pihak berkuasa India menghantar bantuan perubatan dan makanan manakala kira-kira 150 anggota Pasukan Respons Bencana Negara (NDRF) sudah berada di kawasan terjejas bagi membantu pasukan keselamatan Nepal yang mengetuai operasi mencari dan menyelamat. India turut menghantar kira-kira 40 doktor yang telah memulakan kerja dan mendirikan hospital lapangan dengan ribuan orang dilaporkan mengalami kecederaan teruk. Awal pagi ini pada kira-kira 1 pagi, kumpulan pertama 102 warga India yang terkandas telah dibawa pulang ke Delhi menggunakan dua pesawat tentera. - BERNAMA
n
SEORANG lelaki meninjau sebuah bangunan runtuh mencari mangsa pada awal pagi, selepas gempa bumi besar-besaran, di Kathmamdu, Nepal. - Foto EPA 

Mangsa rogol bapa: 'Ibu..maafkan kakak'

'Ibu..maafkan kakak'
Suria ditahan di hospital untuk pemeriksaan lanjut

PASIR GUDANG - “Saya hanya mampu menangis dan membiarkan ayah rogol saya kerana terlalu takut,” luah seorang remaja 14 tahun yang menjadi mangsa rogol bapa kandungnya sendiri, Julai tahun lalu.

Mangsa yang ingin dikenali sebagai Suria berkata, kejadian berlaku ketika dia sedang tidur bersama empat adik yang masih kecil di ruang tamu rumah di sebuah kampung, di sini  selepas ibu pulang ke kampung bersama adik bongsu.

Menurutnya, peristiwa hitam itu hanya diberitahu kepada rakan ibunya yang juga jiran sekampung dan dirahsiakan daripada pengetahuan ibu kerana bimbang tidak dipercayai ibu kandungnya.

“Saya sebelum itu memang menumpang tidur di rumah jiran selepas ibu pulang ke kampung, namun memikirkan adik-adik nak bersekolah keesokan harinya saya membuat keputusan tidur bersama mereka di ruang tamu, manakala ayah di dalam bilik tidur.

“Saya terkejut dan sedih diperlakukan sedemikian rupa oleh ayah, sedangkan saya anak kandungnya sendiri.

“Kawan ibu nak bawa saya buat laporan polis, tapi saya menolak kerana terlalu takut. Saya hanya fikir apa perasaan ibu jika dia mengetahui perlakuan ayah,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Suria berkata, ibu saudara yang baharu mengetahui peristiwa hitam yang berlaku Julai lalu itu terlalu marah lalu membawanya membuat laporan polis di Balai Polis Pasir Gudang kelmarin.

Menurutnya, hatinya sebak tatkala melihat raut wajah ibu yang mungkin kecewa dengan tindakan bapa terhadapnya.

“Saya sedih melihat kelopak mata ibu digenangi air mata ketika doktor menceritakan hal sebenar kepada ibu.

“Maafkan kakak  ibu... kakak terpaksa..Kakak sayang ibu dan adik-adik,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Abdul Samad Salleh mengesahkan menerima laporan daripada pengadu yang hadir bersama ibunya, kelmarin.

Katanya, suspek yang merupakan bapa kandung mangsa telah ditahan polis, petang kelmarin untuk siasatan lanjut.

“Mangsa juga telah kita hantar ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan,” katanya.

12 ditahan cuba huru-harakan negara


Khalid Abu Bakar
Khalid Abu Bakar
SHAH ALAM - Polis menahan 12 individu di Hulu Langat dan Kuala Lumpur dipercayai ‎merancang untuk melakukan huru-hara terhadap negara.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Datuk Sri Khalid Abu Bakar berkata, ‎kejayaan itu susulan daripada tindakan pantas Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas yang melancarkan satu operasi bersepadu dalam mengekang tindakan individu-individu ini.

"Pada 25 dan 26 April 2015 Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas telah melancarkan satu operasi di Hulu Langat, Selangor dan Cheras, Kuala Lumpur ke atas anggota kumpulan pengganas yang disyaki mempunyai hubungan dengan kumpulan pengganas IS.

"Seramai 12 orang suspek lelaki warganegara Malaysia berusia dalam lingkungan umur 17 hingga 41 tahun telah berjaya ditangkap kerana disyaki sedang merancang untuk melancarkan serangan ke atas sasaran-sasaran strategik dan berkepentingan kerajaan di sekitar Lembah Klang," katanya dalam satu kenyataan medianya hari ini.

Mengulas lanjut, Khalid berkata tindakan mereka ini adalah kerana terpengaruh dengan dakyah pemimpin mereka atas faktor Malaysia negara sekular.

"Rancangan untuk melancarkan serangan oleh anggota sel ini adalah sebagai menyahut seruan pemimpin kanan Is di Syria, untuk melancarkan serangan ke atas kepentingan negara Islam sekular yang didakwa sebagai musuh mereka.

" ...dan sebagai tindak balas terhadap operasi penangkapan ke atas mereka yang disyaki terlibat atau mempunyai kaitan dengan IS oleh PDRM, jelasnya.

Sementara itu, Khalid berkata dalam operasi tersebut, pihak polis telah berjaya merampas serbuk bahan letupan, bendera IS dan  beberapa lagi peralatan dipercayai untuk digunakan bagi menghasilkan bahan letupan.

Katanya lagi kesemua 12 orang lelaki berkenaan ditangkap kerana disyaki melakukan kesalahan di Bab VIA-Kesalahan berkaitan dengan keganasan, Kanun keseksaan (Akta 574) dan akan disiasat mengikut prosedur di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah khas) 2012 (Akta 747).

Diserang monyet selepas tunjuk isyarat lucah

Diserang monyet selepas tunjuk isyarat lucah

SHIMLA – INDIA. Seorang lelaki menerima padah apabila diserang seekor monyet jantan selepas mengangkat tangan dan menunjukkan isyarat lucah kepada haiwan tersebut.

Menerusi sebuah video yang kini menjadi viral, lelaki tersebut dikatakan berjalan di sebuah jalan ditemani rakannya.

Perhatiannya beralih ke arah seekor monyet yang berada di sisi jalan.

Monyet tersebut yang berasa terancam dengan kehadirannya mula memanjat tembok untuk berdepan dengan lelaki tersebut.

Tindakan lelaki tersebut yang mengangkat tangan dan menunjukkan isyarat lucah ke arah monyet tersebut merupakan kemuncak insiden apabila lelaki tersebut diserang di wajahnya.

Video berdurasi 41 saat yang dipaparkan menerusi portal berita Metro.co.uk menunjukkan lelaki tersebut bangun semula dan meninggalkan monyet tersebut tanpa berbuat apa-apa.

Angka kematian meningkat lebih 1,800

Angka kematian meningkat lebih 1,800

NEW DELHI – INDIA. Operasi mencari dan menyelamat sedang giat dijalankan dengan angka kematian meningkat kepada lebih 1,800 orang di Nepal, kebanyakannya di Kathmandu manakala India melaporkan 51 kematian dan 10 cedera di Tibet susulan gempa bumi kuat bermagnitud 7.9 melanda kawasan Himalaya itu tengah hari semalam.
  
Gempa bumi itu yang menyebabkan runtuhan besar-besaran berhampiran kem 1 dan 2 Gunung Everest, setakat ini merekodkan 18 kematian.
  
Menurut pegawai Nepal, terdapat hampir 1,000 orang di kawasan gunung itu semasa gempa bumi itu berlaku pada kira-kira tengah hari (waktu tempatan), semalam.
  
Pusat Kaji Ukur Geologi Amerika Syarikat berkata, gempa bumi itu berlaku pada  11.56 pagi (2.56 petang waktu Malaysia). Awalnya dilaporkan ia berukuran 7.7 pada skala Richter sebelum ukurannya dipinda kepada 7.5 dan kemudiannya dinaikkan kepada 7.9.
  
Setakat ini, 45 gempa susulan dilaporkan dengan ada antaranya berukuran 5 hingga 6 pada skala Richter.
   
Gempa bumi itu mengakibatkan kemusnahan besar-besaran harta benda dan juga merosakkan banyak mercu tanda bersejarah termasuk tapak warisan diiktiraf Unesco seperti Menara Dharahara Tower dan Dataran Durbar.
  
Bekalan elektrik, air dan rangkaian telekomunikasi dilaporkan mengalami gangguan semalam dan awal pagi ini talian komunikasi kembali pulih secara berperingkat di beberapa kawasan.
  
Pihak berkuasa di India dan Nepal berkata berlaku krisis kemanusiaan dengan kebanyakan penduduk di bandar raya terjejas masih belum dapat menerima hakikat kejadian bencana alam itu.
  
Penduduk  dilaporkan berada dalam keadaan tidak keruan dan kesedihan jelas terpancar pada wajah mereka yang kematian anggota keluarga dan rakan dengan angka kematian dijangka terus meningkat tatkala pasukan mencari dan menyelamat dilaporkan sudah sampai ke kawasan bukit lebih tinggi dengan Lembah Kathmandu dilaporkan paling teruk terjejas.
  
Susulan banyak maklumat dilaporkan tentang tahap kemusnahan, media tempatan di ibu negara Nepal pula memaparkan visual beribu-ribu penduduk bermalam di kawasan terbuka, dengan pihak berkuasa mengeluarkan amaran lebih banyak gempa susulan dijangka berlaku dalam 24 jam akan datang.
  
Pihak berkuasa India menghantar bantuan perubatan dan makanan manakala kira-kira 150 anggota Pasukan Respons Bencana Negara (NDRF) sudah berada di kawasan terjejas bagi membantu pasukan keselamatan Nepal yang mengetuai operasi mencari dan menyelamat.
  
India turut menghantar kira-kira 40 doktor yang telah memulakan kerja dan mendirikan hospital lapangan dengan ribuan orang dilaporkan mengalami kecederaan teruk.
  
Awal pagi ini pada kira-kira 1 pagi, kumpulan pertama 102 warga India yang terkandas telah dibawa pulang ke Delhi menggunakan dua pesawat tentera. -Bernama

Puluhan pendaki dilapor hilang di Everest

 Enam pendaki UTM di Nepal selamat
Gambaran selepas kejadian runtuhan salji di Everest Base Camp berikutan gempa bumi di Nepal. Enam pendaki Universiti Teknologi Malaysia yang kini berada di base camp pada ketinggian 5,364 meter itu, dilaporkan selamat. - Foto Bernama

HIMALAYA - NEPAL. Puluhan rakyat Britain antara individu yang hilang dalam tragedi gempa bumi di Nepal, lapor portal Metro.co.uk semalam.

Sekurang-kurangnya 18 pendaki dikeluarkan dari runtuhan Gunung Everest, manakala status kira-kira 70 pendaki Britain yang lain masih tidak dapat dipastikan.

Pendaki-pendaki tersebut dikatakan tertimbus dan terperangkap sebaik sahaja runtuhan salji yang berlaku akibat gempa bumi menimbus tapak khemah mereka semalam.

Dalam pada itu, jurucakap Kementerian Pelancongan Nepal berkata, jumlah individu yang hilang mungkin akan meningkat.

“Individu yang hilang mungkin termasuk pelancong dan warga asing,” katanya seperti yang dipetik menerusi laporan tersebut.

Sementara itu, enam pendaki dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang sedang mendaki Gunung Everest di Nepal, disahkan selamat berikutan kejadian gempa bumi kuat yang berlaku di negara itu.
 
Penolong Pendaftar, Pejabat Hal Ehwal Korporat UTM, Sabri Ahmad berkata kumpulan itu, yang terdiri daripada empat pelajar dan dua jurulatih itu, berlepas ke Kathmandu, 28 Mac lepas.

[ARTIKEL BERKAITAN:  Enam pendaki UTM di Nepal selamat]

Gempa bumi berukuran 7.9 pada skala Richter yang menggegarkan Nepal semalam bukan sahaja mengorbankan lebih 1000 orang tetapi juga hampir memusnahkan beberapa bangunan berusia berabad di ibu negara Kathmandu dan kawasan sekitarnya.

Gempa bumi tersebut dilaporkan telah mengorbankan 1,130 nyawa merentasi empat negara termasuk Pakistan, Bangladesh dan India.

600 maut di Nepal

600 maut di Nepal
Pasukan keselamatan dan orang ramai mengeluarkan mangsa yang terperangkap dalam sisa runtuhan menara Dharahara di Kathmandu, semalam. Foto: AFP

KATHMANDU - NEPAL. Sekurang-kurangnya 600 orang maut selepas gempa bumi kuat berukuran 7.5 magnitud menggegar barat Kathmandu, Nepal, semalam.

Menurut laporan BBC, Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) berkata, gegaran gempa bumi itu dirasai hingga ke kawasan utara India dan Pakistan.

“Setakat ini 600 orang disahkan terbunuh dan angka kematian mungkin bertambah” kata jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Laxmi Prasad Dhakal.

Dalam pada itu, beberapa bangunan bersejarah di Dataran Durbar musnah akibat gempa tersebut.

"Sebuah menara sembilan tingkat yang dibina pada abad ke-19 telah musnah," kata wartawan yang berpangkalan di Kathmandu, Umesh Shreshta.

Sementara itu, gempa turut mencetuskan runtuhan salji di kawasan gunung Everest.
Kementerian Pelancongan Nepal berkata, sekurang-kurangnya 10 pendaki terkorban.

Laporan CNN (sehingga pukul 10 malam) melaporkan angka kematian meningkat kepada lebih 700 orang dan berpuluh mangsa masih  terperangkap di bawah runtuhan bangunan.

Gegaran kuat dirasai di utara India

Gegaran kuat dirasai di utara India
Kemusnahan yang berlaku akibat gempa bumi yang dirasai di Kathmandu, Nepal. –Foto EPA

NEW DELHI - INDIA. Gegaran kuat turut dirasai di kawasan utara India susulan kejadian gempa bumi berukuran 7.9 pada skala Richter yang berpusat kira-kira 77 kilometer dari ibu negara Nepal, Kathmandu.
  
Penduduk di beberapa bandar raya di India iaitu Mumbai dan Kolkata di utara dan malah di Cochin di selatan melaporkan gegaran dirasai antara 30 saat dan 45 minit.
  
Di ibu negara New Delhi, orang ramai bergegas keluar ke jalan raya tetapi setakat ini tiada kerosakan teruk atau kematian dilaporkan. Bagaimanapun, banyak yang masih takut untuk masuk semula ke bangunan atau rumah.
  
Beberapa minit selepas kejadian gempa bumi itu, Jabatan Meteorologi India mengeluarkan amaran bahawa ia gempa bumi kuat dan penduduk di utara negara ini diminta bersedia untuk menghadapi gempa bumi susulan.
  
Jabatan itu melaporkan berlaku gempa bumi susulan berukuran 6.6 pada skala Richter dengan ibu negara India ini merekodkan gegaran berukuran 5 pada skala  Richter. –Bernama

Kura-Kura Sesat Di Landasan Punca Banyak Penerbangan Ditunda


Diterbitkan: Sabtu, 25 April 2015 3:34 PM

SEEKOR kura-kura yang sesat di landasan salah sebuah lapangan terbang paling sibuk di dunia menyebabkan beberapa jadual penerbangan terpaksa ditangguhkan.
Portal Mirror melaporkan beratus-ratus penumpang bagi penerbangan British Airways dari Lapangan Terbang Gatwick di London terkandas apabila sebuah pesawat dari Lapangan Terbang Antarabangsa Orlando mengambil masa untuk mendarat.
Pesawat tersebut terpaksa membuat pusingan di ruang udara di atas landasan sementara mendapatkan lampu hijau untuk mendarat apabila kura-kura itu mengambil masa untuk beredar dari landasan.
Sekurang-kurangnya dua lagi penerbangan sepatutnya mendarat ketika itu turut terjejas.
Laman web berita penerbangan AirLive.net memuat naik berita berkenaan di laman sosial Twitter sehingga mengundang banyak komen lucu daripada pengikutnya.
Jay Bee menulis di Twitter: "Mereka (kura-kura) sentiasa berjalan lembap.
Lee Halford pula berkata: "Buat pusingan menghampiri kura-kura itu. Penumpang pasti akan terkejut besar."
Ketua latihan penerbangan British Airways, Dave Thomas berkata: "Ini adalah pertama kali kita mendengar seekor kura-kura berada di landasan tetapi juruterbang terlatih kita masih perlu memastikan penerbangan tiba awal." - MIRROR

Kerja Boleh Dicari, Anak Lebih Utama - Ibu


Diterbitkan: Ahad, 26 April 2015 10:15 AM
- Gambar hiasan

JOHOR BAHRU: Seorang suri rumah memutuskan untuk tidak memulakan pekerjaan barunya sebagai juruwang bulan depan sebaliknya akan menjaga anak perempuannya yang berusia tiga tahun yang mengalami lebam, dipercayai dirotan oleh pengasuhnya.

"Sekarang, apabila berfikir tentang anak perempuan saya berada di bawah jagaan orang lain, ia benar-benar membimbangkan saya," kata Lau Hui Choon, Sabtu.

Hui Choon telah menghantar anak perempuannya dan anak lelakinya yang berusia satu tahun kepada seorang pengasuh di Skudai di sini selama beberapa hari selepas mendapat tahu tentang perkhidmatannya di internet.

Pada malam Khamis, dia yang berusia 33 tahun itu menerima panggilan daripada pengasuhnya yang meminta dia datang mengambil anak-anaknya.

HUi Choon berkata pengasuh itu memberitahunya bahawa dia telah merotan anaknya kerana nakal. Dia kemudiannya mendapati kesan lebam pada badan anaknya, termasuk pada tangan dan kaki.

Katanya, anaknya itu telah dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail di Pandan di sini pada Jumaat dan akan berada di situ sehingga Isnin.

Ketua Polis Daerah Nusajaya Superintendan Noor Hashim Mohamed berkata, polis akan memanggil pengasuh dan merekodkan kenyataan untuk membantu siasatan.

Eksekutif Google Maut Dalam Runtuhan Salji Everest


Diterbitkan: Ahad, 26 April 2015 5:56 PM
Fredinburg (tengah) bersama dua daripada tiga lagi rakan sekerjanya yang mendaki Gunung Everest sebelum ditimpa musibah pada Sabtu.

SAN FRANCISCO: Seorang eksekutif Google Inc. adalah antara mangsa yang terkorban akibat kejadian runtuhan salji ketika mendaki Gunung Everest susulan gempa bumi yang melanda Nepal, Sabtu.
Dan Fredinburg terkorban dalam kejadian runtuhan salji yang telah memusnahkan sebahagian daripada kem tersebut.
Pengarah Privasi Google, Lawrence You berkata, tiga rakannya yang lain terselamat daripada runtuhan salji itu.
"Usaha sedang dilakukan untuk membawa mereka pulang dengan segera," katanya.
Lawrence turut mengumumkan kematian Fredinburg menggunakan laman sosial Twitter.
"Malangnya, kami kehilangan salah seorang kawan dalam tragedi ini. Dan Fredinburg, seorang ahli yang telah lama berkhidmat dalam Organisasi Privasi berada di Nepal bersama tiga lagi rakan sekerja untuk mendaki Gunung Everest. Dia telah meninggal dunia," kata Lawrence di Twitter.
Lawrence juga berkata Google.org telah menyumbang AS1 juta (RM3.6juta) kepada keluarga pekerjanya yang terbabit dalam tragedi itu.
Kakak Fredinburg, Megan menjelaskan abangnya terkorban akibat kecederaan parah di kepala ketika runtuhan salji itu.
Fredinburg adalah ketua makmal penyelidikan Google X, yang bertanggungjawab membangunkan projek seperti kereta yang boleh memandu dengan sendiri, Google Glass dan kanta lengkap.
Dalam pada itu, seorang pegawai tentera mengesahkan pasukan pencarian di kalangan askar India telah menemui 18 mayat di kawasan Gunung Everest pada Sabtu.
Jurucakap bagi Kementerian Pelancongan Nepal, Gyanendra Shrestha berkata dua khemah yang terdapat di kem tersebut dipenuhi pendaki yang cedera.
"Sekurang-kurangnya 1,000 pendaki termasuk 400 pendaki yang juga pelancong asing berada di kem atau sedang mendaki gunung ketika runtuhan salji itu berlaku," kata Shrestha.
Pegawai yang bertugas mengesahkan lebih daripada 1,800 terkorban akibat gempa bumi yang dianggap bencana terburuk yang berlaku dalam masa 80 tahun di negara itu.

Nepal: Angka Kematian Meningkat Lebih 1,900, Operasi Menyelamat Giat Dijalankan


Diterbitkan: Ahad, 26 April 2015 3:11 PM

NEW DELHI: Operasi mencari dan menyelamat sedang giat dijalankan dengan angka kematian meningkat kepada lebih 1,900 orang di Nepal, kebanyakannya di Kathmandu manakala India melaporkan 51 kematian dan 10 cedera di Tibet susulan gempa bumi kuat bermagnitud 7.9 melanda kawasan Himalaya itu tengah hari Sabtu.

Gempa bumi itu yang menyebabkan runtuhan besar-besaran berhampiran kem 1 dan 2 Gunung Everest, setakat ini merekodkan 18 kematian.

Menurut pegawai Nepal, terdapat hampir 1,000 orang di kawasan gunung itu semasa gempa bumi itu berlaku pada kira-kira tengah hari (waktu tempatan) Sabtu.

Pusat Kaji Ukur Geologi Amerika Syarikat berkata gempa bumi itu berlaku pada  11.56 pagi (2.56 petang waktu Malaysia).

Awalnya dilaporkan ia berukuran 7.7 pada skala Richter sebelum ukurannya dipinda kepada 7.5 dan kemudiannya dinaikkan kepada 7.9.
Setakat ini, 45 gempa susulan dilaporkan dengan ada antaranya berukuran 5 hingga 6 pada skala Richter.

Gempa bumi itu mengakibatkan kemusnahan besar-besaran harta benda dan juga merosakkan banyak mercu tanda bersejarah termasuk tapak warisan diiktiraf UNESCO seperti Menara Dharahara Tower dan Dataran Durbar.

Bekalan elektrik, air dan rangkaian telekomunikasi dilaporkan mengalami gangguan semalam dan awal pagi ini talian komunikasi kembali pulih secara berperingkat di beberapa kawasan.

Pihak berkuasa di India dan Nepal berkata berlaku krisis kemanusiaan dengan kebanyakan penduduk di bandar raya terjejas masih belum dapat menerima hakikat kejadian bencana alam itu.

Penduduk dilaporkan berada dalam keadaan tidak keruan dan kesedihan jelas  terpancar pada wajah mereka yang kematian anggota keluarga dan rakan dengan angka kematian dijangka terus meningkat tatkala pasukan mencari dan menyelamat dilaporkan sudah sampai ke kawasan bukit lebih tinggi dengan Lembah Kathmandu dilaporkan paling teruk terjejas.

Susulan banyak maklumat dilaporkan tentang tahap kemusnahan, media tempatan di ibu negara Nepal pula memaparkan visual beribu-ribu penduduk bermalam di kawasan terbuka, dengan pihak berkuasa mengeluarkan amaran lebih banyak gempa susulan dijangka berlaku dalam 24 jam akan datang.

Pihak berkuasa India menghantar bantuan perubatan dan makanan manakala  kira-kira 150 anggota Pasukan Respons Bencana Negara (NDRF) sudah berada di kawasan terjejas bagi membantu pasukan keselamatan Nepal yang mengetuai operasi mencari dan menyelamat.

India turut menghantar kira-kira 40 doktor yang telah memulakan kerja dan mendirikan hospital lapangan dengan ribuan orang dilaporkan mengalami kecederaan teruk.

Awal pagi ini pada kira-kira 1 pagi, kumpulan pertama 102 warga India yang terkandas telah dibawa pulang ke Delhi menggunakan dua pesawat tentera.

Mangsa Gempa Bumi Nepal Terus Meningkat Kepada Lebih 1,800 Kematian


Diterbitkan: Ahad, 26 April 2015 10:37 AM
Gempa bumi turut memusnahkan bangunan bersejarah, Kuil Warisan Dunia UNESCO di Basantapur Durbar Square. -foto AFP

NEPAL: Kerajaan Nepal telah mengisytiharkan darurat setelah gempa bumi berukuran 7.9 skala Richter melanda negara tersebut.

Kementerian Dalam Negeri Nepal meletakkan angka kematian pada 1,805, dengan kira-kira 4,700 mangsa cedera.

Sekurang-kurangnya 300 terbunuh di ibu negara, sebuah bandar kira-kira 1 juta orang penduduk di mana rumah mereka sudah usang dan terletak dalam keadaan berhimpit.
Menurut pihak polis, seramai hampir 1,800 orang yang dikenal pasti terkorban dalam gempa bumi yang menggegarkan kawasan di 80 km arah timur Pokhara, kira-kira pertengahan jalan antara bandar tersebut dengan bandar Kathmandu.
Jumlah mangsa yang terkorban dijangka meningkat apabila skala bencana mendapat gambaran lebih jelas.

Menurut laporan, seramai 634 orang telah terkorban di lembah Kathmandu manakala 300 lagi terkorban di kawasan bandar.

Bagi negara-negara berdekatan, 36 kematian dilaporkan di India, 12 kematian di Tibet dan empat di Bangladesh.

Gempa bumi tersebut juga memusnahkan beberapa bangunan bersejarah termasuk Kuil Warisan Dunia UNESCO di Basantapur Durbar Square dan menara Dharara yang terletak di tengah-tengah Kathmandu.

Terdapat laporan menyatakan seramai 250 orang mungkin berada di dalam menara Dharara semasa bangunan tersebut runtuh dan sekurang-kurangnya 50 orang dilaporkan terperangkap dalam kuil bersejarah itu semasa kejadian gempa bumi berlaku.

Askar dan pihak polis yang menerima bantuan daripada orang ramai meneruskan operasi menyelamatkan mangsa gempa bumi sejak pagi Sabtu.

Ribuan warga Nepal mencari tempat perlindungan di kawasan lapang kerana bimbang jika kejadian itu berlaku semula.

Pusat gempa bumi terletak 80 km sebelah barat laut dari Kathmandu dan merupakan lembah yang padat dengan penduduk hampir 2.5 juta orang dan peraturan-peraturan bangunan buruk dikuatkuasakan.

Agensi berita melaporkan, terdapat kejadian tanah runtuh yang berlaku berhampiran kem asas Gunung Everest dan seramai sepuluh orang dipercayai terkorban manakala pendaki-pendaki lain masih terperangkap.

Pendaki gunung dari British, Kenton Cool menerangkan sukar untuk pihak penyelamat meneruskan operasi dalam cuaca yang buruk.

"Ini adalah musim untuk mendaki dan terdapat kira-kira hampir 1000 orang yang mendaki Gunung Everest.

"Agak sukar untuk para penyelamat membantu para pendaki kerana cuaca yang buruk.

"Keadaan tanah di sana akan menyukarkan para penyelamat untuk menyalurkan rawatan perubatan yang diperlukan  serta mengeluarkan orang medivac dari kawasan itu," kata Cool.

Laporan daripada Kajian Geologi Amerika Syarikat menjelaskan gempa bumi itu berlaku pada 11.56 malam waktu tempatan dan melaporkan pusat gempa bumi sedalam 2 km.

Beberapa saksi memberitahu gegaran gempa bumi itu dirasai di bandar-bandar di utara India manakala Pemberita Al-Jazeera di New Delhi melaporkan gegaran itu turut dirasai di sekitar Ibu negara India.

Wakil pihak India melaporkan sekurang-kurangnya 34 orang maut di kawasan Bihar dan Uttar Pradesh.

Ketua pengarah Jabatan Meteorologi India, Laxman Singh Rathore berkata kesan gempa bumi juga dirasai di keseluruh kawasan utara India.

"Gegaran itu boleh dirasai di seluruh kawasan utara India dan di timur kawasan Uttar Pradesh.

"Kawasan-kawasan seperti Bihar dan rantau Himalaya di Sikkim juga merasai gegaran yang sama kuat," kata Rathore.

Gempa Bumi Nepal: Angka Kematian Cecah Hampir 900


Diterbitkan: Sabtu, 25 April 2015 7:31 PM
Pasukan mencari dan menyelamat serta orang ramai membantu mengesan mangsa dalam runtuhan akibat gempa bumi.

DIKEMASKINI
KATHMANDU: Angka kematian akibat gempa bumi kuat 7.9 pada skala Richter di Nepal semakin meningkat dan terkini mencecah hampir 900 orang.
Setakat ini, bencana itu juga mengakibatkan kemusnahan bandar ini dan juga menyebabkan berlakunya gelinciran tanah di Pergunungan Everest.
Jurucakap polis memaklumkan 876 penduduk dikhuariti maut dalam kejadian yang berlaku pada petang Sabtu itu.
"Lebih ramai lagi dipercayai terkorban, manakala kerosakan harta benda juga dijangka lebih teruk apabila gempa bumi itu melanda seluruh Nepal," kata Timbalan Ketua Misi Kedutaan Nepal di New Delhi, Krishna Prasad Dhakal.
Sementara itu, Pihak Pengurusan Bencana Nepal, Ram Narayan Pandey pula berkata, sebahagian besar kawasan di negara ini telah terputus hubungan.
Pada kejadian gempa bumi pada 1934 dengan ukuran 8.3 skala richer, lebih 8,500 penduduk Nepal terkorban.
Setakat ini, jumlah kematian di bandar utara India adalah 12 orang, termasuk enam terkorban apabila rumah mereka di Uttar Pradesh runtuh.
Bencana itu juga mengakibatkan menara di bandar ini runtuh dan rosak teruk dan menyebabkan kira-kira 50 orang terperangkap.
Menara Dharara dibina pada 1832 adalah mercu tanda yang menarik kehadiran pelancong sejak 10 tahun lalu kerana ia mempunyai ruang tinjau.
Akibat keruntuhannya, menara yang asalnya setinggi bangunan 14 tingkat itu kini hanya tinggal 10 meter sahaja.
Selain itu, hospital di sini juga dipenuhi dengan orang ramai yang mendapatkan rawatan akibat cedera dalam kejadian itu.

Polis Tahan 12 Lelaki Bersenjata, Bahan Letupan Dirampas


Diterbitkan: Ahad, 26 April 2015 2:48 PM
Tan Sri Khalid Abu Bakar

KUALA LUMPUR: Seramai 12 orang telah ditangkap bersama peranti bahan letupan yang dirampas dalam serbuan di Hulu Langat dan pusat bandaraya, Ahad.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menulis di Twitter bahawa serbuan diketuai oleh Cawangan Khas Bukit Aman.

"Syabas E8 Caw Khas @PDRMsia hari ni berjaya tangkap 12 orang di Ulu Langat/KL yang rancang hura-harakan negara. Bahan letupan dirampas. Go PDRM Go," katanya di laman media sosial.

Hilang bawa pisau

Oleh Nur Saliawati Salberi 
am@hmetro.com.my

Melaka: Seorang pekerja sebuah restoran makanan segera di Merlimau, dekat sini, berjaya diselamatkan dalam cubaan membunuh diri dengan terjun dari menara papan tanda restoran itu, malam kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam, lelaki berusia 22 tahun itu dikatakan sedang bekerja sebelum menghilangkan diri dan naik ke menara berkenaan dengan membawa sebilah pisau.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Merlimau Pegawai Bomba Kanan ll Abd Rahman Jaafar berkata, sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 10.42 malam, sebuah jentera bersama tujuh anggota dan seorang pegawai dari BBP Merlimau dikejarkan ke lokasi kejadian.
Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian, lelaki itu yang lengkap berpakaian kerja sudah berada di atas menara berkenaan dengan memegang sebilah pisau.
Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 April 2015 @ 5:28 AM


SUSPEK yang berjaya dipujuk anggota bomba kelihatan lemah selepas dibawa turun.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/46512#sthash.urGWHrnD.dpuf

Rebah selepas minta air

>Muar: Seorang lelaki rebah dan meninggal dunia sejurus meminta air untuk diminum di sebuah rumah di Jalan Utama 17, Taman Utama di sini, petang tadi.
Dalam kejadian 1 petang itu, mangsa, Ong Thiam Huat, 54, rebah lalu meninggal dunia dipercayai akibat sakit jantung.
Dalam kejadian itu, tuan rumah yang juga wanita warga emas terkejut apabila lelaki tidak dikenali tiba-tiba memberhentikan kereta Toyota Corolla di depan rumah, sebelum meminta air untuk diminum.
Warga emas berkenaan kemudian membuka pintu dan mengajak mangsa masuk ke laman rumah sebelum lelaki itu rebah ketika dia dalam perjalanan mengambil air.
Pasukan perubatan yang tiba di lokasi mengesahkan mangsa meninggal dunia dan siasatan polis mendapati tiada unsur jenayah.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 25 April 2015 @ 4:46 PM


Anggota polis mengangkat mayat mangsa untuk dibawa ke hospital. FOTO Ibrahim Isa
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/46327#sthash.WaQ2bOlP.dpuf

Tahan sakit dua jam

Oleh Abnor Hamizam Abd Manap 
am@hmetro.com.my


Jempol: Kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun terpaksa menahan sakit hampir dua jam selepas besi berbentuk cincin yang dipakai tersekat di jarinya, semalam.
Pegawai operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Seri Jempol Pegawai Kanan Bomba II Mohd Fahmi Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan dari Hospital Jempol pada jam 6.53 petang.
"Kami mendapati jari manis kiri kanak-kanak perempuan itu sudah membengkak apabila besi berkenaan gagal ditanggalkan.
"Anggota bomba mengambil masa tiga minit untuk memotong cincin menggunakan peralatan khas," katanya.
Menurutnya, kanak-kanak itu diberi rawatan lanjut di hospital sebaik besi itu dipotong.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 25 April 2015 @ 2:22 PM


Anggota bomba memeriksa keadaan jari kanak-kanak yang tersangkut cincin. FOTO Abnor Hamizam Abd Manap
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/46322#sthash.mmFbZpBO.dpuf