Search This Blog

Saturday, April 25, 2015

Empat mati rampasan bas di El Salvador

JUMAAT, 24 APRIL 2015 @ 9:53 AM



SAN SALVADOR: Empat orang mati dalam insiden tembak menembak ketika kumpulan penjenayah cuba merampas sebuah bas di lebuh raya di timur El Salvador, kata polis. Pegawai berkata, kumpulan penjenayah seramai lima orang menaiki bas dalam kejadian dekat bandar Cojutepeque dengan mengacu senjata api dan mengancam penumpang. Seorang penumpang yang juga pengawal keselamatan berusia 41 tahun, Pablo Vela melepaskan tembakan dan menembak mati dua penjenayah. Empat orang mengalami kecederaan dalam insiden berkenaan termasuk Vela dan seorang lagi penumpang yang mati akibat kecederaan. Kumpulan penjenayah sering dipersalahkan kerana kegiatan jenayah di El Salvador apabila 1,194 kes bunuh dilaporkan sepanjang tahun ini termasuk 481 kes pada Mac lalu. - AFP

Bayi Menangis Diarah Keluar Dari Pesawat, Kru Kabin Isytihar Ancam Keselamatan


Diterbitkan: Sabtu, 25 April 2015 9:40 AM
Sarina Aziz berusia 19 tahun diarahkan keluar dari pesawat bersama ibu bapanya.

SEORANG bayi yang menangis diarahkan keluar dari sebuah pesawat bersama ibu bapanya selepas kanak-kanak berusia 19 bulan itu dianggap mengancam keselamatan.
Portal Mirror melaporkan, bayi berkenaan, Sarina Aziz yang meronta-ronta sambil menangis menyebabkan kru kabin meminta salah seorang daripada ibu bapanya supaya memangku anak mereka dengan memasangkan tali pinggang keledar yang disediakan untuk dua orang.
Bagaimanapun sewaktu pesawat dibawa ke landasan untuk berlepas dari Tel Aviv, Israel ke Luton, London, ibu bapa bayi berkenaan, Ariella dan Mark, masing-masing masih tidak dapat menenangkan anak mereka yang 'tidak duduk diam' sehingga menyebabkan ketua kru kabin mengisytiharkannya sebagai 'insiden keselamatan'.
Mirror yang memetik laporan Jewish News, juruterbang itu kemudiannya membawa pesawat kembali ke lapangan terbang bagi membolehkan skuad polis anti keganasan mengarahkan keluarga berkenaan keluar dari pesawat tersebut.
Bercakap mengenai insiden itu, Ariella berkata: "Ia seperti satu insiden pengganas. Saya seakan tidak percaya."
"Apa yang anda tahu selepas itu ialah kami semua berada di dalam kenderaan skuad yang membawa kami kembali ke Ben-Gurion (lapangan terbang)."
Ariella mengutuk tindakan syarikat penerbangan Belanda, Transavia kerana bersikap tindakan melulu yang tidak profesional.
"Semua dapat lihat kami cuba untuk menenangkan Sarina tetapi kami tidak dapat berbuat apa-apa," katanya.
"Dia menjerit, menangis dan tidak duduk diam. Dia dalam keadaan seperti itu kerana dia sakit.
"Pramugari memang keterlaluan, mereka langsung tidak membantu."
Seorang jurucakap bagi syarikat penerbangan itu berkata, Sarina "tidak berkelakuan baik" dan tidak mengikuti peraturan dengan meletakkannya di kerusi menggunakan tali pinggan keledar.
Tambahnya: "Kami tidak boleh menerbangkan pesawat sekiranya mereka tidak mengikut peraturan." - Mirror

Polis Tahan Wanita Tanggal Pakaian


Diterbitkan: Sabtu, 25 April 2015 2:56 PM
Gambar petikan rakaman video menunjukkan seorang wanita menanggalkan pakaiannya kerana enggan membayar makanan yang dimakannya.

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang wanita berusia 32 tahun yang didakwa menanggalkan pakaiannya di Jalan Petaling, Khamis lalu.
Rakaman video tersebut dipadam beberapa jam selepas dimuat naik di laman sosial, Youtube sehingga mencetuskan kekecohan di media sosial.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Assisten Komisioner Zainol Samah mengesahkan bahawa suspek yang berasal dari Sabah itu berjaya ditahan di sebuah hotel di Jalan Sultan kira-kira pukul 5.30 pagi Sabtu. 
"Maklumat awal daripada orang awam memaklumkan bahawa wanita tersebut berkemungkinan adalah warga Iran namun sebenarnya tidak benar. 
"Wanita itu merupakan rakyat Malaysia dari Sabah," katanya sambil menambah polis akan melakukan ujian air kencing bagi memastikan suspek tidak di bawah pengaruh dadah.  
Dilaporkan wanita itu menanggalkan pakaiannya untuk mengelakkan daripada membuat bayaran terhadap makanan yang dimakannya berjumlah RM18 di Jalan Petaling. 
Wanita tersebut pergi ke sebuah restoran nasi ayam bersama seorang lelaki, yang digambarkan sebagai 'mat saleh' oleh saksi kejadian pada Khamis petang.
Saksi yang berada di tempat kejadian berkata, lelaki yang bersama wanita tersebut bergelut dan berbalah dengan pengendali restoran apabila wanita itu tidak dibenarkan keluar.
Mereka berdua kemudiannya dilaporkan melarikan diri apabila anggota polis tiba di tempat kejadian.

PKR Dah Minta Maaf - PAS Permatang Pauh


Diterbitkan: Sabtu, 25 April 2015 1:33 PM
Omar Hassan.

BUKIT MERTAJAM: Drama perbalahan dalam pakatan pembangkang yang dicetuskan PAS di Permatang Pauh akhirnya tamat apabila parti itu memberi jaminan untuk menyokong Parti Keadilan Rakyat dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan itu pada 7 Mei ini.
Malah individu di sebalik perbalahan PAS-PKR, yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Permatang Pauh, Omar Hassan dilihat hadir memberi sokongan kepada calon PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di Pusat Penamaan Calon di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di sini.
Walaupun dilihat sentiasa keseorangan dan kurang bergaul dengan pimpinan pakatan pembangkang lain yang turut berada di khemah yang sama, Omar menjelaskan bahawa semua masalah yang timbul berakhir dengan baik.
“Dah selesai, PKR dah minta maaf dan kami terima penjelasan mereka,” katanya pada Sabtu.
Ketika diasak dengan soalan berhubung pertemuan khas antara pemimpin PAS dan PKR yang diadakan pada Jumaat malam, Omar bagaimanapun dilihat kurang selesa untuk mengulas mengenai isu hudud yang menjadi punca perbalahan dalam pakatan pembangkang itu.
Pada Jumaat malam, Dr Wan Azizah yang juga Presiden PKR serta timbalannya, Mohamed Azmin Ali dan Ketua AMK Pulau Pinang, Dr Afif Bahardin mengadakan pertemuan khas dengan kepimpinan PAS di sebuah hotel di Seberang Jaya.
Pimpinan PAS dihadiri Timbalan Presidennya yang juga Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Mohamad Sabu serta beberapa kepimpinan PAS Kawasan Permatang Pauh termasuk Omar sendiri.
Pertemuan itu diadakan sebelum PKR mengumumkan Dr Wan Azizah sebagai calon dalam majlis khas di Seberang Perai Arena.
Sebelum ini PAS kawasan itu mengumumkan untuk memboikot kempen PRK Permatang Pauh sehingga PKR menarik balik dan meminta maaf berhubung kenyataan menolak hudud.

Kepala Tersangkut Di Ampaian: Wanita Hargai Usaha Selamatkan Anaknya


Diterbitkan: Sabtu, 25 April 2015 2:07 PM

SINGAPURA: Ibu kepada seorang kanak-kanak berusia dua tahun mengucapkan terima kasih kepada dua lelaki yang menyelamatkan anak perempuannya daripada terjatuh dari tingkat dua pangsapuri pada Jumaat. 
"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka yang menyelamatkan nyawa anak saya," kata Naureen Saniri,27 sambil menitiskan air mata kepada The Strait Times dalam satu temuramah.
Anak perempuannya yang ditinggalkan bersendirian ketika kejadian bertindak memanjat keluar dan menyebabkan kepalanya tersangkut di antara besi ampaian di luar rumah.
Dua warga India, Subramaniam Shanmuganathan dan Ponnan Muthukumar sedang bekerja di jalan raya berhampiran Blok 371, Jalan 32 Timur Jurong sewaktu mereka melihat kanak-kanak perempuan tersebut tergantung dalam keadaan berbahaya. 
Shanmuganathan dengan segera memanjat paip untuk menyelamatkan kanak-kanak itu, dan Muthukumar turut membantunya.
Satu rakaman video yang menunjukkan aksi menyelamat kanak-kanak tersebut menjadi 'viral' di laman sosial.  
Semasa kejadian, Naureen yang merupakan seorang suri rumah keluar menghantar seorang lagi anaknya ke tadika. 
Anak perempuannya yang ditinggalkan bersendirian sedang tidur ketika dia keluar rumah.
Dua pekerja asing berkenaan menerima Anugerah Semangat Awam daripada Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) pada Jumaat di atas tindakan berani mereka. – The Straits Times/Asia News Network

Angin kencang badai 10 kampung


ALOR SETAR - Sebanyak 85 rumah di 10 kampung sekitar daerah Kota Setar rosak dalam kejadian ribut yang berlaku lewat petang kelmarin.

Ribut yang berlaku kira-kira jam 4 petang itu turut menyebabkan sebahagian dinding dan atap beberapa rumah tercabut ditiup angin kencang.

Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Kota Setar, Mohd Syahrul Nasir Mat Rais berkata, kira-kira 262 dewasa dan 122 kanak-kanak terlibat dalam kejadian berkenaan.

Menurutnya, berdasarkan jumlah bancian setakat semalam, Kampung Gerigis (27 rumah), Alor Melintang (15 rumah), Alor Gandak (dua rumah), Pulau Binjal (sembilan rumah), Teluk Kandis (10 rumah), Lubuk Lunas (dua rumah), Alor Sekawan (sebuah), Tok Temenggung (15 rumah), Kelompang (tiga rumah) dan Raja Muda (sebuah).

“Kakitangan kami turun padang sejak petang kejadian dan bersambung pagi tadi untuk membuat bancian secara terperinci bagi mengetahui jumlah sebenar penduduk terlibat serta nilai kerugian dialami mangsa,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Salah seorang mangsa, Halimah Zakaria, 29, berkata, semasa kejadian dia berada di dalam rumah sebelum terdengar jeritan suaminya yang berada di luar menyuruhnya berhati-hati kerana melihat bumbung kediamannya bergegar dan mula diterbangkan angin.

“Saya terus membawa anak tunggal yang berusia lapan tahun ke rumah jiran berdekatan untuk mendapatkan perlindungan. Saya sedih melihat rumah pusaka berusia 50 tahun yang kami jadikan tempat perlindungan selama ini musnah.

“Selain bumbung dan dinding, peralatan elektrik kepunyaan saya juga rosak terkena air hujan,” katanya.

Menurutnya, kejadian itu sudah kali ketiga berlaku dalam tempoh 10 tahun.

“Sebaik angin beransur reda saya terkejut mendapati bumbung dan dinding rumah berselerak di tepi Sungai Pendang, berjarak 50 meter dari rumah.

“Ini kejadian paling teruk dialami kami sekeluarga selepas kejadian terakhir lapan tahun lalu," katanya.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Alor Setar, Gooi Hsiao Leung dan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Alor Setar, Mohd Aizuddin Ariffin meninjau keadaan mangsa ribut serta menyerahkan sumbangan.

Pemandu lori terlepas hukuman gantung

Pemandu lori terlepas hukuman gantung
Thooyavan bersama peguamnya, Saravanan (kiri) dibebaskan berkata sesuatu di perkarangan mahkamah dan dilepaskan atas tuduhan membunuh seorang lelaki, tiga tahun lalu.

IPOH - Seorang pemandu lori yang dituduh membunuh terselamat daripada hukuman gantung sampai mati di Mahkamah Tinggi di sini, semalam.

P Thooyavan, 29, dibebas dan dilepaskan tanpa dipanggil membela diri daripada pertuduhan membunuh seorang lelaki, C Vijayakumaran, 59, di Taman Bunga Raya, Tapah, kira-kira 11 malam, 16 September 2012.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakwaan.

Pertuduhan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Dalam penghakimannya, Che Mohd Rumiza berkata, tiada apa-apa bukti yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Harris Ong Mohd Jeffery Ong yang boleh dikaitkan dengan tertuduh yang menyebabkan kematian mangsa.

“Mengikut keterangan saksi kelima pendakwa, dia ada bersama dengan tertuduh untuk minum dan berlanjutan sehingga si mati tiba dan minum bersama. Tetapi, saksi utama telah balik dan menyatakan tidak tahu berlaku apa-apa selepas itu.

“Mengikut keterangan saksi keenam iaitu pegawai penyiasat, barang bukti iaitu topi keledar ditemui dalam longkang selepas enam bulan kejadian. Malangnya, tiada sebarang kesan ditemui selepas ujian dijalankan,” katanya.

Tertuduh diwakili peguam M Saravanan dan sepanjang perbicaraan, enam saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan.

Thooyavan yang berdiri dikandang tertuduh kelihatan lega dengan keputusan itu dan menyatakan mahu bertemu dengan anak perempuannya yang tidak pernah ditemui sejak 2012 lalu.

Hukuman mati pesalah dadah Rabu depan

Hukuman mati pesalah dadah Rabu depan
Aktivis berarak ke kedutaan Indonesia di Manila, Filipina, untuk membantah hukuman mati salah seorang rakyatnya.

JAKARTA - INDONESIA. Kerajaan Indonesia merancang untuk melaksanakan hukuman mati terhadap pesalah dadah pada Rabu depan, menurut pegawai kedutaan asing, semalam.

Pegawai itu memberitahu, diplomat telah diminta untuk ke Penjara Nusakambangan di Cilacap, Jawa Tengah, iaitu lokasi di mana hukuman tersebut akan dilaksanakan.

Terdahulu, pihak berkuasa telah mengarahkan persiapan dilakukan bagi pelaksanaan hukuman terhadap 10 banduan, termasuk dua rakyat Australia yang menjadi subjek berprofil tinggi untuk kempen pengampunan.

Menerusi surat dikeluarkan Timbalan Peguam Negara kelmarin, pendakwa raya diberitahu supaya bersedia untuk melaksanakan hukuman berkenaan.

"Bagaimanapun, ia bukanlah surat pemberitahuan kepada banduan. Banduan biasanya akan diberitahu tiga hari lebih awal sebelum hukuman dijalankan," menurut jurucakap Pejabat Peguam Negara, Tony Spontana.

Sebelum ini, Spontana pernah mengeluarkan kenyataan bahawa hukuman mungkin dilaksanakan hujung bulan ini dan Pejabat Peguam Negara juga ada memberitahu kesemua 10  banduan dihukum pada masa yang sama. - dpa

Kurung, bunuh ibu


Skien (Norway): Seorang wanita dituduh mengurung ibunya dalam sangkar anjing sebelum mencampakkannya ke dalam sungai berhampiran kediaman mereka.
Pasukan penyelam polis yang menjalankan gerakan mencari semalam, menemui kandang anjing itu, bersama-sama dengan rangka Karl Gronnestad di Sungai Skien.
Karl, 59, hilang tiga tahun lalu tanpa kesan.
Pembunuhannya itu terbongkar ekoran pergaduhan besar antara anaknya dengan teman lelakinya Ahad lalu.
Kedua-duanya ditangkap pada malam sama dan lelaki berkenaan mengaku meletakkan mayat wanita berkenaan dalam kandang anjing dan mencampakkannya ke dalam sungai selepas teman wanitanya yang berusia 31 tahun membunuh mangsa.
Polis bagaimanapun membebaskan lelaki itu kerana tidak mempunyai bukti cukup untuk menahannya.
Peguam wanita terbabit, Brjorn Naerum mendakwa, anak guamnya terkejut dengan pengakuan lelaki itu dan menafikan terbabit dengan kehilangan ibunya walaupun menjadi orang terakhir dilihat bersama-sama mangsa sebelum mangsa hilang.
Dia juga memainkan peranan penting membantu polis dalam usaha mencari ibunya. - Agensi
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/45926#sthash.0yP1wPUl.dpuf

Pensyarah pijak al-Quran dipecat


Padang: Seorang tenaga pengajar Falsafah Umum di Fakulti Agama Islam Universiti Muhammadiyah Sumatera Barat (UMSB) diberhentikan selepas dia mengaku dan memohon maaf kerana memijak kitab suci Al-Quran ketika mengajar.
Timbalan Rektor UMSB Yuzardi Maad berkata, semalam, pensyarah berkenaan yang hanya dinamakan MK mengaku menerusi sepucuk surat mengenai kesalahannya memijak kitab suci itu di depan pelajar.
Dalam surat berkenaan, kata Yuzardi, MK berjanji tidak akan mengulangi perbuatannya atau perbuatan seumpama itu pada bila-bila masa.
Bagaimanapun, Yuzardi berkata, pihak UMSB mengambil keputusan memecat MK kerana perbuatan biadapnya.
Dalam kejadian pada 1 April lalu, katanya, MK mendakwa cuba merangsang daya pemikiran pelajar terhadap kitab berkenaan.
“Dia memberitahu pelajar, yang paling penting dalam Al-Quran ialah kandungannya. Sambil memegang kitab suci itu, dia memberitahu pelajar, Al-Quran yang ada pada tangannya tidak ada erti kerana hanya kertas yang ditulis dalam bahasa Arab, Dia lalu memijak kitab itu,” kata Yuzardi. - Agensi
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/46018#sthash.ZctWrciI.dpuf

Perompak bodoh kena penjara


Chongqing (China): Seorang lelaki dipenjarakan selepas merompak sebuah rumah dan kemudian menjual hasil rompakan berhampiran rumah mangsa keesokannya.
Dengan menawarkan 20 yuan (RM11) untuk setiap baju baru yang berharga kira-kira RM60 sepasang, perompak berkenaan menarik ramai pembeli pagi Selasa lalu di gerai sementara yang didirikannya.
Antara mereka yang berkerumun di kedainya itu adalah pemilik asal baju berkenaan, yang dikenali sebagai Li, tuan punya sebuah butik tempatan.
Li kebetulan singgah di gerai itu ketika dalam perjalanan ke balai polis untuk membuat laporan mengenai kecurian puluhan baju baru yang dicuri dari rumahnya.
Sebaik menyedari pakaian yang dijual itu miliknya, Li menelefon polis.
Lelaki itu mengaku merompak rumah Li ketika disoal siasat polis dan dihadapkan ke mahkamah.
Dia bagaimanapun bukan perompak bodoh pertama di China.
Baru-baru ini, seorang lelaki ditangkap selepas menjirus tandas di rumah yang dirompaknya, menyebabkan tuan rumah itu terjaga dari tidur. - Agensi
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/46225#sthash.fbjmHDdL.dpuf

‘Basuh’ koleksi gajet Apple kekasih curang





TOKYO – Seorang wanita di Jepun bertindak membuang semua gajet jenama Apple milik kekasihnya ke dalam tab mandi untuk membalas dendam terhadap kecurangan lelaki berkenaan.
Wanita yang tidak didedahkan identitinya itu telah ‘membasuh’ komputer iMac, telefon pintar iPhone, komputer tablet iPad dan semua aksesori Apple lain selepas mendapat tahu kekasihnya bermain kayu tiga.
Dia kemudiannya menghantar gambar semua peralatan itu yang dianggarkan berharga £899 (RM3,522) kepada teman lelakinya yang hanya mampu berputih mata melihat semua gajetnya musnah.
Lelaki itu memuat naik gambar tersebut ke akaun Twitter sebelum imej berkenaan disebarkan oleh 15,000 pengguna laman sosial tersebut.
“Gambar ini membuatkan anda berfikir dua kali sebelum mahu curang terhadap pasangan anda ,” ujar salah seorang pengguna Twitter. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0425&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz3YHpzBtH4 
Hakcipta terpelihara 

Arab Saudi terus bom pemberontak Houthi


PENDUDUK memeriksa kawasan runtuhan akibat serangan udara di bandar Saada, barat daya Yemen kelmarin.


ADEN – Pesawat-pesawat pejuang pakatan Arab Saudi menggempur pemberontak Syiah Houthi di serata Yemen semalam, kata beberapa penduduk tempatan walaupun Riyadh mengumumkan akan mengurangkan kempen serangan udaranya.
Pada Selasa lalu, pakatan negara-negara Sunnah yang diketuai Arab Saudi mengumumkan akan menamatkan pengeboman selama sebulan di Yemen, namun serangan udara ke atas negara jirannya itu masih berterusan.
Seorang jurucakap Arab Saudi kemudian berkata, pakatan tersebut akan terus menyerang pergerakan militia Houthi.
Kebanyakan serangan semalam mengenai kenderaan pemberontak Houthi dan perhimpunan mereka di enam wilayah di tengah dan selatan Yemen untuk memerangi penyokong Presiden Abedrabbo Mansour Hadi.
Beberapa serangan udara lagi mengenai kem tentera yang diduduki oleh askar yang setia kepada pemberontak Houthi di bandar pelabuhan Hodaida, barat Yemen.
“Satu serangan udara mengenai beberapa buah kereta kebal Houthi dekat di sini dan sebuah pelabuhan di selatan bandar ini,” kata beberapa penduduk.
Di Ibb, tengah Yemen pula, penduduk melaporkan serangan udara sengit dilancarkan terhadap kedudukan militia Houthi dan gudang senjata di rantau berkenaan awal semalam.
“Serangan dilancarkan ke atas sebuah pangkalan tentera di bandar al-Kafr, beberapa lokasi di Hubaysh selain sebuah kolej di pinggir bandar Ibb,” kata beberapa saksi.
Dalam perkembangan berkaitan, lima pemberontak Houthi dibunuh di sebuah pos kawalan di sini kelmarin, manakala lapan militia berkenaan maut dalam pertempuran dengan pejuang pro-Abedrabbo. – Reuters


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0424&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz3YHpXxxNM 
Hakcipta terpelihara 

42 maut dalam pertempuran pemberontak Syria dengan IS


GAMBAR yang dirakam pada 4 April lalu menunjukkan seorang pejuang Kurdis dari Amerika Syarikat, Hewal Dilsad, 26, sedang berkawal bagi menyekat kemaraan militan IS di bandar Tal Tamr, utara Hasakeh berdekatan sempadan Turki.


DAMSYIK – Sekurang-kurangnya 42 pejuang terbunuh dalam pertempuran sengit sepanjang 24 jam antara pemberontak Islam dan kumpulan militan Islamic State (IS) di wilayah Damsyik, Syria, lapor sebuah kumpulan pemerhati semalam.
“Sekurang-kurangnya 30 pemberontak Islam dan 12 militan IS terbunuh dalam pertempuran sejak Selasa lepas di kawasan berbukit di Qalamun,” kata kumpulan Pemerhati Syria Untuk Hak Asasi Manusia.
Qalamun dibahagikan kepada bahagian barat yang bersempadan dengan Lebanon dan dikuasai rejim Presiden Bashar al-Assad bersama sekutunya, pergerakan Hizbollah dari Lebanon.
Bahagian timur pula menyaksikan pertempuran sengit antara pemberontak Islam dan IS. Rantau timur Qalamun dianggap strategik kerana bersempadan dengan ‘badiya’, kawasan padang rumput Syria.
Rantau itu digunakan oleh pemberontak Islam untuk mengangkut senjata dari sempadan Turki ke utara Syria dan ke selatan hingga ke sempadan Jordan.
Menurut kumpulan pemerhati itu yang berpangkalan di Britain, IS telah menyekat satu laluan di Badiya dan merancang untuk menawan lebih banyak laluan bagi melemahkan pemberontak Islam Syria.
Dalam pada itu, Lebih 11 orang terbunuh akibat pengeboman rejim Bashar ke atas dua buah bandar di wilayah Damsyik. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0424&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz3YHpLDKNa 
Hakcipta terpelihara 

Pesara gila seks didakwa


Noor DIN dibawa ke Mahkamah Sesyen semalam.


KUALA LUMPUR – Seorang bekas pekerja kilang yang boleh dipanggil datuk menghadapi 11 pertuduhan merangsang naluri seks 11 budak lelaki bagi mendorong mereka melakukan kelucahan melampau di Mahkamah Sesyen di sini semalam.
Tertuduh Noor Din Chaw Fooi, 67, seorang mualaf dan pesara didakwa melakukan perbuatan tidak senonohnya terhadap mangsa-mangsanya yang kesemuanya berketurunan Melayu.
Selain itu, Noor Din turut menghadapi pertuduhan kedua iaitu memiliki 32 cakera padat video lucah dan gambar-gambar bogel.
Semua bahan lucah dan gambar-gambar bogel itu dipercayai digunakan untuk merangsangkan naluri seks 11 mangsa yang berusia antara 11 hingga 14 tahun.
Ketika 11 pertuduhan pertama dibacakan di hadapan Hakim Zulqarnain Hassan, Noor Din mengaku tidak bersalah tetapi bagi pertuduhan kedua iaitu memiliki bahan lucah, tertuduh mengaku bersalah.
Bagi 11 pertuduhan pertama, Noor Din didakwa merangsang nafsu seks 11 kanak-kanak itu bagi melakukan perbuatan kelucahan melampau bersama-sama tertuduh.
Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di kediaman tertuduh di sebuah kondominium di Setapak dekat sini antara tahun 2013 hingga Mac 2015.
Bagi kesalahan itu, Noor Din didakwa di bawah Seksyen 377E Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 15 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0425&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz3YHoxgir2 
Hakcipta terpelihara 

Drama tembak, rempuh kereta polis



ANGGOTA polis memeriksa Toyota Estima curi yang dinaiki lima penyamun yang bertindak melanggar kereta polis ketika cuba ditahan di Jalan Dagang 7, Taman Seri Sentosa, Klang semalam.


KLANG – Cubaan sekumpulan lima pe­nyamun melarikan diri dengan melanggar kereta polis tidak berhasil apabila empat daripada mereka ditahan polis manakala seorang lagi suspek berjaya meloloskan diri dalam satu kejadian di Taman Seri Sentosa di sini pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Kamarul Zaman Mamat berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 pagi itu, sepasukan polis telah mengesan sebuah kenderaan pelbagai guna mewah (MPV) jenis Toyota Estima dinaiki lima lelaki dalam keadaan mencurigakan di Jalan Datuk Hamid 12.
“Selepas membuat semakan terhadap nombor pendaftaran kenderaan itu, ia didapati dilaporkan hilang pada awal pagi tadi (semalam) di Selayang.
“Apabila polis cuba untuk menahan kenderaan itu di Jalan Datuk Abdul Hamid 12, pemandunya cuba melarikan diri dan me­langgar kereta polis menyebabkan seorang daripada anggota kami cedera,” katanya kepada pemberita di tempat kejadian.
Berikutan itu, beliau berkata, polis terpaksa melepaskan beberapa das tembakan dan dipercayai telah mencederakan dua daripada lima suspek yang berada dalam kenderaan berkenaan.
Menurut beliau, susulan daripada tembakan itu juga, kenderaan suspek me­ngalami kerosakan dan berhenti di Jalan Datuk Dagang 7 kira-kira 500 meter dari lokasi pertama.
“Selepas dikepung, empat suspek yang berumur lingkungan 21 hingga 26 tahun telah berjaya ditahan manakala seorang telah melarikan diri,” katanya.
Menurutnya, gerakan mencari suspek yang melarikan diri sedang giat dijalankan.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0425&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm#ixzz3YHofYmpi 
Hakcipta terpelihara 

Tiga sekeluarga mati rentung



Keadaan rumah di Kampung Teluk Rhu di Sabak Bernam yang musnah terbakar semalam.


SABAK BERNAM – Seorang peniaga santan amat terkilan kerana tidak dapat menyelamatkan suami, anak dan cucunya yang mati rentung dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Teluk Rhu di sini semalam.
Dalam kejadian pada pukul 2.30 pagi tersebut, tiga sekeluarga ditemui mati rentung dalam sebuah bilik. Tiga mangsa yang terkorban ialah Goh Sim Yen, 34, anak bongsu Sim Yen, Tan Jia Wai, 7, dan bapanya Goh Meng Huat, 70. Meng Huat cacat penglihatan.
Mengimbau kejadian itu, Cheong Chai Fong, 53, berkata, dia yang tidur di kedai di Sungai Besar di sini terjaga daripada tidur selepas mendengar panggilan telefon daripada Sim Yen pada pukul 2.15 pagi.

“Sebaik mengangkat telefon saya mendengar Sim Yen menjerit-jerit sambil memberitahu dia tidak boleh keluar kerana terperangkap di dalam bilik.
“Sim Yen merayu supaya saya segera pulang kerana api sangat kuat sebelum panggilan itu terputus,” katanya yang menangis kerana kehilangan orang-orang disayangi dalam sekelip mata ketika ditemui di lokasi kejadian di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0425&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz3YHoJCKkg 
Hakcipta terpelihara 

Budak 3 tahun teruk dirotan



KESAN lebam dan birat jelas kelihatan pada paha kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun akibat dirotan pengasuh yang berang mangsa terkencing atas sofa di Taman Tan Sri Yacob, Johor Bharu kelmarin.


JOHOR BAHRU – Hanya kerana terkencing di atas sofa, seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun dirotan dengan teruk oleh pengasuhnya pada kaki dan tangan dalam satu kejadian di Taman Tan Sri Yacob di sini kelmarin.
Insiden yang berlaku kira-kira pukul 8 malam itu menyebabkan mangsa mengalami kesan lebam merah dan birat teruk pada kedua-dua kaki dan tangannya.
Difahamkan, mangsa dihantar ibunya ke rumah pengasuh warga tempatan tersebut bersama adik lelaki mangsa berusia setahun enam bulan pada Rabu lalu.
Bagaimanapun, sehari selepas itu, ibu mangsa yang tinggal di Taman Nusa Bestari di sini dikatakan menerima panggilan daripada pengasuh berkenaan yang membuat aduan mengenai perilaku anaknya.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0425&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz3YHo3NIEw 
Hakcipta terpelihara 

Wanita Iran buat perangai



Rakaman video menunjukkan wanita warga Iran yang enggan membayar makanan dipesan menanggalkan pakaiannya di hadapan orang ramai di Jalan Petaling kelmarin.


KUALA LUMPUR – Seorang wanita warga Iran bertindak menanggalkan baju dan mendedahkan payudaranya dipercayai bagi mengelak daripada membayar makanan serta minuman keras yang dipesannya di sebuah restoran di Jalan Petaling di sini kelmarin.
Dalam kejadian pukul 4.30 petang itu, wanita terbabit telah pergi ke restoran nasi ayam tersebut bersama seorang lelaki warga asing yang didakwa teman lelakinya sebelum memesan makanan dan dua botol bir.
Sumber polis berkata, selepas habis makan wanita itu cuba meninggalkan restoran tersebut tanpa membuat bayaran sebanyak kira-kira RM20.
“Melihat keadaan itu, seorang wanita pekerja restoran itu berusaha menghalang wanita Iran berkenaan daripada meninggalkan kedai tersebut.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0425&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz3YHnQ0dpM 
Hakcipta terpelihara