Search This Blog

Thursday, April 23, 2015

3 anggota tentera cedera trak bertembung MPV

Pekan: Tiga anggota tentera cedera selepas trak dinaiki terbabas ketika cuba mengelak sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Innova yang datang dari arah bertentangan di Jalan Paloh Hinai-Pekan, dekat sini, semalam.
Dalam kejadian jam 5.30 petang itu, anggota terbabit dari Briged Mekanise Kem Batu 10, Kuantan, dikatakan baru selesai mengikuti Program Jiwa Murni di Muadzam Shah, Rompin dan dalam perjalanan pulang ke kem mereka.
Pemangku Pegawai Turus Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang Asisten Superintendan Zainalabidin Othman berkata, ketika tiba di lokasi kejadian, sebuah MPV dari arah bertentangan dipercayai terbabas dan memasuki laluan bertentangan.
“Pemandu trak tentera itu cuba mengelak daripada bertembung dengan MPV berkenaan namun tidak berjaya selepas trak itu melanggar bahagian kiri jalan sebelum terbalik.
“Difahamkan, trak itu berpusing dua kali mengakibatkan semua anggota yang berada di dalamnya mengalami kecederaan,” katanya.
Zainalabidin berkata, tiga anggota tentera berkenaan cedera pada bahagian pinggang dan kepala.
Katanya, mereka dihantar ke Hospital Pekan, di sini, untuk mendapatkan rawatan lanjut.
“Anggota tentera yang terbabit dalam kemalangan itu ialah Staf Sarjan Hasbullah Zakaria mengalami kecederaan pada paha dan pinggang, Lans Koperal Zamri Zakari cedera di pinggang dan Koperal Mahadir Abdullah luka agak serius di kepala.
“Pemandu MPV itu hanya cedera ringan,” katanya.
Beliau berkata, siasatan lanjut masih diteruskan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 April 2015 @ 10:15 AM


KEADAAN trak dan MPV selepas terbabit kemalangan.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/45784#sthash.vH7SI4in.dpuf

Import kasut khayal

>Kuala Lumpur: Sembunyikan dadah syabu dalam tapak kasut sukan dan alat pam angin. Itu antara taktik terbaru digunakan tiga ‘raja dadah’ untuk menyeludup bahan terlarang itu ke negara ini.
Sindiket dadah antarabangsa yang didalangi warga Nigeria itu turut dikesan merekrut ‘keldai dadah’ dalam kalangan warga asing pelbagai negara seperti Vietnam, Amerika Syarikat dan Australia untuk membawa dadah itu.
Malah, suspek yang dikesan bergiat aktif di negara ini sejak dua tahun lalu turut mengubah laluan penyeludupan dadah iaitu dari Abuja, Nigeria ke negara China dan Dubai sebelum masuk ke negara ini.
Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Haris Wong Abdullah berkata, susulan risikan dilakukan pihaknya, tiga raja dadah yang mengepalai tiga sindiket dadah berbeza ditahan bersama sembilan suspek lain dalam tiga serbuan berasingan di Selangor.
“Dalam operasi itu, polis merampas dadah jenis syabu berjumlah 6.4 kilogram bernilai RM2.5 juta selain menyita dua kereta model Toyota Camry dan Honda Accord dianggarkan bernilai RM150,000.
“Semua yang ditahan berusia antara 24 dan 36 tahun itu didapati masuk ke negara ini menggunakan pas pelajar,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman di sini, semalam.
Menurut Haris Wong, serbuan pertama dilakukan jam 6.05 petang, Isnin lalu di sebuah syarikat perkhidmatan kurier di Shah Alam dan polis merampas syabu seberat 1.56 kilogram.
“Dadah itu dibungkus menggunakan kertas aluminium sebelum disorok dalam alat pam angin elektrik.
“Susulan itu polis menahan empat lelaki Nigeria di kawasan restoran di Cyberjaya dan Bandar Sri Damansara di sini,” katanya.
Katanya, dalam serbuan kedua di sebuah kondominium di Taman Bukit Serdang, Seri Kembangan, jam 12.45 tengah hari kelmarin, polis menahan seorang lelaki Nigeria manakala rakannya maut selepas terjatuh dari tingkat tujuh kediaman ketika cuba melarikan diri.
“Pemeriksaan di dalam kondominium yang disyaki dijadikan sebagai stor itu menemui 3.9 kilogram syabu yang disimpan di dalam sebuah bilik.
“Pada hari sama, dua lagi lelaki Nigeria ditahan dipercayai anggota sindiket itu,” katanya.
Beliau berkata, serbuan ketiga dilakukan di sebuah syarikat perkhidmatan kurier di Shah Alam jam 3.40 petang kelmarin.
“Polis menemui kotak mengandungi 25 pasang kasut yang mana lima pasang daripadanya mengandungi bungkusan plastik lutsinar berisi ketulan kristal disyaki syabu seberat 0.9 kilogram.
“Susulan itu, serbuan dilakukan di sebuah pangsapuri di Seri Kembangan dan polis memberkas dua lelaki warga Nigeria disyaki anggota sindiket,” katanya.
Semua suspek yang ditahan direman akan disiasat mengikut Seksyen 39 (b) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 April 2015 @ 10:53 AM


HARIS (dua dari kiri) menunjukkan dadah yang disorok dalam tapak kasut.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/45830#sthash.5EZdfdWa.dpuf

Penternak ditemui mati


Besut: Penternak lembu ditemui mati di kawasan kebun kelapa sawit dekat Kampung Hutan Padang Tapong, di sini, 3.30 petang semalam.
Mangsa dikenali sebagai Muhamad Suhaimi Mohamed, 59, yang bekerja sendiri di Kampung Padang Luas, Jerteh, ditemui kira-kira lapan kilometer daripada tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Khaled Che Lah, berkata sebelum itu mangsa yang pergi secara bersendirian sedang mencari lembunya yang hilang menghubungi rakannya yang dikenali sebagai June di Pasir Putih, Kelantan untuk datang membantunya kira-kira 2 petang semalam.
Katanya, apabila sampai di kawasan hutan berkenaan June telah cuba menghubungi mangsa melalui telefon bimbit dan rakannya itu memberitahu yang ia berada di satu kawasan dengan menyeberang sebatang sungai di situ.
“Kira-kira sepuluh minit kemudian rakannya tiba-tiba mendengar bunyi salakan anjing kepunyaan mangsa dari satu kawasan sebelum disusuli dengan bunyi tembakan sebanyak dua kali,” kata Khaled kepada media. - Bernama
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/45879#sthash.M2Dbnr2S.dpuf

Senapang meletup selepas terjatuh

Bayan Baru: Pengawal keselamatan ditahan selepas senapangnya terjatuh dan meletup ketika sedang bertugas di kedai TNB, Jalan Mahsuri, di sini, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan Lai Fah Hin berkata, terdapat tiga pekerja sedang bertugas di premis terbabit ketika kejadian pada 5.20 petang.
"Bagaimanapun, semua pekerja berkenaan bernasib baik kerana tidak mengalami sebarang kecederaan.
Siasatan mendapati ada sembilan kesan tembakan dalam premis berkenaan dan kita menahan pengawal terbabit untuk mengambil keterangan," katanya ketika dihubungi.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 April 2015 @ 11:41 AM


ANGGOTA polis melakukan pemeriksaan di tempat kejadian di Jalan Mahsuri, Bayan Baru.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/45839#sthash.VjfRhB3p.dpuf

Tiga ditahan bawa syabu

Mohd Ruzaini Zulkifli 
am@hmetro.com.my


Kota Kinabalu: Tiga lelaki ditahan selepas dipercayai terbabit dalam kegiatan pengedaran dadah di Bandaran Berjaya, di sini, hari ini.
Mereka ditahan pada 1.45 pagi selepas anggota polis yang menerima maklumat awam bertindak memeriksa sebuah kenderaan jenis Nissan Navara.
Ketika pemeriksaan dilakukan, ketiga-tiga lelaki itu cuba melarikan diri, namun berjaya ditahan.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten M Chandra berkata, hasil pemeriksaan di dalam atas kenderaan terbabit, polis berjaya menemui empat plastik berisi ketulan hablur dipercayai dadah jenis syabu seberat 200 gram dianggarkan bernilai RM20,000.
"Sehubungan itu, ketiga-tiga suspek berusia 23 hingga 37 tahun ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 39B Akda Dadah Berbahaya 1952," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 22 April 2015 @ 6:38 PM


CHANDRA (tengah) menunjukkan bungkusan berisi syabu yang berjaya dirampas. FOTO ihsan PDRM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/45652#sthash.YFIUT4g4.dpuf

Koperal dituduh bunuh janda


Oleh Izlaily Nurul Ain Hussein

izlaily@hmetro.com.my
Kota Tinggi: Anggota polis dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, atas tuduhan membunuh janda anak tiga, dua minggu lalu.
Koperal Muhammad Faizal Salim dengan tegas menyatakan dia faham akan pertuduhan itu selepas dibaca jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Mazana Sinin.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan.
Berdasarkan kertas pertuduhan, dia didakwa membunuh Nik Norzielawati Akmar Afandi, 35, di Taman Rekreasi Hutan Bandar Bukit Cantik, Jalan Bukit, Mersing Kechil, Mersing, antara jam 11 malam, 12 April dan 12.30 tengah malam, 13 April lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.
Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 13 Mei ini di Mahkamah Majistret Mersing, sementara menunggu laporan bedah siasat, DNA dan kimia.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/45806#sthash.uGrarAe6.dpuf

Enam penyamun ditahan


Oleh Isma Ismail

am@hmetro.com.my
Johor Bahru: Empat lelaki dan dua wanita ditahan disyaki terbabit dalam kejadian samun lori kargo di Skudai, di sini, membabitkan kerugian sebanyak RM175,000, Isnin lalu.
Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Ismail Yatim, berkata kesemua suspek berusia 23 hingga 43 tahun berasal dari Johor dan Kedah.
Menurutnya, sindiket berkenaan juga disyaki terbabit dalam kegiatan curi kenderaan di beberapa negeri lain.
"Hasil penahanan suspek, kami turut menemui semula kargo yang disamun iaitu besi cerucuk.
"Kami percaya dapat menyelesaikan empat kes dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan," katanya.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/45843#sthash.LwBtEbmQ.dpuf

Budak maut jatuh apartmen

Kajang: Kanak-kanak lapan tahun maut selepas terjatuh dari tingkat tiga di sebuah apartmen di Bandar Mahkota Cheras, di sini, 12.40 tengah hari, hari ini.
Mangsa dikenali sebagai Damon Yen Zhi Yang dikatakan terjatuh selepas menghadiri kelas tuisyen di apartmen berkenaan.
Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berlumuran darah di atas bumbung bangunan oleh orang awam.
Jurucakap Bomba Selangor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 12.42 tengah hari.
"Mangsa maut serta merta di lokasi kejadian. Siasatan lanjut akan dijalankan pihak forensik polis,"katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 April 2015 @ 3:21 PM




- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/45881#sthash.QIv6Hie4.dpuf

Berhutang dengan 23 ceti haram


Oleh Mary Victoria Dass

maryvictoria@hmetro.com.my

Johor Bahru: Seorang lelaki berusia 40 tahun yang juga pembekal pakaian di pasar malam di bandar raya ini khuatir dengan keselamatannya selepas gagal menjelaskan hutang sebanyak RM28,000 yang dipinjam daripada 23 ceti haram.
Pengerusi Biro Pengaduan Awam MCA Negeri Johor, Michael Tay berkata, mangsa dikenali sebagai Ahmad membuat pinjaman mulai Ogos tahun lalu.
Katanya, pinjaman berkenaan dijadikan sebagai modal perniagaan oleh lelaki berkenaan dan empat rakan kongsinya.
“Bagaimanapun semua rakannya bersikap lepas tangan selepas perniagaan yang dijalankan mereka mengalami kerugian. Sejak empat hari lalu, mangsa sudah mula menerima panggilan dan mesej berbaur ugutan daripada beberapa ceti haram.
"Ia mengakibatkan tekanan kepadanya sebelum tampil ke biro pengaduan ini.
"Dia sudah membuat laporan polis di Balai Polis Taman Mutiara Rini pada 21 April lalu (semalam) dan harap dapat menyelesaikan permasalahan dialaminya," katanya.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/45657#sthash.5BEIAsc2.dpuf

Wanita Tukang Urut Mulakan Kebakaran Kerana Tekanan Kerja


Diterbitkan: Rabu, 22 April 2015 11:31 PM
Anggota Bomba dan Penyelamat Sibu cuba memadamkan kebakaran sebuah kuarters pekerja di sebuah bangunan di Jalan Kampung Nyabor di sini, Rabu. Siasatan awal Polis mendapati kejadian kebakaran kira-kira 11 pagi itu berpunca akibat tindakan seorang wanita tukang urut berusia 25 tahun dari Vietnam yang dikatakan tertekan dengan kerjanya selain mempunyai masalah mental.

SIBU: Akibat tidak tahan dengan tekanan kerja sebagai tukang urut, seorang wanita Vietnam dipercayai telah memulakan kebakaran yang memusnahkan kuarters pekerja yang diduduki bersama rakan-rakannya, Rabu.
Wanita berusia 25 tahun itu dikatakan mengurung dirinya di dalam bilik tidur di kuarters yang terletak di tingkat lima sebuah bangunan kedai di Jalan Kampung Nyabor di sini.
Kebakaran pukul 11 pagi itu disedari oleh dua lagi wanita Vietnam setelah mereka terlihat asap keluar dari bilik tersebut.
"Kedua-dua wanita tersebut cuba membuka pintu bilik itu namun gagal dan setelah beberapa ketika wanita itu secara tiba-tiba keluar dari bilik dan melarikan diri," kata Ketua Polis Sibu Asisten Komisioner Mohd Kamal Kordi ketika dihubungi Bernama.
Menurut beliau, siasatan awal polis mendapati kedua-dua wanita itu ada terlihat pemetik api di tangan wanita terbabit semasa dia sedang berlari keluar dari biliknya.
Katanya, kedua-dua wanita yang percaya rakan mereka itu telah memulakan kebakaran dengan membakar bantal dan cuba memadamkan api tetapi gagal.
Susulan daripada kejadian itu, sepasukan polis telah berjaya menahan suspek pada pukul 12.40 tengah hari di hadapan sebuah hotel yang terletak di belakang bangunan tersebut.
"Majikan dan rakan suspek percaya dia ada mengalami masalah mental dan selalu minta balik ke negara asal," katanya sambil menambah suspek akan direman untuk siasatan di bawah Seksyen 436 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sibu, Abdul Mutalif Jaafar berkata, pihaknya menerima panggilan kebakaran sekitar jam 11.36 pagi dan menghantar dua jentera ke tempat kejadian dengan 14 anggota.
Mereka yang dibantu lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Merah berjaya dikawal pada jam 12.11 tengah hari.
Lima wanita warga Vietnam dan dua wanita China tinggal di kuarters tersebut.-- Bernama

KPN Nafi Kuil Batu Caves Akan Diroboh, Akan Siasat Kenyataan Palsu


Diterbitkan: Khamis, 23 April 2015 10:40 AM
Tan Sri Khalid Abu Bakar

PETALING JAYA: Polis akan menyiasat penyiaran kenyataan akhbar palsu yang tersebar mengenai perobohan Kuil Batu Caves yang kononnya mendapat kelulusan kerajaan.

Kenyataan tersebut mengandungi kepala surat PDRM yang mendakwa orang ramai dilarang daripada memasuki kawasan tempat ibadat tersebut bermula 2 Mei.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menulis di Twitter pada Rabu bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang terlibat menyebarkan maklumat palsu.

Beliau menulis di Twitter: @PDRMsia menafikan pernah mengeluarkan kenyataan di bawah. Pemalsuan dan penyebaran berita ini akan disiasat.

10 Disoal Siasat Berhubung Protes Gereja


Diterbitkan: Khamis, 23 April 2015 3:07 PM

PETALING JAYA: Polis telah merakamkan kenyataan 10 orang yang terlibat dalam protes salib di Taman Medan.

Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Samah Mat berkata, bagaimanapun, tiada tangkapan yang telah dibuat.

Beliau berkata polis masih belum menentukan sama ada terdapat sebarang unsur jenayah dalam bantahan, di mana sebuah gereja di bangunan rumah kedai diminta supaya menurunkan tanda salib.

Beliau berkata 10 telah dipanggil pada Rabu dan telah disoal berhubung penglibatan mereka dalam protes tersebut.

"Tiada tangkapan dibuat kerana siasatan masih tidak lengkap.

"Sebaik sahaja ia siap kita akan tentukan sama ada terdapat apa-apa unsur-unsur jenayah dan kemudian kita akan membuat tangkapan," katanya kepada The Star pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Azmi Abu Kassim berkata polis juga telah merakamkan kenyataan daripada paderi gereja dan Ketua Umno Cawangan Taman Lindungan Jaya Datuk Abdullah Abu Bakar yang juga abang kepada yang Ketua Polis Negara.

"Kami akan memanggil lebih ramai orang dari gereja dan kumpulan protes," katanya.

Seorang paderi gereja, yang telah membuat laporan polis terhadap penunjuk perasaan, enggan bercakap ketika dihubungi The Star.

Dalam laporan itu, dia memperincikan bahawa dia telah didatangi oleh seorang pegawai dari cawangan khas Petaling Jaya pada pukul 11 ​​pagi Ahad ketika upacara keagamaan dilakukan dan diberitahu bahawa beberapa penunjuk perasaan mahu bercakap dengannya.

Dia bertemu Abdullah, bekas Ketua Wanita Umno Petaling Jaya Selatan Munaliza Hamzah dan seorang lagi lelaki yang memakai baju merah dan songket hitam selepas upacara keagamaan berakhir, sambil jemaah berada di dalam gereja berikutan bantahan diadakan di luar bangunan itu.

Lelaki bersongket itu mengarahkan pihak gereja supaya menurunkan tanda salib, menurut sumber yang memetik laporan yang dibuat.

Dengan mengambil kira keadaan dan bimbang tentang keselamatan terhadap gereja dan dirinya, dia tidak mahu memburukkan keadaan dan bersetuju untuk menurunkan tanda salib itu pada pukul 1 petang.

Selepas penunjuk perasaan bersurai pada kira-kira pukul 2.30 petang, Abdullah memberitahunya mengenai hasrat untuk membuat laporan tentang gereja kepada Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ). Paderi itu tidak berkata apa-apa kata sumber itu, yang memetik laporan beliau.

Lebih Banyak Kenderaan Klon Akan Diburu JPJ-SPRM


Diterbitkan: Khamis, 23 April 2015 3:21 PM

MELAKA: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak menolak kemungkinan mengesan lebih banyak kenderaan klon melalui operasi besar-besaran yang sedang dijalankan jabatan itu dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Ketua Pengarah JPJ Datuk Seri Ismail Ahmad berkata operasi berkenaan dilaksanakan di setiap negeri dan siasatan menyeluruh turut dilakukan bagi mengesan individu yang terlibat dalam sindiket berkenaan.
"Kita sedang menggerakkan operasi di seluruh negara, kemungkinan lebih banyak kenderaan klon akan disita tetapi ia bergantung pada siasatan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari JPJ Peringkat Negeri Melaka di Bukit Katil di sini, Khamis.
Beliau berkata demikian bagi mengulas perkembangan terkini berhubung 153 buah kenderaan klon yang disita dalam operasi besar-besaran hasil kerjasama dua agensi itu sejak lima bulan lepas.
Dua hari lepas, beliau berkata semua kenderaan klon yang terdiri daripada kereta mewah antaranya Mini Cooper, Lexus, BMW dan Mazda diseludup dari Singapura untuk dijual di negara ini pada harga antara RM20,000 hingga RM50,000 sebuah.
Ismail berkata semua kenderaan yang disita itu dianggarkan bernilai lebih RM13 juta diseludup serta diklon menggunakan nombor pendaftaran yang sama dengan kenderaan asal di Malaysia dan yang membezakannya hanyalah nombor chasis dan nombor enjin.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata pemilik kereta termasuk kereta import diingatkan agar mengambil perhatian terhadap penguatkuasaan peraturan cermin gelap yang baharu bermula 1 Mei depan bagi mengelak tindakan saman.
Peraturan baharu itu menetapkan kadar ketelusan cahaya nampak (VLT) bagi cermin belakang dan sisi penumpang belakang dikurangkan daripada 50 peratus kepada 30 peratus, manakala kadar VLT bagi cermin hadapan dan sisi pemandu dan penumpang hadapan pula masing-masing kekal pada kadar 70 peratus dan 50 peratus.
Ismail menjelaskan peraturan baharu itu juga bertujuan membantu agensi penguatkuasa terutama Polis Diraja Malaysia dan JPJ menguatkuasakan peraturan tidak memakai tali pinggang kaledar dan menggunakan telefon bimbit ketika memandu.
"Kedua-dua kesalahan ini merupakan punca utama menyebabkan kemalangan, kematian dan kecederaan terutama kepada pemandu yang mana kita perlu cegah sebelum terjadi," katanya.

Polis Tahan Pengawal Keselamatan TNB Lepaskan Tembakan


Diterbitkan: Khamis, 23 April 2015 2:42 PM
Thaiveegan

GEORGE TOWN: Polis menahan seorang pengawal keselamatan yang dilapor terlepas tembakan ketika bertugas di sebuah pejabat Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Jalan Mahsuri Bayan Baru di sini, Rabu.
Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk A. Thaiveegan berkata senjata jenis 'shotgun' dan lesen persendirian mengendalikan senjata api lelaki berumur 56 tahun itu turut dirampas.
Beliau berkata sembilan kesan tembakan ditemui pada dinding kaunter ketika senjata itu terjatuh ke lantai secara tidak sengaja dalam kejadian 5.20 petang itu.
"Ketika kejadian, tiga petugas sedang bekerja di kaunter dan seorang lagi pengawal keselamatan berada di kawasan berdekatan," katanya kepada pemberita selepas melawat Hospital Pulau Pinang sempena Peringatan Hari Polis ke-208 pada Khamis.
Beliau berkata lelaki terbabit yang berasal dari Balik Pulau berkhidmat selama tiga tahun di pejabat berkenaan dan dibebaskan dengan jaminan polis pada hari yang sama.
Sementara itu, beliau menyarankan syarikat keselamatan di negeri ini mengadakan sesi taklimat berjadual kepada kakitangan untuk mengingatkan mereka supaya sentiasa bersiap siaga dalam apa jua keadaan.
Terdahulu, beliau menyerahkan 40 hamper kepada pesakit kurang bernasib baik dan beberapa anggotanya yang sedang menerima rawatan di wad C9 dan wad C10 hospital itu.

Lelaki Cari Lembu Hilang Ditemukan Mati


Diterbitkan: Khamis, 23 April 2015 2:38 PM

BESUT: Seorang penternak lembu ditemukan mati di kawasan kebun kelapa sawit dekat Kampung Hutan Padang Tapong di sini kira-kira jam 3.30 petang Rabu oleh seorang rakannya.
Mangsa dikenali sebagai Muhamad Suhaimi Mohamed, 59, yang bekerja sendiri tinggal di Kampung Padang Luas, Jerteh kira-kira lapan kilometer daripada tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Besut Supt Khaled Che Lah berkata sebelum itu mangsa yang pergi secara bersendirian sedang mencari lembunya yang hilang telah menghubungi rakannya yang dikenali sebagai June di Pasir Putih, Kelantan untuk datang membantunya kira-kira pukul 2.00 petang Rabu.
Katanya apabila sampai di kawasan hutan berkenaan June telah cuba menghubungi mangsa melalui telefon bimbit dan rakannya itu memberitahu yang ia berada di satu kawasan dengan menyeberang sebatang sungai di situ.
"Kira-kira sepuluh minit kemudian rakannya tiba-tiba mendengar bunyi salakan anjing kepunyaan mangsa dari satu kawasan sebelum disusuli dengan bunyi tembakan sebanyak dua kali," kata Khaled kepada media di sini, Khamis.
Katanya curiga dengan bunyi tembakan itu rakannya telah mencari mangsa dan berjaya menemuinya dalam keadaan terlentang dengan senjatanya masih di dakapannya manakala seekor babi hutan turut ditemui mati 15 meter daripada mangsa ditemukan.
Mayat mangsa dikeluarkan daripada kawasan berkenaan kira-kira jam 11.00 malam tadi dan dihantar ke Hospital Daerah Besut untuk bedah siasat.
Pihak Hospital Daerah Besut mengesahkan kematian mangsa disebabkan serangan jantung dan pemeriksaan ke atas mayat mangsa juga didapati tiada sebarang kesan kecederaan kecuali hanya luka kecil di bawah telinganya.

Pesalah Trafik Tegar Tak Akan Terlepas


Diterbitkan: Khamis, 23 April 2015 8:19 AM
Dua pegawai polis meninggalkan waran tangkap di kediaman pesalah trafik tegar di Melaka ketika Ops Warta dijalankan tahun lalu. Operasi akan dilancarkan sekali lagi pada bulana hadapan.

KUALA LUMPUR: Polis akan menjejaki ratusan ribu pesalah trafik tegar apabila Ops Warta dilancarkan bulan depan.

Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman Datuk Mohd Fuad Abd Latiff  Datuk Mohd Fuad Abdul Latiff berkata mereka tidak pernah melupakan pesalah trafik yang mempunyai waran tangkap.

"Setakat ini, 2.49 juta daripada 4.09 juta waran tangkap telah pun diselesaikan.

"Sekarang kita sedang menjejaki baki 39 peratus lagi (1.59 juta)," katanya di Bukit Aman, Rabu.

Pada 2008, polis trafik telah memulakan operasi dari pintu ke pintu untuk melaksanakan waran tangkap terhadap pesalah trafik di bawah Ops Warta.

Pada tahun 2013, polis menyasarkan lebih 251,000 pengguna jalan raya yang melakukan kesalahan, pemandu kenderaan berat dan penunggang motosikal di peringkat pertama Ops Cantas Trafik.

Notis telah dihantar kepada pesalah, memberi amaran kepada mereka bahawa waran tangkap telah dikeluarkan terhadap mereka.

Bukit Aman juga telah bekerjasama dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Jabatan Pendaftaran Negara untuk mengesan alamat pesalah trafik.

Mohd Fuad berkata pelbagai amaran telah diberikan sejak dua tahun lalu, tetapi pesalah-pesalah ini masih berdegil dan enggan membayar saman mereka.

Beliau juga memberi amaran bahawa walaupun polis telah memperlahankan operasi, ini tidak bermakna mereka yang mempunyai waran belum jelas akan terlepas begitu sahaja.

"Jika anda berhenti di sekatan jalan raya dan kita mengetahui bahawa anda mempunyai waran, kita akan mengambil tindakan.

"Terdapat banyak cara untuk menyemak saman tertunggak jadi jangan ingat kita dengan dengan mudah akan melepaskan anda," katanya.

Beliau menjelaskan bahawa pengguna kenderaan boleh menyemak jika mereka mempunyai saman yang belum dibayar melalui www.myeg.com.my dan www.rilek.com.my.

"Anda juga boleh menyemak di mana-mana kaunter polis trafik, pejabat pos dan ATM Maybank dan di pusat beli-belah terpilih serta cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan," katanya.

Mohd Fuad berkata operasi akan bermula dalam tempoh terdekat pada bulan depan.

"Jangan terkejut jika anda berhenti di sekatan jalan raya bulan depan dan dikenakan waran tangkap," katanya.

Mohd Fuad berkata dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini, polis telah mengeluarkan 880,914 saman.

"Daripada saman ini, 9,119 adalah kerana menyalahgunakan lorong kecemasan manakala 69,629 saman adalah kerana kesalahan memotong barisan.

"Daripada angka ini, saya boleh simpulkan bahawa pengguna jalan raya masih tidak tidak mengubah sikap mereka," katanya, sambil menambah mereka harus lebih sopan dan cuba untuk lebih mematuhi undang-undang.

Kerajaan Korea umum apungkan rangka feri Sewol

Seoul: Kerajaan Korea Selatan semalam mengumumkan ia akan mengapungkan rangka feri Sewol, setahun selepas ia karam hingga menyebabkan lebih 300 orang mati, kebanyakannya pelajar.
Mengapungkan feri berkenaan menjadi tuntutan utama keluarga mangsa yang sejak beberapa minggu lalu meningkatkan kempen mereka dengan mengadakan tunjuk perasaan besar-besaran, termasuk bertempur dengan polis yang terpaksa menggunakan meriam air dan penyembur lada hitam.
Kementerian Keselamatan Awam berkata, operasi mengapungkan feri itu bermula pada September di luar pantai Jindo, tempat Sewol karam 16 April lalu.
Feri seberat 6,825 tan itu terdampar 40 meter di dasar laut dan usaha untuk mengapungkannya akan berdepan dengan cabaran teknikal amat besar.
Kementerian itu menganggarkan kos operasi itu antara AS$90 juta (RM323 juta) dan AS$140 juta (RM503 juta) dan ia mungkin mengambil masa hingga satu setengah tahun.
Ketika kejadian, feri itu membawa 476 penumpang, termasuk 325 pelajar. Hanya 75 orang terselamat danm sebanyak 295 mayat ditemui. - Reuters
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 April 2015 @ 7:38 AM


SEORANG wanita duduk di sebelah monumen berbentuk kapal yang mengandungi mesej untuk mangsa feri karam, di Seoul, Korea Selatan, semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/45678#sthash.3AMecGAH.dpuf

Sudah bersedia

Cilacap (Indonesia): Kawalan keselamatan di Pulau Nusakambangan ditingkatkan menjelang pelaksanaan hukuman mati terhadap beberapa pesalah dadah.
Hukuman mati terhadap 10 pesalah berkenaan dijangka dilaksanakan selepas Sidang Kemuncak Asia Afrika yang kini sedang berlangsung di Jakarta.
Kawalan keselamatan hanya ditingkatkan di Pulau Nusakambangan yang menempatkan penjara dan lokasi hukuman itu dijalankan.
Sumber memberitahu agensi berita Antara, beberapa jabatan polis dan unit tentera Indonesia dikerahkan untuk berkawal di penjara berkenaan.
Kata sumber, peningkatan kawalan keselamatan itu mempunyai kaitan terhadap pelaksanaan hukuman mati terhadap pesalah dadah dan beberapa pesalah lain yang terbabit dalam aktiviti pengganas.
Seorang pegawai penjara di wilayah Jawa Tengah, Yuspahruddin mengaku kawalan keselamatan di penjara itu ditingkatkan.
Peguam negara, HM Prasetyo sebelum ini memberitahu hukuman terhadap pesalah berkenaan mungkin dijalankan selepas Sidang Kemuncak Asia Afrika berakhir.
Sehingga kini sembilan daripada 10 pesalah dadah berkenaan sudah dipindahkan ke penjara di Pulau Nusakambangan.
Seorang lagi pesalah warga Filipina, Mary Jane Fiesta Veloso masih ditempatkan di penjara Lapas Wirogunan di Yogyakarta.
Sembilan pesalah yang menanti hukuman mati terdiri daripada dua warga Australia, Andrew Chan dan Myuran Sukumaran, dua warga Nigeria, Silvester Obiekwe Nwaolise, Okwudili Oyatanze dan Raheem Agbaje Salami serta seorang warga Perancis, Serge Areski Atlaoui, seorang warga Ghana, Martin Anderson alias Belo, Rodrigo Gularte dari Brazil dan seorang warga Indonesia, Zainal Abidin.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/45689#sthash.4VYJuhXM.dpuf

Berang PM tarik rambut

Wellington: Perdana Menteri New Zealand John Key (gambar) memohon maaf kepada seorang pekerja kafe kerana dilaporkan tidak mengendahkan permintaannya supaya tidak menarik rambutnya yang diikat ekor kuda ketika mengunjungi premis itu selama beberapa bulan.
Wanita itu yang menyatakan kejadian berkenaan tanpa mendedahkan identitinya di laman web The Daily Blog mendakwa Key mula menarik rambutnya tahun lalu.
Katanya, dia pada mulanya tidak kisah dengan perbuatan Key itu kerana menganggap Perdana Menteri itu ingin bergurau.
Namun, dia akhirnya tidak tahan dengan perbuatan itu dan memaklumkan rasa tidak senang hati kepada pasukan keselamatan Key.
Dia kemudian berulang kali berkata ‘jangan’ selain menunjukkan isyarat melarang perbuatan itu menggunakan jarinya.
Key bagaimanapun tidak mengendahkannya dan tetap menarik rambutnya ketika lawatan selepas itu menyebabkan wanita terbabit berkata: “Berhenti kalau tidak saya akan pukul anda.”
Dalam blog itu, wanita berkenaan berkata: “Saya memang tidak sukakan perbuatannya yang membuatkan saya rasa dibuli. Malah pernah saya menangis kerana terlalu geram.”
Sementara itu, pejabat Key semalam mengeluarkan kenyataan mengakui pemimpin itu kerap melawat kafe berhampiran rumahnya, malah dia dan isteri mempunyai hubungan baik dengan pekerja di situ.
“Dia tidak bermaksud apa-apa sebaliknya perbuatan itu sekadar gurauan. Key tidak pernah berniat membuatkannya rengsa, malah sudah memohon maaf,” katanya. - AFP
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 April 2015 @ 7:40 AM


- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/45680#sthash.X1cXYTfQ.dpuf

Pasangan kekasih dijel

Bali: Seorang wanita warga Amerika Syarikat (AS) dan kekasihnya dihukum penjara semalam selepas didapati bersalah membunuh ibunya sendiri.
Mahkamah Daerah Denpasar menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun terhadap Heather Mack dan 18 tahun penjara terhadap kekasihnya, Tommy Schaefer.
Pasangan itu didapati bersalah atas tuduhan merancang membunuh ibu Heather, Sheila von Wiese-Mack ketika sedang bercuti di sini pada 12 Ogos tahun lalu.
Mayat Sheila, 61, dijumpai di dalam sebuah beg pakaian yang diletakkan di dalam bonet teksi di Resort St. Regis di sini.
Pasangan berkenaan ditahan sehari selepas mayat wanita itu dijumpai.
Polis berkata, wanita itu mati akibat dipukul dengan teruk menggunakan objek tumpul.
Barisan tiga panel hakim memutuskan untuk meringankan hukuman terhadap Heather, 19, kerana dia baru melahirkan anak.
“Bayi yang baru dilahirkan itu memerlukan kasih sayang dan masih menyusu dengan ibunya,” kata hakim.
Mahkamah sebelum itu memutuskan Schaefer, 21, bersalah memukul Sheila hingga mati di dalam sebuah bilik di hotel berkenaan.
Heather pula didapati bersalah membantu Schaefer membunuh ibunya sendiri.
Schaefer dan Heather yang berasal dari Chicago, AS dibicara secara berasingan tetapi perbicaraan berlangsung di mahkamah, hakim dan pendakwa raya yang sama.
Lelaki itu mengaku memukul kepala Sheila dengan mangkuk besi selepas wanita itu cuba menjerut lehernya.
Sheila dipercayai berang apabila mengetahui anaknya mengandung selepas menjalinkan hubungan dengan Schaefer.
Pasangan berkenaan mempunyai masa selama satu minggu untuk merayu keputusan mahkamah itu.
Tuduhan membunuh dengan niat boleh dikenakan hukuman mati.
Bagaimanapun, pendakwa raya meminta mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun terhadap Schaefer dan 15 tahun terhadap Heather.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 22 April 2015 @ 7:40 AM


HEATHER (kiri) dan Schaefer bersama bayi mereka ketika hadir ke sebuah mahkamah di Bali semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/45436#sthash.KvAw1TrZ.dpuf

Lelaki ‘bunuh’ komputer

Colorado: Seorang lelaki yang ‘berperang dengan komputernya sejak beberapa bulan lalu,’ semalam menembak ‘mati’ komputer peribadinya model Dell.
Kerana tindakannya itu, Lucas Hinch ditangkap atas tuduhan melepaskan tembakan dalam kawasan yang dilarang.
Menurut Jabatan Polis Colorado Springs, ia menerima laporan mengenai tindakan Hinch membawa komputernya di lorong di belakang rumahnya sebelum melepaskan lapan das tembakan dengan pistol terhadap komputer itu, menyebabkan ia tidak lagi boleh digunakan.
Ditanya mengenai tindakannya itu, Hinch hanya berkata: “Saya sudah bosan dengan komputer itu yang sering mengalami masalah.”
Dalam laporan mengenai kejadian itu, polis merumuskan kes itu dengan menulis ‘Lelaki Bunuh Komputernya.’
Hinch menembak komputer terbabit dengan sepucuk pistol jenis Hi-Point 9mm yang dibelinya baru-baru ini.
Polis merampas pistol berkenaan, tetapi membiarkan komputer itu di rumah yang dikongsi bersama teman wanitanya.
Hinch akan dibicarakan pada 11 Mei ini atas tuduhan kesalahan kecil. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 April 2015 @ 7:43 AM


KEADAAN komputer yang ditembak Hinch.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/45685#sthash.a8ee5pvI.dpuf