Search This Blog

Monday, April 20, 2015

Isteri rantai suami, layan seperti banduan


Isteri rantai suami, layan seperti banduan
Pablo dirantai oleh isterinya - Foto CEN
HUAUYAN - PERU. Seorang lelaki dirantai dan ditinggalkan kelaparan oleh isterinya di dalam sebuah pondok usang di sebuah perkampungan kecil di Huauyan, dekat Peru.

Pablo Tamariz Coraquillo, 86 dikatakan dilayan seperti banduan oleh isterinya sejak kira-kira dua tahun lalu.

Pihak berkuasa bertindak menyerbu rumah terbabit selepas mendengar khabar angin mengenai perkara tersebut dan semasa ditemui lelaki itu berada dalam keadaan yang lemah dan binggung.

Penduduk kampung, Viviano Villareal Corral, 56, berkata kami tahu dia dikurung tetapi isterinya memberitahu dia berbuat demikian adalah untuk kebaikan suaminya itu.

"Isterinya berkata, lelaki itu cuba untuk melarikan diri dan kemudian memutuskan cara terbaik untuk memastikan dia berada di rumah adalah dengan mengikat dia.

"Tetapi kami tidak menyedari yang dia dikurung sepanjang masa," katanya dipetik Metro.uk

Sementara itu, jurucakap pihak berkuasa tempatan berkata apabila pihak kami mendengar mengenai lelaki terbabit, kami terus menyiasat dan mendapati dia dirantai sebuah pondok.

"Dia sangat lemah dan sedikit bingung melihat kami," katanya.

Pablo kini dirawat di hospital dan akan dihantar ke rumah perlindungan sosial.

Ayah tuntut kebenaran kes gadis ditikam 45 kali


Ayah tuntut kebenaran kes gadis ditikam
Vic duduk di katil yang menjadi lokasi pembunuhan anak perempuannya, Sarah.
SRINAGAR - KASHMIR. Ayah kepada mangsa tikaman lebih 45 kali hingga maut di Tasik Dal, India tegar mencari kebenaran yang masih belum terjawab sejak dua tahun lalu, lapor Sunday Mirror.

Vic Groves, 71, tidak dapat menahan sebak ketika melawat rumah bot, New Beauty yang menjadi lokasi pembunuhan anak bongsunya, Sarah, 24, di kawasan Srinagar, Kashmir.

Menurut polis, suspek pembunuhan itu, Richarde De Wit, 43, sebelum ini dikatakan telah mengaku membunuh namun mendakwa telah dirasuk syaitan namun Richard telah memberitahu Vic secara bersemuka bahawa dia tidak membunuh Sarah.
Duduk di katil yang menjadi tempat pembunuhan utama anak perempuan satu-satunya itu, Vic akui itu saat yang sukar untuknya.

“Memang sangat beremosi di mana anak saya dibunuh di sini dua tahun lalu dalam keadaan yang sangat dahsyat.

“Tempat ini sangat tenang, bagaimana ini semua terjadi tanpa sesiapa dengar...saya tak tahu,” luahnya.
Sarah telah tinggal di bot itu dua bulan dengan kekasihnya, Saeed Shoda yang ditemuinya ketika melancong ke Goa. Bot itu milik keluarga Saeed.

Richard, seorang pelancong telah tinggal di rumah bot itu bersama keluarga Saeed selama tiga hari.
Dia kemudiannya ditangkap sebaik mayat Sarah ditemui dan ditahan di penjara Kashmir sehingga kini.

Menurut Saeed, pada malam kejadian, dia pergi memancing bersama kawan-kawannya  dan kenyataan itu disahkan saksi.

Ahli Parlimen Palestin hadapi 12 pertuduhan


Ahli Parlimen Palestin hadapi 12 pertuduhan
Suami Jarrar, Ghassan Jarrar, menunjukkan foto isterinya yang diculik tentera Israel awal bulan ini. - Foto: AFP
BAITULMAQDIS - Seorang Ahli Parlimen Palestin yang diculik tentera Israel awal bulan ini dikenakan 12 pertuduhan oleh mahkamah tentera negara itu.

Khalida Jarrar, diculik dari rumahnya di Tebing Barat pada 2 April lalu, menghadapi tuduhan berkaitan keahliannya dalam Barisan Rakyat bagi Pembebasan Palestin (PFLP).

Antara pertuduhan dikenakan termasuk menyertai organisasi haram, mengambil bahagian dalam protes dan hasutan untuk menculik tentera rejim Zionis.

Sementara itu, jurucakap tentera Israel memberitahu, Jarrar ditangkap kerana menjadi pemimpin sebuah organisasi pengganas dan telah menggalakkan aktiviti keganasan beberapa minggu sebelum tangkapan dibuat.

Susulan penangkapan Jarrar, penduduk Palestin menyelar tindakan itu dan jawatankuasa Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) menyifatkan ia sebagai pencabulan keterlaluan terhadap imuniti Parlimen beliau.

Jarrar dipilih menjadi ahli Majlis Perundangan Palestin (PLC) pada 2006, dan merupakan salah seorang pengkritik paling lantang terhadap penjajahan Israel selain telah beberapa kali mengecam kekejaman Israel terhadap rakyatnya. - Press TV

Pelajar Dakwa Dibelasah 30 Senior Sekolah Agama Di Pendang


Diterbitkan: Ahad, 19 April 2015 9:22 PM
Zahari menunjukkan kesan lebam pada anggota badan anak saudaranya Muhammad Ammar Aqil Zainudin yang dibelasah oleh sekumpulan pelajar senior sebuah sekolah agama di Pokok Tai Pendang.

GURUN: Seorang pelajar Tingkatan Satu mendakwa dipukul kira-kira 30 pelajar senior di sebuah sekolah agama di Pokok Tai,Pendang pada Sabtu.

Muhammad Ammar Aqil Zainudin, 13, dari Taman Ria Mesra di sini mendakwa dia dipukul pelajar-pelajar itu dari 12 tengah malam hingga 1.30 pagi di bilik asrama pelajar senior.

Anak kedua daripada tiga beradik itu mendakwa dia dipukul selepas dituduh mencuri dompet mengandungi wang tunai RM60 milik seorang pelajar Tingkatan Dua.

Menurutnya beliau sebenarnya menemui dompet itu di padang sekolah itu kira-kira 6.30 petang Jumaat (17 April) dan menyimpannya sebelum menyerahkan kepada pemiliknya.

"Mereka (pelajar senior) minta dompet itu dan saya serahkannya sekali dengan wang. Tetapi mereka pukul saya, tumbuk saya di seluruh badan, tampar muka, libas dengan tuala, bakar rambut dan gunting rambut saya sampai botak," katanya kepada pemberita di rumahnya pada Ahad.

Muhammad Ammar berkata selepas dibelasah, beliau diletakkan di luar bilik pelajar senior dan terpaksa merangkak ke biliknya dalam keadaan lemah.

Menurutnya pelajar senior terbabit turut mengugutnya supaya tidak melaporkan perkara itu kepada pihak sekolah dan ibu bapanya atau beliau akan dibelasah lagi.

Sementara itu bapa saudaranya, Zahari Haris, 43, berkata kejadian itu diketahui bapa Muhammad Ammar kira-kira 8 pagi pada hari sama ketika melawatnya di asrama.

Bapanya kemudian membawa Muhammad Ammar ke Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani untuk membuat pemeriksaan perubatan dan mendapati tiada kecederaan dalaman, cuma bengkak dan lebam pada peha, muka dan belakang badan.

Zahari berkata laporan polis mengenai kejadian itu kemudian dibuat di BalaiPolis Gurun kira-kira 2.30 petang. Ketua Polis Daerah Pendang DSP Abd Aziz Ahmad yang dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan kejadian itu.

Warga Emas Hilang Ditemui Mati Di Ladang Sawit


Diterbitkan: Ahad, 19 April 2015 7:26 PM

DUNGUN: Seorang warga emas yang dilaporkan hilang diKampung Tepus pada 2 April lepas, ditemui mati di kawasan ladang sawit milik Ketengah Holding di sini, Ahad.

Mayat Jusoh Abdullah, 79, dijumpai kira-kira 10 pagi tadi oleh pekerja ladang yang melakukan kerja-kerja pembersihan selepas terhidu bau busuk.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun Supt Ahmad Zailani Yaacub ketika dihubungi Bernama mengesahkan penemuan mayat warga emas itu kira-kira 3 kilometer dari lokasi beliau dilaporkan hilang.

Polis percaya mangsa telah meninggal dunia lebih daripada seminggu berdasarkan keadaan mayatnya yang sudah mereput, katanya.

Polis mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut dan mayatnya dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk bedah siasat.

Jusoh dilaporkan hilang selepas pergi ke kebun getah miliknya di KampungTepus dengan menaiki basikal.

16 Anggota Polis Positif Dadah Di Kelantan - Mazlan


Diterbitkan: Ahad, 19 April 2015 7:35 PM
Mazlan Lazim.

KOTA BAHARU: Seramai 16 anggota polis di Kelantan dikenalpasti positif dadah sejak Januari hingga Mac lepas, kata Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim. 

Mazlan berkata pihaknya telah mengambil tindakan tegas terhadap anggota terbabit. 

"Pihak kami telah membuat prosedur yang teliti serta mengambil tindakan tegas kepada anggota yang terlibat dan bersekongkol dengan pengedar dadah. 

"Ia berikutan anggota ini menyukarkan pihak kami untuk melakukan operasi dan tidak dapat melakukan tangkapan akibat kebocoran maklumat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan upacara penutup program Walkathon "Benci Dadah" di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan pada Ahad.

Hadir sama Timbalan Ketua Polis Kelantan Datuk Rosli Abdul Rahman dan Pengerusi Inspirasi Penubuhan Persatuan Keluarga Polis (Perkep) Kelantan Datin Siti Aishah Haron.

Dalam perkembangan berkaitan, Mazlan berkata pihaknya akan terus memburu pengedar dadah di negeri ini. 

"Hasilnya, seramai 154 pengedar dadah berjaya ditangkap sejak Jan hingga Mac lepas dalam Ops Jaya berbanding 135 kes dalam tempoh sama tahun lepas," katanya. 

Sementara itu, katanya, seramai 81 pelajar sekolah bakal mengikuti kursus pemulihan dadah bagi kem motivasi pencegahan jenayah sebagai langkah kerjasama polis dan pihak sekolah untuk membanteras dadah di peringkat sekolah. 

Program Walkathon "Benci Dadah" itu telah disertai kira-kira 1,000 peserta daripada kalangan remaja, belia dan orang dewasa.  

Ahli Perniagaan Rugi RM100,000 Disamun Enam Lelaki Di Sik


Diterbitkan: Ahad, 19 April 2015 7:45 PM

SIK: Seorang ahli perniagaan kerugian kira-kira RM100,000 selepas disamun sekumpulan enam lelaki di rumahnya di Kampung Pinang, Belantik pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Sik DSP Mohd Ismail Ibrahim berkata kejadian kira-kira 3pagi itu berlaku ketika ahli perniagaan itu, isteri dan dua anak mereka masing-masing berusia 10 dan tiga tahun sedang tidur.

"Kita menerima laporan mengenai kejadian itu kira-kira  4.30 pagi.

Siasatan awal mendapati sejumlah RM80,000 wang tunai dilarikan kumpulan suspekitu bersama-sama barang kemas yang dianggarkan berjumlah RM20,000 serta selaras senapang milik mangsa," katanya di sini.

Mohd Ismail berkata polis menemui peralatan yang digunakan suspek untuk memecah masuk ke rumah mangsa serta wang tunai berjumlah RM2,000 yang dipercayai tercicir kira-kira 300 meter dari rumah mangsa.

Polis turut menemui dua buah kereta Perodua Kancil dan Proton Wira, yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes itu.

Ketika ditemui kemudian, ahli perniagaan itu Mohd Bokri Majid, 43, berkata beliau dan isterinya, Hamdah Jusoh, 35, masih lagi terkejut selepas terpaksa berdepan penjenayah bertopeng dan bersenjatakan pisau.

"Saya, isteri dan anak-anak diikat. Tangan kiri saya cedera kerana cuba melawan, malah mereka turut mengugut untuk mencederakan anak-anak saya kerana enggan memberitahu di mana saya simpan wang tunai," katanya.

Menurutnya sebahagian daripada wang yang disamun itu baru sahaja dikeluarkandari bank pada Jumaat lepas untuk digunakan dalam urus niaga minggu ini.

Kesan Cuaca Tidak Menentu Musim Peralihan Monsun


Diterbitkan: Isnin, 20 April 2015 10:26 AM
Ribut mengakibatkan pokok tumbang dan menghempap kenderaan di Kepong, Ahad.

PETALING JAYA: Perubahan cuaca yang ketara setiap hari memberi kesan kepada rakyat pelbagai lapisan umur kebelakangan ini.
Ada kalanya cuaca panas terik pada sebelah pagi bertukar sejuk pada tengah hari apabila tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya, selain angin kencang.
Keadaan seumpama ini dijangka berlarutan hingga awal Mei kerana musim peralihan monsun, menurut Pusat Cuaca Nasional, Jabatan Meteorologi Malaysia.
Pegawai Meteorologi Kanan, Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata, situasi panas dan kemudianya basah adalah fenomena biasa sepanjang tempoh ini.
"Sepanjang musim ini, langit cerah secara umumnya pada sebelah pagi dan menjelang tengahari pula ia bertukar ribut dengan petir dan angin kencang hingga ke petang.
"Malahan, angin kencang boleh mencecah kelajuan sehingga 60 kilometer sejam (ksj) berbanding pada keadaan biasa kelajuan angin hanya 10 ksj," katanya.
Beliau berkata, orang ramai perlu berhati-hati terutama ketika hujan lebat dan angin kencang kerana ia boleh mengakibatkan pokok tumbang yang tentunya membahayakan pengguna jalan raya.
"Kawasan yang paling terkesan berikutan peralihan musim ini adalah di barat Semenanjung dan juga kawasan pantai di Sarawak," katanya.
Katanya lagi, situasi ini akan berterusan hingga awal Mei apabila monsun barat daya bermula di mana hujan akan turun pada sebelah pagi di pantai barat Semananjung.
"Antara Mei dan Ogos pula, hujan akan berkurangan di kawasan tanah besar kecuali Sabah," katanya.
Mengenai laporan menyatakan berlakunya hujan batu, beliau berkata, kejadian itu pernah terjadi sebelum ini.
"Angin kencang akibat awan dan petir boleh membawa ais dalam bentuk ketulan," katanya.

Nahas Feri: Penunjuk Perasaan Tempur Polis Korea Selatan


Diterbitkan: Ahad, 19 April 2015 3:13 PM

SEOUL: Beribu-ribu penunjuk perasaan bertempur dengan polis Korea Selatan yang menghalang mereka berarak ke istana presiden bagi menuntut tindak balas kerajaan lebih tegas terhadap nahas feri karam yang didakwa mengorbankan lebih 300 nyawa dalam kejadian setahun lalu.
Kira-kira 13,000 polis bertugas termasuk menggunakan 470 bas polis di kawasan sekitar jalan utama di Seoul dalam perarakan itu dan 100 penunjuk perasaan ditahan, menurut pegawai Agensi Polis Metropolitan Seoul.
Perhimpunan pada Sabtu itu diadakan oleh kumpulan yang mewakili keluarga mangsa, menjadikannya sebagai yang penganjuran himpunan terbesar sejak beberapa minggu kebelakangan ini sempena memperingati insiden itu yang berlaku pada 16 April.
Polis berkata, mereka menggunakan bas untuk menghalang laluan penunjuk perasaan berarak ke kediaman presiden Blue House, dan menggunakan meriam air dan semburan lada. Beberapa bas polis telah dirosakkan.
Pegawai jabatan bomba berkata, sembilan penunjuk perasaan dan tiga anggota polis dibawa ke hospital, manakala tiga lagi penunjukkan perasaan menerima rawatan di lokasi kejadian.
Himpunan itu bermula pada tengah hari, dengan orang ramai menuntut supaya kerajaan membenarkan satu jawatankuasa bebas terhadap insiden itu dan membuat keputusan segera mengenai feri Sewol.
Feri tersebut dalam laluannya dari Incheon ke pulau Jeju ketika ia membuat pusingan dan karam.
Antara 304 mangsa merupakan 250 pelajar yang menyertai lawatan sekolah.
Nahas itu kemudiannya didapati disebabkan oleh strukturnya yang tidak kukuh dan mempunyai banyak kargo. - REUTERS

Seorang Lagi Warga Indonesia Berdepan Hukuman Mati Di Arab Saudi


Diterbitkan: Isnin, 20 April 2015 9:55 AM
Pancung adalah hukuman yang dikenakan terhadap tertuduh yang didapati bersalah melakukan pembunuhan di Arab Saudi. Gambar Hiasan.

JAKARTA: Seorang warga Indonesia yang melarikan diri ke Yaman ditahan ketika dalam perjalanan untuk dibawa pulang ke negara asalnya kerana disyaki membunuh.
Berikutan penahanan itu, bermakna seorang lagi rakyat Indonesia kini berdepan tuduhan membunuh di Arab Saudi.
Perkara itu disampaikan kepada wartawan di Cikini, Jakarta, Ahad oleh pegawai Kementerian Luar, Lalu Muhammad Iqbal.
"Wanita berkenaan yang hanya dinamakannya Nunung melarikan diri ke Yaman selepas diburu pihak berkuasa Arab Saudi dan dia juga antara warga Indonesia yang hendak dibawa keluar oleh pihak berkuasa dari Yaman kerana peperangan di negara itu," katanya.
Kata Lalu, Nunung ditahan ketika diperiksa pihak imigresen Arab Saudi di Jizan selepas dibawa dari Hudaidah.
"Wanita itu dikesan menerusi cop jari dan tersenarai sebagai orang yang dikehendaki.
“Kita tidak tahu-menahu statusnya sebelum ini. Kita hanya memberi tumpuan untuk membawa keluar warga Indonesia yang ada di Yaman,” katanya.
Lalu berkata, apabila pegawai bertanya kepada Nunung mengenai kes yang membabitkannya di Arab Saudi, wanita itu hanya berkata ia membabitkan perbuatan mencuri.
“Kami percaya cakap dia dan yakin masalah itu boleh diselesaikan, tetapi dimaklumkan pihak berkuasa Arab Saudi bahawa dia terbabit kes lebih teruk iaitu didakwa membunuh,” katanya.
Lalu menambah, sehingga ini, pihak berkuasa Indonesia masih berusaha mendapatkan keterangan lebih lanjut berkait dengan kes Nunung yang ketika ini berada dalam tahanan di Arab Saudi.

Dua lelaki maut dihempap pokok ketika berkhemah

AHAD, 19 APRIL 2015 @ 1:07 PM

Oleh Mohd Sah Muda JOHOR BAHRU: Dua lelaki maut dihempap pokok ketika berkhemah di Hutan Taman Bahtera, Jemaluang dekat Mersing, 4.30 pagi tadi. Kedua-dua mereka, Rizal Ismail, 33 dan Hanafi Abd Rahman, 42 disahkan meninggal dunia di Klinik Jemaluang akibat kecederaan serius serta pendarahan di kepala. Ketua Polis Daerah Mersing, Deputi Superintendan M Kumar, berkata siasatan awal mendapati kedua-dua rakan itu bersama dua lagi rakan mereka pergi memancing kira-kira empat kilometer ke dalam hutan itu pada jam 4.30 petang semalam. "Mereka mendirikan khemah dalam kawasan hutan dan tidur di situ sebelum sebatang pokok tumbang dan menghempap khemah dua orang mangsa ini. "Mereka cedera di bahagian kepala dan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia oleh pihak klinik Jemaluang," katanya. Beliau berkata, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Pekebun maut disondol babi hutan

AHAD, 19 APRIL 2015 @ 4:33 PM

 Oleh Asrizal Aris TAPAH : Seorang pekebun maut disondol babi hutan ketika sedang memburu di hutan di belakang rumahnya di Kampung Batu 9, Jalan Pahang, di sini, pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi tadi, mangsa Ali Pak Kateh, 36, dipercayai sedang memburu berseorangan di hutan berkenaan sebelum diserang seekor babi hutan menyebabkan mangsa maut di tempat kejadian. Ketua Polis Daerah Tapah Superintendan Som Sak Din Keliaw berkata, mangsa disahkan maut selepas mengalami kecederaan parah di bahagian paha. "Mangsa maut di tempat kejadian dan kes diklasifikasikan mati mengejut. "Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Tapah untuk bedah siasat dan keputusan bedah siasat masih belum diperoleh," katanya.

SEORANG pekebun maut disondol babi hutan ketika sedang memburu di hutan di belakang rumahnya di Kampung Batu 9, Jalan Pahang, di sini, pagi tadi. - Foto Asrizal Aris 

Pelajar dakwa dibelasah 30 senior sekolah agama di Pendang

AHAD, 19 APRIL 2015 @ 9:35 PM

GURUN: Seorang pelajar Tingkatan Satu mendakwa dipukul kira-kira 30 pelajar senior di sebuah sekolah agama di Pokok Tai, Pendang semalam. Muhammad Ammar Aqil Zainudin, 13, dari Taman Ria Mesra di sini mendakwa dia dipukul pelajar berkenaan dari jam 12 tengah malam hingga 1.30 pagi di bilik asrama pelajar senior. Anak kedua daripada tiga beradik itu mendakwa dia dipukul selepas dituduh mencuri dompet mengandungi wang tunai RM60 milik seorang pelajar Tingkatan Dua. Mengikut pelajar itu, dia sebenarnya menemui dompet itu di padang sekolah itu kira-kira jam 6.30 petang Jumaat (17 April) dan menyimpannya sebelum menyerahkan kepada pemiliknya. "Mereka (pelajar senior) minta dompet itu dan saya serahkan sekali dengan wang. Tetapi mereka pukul saya, tumbuk saya di seluruh badan, tampar muka, libas dengan tuala, bakar rambut dan gunting rambut saya sampai botak," katanya di rumahnya hari ini. Muhammad Ammar berkata selepas dibelasah, beliau diletakkan di luar bilik pelajar senior dan terpaksa merangkak ke biliknya dalam keadaan lemah. Pelajar senior terbabit turut mengugutnya supaya tidak melaporkan perkara itu kepada pihak sekolah dan ibu bapanya atau beliau akan dibelasah lagi. Sementara itu bapa saudaranya, Zahari Haris, 43, berkata kejadian itu diketahui bapa Muhammad Ammar kira-kira 8 pagi pada hari sama ketika melawatnya di asrama. Bapanya kemudian membawa Muhammad Ammar ke Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani untuk membuat pemeriksaan perubatan dan mendapati tiada kecederaan dalaman, cuma bengkak dan lebam pada peha, muka dan belakang badan. Zahari berkata laporan polis mengenai kejadian itu kemudian dibuat di Balai Polis Gurun kira-kira jam 2.30 petang. Ketua Polis Daerah Pendang DSP Abd Aziz Ahmad yang dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan kejadian itu. - BERNAMA

Zahari Haris, 43, (kiri) menunjukkan kesan lebam pada anggota badan anak saudaranya Muhammad Ammar Aqil Zainudin, 13, (kanan) yang dibelasah oleh sekumpulan pelajar senior sebuah sekolah agama di Pokok Tai Pendang ketika ditemui di rumahnya di Taman Ria Mesra, Pendang semalam. - Foto BERNAMA

Bukan di Batu Pahat tetapi di Taiwan

Kuala Lumpur: Polis mengesahkan rakaman video fenomena air berlumpur membuak dan berapi yang didakwa berlaku di jirat cina, Jalan Kluang Batu Pahat, adalah tidak benar.
Penolong Ketua Urus Setia KPN (Komunikasi Korporat) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datin Asmawati Ahmad berkata, siasatan polis terhadap beberapa jirat cina di kawasan Batu Pahat mendapati tiada sebarang insiden seumpama itu yang berlaku.
Menurutnya, kejadian sebenar dikesan berlaku di daerah Pitung, Taiwan, di mana fenomena gunung berapi Wandan memuntahkan lumpur dan mengeluarkan gas asli beberapa kali setiap tahun.
"Orang awam di negara ini dinasihatkan supaya tidak menyebarkan berita palsu yang boleh membangkitkan pelbagai spekulasi negatif," katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 19 April 2015 @ 10:18 PM


KLIP rakaman video yang dikesan polis berlaku di Taiwan.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/44913#sthash.ahFWRrIJ.dpuf

Pasangan maut motosikal terbabas

Alor Gajah: Satu pasangan maut apabila motosikal dinaiki terbabas di Kilometer 194 Lebuhraya PLUS, arah utara di sini, pagi tadi.
Difahamkan, dalam kejadian 11.50 pagi, Muhammad Najib Muhamat Nasir, 21, dan pembonceng seorang wanita awal 20-an mati di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan parah di kepala dan badan.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan Muhammad Ismail Muhammad Yusuf berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila motosikal ditunggang Muhammad Najib terbabas selepas hilang kawalan.
Difahankan penunggang dan pembonceng motosikal terbabit terbabas sebelum merempuh besi penghadang di kiri jalan dan terseret sejauh 200 meter sebelum terhumban ke bawah tebing.
Akibat kejadian itu, kedua-dua mangsa tercampak dan disahkan mati di tempat kejadian.
Mayat dihantar ke Hospital Alor Gajah untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 19 April 2015 @ 3:47 PM


MAYAT mangsa yang maut dalam kemalangan. FOTO Ariffin Saleh
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/44894#sthash.aBIICX65.dpuf

Warga emas hilang ditemui mati

Dungun: Warga emas yang hilang ketika melawat kebun getahnya sejak 17 hari lalu ditemui mati di dalam parit di ladang kelapa sawit milik Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) Kampung Tepus,Dungun, pagi tadi.
Jenazah Jusoh Abdullah,79, ditemui seorang pekerja ladang Ramzi Idris,40, yang sedang menebas kawasan semak bersama enam rakannya kira-kira jam 10 pagi.
Sebelum kejadian, Ramzi bersama beberapa rakannya menebas semak di kawasan berkenaan kira-kira 200 meter dari kedudukan mayat terbabit sebelum seorang daripada rakannya, Wan Gayah Ripin,47, terbau sesuatu benda busuk yang kuat sebelum memintanya menyiasat.
Ramzi kemudian mencari di sekitar kawasan semak di situ dan menemui mayat seorang lelaki lalu menghubungi pihak pengurusan KETENGAH sebelum pihak pengurusannya menghubungi balai polis berhampiran.
Sementara itu, anak mangsa, Ahmad Tarmizi Jusoh, 37, yang ditemui di tempat kejadian mengesahkan mayat itu adalah ayahnya berdasarkan kasut, sarung pisau di pinggang dan pakaian yang ada pada mayat itu.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Ahmad Zailani Yaacob yang dihubungi mengesahkan penemuan mayat itu.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 19 April 2015 @ 3:58 PM


JENAZAH Jusoh Abdullah, 79, dibawa ke Hospital Dungun untuk siasatan lanjut. FOTO Rosli Ilham
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/44896#sthash.Jk574gLU.dpuf

Maut kereta rempuh rumah

Bachok: Lelaki maut selepas keretanya terbabas dan merempuh rumah di Jalan Padang Bual, di sini, 6.40 pagi tadi.
Difahamkan kejadian berlaku ketika mangsa Azhar Mat Hassan, 38, yang bekerja sendiri gagal mengawal kereta dipandunya dari arah Beris Kubur Besar ke Tanjung Hilir.
Akibatnya, kereta itu terbabas dan merempuh rumah di sebelah kanan jalan.
Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dipercayai akibat tersepit dihempap konkrit rumah.
Mayatnya dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 19 April 2015 @ 4:09 PM


ANGGOTA Bomba dan Penyelamat Bachok membantu mengeluarkan mangsa. Gambar Ihsan Bomba
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/44898#sthash.W0Hj5u5K.dpuf

Maut disondol babi hutan

Tapah : Pekebun maut disondol babi hutan ketika memburu di hutan di belakang rumahnya di Kampung Batu 9, Jalan Pahang, di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira 9.30 pagi tadi, mangsa Ali Pak Kateh, 36, dipercayai sedang memburu berseorangan di hutan berkenaan sebelum diserang babi hutan menyebabkan mangsa maut di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Som Sak Din Keliaw berkata, mangsa disahkan maut selepas mengalami kecederaan parah di bahagian paha.
"Mangsa maut di tempat kejadian dan kes diklasifikasikan mati mengejut.
"Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Tapah untuk bedah siasat dan keputusan bedah siasat masih belum diperoleh," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 19 April 2015 @ 4:27 PM


MANGSA yang maut disondol babi hutan ketika memburu di hutan.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/44900#sthash.1yDom2bw.dpuf

Taman cinta doktor kelentong

Oleh Fuad Hadinata Yaacob dan Mohd Hasbi Sidek 
hmetroshahalam@hmetro.com.my

Shah Alam: Bermodalkan janji manis selain menyamar sebagai doktor di sebuah hospital kerajaan. Itu antara taktik digunakan seorang lelaki kasanova untuk memperdaya seorang gadis berusia 24 tahun.
Lebih malang apabila mangsa ditipu wang tunai kira-kira RM11,000 kononnya untuk belanja persiapan majlis perkahwinan yang bakal diadakan 29 Mei depan.
Penipuan terancang itu sekali gus menyebabkan impian mangsa untuk mengadakan majlis perkahwinan berkonsepkan dalam taman musnah begitu sahaja.
Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Farah berkata, dia mula mengenali ‘doktor’ itu sejak empat bulan lalu.
Katanya, lelaki berusia 29 tahun itu menghilangkan diri Februari lalu selepas berjaya menipunya.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 April 2015 @ 6:09 AM


FARAH bersama dulang hantaran yang disediakan untuk majlis perkahwinannya.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/44943#sthash.LCBW21Yz.dpuf

Jumpa terus pukul

Pasir Mas: Bermula dengan kemalangan kecil pada petang Khamis lalu akhirnya membawa kepada pergaduhan yang mengakibatkan seorang guru retak tulang pipi, bengkak muka dan pendarahan di hidung serta mulut.
Dalam kejadian jam 4.40 petang di sebuah rumah di kawasan perumahan dekat Sekolah Pendidikan Khas Lati di sini, mangsa, Mohd Yatimmi Arifin, 34, menerima rawatan di Hospital Pasir Mas sebelum dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ II) Kota Bharu.
Mangsa dipercayai dibelasah sekumpulan enam lelaki termasuk tiga beradik berusia antara 24 hingga 41 tahun yang tidak berpuas hati dengan mangsa yang sebelum itu terbabit dalam kemalangan dengan ahli keluarga mereka.
Tiga beradik itu ditahan polis kelmarin dan kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan.
Abang mangsa, Mohd Aswadi, 37, berkata, pada hari kejadian, dia bersama adiknya serta ibu mereka Manna Che Sulaiman, 57, pergi ke rumah berkenaan untuk berbincang mengenai kemalangan yang berlaku.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 April 2015 @ 6:10 AM


Mohd Aswadi menunjukkan luka di pipi kiri adiknya yang dipukul sehingga retak tulang pipi di samping ibunya.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/44945#sthash.9QG4BBQY.dpuf

Putih mata beli rumah

Johor Bahru: Seorang warga emas kerugian sebanyak RM20,800 selepas wang pendahuluan membeli sebuah rumah di Taman Ungku Tun Aminah, di sini, tidak dipulangkan walaupun urusan itu ditarik balik, tiga tahun lalu.
Suri rumah, Wee Ah Mek, 68, berkata, dia menandatangani perjanjian jual beli rumah itu daripada suami isteri dengan harga RM208,000 pada 4 Jun 2012.
Dia berkata, ketika itu dia membayar RM1,000 sebagai pendahuluan sebelum menyelesaikan bagi deposit RM19,800 pada 30 Mei 2012 menggunakan draf bank kepada wakil peguam yang dilantik sambil disaksikan pemilik sendiri.
“Pada Oktober 2012, saya terpaksa menarik balik pembelian rumah itu dan dipersetujui oleh pemiliknya yang mendakwa dia mahu menjualkan kepada orang lain selepas urusan pembatalan itu diselesaikan.
“Pemilik juga berjanji untuk memulangkan deposit RM20,800 kerana dalam perjanjian jual beli menyatakan sekiranya pembatalan dibuat dalam masa enam bulan, deposit akan dipulangkan.
“Surat pembatalan dibuat pada 30 Oktober dan pemulangan semula deposit perlu dibuat oleh pemilik sebelum 29 Mac 2013. Namun, sehingga kini, saya masih tidak berjaya mendapatkan semula wang itu,” katanya dalam sidang media Biro Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA di Kelab Akhbar Cina, di sini, semalam.
Wee yang berasal dari Kelantan itu bertambah kecewa apabila dia mendapati rumah berkenaan sudah diduduki pemilik baru yang dibeli dengan harga yang lebih tinggi sedangkan urusan pembatalan antara dia dan penjual masih belum selesai.
Ibu tunggal kepada empat anak itu berkata, dia semakin buntu dan kerap jatuh sakit apabila hilang punca pendapatan selepas salun kecantikan diusahakannya ditamatkan operasi kerana tidak mampu lagi diuruskan.
“Saya kerap ulang-alik ke Johor sejak tiga tahun lalu untuk menyelesaikan masalah ini sehingga perniagaan di Kelantan tidak dapat diteruskan,” katanya.
Sementara itu, Ketua Biro Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA Persekutuan Jason Teoh Sew Hock berkata, pihaknya sudah berusaha mengesan penjual berkenaan tetapi gagal.
“Kita sudah jumpa keluarga pemilik rumah berkenaan di Simpang Renggam, tetapi tiada maklumat yang diperoleh menyebabkan kami membantu Wee membuat laporan polis sekali lagi berserta bukti dikumpul,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 April 2015 @ 6:26 AM


WEE menunjukkan laporan polis sambil diperhatikan Jason (kiri) di Kelab Akhbar Cina Selatan, Johor Bahru.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/44963#sthash.ppWuHaEy.dpuf

Malang berteduh

Sungai Petani: Seorang remaja 17 tahun tidak menyangka kehadiran dua lelaki ketika menumpang teduh di kedai mencuci kereta berikutan hujan lebat bertukar menjadi pengalaman ngeri baginya apabila dia dikelar dalam kejadian samun, awal pagi Jumaat lalu.
Kejadian berlaku jam 2 pagi di premis berhampiran stesen minyak di Kampung Raja, Jalan Kuala Ketil, di sini, ketika mangsa, Mohamad Ammar Aizat Mahadhir berteduh di kedai itu dalam dalam perjalanan pulang ke rumah di Taman Keladi.
Bagaimanapun, ketika mangsa mahu beredar sebaik hujan reda, tiba-tiba muncul dua lelaki 20-an menunggang motosikal dengan seorang daripadanya menghampiri mangsa sambil berpura-pura bertanyakan sesuatu.
Mohamad Ammar berkata, pada mulanya dia tidak mengesyaki apa-apa dengan kehadiran dua lelaki terbabit walaupun tidak berasa sedap hati melihat gelagat mereka.
“Lelaki terbabit menghampirinya lalu meletak pisau kecil pada lehernya. Walaupun berasa begitu takut ketika itu, saya berusaha menolak tangan lelaki itu daripada menekan pisau di leher sebelum berasa seperti kulit lehernya terhiris.
“Saya mendapati baju yang dipakai basah akibat darah dan lelaki itu yang menyedari saya cedera merampas motosikal SYM milik bapa saya lalu terus melarikan diri bersama rakannya.
“Saya berlari ke jalan bagi meminta bantuan sambil menahan kesakitan dan terkejut melihat darah begitu banyak. Rakan yang kebetulan melalui jalan itu membawa saya ke Jabatan Kecemasan Hospital Sultan Halim (HSAH), di sini, bagi menerima rawatan,” katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini, semalam.
Pelajar Kolej Vokasional Teluk Air Tawar, Butterworth, Pulau Pinang yang menerima 10 jahitan di leher berkata, sebelum kejadian dia menghadiri perjumpaan kelab motosikal Kappila Racing di sebuah restoran di Pekan Baru Sungai Petani, di sini, sebelum pulang ke rumah.
Ibu mangsa, Hamidah Mostafa, 55, berkata, dia menerima panggilan telefon daripada hospital jam 3 pagi memaklumkan anak bongsu daripada tiga beradik itu dirawat di Jabatan Kecemasan HSAH akibat kecederaan di leher.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Khalil Ariffin mengesahkan kejadian itu berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan mengesan dua lelaki terbabit bagi membantu siasatan.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 April 2015 @ 6:33 AM


MOHAMAD Ammar terima 10 jahitan di leher.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/44975#sthash.eDWKyZml.dpuf

‘Tingkat atas bergoyang nak roboh’

Sitiawan: Kira-kira 40 penduduk kampung di Pekan Gurney, di sini, mengalami kerugian selepas kediaman mereka rosak dalam kejadian hujan lebat serta ribut yang berlaku hampir sejam.
Dalam kejadian jam 5 pagi kelmarin, hujan lebat diikuti ribut mengakibatkan kebanyakan rumah penduduk rosak termasuk terdapat beberapa kenderaan rosak akibat dihempap zink.
Kejadian itu menyebabkan penduduk mengalami gangguan bekalan elektrik hampir 10 jam manakala hampir 40 rumah, dua rumah kedai, sebuah gereja dan sebuah sekolah mengalami kerosakan.
Penduduk, Bee Lee Lee, 42, berkata, dia yang sedang nyenyak tidur bersama ahli keluarga termasuk ibu mentuanya apabila dikejutkan dengan bunyi angin kuat disertai guruh dan petir.
Menurutnya, dia keluar dari bilik di tingkat atas rumahnya sebelum mendengar bunyi bising penduduk kampung yang menjerit menyuruh penduduk lain berjaga-jaga berikutan angin serta ribut yang sangat kuat.
“Keadaan ketika itu memang kelam-kabut selepas bilik di tingkat atas bergoyang bagaikan ingin roboh menyebabkan kami sekeluarga turun ke tingkat bawah bagi menyelamatkan diri.
“Selepas sejam barulah keadaan mulai tenang, namun hujan masih lebat dan berhenti jam 7 pagi,” katanya.
Katanya, akibat kejadian itu, keluarganya rugi selepas bumbung rumahnya diterbangkan angin manakala barangan dalam rumahnya rosak.
Seorang lagi penduduk, Kong Keng Yang, 62, berkata, dia yang sedang nyenyak tidur segera mengejutkan isterinya Seoh Ngok Mooi, 58, apabila menyedari rumahnya bergoyang sebelum terdengar bunyi bising di luar rumah.
“Keadaan sangat kelam kabut pada waktu itu dengan cucu perempuan saya berusia tiga tahun menangis tidak berhenti kerana terlalu takut dan kami tidak berani keluar rumah sehingga keadaan tenang,” katanya.
Sementara itu, Penghulu Mukim Sitiawan yang juga wakil Pegawai Daerah Muhammad Marzuki Ibrahim berkata, penduduk diminta membuat laporan polis terlebih dulu sebelum mendaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Katanya, pihaknya akan meneliti perkara itu dan kemungkinan membuka pusat penempatan sementara sekiranya ada penduduk mengalami kerosakan rumah yang serius.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 April 2015 @ 6:39 AM


BUMBUNG premis yang runtuh dilanda ribut.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/44984#sthash.jJk2nIXY.dpuf