Search This Blog

Thursday, April 16, 2015

Kes 'Si Gemuk Leonard': Pegawai Tentera Laut AS Mengaku Bersalah Rasuah


Diterbitkan: Khamis, 16 April 2015 11:25 AM
Leonard Glenn Francis yang juga dikenali sebagai Fat Leonard.

WASHINGTON: Pegawai Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) mengaku bersalah terhadap tuduhan rasuah di mahkamah persekutuan di sini pada Rabu dengan memberi maklumat rahsia kepada ahli perniagaan Malaysia sebagai pertukaran kepada khidmat pelacuran dan beberapa manfaat lain.
Leftenan Komander Todd Malaki, 44 membuat pengakuan itu di San Diego dihadapan Majistret Mitchell Dembin dari Mahkamah Daerah Selatan California, kata Jabatan Keadilan AS.
Kes berkenaan membabitkan kontraktor, Leonard Glenn Francis atau lebih dikenali sebagai Fat Leonard yang didakwa merasuah pihak atasan tentera laut AS untuk mendapatkan kontrak mencecah jutaan ringgit.
Francis mengaku bersalah atas pertuduhan rasuah pada Januari lalu.
Malaki adalah individu ke lapan yang mengaku bersalah dalam siasatan berhubung penyelewengan dan rasuah dalam pasukan tentera laut, kata Jabatan Keadilan itu lagi.
Malaki mengakui mengenali Francis ketika bertugas sebagai pegawai pembekal dalam pasukan tentera itu pada 2006. Francis adalah bekas presiden dan ketua pegawai eksekutif Glenn Defense Marine Asia (GDMA), syarikat yang menyediakan perkhidmatan untuk tentera laut.
Malaki memberi Francis maklumat rahsia mengenai jadual kapal tentera laut dan pemilik invois berkaitan pesaing GDMA dan sebagai habuannya dibiayai percutian menginap di hotel mewah di Singapura, Hong Kong dan Tonga, selain mendapat khidmat pelacur serta wang tunai yang keseluruhannya bernilai AS$15,000 (RM55,100), tambah jabatan itu.
Hukuman terhadap Malaki ditetapkan pada 6 Julai ini di mana dia berdepan maksimum penjara lima tahun, kata jurucakap jabatan itu, Peter Carr.
"Seorang lagi pegawai tentera laut mengaku bersalah menerima rasuah kerana mendedahkan maklumat rahsia ketenteraan kepada pembekal utama.
"Adalah sesuatu yang mengecewakan apabila ramai pegawai tentera laut yang secara sukarela menjadi mangsa rasuah GDMA," kata Penolong Peguam Negara, Leslie Caldwell dalam kenyataannya.
Syarikat milik Francis memperoleh lebih AS$200 juta (RM735 juta) kontrak Tentera Laut AS bagi menyediakan perkhidmatan pembersihan, membaiki kapal di pelabuhan di Singapura, Thailand, Jepun dan beberapa lokasi lain.

Lelaki Ditahan Ada Kaitan Bunuh Pelajar Universiti Glasgow


Diterbitkan: Khamis, 16 April 2015 4:56 PM
Buckley (kiri) bergambar dengan rakannya sebelum pergi ke kelab malam pada hari kehilangannya.

POLIS Scotland menahan seorang lelaki berusia 21 tahun yang dipercayai ada kaitan dengan pembunuhan seorang pelajar universiti, Karen Buckley selepas penemuan mayat di luar perkarangan sebuah ladang di Glasgow.

Mayat tersebut ditemui lewat malam Rabu di sebuah kawasan pinggir bandar Milngavie yang terletak kira-kira sembilan batu dari sebuah bandar di Scotland.

Walaupun identiti mayat tersebut belum dikenal pasti, seorang jurucakap polis memberitahu keluarga Buckley telah dimaklumkan mengenai penemuan terbabit.

Pada malam Rabu, polis memindahkan lokasi pencarian dari sebuah taman di Glasgow ke kawasan ladang dan padang golf dekat sebatang jalan yang terletak di pinggir bandar, Stirlingshire.

Polis kemudiannya mengepung kawasan tersebut sehingga ke utara Glasgow, dekat ladang High Craigton dan Kelab Golf Windyhill.

Awal pagi Khamis, seorang jurucakap Polis Scotland berkata pasukan itu menemui mayat dekat sebuah ladang di utara Glasgow yang terletak di pinggir bandar Milngavie.
"Identiti mayat itu masih belum disahkan tetapi polis percaya ia mungkin mayat Buckley. Ahli keluarganya telah dimaklumkan. Soal siasat sedang dijalankan," kata jurucakap itu.
Polis menemui mayat di luar sebuah ladang High Craighton.
Ibu bapa Buckley yang diterbangkan dari Ireland berkata kehilangan anak perempuan mereka adalah sesuatu yang mengejutkan.

Malah mereka begitu berharap agar Buckley pulang dengan selamat.

Buckley yang berasal dari Cork, Republik Ireland dilihat kali terakhir menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) meninggalkan sebuah kelab malam bersama seorang lelaki kira-kira pukul 1 pagi Ahad lalu.

Beg tangan Buckley yang digunakan pada malam kehilangannya ditemui oleh orang awam di Dawsholm Park.

Ibu bapa Buckley berada di Glasgow untuk membantu operasi pencarian.

Unit selam turut melakukan pencarian di Sungai Kelvin tetapi tidak menjumpai sebarang petunjuk.

Rakan Buckley berkata gadis tersebut meninggalkan sebuah kelab malam pada awal pagi Ahad tanpa membawa bersama kot miliknya.

Buckley juga dikatakan memaklumkan kepada rakannya bahawa dia ingin pergi ke tandas.

Rakannya berkata Buckley mengambil minuman keras tetapi tidak mabuk.

Rakaman CCTV menunjukkan dia berbual dengan seorang lelaki di luar kelab malam tersebut sebelum masuk ke dalam kereta untuk pulang ke flat tempat dia tinggal di Kelvindale.

Dua bulan lalu, Buckley berpindah ke Glasgow untuk melanjutkan pengajian dalam bidang terapi kerjaya di sebuah universiti.

Terdahulu, Buckley bekerja sebagai seorang jururawat di Essex.

Kes Bunuh: Bekas Bintang NFL Dipenjara Seumur Hidup


Diterbitkan: Khamis, 16 April 2015 10:08 AM
Hernandez dikenakan hukuman penjara seumur hidup kerana didapati bersalah membunuh dalam kejadian pada 2013.

FALL RIVER: Bekas pemain bola sepak liga kebangsaan (NFL) Amerika Syarikat, Aaron Hernandez dikenakan hukuman penjara seumur hidup atas kesalahan membunuh dalam kejadian yang berlaku di taman perindustrian di Massachusetts pada 2013.
Penghakiman itu menamatkan satu daripada dua perbicaraan kes bunuh yang dihadapinya tahun ini.
Pada Rabu, juri mendapati Hernandez, 25 bersalah membunuh Odin Lloyd, yang juga teman lelaki adik tunangnya ketika itu.
Ketika perbicaraan di Mahkamah Daerah Bristol di sini, diberitahu bahawa kedua-dua, Hernandez dan Lloyd baru mengenali satu sama lain, bagaimanapun tindakan Lloyd bergaul dengan beberapa individu yang tidak disukai Hernandez menimbulkan kemarahannya.
Sebaik penghakiman dibacakan, Hernandez yang berdiri untuk mendengarnya tiba-tiba rebah dan pihak polis terus menggari tangannya, manakala ibu dan tunangnya menangis menyaksikan situasi itu.
Ahli keluarga Lloyd menyambut baik keputusan itu, bagaimanapun menganggap kehilangan Lloyd tentunya dirasai untuk tempoh lama.
"Kematiannya menyebabkan saya tidak akan berpeluang mendapat cucu daripadanya, juga tidak dapat menari pada majlis perkahwainannya," kata ibu Lloyd, Ursula Ward kepada pemberita.
The Patriots menamatkan kontrak bernilai US$41 juta bintang pasukan itu beberapa jam selepas dia ditahan pada 26 Jun 2013 iaitu sembilan hari selepas menemui mayat Lloyd.
Sepanjang tempoh testimoni selama empat bulan, juri mendengar keterangan 130 saksi yang memberitahu Hernandez adalah seorang penagih dadah jenis marijuana, memiliki senjata dan ada kalanya bersikap paranoia.
Antara saksi yang dipanggil memberi keterangan adalah bekas rakan Hernandez yang mendakwa ditembak di muka pada Februari 2013, Alexander Bradley hingga menyebabkan salah satu matanya buta.
Bagaimanapun, pasukan penyiasat gagal menemui pistol .45 kaliber Glock yang digunakan untuk menembak Lloyd, 27 yang juga pemain bola sepak semi profesional.
Pemilik pasukan Patriots, Robert Kraft ketika memberi keterangannya bagaimanapun memberitahu Hernandez tidak bersalah dan berada di sebuah kelab malam ketika kejadian pembunuhan itu berlaku.
Peguambela ketika hujahnya memberitahu mahkamah bahawa Hernandez berada di tempat kejadian pembunuhan itu tetapi sebagai saksi.
"Dia adalah saksi berusia 23 tahun yang terkejut menyaksikan pembunuhan seseorang yang dikenalinya," katanya peguambelanya, James Sultan.
Bagaimanapun, pihak pendakwa menerusi hujah balas berkata, Hernandez merancang kejadian itu.
"Dia percaya dapat membunuh Odin Lloyd dan tiada siapa yang akan percaya dia terbabit," kata Penolong Pendakwa Raya, William McMauley.
Hernandez juga didapati bersalah memiliki dua senjata secara haram apabila .22 kaliber ditemui dikediamannya di utara Attleborough, Massachusetts.
Hernandez juga berhadapan satu lagi perbicaraan pada awal ini di Boston apabila didakwa membunuh Daniel Abreu dan Safirdo Furtadi di luar kelab malam selepas salah seorang daripada mereka menumpahkan minuman dan terkenanya.

10 maut, dua cedera trak terjunam di Myanmar

RABU, 15 APRIL 2015 @ 6:33 PM

 YANGON: Seramai 10 pekerja ladang dan dua yang lain mengalami kecederaan selepas sebuah trak terjunam di tepi bukit selatan Myanmar, lapor media tempatan hari ini. Akhbar bahasa Myanmar, Mirror melaporkan trak terbabit yang dalam perjalanan dari sebuah perkampungan di wilayah delta Irrawaddy dengan membawa 18 orang terbabas dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi semalam apabila pemandu hilang kawalan. "Sepuluh orang termasuk kelindan lori terkorban, Hla Thein Oo," kata Mirror. Dua mangsa lain cedera manakala lima lagi tidak mengalami sebarang kecederaan. Tidak dapat dipastikan nasib pemandu trak berkenaan. Nahas jalan raya kerap berlaku apabila beribu-ribu penduduk meraikan festival air Thingyan iaitu upacara keagamaan Buddha bagi menandakan tahun baharu dan semakin meriah sejak pemerintahan tentera digulingkan empat tahun lalu. - AFP

Restoran makanan segera saji daging anjing

Rio de Janeiro: Sebuah restoran makanan segera di sini didapati menyajikan daging anjing liar yang ditangkap sebelum dibunuh di bandar ini kepada pelanggannya.
Polis berkata, mereka menyiasat restoran itu selepas menemui beberapa kotak mengandungi daging anjing beku di dalam premis berkenaan.
Haiwan itu didapati dipukul di kepala hingga mati sebelum dagingnya digunakan sebagai inti untuk satu hidangan pastri tradisional Brazil.
Hidangan pastri itu biasanya menggunakan inti daripada daging lembu.
Menurut polis, restoran itu dimiliki seorang ahli perniagaan warga China, Van Ruilonc yang mengaku menyajikan hidangan berkenaan menggunakan daging anjing.
Ruilonc, 32, yang memiliki beberapa restoran lain mengaku anjing itu ditangkap di sekitar bandar ini sebelum dibunuh dengan kejam.
Aktiviti restoran berkenaan terbongkar selepas polis menyerbu premis itu bagi menyiasat dakwaan ada pekerja dari China dipaksa bekerja seperti hamba.
Ketika serbuan polis terkejut apabila menemui satu sangkar yang digunakan untuk mengurung beberapa pekerja yang dipaksa bekerja 18 jam sehari tanpa bayaran.
Pegawai pendakwa raya, Guadalupe Louro Couto berkata, dia sangat terkejut melihat pekerja itu dikurung dalam sangkar besi seperti penjara. - AFP
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 April 2015 @ 9:29 AM


DAGING anjing yang dirampas dalam serbuan di restoran itu.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/44131#sthash.mBcrOGom.dpuf

Pati ditipu ejen cari pekerjaan

Pati ditipu ejen cari pekerjaan
Seramai 19 Pati warga Bangladesh termasuk dua warga Myanmar ditahan anggota polis PGA di Wang Kelian.
PADANG BESAR - Seramai 323 pendatang asing tanpa izin (Pati) ditahan di depoh tahanan Jabatan Imigresen sepanjang tahun ini, apabila mereka didapati memasuki negara ini melalui sempadan Perlis-Thailand secara haram.

Timbalan Pengarah Jabatan Imigresen Perlis, Mohd Zulhilmi Zulkifly berkata, majoriti Pati tersebut adalah dari Myanmar dan Bangladesh serta mereka dipercayai dibawa melalui jalan laut sehingga ke Thailand sebelum menceroboh masuk ke negara ini.

Katanya, kesemua Pati ini ditahan oleh pelbagai agensi penguatkuasa di sempadan dan kemudiannya diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut.

“Kes terbaru Sabtu lalu, seramai 19 Pati warga Bangladesh termasuk dua warga Myanmar ditahan anggota polis Pasukan Gerakan Am (PGA) di kawasan Wang Kelian kira-kira jam 8.10 malam.

“Berdasarkan siasatan awal, mereka yang berusia antara 13 sehingga 32 tahun ini ditipu oleh ejen mencari pekerjaan yang menjanjikan kerja kepada mereka di Bangladesh, sebaliknya mereka dibawa ke negara ini dengan kapal melalui Myanmar dan seterusnya ke Thailand sebelum menyelinap masuk ke negara ini,” katanya di Kompleks Kastam Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Padang Besar di sini, petang semalam.

Mohd Zulhilmi berkata, kesemua warga Bangladesh yang berasal dari daerah berasingan di negara itu dikehendaki membayar 200,000 taka (mata wang Bangladesh) iaitu kira-kira RM9,000 untuk mendapatkan kerja.

Kesemua mereka ditahan di lokap jabatan itu dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 6(1) Akta Imigresen  1959/1963.

Mangsa ribut tak dapat bantuan

Mangsa ribut tak dapat bantuan
Keadaan bumbung rumah yang tercabut akibat ribut.
SEBERANG JAYA - Sebuah keluarga yang juga mangsa ribut di Kampung Surau Seberang Jaya masih mengharapkan pemberian bantuan bencana yang masih belum diterima.

Mangsa, Zailani Yahaya, 39, berkata, ketika ribut melanda kediamannya, dia keluar bekerja manakala isteri, ibu dan dua anaknya di rumah.

Menurutnya, dia menerima satu pesanan ringkas yang memaklumkan kejadian itu yang melanda rumahnya.

“Bimbangkan keselamatan keluarga, saya pun bergegas pulang untuk melihat apa yang berlaku.

"Apabila sampai di rumah, saya lihat bumbung rosak manakala  perabot serta beberapa peralatan elektrik seperti peti sejuk tidak dapat digunakan lagi,” katanya.

Zailani berkata, kehidupan mereka sekeluarga kini hanya bergantung dengan bantuan saudara, sejak rumah mereka terjejas.

Menurutnya, segala dokumen disiapkan awal untuk proses permohonan bantuan, namun hampa kerana sehingga kini pihak terlibat belum lagi datang membantu.

“Saya bukan meminta-minta, namun dalam keadaan seperti ini, dengan kerugian hampir RM15,000 yang  dialami, mana nak cari wang sebanyak itu untuk ganti semua peralatan yang rosak.

“Tambahan kini kami sekeluarga terpaksa menumpang di rumah abang disebabkan keadaan bumbung yang sudah terkopak di bahagian atas,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Jalan Tun Hussein Onn, Mohamad Yahaya berkata, sepatutnya pihak berkenaan menangani isu melibatkan bantuan mangsa ribut dengan lebih berkesan.

“Orang kampung bukannya semuanya senang, manalah mereka nak cari wang baiki rumah yang rosak.

“Sepatutnya bantuan diuruskan dengan cekap, kita tidak mahu menuding jari kepada mana-mana pihak, masing-masing ada tanggungjawab perlu dilakukan,” katanya.

Suami isteri pakar curi kereta dicekup polis

Suami isteri pakar curi kereta dicekup polis
Fah Hin (dua, kanan) bersama pegawainya menunjukkan komponen kereta yang dileraikan kumpulan terbabit.
BALIK PULAU - Sepasang suami isteri dan seorang mekanik ditahan polis dipercayai terlibat dengan kegiatan mencuri kereta di sekitar daerah Barat Daya di sini.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintenden Lai Fah Hin berkata, ahli Geng Thiaggu ditahan di Balik Pulau dan Langkap, Perak pada 7 April lalu.

Menurutnya, pasangan suami isteri berusia 34 dan 40 tahun ditahan semasa berada dalam sebuah kereta di tepi jalan Kampung Air Putih di sini kira-kira jam 5.30 petang manakala lelaki berumur dalam lingkungan 30-an ditahan selang beberapa jam di kediamannya di Perak.

Beliau berkata, hasil siasatan berjaya membongkar kegiatan mereka yang aktif mencuri kereta dan menjual komponennya kepada pelanggan tetap.

"Kumpulan ini menyasarkan kereta buatan tempatan dan membawanya  ke sebuah bengkel di Kulim, Kedah untuk dileraikan.

"Pemeriksaan di bengkel berkenaan menjumpai lima kereta yang masih berkeadaan baik termasuk pelbagai komponen serta rangka kereta yang sudah dileraikan," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Menurutnya, turut dirampas pelbagai unit komputer, peralatan audio, beberapa keping geran kereta, kad pengenalan, pasport dan kad mesin pengeluaran wang automatik (ATM) yang dipercayai milik mangsa kenderaan yang dicuri.

Beliau berkata, soal siasat terhadap pasangan suami isteri itu mengaku terlibat dalam 16 kes curi kereta iaitu 13 di Pulau Pinang, dua di Parit Buntar dan satu di Kulim.

"Siasatan juga mendapati mekanik itu bertindak meleraikan kereta yang dibawa ke bengkel berkenaan.

"Dia diupah RM500 bagi setiap kenderaan yang berjaya dileraikan," katanya.

Fah Hin berkata, seorang daripada suspek mempunyai rekod kesalahan lampau kes dadah dan jenayah manakala ujian air kencing mendapati ketiga-tiganya positif dadah jenis Methamphetamine.

"Suspek kini direman dan kes disiasat mengikut Seksyen 379A (1), Seksyen 411 dan Seksyen 29 (1) Kanun Keseksaan," katanya.

20 rumah rosak dilanda ribut

20 rumah rosak dilanda ribut
Ahmad menunjuk bumbung rumahnya hilang selepas dibawa angin ribut di Kampung Alor Cina, semalam.
POKOK SENA - Sebanyak 20 rumah di Mukim Tualang dan Mukim Tajar rosak apabila ribut yang melanda petang kelmarin menyebabkan beberapa bahagian bumbung rumah mangsa diterbangkan angin.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.15 petang itu, kebanyakan penduduk sedang berehat di rumah dengan keadaan cuaca yang mendung dan berangin, namun tiba-tiba dikejutkan bunyi angin kuat.
Mangsa, Ahmad Mi, 56, dari Kampung Alor Cina, Mukim Tualang berkata, dia tidak menyangka angin yang mulanya perlahan tiba-tiba menjadi kuat hingga menerbangkan keseluruhan bumbung rumahnya itu.

Menurutnya, dia mengarahkan semua ahli keluarganya keluar kerana keadaan rumah semakin bergegar.

"Kami menumpang teduh di rumah sebelah dan beberapa minit kemudian angin mula menerbangkan keseluruhan bumbung rumah saya.

"Kami hanya mampu melihat sahaja bumbung rumah diterbangkan angin sejauh 20 meter dan tercampak ke dalam sawah di belakang rumah,” katanya.

Menurut Ahmad, dia bersyukur kerana pada masa itu tidak ada sesiapa berada di luar kawasan rumah.

Rakannya, Ahmad Fauzi Harun, 39, pula berkata, semasa kejadian dia sedang mengemaskan kedai makannya untuk pulang bersama keluarganya.

Katanya, angin itu datang seperti bergulung-gulung dan sungguh menakutkan hingga dia terpaksa bergegas mengemaskan barangan di kedainya itu.

“Bimbang dengan keselamatan anak yang berada di dalam kedai saya bawa mereka masuk ke dalam kereta dan lori. Tidak lama kemudian zink bumbung kedai diterbangkan angin.

“Pada masa itu, saya berada di luar kedai dan sempat melihat zink-zink itu berterbangan di udara serta tercampak sejauh 80 meter dari kedai saya.

"Nasib baik masa itu jalan tidak ada orang, kalau tidak sudah pasti terkena bumbung zink itu,” katanya.

Menurut Ahmad Fauzi, kejadian ribut itu menyebabkan dia kerugian hampir RM5,000 selepas bumbung zink kedainya yang baharu ditukar ranap dalam kejadian ribut berkenaan.

Peniaga sambilan terkilan ditipu


Peniaga sambilan terkilan ditipu
Hanim (kanan) bersama rakannya, Rafidah Sulaiman, 39, menunjukkan laporan polis berhubung kejadian.
SUNGAI PETANI - Seorang peniaga sambilan terkejut apabila namanya diluluskan untuk pinjaman pelaburan sebanyak RM50,000 oleh sebuah institusi perbankan biarpun tidak pernah membuat sebarang permohonan.

Hanim Mohamad, 30, mendakwa, dia terkilan kerana butir peribadinya yang diberikan untuk membuka akaun di bank berkenaan disalah guna kepada pinjaman pelaburan sehinggakan berdepan tekanan akibat menanggung hutang yang banyak.

Dia mendakwa, pada Oktober lalu, dia dan suami ada mengunjungi sebuah bank untuk membuka akaun bagi memudahkan urusan perniagaan sambilan yang dijalankannya.

“Sementara menunggu proses membuka akaun baru selesai, kami diberi penerangan berhubung pinjaman pelaburan terbabit oleh seorang kakitangan bank,” katanya.

Dakwa Hanim, semasa diberi penerangan, dia diminta menandatangani satu kertas dengan tujuan bersetuju untuk diberi penerangan tentang pinjaman pelaburan itu.

“Kakitangan itu memberitahu, sekiranya saya berminat untuk buat pinjaman, saya boleh datang segera dan meninggalkan ruang kosong di kolum tarikh bagi memudahkan urusan pada perjumpaan seterusnya.

“Dia juga ada memaklumkan saya supaya membawa bersama dokumen diperlukan seperti sijil daftar perniagaan dan penyata akaun bank sekiranya berminat membuat pinjaman pelaburan,” dakwanya.

Bagaimanapun, dakwanya, dua bulan kemudian ketika mahu membuat pinjaman peribadi, permohonannya tidak dapat diluluskan setelah pihak bank memaklumkan dia sudah membuat pinjaman pelaburan.

“Saya terkejut apabila laporan menunjukkan saya telah membuat pinjaman pelaburan sebanyak RM50,000 dan perlu membuat bayaran setiap bulan tanpa disedari,” dakwanya.

Menurut Hanim, akibat tidak puas hati, dia terus menghubungi pihak bank namun setelah beberapa kali perbincangan, mereka gagal menyelesaikan perkara itu.

“Saya tidak berpuas hati apabila butir peribadi saya digunakan untuk membuat permohonan pelaburan berkenaan sedangkan tidak pernah memohon dan tidak menghantar dokumen yang diperlukan.

“Bagaimana pihak bank boleh meluluskan pinjaman ini sedangkan dalam akaun bank saya ini hanya ada RM20 sahaja,” katanya.

Akibat tidak berpuas hati, dia membuat laporan di Balai Polis Sungai Petani berhubung perkara itu.

Pendedahan juga dibuat supaya orang ramai berhati-hati dengan penipuan licik dijalankan individu tidak bertanggungjawab tanpa disedari sehingga menyebabkan dia menjadi mangsa keadaan.

95 ditahan kerana disyaki terbabit IS - Zahid



KHAMIS, 16 APRIL 2015 @ 3:31 PM SERDANG: Polis menahan 95 rakyat Malaysia yang berpotensi menjadi pengganas dan terlibat dalam kumpulan militan IS setakat ini, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata, bilangan itu bertambah daripada 93 orang pada 6 April ketika pembentangan Rang Undang-Undang Pencegahan Keganasan (POTA) 2015 kepada 95 orang. Beliau berkata, pihak polis sedang melakukan pemantauan terhadap individu dan kumpulan yang disyaki terlibat dalam IS melalui media sosial dan alam maya yang menjadi saluran komunikasi antara ahli kumpulan militan. "Kita menghantar pasukan risikan untuk memantau kegiatan mereka...kita tidak boleh tangkap mereka begitu sahaja tanpa menyiasat mereka," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kementerian Dalam Negeri 2014 hari ini. Seramai 395 warga KDN dan agensi di bawahnya menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang. Turut hadir, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Ketua Setiausaha KDN, Datuk Alwi Ibrahim. Sementara itu, Ahmad Zahid berkata Interpol Global Complex for Inovation Inauguration yang berpusat di Singapura akan meningkatkan kerjasama antara Asia dan membantu ASEANAPOL dalam memerangi jenayah siber di rantau ini. Beliau yang mengunjungi pusat itu yang baru dilancarkan itu dua hari lepas berkata, jenayah siber menjadi cabaran baharu kepada polis dan badan penguat kuasa lain di rantau ini dan kewujudan Interpol boleh membantu ASEANAPOL. "Masih ada negara-negara yang berfikiran analog tetapi penjenayah menggunakan cara-cara digital. Oleh itu, pemikiran dan pengguna analog kena tukar kepada digital kerana kita perlu mengakali mereka. "Komitmen negara ASEAN dan Asia harus diterjemahkan bukan sekadar peralatan tetapi juga memberikan latihan kepada pegawai dan anggota polis di negara di rantau ini. "Kita juga boleh berkongsi maklumat dan laporan siasatan kerana penjenayah mempunyai rangkaian antarabangsa dan ini perlu ditangani secara dalam negara tetapi rantau," katanya. - BERNAMA

Guru dilepas dan dibebaskan tuduhan memiliki kertas UPSR




RASAH 16 April - Mahkamah Sesyen di sini hari ini melepas dan membebaskan dua guru lelaki daripada pertuduhan memiliki kertas soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) secara tidak sah, tahun lalu.
Hakim Datuk Jagjit Singh Bant Singh membuat keputusan itu setelah berpuas hati dengan keterangan pasukan pembelaan yang mewakili Subbarau @ Kamalanathan, 35, dan P. Murugan, 37, sepanjang perbicaraan berlangsung.
Subbarau yang mengajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Batang Benar di Nilai menghadapi lima pertuduhan manakala Murugan yang bertugas di SJKT Ladang Lenggeng di daerah sama pula berdepan dengan satu pertuduhan.
Subbarau didakwa memiliki soalan UPSR 2014 bagi mata pelajaran Matematik 035/1 dan Matematik 015/1, Bahasa Tamil-Pemahaman 036 dan Bahasa Tamil-Penulisan 037 serta Sains 081 melalui seunit telefon pintar jenis Samsung Galaxy Note 2.
Perbuatan tertuduh mendapatkan soalan-soalan itu didakwa bersalahan dengan Akta Rahsia Rasmi 1972 dan tertuduh tidak berhak menyimpannya.
Kesemua perbuatan itu didakwa dilakukan antara pukul 8 malam, 8 September dan 16 September 2014 di sebuah rumah di Jalan Bukit Galena 13, Taman Bukit Galena, Fasa 4, Seremban di sini.
Sementara itu, Murugan pula didakwa dengan pertuduhan sama iaitu memiliki kertas soalan Matematik 015/1 antara pukul 12.15 tengah malam, 8 September dan 17 September 2014 melalui seunit telefon pintar jenama Lenovo di sebuah rumah di Taman Sri Mawar, Mantin.
Kesemua pertuduhan terhadap kedua-dua tertuduh dikemukakan mengikut Seksyen 8(1)(c)(iii) Akta Rahsia Rasmi 1972 yang memperuntukkan hukuman penjara minimum setahun dan maksimum tujuh tahun. - UTUSAN ONLINE
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/mahkamah/guru-dilepas-dan-dibebaskan-tuduhan-memiliki-kertas-upsr-1.81573#sthash.raqXNmTt.dpuf

Bas penumpang terbalik, pemandu maut dan 4 cedera



MIRI 16 April - Seorang lelaki maut, manakala empat cedera apabila sebuah bas penumpang yang sedang dalam perjalanan dari Miri ke Sibu terbalik di Kilometer 41, Jalan Miri-Bintulu berhampiran Sarawak Oil Farm Berhad, kira-kira pukul 9 pagi ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Miri, Law Poh Kong berkata, mangsa yang terbunuh ialah pemandu bas berkenaan, Liew Yeh Shin, 52, manakala empat penumpang cedera, iaitu dua lelaki dan dua wanita.
Mereka diberi rawatan perubatan oleh pasukan perubatan ambulans Hospital Miri.
"Mangsa tersepit di dalam bas dan disahkan mati oleh pasukan perubatan. Punca kemalangan masih disiasat," katanya kepada pemberita.
Beliau berkata, sebelum kejadian, bas tersebut bertolak dari terminal bas di sini pada pukul 8.15 pagi dengan membawa lapan penumpang.
Katanya, bomba dimaklumkan tentang kemalangan itu pada pukul 9.15 pagi dan segera menggegaskan sembilan anggota dari Balai Bomba Miri dan Balai Bomba Lopeng ke tempat kejadian. - BERNAMA
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nahas-bencana/bas-penumpang-terbalik-pemandu-maut-dan-4-cedera-1.81576#sthash.FlCmufE3.dpuf

10 GRO rakyat asing ditahan di George Town




GEORGE TOWN 16 April - Polis menahan 10 wanita rakyat asing yang bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) di sebuah pusat hiburan di Jalan Kedah di sini tengah malam tadi.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Mior Faridalathrash Wahid berkata, mereka yang ditahan dalam operasi lebih tiga jam berakhir 12 tengah malam terdiri daripada lapan wanita Vietnam dan masing-masing seorang rakyat Indonesia serta China.
"Polis turut menahan seorang lelaki tempatan berusia 46 tahun disyaki penjaga premis," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata, GRO berusia antara 30 dan 45 tahun itu memasuki negara ini menggunakan pas lawatan sosial. - BERNAMA
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/10-gro-rakyat-asing-ditahan-di-george-town-1.81580#sthash.FM32r7B6.dpuf

Wanita muda lindungi pasangan Islam dari dihina

WARTAWAN SINAR HARIAN

Wanita muda lindungi pasangan Islam dari dihina
Stacey Eden (kiri) mempertahankan sepasang suami isteri beragama Islam yang dihina di dalam sebuah komuter.
SYDNEY - AUSTRALIA. Seorang wanita muda membuat keputusan untuk membuka mulut untuk melindungi sepasang suami isteri beragama Islam yang dihina di dalam sebuah komuter, Rabu lepas.

Menurut Dailymail, Stacey Eden, 23, berasa tertekan dan marah selepas seorang wanita pertengahan umur menuduh pasangan Islam berkenaan sebagai 'penyokong pengganas'.

Eden turut merakam kejadian berkenaan dan memuatnaik video ke laman sosial Facebook.

"Dia (perempuan Islam) memakai hijab kerana (untuk) bersederhana, bukan untuk orang seperti anda yang akan duduk dan tidak menghormatinya," luah Eden dalam video tersebut.

Sementara itu, wanita pertengahan umur berkenaan kedengaran berterusan menghamburkan penghinaan terhadap suami isteri berkenaan.

"Tutup mulut awak! (Kalau) anda tidak ada benda elok untuk cakap, jangan cakap apa-apa." kata Eden.

Eden kemudian membuat keputusan untuk menemani pasangan Islam berkenaan yang kemudiannya turun di sebuah perhentian.

"Saya terlepas stesen saya kerana saya mahu memastikan mereka (pasangan Islam) selamat," kata Eden yang sedang dalam perjalanan ke rumahnya di Maskot ketika itu.

Menurut jurucakap polis, polis menggalakkan saksi kejadian supaya tampil membuat laporan dan mereka akan menyiasat kejadian berkenaan.

Polis tahan tiga lagi suspek kes bunuh di Rawang




SHAH ALAM 16 April - Polis Selangor memberkas tiga lagi lelaki dalam operasi berasingan semalam, kerana dipercayai terbabit dalam kes pembunuhan dua lelaki di Jalan Bristol, Rawang, Selasa lepas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Mohd Adnan Abdullah berkata tiga lelaki berusia antara 18 dan 22 tahun itu ditahan polis di Rawang, Gombak dan Setapak Jaya.
"Suspek pertama ditahan di sebuah rumah di Taman Pelangi, Rawang lebih kurang pada pukul 1 tengah hari.
"Suspek kedua pula ditahan di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak kira-kira pukul 6.40 petang manakala suspek ketiga ditahan di sebuah premis di Persiaran Rejang, Setapak Jaya pada pukul 8 malam," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini, hari ini.
Beliau berkata, polis turut merampas sebentuk cincin dan rantai emas yang dipercayai milik seorang daripada mangsa dalam operasi tersebut.
"Dengan penangkapan terbaru, menjadikan jumlah suspek seramai lima orang dan kes ini dianggap selesai dengan penangkapan mereka yang disyaki terlibat dalam kes pembunuhan ini.
"Bagaimanapun, polis sedang mengesan beberapa individu untuk membantu siasatan kes yang disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," kata Mohd Adnan.
Pada Selasa lepas, dua lelaki berusia 20-an ditemukan mati, dipercayai dikelar dan dicekik rakannya akibat perselisihan faham, dalam sebuah kereta di Km10 Jalan Bristol, Rawang.
Kejadian itu berlaku kira-kira 1 pagi dan mayat kedua-dua lelaki terbabit ditemukan orang awam kira-kira lapan jam kemudian sebelum memaklumkan kepada polis.
Susulan kes tersebut, dua lelaki telah ditahan di sekitar Rawang sejam selepas polis mendapat laporan berhubung insiden berkenaan.- BERNAMA
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/polis-tahan-tiga-lagi-suspek-kes-bunuh-di-rawang-1.81577#sthash.g42HRiwX.dpuf

Bunuh Majikan: Pembantu Rumah Indonesia Dihukum Pancung



Diterbitkan: Khamis, 16 April 2015 10:22 AM
Ahli keluarga Siti Zainab di Bangkalan, timur Jawa bersama poster tertuduh menuntut keadilan selepas mendapat berita mengenai hukuman yang dikenakan terhadap pembantu rumah itu.

RIYADH: Seorang pembantu rumah Indonesia dijatuhi hukuman pancung kerana didapati bersalah membunuh wanita tempatan yang juga majikannya pada 1999.
Hukuman terbaharu terhadap Siti Zainab ini menjadikan bilangan warga asing yang dipancung di Arab Saudi meningkat kepada 60 orang tahun ini.
Hukuman itu ditetapkan kerajaan Arab Saudi, walaupun tertuduh disyaki mengalami sakit mental.
Pertubuhan hak asasi manusia, Amnesty International memaklumkan, pihaknya dimaklumkan bahawa hukuman itu telah dijalankan pada Selasa.
Kementerian dalam negeri menyatakan, Siti Zainab dipancung selepas didapati bersalah menikam dan memukul sehingga mati wanita Arab Saudi, Noura al-Morobei.
“Hukuman mati itu dilaksanakan kelmarin di kota suci Madinah,” menurut kementerian berkenaan dalam satu kenyataan.
Akhbar Indonesia, pula melaporkan bahawa Siti Zainab didapati bersalah membunuh majikannya pada 1999.
Pelaksanaan hukuman mati ditangguhkan sehingga anak-anak mangsa cukup dewasa untuk memutuskan sama ada hukuman itu perlu diteruskan atau sebaliknya. – AFP

Bunuh Majikan: Pembantu Rumah Indonesia Dihukum Pancung



Diterbitkan: Khamis, 16 April 2015 10:22 AM
Ahli keluarga Siti Zainab di Bangkalan, timur Jawa bersama poster tertuduh menuntut keadilan selepas mendapat berita mengenai hukuman yang dikenakan terhadap pembantu rumah itu.

RIYADH: Seorang pembantu rumah Indonesia dijatuhi hukuman pancung kerana didapati bersalah membunuh wanita tempatan yang juga majikannya pada 1999.
Hukuman terbaharu terhadap Siti Zainab ini menjadikan bilangan warga asing yang dipancung di Arab Saudi meningkat kepada 60 orang tahun ini.
Hukuman itu ditetapkan kerajaan Arab Saudi, walaupun tertuduh disyaki mengalami sakit mental.
Pertubuhan hak asasi manusia, Amnesty International memaklumkan, pihaknya dimaklumkan bahawa hukuman itu telah dijalankan pada Selasa.
Kementerian dalam negeri menyatakan, Siti Zainab dipancung selepas didapati bersalah menikam dan memukul sehingga mati wanita Arab Saudi, Noura al-Morobei.
“Hukuman mati itu dilaksanakan kelmarin di kota suci Madinah,” menurut kementerian berkenaan dalam satu kenyataan.
Akhbar Indonesia, pula melaporkan bahawa Siti Zainab didapati bersalah membunuh majikannya pada 1999.
Pelaksanaan hukuman mati ditangguhkan sehingga anak-anak mangsa cukup dewasa untuk memutuskan sama ada hukuman itu perlu diteruskan atau sebaliknya. – AFP

Polis tak jaga kebersihan ditampar


Bandung: Ketua Polis Daerah Jawa Barat Inspektor Jeneral Mochamad Iriawan semalam menampar seorang anggotanya atas alasan tidak menjaga kebersihan sebuah kenderaan yang akan digunakan untuk Persidangan Asia Afrika ke-60 pada 24 April ini.
Kejadian berlaku apabila Mochamad memeriksa persiapan anggotanya menjelang persidangan berkenaan.
Kira-kira 4,510 anggota keselamatan dikerah menjaga keamanan sepanjang persidangan itu berlangsung di Gedung Merdeka pada tarikh itu.
Mochamad yang disertai pegawai kanan polis Jawa Barat yang lain memeriksa satu persatu persiapan anggotanya, termasuk kenderaan yang akan digunakan.
Bagaimanapun, apabila tiba pada sebuah kenderaan, dia menjadi berang melihatnya dalam keadaan kotor.
Seorang daripada dua anggota yang bertanggungjawab ke atas kenderaan itu diarah melakukan tekan tubi. Tidak puas dengan hukuman itu, Mochamad menampar seorang lagi.
“Saya kecewa kerana kenderaan ini kotor. Ada sampah dalam kereta. Ada botol air mineral dalam kereta. Suruh jaga kebersihan kereta pun sudah tidak mampu,” katanya selepas menampar anggota berkenaan.
Seramai 109 negara akan menghantar wakil mereka, termasuk presiden dan perdana menteri ke persidangan berkenaan.
Wakil dari 25 pertubuhan antarabangsa juga dijangka hadir. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 April 2015 @ 9:20 AM


MOCHAMAD menampar anggota polis terbabit.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/44118#sthash.DN1m0HQX.dpuf