Search This Blog

Wednesday, April 15, 2015

Polis buru 3 rakyat Malaysia terlibat IS


Wan Junaidi
Wan Junaidi
KUALA LUMPUR - Polis sedang mengesan tiga rakyat Malaysia yang disyaki terlibat dalam kumpulan militan (IS) dan masih bebas, selepas kembali ke negara ini baru-baru ini.

"Kami telah mengenal pasti tempat-tempat di mana mereka mungkin berada," kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Beliau yakin bahawa ketiga-tiga suspek terbabit tidak dapat mempengaruhi masyarakat kerana polis telah dikerahkan untuk mengesan mereka.  

Wan Junaidi berkata, maklumat mengenai kepulangan mereka ke negara ini diperoleh menerusi rangkaian perisikan polis dan kerjasama di peringkat antarabangsa.

Sebaik ditahan, beliau berkata kesemua suspek akan didakwa di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012

"Mereka tidak boleh didakwa di bawah Rang Undang-Undang Pencegahan Keganasan (Pota) 2015 yang baharu, kerana rang undang-undang itu masih belum diwartakan sebagai undang-undang," katanya.

Pota yang diluluskan di Dewan Rakyat pada 6 April lepas, bertujuan untuk membanteras kegiatan keganasan di negara ini, berikutan keseriusan ancaman yang dicetuskan oleh kumpulan militan termasuk IS.

Ditanya bila Pota dijangka dikuatkuasakan, Wan Junaidi berkata perkara itu bergantung apabila rang undang-undang itu diluluskan di Dewan Negara dan diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong.

"Jika Dewan Negara tidak mempunyai bantahan terhadapnya (rang undang-undang tersebut), (dan diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong), pada akhir Jun ini, undang-undang ini boleh dikuatkuasakan," katanya.

Terdahulu, dalam sesi soal jawab di persidangan Dewan Negara, Wan Junaidi berkata berdasarkan rekod Polis Diraja Malaysia, sehingga 1 April tahun ini, sebanyak 119 rakyat Malaysia terlibat dalam kegiatan kumpulan militan IS.

Daripada jumpah itu, katanya sebanyak 60 berjaya ditahan di negara ini, manakala 46 orang masih bebas di Syria, 10 orang terkorban dan tiga lagi telah kembali ke Malaysia, namun masih bebas.

Beliau menjawab soalan Senator Datuk R Goonasakaren yang ingin tahu langkah-langkah diambil kementerian bagi mengawal penularan fahaman militan IS serta mekanisme untuk mengawal rakyat negara ini daripada terbabit dalam kumpulan militan radikal.

Menjawab soalan tambahan R Goonasakaren mengenai kerjasama parti politik berlainan agama dalam mengekang penularan fahaman IS, Wan Junaidi berkata keterlibatan IS tidak hanya tertumpu kepada faktor keagamaan seseorang itu sahaja.

"Berdasarkan penangkapan terhadap masyarakat Malaysia, orang yang dikenal pasti terlibat ini, latar belakang mereka pelbagai. Saya tekankan di sini, tidak ada tumpuan menunjukkan bahawa mereka ini berlandaskan pelajaran, latar belakang dan agama terutamanya," kata beliau.

Beliau berkata, tumpuan kerajaan pada masa ini adalah untuk membendung orang ramai daripada terpengaruh dan terjebak dalam kumpulan IS melalui jaringan media sosial yang mudah, ketika ini. - Bernama

Kanak-kanak 2 tahun digigit anjing di muka


Kanak-kanak 2 tahun digigit anjing di muka
Libby Jane Wilson
LANCASHIRE - ENGLAND. Seorang kanak-kanak perempuan cedera di muka selepas digigit seekor anjing ketika sedang bermain di sebuah taman, Ahad lepas.

Menurut Dailymail, Libby Jane Wilson, 2, sedang bermain di sebuah terowong di taman permainan bersama-sama ayahnya apabila seekor anjing baka Jack Russel menyerangnya.

Ayah kanak-kanak malang berkenaan, Alex Knight berkata, beliau menendang anjing tersebut selepas anak perempuannya menjerit digigit.

Pemilik anjing tersebut kemudian memanggil anjingnya dan melarikan diri, tambahnya Knight.

Menurut doktor, kanak-kanak tersebut yang luka di bawah mata dan di atas bibir akan sembuh seperti sediakala selepas diberikan antibiotik.

Buaya besar kereta serang nelayan ditangkap

DUA anggota pihak berkuasa mengikat seekor daripada dua buaya yang ditangkap di Sungai Reban, Batang
DUA anggota pihak berkuasa mengikat seekor daripada dua buaya yang ditangkap di Sungai Reban, Batang Samarahan, Serian, Sarawak, kelmarin. – GAMBAR/ IHSAN POLIS DIRAJA MALAYSIA
SERIAN 14 April – Dua ekor buaya yang panjangnya melebihi sebuah kereta Perodua Viva iaitu masing-masing 4.3 meter dan 5.2 meter ditangkap Pasukan Tindakan Pantas Hidupan Liar (SWAT) Sarawak Forestry Corporation (SFC) bersama anggota polis di Kampung Sungai Reban, Batang Samarahan semalam.
Operasi mengesan dan membunuh itu bermula pada Sabtu lalu dengan tangkapan pertama seekor buaya dengan panjang 3.8 meter pada pukul 2.51 petang pada jarak 50 meter dari lokasi kejadian serangan seorang nelayan.
Menurut Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Chung Aik Peng, operasi tersebut dibuat ekoran seorang nelayan, Yusman Yusup, 32, diserang seekor buaya pada 26 Mac lalu sebelum meninggal dunia Sabtu lalu.
Katanya, buaya pertama yang panjangnya 4.3 meter adalah jantan dikesan pada pukul 7.55 pagi semalam pada jarak 70 meter dari lokasi kejadian serangan.
“Reptilia kedua itu pula ditemukan pada jarak 180 meter dari lokasi kejadian pada pukul 1.25 petang.
“Pasukan operasi kenal pasti reptilia kedua ini yang menyerang nelayan itu berdasarkan kesan tetakan di bahagian kepala yang disahkan rakan mangsa,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Pada 26 Mac lalu, Yusman yang sedang memasang belat udang bersama rakannya tiba-tiba dibaham buaya kira-kira pukul 5.40 petang.
Melihat kejadian itu, rakannya terus membantu dengan menetak di kepala buaya itu dan berjaya melepaskan mangsa.
Mangsa bagaimanapun, mengalami kecederaan parah di kedua-dua belah kaki bahagian buku lali dan luka di paha menyebabkan terpaksa dipotong sehingga paras betis dan dilaporkan stabil ketika itu.
Tambah Aik Peng, buaya kedua itu panjangnya 5.2 meter dengan berat kira-kira 600 kilogram.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/buaya-besar-kereta-serang-nelayan-ditangkap-1.81078#sthash.IDglFyyE.dpuf

7 maut serangan di selatan Thai

Anggota forensik Thailand memeriksa rumah salah seorang mangsa
ANGGOTA forensik Thailand memeriksa rumah salah seorang mangsa terbunuh dalam serangan di Narathiwat pada malam Ahad lalu. AGENSI
BANGKOK 14 April – Sebanyak tujuh orang maut termasuk seorang pegawai kesihatan tempatan dalam dua kejadian serangan berasingan di wilayah Narathiwat dan Yala di selatan negara ini.
Dalam kejadian di Mukim Moo 12 di daerah Sukhirin, Narathiwat, enam penduduk kampung maut dalam dua insiden tembakan berasingan di dua buah rumah yang terletak hanya beberapa meter antara satu sama lain, malam kelmarin.
Portal Bangkok Post melaporkan, dalam kejadian itu sebanyak empat orang terbunuh selepas diserang kumpulan yang bersenjatakan raifal M16 yang kemudiannya bertindak membakar mayat mangsa.
Kejadian itu disedari pembantu ketua kampung, Ahama Arwae yang kemudiannya meminta penduduk membantu memadamkan kebakaran sebelum menghubungi Ketua Polis Narathiwat, Mejar Jeneral Pattanawut Angkanawin dan Gabenor wilayah, Nattapong Sirichana yang kemudiannya bergegas ke lokasi kejadian.
Polis kemudiannya menemukan dua lagi mayat di sebuah rumah yang jaraknya 20 meter dari rumah pertama serta menemui lapan kelongsong peluru M16.
Polis masih menyiasat motif serangan tersebut.
Menurut saksi, penyerang terdiri daripada 12 orang yang kemudiannya berpecah kepada dua kumpulan sebelum melakukan serangan itu.
Sementara itu, dalam kejadian lain di daerah Rueso, Narathiwat, seorang pegawai kesihatan maut sejurus dia tiba di sebuah sekolah untuk melakukan pemeriksaan, pagi semalam selepas diserang dua lelaki bersenjata yang menaiki sebuah motosikal.
Mangsa meninggal dunia di hospital dan polis menemui lapan kelongsong peluru dari sepucuk pistol 9mm di tempat kejadian.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/7-maut-serangan-di-selatan-thai-1.81030#sthash.ZSWGYOT5.dpuf

Bot karam: Dua penumpang dikhuatiri lemas


BESUT 15 April - Dua dikhuatiri lemas dalam satu kejadian bot karam berhampiran jeti Kuala Besut di sini pagi tadi.
Laporan awal daripada bilik gerakan bomba Besut memberitahu, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 10.10 pagi.
“Terdapat 25 orang mangsa dalam bot itu dengan 23 daripadanya berjaya menyelamatkan diri, manakala dua lagi mangsa dikhuatiri lemas.
“Bagaimanapun, kes tersebut telah diambil tindakan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan anggota bomba yang menjalankan kerja-kerja mencari mangsa di kawasan pesisir pantai di sini,” katanya dalam satu kenyataan. - UTUSAN ONLINE
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nahas-bencana/bot-karam-dua-penumpang-dikhuatiri-lemas-1.81242#sthash.zcMYCfXt.dpuf

Punca Kematian Murid Di Melaka Tidak Dapat Disahkan - Menteri


Diterbitkan: Rabu, 15 April 2015 8:33 PM

PUTRAJAYA: Punca sebenar kematian murid lelaki berumur 10 tahun di Melaka tidak dapat disahkan kerana mangsa dijangkiti virus influenza A (H1N1) dan radang otak pada masa yang sama, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

Sambil menyifatkan kematian seorang pelajar tahun lima itu sebagai luar biasa, beliau berkata pihaknya tidak dapat memastikan punca sebenar kematian murid tersebut kerana tidak dapat melakukan pemeriksaan pada otaknya.

"Setakat ini, pengesahan mangsa menghidap H1N1 hanya berdasarkan pemeriksaan pada sampel yang diambil pada saluran pernafasan.

"Oleh itu, agak sukar bagi kami (kementerian) untuk mengesahkan sama ada radang otak yang dihadapi mangsa disebabkan oleh H1N1," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Murid lelaki yang didakwa dijangkiti virus H1N1 meninggal dunia kira-kira 12 tengah malam tadi. Sebelum ini, mangsa yang dikatakan dijangkiti virus H1N1 itu berada dalam keadaan koma dan dirawat di sebuah hospital swasta di Melaka.

Menurut Dr Subramaniam, doktor hospital swasta melakukan diagnosa kematian murid itu berpunca daripada 'viral encephalitis secondary to H1N1' dan kementerian perlu menerima punca itu buat masa sekarang.

"Kemungkinan besar budak itu boleh juga meninggal dunia akibat jangkitan radang otak. Tetapi, tiada pemeriksaan mengeluarkan cecair daripada saraf tunjang dilakukan untuk melihat sama ada H1N1 menyebabkan jangkitan ini.

"Sukar untuk mengesahkannya sekarang kerana tiada bedah siasat dilakukan pada tubuh murid itu. Pada peringkat ini, kami sudah hilang peluang untuk mengesahkan apakah punca sebenar kematiannya.

"Satu ujian melibatkan sampel cecair daripada saraf tunjang (antigen) murid itu mungkin dapat memberi jawapan punca sebenarnya," jelasnya.

Sehubungan itu, Dr Subramaniam mengingatkan orang ramai agar tidak panik dan sentiasa mengamalkan langkah-langkah mudah bagi mencegah penularan jangkitan influenza serta mengamalkan cara hidup sihat.

Katanya, tiada jumlah kes direkodkan kerana Pertubuhan Kesihatan Sedunia tidak lagi memantau jangkitan H1N1 secara khusus dan tiada keperluan untuk melaporkan kejadian kes kepada pertubuhan itu.

"Ini adalah kerana cara jangkitan, tanda-tanda jangkitan dan risiko untuk mendapatkan jangkitan dan komplikasi akibat H1N1 adalah serupa dengan influenza bermusim yang lain," katanya.

Bagaimanapun, Dr Subramaniam berkata kementerian sedang memantau lebih 300 klinik di seluruh negara berkaitan penyakit pernafasan setiap minggu, sekiranya berlaku peningkatan dalam penyakit itu, untuk menjalankan siasatan lanjutan.

Mengulas kes kematian seorang murid perempuan tahun satu di Johor Jumaat lepas yang dikatakan mungkin akibat penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD), beliau berkata kementerian masih menunggu pengesahan punca daripada Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) di Sungai Buloh, Selangor.

"Kami tidak mahu membuat sebarang spekulasi. Tetapi kami minta sekolah atau ibu bapa untuk melaporkan kes sedemikian kepada pihak kesihatan secepat mungkin.

Saya juga tidak mahu rakyat panik tentang epidemik ini kerana secara am, ia tidak menyebabkan masalah besar," katanya.
Isnin lepas, Jabatan Kesihatan Johor mengesahkan murid berkenaan meninggal dunia akibat kejutan septik dengan kegagalan beberapa organ dalaman.

Lelaki mengaku tidak bersalah sebabkan kebakaran di bank


ALOR SETAR 15 April - Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan melakukan khianat dengan api sehingga mengakibatkan kebakaran di Maybank Cawangan Simpang Kuala, minggu lepas.
Tertuduh yang merupakan seorang penganggur, Chan Huat Chai, 38, dari Taman Bersatu, Kuala Kedah dituduh melakukan perbuatan itu kira-kira pukul 4.05 petang, 8 April lalu.
Tertuduh membuat pengakuan tidak bersalah itu selepas kertas pertuduhan dibacakan di depan Majistret Mohd. Khairul Hafizuddin Ramli. - UTUSAN ONLINE
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/mahkamah/lelaki-mengaku-tidak-bersalah-sebabkan-kebakaran-di-bank-1.81152#sthash.fjwr5tGu.dpuf

Seorang pelajar maut, rakan cedera dirempuh lori


BAU 15 April - Seorang pelajar sekolah menengah maut, manakala rakannya cedera selepas dirempuh sebuah lori di Jalan Siniawan Lot hari ini.
Menurut jurucakap polis, dalam kejadian kira-kira pukul 9.55 pagi itu, mangsa, Siti Norshahirah Mohd Syukri, 13, maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan.- UTUSAN ONLINE
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/seorang-pelajar-maut-rakan-cedera-dirempuh-lori-1.81154#sthash.OJICzHa7.dpuf

Empat Termasuk Wanita Indonesia Aktif Samun Diberkas


Diterbitkan: Rabu, 15 April 2015 8:14 PM

SHAH ALAM: Tiga lelaki dan seorang wanita warga Indonesia yang dipercayai aktif melakukan samun di sekitar Ampang, diberkas dalam tiga serbuan berasingan, awal bulan ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Mohd Adnan Abdullah berkata suspek berumur antara 27 dan 40 tahun itu ditahan di sekitar Ampang dan Kuala Lumpur.

"Tangkapan pertama ialah seorang lelaki berumur 35 tahun yang ditahan di sebuah rumah di Taman Permata, Ampang pada 2 April lepas kira-kira 11.40 malam.

"Soal siasat ke atas suspek pertama membawa kepada penahanan seorang lagi lelaki berusia 27 tahun di tepi jalan berhadapan stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Bukit Jalil kira-kira 3.35 petang pada 7 April lepas," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini, hari ini.

Beliau berkata berikutan penahanan suspek pertama dan kedua itu, polis kemudian memberkas dua lagi suspek iaitu seorang lelaki dan wanita, kedua-duanya warga Indonesia berumur 36 dan 40 tahun dalam satu serbuan di sebuah rumah di bandar Damai Perdana, Kuala Lumpur.

Mohd Adnan berkata kedua-dua suspek warga Indonesia itu ditahan pada 8 April pada 5.35 petang dan siasatan mendapati mereka tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

Beliau berkata susulan penahanan empat individu berkenaan pihaknya berjaya menemui semula pelbagai hasil kegiatan pecah rumah dan samun antaranya komputer riba, jam tangan serta telefon bimbit berjenama kesemuanya dianggarkan bernilai hampir RM200,000.

"Polis percaya dengan penahan mereka dan penemuan barangan berkenaan dapat menyelesaikan sekurang-kuranganya 10 kes pecah rumah di sekitar Ampang termasuk dua kes pada November dan Januari lepas di Taman Saga dan Jalan Changkat Ukay Villa, Sri Ukay, Hulu Kelang.

"Suspek dilaporkan bertopeng dan bersarung tangan ketika melakukan kegiatan jenayah ini selain menggunakan senjata tajam bagi tujuan mengugut mangsa supaya mangsa menyerahkan barang berharga milik mereka," katanya.

Tambah Mohd Adnan, kesemua suspek direman sehingga Rabu depan dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

Ops Roda: 11 Penunggang Pulang Tanpa Motosikal


Diterbitkan: Rabu, 15 April 2015 5:10 PM

SHAH ALAM: Seramai 11 penunggang terpaksa berjalan selepas motosikal mereka disita polis gara-gara tidak mempunyai lesen memandu dan cukai jalan tamat tempoh dalam Ops Roda di Plaza Tol Batu Tiga, Lebuhraya Persekutuan, di sini pada Rabu.
Asisten Supritendan (ASP) Unit Lebuhraya Zon Tengah (1) Bukit Aman, Rahmat Abdul Manap berkata, operasi yang bermula pada pukul 10 pagi hingga 1.30 petang itu bertujuan mengurangkan jumlah kematian penunggang motosikal akibat tidak mengikut undang-undang yang disediakan.
"Dalam oeprasi hari ini sebanyak 11 motosikal telah di sita selepas penunggang gagal mempamerkan lesen memandu serta cukai jalan tamat tempoh.
"Kesemua motosikal tersebut dibawa ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Shah Alam dan untuk tuntutan perlu dibuat oleh mereka yang mempunyai lesen memandu sahaja.
"Kita juga mengeluarkan sebanyak 155 sama kepada pesalah lain termasuk kerana motosikal yang tidak mempunyai cermin sisi," katanya di lokasi operasi di sini.
Sementara itu dalam perkembangan lain, Rahmat memberitahu, lebih 25,000 saman dikeluarkan kepada penunggang motosikal sejak Ops Roda dimulakan pada 12 Februari lalu.
"Lebih 25,000 saman pelbagai kesalahan dikeluarkan kepada penunggang motosikal di seluruh negara dan daripada jumlah itu kesalahan tidak mempunyai lesen memandu antara yang tertinggi.
"Kesalahan lain yang sering dilakukan penunggang motosikal pula ialah cukai jalan tamat tempoh dan ubah suai pada motosikal," jelasnya.

Tiga kenderaan persendirian disita ambil penumpang melalui ‘EasyTaxi’


SEPANG 15 April - Tiga kenderaan persendirian tidak berlesen untuk mengambil penumpang di sekitar Lembah Klang melalui aplikasi 'EasyTaxi' disita dalam operasi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) malam tadi.
Pengurus Besar Bahagian Penguatkuasaan SPAD, Datuk Che Hasni Che Ahmad berkata, penggunaan aplikasi itu dikesan mula beroperasi sejak awal bulan ini serta bergiat aktif di sekitar Lembah Klang, dengan dianggarkan 12 kenderaan atau teksi sapu terlibat menjalankan perniagaan terbabit.
"Walaupun hanya tiga kenderaan yang berjaya disita, kami percaya operasi yang pertama kali diadakan ini akan memberi amaran keras kepada mereka yang terbabit dan kami akan meneruskan operasi ini sehingga mendapat dalang yang bertanggungjawab mewujudkan aplikasi berkenaan," katanya.
Che Hasni juga berharap penumpang tidak menggunakan aplikasi tersebut kerana selain beroperasi secara haram, perkhidmatan itu juga tidak mempunyai perlindungan insurans jika berlaku kemalangan.
"Malah, penggunaan aplikasi EasyTaxi juga tidak adil dan menjejaskan periuk nasi pengusaha dan pemandu teksi yang berlesen," katanya kepada media selepas menjalankan operasi tersebut di sini malam tadi.
Che Hasni berkata bagi kenderaan yang ditahan kerana menjalankan perniagaan terbabit akan disita dan mereka yang terbabit akan dikenakan hukuman tidak melebihi RM10,000 atau setahun penjara atau kedua-duanya sekali.
Dalam operasi sama, katanya SPAD juga menyita sembilan teksi yang tidak menggunakan meter.
"Jika disabitkan kesalahan, pemandu teksi yang tidak menggunakan meter boleh dikenakan hukuman tidak melebihi RM500,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali," katanya.- BERNAMA
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/tiga-kenderaan-persendirian-disita-ambil-penumpang-melalui-8216-easytaxi-8217-1.81151#sthash.ZNQCDaGo.dpuf

Serangan di Iraq, 15 terbunuh

Serangan di Iraq, 15 terbunuh
Serangan yang berlaku di Iraq Jumaat lalu - Foto AP
BAGHDAD - IRAQ. Sebuah bom kereta yang diletakkan berhampiran sebuah pasar di kawasan komersial yang sibuk di Baghdad membunuh sekurang-kurangnya 10 orang awam semalam manakala serangan di tempat lain di utara ibu negara Iraq turut menyebabkan lima penduduk, kata pegawai.

Menurut seorang pegawai polis, sebuah lori sarat dengan sayur-sayuran dan buah-buahan, diletakkan di barat daya, kejiranan Amil, di Baghdad turut mencederakan sekurang-kurangnya 25 orang awam dan merosakan kira-kira 20 kereta.

Sementara itu, bom juga meletup di tempat letak kereta di pinggir bandar tenggara Baghdad, Jisr Diyala turut membunuh tiga orang awam dan mencederakan sembilan yang lain.

Memetik laporan AP, dua orang awam yang lain turut terbunuh dan tujuh cedera dalam satu letupan bom yang turut berlaku di sebuah pasar di bandar Taji, 20 kilometer utara ibu negara Iraq, kata polis.

Tiada kumpulan mengaku bertanggungjawab terhadap kesemua serangan pengeboman tersebut.

Pekerja kargo terperangkap cetus panik!


Pekerja kargo terperangkap cetus panik!
Pihak berkuasa menyelamatkan pekerja kargo berkenaan
SEATTLE - AMERIKA SYARIKAT. Pesawat Alaska Airlines yang dalam perjalanan ke Los Angeles terpaksa berpatah balik selepas seorang pekerja kargo terperangkap dalam ruangan kargo pesawat berkenaan.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Alaska Arlines, juruterbang pesawat itu terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Seattle selepas terdengar bunyi ketukan dari bawah pesawat, 14 minit selepas berlepas.

Selepas pesawat itu mendarat, pekerja terbabit ditemui di ruang hadapan bahagian kargo.

BBC melaporkan pekerja tersebut kemudiannya di hantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan telah dibenarkan keluar dari hospital.

Penyelia Menzies Aviation berkata, dia menyedari  ketiadaan anak buahnya sebelum pesawat berlepas dan cuba menghubunginya namun gagal.

Sementara itu, seorang penumpang, Marty Collins, memberitahu sebuah stesen TV tempatan bahawa penumpang tidak mendengar sebarang bunyi hantukan di dalam pesawat.

Pemilik Facebook Hina Islam sedang dikesan


Facebook

GEORGETOWN - Polis bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mengesan pemilik sebenar satu akaun Facebook yang memuat naik status menghina Islam dan Raja-Raja Melayu.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalatrash Wahid berkata lelaki yang dikatakan pemilik akaun itu membuat laporan polis tengah malam tadi selepas rumahnya dilempar batu dipercayai berpunca daripada status yang telah menjadi viral di laman sosial itu.

Beliau berkata siasatan awal polis mendapati lelaki berusia 43 tahun itu memang mempunyai satu akaun Facebook tetapi dia tidak memuat naik sebarang status yang membangkitkan kemarahan orang Melayu dan umat Islam itu.

"Sebaliknya siasatan awal polis mendapati wujud satu lagi akaun Facebook yang menggunakan gambar serta profil lelaki berkenaan yang baru dibuka 10 April lepas," katanya di sini hari ini.

Status Facebook itu dikatakan memuat naik kata-kata kesat ekoran tidak berpuas hati dengan laungan azan yang didakwa mengganggu kehidupan penulis status itu dan menghina Raja-Raja Melayu.     

Mior Faridalatrash berkata, sehingga kini 19 laporan polis diterima daripada pelbagai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik berhubung kenyataan di laman sosial itu.

Terdahulu, Pemuda Umno Pulau Pinang, Umno Bahagian Bukit Bendera dan Perkasa Pulau Pinang membuat laporan polis berhubung status di akaun Facebook itu.

Laporan polis itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut oleh Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang, Rafizal Abdul Rahim, Timbalan Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera, Abdul Jalil Arifin dan Ketua Wira Perkasa Pulau Pinang, Mohd Rizuad Mohd Azudin.

Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan polis itu, Abdul Jalil berkata mereka meminta polis dan SKMM mengambil tindakan segera terhadap pemilik akaun Facebook itu. - Bernama

Menari lucah: Sekolah tarian ditutup


Menari lucah: Sekolah tarian ditutup
Sedutan video tarian lucah yang dimuatnaik.
URALS - RUSIA. Sebuah sekolah tarian ditutup selepas didakwa bertanggungjawab ke atas sebuah pertunjukan tarian lucah melibatkan remaja bawah umur ketika sebuah pementasan.

Menurut BBC, keputusan tersebut dibuat selepas video tarian tersebut yang dimuatnaik ke laman YouTube tersebar dan membangkitkan kemarahan orang ramai.

Dalam video tersebut, sekumpulan gadis bawah umur melakukan aksi 'twerk' sebelum membuka baju.

Pelayar laman video tersebut yang terkejut dengan aksi berkenaan pantas melaporkan kepada polis di Rusia.

Pengetua sekolah tarian mendakwa ibu bapa kepada penari-penari tersebut sudah diberitahu dan kebenaran bertulis telah diberikan kepadanya.

Sekolah tarian berkenaan diarah ditutup sehingga siasatan selesai.

Warga asing ditahan, polis rampas pistol


Pistol
SHAH ALAM - Polis menahan seorang warga asing dan merampas sepucuk pistol dalam kejadian di Ampang pagi semalam.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi laman Twitternya pagi tadi.

"Syabas unit rondaan bermotosikal @PDRMsia Ampang pagi semalam, berjaya tangkap satu warga asing, rampas revolver dan peluru. Go PDRM Go," katanya.

Kepala babi di pintu masjid


Kepala babi di pintu masjid
Kepala babi yang ditemui di hadapan pintu masjid.
SOLIHULL - ENGLAND. Empat kepala babi ditemui di hadapan sebuah masjid yang dikatakan beroperasi secara haram, Ahad lepas.

Menurut BBC, polis kini menyiasat kes berkenaan yang dikategorikan sebagai 'jenayah kebencian'.

Jenayah kebencian bermotivasikan kebencian terhadap suatu agama, kaum, jantina atau beberapa jenis prejudis yang lain.

Minggu lepas, akhbar tempatan Birmingham Mail mendedahkan seramai 1,000 orang menandatangani petisyen untuk menutup masjid berkenaan yang beroperasi tanpa kebenaran.

Warga Bangladesh Dicekup Di Kodiang


Diterbitkan: Rabu, 15 April 2015 2:22 PM

ALOR SETAR: Jabatan Imigresen Kedah menahan lima pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Bangladesh menerusi tindakan 'Ops Pintu' di Kampung Kandis, Kodiang awal Rabu.
Pengarahnya Mohamad Yusri Hashim berkata kelima-lima lelaki berumur antara 25 dan 35 tahun itu telah melakukan pelbagai kesalahan Imigresen antaranya memasuki negara ini tanpa dokumen yang sah.
Dalam kenyataan di sini, Mohamad Yusri berkata mereka kini ditahan di Kompleks Kementerian Dalam Negeri di sini untuk siasatan lanjut.
Tags / Kata Kunci:

Pesawat Rempuh Antena, 27 Cedera


Diterbitkan: Rabu, 15 April 2015 12:02 PM

TOKYO: Seramai 27 penumpang Asiana Airways cedera selepas pesawat yang mereka naiki merempuh sebatang antena di Lapangan Terbang Hiroshima pada Rabu.
Ketika kejadian, penerbangan OZ162 dari Incheon, Korea dikatakan tiba untuk mendarat di lapangan terbang berkenaan sebelum merempuh antena komunikasi.
Terdapat kerosakan pada badan pesawat akibat rempuhan antena.
Akibat rempuhan itu, pesawat A320 tersebut hilang kawalan dan terbabas ke kawasan padang di tepi landasan.
Pasukan keselamatan berkata, semua 73 penumpang dan lapan anak kapal dilapor sedang memakai corong oksigen dan berada ditempat masing-masing sebaik sahaja pihaknya memasuki pesawat.
Bagaimanapun terdapat seramai 27 daripada mereka mengalami kecederaan dan dibawa ke hospital untuk diberi rawatan.

80,000 Pati Dikesan Di Sarawak, Operasi Bersepadu Diperhebat


Diterbitkan: Selasa, 14 April 2015 8:42 PM
Wan Junaidi sambil disaksikan Mustafa (dua dar kiri) menyampaikan Anugerah Khidmat Cemerlang kepada pegawai Imigresen, Elangovan Muniandy di MAEPS, Serdang, Selasa.

SERDANG: Operasi bersepadu secara besar-besaran dipergiat berikutan maklumat risikan agensi penguatkuasa mengesan kehadiran kira-kira 80,000 pendatang asing tanpa izin (Pati) di Sarawak.
Susulan itu, pelbagai usaha mula dirangka bagi membanteras kebanjiran sejumlah besar Pati di negeri berkenaan yang mulai menggugat kehidupan penduduk tempatan.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, dakwaan 300,000 Pati di Sarawak adalah tidak benar sama sekali.
"Saya menafikan sekeras-kerasnya mengenai 'penilaian' pihak tertentu mengenai 300,000 Pati di Sarawak. Itu adalah tidak betul," katanya.
Pada Mac lalu, sebuah portal berita memetik seorang pemimpin pembangkang di Sarawak yang meluahkan kebimbangan mengenai kebanjiran 300,000 Pati di negeri itu.
Kata Wan Junaidi, operasi bersepadu secara besar-besaran dilakukan bagi menangani isu Pati di negeri itu untuk mengelak kebanjiran golongan berkenaan seperti mana berlaku di Sabah.
Menurutnya, Jawatankuasa Operasi Bersepadu Sarawak melibatkan 12 agensi diketuai Jabatan Imigresen yang dipengerusikannya mengadakan mesyuarat minggu lalu.
"Kita menekankan supaya operasi bersepadu diteruskan. Jawatankuasa yang saya pengerusikan minggu lepas telah tetapkan agensi yang mengetuai iaitu imigresen akan melaporkan perkembangan operasi setiap minggu.
"Kita tak mahu ibarat 'nasi dah jadi bubur' seperti yang berlaku di Sabah. Keduanya, kita juga tidak mahu melihat 'orang' yang datang itu bertapak terus dan meneroka tanah sebagaimana yang berlaku di Cameron Highlands. Ini juga umpama 'nasi dah nak jadi bubur' baharu kita buat operasi besar-besaran untuk mengusir mereka yang melakukan penerokaan tanah-tanah kita sebagaimana yang orang tempatan buat. Kita tidak mahu perkara sebegini berlaku.
"Tetapi tugas dan tanggungjawab ini diletakkan bulat-bulat di atas bahu agensi-agensi Kementerian Dalam Negeri khususnya Jabatan Imigresen. Sebenarnya tanggungjawab ini disandang semua pihak, agensi penguatkuasa dari Jabatan Imigresen ke majlis tempatan, Jabatan Tanah dan Survei dan sebagainya. 
"Jadi belajar apa yang berlaku di Cameron Highlands dengan kita mengaturkan gerakan di Sarawak. Masyarakat tempatan juga kena bantu kerajaan dalam menangani isu Pati ini," katanya pada sidang media sempena Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2014 Jabatan Imigresen di sini, Selasa.
Turut hadir, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Mustafa Ibrahim.
Wan Junaidi berkata, pihaknya telah memaklumkan kepada kerajaan negeri bahawa undang-undang akan diperuntukkan sekiranya ia masih tidak mencukupi ketika ini dalam usaha membanteras Pati di Sarawak.
Sementara itu, Timbalan Pengarah Imigresen Sarawak, Hamfatullah Syawal Hamdan ketika ditemui berkata, maklumat mengenai anggaran sehingga 80,000 Pati di Sarawak adalah berdasarkan sumber risikan imigresen dan polis.
Menurutnya, kebanyakan Pati adalah dari Indonesia berikutan Sarawak bersempadan dengan Kalimantan.
Ditanya mengenai pecahan anggaran 80,000 Pati itu, Hamfatullah Syawal berkata: "Kita tidak dapat berapa (pecahan) anggaran, tetapi berdasarkan tangkapan Pati sejak 2013 sehingga 2015 setakat ini, antara 84 hingga 86 peratus adalah dari Indonesia terutama dari Kalimantan.
"Kita sudah mula melakukan operasi bersepadu secara besar-besaran dua kali sebulan dan operasi berkala setiap hari," katanya.
Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai tumpuan Pati di Sarawak termasuk lokasi panas yang dikenal pasti sebagai penempatan mereka.
"Tetapi pada masa ini kita memberi tumpuan (operasi) di Miri kerana kehadiran suku kaum Bajau dan Suluk (dari Filipina) yan menggugat periuk nasi orang tempatan," katanya sambil menambah operasi dimulakan sejak 18 Mac lalu.
Mengenai lokasi panas, Hamfatullah Syawal berkata, hampir setiap bahagian di Sarawak dikesan mempunyai penempatan Pati.
"Sarawak ada 12 bahagian dengan 33 daerah di Kuching, Samarahan, Serian, Sri Aman, Sibu, Kapit, Miri, Bintulu, Limbang, Bentung, Mukah dan Sarikei," katanya yang enggan mendedahkan jumlah lokasi panas yang dikenal pasti.
Bagaimanapun katanya, operasi membanteras Pati di Sarawak mempunyai kekangan berbanding negeri lain termasuk Sabah.
"Macam Sabah ada Ops Pati Sabah, Semenanjung pula negeri-negeri lain boleh tolong tetapi di Sarawak 'all alone'.
"Itu merupakan salah satu kekangan. Selain itu, dari segi bajet  untuk pergerakan pegawai dan urusan pengusiran," katanya sambil menambah sebanyak 745 Pati telah diusir keluar dari Sarawak sejak 2013 sehingga kini, dengan sebahagian besar pulang ke Indonesia serta negara lain seperti Filipina, India, China dan Vietnam.

Gadis 13 Tahun Hilang Ditemui Semula


Diterbitkan: Rabu, 15 April 2015 1:23 PM

KUALA LUMPUR: Seorang gadis berusia 13 tahun yang hilang sejak Jumaat lalu akhirnya dijumpai semula di Setapak.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, Low Yu Mun, yang kali terakhir dilihat di Jalan Ehsan Utama, Taman Daya pada Jumaat lalu ditemui polis di Setapak lewat malam Selasa.
"Dia hidup dan sihat.
"Siasatan awal mendapati dia telah pergi ke sebuah pusat membeli-belah bersama seorang rakan dan kemudiannya tinggal di rumah rakannya itu tanpa pengetahuan ibu bapanya," katanya pada Rabu.
Dilaporkan bahawa gadis itu dilihat kali terakhir di Jalan Ehsan Utama, Taman Daya di sini semasa dalam perjalanan ke sekolah sesi petang.
Ali berkata, gadis itu dibawa pulang oleh bapanya pada malam Selasa.
"Pelajar itu dan bapanya akan datang ke balai polis untuk merakamkan kenyataan mereka.
"Kita akan mengetahui cerita penuh mengenainya nanti," katanya.