Search This Blog

Monday, April 13, 2015

Pesawat mendarat cemas terima ancaman bom

Pesawat mendarat cemas terima ancaman bom
Gambar fail - Foto AFP
COLOGNE - JERMAN. Pesawat Germanwings yang dalam perjalanan dari Jerman ke Itali terpaksa mendarat cemas selepas menerima ancaman bom, semalam.
 
Jurucakap Germanwings dalam satu kenyataan berkata,  juruterbang penerbangan 4U 826 ke Milan terpaksa mendaratkan pesawat tersebut selepas menerima panggilan dari menara kawalan trafik udara di Lapangan Terbang Cologne. 
 
"Ancaman bom tersebut diterima oleh pihak polis dan selepas mendarat penumpang dan anak kapal diarah mengosongkan pesawat," katanya dipetik Reuters
 
Tambah Germanwings, pemeriksaan terhadap bagasi yang terdapat dalam pesawat tidak menjumpai sebarang bom
 
Jurucakap Lapangan Terbang Cologne tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan sebarang pengesahan.
 
Seramai 126 penumpang dan enam anak kapal berada dalam pesawat berkenaan dan kesemua penumpang kemudiannya diterbangkan ke Milan dengan pesawat lain.
 
Germanwings, penerbangan tambang murah milik syarikat Lufthansa menjadi perhatian dunia selepas sebuah pesawatnya merempuh banjaran pergunungan Alps di Perancis dalam perjalanan dari Barcelona ke Dusseldorf dan membunuh kesemua 150 penumpang dan kru.

Ketua pembangkang Bangladesh digantung

Ketua pembangkang Bangladesh digantung
Orang ramai berkumpul di sekitar ambulans yang membawa mayat Kamaruzzaman.
DHAKA - BANGLADESH, Tindakan kerajaan Bangladesh menggantung ketua pembangkang Islam, Muhammad Kamaruzzaman kelmarin kerana jenayah perang ketika perang kemerdekaan Pakistan pada 1971, menimbulkan kemarahan penyokongnya sekali gus mencetuskan protes.

Kamaruzzaman, 63, pemimpin parti Jamaat-e-Islami, digantung di Penjara Dhaka selepas Mahkamah Agung menolak rayuannya terhadap hukuman mati yang dikenakan oleh satu tribunal khas untuk pembunuhan beramai-ramai dan penyeksaan orang awam semasa perang.

Beliau bagaimanapun enggan memohon pengampunan daripada presiden, dan ketua penjara mengesahkan pelaksanaan hukuman mati dijalankan pada jam 4.30 petang (waktu tempatan).

Ketua pemangku Jamaat-e-Islami, Maqbul Ahmed dalam satu kenyataan berkata, kerajaan membunuhnya kerana dendam politik dengan cara yang sangat terancang.

Difahamkan, parti tersebut mengisytiharkan semalam sebagai hari berdoa untuk Kamaruzzaman dan menggesa protes secara aman diadakan pada hari ini. - Reuters

Polis tahan anggota 'Stopa Pohon Seto'

Mazlan Lazim
Mazlan
KOTA BHARU - Pasangan kekasih geng samun 'Stopa Pohon Seto' ditahan polis dalam serbuan di hadapan Sekolah Kebangsaan Bukit Marak, Binjai, di sini, tengah malam tadi.

Ketua Polis negeri, Datuk Mazlan Lazim berkata, lelaki berusia 43 tahun dan wanita berusia 28 tahun itu berjaya diberkas selepas bertindak agresif mengundurkan kenderaan jenis Satria Neo dan cuba melanggar anggota polis serta merempuh kereta Pajero pihak berkuasa.

"Akibat terancam dengan tindakan ganas suspek, anggota serbuan melepaskan dua das tembakan ke tayar kereta bertujuan memancitkan tayar dan menghentikan suspek.

"Pemeriksaan dalam kereta menjumpai pelbagai barangan dipercayai digunakan untuk kegiatan samun termasuk senjata tajam iaitu parang, pisau dan kain yang diubah suai menjadi topeng muka," katanya.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut juga menjumpai sebotol heroin, enam pil kuda dan wang tunai RM1,000 serta pelbagai barang berharga seperti gelang emas berlian, jam berjenama dan beberapa telefon pintar.

"Kedua-dua pasangan ini juga positif dadah jenis Amphetamine. Kereta yang dinaiki suspek dalam kejadian itu adalah kereta curi.

"Suspek dipercayai terbabit dengan lapan kes samun, ragut dan curi kenderaan. Mereka direman seminggu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksan (KK) (cubaan bunuh) 395/397 KK (samun bersenjata) dan 379A KK (curi kenderaan bermotor)," katanya.

Dalam pada itu, Mazlan turut menafikan berlaku kejadian berbalas tembakan antara suspek dan polis seperti status yang menjadi viral di laman sosial Facebook.

"Angka empat penjenayah yang ditahan juga tidak benar, sebaliknya hanya dua yang diberkas pihak berkuasa," katanya.

IS tembak mati komander sendiri

IS tembak mati komander sendiri
Gambar fail menunjukkan anggota IS bersama tebusan mereka di lokasi rahsia di wilayah Salahuddin.
BAGHDAD - IRAQ, Kumpulan militan IS dilapor menembak mati empat komander kanannya di wilayah utara Salahuddin, selepas mereka didakwa melarikan diri semasa pertempuran dengan pasukan keselamatan Iraq.

Sumber keselamatan berkata, hukuman itu dilaksanakan di pinggir bandar Shiqrat selepas menerima arahan daripada pemimpin IS, Abu Bakr al-Baghdadi.

Menurut sumber itu lagi, kesemua komander terbabit melarikan diri semasa pertempuran di bandar Muqdadiyah dan berjaya ditahan semula dua bulan lalu.

Pada Februari, IS turut menembak mati puluhan anggotanya di bandar Tal Afar kerana melarikan diri semasa pertempuran dengan pejuang Pashmerga.

Dalam perkembangan berkaitan, IS dilapor menculik hampir 120 pelajar sekolah di selatan dan barat bandar Mosul.

Rangkaian TV satelit Iraq, al-Sumaria melaporkan pelajar terbabit diculik di beberapa sekolah di al-Qayyarah, al-Shura, Badoush dan al-Baaj pada Ahad.

Sehingga semalam, nasib pelajar terbabit tidak diketahui. - Press TV

Nenek nyaris maut bersama cucu


Nenek nyaris maut bersama cucu
Keadaan bahagian ruang tamu rumah Saadiah selepas dirempuh kereta jiran.
KULAIJAYA - Tidur seorang nenek dan cucunya di ruang tamu rumah di Jalan Mas 2, Taman Mas, di sini, terganggu apabila dinding rumah berkenaan dirempuh sebuah kereta dalam kejadian jam 12.30 tengah malam, semalam.

Saadiah Hassan, 59, berkata, pada mulanya, dia yang sedang nyenyak tidur menyangka rumahnya dibom kerana terdengar bunyi dentuman kuat diikuti kepulan habuk yang memasuki mata sebaik terjaga daripada tidur.

“Makcik memang sangka rumah dibom kerana bunyi dentuman terlalu kuat.

"Sebaik buka mata makcik nampak tayar kereta hanya beberapa inci sahaja daripada kepala kami berdua,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Namun, menurutnya, dia dan cucu, Muhammad Zaquan Abdul Mutalib, 4, seolah-olah diberi nyawa kedua, apabila tergerak hati mengalihkan tilam yang sebelum itu berada di depan pintu masuk ke sebalik tangga.

“Ya ALLAH, makcik bersyukur sangat kerana terselamat bersama cucu kerana kalau makcik tak tergerak hati mengalihkan tilam yang dibentangkan di depan pintu utama, tak tahulah apa nasib kami," katanya.

Saadiah berkata, dia mengalami cedera ringan apabila kepalanya benjol, manakala Muhammad Zaquan mengalami luka kecil di bahagian kaki dan belakang badan akibat terkena serpihan dinding.

Menurutnya, kediaman yang dihuninya sejak lebih 10 tahun lalu kini rosak teruk dengan bahagian depan rumah roboh akibat rempuhan kereta jirannya itu.

“Anak yang hantar makcik dan Zaquan menerima rawatan di Hospital Kulai. Makcik juga sudah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kulaijaya.

“Sampai sekarang makcik masih trauma kerana tak sangka kejadian macam ini boleh berlaku terhadap kami.

“Makcik sedih melihat keadaan bahagian depan rumah yang musnah termasuk perabot,” katanya.

Lelaki maut bakar diri sendiri


Lelaki maut bakar diri sendiri
Mangsa yang cedera parah meninggal dunia setelah menerima rawatan di HTAR, Klang.
KLANG – Seorang lelaki maut selepas dipercayai cuba membakar dirinya sendiri dalam kejadian di sebuah stesen minyak di Bandar Baru Klang, awal pagi, semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohd Shukor Sulung berkata, kejadian kira-kira jam 1.00 pagi mendapati bahawa seorang lelaki tempatan berusia 28 tahun yang tiba-tiba membakar diri menggunakan petrol daripada sebuah kereta yang sedang mengisi minyak.

Menurutnya, waktu itu kereta tersebut ditinggalkan oleh pemandunya yang ke tandas dan terdapat seorang wanita di dalam kenderaan berkenaan.

“Sejurus meninggalkan kenderaannya untuk ke tandas, mangsa secara tiba-tiba mengambil nozel petrol dan mencurahkan pada badan sebelum bertindak membakar diri.

“Polis kemudian dimaklumkan sebelum bergegas ke lokasi kejadian,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya kini sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bagi siasatan lanjut.

Katanya lagi, mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk rawatan lanjut dan doktor mengesahkan mangsa mengalami melecur keseluruhan badan.

“Akibat kecederaan teruk tersebut, mangsa meninggal dunia kira-kira jam 5.15 petang, semalam. Punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya.

Lelaki maut bakar diri sendiri


Lelaki maut bakar diri sendiri
Mangsa yang cedera parah meninggal dunia setelah menerima rawatan di HTAR, Klang.
KLANG – Seorang lelaki maut selepas dipercayai cuba membakar dirinya sendiri dalam kejadian di sebuah stesen minyak di Bandar Baru Klang, awal pagi, semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohd Shukor Sulung berkata, kejadian kira-kira jam 1.00 pagi mendapati bahawa seorang lelaki tempatan berusia 28 tahun yang tiba-tiba membakar diri menggunakan petrol daripada sebuah kereta yang sedang mengisi minyak.

Menurutnya, waktu itu kereta tersebut ditinggalkan oleh pemandunya yang ke tandas dan terdapat seorang wanita di dalam kenderaan berkenaan.

“Sejurus meninggalkan kenderaannya untuk ke tandas, mangsa secara tiba-tiba mengambil nozel petrol dan mencurahkan pada badan sebelum bertindak membakar diri.

“Polis kemudian dimaklumkan sebelum bergegas ke lokasi kejadian,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya kini sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bagi siasatan lanjut.

Katanya lagi, mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk rawatan lanjut dan doktor mengesahkan mangsa mengalami melecur keseluruhan badan.

“Akibat kecederaan teruk tersebut, mangsa meninggal dunia kira-kira jam 5.15 petang, semalam. Punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya.

100 buah rumah rosak




Keadaan rumah penduduk Taman Krubong Jaya selepas ribut semalam.


MELAKA – Lebih 100 buah rumah di Taman Krubong Jaya di sini rosak selepas dilanda puting beliung ekoran hujan lebat di kawasan itu kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu, kebanyakan rumah yang terletak dalam fasa satu dan dua taman berkenaan terjejas.
Selain atap rumah diterbangkan angin kencang, kejadian itu turut mengakibatkan beberapa pokok tumbang dan tersangkut di talian elektrik serta lampu jalan.
Pengerusi Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP) taman itu, Basirun Abd. Raman berkata, dia berada di sekitar kawasan perumahan itu ketika kejadian tersebut namun tidak menyangka sesuatu yang buruk.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0413&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm#ixzz3X8TNGe85 
Hakcipta terpelihara 

2 kereta terbakar lepas bertembung




Beginilah keadaan Perodua Myvi dan Alza yang terbakar sejurus terbabit dalam kemalangan di Jalan Mufti Haji Khalil, Bukit Palah berhampiran Hospital Melaka semalam.


MELAKA – Sepasang suami isteri antara tiga individu yang nyaris maut apabila dua buah kereta yang mereka naiki terbakar selepas terbabit dalam kemalangan di Jalan Mufti Haji Khalil, Bukit Palah berhampiran Hospital Melaka di sini semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 pagi itu, pemandu dan penumpang kedua-dua kereta jenis Perodua Myvi dan Alza itu bagaimanapun bernasib baik apabila tidak mengalami seberang kecederaan serius setelah berjaya keluar dari kereta terbabit.
Sumber polis memberitahu, kejadian dipercayai berlaku apabila Perodua Myvi yang dipandu seorang lelaki berusia 29 tahun yang datang dari arah Bukit Palah menuju ke Persimpangan Lampu Isyarat Tun Ghafar Baba, Peringgit telah hilang kawalan lalu terbabas.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0413&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm#ixzz3X8TBbcDC 
Hakcipta terpelihara 

Suami isteri korban selekoh tajam




Keadaan kereta Proton Wira dinaiki pasangan suami isteri yang terbabit dalam kemalangan maut di Jalan Johor Bahru-Mersing, Kota Tinggi semalam.


KOTA TINGGI – Sepasang suami isteri maut dalam kemalangan di Kilometer 48 Jalan Johor Bahru-Mersing iaitu di laluan turun bukit dan berselekoh tajam berhampiran Ladang Getah Malaysia (LGM) Jalan Mawai dekat sini semalam.
Mangsa dikenali sebagai Abdul Sidek Selamat, 59, sementara isterinya, Siti Mariam Abdul Hamid, 53, yang me­netap di Felda Tenggaruh 1 Mersing.
Abdul Sidek dan Siti Mariam baru bernikah pada 21 Februari lalu dan ma­sing-masing mempunyai enam dan empat orang anak daripada perkahwinan terdahulu.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0413&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz3X8T18g2h 
Hakcipta terpelihara 

Lelaki maut van rempuh lori


Oleh NOR AZIRAN YUNUS


Anggota bomba dan penyelamat mengeluarkan mayat Nyit Shin yang tersepit setelah van yang dipandunya bertembung dengan sebuah lori di Jalan Sri Aman-Serian, Serian, Sarawak semalam.


SERIAN – Seorang lelaki maut manakala isteri dan cucu lelakinya cedera dalam satu kemalangan membabitkan sebuah van dan lori berhampiran Kampung Entayan, Jalan Sri Aman-Serian di sini semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 1 petang itu, pemandu van, Thien Nyit Shin, 37, maut di tempat kejadian manakala isterinya, Foo Ah Fah, 57, dan cucunya, Tai Nyit Sin, 8, cedera dan dibawa ke Hospital Serian bagi rawatan lanjut.
Difahamkan, setibanya di tempat kejadian, van ber­kenaan yang datang dari arah Sri Aman menuju ke Serian bertembung dengan lori yang memasuki laluan mangsa.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0413&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz3X8So3UJq 
Hakcipta terpelihara 

Curah petrol sebelum bakar diri



KEADAAN mayat Mogaventhan yang melecur teruk selepas membakar dirinya sendiri di sebuah stesyen minyak di Bandar Baru Klang, Bukit Raja, Klang semalam.


KLANG – Seorang lelaki mati akibat melecur seluruh badan selepas dia dikatakan mencurahkan minyak petrol sebelum membakar dirinya di sebuah stesen minyak di Bandar Baru Klang, Bukit Raja di sini awal pagi semalam.
Dalam kejadian pukul 1.20 pagi itu, lelaki itu, G. Mogaventhan, 29, dikatakan telah mengambil hos minyak yang sedang diisi pada sebuah kenderaan di stesen tersebut.
Pada waktu itu, hanya seorang wanita dipercayai isteri pemilik kenderaan berada dalam kereta itu manakala pemiliknya meninggalkan kereta yang sedang diisi minyak untuk ke tandas.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0413&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm#ixzz3X8SbRYn9 
Hakcipta terpelihara 

Penggodam pro-Arab Saudi serang stesen televisyen Iran


PAPARAN laman YouTube (bawah) dan akaun Twitter saluran berita al-Alam yang digodam.


TEHERAN – Beberapa penggodam mengambil alih akaun sosial stesen te­levisyen Iran, al-Alam serta menyiarkan sokongan terhadap serangan udara Arab Saudi ke atas pemberontak Houthi yang disokong Teheran di Yemen semalam, lapor media berkenaan.
Al-Alam menuduh kerajaan Arab Saudi menjadi dalang serangan siber itu untuk membalas kecamannya mengenai serangan udara Riyadh sejak 26 Mac lalu.
Kumpulan penggodam itu menggunakan akaun Twitter rasmi al-Alam untuk menyiarkan laporan palsu kematian ke­tua pemberontak Houthi di Yemen, Abdulmalik al-Houthi sehingga memaksa stesen televisyen berkenaan membuat penafian mengenainya.
“Akaun Twitter al-Alam dan rangkaian YouTubenya digodam hari ini (semalam) oleh Arab Saudi dan tergendala untuk sementara waktu,” kata al-Alam di laman webnya.
“Laporan profesional al-Alam mengenai kekejaman Arab Saudi di Yemen sejak beberapa minggu lalu menjadi puncanya,” tambahnya.
Penggodam-penggodam itu turut menyiarkan mesej Twitter yang didakwa mengandungi nama dan nombor telefon wartawan al-Alam di sekitar Asia Barat.
Hubungan antara Arab Saudi dan Iran yang menyokong fahaman Syiah merosot sejak pakatan tentera yang diketuai Riyadh melancarkan kempen pengeboman kerana mendakwa Teheran membantu membekalkan senjata kepada puak Houthi.
Satu rakaman video yang disiarkan kumpulan penggodam sama di akaun YouTube al-Alam memaparkan lagu pujian kepada pemerintah Arab Saudi, Raja Salman.
Al-Alam merupakan antara beberapa saluran berita bahasa asing kendalian badan penyiaran rasmi Iran, IRIB.
Setakat semalam, al-Alam menyatakan pihaknya sedang cuba untuk menguasai kembali beberapa akaun yang digodam itu. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0413&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz3X8RayUBN 
Hakcipta terpelihara 

Cubaan seludup burung murai batu gagal



ABDUL KADIR ABDUL HASHIM (tengah) bersama pegawai Perhilitan menunjukkan
ABDUL KADIR ABDUL HASHIM (tengah) bersama pegawai Perhilitan menunjukkan rampasan burung bayan puling, daging kijang dan 105 ekor burung murai batu selepas sidang akhbar di Jalan Cheras, Kuala Lumpur, semalam. MINGGUAN/NUR AISYAH MAZALAN
KUALA LUMPUR 11 April - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Per­hilitan) Semenanjung Malaysia berjaya menggagalkan penyeludupan terbesar burung murai batu yang dianggarkan bernilai lebih RM100,000 dalam serbuan di Bentong, kelmarin.
Pengarah Bahagian Penguatkuasaannya, Abdul Kadir Abdul Hashim berkata, serbuan membabitkan sebuah kenderaan kira-kira pukul 11 pagi itu berjaya menemukan 105 burung murai batu, dua ekor burung bayan puling dan seekor kijang yang telah dilapah.
Menurutnya, kesemua hidupan liar itu disimpan di dalam lapan raga plastik dan satu guni putih di bahagian belakang kenderaan terbabit.
“Ekoran serbuan itu, seorang lelaki berusia 40-an ditahan dan direman selama empat hari untuk membantu siasatan di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716).
“Kejayaan itu adalah hasil risikan selama dua minggu oleh anggota Unit Risik sehingga berjaya menangkap pembekal dan penyeludup terbesar burung murai batu di Pahang,” katanya dalam sidang akhbar di ibu pejabat Perhilitan di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Abdul Kadir memberitahu, harga seekor burung murai batu dianggarkan sekitar RM800 hingga RM1,000 bergantung pada kemerduan suara serta panjang ekor burung berkenaan.
“Bagi burung bayan puling pula dianggarkan bernilai RM500 manakala sekilo daging kijang pula berharga RM50 hingga RM80,” jelasnya.
Dalam pada itu, Abdul Kadir juga mendedahkan suspek berkenaan pernah ditahan sebelum ini atas kesalahan sama pada tahun 2013 dan telah didenda RM5,000.
Bagaimanapun, katanya, bagi kesalahan terbaharu itu suspek berhadapan dengan denda sehingga RM300,000 atau penjara tidak lebih 10 tahun.
“Perhilitan tidak akan berkompromi dengan sebarang kegiatan jenayah hidupan liar dan akan mengambil tindakan tegas bagi mengekang aktiviti tersebut,” ujar­nya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/cubaan-seludup-burung-murai-batu-gagal-1.80039#sthash.870wkgDQ.dpuf

Sindiket ‘black money’ tumpas



KUALA LUMPUR 11 April - Polis berjaya menumpaskan sindiket Black Money dengan tertangkapnya tiga individu di sekitar ibu negara, semalam.
Ketiga-tiga individu yang ditahan merupakan dua warga Nigeria dan seorang warga Guatemala.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam laman sosial Twitternya telah mengesahkan penahanan tersebut.
“Syabas Jabatan Komersial@PDRMsia Kuala Lumpur, semalam berjaya tangkap dua warga Nigeria, satu warga Guatemala, rampas peralatan buat ‘black money’. Go PDRM Go,” katanya.- Utusan Online
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/sindiket-8216-black-money-8217-tumpas-1.79863#sthash.C10Zjp5E.dpuf

Nursyafikah rebah di kaki saya – rakan



JOHOR, KLUANG 11 APRIL 2015 -Rakan sekerja mangsa, K. Kumar menunjukkan
JOHOR, KLUANG 11 APRIL 2015 -Rakan sekerja mangsa, K. Kumar menunjukkan kesan tompokan darah Nursyafikah Ahmad Ismail yang ditikam bekas teman lelakinya di pasar raya Econsave di sini semalam.PIX/BERITA: MUHAMAD AIMY AHMAD
KLUANG 11 April – Seorang pekerja Econsave, di sini tidak akan melupakan detik bagaimana rakan sekerjanya, Nursyafikah Ahmad Ismail rebah berlumuran darah di kakinya dengan pisau masih tertusuk pada tubuh wanita itu.
Menceritakan kejadian di tempat letak kereta pasar raya berkenaan semalam, Abdul Rahim Kamarin, 21, berkata, ketika itu dia sedang menghabiskan waktu rehat bersama beberapa rakan ternampak Nursyafikah dan seorang lelaki seperti berbincang sesuatu yang serius.
Menurutnya, dia yang berada dalam jarak kira-kira 10 meter pada mulanya tidak mengendahkan perkara tersebut, namun tidak menyangka lelaki yang memakai kemeja T berwarna hitam itu menolak Nursyafikah sehingga kepalanya terhantuk pada sebuah motosikal.
“Kejadian berlaku amat pantas dan lelaki tersebut tiba-tiba menikam Nursyafikah dari arah belakang.
“Saya berlari ke arah mangsa dan ketika itu pisau masih terlekat di bahagian rusuk kirinya. Dia kelihatan tidak bermaya sebelum rebah di kaki saya manakala seorang rakan lain cuba mengejar lelaki terbabit,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Abdul Rahim memberitahu, dia kemudiannya menjerit meminta pertolongan.
Sementara itu, seorang lagi pekerja pasar raya itu, K. Kumar, 20, yang turut berada berhampiran lokasi kejadian terdengar jeritan meminta pertolongan sebelum segera memanggil rakan-rakan lain.
"Saya lihat mangsa sudah rebah di sisi Abdul Rahim dan mengalami pendarahan teruk di bahagian belakang badan," katanya yang tidak sempat mengejar suspek.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/nursyafikah-rebah-di-kaki-saya-8211-rakan-1.80110#sthash.UM22vEQe.dpuf

32 remaja sertai pesta maksiat ditahan


SEBAHAGIAN lelaki dan wanita ditahan dalam operasi di sebuah parti
SEBAHAGIAN lelaki dan wanita ditahan dalam operasi di sebuah parti liar di kondominium mewah di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur, semalam.
KUALA LUMPUR 12 April. – Seks, arak dan tarian bogel.
Itu pengisian sebuah parti liar yang diadakan di sebuah kondominium mewah di Jalan Klang Lama, pagi ini.
Parti yang bermula pada pukul 11 malam hingga 5 pagi itu tergendala apabila diserbu sepasukan pegawai dan anggota dari Unit Maksiat, Bahagian Siasatan Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Bukit Aman.
Ketua Operasi, Inspektor Razali Md. Kassim berkata, pihaknya bersama pegawai Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Kuala Lumpur (JAWI) menyerbu kondominium itu pada pukul 2.30 pagi.
“Hasil pemeriksaan, kita menahan seramai lapan remaja wanita dan 24 remaja lelaki tempatan yang ketika itu sedang rancak berhibur.
“Kesemua mereka berada dalam keadaan khayal kerana terlalu mabuk akibat pengaruh alkohol. Ke­semua yang ditahan berusia lingkungan 22 hingga 30 tahun,” katanya di sini hari ini.
Tambah beliau, seorang lelaki Melayu yang mengaku bertanggungjawab menganjurkan aktiviti itu turut ditahan dalam serbuan tersebut.
“Dia mengaku menganjurkan parti itu tanpa memperoleh sebarang permit daripada mana-mana pihak berkuasa tempatan,” kata­nya.
Kata Razali, kesemua yang ditahan dibawa ke Balai Polis Travers untuk proses dokumentasi dan ha­sil semakan mendapati mereka tiada sebarang rekod kesalahan.
“Kesemua remaja yang ditahan kemudiannya dibebaskan setelah selesai proses dokumentasi oleh pihak Jawi dan masing-masing diberikan notis perintah hadir ke pejabat Jawi untuk sesi kaunseling,” katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/32-remaja-sertai-pesta-maksiat-ditahan-1.80394#sthash.Yl9TNy4E.dpuf

Tuntutan palsu: SPRM tahan bekas pengarah, 3 pegawai


MELAKA 11 April – Seorang bekas ketua jabatan di sebuah agensi Kerajaan Persekutuan di negeri ini dan tiga pegawainya termasuk seorang wanita ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu bernilai RM100,000 yang dibuat antara tahun 2013 hingga tahun lalu.
Bekas ketua jabatan itu yang kini sedang berkhidmat sebagai timbalan pengarah di sebuah jabatan lain di negeri ini ditahan bersama tiga pegawai terbabit di sebuah pejabat kerajaan kira-kira pukul 3 petang kelmarin.
Menurut sumber, kesemua empat suspek berusia antara 40 hingga 50-an ditahan bagi membantu siasatan kerana dipercayai terlibat mengemukakan tuntutan palsu berkaitan nilai tuntutan perolehan perkhidmatan jabatan sepanjang tahun 2013 dan 2014.
“Kesemua suspek ditahan hasil maklumat orang awam dan siasatan yang dijalankan oleh SPRM,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Difahamkan, kesemua suspek dipercayai mengemukakan tuntutan palsu berkaitan perolehan jabatan yang tidak sepatutnya dan ketika ini SPRM sedang menyiasat nilai tuntutan itu.
Sementara itu, Pengarah SPRM Negeri Melaka, Ramli Ismail ketika dihubungi mengesahkan mengenai penahanan empat suspek berkenaan bagi membantu siasatan namun enggan mengulas lanjut.
Kesemua mereka ditahan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 iaitu mengemukakan tuntutan palsu.
Berdasarkan seksyen tersebut, jika sabit kesalahan pesalah boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan.

PPM rampas barang 
seludup RM35,279


MOHD. NAWI YUNUS (kiri) bersama anggotanya menunjukkan beras yang
MOHD. NAWI YUNUS (kiri) bersama anggotanya menunjukkan beras yang dirampas dalam Op khas di Tumpat, Kelantan, semalam. UTUSAN/YATIMIN ABDULLAH
TUMPAT 12 April - Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga Pengkalan Kubor di sini berjaya merampas pelbagai barangan seludup berjumlah RM35,279 menerusi Op Khas sepanjang empat hari yang berakhir kelmarin.
Pegawai Pemerintahnya, Asisten Superintenden Mohd. Nawi Yunus berkata, antara barangan yang dirampas adalah beras, minyak masak, ayam beku, tepung beras, tembakau dan petrol.
“Sepanjang empat hari menjalankan operasi, cubaan menyeludup beras mencatat kes tertinggi iaitu sebanyak 18 kes dengan jumlah rampasan sebanyak 250 kampit.
“Kita turut merampas sebanyak 11 tong petrol, minyak masak (17 botol), ayam beku (60 kilogram), tembakau (2.5 kilogram) dan te­pung beras (72 kotak).
“Kesemua bahan rampasan itu diserahkan kepada jabatan bertanggungjawab seperti pihak kastam, polis dan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis),” kata kepada pemberita di sini hari ini.
Menurut Mohd. Nawi, operasi yang dijalankan dari Kubang Pak Itam hingga Pulau Perhentian itu disertai 30 pegawai dan anggota bersama lima buah bot ronda serta dua pasukan Unit Risik Marin.
Dalam pada itu, katanya, pi­haknya akan mempertingkat kawalan dengan menempatkan tiga bot ronda dalam satu-satu masa di sepanjang Sungai Golok bermula dari Kuala Tak Bai hingga Kubang Pak Itam.
“Unit Risikan Marin Pengkalan Kubor juga sentiasa digerakkan bagi mencari dan mengumpul maklumat berkaitan keselamatan dan penyeludupan terutama berkaitan kes dadah, senjata api, barang bercukai dan pendatang asing tanpa izin (PATI),” katanya.
Bagaimanapun beliau berharap orang ramai terutama yang tinggal berhampiran Sungai Golok dapat bekerjasama menyalurkan maklumat penyeludupan menerusi talian 09-7211622 sambungan 100.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/ppm-rampas-barang-8232-seludup-rm35-279-1.80380#sthash.RvDEKcCr.dpuf

Kedah tertinggi pelajar positif dadah


Satu rangka kerja luar biasa perlu dibuat pihak berwajib

MUKHRIZ TUN MAHATHIR (tiga dari kiri) menerima cenderamata daripada
MUKHRIZ TUN MAHATHIR (tiga dari kiri) menerima cenderamata daripada Leong Yong Kong selepas merasmikan Hari Anti Dadah Kebangsaan Peringkat Negeri Kedah di SMK Dato Lela Pahlawan, Padang Serai, Kulim, Kedah, semalam.
KULIM 12 April - Seramai 373 pelajar di negeri ini didapati positif ujian air kencing pada tahun lalu, iaitu jumlah tertinggi dicatatkan di seluruh Malaysia berbanding negeri-negeri lain.
Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir berkata, jumlah itu meningkat berbanding 256 pelajar yang disahkan positif ujian yang sama pada tahun sebe­lumnya.
Menurut Mukhriz, perkemba­ngan tersebut merupakan satu cabaran besar dan bagi menangani gejala tidak sihat itu, satu rangka kerja luar biasa perlu dibuat oleh pihak berwajib bagi mengekang­nya daripada terus menular dalam kalangan masyarakat.
“Antaranya, saya mencadangkan agar Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) khususnya di Kedah supaya menyediakan Pelan Tindakan Pembanterasan Dadah yang menyeluruh bagi tempoh lima tahun bermula tahun ini.
“Pelan itu boleh dibentangkan dalam mesyuarat tindakan membanteras dadah peringkat negeri yang akan datang. Dalam hal ini, AADK perlu melaksanakan penambahbaikan berterusan melalui kre­a­ti­viti dan inovasi agar program pencegahan menjadi lebih menarik sekali gus memberi impak besar kepada golongan sasar,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap bagi merasmikan sambutan Hari Anti Dadah Kebangsaan Peringkat Negeri di Sekolah Mene­ngah Kebangsaan Dato’ Lela Pahlawan di sini hari ini.
Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar, Hal Ehwal Masyarakat Cina, Kesihatan dan Perpaduan negeri, Datuk Dr. Leong Yong Kong; Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Kesenian, Kebudayaan, Warisan dan Badan Bukan Kerajaan negeri, Aminuddin Omar serta Ketua Pengarah AADK, Datuk Suhaimi Abdullah.
Mukhriz menambah program-program bersifat pembangunan masyarakat turut perlu dilaksanakan meliputi semua kaum agar jalinan kemesraan dan semangat 1Malaysia turut terjalin dalam usaha mendidik masyarakat mengenai pencegahan dadah.
“Demi memantapkan program berkenaan, satu makmal inovasi perlu ditubuhkan untuk melaksa­nakan ekperimen sebelum sesuatu inovasi dilaksanakan sepenuhnya bagi mendapatkan hasil terbaik.
“Bagi saya, perjuangan memerangi dadah memerlukan penglibatan masyarakat secara total. Semua pihak perlu berkongsi tanggungjawab bagi membasmi musuh nombor satu negara itu,” katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/kedah-tertinggi-pelajar-positif-dadah-1.80425#sthash.cH7Q0GJ1.dpuf