SABTU, 11 APRIL 2015 @ 12:13 PM
ISLAMABAD: Sekurang-kurangnya 20 pekerja maut manakala tiga lagi cedera apabila sekumpulan lelaki bersenjata melepaskan tembakan ke atas sebuah kem penempatan buruh di Daerah Turbat, barat laut Pakistan, awal hari ini. Agensi berita Xinhua melaporkan, Pesuruhjaya polis daerah, Pasand Khan Buledi, berkata lebih 50 lelaki menyerang kem pekerja berkenaan jam 1.30 pagi waktu tempatan di in Gugdan, Turbat, daerah utama di Wilayah Balochistan. "Lelaki bersenjata yang tiba menggunakan motosikal mengejutkan pekerja yang sedang tidur dan mereka yang terbunuh ialah 20 orang yang terdiri penduduk wilayah timur Punjab dan Wilayah Sindh. Buledi berkata, mayat mangsa akan dihantar ke rumah ahli keluarga mereka selepas bedah siasat dilakukan. Mereka yang cedera dibawa ke hospital berhampiran dan keadaan mereka dilaporkan stabil. Setakat ini belum ada pihak yang mengaku bertanggungjawab dalam serangan itu. - AFP
Sekurang-kurangnya 20 pekerja maut apabila sekumpulan lelaki bersenjata melepaskan tembakan ke atas sebuah kem penempatan buruh di Daerah Turbat. - Foto EPA

![]() |