Polis tembak pengawal pantai lima kali
Sedutan rakaman kejadian tembakan Sabtu lepas
SOUTH CAROLINA - AMERIKA SYARIKAT. Seorang anggota polis ditangkap selepas menembak seorang pengawal pantai veteran sebanyak lima kali, Sabtu lalu.

Menurut Dailymail.uk, Michael Slager, 33, kini berhadapan tuduhan membunuh selepas menembak Walter Scott, 50, selepas menahan lelaki tersebut kerana lampu brek Slager yang rosak.

Slager yang ditahan pada Selasa mempertahankan tindakannya kerana beliau 'terasa terancam' ketika kejadian.

Menurut sebuah rakaman, Scott didakwa merampas senjata 'Taser' kepunyaan Slager dan melarikan diri.

Slager kemudian melepaskan lapan tembakan, di mana lima tembakan tersebut mengenai bahagian belakang Scott.

Menurut undang-undang South Carolina, Slager juga berdepan hukuman mati jika disabitkan kesalahan.