Search This Blog

Monday, April 6, 2015

Rakan Tuntut Mayat Aidana


Diterbitkan: Isnin, 6 April 2015 12:41 PM
Rakan warga Kyrgyzstan hadir untuk menuntut Aidana di bilik mayat Hospital Kuala Lumpur, pagi Isnin.

KUALA LUMPUR: Rakan kepada mangsa nahas helikopter di Semenyih hadir di bilik mayat Hospital Kuala Lumpur pada Isnin untuk menuntut mayat Aidana Baizieva.
Seorang lelaki dan perempuan itu dilapor hadir untuk melengkapkan beberapa borang untuk tujuan pelepasan mayat itu.
Mereka tiba di bilik mayat kira-kira pukul 10.45 pagi sebelum menguruskan proses menuntut mayat.
Wanita tersebut enggan bercakap dengan media yang dilarang daripada memasuki perkarangan bilik mayat.

Terdahulu, seorang jurucakap kedutaan mengesahkan Aidana merupakan warga Kyrgyzstan dan pernah bekerja di Malaysia untuk seketika.

"Rekod menunjukkan beliau berada di Malaysia sekurang-kurang selama setahun," katanya.

Baizieva antara yang maut dalam nahas helikopter di Semenyih pada Sabtu lalu.

Nahas tersebut turut menggorbankan Ahli Parlimen Rompin, Tan Sri Jamaluddin Jarjis.
Terdahulu, wanita tersebut dilaporkan sebagai pembantu juruterbang helikopter yang terhempas itu tetapi kemudiannya disahkan sebagai kakitangan Syarikat Penerbangan Cempaka.

Germanwings: Perancis henti operasi


pasukan mencari dan menyelamat menjalankan operasi mencari dan
Pasukan mencari dan menyelamat menjalankan operasi mencari dan menyelamat di lokasi nahas pesawat Germanwings Airbus A320 dekat Banjaran Seyne-les-Alpes di Banjaran Alps, Perancis kelmarin. REUTERS
PARIS 5 April – Pihak berkuasa Perancis mengumumkan bahawa pihaknya telah menamatkan operasi mencari dan menyelamat di lokasi nahas pesawat Germanwings 4U 9525 yang terhempas di Banjaran Alps, yang menyaksikan 150 orang terbunuh.
Laman web BBC melaporkan, bagaimanapun proses pengecaman mayat-mayat melalui penganalisaan DNA dan operasi memindahkan serpihan pesawat itu akan diteruskan.
Dalam pada itu, media melaporkan Suruhanjaya Eropah telah menegur Pihak Berkuasa Penerbangan Jerman, Luftfahrtbundesamt (LBA) melibatkan beberapa isu penerbangan sebelum kejadian berkenaan.
Akhbar Wall Street Journal melaporkan, suruhanjaya itu pada November lalu mengarahkan LBA untuk menyelesaikan beberapa masalah yang berlarutan termasuk kekurangan kakitangan yang menjejaskan kemampuannya untuk menjalankan pemeriksaan ke atas pesawat dan anak kapal.
Berikutan pasukan penyiasat nahas tersebut mempercayai pembantu juruterbang pesawat berkenaan, Andreas Lubitz bertanggungjawab menjunamkan pesawat Airbus A320 itu ke Banjaran Alps, cara pemilihan anak kapal kini menjadi perhatian.
Jurucakap LBA berkata, pihaknya sudah menjawab pelbagai kritikan dalam laporan audit dan maklum balas tersebut kini dinilai oleh Agensi Keselamatan Penerbangan Eropah.
Pihak Berkuasa Kemalangan Udara Perancis berkata, siasatan pihaknya turut melibatkan penyelidikan ke atas kelemahan sistem yang boleh membawa kepada nahas berkenaan termasuk membuat profil psikologi.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/germanwings-perancis-henti-operasi-1.77638#sthash.bDWbBgO7.dpuf

Penumpang buang najis dalam kereta api


perkhidmatan kereta api dari Lichfield Trent Valley ke Longbridge,
Perkhidmatan kereta api dari Lichfield Trent Valley ke Longbridge, terpaksa berhentikan sementara untuk kerja-kerja pembersihan. AGENSI
LONDON 5 April – Syarikat perkhidmatan kereta api di London terpaksa menghentikan sementara perkhidmatan dari Lichfield Trent Valley ke Longbridge, gara-gara perbuatan vandalisme yang menjijikan.
Seorang penumpang yang menaiki kereta api itu untuk pergi ke tempat kerjanya terkejut apabila menjumpa satu ‘bungkusan’ yang mengandungi najis manusia di dalamnya,
Christopher Talbot memberitahu akhbar Birmingham Mail, sebaik-baik sahaja dia duduk, dia mula perasan ada bungkusan ‘aneh’ yang dibalut dengan surat khabar.
“Bungkusan itu mengeluarkan bau yang terlalu busuk sehingga ‘menyelubungi’ seluruh gerabak kereta api itu.
“Saya hairan mengapa perbuatan seperti ini boleh berlaku sedangkan kereta api ini mempunyai tandas,” katanya.
Talbot, 52, yang berkerja sebagai pencuci di sebuah sekolah kemudian melaporkan hal itu kepada kakitangan kereta api di stesen Butlers Lane di Four Oaks, sebaik-baik tiba di stesen itu.
Ekoran kejadian itu, pengurusan kereta api bertindak memberhentikan sementara perkhidmatan kereta api dari Lichfield Trent Valley ke Longbridge, bagi menjalankan kerja-kerja pembersihan.
Jurucakap stesen London Midland berkata, gambar pelaku vandalisme itu yang diperolehi daripada rakaman CCTV akan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/penumpang-buang-najis-dalam-kereta-api-1.77636#sthash.Ab1WrKSA.dpuf

Model Pakistan ditahan 
cuba ubah wang haram


ISLAMABAD 5 April – Seorang model terkenal Pakistan, Ayyan Ali (gambar) didakwa cuba melakukan pengubahan wang haram selepas dia ditangkap membawa lebih AS$500,000 (RM1.812 juta) di lapangan terbang di sini.
Ayyan Ali
Akhbar Guardian melaporkan Ayyan, 21, ditahan di sebuah penjara di Rawalpandi sejak ditangkap pada Mac tahun lepas.
Model tersebut dituduh cuba membawa wang tunai melebihi AS$10,000 (RM36,248) keluar dari negara ini pada 14 Mac tahun lepas.
Ayyan juga tidak dibenarkan diikat jamin oleh mahkamah walaupun peguamnya telah mengemukakan permohonan untuk membebaskannya.
Kes Ayyan mencetuskan kebimbangan bahawa model tersebut menjadi mangsa penipuan apabila diminta membawa wang tersebut.
Kebimbangan tersebut timbul apabila Ayyan dilaporkan memberitahu mahkamah bahawa dia diberikan wang tersebut oleh seorang ahli perniagaan yang mempunyai hubungan rapat dengan ahli politik Pakistan.
Bagaimanapun, seorang peguamnya, Khurram Latif Khosa berkata, wang tersebut adalah hasil penjualan hartanah dan model itu tidak mempunyai niat untuk membawanya keluar dari negara ini.
“Ayyan masih belum mendaftar untuk menaiki penerbangan dan berada di bilik menunggu untuk menyerahkan wang tersebut kepada abangnya untuk dibawa ke Karachi.
“Wanita ini diberikan layanan buruk oleh mah­kamah dan media kerana kedudukannya sebagai orang terkenal di negara ini,’’ katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/model-pakistan-ditahan-8232-cuba-ubah-wang-haram-1.77629#sthash.ftTqnkdF.dpuf

Penyiasat nahas MH17 cari bukti baharu di Rusia


Gambar memaparkan bangkai pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17
Gambar memaparkan bangkai pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 dikumpulkan di Pangkalan Udara Gilze-Rijen, Belanda. AGENSI
AMSTERDAM 4 April – Penyiasat Belanda yang dipertanggungjawabkan mencari punca berlakunya nahas membabitkan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang ditembak jatuh di timur Ukraine, dilapor akan ke Rusia dalam masa terdekat untuk mencari bahan bukti terbaharu.
Laman web nltimes melaporkan, keputusan untuk ke Rusia dilakukan selepas Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte mendakwa, seorang daripada suspek yang dipercayai terlibat dalam nahas tersebut merupakan seorang pegawai kanan negara itu.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas secara terperinci tentang suspek berkenaan.
“Siasatan kini dilakukan oleh kumpulan penyiasat bebas antarabangsa yang diketuai oleh Belanda. Saya juga percaya, siasatan akan berjalan dengan lebih lancar tanpa campur tangan politik,” jelas Rutte.
Menurut pendakwa raya awam, penyiasat Belanda telah menghantar surat ‘meminta bantuan’ kepada Rusia sejurus nahas pesawat jenis Boeing itu berlaku iaitu pada 17 Julai lalu.
Namun, Moscow menafikan menerima sebarang surat seperti itu, dengan pendakwa raya awam berkata, pasukan penyiasat akan ke Rusia dalam masa terdekat.
Isnin lalu, pendakwa raya awam menyiarkan perbualan telefon suspek yang dipercayai menembak jatuh pesawat berkenaan dengan menggunakan pelancar roket BUK.
Bagi memastikan keselamatan suspek, nama yang disebut dalam perbuatan berkenaan telah dipadam, dengan pendakwa raya awam berkata, perbuatan itu melibatkan anggota kumpulan pemberontak pro-Rusia.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/penyiasat-nahas-mh17-cari-bukti-baharu-di-rusia-1.77224#sthash.0NyLjLcN.dpuf

Tunjuk perasaan anti-Islam 
diadakan di Australia


Sebahagian daripada penunjuk perasaan, berkumpul di Sydney bagi
Sebahagian daripada penunjuk perasaan, berkumpul di Sydney bagi menyatakan rasa tidak puas hati mereka terdapat agama Islam. AGENSI
SYDNEY 4 April – Beberapa tunjuk perasaan anti-Islam, dijalankan di seluruh negara ini, hari ini sehingga memaksa pasukan keselamatan campur tangan bagi memastikannya tidak merebak menjadi ganas.
Agensi berita al-Jazeera melaporkan, tunjuk perasaan anjuran sebuah organisasi yang dikenali sebagai Reclaim Australia itu dijalankan bagi mengharamkan undang-undang Islam, pensijilan halal, pembelajaran agama Islam di sekolah, dan pemakaian purdah di Australia.
Dalam tunjuk perasaan di Martin Square, di sini yang dihadiri antara 500 hingga 800 orang peserta, seorang penunjuk perasaan yang dikenali sebagai Greg berkata, dia berjuang untuk mempertahankan cara hidup rakyat Australia yang telah diwarisi sejak turun-temurun.
“Orang Islam yang hidup di sini cuba untuk menukar cara hidup kami, nilai hidup kami supaya sesuai dengan gaya hidup mereka. Mereka datang sini untuk menjalani hidup baharu, tetapi dalam masa sama mereka mahukan cara hidup lama.
“Jadi kenapa perlu datang ke sini jika mahukan semua perkara itu. Anda semua boleh pergi dari negara ini,” jelas Greg.
Sementara itu, di Melbourne, akhbar Herald Sun melaporkan, 100 anggota polis diarahkan berjaga-jaga berikutan kebimbangan tercetusnya keganasan antara penunjuk perasaan anti-Islam dengan pihak yang menentang demonstrasi ber-kenaan.
Penganjur bantahan antiperkauman, Mel Gregson berkata, Reclaim Australia cuba untuk menyebarkan ‘teori konspirasi’ tentang Islam.
“Apa yang kami mahukan katakan di sini adalah ucapan berunsur kebencian di jalan raya Melbourne adalah sesuatu yang berbahaya,” ujar Gregson.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/tunjuk-perasaan-anti-islam-8232-diadakan-di-australia-1.77218#sthash.ZNBlFPbS.dpuf

Warung menu lucah dikecam


Antara senarai menu yang dijual di Kedai 24 dekat daerah Sleman,
Antara senarai menu yang dijual di Kedai 24 dekat daerah Sleman, Yogyakarta.
YOGYAKARTA - Gara-gara memaparkan senarai menu makanan dengan istilah berunsur lucah di premis mereka, sebuah warung di sini dikecam Forum Komunikasi Ahli Psikologi Pusat Kesihatan (Puskesmas) Sedaerah Sleman yang menganggap penggunaan istilah itu tidak sesuai digunakan.
Menurut Kompas.com, warung itu, Kedai 24 yang terletak di Jalan Damai, Ngaglik, Sleman menerima bantahan daripada forum itu menerusi saluran broadcast (BC) Black Berry Messenger (BBM).
Antara nama-nama menu kontroversi yang mengundang kecaman adalah Pelacur (Pemusnah Lapar Cukup Rasional), Peniz (Spesial Nasi Sosej), Sodomie (Semangkok olahan Indomie) dan Gigolo (Gerombolan Nasi Goreng Sesuka Lo).
Senarai menu itu dianggap tidak sesuai dan berbau lucah oleh ahli psikologi daripada forum itu.
Dalam bantahannya, forum itu menulis: “Assalamualaikum Bapak Ibu... Mohon bantuannya, untuk bersama-sama beramar ma’ruf nahi munkar (menyuruh kepada kebaikan dan menjauhi yang dilarang), menyelamatkan anak-anak kita semua daripada pornografi.
“Saat ini, kami dari forum komunikasi ahli psikologi Puskesmas sedaerah Sleman merasa resah dengan usaha Kedai 24 yang menggunakan konsep menu ‘lucah’ di setiap nama pada makanan dan minuman yang dijual.
“Sehingga kami merasa perlu membetulkan konsep tersebut. Saat ini, kami sedang berupaya agar pemilik Kedai 24 yang salah satunya berada di Jalan Damai, untuk mengubah konsep warung dalam bentuk nama menu makanan, minuman, serta hiasan dalamannya menjadi lebih sesuai. Kami masih menunggu supaya pemilik melakukan perubahan’’.
Sementara itu, pemilik Kedai 24 diberi tempoh sehingga dua minggu untuk menukar senarai menu makan itu dengan pemilik kedai sudah menyatakan persetujuan bagi menukar senarai menu tersebut yang akan diawasi Badan Pembinaan Keamanan Dan Ketertiban Masyarakat (Babinkamtibmas).
“Sudah ada pertemuan dengan kedua-dua belah pihak. Pemilik kedai dan Forum Komunikasi Ahli Psikologi Puskesmas Sedaerah Sleman yang mengadakan pertemuan di PPA Polis Sleman dan hasilnya, pemilik berjanji untuk mengubah nama-nama itu,’’ kata ketua unit polis Sleman, Aiptu Eko Mei.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/warung-menu-lucah-dikecam-1.76938#sthash.nOyJGl4c.dpuf

Maut disambar petir ketika berjudi


LUMAJANG, Jawa Timur - Tiga kaki judi maut disambar petir ketika leka bermain judi sabung ayam di Desa Boreng dekat sini, baru-baru ini.
Menurut kenyataan pegawai polis Lumajang, AKP Sugianto ketika dihubungi portal berita Tribunnews, kejadian itu berlaku apabila ketiga-tiga mangsa bersama empat rakan yang lain sibuk berjudi meskipun dalam keadaan hujan lebat dan angin kencang.
Jelas Sugianto, empat lagi rakan mangsa mengalami kecederaan parah dan dikejarkan ke Hospital Hariyoto Lumajang untuk mendapatkan rawatan lanjut.
“Tiga mangsa yang terbunuh dikenali sebagai Nikmah, 40, Sukron, 50, dan Matosi, 40. Kesemuanya meninggal dunia di tempat kejadian.
“Ahli keluarga mangsa telah dimaklumkan tentang perkara tersebut dan kesemua mayat dibawa pulang untuk urusan pengkebumian,” jelasnya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/maut-disambar-petir-ketika-berjudi-1.76900#sthash.ARjfJBOa.dpuf

Pelajar bakar kafe maksiat


MANDAILING NATAL, Sumatera Utara - Ribuan pelajar Pesantren Musthafawiyah Purba Baru, Lembah Sorik Marapi, di daerah Mandailing Natal (Madina) dilapor merosakkan serta membakar kafe di sekitar daerah itu.
Portal Merdeka.com melaporkan, ketika pelajar terbabit melakukan tunjuk perasaan, mereka meminta kerajaan tempatan supaya tidak menutup mata berikutan peningkatan aktiviti maksiat di situ.
Kafe yang dirosakkan itu terletak di kawasan Kampung Saba Purba selepas dipercayai menjadi tempat maksiat yang menurut mereka menjejaskan imej Madina yang dikenali sebagai kota ilmu dan Serambi Mekah Sumatera Utara.
Pelajar datang ke kafe itu dengan berjalan kaki dan merosakkan pondok-pondok di sekitar kafe yang digelar penduduk tempatan sebagai ‘kafe remang’ yang menyembunyikan operasinya di sebalik premis menjual makanan.
Pesantren Musthafawiyah itu ditubuhkan pada 1912 oleh ulama, Syekh Musthafa Husein Nasution.
Selepas membakar kafe itu, ribuan pelajar kemudiannya bergerak menuju ke pejabat pegawai daerah Madina bagi meminta kerajaan menutup segera kafe itu.
“Kami menemukan botol minuman keras dan kondom di lokasi kafe. Kami mahu isu itu dipandang serius dan penuh tanggungjawab daripada pemimpin daerah bagi membanteras maksiat,’’ kata tenaga pengajar di Pesantren Mustofawiyah, Ustaz Amrin.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/pelajar-bakar-kafe-maksiat-1.76909#sthash.Tz92EUWN.dpuf

Dendam makan diri


Isteri kencing dalam teh ibu, bapa mentua dibicara

Rekha Nagvanshi (kiri) tergamak membuang air kecil ke dalam teko
Rekha Nagvanshi (kiri) tergamak membuang air kecil ke dalam teko teh yang dihidangkan kepada ibu dan bapa mentuanya kerana tidak tahan dengan kelakuan ganas suaminya, Deepak. AGENSI
NEW DELHI 3 April - Gara-gara tidak gembira dengan perkahwinan yang diatur oleh keluarga, seorang wanita India sanggup membuang air kecil ke dalam teko teh yang dihidangkan kepada ibu dan bapa mentuanya kerana tidak tahan dengan layanan buruk suaminya.
Perbuatan wanita tersebut, Rekha Nagvanshi, 30, terbongkar selepas ibu mentuanya ternampak dia melakukan perbuatan jijik tersebut di dapur dan wanita itu mengaku dia melakukan perkara yang sama setiap hari selama setahun.
Menurut laporan portal Mirror, Nagvanshi dipercayai tidak gembira dengan perkahwinannya dengan Deepak, 34, dan bertindak keluar dari rumah mereka di daerah Indore dalam negeri Madhya Pradesh, tengah India untuk tinggal bersama ibu bapa sendiri.
Kawan Nagvanshi, Alia Kohli, 32, berkata, rakannya itu pernah menceritakan tentang perbuatan Deepak melayannya seperti hamba dan menyebabkan wanita tersebut mengalami tekanan perasaan.
“Selepas berpindah keluar, Deepak memujuk Nagvanshi untuk tinggal bersama semula demi kepentingan anak perempuan mereka yang berusia empat tahun.
“Nagvanshi akhirnya bersetuju untuk bersama semula tetapi dengan syarat Deepak perlu masak, membasuh pinggan, dan mengurut kakinya,” kata Kohli.
Bagaimanapun ibu bapa Deepak, Suraj, 60, dan Ajith, 55, mengetahui tentang perjanjian antara Deepak dan Nagvanshi itu, sekali gus memaksa anak lelaki mereka agar tidak mematuhi syarat-syarat tersebut.
Menurut Suraj, dia dan suami selalu melawat pasangan tersebut sekali atau dua kali seminggu dan tidak pernah mengetahui tentang perbuatan buruk menantu mereka itu.
“Dia selalu tersenyum apabila mempelawa kami minum teh dan tidak mengesyaki perkara pelik terhadapnya.
“Namun, pada satu hari, saya pergi ke dapur dan mendapati dia membuang air kecil ke dalam teko teh yang dihidangkan kepada kami.
Suraj dan Ajith kemudiannya membuat laporan polis tetapi kes itu tidak diterima, namun pasangan berkenaan mengambil keputusan untuk membawa kes tersebut ke mahkamah dengan sendiri.
Difahamkan, Nagvanshi dan Deepak kini tinggal secara bera­singan.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/dendam-makan-diri-1.76858#sthash.ESaRi1FQ.dpuf

Pasangan ‘rindu berdosa’

Jitra: Sepasang kekasih warga Thailand memberi alasan mahu melepaskan rindu kerana mendakwa tinggal berjauhan apabila ditahan selepas disyaki berkhalwat dalam bilik di hotel bajet di Changlun, dekat sini, awal pagi semalam.
Mereka berusia 28 dan 36 tahun dicekup jam 12.20 tengah malam oleh pasukan anggota penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu (PADKP) selepas mereka menerima maklumat.
Difahamkan, wanita itu dipercayai janda dan mempunyai dua anak lelaki berusia 10 dan tiga tahun hasil perkahwinan terdahulu yang kini dijaga ibunya di Pattani, Thailand.
Pasangan terbabit dikatakan tinggal dalam satu wilayah di Thailand tetapi berjauhan apabila lelaki itu bekerja di kedai makan di Shah Alam, Selangor manakala wanita itu bekerja di kedai makan di Changlun, di sini.
Pegawai Agama Daerah Kubang Pasu Syeikh Radzi Abdul Mutalib berkata, pasukan enam anggota penguat kuasa diketuai Mohamad Ihsanuddin Mohd Azahar membuat pemeriksaan di hotel itu.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 April 2015 @ 7:29 AM


ANGGOTA penguat kuasa menyoal siasat pasangan yang dicekup berkhalwat.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/41798#sthash.Tv7NhpBh.dpuf